Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di dalam


proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik
mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Pertumbuhan
dan perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh
kanak-kanak berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan
pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui jenis minat yang
mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur.

Pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah bermula dari peringkat bayi


sehinggalah peringkat tua. Setiap individu yang telah meningkat usia akan mengalami
perubahan yang ketara mengikut proses pertumbuhan dan juga perkembangan melalui aspek
fizikal, sosioemosi, jasmani, rohani, intelek dan kognitif semenjak lahir lagi. Pertumbuhan
merupakan satu peningkatan yang melibatkan perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu boleh
diukur dan dibezakan melalui mata kasar manusia. Selain itu, pertumbuhan juga dapat
melibatkan perubahan dari segi berat badan dan ketinggian. Pertumbuhan kanak-kanak ialah
perubahan yang diukur dari satu peringkat ke peringkat yang lain.

Oleh itu, dari aspek perkembangan telah melibatkan perubahan kualitatif iaitu perubahan
yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat perubahannya dengan membuat
perbandingan sebelum dan selepas. Berlakunya perkembangan ialah daripada keadaan
persekitaran yang menyeluruh malah perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan
tingkah laku baik yang tersusun dan teratur. Proses perkembangan ini akan berterusan
mengikut pola kelakuan, kebolehan mental dan personality seseorang indivudu. Dari
pandangan lainnya, perkembangan juga boleh dianggap sebagai satu proses di mana individu
yang telah mencapai tahap kematangan, pengukuhan dan kestabilan.
Peranan ibu bapa amatlah penting dalam aspek pertumbuhan dan perkembangan anak-
anak. Secara menyeluruh ibu bapa perlulah melentur anak-anak mereka dari peringkat awal
bagi meransang perkembangan anak-anak. Ibu bapa juga semestilah memberi perhatian yang
sepenuhnya kepada anak-anak dengan berinteraksi dan bermesra supaya dapat meningkatkan
perkembangan anak-anak. Dengan memberi makanan yang berkhasiat juga dapat
meningkatkan tahap pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.

Namun begitu, sebagai seorang guru juga perlulah mempunyai pengetahuan yang luas
tentang peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak berdasarkan teori-teori
perkembangan dalam usaha meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Dalam mendidik murid-murid secara berkesan, pengalaman dan pengetahuan yang
luas mengenai kanak-kanak yang dilatih amatlah penting bagi seorang pendidik. Pendidik
amat memerlukan maklumat berkenaan dengan perkembangan kanak-kanak supaya mereka
dapat menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran, mengurus dan berinteraksi dengan
kanak-kanak dengan lebih berkesan.

Kesimpulannya, tahap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza dari pelbagai aspek


dan juga sudut seperti fizikal, kognitif, afektif, psikologi, dan sosial walaupun masing-masing
melalui peringkat pertumbuhan yang sama. Pertumbuhan dan perkembangan seseorang
kanak-kanak juga di pengaruhi oleh peranan ibu bapa atau guru. Ibu bapa atau guru
seharusnya seiring dan bekerjasama dalam merancang sesuatu perkara bagi membantu
pencapaian pertumbuhan kanak-kanak secara optimum supaya tahap perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak berkembang seiring.  Ibu bapa atau guru perlu menyediakan
keperluan yang baik bagi membantu kanak-kanak dalam pertumbuhan dan perkembangan
mereka.
2.0 PUNCA PERKEMBANGAN JERIS SETIAP KANAK-KANAK BERBEZA

Beberapa kajian telah menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak dari aspek


kognitif, bahasa dan sosioemosi adalah berbeza-beza mengikut persekitaran yang mereka
alami. Kanak-kanak mampu belajar dan memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka
melalui komunikasi persekitaran seperti berkomunikasi dengan rakan sebaya ataupun orang
dewasa ketika bermain. Perkara ini telah menjelaskan kepada kita bahawa factor persekitaran
ini memainkan peranan yang penting dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak dalam perkembangan kognitif, bahasa dan sosioemosi mereka. Secara asasnya,
faktor persekitaran ini terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu faktor ibu bapa atau keuarga,
faktor rakan sebaya, faktor sekolah, faktor globalisasi dan juga faktor media massa.

Melihat kepada faktor persekitaran yang pertama iaitu latar belakang pendidikan ibu
bapa. Kita tahu bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorak dan
membentuk asas-asas perkembangan diri seseorang anak. Kanak-kanak juga mampu
memperoleh sesuatu bahasa melalui kemahiran bersosial. Hal ini membuktikan bahawa
kemahiran bersosial mampu untuk membantu perkembangan bahasa kanak-kanak.
Kemahiran sosial yang dimaksudkan di sini adalah komunikasi kanak-kanak dengan
persekitaran seperti berinterasi dengan ibu bapa. Maka, latar belakang pendidikan ibu bapa
sudah pasti akan mempengaruhi perkembangan anak-anak mereka. Sebagai contoh, seorang
anak yang ibu bapanya bekerja sebagai seorang guru adalah lebih banyak menguasai
perbendaharaan kata berbanding anak seorang petani. Hal ini kerana, komunikasi yang
berlaku antara ibu bapa dan anak-anak bagi kedua-dua buah keluarga ini adalah berbeza
disebabkan latar belakang pendidikan ibu bapa mereka yang berbeza.

Seterusnya, sosioekonomi keluarga juga merupakan antara pengaruh faktor persekitaran


ke atas perbezaan perkembangaan kanak-kanak. Sosioekonomi merujuk kepada ekonomi atau
taraf hidup sesebuah keluarga tersebut sama ada kaya, sederhana atau miskin. Mengikut
beberapa kajian menyatakan bahawa status sosioekonomi keluarga merupakan salah satu
faktor dalam menentukan peningkatan atau penurunan prestasi akademik pelajar. Hal ini
kerana bagi sesebuah keluarga yang berstatus berpendapatan tinggi, ibu bapa mampu
menyediakan pelbagai kemudahan seperti kelas bimbingan khas, buku dan komputer untuk
membantu anak-anak mereka meningkatkan tahap pemikiran. Namun, perkara ini
bertentangan bagi keluarga golongan berpendapatan rendah. Kanak-kanak yang datang dari
golongan berpendatan rendah ini biasanya terpaksa membuat kerja-kerja rumah dan
membantu ibu bapa mereka untuk mencari rezeki bagi menampung keluarga mereka. Maka,
situasi ini menjelaskan bahawa taraf pemikiran bagi anak-anak keluarga yang berpendapatan
rendah adalah lebih terhad berbanding kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang
berpendatan tinggi kerana kurangnya sokongan luar atau persekitaran untuk membantu
perkembangan kognitif mereka.

Tambahan pula, dari aspek sosiobudaya keluarga merupakan salah satu faktor perbezaan
perkembangan kanak-kanak. Sosiobudaya keluarga merujuk kepada amalan dan gaya hidup
bagi sesebuah keluarga seperti cara ibu bapa mendidik anak-anak di rumah. Ibu bapa
memerlukan tiga set kepakaran untuk menyempurnakan amanah, tugas dan tanggungjawab
sebagai ibu bapa iaitu sikap keibubapaan, ilmu keibubapaan dan kemahiran keibubapaan.
Maka, perkara ini membuktikan bahawa ibu bapa memerlukan pendidikan keibubapaan untuk
diaplikasikan dalam institusi keluarga bagi menjamin perkembangan anak-anak mereka
terjamin dari masa ke semasa. Namun, pada hari ini kita melihat pelbagai cara dan teknik
didikan ibu bapa dalam membantu perkembangan kanak-kanak yang akhirnya
mengakibatkan berlakunya perbezaan perkembangan kanak-kanak.

Selain itu, melihat kepada implikasi perbezaan perkembangan kanak-kanak terhadap


pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah. Implikasi yang pertama ialah guru-guru di
sekolah perlu bersedia untuk melaksanakan proses pembelajaran di kelas dengan
mengamalkan konsep penerimaan bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap kognitif yang
rendah. Guru harus memberikan tumpuan yang lebih kepada para pelajar yang lemah di
samping tidak mengabaikan pelajar yang mempunyai tahap kognitif yang baik. Sebagai
contoh, apabila guru-guru memberi latihan atau soalan kepada para pelajar, guru-guru perlu
membimbing dan memberi sokongan kepada para pelajar yang lemah tetapi guru juga harus
sentiasa memanau para pelajar yang mempunyai prestasi yang baik ketika mereka menjawab
soalan. Oleh itu, dengan memberi tumpuan dan sokongan yang lebih kepada para pelajar
yang lemah ini sememangnya para guru mampu untuk membantu perkembangan kognitif
kanak-kanak secara sama rata.

