Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN
Psikologi dianggap sebagai satu sains kerana ilmu psikologi cuba memahami
manusia dengan mengkaji manusia melalui pemerhatian. Tingkah laku pula
adalah merujuk kepada semua tindakan manusia (tingkah laku) yang ketara
(dapat dilihat dengan mata kasar), seperti menangis, berjalan, makan, menulis
atau apa saja tingkah laku yang dapat dilihat. Manakala proses mental
merupakan proses yang berlaku di dalam pemikiran kita, dimana secara
biologinya proses ini berlaku di dalam otak kita.
Istilah psikologi berasal daripada dua istilah, iaitu psyche, yang mengikut
Arsitotle sebagai intipati kehidupan, dan dalam bahasa seharian dikatakan
sebagai jiwa, dan logos, yang dirujuk sebagai ilmu atau sains. Dengan mudah
psikologi bererti sains atau ilmu yang mengkaji jiwa. Namun demikian konsep
psikologi sekarang adalah lebih khusus, iaitu didefinisikan sebagai sains yang
mengkaji tingkah laku dan proses mental.
Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza di antara satu sama lain. Menurut
Khairul Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek
perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Oleh demikian,
guru-guru perlu memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh
mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.
perbezaan individu dihuraikan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada
norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial,
bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam sesuatu
kumpulan (Mok Soon Sang (2001).

2.0 OBJEKTIF
Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk mengetahui sejauh mana saya dapat
mengenal pasti dan menilai perbezaan diantara Murid. Melalui kajian ini saya akan dapat
mengenal pasti perbezaan diantara sekumpulan murid yang berbeza dari segi kognitif atau
mental. Selain itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui faktor perbezaan individu
dan cara mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.

3.0 SASARAN
Kajian ini dijalankan ke atas beberapa orang pelajar tahun 2 yang berbeza dari segi
aspek kognitif dan mental serta fizikal.

4.0 KAEDAH KAJIAN


Dalam menjalankan kajian aspek perbezaan individu, saya telah memilih kaedah
temubual, pemerhatian dan soal selidik kerana dengan cara ini saya lebih mengenali dan
menilai aspek perbezaan murid yang di pilih. (lampiran 1)
4.1 Temubual
Berdasarkan kaedah temubual, saya telah menemubual beberapa orang guru
khususnya

guru

kelas

yang

membantu

membimbing

murid

tersebut

dalam

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.


4.2 Pemerhatian
Memalui kaedah pemerhatian, saya telah mengambil inisiatif untuk menyertai
proses pengajaran dan pembelajaran murid yang dijadikan responden untuk melihat
sejauh mana mereka mengambil bahagian dalam kelas sewaktu pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. (lampiran 2)
4.3 Soal selidik
Dengan kaedah soal selidik, saya telah menyediakan borang soal selidik
mengenai kajian yang dijalankan (lampiran 3). Saya telah menyoal selidik guru
pembimbing iaitu guru kelas murid yang dijadikan responden bagi kajian yang saya
jalankan sepanjang melaksanakan pengalaman berasaskan sekolah.

5.0 LAPORAN KAJIAN


Kajian ini dijalankan keatas dua orang murid tahun 2 Amanah di Sekolah
Kebangsaan Kampung Padang Air, Kuala Terengganu. Tujuan saya memilih
responden dari tahun 2 ini adalah kerana murid di tahun 2 sedang mengalami
proses transisi dan transformasi dari kehidupan di rumah dan di sekolah.
Sekiranya saya memilih murid dari tahun 1, mereka masih menggambarkan
bahawa sekolah merupakan oerkara yang sama dengan rumah kerana mereka
masih berada pada tahap permulaan dalam menjalani kehidupan sebagai

seorang pelajar, pelajar di tahun 2 lebih efisien berbanding pelajar tahun 1


kerana mereka dapat membezakan keadaan di rumah dan di sekolah.
Melalui kaedah temu bual yang dilaksanakan, saya dapati guru-guru
sendiri menyatakan terdapat banyak perbezaan di antara dua murid yang
dijadikan responden. Saya menyediakan beberapa soalan yang berunsurkan
kognitif , sosial dan mental serta fizikal kepada guru pembimbing. Melalui apa
yang dinyatakan oleh guru pembimbing, pelajar Aiman Marwan bin Zainal Azhar
merupakan seorang murid yang mempunyai kognitif, mental, sosial dan fizikal
yang lebih baik berbanding murid kedua iaitu Muhammad Lukman Hakin bin
Mazuki. Ini dapat dibuktikan dengan pencapaian yang diberikan oleh guru
kepada murid tersebut. Guru pembimbing yang sudi ditemu bual mengatakan
bahawa beliau memberikan skala 9/10 kepada Aiman Marwan manakala Lukman
hanya mampu mendapatkan skala 5/10 sahaja daripada grur-guru lain.
Melalui kaedah kedua iaitu kaedah pemerhatian, saya dapati bahawa
kedua-dua murid yang dipilih untuk menjalankan kajian memberikan respon
yang berbeza di dalam kelas sama ada semasa proses PdP dijalankan ataupun
semasa PdP tidak dijalankan. Melalui pemerhatian yang dijalankan, Aiman lebih
cenderung kepada lebih berkongsikan ilmu dan permasalahan dengan guru
mahupun pelajar lain sebaliknya Lukman hanya lah mengendahkan apa yang
dipelajari di sekolah dengan tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya
terhadap pengajaran guru.
Dengan meneliti kaedah pemerhatian, terdapat perbezaan bukan sahaja
dari segi kognitif dan fizikal malah, terdapat juga perbezaan dari aspek sosial. Ini
dapat dilihat kerana Lukman lebih rela melakukan semua perkara berseorangan
walaupun dia tidak memahami apa yang dilakukan olehnya. Sebaliknya, Aiman
lebih cenderung kepada melakukan semua perkara secara berkumpulan dengan
perbincangan dan sebagainya.

perbezaan tingkah laku individu ini dapat

dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial.


Seterusnya,

kaedah

soal

selidik

dilaksanakan

dengan

melakukan

perbincangan dengan guru pembimbing. Saya melakukan perbincangan dengan


guru pembimbing bagi mendapatkan lebih maklumat mengenai murid yang
dijadikan responden. Kerjasama yang diberikan oleh guru pembimbing sangat
membantu saya dalam melaksanakan kajian mengenai perbezaan individu yang

ditugaskan. Saya telah menjalankan perbincangan dengan menyediakan borang


soal selidik yang perlu dijawab dan ditandakan oleh guru tersebut.
Melalui kaedah ini, saya lebih yakin dengan kajian yang dijalankan kerana
maklum balas yang diberikan oleh guru pembimbing sangat berhasil dalam
membantu saya menyiapkan tugasan dan kajian. Rekod soal selidik yang
dijalankan disimpan bagi tujuan untuk menjadi bahan bukti kajian dijalankan
tentang perbezaan individu.(lampiran 3).

6.0 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PERBEZAAN INDIVIDU


Faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan individu terbahagi kepada dua faktor yang
besar, iaitu faktor baka dan persekitaran. Faktor-faktor ini dijelaskan seperti berikut.
6.1 Faktor Baka
Setiap orang mewarisi sifat-sifat tertentu melalui pewarisan gen atau baka
daripada kedua-dua ibu bapanya seperti paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen,
tahap aktiviti, tret personaliti, gaya bahasa, gaya hidup, sikap dan minat. Antara contoh
pewarisan baka ialah warna mata.
6.2 Faktor Persekitaran
Persekitaran

meliputi

lokasi

tempat

tinggal

seseorang,

masyarakat

di

sekelilingnya dan rumah ibadat. Persekitaran yang mempengaruhi seseorang individu


termasuklah perapatan (attachment) individu dengan kedua orang ibu bapanya melalui
asuhan dan interaksi, pengaruh adik-beradik, ahli keluarga lain, guru, kawan-kawan,
bahan-bahan media cetak dan media elektronik serta bahan daripada komputer.

7.0 KESAN PERBEZAAN INDIVIDU


Setelah mempelajari topik perbezaan individu ini, guru seharusnya
mengetahui secara mendalam tentang teori ini dan dengan itu, guru akan dapat
merancangkan

satu

sistem

pengurusan

bilik

darjah

yang

efektif.

Untuk

menangani masalah perbezaan murid-murid, guru perlu menjalankan kaedah


kumpulan atau pembelajaran koperatif dan kolaboratif untuk mengurangkan
kesan murid-murid yang berbeza. Selain itu, guru perlu mengumpulkan muridmurid yang mempunyai kebolehan yang sama dalam kumpulan yang sama
4

supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Untuk


murid yang sangat lemah pula, guru perlu menggunakan pendekatan pengajaran
individu

supaya dapat mengatasi sebarang masalah

pembelajaran

yang

dihadapi.
Di samping itu, guru boleh mengembangkan urutan arahan yang
mengambil kira urutan sebagai sebahagian proses arahan. Ini ialah pendekatan
yang pernah digunakan oleh Bernice McCarthy, pemaju sistem 4Mat. Guru juga
boleh menggunakan pendekatan menyediakan kumpulan, sama ada antara kelas
atau dalam lingkungan kelas sendiri supaya dapat mengurangkan variabiliti
berhubung dengan latar belakang, pencapaian, kebolehan atau beberapa ciri
lain. Contoh pendekatan arahan ialah kumpulan bilik darjah, pembelajaran
koperatif dan arahan yang memberikan ciri khusus kepada sesuatu. Akhir sekali,
guru boleh mengubahsuai keadaan dalam lingkungan arahan berlaku. Ini ialah
pendekatan yang digunakan dalam pembelajaran masteri.

KESIMPULAN
Sebagai rumusannya, setiap individu adalah berbeza antara satu sama
lain. Terdapat murid yang pandai dan lemah dalam pelajaran. Perbezaan individu
ini berkait rapat dengan faktor kognitif, fizikal, emosi, budaya dan agama
seseorang. Manusia juga mempunyai pelbagai jenis kecerdasan yang boleh
dikembangkan dari semasa ke semasa.
Tidak semua murid berjaya dalam pelajaran sahaja dikira sebagai murid
yang cerdas. Murid yang mempunyai kebolehan dalam bidang yang lain seperti
muzik, sukan dan lain-lain lagi juga dikira sebagai murid yang cerdas. Kecerdaan
ini adalah mengikut jenis kecerdasan yang dimiliki oleh setiap individu.
Selain itu, gaya pembelajaran juga penting dalam mempelajari sesuatu
perkara. Terdapat juga beberapa faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran
seseorang. Guru memainkan peranan yang penting dalam membimbing murid
untuk mengetahui atau mempelajari gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri
mereka. Akhir sekali, sebagai seorang guru, kita hendaklah melayan murid tanpa
memilih kasih kerana setiap daripada mereka mempunyai keistimewaan dan
kelebihan masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai