Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan

Kurikulum merupakan panduan yang sering digunakan pendidik dalam merancang proses
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Menurut Norhashimah Hashim dan Yahya Che lah
(2003), kurikulum adalah satu perancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah disusun
yang bertujuan untuk mencapai sesuatu matlamat. Selain itu, kurikulum adalah asas untuk
mengajar dan memberi maksud ke arah pendidikan. (Feldman, 1991). Terdapat beberapa
kurikulum yang digunakan dalam sistem pendidikan di Malaysia antaranya ialah kurikulum
PERMATA, Kurikulum Standard Pendidikan Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). Setiap guru hendaklah menjadikan kurikulum sebagai panduan
utama dalam merancang PdPc.

1.0 Aspek profesionalisme guru

Setiap guru pendidikan awal kanak-kanak adalah bertanggungjawab dalam membentuk


kanak-kanak untuk kepentingan mereka pada masa akan datang. Oleh yang demikian, guru
hendaklah mempunyai ciri-ciri guru yang profesional dan mempunyai sahsiah yang baik.
Menurut kurikulum PERMATA negara, terdapat beberapa ciri-ciri sahsiah sebagai seorang
pendidik iaitu antaranya ialah jujur, menepati masa, berdisiplin dan berketerampilan diri.
Namun, terdapat beberapa masalah dalam pembelajaran antaranya ialah masalah yang wujud
dalam pembelajaran. Menurut (Dwiati Yulianingsih dan Stefanus, 2019), dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP), terdapat kelemahan yang wujud iaitu murid tidak
bersemangat dalam pembelajaran. Menurut beliau dalam penulisannya juga, guru perlu
menguasai keterampilan dalam menujukan soalan, menjelaskan dan juga dalam variasi. Ini
kerana keterampilan dalam mengelola kelas dapat memberi pengaruh yang besar terhadap
perhatian murid untuk belajar. Ini jelas bahawa pendidik perlu menunjukkan ciri-ciri
keperibadian yang tinggi dan menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.

2.0 Analisis kurikulum pendidikan awal kanak-kanak

Penggunaan kurikulum adalah digunakan berdasarkan aras atau tahap kemampuan


individu berdasarkan umur yang telah ditetapkan. Contohnya, penggunaan kurikulum
PERMATA adalah untuk kanak-kanak yang berumur 0 hingga 4 tahun. Kurikulum ini biasanya
digunakan di TASKA kerana penggunaan kurikulum PERMATA sangat sesuai digunakan di
TASKA berdasarkan perkembangan atau tahap kanak-kanak. Hal ini kerana, menurut skop
yang terkandung dalam kurikulum PERMATA, terdapat dua bidang yang meliputi aspek asas
pengasuhan dan bidang pembelajaran untuk perkembangan kanak-kanak. Selain itu, kurikulum

2
PERMATA adalah digubal berdasarkan beberapa model yang telah mempengaruhi
pembentukan kurikulum.

Antaranya ialah model Montessori iaitu menurut Rohaty Mohd Majzub (2003), beliau
menyatakan bahawa pendidikan Montessori yang diaplikasikan kepada kanak-kanak adalah
lebih fleksibel berbanding dengan corak pendidikan yang lain. Kaedah pembelajaran dalam
pendidikan Montessori ini lebih mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran yang
terancang dan menyeronokkan dengan bantuan alat-alat autentik dan natural yang sering
digunakan dalam pembelajaran. Pendekatan kaedah pembelajaran mereka lebih kepada
konsep kemahiran hidup. Contohnya, di TASKA terdapat beberapa bahan mainan yang
manipulatif seperti Animal Builder, Building Block dan ABC Wooden Block. Ini kerana, bahan
mainan yang manipulatif ini dapat merangsang perkembangan emosi, rohani, intelek, sosial dan
jasmani mereka serta dapat membina kemahiran berfikir dengan aktif dalam menyelesaikan
masalah.

Seterusnya, persekitaran terancang dan menyeronokkan yang telah diperkenalkan


Montessori telah memberi pengaruh yang besar terhadap kurikulum PERMATA dalam aspek
persekitaran pembelajaran PERMATA. Persekitaran yang sesuai bagi sesebuah TASKA adalah
termasuk ruang dalaman, ruang luaran, sudut pembelajaran, peralatan, perbahanan, hiasan
dan dekorasi ruang dan keselamatan (Kostelnik et al. 2011). Semua ciri ini adalah aspek yang
perlu dititikberatkan di sesebuah TASKA kerana ianya dapat mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak. Oleh yang demikian, setelah tinjauan dilakukan di sebuah TASKA, didapati
bahawa persekitarannya adalah seperti yang diperkenalkan oleh Montessori iaitu
persekitarannya adalah tersedia iaitu ceria dengan warna oren pada dinding bahagian dalaman
premis serta terdapat hiasan yang warna-warni pada setiap dinding dan sudut premis. Selain
itu, premis tersebut juga adalah selamat untuk kanak-kanak bermain dan terdapat beberapa
baby cot atau stackable cot disediakan untuk kanak-kanak tidur apabila waktu tidur yang relah
ditetapkan.