Akhir sekali, implikasi yang kedua ialah dengan mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan di dalam kelas seperti pembelajaran melalui konsep permainan.
Aktiviti bermain dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu elemen yang sangat
penting dalam pendekatan perkembangan kanak-kanak. Hal ini kerana, pembelajaran yang
berkonsepkan pemainan akan dapat menarik minat semua pelajar sama ada golongan lemah
mahupun yang berprestasi baik. Oleh itu, dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan di dalam kelas semua kategori pelajar mampu untuk mengembangkan tahap
perkembangan kognitif, bahasa dan sosioemosi mereka. Hal ini kerana proses perkembangan
kognitif, bahasa dan sosioemosi mereka akan berlaku ketika interaksi mereka bersama guru,
rakan sebaya dan persekitaran. Maka, jelaslah bahawa implikasi perbezaan perkembangan
kanak-kanak terhadap guru di bilik darjah ialah mewujudkan pembelajaran yang
menyeronokkan.
3.0 AKTIVITI BERKUMPULAN MELIBATKAN PERKEMBANGAN JASMANI

Perkembangan jasmani adalah suatu proses kegiatan seseorang yang menghasilkan cara
yang baru di dalam mempelajari gerakan, melalui langkah-langkah perencanaan, pelaksanaan
dan penyempurnaan berdasarkan penilaian yang dilakukan secara terus-menerus selama
kegiatan itu berlangsung. Sedangkan kemampuan jasmani adalah kesanggupan seseorang
untuk mengerakkan anggota badan di dalam mempelajari gerakan hingga memiliki rangkaian
urutan gerakan yang teratur, cepat, tepat, dan lancar melalui latihan yang teratur dan terus-
menerus. Aktiviti kecergasan untuk kanak-kanak di peringkat prasekolah perlu
memperkembangkan komponen kecergasan fizikal dan bersenam dengan pelbagai anggota
badan manakala aktiviti pembelajaran hendaklah menekankan aktiviti untuk
mempertingkatkan daya fizikal kanak-kanak.

Seperti mana kita tahu bahawa aktiviti berkumpulan sering diterapkan di peringkat awal
kanak-kanak bagi membiasakan kanak-kanak untuk berinteraksi dan berkomunikasi antara
satu sama yang lain. Aktiviti berkumpulan merupakan aktiviti yang melibatkan kemahiran
berfikir dan juga aktiviti yang dikira seperti senaman anggota badan. Perkembangan jasmani
yang diterapkan untuk kanak-kanak adalah seperti aktiviti sukaneka dalam berkumpulan.
Contohnya, membawa bola menggunakan sudu. Kanak-kanak akan bermain dengan berlari
mengambil sudu dan bola ping pong yang telah disediakan. Kemudian, bola mestilah
diletakkan di atas sudu lalu kanak-kanak dihendaki membawa sudu dengan mulut dan mereka
perlu memberi ke anggota pasukan yang lain.

Selain itu, aktiviti yang dapat diterapkan sebagai aspek perkembangan jasmani ialah
aktiviti berlari dalam guni. Kita mengetahui bahawa aktiviti berlari dalam guni berganti-ganti
sehingga barisan penamat adalah salah satu aktiviti yang sering diadakan untuk kanak-kanak.
Kanak-kanak akan berganti-ganti dengan ahli pasukan sehingga orang yang terakhir. Aktiviti
ini dapat menyihatkan jantung malah tubuh badan kanak-kanak.
Oleh itu, aktiviti mengisi air dalam botol juga salah satu aktiviti yang melibatkan
perkembangan jasmani. Setiap kumpulan akan diberi satu span yang digunakan untuk
mengambil air dan mengisi air ke dalam botol. Aktiviti dapat mengajar kanak-kanak untuk
memberi perhatian ke sesuatu keadaan dan aktiviti melibatkan kemahiran untuk penyelesaian
sesuatu masalah. Namun begitu, aktiviti berjalan atas batu bata juga salah satu aktiviti
berkumpulan yang melibatkan perkembangan jasmani. Kanak-kanak diberi empat batu bata
dan mereka mestilah berjalan di atas batu bata itu tanpa menyentuh tanah dengan bergilir.
Aktiviti ini dapat mengembangkan minda kanak-kanak dengan berfikir untuk penyelesaikan
sesuatu perkara dengan cepat dan pantas.

Kesimpulannya, ke semua aktiviti yang diadakan sering dilaksanakan oleh guru terhadap
kanak-kanak secara implisit dan eksplisit di dalam mahupun di luar kelas. Oleh itu, guru
memainkan peranan untuk menyediakan aktiviti, suasana, persekitaran, bimbingan dan
sokongan bagi menjamin kanak-kanak dapat mencapai potensi diri masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai