Anda di halaman 1dari 4

Setiap manusia yang normal akan mengalami perubahan dan perkembangan dari segi

dari aspek fizikal, sosial, kognitif dan emosi sejak mereka dilahirkan sehinggalah menjadi
kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Perkembangan melibatkan perubahan kualitatif yang
bermaksud proses perubahan yang dapat diperhatikan tetapi sukar ditentukan dari satu tahap
ke satu tahap yang lain (Wong, 2013).

Jean Piaget merupakan ahli psikologi yang meluaskan kajiannya terhadap psikologi kognitif dan
perkembangan kanak-kanak. Dalam teori Piaget, beliau memberi keutamaan kepada dua
konsep yang paling penting iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi merupakan satu proses
penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses ini
membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang
baru diperolehi. Manakala, Akomodasi pula satu proses dimana struktur kognitif mengalami
perubahan iaitu individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan skema baru.
Apabila proses asimilasi dan akomodasi berlaku secara seimbang, secara tidak langsung
proses adaptasi akan berlaku dimana seseorang individu lebih cenderung untuk mengetahui,
berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran atau situasi sebenar.

Selain itu, Robert Havighurst pula seorang tokoh yang memfokuskan faktor
persekitaran sebagai faktor yang paling besar dalam mempengaruhi perkembangan seseorang
ketika kanak-kanak. Persekitaran ialah kuasa luaran yang boleh mempengaruhi tingkah laku
seseorang individu, baik di rumah, sekolah atau masyarakat. Persekitaran mampu
mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak dari segi mental dan fizikal. Pada
pendapat saya, terdapat beberapa faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan
seseorang kanak-kanak. Iaitu faktor pemakanan, keluarga, rakan sebaya, sekolah, media
massa dan sebagainya.

1. Pemakanan- kanak-kanak memerlukan makanan protein dan karbohidrat yang membekalkan


mereka tenaga, kalsium untuk menguatkan tulang dan gigi serta vitamin dan mineral untuk
memastikan perkembangan mental dan fizikal yang sihat.
2. Keluarga – Kesejahteraan rumah tangga, asuhan keluarga, gaya kepimpinan ibu bapa dan
kedudukan kanak-kanak dalam keluarga memberikan implikasi dalam menentukan
perkembangan kognitif dan sosioemosi yang sihat.
3. Rakan sebaya- rakan sebaya menjadikan rakan taulan untuk seseorang mempelajari dan
meniru tingkah laku dan nilai yang diamalkan dalam kumpulan sebaya tersebut.
4. Sekolah – Suasana pembelajaran yang selesa di sekolah dapat membantu perkembangan
sosioemosi dan ‘JERI’ kanak-kanak.
5. Media massa – penyebaran maklumat melalui media massa mempengaruhi perkembangan
kogitif, sosial dan sikap individu dari aspek pendidikan, politik, sosial, fahaman dan
pandangan.

Saya setuju dengan pandangan yang telah diberi oleh cikgu Eswari. Sekolah berfungsi dan
membantu untuk mencapai objektif dan matlamat sosial melahirkan manusia yang cemerlang
dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami
tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jadi, salah satu faktor
persekitaran yang sangat penting yang mampu menjadi ejen pengaruh perkembangan kanak-
kanak ialah persekitaran sekolah. Pihak sekolah perlulah memastikan persekitaran fizikal dan
psikososial seseorang murid terjamin dan mampu menyumbang kepada perkembangan mereka
tanpa sebarang ancaman. Selain itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam
memastikan Pdpc berlaku dengan lancar dan berkesan. guru pula perlu lebih kreatif dan inovatif
dalam melaksanakan PdPc supaya murid-murid dapat belajar dan menguasai pengetahuan
dengan lebih baik.

Ya betul kata cikgu syakir, saya terima pandangan cikgu tentang persekitaran fizikal dan sosial.
Persekitaran sekolah yang kondusif menekankan dari segi kelengkapan fizikal kelas seperti
perabut, susunan meja, peralatan pembelajaran atau sumber pengajaran di dalam kelas Faktor
seperti reka bentuk bilik darjah perlu diberi perhatian kerana elemen ini akan berinteraksi dan
mempengaruhi keselesaan Pdpc dan seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan
pembelajaran dan kognitif murid. Kilgour et al., (2006) menegaskan terdapat dua aspek
psikososial sekolah yang perlu diambil perhatian iaitu aspek kelakuan dan aspek interaksi guru
dan murid. Kedua –dua aspek ini merangkumi ciri keselamatan, disiplin, kesihatan, keceraian,
kemesraan serta kemanusiaan. Jika semua aspek dipenuhi ianya dapat meningkatkan
perkembangan murid di sekolah serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang dikatakan
kondusif.
Guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan kemahiran mata pelajaran
kepada murid. Malah guru juga berperanan sebagai pemimpin, perancang, pelaksana, pengurus dan
sebagainya. Sebagai pengurus kelas, guru perlu memastikan semua murid telah melibatkan diri dalam
aktiviti kelas yang telah dirancang. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pendidik, kaedah yang saya
menggunakan dalam mengatasi masalah murid yang terlalu aktif dalam bilik darjah ialah melalui aktiviti
‘Hands-On ‘. Aktiviti ‘Hands-on’ merupakan sebarang aktiviti yang dilakukan oleh murid sendiri secara
praktikal dengan memanipulasikan bahan yang sedia ada. Guru perlulah merancangkan PdPc mereka
dengan menggunakan pelbagai pendekatan mengikut gaya pembelajaran anak muridnya dalam kelas
masing-masing. Jadi saya menggunakan pelbagai instrumen atau ABM yang boleh menarik perhatian
murid aktif dalam kelas saya. Saya akan memberikan peluang kepada anak murid saya terutamanya
murid aktif dalam kelas tersebut untuk menggunakan ABM yang telah saya sediakan. Ini akan membuat
murid tersebut rasa dirinya dihargai dan diberi perhatian dan membawa satu keseronokan dalam diri
murid tersebut.

Selain menggunakan kaedah kuliah atau penerangan, saya juga akan menjalankan pelbagai aktiviti
seperti berbentuk projek, ‘Fun learning’ (didik hibur), simulasi, sumbang saran, nyanyian, main peranan
dan sebagainya. Ini secara tidak langsung akan mengelakkan perasaan malas dan tidak fokus murid
semasa menjalani aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Kaedah ‘Hands-on’ juga dapat mengawal
pergerakan murid aktif dalam kelas ketika PdPc dijalankan. Menurut Mary (2009), penggunaan aktiviti
‘Hands-on’ akan meningkatkan minat dan penglibatan murid dalam pembelajaran serta meningkatkan
pencapaian mereka dalam matapelajaran yang dipelajari.

Satu lagi cara yang saya menggunakan untuk menangani murid aktif dalam kelas ialah melalui konsep
‘You do I give’. Ini berupakan satu kaedah dimana murid aktif ini akan diberi satu task atau tugasan,
dimana mereka perlu menyiapkan tugasan tersebut dalam masa yang telah ditetapkan oleh guru itu
sendiri untuk mendapatkan ‘token of appreciation’. Kaedah ini hampir sama dengan sistem ganjaran,
dimana murid akan mendapatkan ganjaran sekiranya menyiapkan tugasan yang telah diberi.
Penghargaan dan pengiktirafan akan motivasikan dan mendorong murid tersebut untuk lebih berusaha
dan memperbaiki kelemahan dirinya.
Betul kata cikgu Elavarasi. Sebenarnya saya lebih suka dengan kaedah ‘Peer Coaching’ atau ‘Mentor
Mentee’. Sebagai guru Bahasa Inggeris di sekolah saya sendiri saya pernah menggunakan kaedah
mentor mentee ini dalam matapelajaran saya. kaedah ini telah memberi kesan yang positif terhadap
aktiviti PdPc saya. Murid-murid akan berasa dirinya telah lebih dihargai dan diberi peluang ataupun
dianggap sebagai ‘ketua’ dalam kalangan rakan-rakannya. Ini akan memberikan motivasi kepada murid
tersebut untuk membimbing atau membantu rakannya sendiri dalam kelas tersebut.

saya tertarik dengan salah satu cara yang dikemukakan oleh cikgu faizah, iaitu penerapan kasih sayang
dan tumpuan lebih. Siapalah yang tak suka kalau dirinya dimanjakan,diberi perhatian yang lebih dan
kasih sayang yang tidak terhingga. Sebenarnya murid-murid aktif ini boleh dikategorikan dalam
kumpulan ‘attention seeker’. Kadang-kadang murid seperti ini memerlukan perhatiaan dan tumpuan
lebih daripada guru dan rakan-rakan dalam kelas. Oleh sebab sikap seperti ini, guru mengalami
kesukaran untuk mengawal pergerakan murid tersebut. Dengan adenya, kasih sayang dan tumpuan
lebih murid tersebut akan berasa dirinya diberi perhatian lebih dan dihargai di hadapan rakan-rakannya.

Anda mungkin juga menyukai