Seterusnya, model Reggio Emilia turut mempengaruhi kurikulum PERMATA. Model ini
adalah berfokuskan dalam memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah serta menggunakan pendekatan projek berasaskan inisiatif kanak-
kanak. Menurut Elkind (2007), kanak-kanak hendaklah diberi peluang secara bebas untuk
meneroka sesuatu perkara secara penyiasatan sendiri dengan pengawasan dan bimbingan
oleh guru ataupun orang dewasa. Contohnya, dalam kurikulum PERMATA, kanak-kanak diberi
peluang dalam meneroka serta memahami alam kehidupan. Kesannya, kanak-kanak akan

3
dapat membezakan objek hidup dan bukan hidup, tumbuhan serta haiwan. Selain itu, Reggio
Emilia juga telah memberi pengaruh dalam penglibatan aktif ibu bapa. Menurut Malaguzzi
(1993), pendidikan seharusnya melibatkan tiga elemen iaitu kanak-kanak, guru dan keluarga.
Guru-guru di Reggio Emilia bekerja sebagai rakan kanak-kanak. Hal ini jelas bahawa ibu bapa
perlu kolaborasi dalam membentuk perkembangan kanak-kanak. Menurut kandungan dalam
kurikulum PERMATA, setiap TASKA PERMATA diwajibkan menubuhkan Persatuan Ibu Bapa
dan Pendidik (PIBP) yang dianggotai oleh ibu bapa dan pendidik.

Kepelbagaian budaya di Malaysia sememangnya wujud sehingga pada hari kini. Menurut
Kamus Dewan (2005), budaya merupakan kemajuan fikiran, akal budi, berkelakuan dan
sebagainya. Oleh itu, budaya dapat dikaitkan bahawa sebagai satu cara yang diamalkan oleh
sekelompok kumpulan yang tertentu yang meliputi pelbagai aspek seperti agama, kepercayaan,
adat resam dan nilai. Pada masa kini, terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat
dengan masyarakat yang lain. Dalam konteks pendidikan semasa, budaya dilihat melalui
budaya di sekolah yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah,
murid akan dididik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam
masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah. Selain itu, terdapat juga isu
yang digambarkan sebagai isu perbezaan warna kulit yang telah menimbulkan masalah
perkauman dalam masyarakat. Selaras dengan kurikulum PERMATA negara, penumpuan
khusus diberikan dalam membina sahsiah kanak-kanak supaya melahirkan insan yang beriman,
jujur dan amanah. Oleh itu, aspek perkembangan sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian adalah
sebagai aspek pembelajaran yang utama dalam pendidikan kanak-kanak di TASKA. Sebagai
pendidik, kita hendaklah prihatin dalam membina kesejahteraan emosi kanak-kanak dan
sentiasa membantu mereka dalam membina emosi yang terkawal. Ini kerana, menurut Omar
(2008), pendidikan nilai sangat penting bagi membanteras gejala dan masalah sosial yang
dihadapi oleh masyarakat dan negara. Hal ini Secara tidak langsung dapat mengurangkan
masalah perkauman pada masa akan datang.

Kemahiran Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21 adalah satu pendekatan
yang baru dalam PdPc pada masa kini. Menurut Bernet Berry (2011), beliau menjelaskan
bahawa pembelajaran abad 21 adalah satu bentuk pembelajaran yang memerlukan
penguasaan isi kandungan serta menilai maklumat daripada pelbagai mata pelajaran dan
sumber yang luas dengan memahami segala budaya yang berbeza. Menurut kajian yang
dijalankan oleh D’Andrea dan Daniels (2002), didapati bahawa standard pelajar di abad ke-21
adalah memerlukan kemahiran yang baru iaitu lebih kepada berdaya saing dan berjaya

4
dalam dunia pendidikan dan juga kehidupan seharian.  Justeru itu juga, proses pembelajaran
dalam bilik darjah perlu merangkumi literasi teknologi, pembelajaran kolaboratif, penggunaan
pendekatan pembelajaran berasakan projek serta aplikasi pemikiran aras tinggi, termasuk
pemikiran kritis untuk menilai maklumat dalam menyelesaikan masalah. Dalam kurikulum
PERMATA, kanak-kanak diberi peluang untuk bekerjasama di antara mereka dalam melakukan
aktiviti. Contohnya, kanak-kanak bermain permainan bahasa dan literasi awal iaitu kanak-kanak
akan memilih sendiri peranan yang disukai dan melakonkan watak tersebut. Lakonan dan main
peranan ini dapat melahirkan nilai kerjasama dalam diri kanak- kanak dan dapat menyuburkan
sahsiah serta kemahiran sosial kanak-kanak. Nilai bertanggungjawab juga akan dapat
diterapkan dalam diri kanak-kanak kerana kanak-kanak akan bertanggungjawab dalam
melakonkan watak yang hendak dilakonkan.

Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan iaitu dari peringkat lahir hingga ke
peringkat kematangan. Menurut Karl Garrison (1965), beliau berpendapat bahawa
perkembangan adalah hasil daripada tindakan yang berkait rapat dengan perkembangan
jasmani dan pembelajaran. Perkembangan juga boleh dikaitkan dengan mengapa dan
bagaimana individu berkembang serta menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah
melalui peredaran masa (Slavin, 1989). Namun, terdapat juga ketidaksempurnaan
perkembangan yang berlaku terhadap individu yang dikenali sebagai kanak-kanak yang
berkeperluan khas. Menurut Wright (1998), kanak-kanak khas didefinisikan sebagai kanak-
kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan
sensorimotor, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal.

Antara bentuk ketidaksempurnaan kanak-kanak ialah perkembangan lewat. Perkembangan


lewat ialah kanak-kanak yang tidak mencapai tahap perkembangan mereka mengikut peringkat
umur secara normal dari aspek perkembangan bahasa, komunikasi, kognitif dan sosio-emosi.
Perkembangan lewat adalah terbahagi kepada empat iaitu sindrom down, autisme, hiperaktif
(ADHD), dan terencat akal. Selain itu, kecacatan fizikal dan masalah penglihatan juga turut
tergolong dalam bentuk ketidaksempurnaan kanak-kanak. Hal ini adalah merupakan
ketidaksempurnaan terhadap fizikal tubuh badan dari segi potensi individu tersebut. Menurut
Aijah, Nordilah & Saedah (2013), kehilangan upaya merupakan keadaaan yang dianggap fungsi
atau keupayaan seseorang adalah kurang daripada manusia biasa. Istilah ini biasanya merujuk
kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual dan kesihatan
mental. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau kemudiannya. Oleh yang demikian,
kanak-kanak akan sukar dalam melakukan aktivitinya pada setiap masa. Dalam kurikulum

5
PERMATA, ketidaksempurnaan kanak-kanak akan dikesan sejak awal lagi bagi memastikan
pendidik dan ibu bapa dapat mengambil tindakan awal menyediakan program intervensi kepada
kanak-kanak. Hal ini adalah untuk menentukan perkembangan fizikal dan sosioemosinal kanak-
kanak sentiasa di dalam keadaan yang baik. Sebagai pendidik PERMATA, kita hendaklah
sentiasa memerhati dan mencatatkan perkembangan secara berterusan untuk memastikan
tiada keciciran yang berlaku.

3.0 Perancangan Aktiviti

Dalam memastikan perkembangan kanak-kanak mencapai tahap yang optimum, aktiviti


yang dirancang yang bersesuaian dengan tahap kanak-kanak iaitu berumur 3 hingga 4 tahun
ialah aktiviti yang membolehkan kanak-kanak dapat menyebut tekstur objek dengan
menyediakan tiga objek yang mempunyai tekstur berlainan iaitu belon, kain dan batu kerikil.
Aktiviti yang dirancang ini adalah berdasarkan kepada bidang pembelajaran dalam kurikulum
PERMATA yang telah dijadikan rujukan iaitu dalam bidang pembelajaran perkembangan deria
dan pemahaman persekitaran. Hal ini adalah supaya dapat meningkatkan kemahiran sentuhan
dengan lebih teliti dari pengalaman yang telah dialami dengan pelbagai tekstur objek yang
berbeza. Selain itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan lagi tahap deria sentuhan terhadap
objek serta dapat menyebut tekstur objek kasar, lembut dan licin.

4.0 Penutup

Kesimpulannya, Kurikulum merupakan suatu pengalaman pembelajaran yang disediakan


dalam bentuk rancangan pembelajaran (Norlidah Alias, 2010) dan sentiasa mengalami
perubahan serta perkembangan sejajar dengan tuntutan semasa (Norlidah Alias, 2010 &
Ahmad Subri Shuib, 2009). Oleh itu, sebagai guru, kita hendaklah merujuk kurikulum dengan
sebaik mungkin bagi membolehkan kelancaran perancangan aktiviti. Selain itu, penggunaan
kurikulum PERMATA adalah penting dalam pengelolaan kanak-kanak di TASKA. Hal ini akan
memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak pada masa akan datang sekiranya mengelola
kanak-kanak berpandukan penggunaan kurikulum PERMATA.

Anda mungkin juga menyukai