Anda di halaman 1dari 2

5.3.

1 Sendirian

Berikut contoh kanak-kanak mengekpresi emosi dengan caranya tersendiri:


(a) Terdapat kanak-kanak yang bercakap sendirian apabila bersendirian.
Contohnya semasa bermain dengan alat permainannya. Mereka akan
bercakap-cakap sendiri berkenaan barang mainannya.
(b) Boleh mengintegrasikan antara emosi dan pemikiran serta
menggunakan bahasa yang diajar kepada mereka.
(c) Boleh menggantikan emosi dan pemikiran dengan menunjukkan
tindakan, imej dan sikapnya, dan melahirkannya perasaan gembira atau
sedih atau takut.
(d) Boleh membezakan emosi, keperluan emosi berdasarkan konteks
orang yang berlainan. Walaupun tidak secara spontan tetapi kanak-kanak
boleh memberi respons kepada orang dewasa, ibu atau bapa atau ahli
keluarga sama ada suka atau tidak suka.
(e) Boleh mengesan konsep membuat janji dengannya, harapan, keadilan,
percaya, dan empati di kalangan orang dewasa, sebab itu kalau kita
berjanji dengan kanak-kanak prasekolah, mereka akan ingat dan menyebut
dan menuntut dengan segera terutamanya hadiah dan dia akan menuduh
menipu kalau mungkir janji.
(f) Boleh merasa takut, marah, teruja, kecewa apabila barang yang
dikehendaki tidak dapat diperolehi terutama sekali bila bersendirian.
Contohnya kalau mereka berminat kepada barang permainan tetapi tidak
diberikan kepadanya atau disorokkan, mereka akan meminta dengan
pelbagai cara.
(g) Boleh melabelkan emosi yang positif dan emosi yang negatif,
contohnya kanak-kanak boleh mengesan ibunya gembira atau ibunya
sedang bersedih.
(h) Boleh meningkatkan toleransi terhadap kekecewaan contohnya kanak-
kanak hendakkan anak patung besar tetapi apabila dipujuk oleh ibu bapa
dia bersetuju untuk tidak membelinya.

5.3.2 Berpasangan

Kanak-kanak belajar dengan berkesan secara berpasangan. Kanak-kanak


sangat suka bermain secara berpasangan kerana mereka akan berkongsi
pengalaman dan saling berkomunikasi. Mereka merasa lebih gembira
bermain berpasangan berbanding dengan bermain berseorangan.

Apabila seseorang itu bermain dengan gembira dan bersungguh-sungguh, ini


mencetuskan campuran hormon endorfin yang menaikkan semangat dan
gangguan yang menjauhkan diri dari sakit, ketakutan, dan lain-lain bebanan.
Secara tidak langsung apabila kanak-kanak bermain dengan orang lain,
sama ada mereka rakan-rakan atau orang asing, mereka akan menyedari
bahawa mereka tidak bersendirian di dunia ini. Kanak-kanak akan merasa
gembira boleh berhubung dengan orang lain dengan cara yang menarik dan
bermakna serta tidak merasa kesepian.

5.3.3 Berkumpulan

Kanak suka bermain dalam berkumpulan. Semasa bermain dalam kumpulan


selalunya kanak-kanak gembira dan dapat melahirkan emosi masing-masing.
Guru boleh merancang aktiviti kanak-kanak bermain mengikut tempat dan
kawasan tertentu seperti di padang, taman permainan, kebun bunga, zoo
dan sebagainya.

Kanak-kanak belajar mengikut peraturan apabila bermain secara


berkumpulan. Mereka akan mula memahami tanggungjawab untuk sesuatu
peranan, dapat mengawal diri, belajar menerima kritikan, yang bermaksud
bahawa mereka boleh melihat tingkah laku mereka sendiri dan memahami
jika mereka melakukan perkara yang betul atau tidak. Mereka akan mula
memahami persahabatan dan bijak dalam membuat pilihan yang baik serta
belajar mengikuti peraturan. Jika dia membuat pilihan yang salah terangkan
dan ingatkan bahawa dia boleh membuat pilihan yang lebih baik esok.

Anda mungkin juga menyukai