Anda di halaman 1dari 15

1.0 Teori tugas perkembangan Robert Havighurst 1.

1 Biodata tokoh

Nama sebenar beliau adalah Robert Havighurst. Beliau dilahirkan pada 5 Jun 1900. Seterusnya membesar dan menerima ijazah Ph.D dalam bidang kimia pada tahun 1924 di Universiti Ohio. Havighurst telah mengubah haluan kerjayanya kepada mengkaji perkembangan remaja dan proses pendidikan setelah beliau menjadi guru sains di Sekolah Tinggi dan Maktab Perguruan. Setelah beberapa tahun, pada tahun 1974 Havighurst telah mendapat gelaran Profesor Emiritus in Development and Education dan berjaya menerbitkan buku hasil dari penulisan dan pengalaman beliau bertajuk Human Development and Education pada tahun 1953. 2.0 Konsep Teori Merujuk Mok Soon Sang. (2009), Robert Havighurst menyatakan bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Ini adalah merupakan satu elemen penting yang berperanan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Beliau memfokuskan kepada keadaaan sekeliling atau persekitaran dimana tempat seseorang kanak-kanak itu membesar yang akan memberi dan meninggalkan impak samaada positif atau negatif bergantung kepada ibu bapa
1

yang mencorakkan mereka. Menurut Robert Havighurst di dalam buku psikologi perkembangan halaman 19 - 25 menyatakan bahawa contoh persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan, rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan media elektronik ( internet ). Bagi faktor persekitaran seperti pemakanan ianya dapat dilihat jika makanan yang diambil oleh ibu semasa mengandung adalah seimbang dan berzat maka, bayi di dalam kandungan akan membesar dengan sempurna dan sihat. Jika sebaliknya, berkemungkinan bayi akan mendapat penyakit seperti PKU. Ini adalah kerana kurangnya enzim di dalam badan bayi selepas di lahirkan. Seterusnya, bagi pemakanan untuk kanak-kanak adalah perlu diberi dengan makanan yang seimbang berdasarkan piramid makanan. Dari sini, ianya akan membantu kanak-kanak membesar dengan sihat dan cergas. Di samping itu, ianya dapat membantu dalam perkembangan kanakkanak ke arah yang positif. Seterusnya, bagi faktor persekitaran seperti rakan sebaya pula, Havighurst menyatakan ini adalah kerana jika seseorang kanak-kanak itu berkawan dengan rakan yang manja, maka kanak-kanak itu akan sedikit sebanyak cenderong untuk menjadi manja dan inginkan belaian dan kasih saying dari ibunya. Jika dia tidak mendapat apa yang diinginkan seperti apa yang diperoleh olah kawannya, maka kanak-kanak itu akan cuba untuk memberontak. Ini terbuki bahawa paktor persekitaran memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak. Selain dari itu, faktor persekitaran seperti bahan bacaan adalah sangat penting kerana ianya akan memberi pengaruh yang besar kepada pembaca. Jika bahan yang dibaca berfaedah dan bermanfaat maka selamatlah kanak-kanak tersebut. Sebaliknya jika tidak, ianya akan mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak seperti berkemungkinan lambat bertutur dan sebagainya. Dari sini, kita sebagai ibu bapa dan guru perlulah sentiasa membimbing dan membantu kanak-kanak dalam membentuk peribadi mereka supaya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara kelak. Menurut Havighurst, ibu bapa mahupun guru terutamanya perlulah menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk kanak-kanak membesar dengan sempurna. Ini akan membantu kanak-kanak untuk berjaya.
2

Ini dibuktikan lagi dalam Teori Robert Havighurst menyatakan bahawa setiap individu perlu membesar dan berkembang dengan melalui sebanyak 10 peringkat yang bermula dari peringkat bayi sehinggalah ke peringkat tua seterusnya meninggal dunia. Beliau memberitahu bahawa, jika seseorang individu itu tidak dapat mencapai tugastugas dalam setiap peringkat, maka dia akan berasa sedih dan kecewa. Ini akan cenderong kepada perkembangan kanak-kanak tersebut menjadi lewat dan tidak setaraf dengan kanak-kanak normal. Maka untuk membanteras gejala ini dari berlaku, guru perlulah menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat kanak-kanak seperti aktiviti dalam bentuk permainan mahupun lakonan. Hal ini dapat membentuk kreativiti kanak-kanak. Havighurst menyatakan bahawa tugas-tugas dalam perkembangan kanak-kanak hanya perlu dipelajari sekali sahaja seperti berjalan, berlari, perbezaan jantina dan sebagainya. Jadi ini dapat disimpulkan bahawa setiap perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak perlulah dengan relaan kanak-kanak itu sendiri, bukan dengan paksaan yang diberikan oleh ibu bapa kerana dengan paksaan akan membuatkan kanak-kanak itu tidak berupaya untuk berdikari sendiri dan akan memberi kesan yang dalam terhadap perkembangan mereka.

3.0 Implikasi Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst dalam Proses Pembelajaran Kanak-kanak. Merujuk Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), Implikasi melalui teori tugasan perkembangan Robert Havighurst yang dapat dilaksanakan dalam proses pembelajaran murid-murid adalah guru-guru memerhatikan keupayaan kanak-kanak dan menggolongkan mereka menurut kebolehan masing-masing. Maksudnya di sini, kanak-kanak yang mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Terdapat kanakkanak yang dapat menyerap dengan cepat input-input yang diberikan oleh guru dan ada juga murid-murid yang lambat menerima. Oleh yang demikian, guru perlulah membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan mengikut tahap

perkembangan masing-masing. Selain itu, guru perlu bijak dalam memilih aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan pengalaman murid-murid tersebut agar P&P yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan menarik minat murid. Sementara itu, pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan untuk membentuk kemahiran fizikal muridmurid seperti padang permainan serta peralatan sukan yang lengkap untuk membentuk murid mencapai tahap tugas perkembangan yang digariskan oleh Robert. Pada peringkat sekolah rendah, murid-murid perlu membina sikap terhadap diri yang sempurna seperti sikap terhadap penjagaan diri yang selamat dan bersih serta perasaan yang normal. Jadi guru perlulah memahami fungsi sosiometri di dalam bilik darjah supaya murid-murid dapat membina sikap kendiri yang positif. Maksudnya, keadaan bilik darjah yang bersih dan ceria akan membangkitkan minat murid untuk terus belajar dan tidak mudah berasa bosan semasa P&P dilaksanakan. Guru juga perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran serta aktiviti di dalam kelas untuk merangsangkan pemikiran murid dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif dan menarik. Selain itu, keadaan penjagaan diri murid-murid tersebut juga perlu dititikberatkan oleh guru agar suasana pembelajaran di kelas berada dalam keadaan selesa. Selain itu, kanak-kanak mulai belajar bertolak ansur dengan rakan sebaya semasa berada pada peringkat umur 6 12 tahun. Mereka mula membina jalinan persahabatan dalam membentuk kelompok sosial mereka. Kanak-kanak juga dikatakan
4

akan semakin menjauh dari keluarga dan akan semakin rapat bersama rakan sebaya. Implikasi daripada tugas perkembangan adalah guru berperanan penting dalam menerangkan konsep fungsi dan peranan rakan sebaya dalam kehidupan kanak-kanak tersebut. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan kanak-kanak dapat bergaul dengan baik antara rakan sebaya dan memastikan agar rakan yang dipilih itu membawa ke arah kebaikan ataupun kebururukan murid tersebut. Rakan sebaya yang berperangai buruk akan mempengaruhi hidup murid-murid yang lain. Jika guru tidak mencegah dari awal maka murid tersebut akan terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang dibawa oleh rakannya itu. Tugas perkembangan memastikan supaya kanak-kanak mempunyai kemahiran asas 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Implikasinya, guru perlu bersedia dengan banyak ilmu pengetahuan untuk melahirkan suasana kelas yang menyeronokkan. Guru perlu banyak melatih murid dengan kemahiran-kemahiran asas agar murid tersebut cekap dalam semua aspek. Guru perlulah sentiasa memberi motivasi dan galakan kepada murid-murid agar sentiasa memperbaiki kelemahan masing-masing. Kemudahan dan alat bantu mengajar yang lengkap dapat

menghasilkan satu pembelajaran yang berkesan selain dari kemahiran guru ketika di dalam kelas. Guru perlu memberi bimbingan dan nasihat yang baik untuk mencapai tingkah laku murid-murid yang baik. Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni dan contoh teladan yang baik semasa proses P&P berjalan. Nilai-nilai murni ini akan mudah diterima oleh kanak-kanak kerana mereka senang dibentuk. Mereka juga mudah mengikut perbuatan yang dilakukan oleh kita. Jadi guru perlulah perperangai baik untuk dijadikan contoh teladan kepada murid-murid. Selain itu guru juga perlulah menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik minat murid agar mereka sentiasa positif dan dapat membezakan perbuatan baik dan buruk.

4.0 Laporan Teori Tugas Perkembangan Robert Havinghurst yang telah Diaplikasikan di Sekolah. Semasa menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya selama seminggu bermula pada 5 Mac 2012 hingga 9 Mac 2012 yang lalu, salah satu daripada subtugasan yang diberikan adalah untuk memerhati akan sejauhmanakah Teori Tugas Perkembangan Robert Havinghurst telah diaplikasikan di sekolah khususnya untuk tugas-tugas perkembangan kanakkanak pada peringkat umur 6 hingga 12 tahun. Segala maklumat berkenaan dengan keberkesanan pelaksanaan teori ini diperoleh melalui interaksi antara saya dan komuniti di dalam sekolah sewaktu menjalani program PBS ini. Melalui laman sesawang (2011/http://rujuknota.blogspot.com), menurut Robert Havinghurst, pada peringkat umur 6-12 tahun, kanak-kanak dapat menguasai beberapa kemahiran fizikal dalam permainan. Hal ini kerana pertumbuhan tulang dan otot kanakkanak mula berkembang. Dalam hal ini pengaruh rakan sebaya memainkan yang amat penting terhadap kanak-kanak. Jadi kana-kanak haruslah diasuh dengan didikan sempurna untuk membina sikap diri yang baik. Kanak-kanak mula belajar bertolak-ansur dengan rakan sebaya dalam kehidupan sosial mereka. Pertumbuhan ini juga akan menyebabkan kanak-kanak berasa jauh dari keluarga dan akan pergi kepada rakan sebaya. Kanak-kanak juga harus belajar peranan jantina mereka. Dalam hal ini mereka dibantu oleh pengaruh ibu bapa, adik beradik serta saudara mara . di sekolah pula guru berperanan memberikan contoh yang terbaik kepada murid-murid. Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahirankemahiran asas iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira (3M). Kanak-kanak juga mula berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral. Selain itu, mereka mula memahami dan belajar membentuk sikap yang mengakui hak, keupayaan dan kelemahan pada setiap individu. Justeru, berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan Sekolah

Kebangsaan Taman Kota Jaya ini sememangnya lengkap dari segi prasarananya
6

terutamanya dari sudut kemudahan alat-alatan sukan. Bilik Pendidikan Jasmani di sekolah ini ternyata diselenggara dengan baik di mana semua alat-alatan disusun dengan teratur dan di labet mengikut kadar berat, jisim dan sebagainya. Terdapat juga sudut yang memaparkan carta organisasi bagi pengurusan bilik ini. Terdapat juga buku rekod peminjaman alatan sukan yang saya perhatikan kandungannya kerap di gunakan oleh guru-guru di sekolah ini sewaktu sesi pembelajaran terutamanya tatkala subjek Pendidikan Jasmani. Hal ini memberikan gambaran awal kepada saya, bahawa komuniti di sekolah ini sememangnya mengambil berat terhadap aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dan juga orang dewasa di mana ianya secara tidak langsung bertepatan dengan konsep atau teori yang dikemukakan oleh Robert Havinghurst. Perkara yang dirungkaikan oleh saya sebentar tadi adalah dari sudut kemudahan dan prasarana, berdasarkan pemerhatian yang telah saya jalankan sewaktu sesi pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani. Pelaksanaan teori tugas Robert jelas dapat saya perhatikan di mana guru merangka pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan anggota tubuh badan secara menyeluruh. Pelaksanaan aktiviti yang dirancang seperti melambung dan menyambut bola sedikit sebanyak membantu murid-murid

meningkatkan tahap koordinasi dan kekuatan otot tangan. Sebelum melakukan aktiviti, guru menyuruh murid-murid melakukan aktiviti senaman ringan sebagai satu langkah untuk memanaskan badan. Satu temubual turut saya jalankan terhadap salah seorang daripada guru Pendidikan Jasmani di sekolah itu, di mana beliau ada menyatakan bahawa dalam usaha untuk mengajar Pendidikan Jasmani secara berkesan dan efektif, prinsip ansur maju haruslah diterapkan dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Hal ini kerana, setiap orang murid berbeza tahap kebolehannya antara satu sama lain. Justeru, pendekatan belajar yang bermula dari perkara yang senang hingga ke susah adalah merupakan suatu pendekatan yang paling efektif dalam usaha untuk menyampaikan apa yang diajar bagi subjek Pendidikan Jasmani ini. Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya ini adalah merupakan sekolah yang terkenal dengan kehebatannya dalam sukan bola jarring di mana sekolah ini pernah muncul sebagai johan MSSD peringkat zon di daerah Kota Tinggi. Informasi ini saya peroleh hasil daripada temubual yang telah saya jalankan bersama dengan Guru
7

Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah, iatu En. Yazid. Beliau turut menyatakan akan rahsia kejayaan pasukan bola jarring ini di mana latihan yang diadakan adalah secara berterusan yakni dari hari ke hari. Bagi pelajar yang berada dalam pasukan ini, latihan akan diadakan 3 kali dalam masa satu minggu pada sebelah petang. Kelonggaran diberikan kepada murid tahun 6 yang mempunyai kelas tambahan pada hari latihan oleh kerana mereka sedang giat belajar untuk mempersiapkan diri mereka bagi menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Saya berkesempatan melihat sesi latihan yang di jalankan. Latihan mereka bermula dengan melakukan teknik-teknik atau kemahiran asas terlebih dahulu. Kesemua murid-murid dalam pasukan tersebut ternyata sudah menguasai kemahiran asa bola jaring dengan betul terutamanya dari segi aspek menghantar, menerima dan menjaring. Justeru, dapat saya simpulkan di sini bahawa teori tugas perkembangan kanak-kanak yang telah dikemukakan oleh Robert Havinghurst jelas telah diaplikasikan di sekolah ini di mana murid-murid secara tidak langsung dapat membentuk asas kemahiran fizikal yang berkesan. Dari sudut kokurikulum, saya telah memilih untuk memerhati dari aspek permainan. Saya telah menjalankan pemerhatian di prasekolah yang terdapat dalam sekolah ini. Berdasarkan pemerhatian yang telah di jalankan, pembinaan taman

permainan prasekolah yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan jelas membantu ke arah pelaksanaan teori Robert ini di dalam sekolah. Secara amnya, kemudahan taman permainan ini tergolong dalam kemudahan fizikal bagi kanak-kanak prasekolah. Meskipun kanak-kanak ini hanya keluar untuk bermain sebanyak satu kali dalam seminggu, namun ianya cukup dalam membantu perkembangan otot-otot kecil kanakkanak itu. Kanak-kanak kelihatan girang bermain di taman permainan yang telah di sediakan di bawah pengawasan guru. Pemerhatian saya seterusnya menjurus ke arah sejauhmana teori Robert ini diaplikasikan di sekolah dalam membentuk konsep kendiri dalam diri pelajar dan juga warga komuniti di sekolah itu. Dari sudut kurikulum, dapat saya perhatikan di mana terdapat kemudahan-kemudahan seperti bilik kaunseling dan bilik disiplin. Seperti yang sedia maklum, sesi kaunseling adalah merupakan suatu sesi di mana para pelajar
8

dapat meluahkan segala apa yang di rasa dalam diri kepada kaunselor yang bertugas. Hal ini kerana, kadangkala para pelajar merasa takut untuk mengadukan masalah yang dihadapi oleh mereka kepada ibu dan bapa terutamanya apabila ianya berkaitan dengan masalah yang dihadapi di sekolah. Justeru kaunselor berperanan penting dalam mendengar segala permasalahan yang dialami oleh pelajar sama ada permasalahan tersebut berlaku di sekolah mahupun di rumah di samping memberi nasihat dan kata-kata hikmah yang membina keperibadian murni seseorang pelajar itu. Di samping itu juga, bilik disiplin yang di sediakan bukanlah bertujuan untuk menghukum para pelajar sepertimana di balai polis dan sebagainya. Tetapi adalah untuk memberikan nasihat kepada para pelajar yang melakukan kesalahan dan jikalau perlu di panggil ibu dan bapa mereka maka di bilik itulah tempat di mana guru dan ibu bapa bakal bersemuka dan berbincang berkenaan dengan permasalahan yang dihadapi. Pengapliksian teori Robert di sekolah ini dalam usaha untuk membentuk konsep kendiri pelajar dan juga warga sekolah jelas dapat saya lihat dari sudut kerohanian. Untuk pengetahuan semua, terdapat pelbagai program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah dari sudut kerohanian. Sebagai contoh, setiap hari jumaat semua pelajar dan guru wajib untuk sama-sama membacakan yassin dan tahlil sebagaimana ianya sudah termaktub dalam peracangan aktiviti tahunan yang dirangka oleh pihak sekolah. Pembentukan konsep kendiri dalam diri seseorang invidu adalah lebih berkesan sekiranya pendekatan melalui kerohanian di ambil kira. Dari sudut kokurikulum, pembentukan konsep kendiri jelas dapat dilihat melalui aktiviti badan beruniform. Aspek kepatuhan terhadap masa jelas dapat dilihat tatkala para pelajar disuruh untuk berkumpul di dalam dewan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Saya amat terkejut melihat reaksi pelajar tatkala tibanya guru besar memasuki perkarangan dewan. Semua pelajar berdiri tegak dan berbaris mengikut badan unit beruniform masing di samping bersedia menerima arahan daripada komanden di hadapan. Dari situ, jelaslah dapat dilihat pengaplikasian teori Robert dalam pembentukan konsep kendiri dalam kalangan murid di sekolah.

Tugas perkembangan kanak-kanak pada peringkat umur 6 hingga 12 tahun yang seterusnya adalah untuk membentuk kemahiran sosial para pelajar untuk berkawan dengan rakan sebaya. Dalam usaha untuk memerhati pengaplikasian teori Robert dari aspek ini, saya telah memilih untuk melakukan pemerhatian di dalam bilik darjah sewaktu guru mengajar. Sebelum melakukan pemerhatian, saya meminta izin kepada guru terlebih dahulu untuk masuk ke dalam kelas. Berdasarkan pemerhatian yang telah saya jalankan, guru mempamerkan kaedah pengajaran yang berpusatkan kepada pelajar dan bukan hanya berpusat kepada guru semata-mata. Hal ini kerana, sewaktu proses P&P berjalan seharusnya wujud komunikasi yang bertali arus antara guru dan pelajar. Komunikasi dari segi konteks menjawab soalan, memberikan pandangan dari sudut perspektif kendiri dan sebagainya. Semasa sesi P&P sedang berlangsung, murid memberikan respon kepada setiap soalan, arahan dan pandangan guru dalam bentuk lisan dan tulisan. Buktinya, murid-murid dipanggil ke hadapan dan di minta untuk melengkapkan contoh ayat yang diberikan dan sebagainya. Selain itu juga, guru turut membahagikan murid kepada beberapa buah kumpulan kecil bagi menjalankan aktiviti serta latihan yang telah disediakan. Melalui pembahagian kumpulan ini, murid-murid dapat berkomunikasi antara satu sama lain di samping bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Hal ini secara tidak langsung dapat menerapkan nilai kerjasama dan saling bantu membantu dalam diri setiap pelajar. Dari sudut kokurikulum, terutamanya tatkala murid sedang menjalani aktiviti sukan. Sebagai contoh, tatkala murid Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya sedang menjalankan sesi latihan bola jaring, dapat saya perhatikan di mana terdapat komunikasi yang bertali arus antara rakan sepasukan dalam usaha untuk mendapatkan mata dan memberi hantaran. Keserasian sesama ahli adalah amat penting dalam setiap jenis sukan. Persoalan berkenaan dengan bagaimana murid memperoleh kemahiran membaca menulis dan mengira seringkali timbul di pemikiran. Hal ini kerana, salah satu daripada keberkesanan teori tugas yang diperkenalkan oleh Robert Havinghurst adalah mengenai pemerolehan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Satu temubual
10

ringkas telah saya lakukan bersama dengan guru penolong kanan 1 iatu Puan Zaliah. Beliau menyatakan bahawa, di sekolah ini terdapat satu bilik LINUS yang khususnya menekankan kepada penguasaan ketiga-tiga kemahiran ini iatu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Di samping itu juga, sekolah ini turut mempunyai kelas pemulihan di mana para pelajar yang telah di kenal pasti akan kekurang dari segi aspek

pembacaan, penulisan dan sebagainya akan dihantar ke pust pemulihan ini bagi membantu meningkatkan prestasi pelajar ini secara intensif. Pihak unit kokurikulum turut menyumbang ke arah penguasaan ketiga-tiga kemahiran ini oleh pelajar, dengan cara merangka pelbagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan ketiga-ketiga kemahiran ini secara menyeluruh. Sebagai contoh, program Nilam yang telah di anjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama dari badan unit kokurikulum. Melalui program ini, ianya secara tidak langsung meransang para pelajar untuk meningkatkan tahap pembacaan di samping menanam minat dalam diri setiap pelajar agar menjadikan membaca sebagai suatu amalan dalam hidup. Selain itu, penganjuran pelbagai jenis pertandingan seperti bercerita, membaca puisi, dan sebagainya secara tidak langsung membantu ke arah pemantapan penguasaan kemahiran membaca dalam diri setiap pelajar. Aktiviti yang dijalankan bukan hanya tertumpu kepada pemantapan kemahiran membaca, malahan terdapat juga program yang dianjurkan yang mengambilkira aspek pengiraan sebagai suatu keutamaan. Sebagai contoh, program Karnival Matematik yang dianjurkan oleh kela b matematik Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya dengan kerjasama dari unit kokurikulum. Karnival ini menyajikan pelbagai aktiviti yang mecabar kredibiliti pemikiran pelajar dari segi aspek pengiraan. Antaranya adalah seperti pertandingan Bijak Sifir yang mewajibkan para pelajar untuk menghafal sifir dari 1 hingga 12 dengan lancar bagi memenangi pertandingan. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam usaha untuk menerapkan unsur-unsur moral dan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Nilai-nilai norma hidup seperti menjaga kebersihan diri, menghormati golongan yang lebih tua dan sebagainya adalah merupakan tanggungjawab seorang guru dalam senantiasa mengingati dan memberi panduan kepada para pelajar sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Hal
11

ini kerana guru umpama ibu dan bapa kedua kepada para pelajar tatkala anak-anak ini berada di sekolah untuk menuntut ilmu. Justeru, guru adalah merupakan insan yang bertanggungjawab kepada pembentukan kendiri yang positif dalam diri pelajar di samping merupakan tunggak kepada asas pembangunan negara. Bagi melihat sejauh mana pengaplikasian teori Robert ini di sekolah, saya telah memilih untuk membuat pemerhatian di dalam bilik darjah sewaktu guru sedang menjalankan sesi P&P. Pada ketika itu, adalah merupakan masa bagi subjek Agama Islam. Sebelum P&P bermula, saya telah berjumpa dengan guru kelas tersebut itu terlebih dahulu untuk mendapatkan salinan Rancangan Pengajaran Harian yang dirangka oleh beliau sebelum hadir ke kelas. Hal ini bagi memudahkan saya untuk menjalankan pemerhatian secara intensif terhadap kandungan pembelajaran pada hari itu. Semasa sesi P&P sedang berlangsung, dapat saya perhatikan bahawa guru matapelajaran Agama Islam adalah merupakan seorang guru yang berdedikasi terhadap tugas di mana setiap langkah yang dirangka dalam rancangan pengajaran harian di patuhi dan dijalankan dengan sistematik. Terdapat satu sudut refleksi pada akhir pembelajaran di mana guru membuat kesimpulan berkenaan dengan perkara yang telah diajarkan pada hari itu dan sedikit nasihat dan pedoman kepada para pelajar agar senantiasa berusaha untuk mengamalkan segala ilmu yang telah diajarkan agar hidup lebih diberkati dan mendapat keredhaan oleh Allah S.W.T. Terdapat juga sudut-sudut ilmiah di dalam ruang bilik darjah yang memaparkan kata-kata hikmah yang secara tidak langsung membawa kepada penerapan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Pembinaan jadual bertugas di dalam kelas, sememangnya mampu dalam membentuk kesepakatan antara setiap pelajar yang berada dalam sesebuah kelas itu dan hal ini membawa kepada pembentukan sebuah masyarakat yang bersatu padu antara satu sama lain seterusnya membantu kea rah pelaksanaan misi pihak kerajaan dalam membentuk satu komuniti berbilang kaum yang senantiasa saling bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain. Merujuk teori tugas perkembangan Robert Havighurst, tugas kanak-kanak pada umur 612 tahun adalah membentuk sifat kebebasan peribadi. Pelaksanaan program dan aktiviti dari sudut kurikulum yang membentuk sifat kebebasan peribadi dalam diri pelajar
12

dapat saya lihat semasa menjalankan program Pengalaman Berasaskan sekolah pada masa yang lalu. Saya mengambil inisiatif untuk membuat pemerhatian di dalam bilik darjah sewaktu proses P&P sedang dijalankan. Kali ini, saya memilih untuk melakukan pemerhatian di dalam kelas prasekolah di mana ianya bersangkut paut dengan major saya di Institut iatu Prasekolah aliran SK. Berdasarkan pemerhatian yang telah saya jalankan, saya dapati bahawa guru menggunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan murid di mana guru seringkali bertanyakan pelbagai soalan kepada murid sebagai cara untuk memberi peluang kepada murid itu untuk bersuara dan meluahkan pendapat berdasarkan dari sudut perspektif kendiri. Hal ini secara tidak langsung, membantu meningkatkan lagi tahap kredibiliti kanak-kanak itu untuk berfikir kerana setiap kata-kata yang bakal diujarkan memerulukan kanak-kanak itu untuk berfikir terlebih dahulu. Di samping itu juga, tatkala guru memberikan latihan kepada murid, dapat saya perhatikan bahawa guru dengan sengajanya membiarkan murid-murid prasekolah tersebut melakukan latihan dengan sendirinya. Hal ini bukanlah, bermaksud guru tersebut mengabaikan tanggungjawabnya tetapi adalah untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak itu untuk mencuba dengan sendirnya dalam usaha untuk menyempurnakan tugasan yang secara tidak langsung menanamkan sifat berdikari dalam diri kanak-kanak kecil itu. Pendekatan yang digunakan oleh guru prasekolah ini sewajarnya di contohi oleh bakal-bakal guru pada masa yang akan datang. Beliau seringkali mengaitkan pembelajaran yang dijalankan dengan pengalaman hidup pelajar. Kaedah ini sememangnya adalah merupakan suatu langkah yang berkesan kerana kanak-kanak akan lebih mudah memahami akan kandungan pelajaran yang diajarkan kepada mereka sekiranya mereka di dedahkan dengan perkara yang mempunyai

keteberkaitannya dengan keluarga atau saudara mara yang terdekat. Tugas perkembangan kanak-kanak yang terakhir adalah belajar membezakan antara peranan lelaki dan perempuan. Guru haruslah peka terhadap membezakan peranan lelaki dan perempuan. Sebagai contoh dari sudut pelaksanaan aktiviti, di mana pengolahan aktiviti yang dirancang hendaklah bersesuaian dengan jantina murid-murid.
13

Contoh yang lebih jelas saya perlihatkan adalah tatkala subjek Kemahiran Hidup. Pelajar lelaki kebiasaannya melakukan aktiviti yang lebih lasak seperti menukul, memaku dan sebagainya. Janganlah sesekali di campukan aktiviti yang dilakukan oleh golongan lelaki dengan aktiviti yang sewajarnya dilakukan oleh kaum wanita. Hal ini kerana, kedua-dua golongan ini berbeza dari segi kekuatan fizikalnya. Kaum wanita lebih sinonim dengan masakan, jahitan dan sebagainya. Justeru, guru-guru hendaklah peka terhadap isu-isu seumpama ini agar tidak berlaku sebarang musibah terhadap murid. Secara keseluruhannya, berdasarkan temubual dan pemerhatian yang telah saya jalankan semasa menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada masa yang lalu, dapat saya simpulkan bahawa teori tugas perkembangan kanakkanak Robert Havinghurst sememangnya telah diaplikasikan dalam kalangan murid di sekolah ini.

14

Kesimpulan Secara keseluruhannya, melalui tugasan ini saya dapat mengetahui sedikit sebanyak berkenaan dengan sejauhmana Teori Perkembangan Robert Havinghurst telah diaplikasikan di sekolah khususnya untuk tugas-tugas perkembangan kanakkanak pada peringkat umur 6 hingga 12 tahun. Melalui tugasan ini juga, saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan dengan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini kerana, aktiviti kokurikulum adalah merupakan suatu aktiviti di luar bilik darjah yang amat penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek. Hal ini kerana, pada waktu kokurikulum inilah para pelajar dapat melepaskan segala tekanan terhadap pembelajaran di dalam kelas. Justeru, pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah amat penting terutamanya bagi para pelajar yang masih lagi berada di bangku persekolahan. Di bawah konteks pendidikan Malaysia, kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Peranan kurikulum pendidikan di Malaysia adalah bagi mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani, dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iatu sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan ko-kurikulum cuba melihat minat dan bakat murid-murid. Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik diri sendiri. Gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahir dan membentuk murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan dan kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan tanggungjawab berkhidmat untuk masyarakat. Oleh sebab itulah, sekolah amat menitikberatkan penglibatan murid-murid dalam kegiatan kokurikulum dan banyak aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform.

15

Anda mungkin juga menyukai