Anda di halaman 1dari 20

Tajuk 2 Masalah Pembelajaran Matematik

2.1 Faktor kegagalan menguasai kemahiran pembelajaran matematik

2.1.1 Kognitif

Mengikut kajian Piaget, kematangan kognitif kanak-kanak berkembang dari operasi


konkrit kepada operasi kompleks seiring dengan peningkatan umurnya. Kematangan
kognitif ini mempengaruhi kesediaan belajar dan menjadi prasyarat untuk
mempelajari matematik, sains dan mata pelajaran lain yang memerlukan kemahiran
berfikir.

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,


memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-
masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang,
menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran
kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan


pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang
berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.

Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan


aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek
yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan
bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula
difahami.

Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang
tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan
kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh
pihak sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan perkembangan
kognitif tidak tersekat atau terganggu.

Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan
mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada
tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah
memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga
mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada
tahap ini juga, kanak-kanak sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui
lawak dan pergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang lain.

16
2.1.2 Emosi

Faktor emosi pula merujuk kepada kadar pencapaian kestabilan dalam


perasaan seperti kepuasan, keinginan, minat dan sebagainya. Kematangan
sosial dan emosi adalah kesediaan belajar asas yang menentukan
kesanggupan seseorang pelajar berkongsi pengalaman dan menjalankan
aktiviti pembelajaran bersama pelajar-pelajar lain.

Emosi menggambarkan satu keadaan yang dikaitkan oleh dorongan-dorongan


melalui satu cara tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman yang meluas dan
mengandungi nada perbezaan atau berbagai-bagai darjah kepuasan dan gangguan.
Ahli-ahli psikologi dan fisiologi sependapat bahawa emosi melibatkan perasaan,
gerak hati dan tindak balas fisiologi. Gerak hati atau desakan dalaman yang
mengarahkan sesuatu jenis pelakuan mungkin terjadi dalam perbagai gabungan dan
peringkat, secara umum, emosi dapat diertikan sebagai suatu pengalaman yang
penuh perasaan, yang melibatkan penyelarasan dalaman secara am dengan
keadaan mental dan fisiologi yang bergerak dalam diri individu dan kemudiannya
diperlihatkan dalam bentuk tingkah laku yang nyata.

Emosi adalah penggerak utama bagi menggambarkan tingkahlaku kanak-kanak


khususunya peringkat pertengahan dan akhir. Ini kerana menerusi emosi yang
dilahirkan mereka dapat menonjolkan segala bentuk perkara yang dirasai serta yang
difikirkan. Dengan itu, segala situasi yang berlaku di sekeliling baik dari aspek
perubahan biologi akan mendorong pembentukan emosi dalam sesuatu masa sama
ada sedih, marah, kecewa dan sebagainya.

Ini bermakna, seorang kanak kanak itu dalam masa yang sama harus mengimbangi
perubahan diri dan juga penyesuaian faktor luarannya. Secara tidak langsung, ia
mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap reaksi kanak-kanak itu. Sekiranya ibu bapa
kurang sensitif dengan perubahan emosi dan biologi kanak-kanak itu, kanak-kanak
yang bijak akan mula memanupulasikan ibu bapa mereka untuk memenuhi kehendak
kanak- kanak itu.

17
Pada dasarnya, emosi dan perasaan kanak-kanak boleh diklasifikasikan dalam dua
cara yang paling umum iaitu:

 Faktor luaran:

Lazimnya, kanak-kanak akan menonjolkan reaksi mereka sendiri dalam sesuatu


masa melalui riak muka seperti ketawa, menangis, senyum, bermasam muka dan
langsung tidak berkata apa-apa. Daripada situasi yang kita lihat, di sini dapat kita
rumuskan bahawa kanak-kanak pertengahan dan akhir memiliki emosi yang tidak
stabil dan berubah -ubah mengikut masa dan keadaan. Sebagai contoh, mereka
sangat sensitif dan mudah menangis apabila ditegur dengan nada yang kasar seperti
dimarahi oleh bapa. Seterusnya, emosi mereka turut berubah apabila diberi pujian
setelah berjaya menylelesaikan sesuatu perkara leih-lebih lagi dalam bidang
akademik. Secara tidak langsung, keadaan ini dapat meningkatkan tahap ekstim
kendiri dalam diri kanak-kanak tersebut.

18
 Faktor dalaman :

Ia merujuk kepada perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang
berubah-ubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau
rakan rakan sebaya. Ini kerana, mereka masih kecil dan semestinya memerlukan
perhatian yang sepenuhnya daripada anggota keluarga. Keadaan ini dapat kita
perhatikan apabila mereka akan menonjolkan emosi dengan mempamerkannya
melalui tingkah laku yang ditonjolkan. Kedaan ini dapat dilihat apabila kanak-kanak
akan mengamuk dan mengguling-gulingkan badan apabila kehendak mereka tidak
dituruti dan ianya berterusan selagi tidak mendapat perkara yang diinginkan. Situasi
ini dapat kita lihat di shopping complex apabila mereka gagal mendapat barangan
yang diinginkan lebih-lebih lagi barangan permainan.

2.1.3 Fizikal

Kesediaan belajar dipengaruhi oleh kematangan fizikal iaitu perkembangan fisiologi


dan psikologi seseorang individu mengikut peringkat umurnya. Mengikut kajian,
faktor warisan baka dan persekitaran turut mempengaruhi kesediaan belajar individu.
Malahan faktor kematangan fisiologi dan psikologi juga penentu kadar tinggi rendah
kesediaan belajar seseorang itu.

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan


bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia.
Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian,
berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang
lebih kompleks.

Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung


dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan fizikal
menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan
mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan.

Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh
pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga
pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek
fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan
adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna
kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur
panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh
baka juga memainkan peranan penting.

Kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan dalam


tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang
terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai
pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.

Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami


ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti
pendakap atau kerusi roda. Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neorologi yang

19
melibatkan otak dan urat saraf yang rosak serta kecacatan ortopedik yang
melibatkan tulang, sendi dan otot. Di antara masalah yang di kategorikan sebagai
kecacatan fizikal ialah seperti cerebral palsy, epilepsy, spina bifida, muscular
dystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetes dan leukemia.

20
2.2 Masalah pembelajaran matematik di kalangan pelajar kurang upaya

2.2.1 Visual/persepsi auditori

Visual atau penglihatan adalah kemampuan untuk mengenali cahaya dan


menafsirkannya, salah satu dari pancaindera. Organ yang digunakan untuk melihat
adalah mata. Banyak binatang yang indra penglihatannya tidak terlalu tajam dan
menggunakan organ lain untuk mengenali lingkungannya, misalnya pendengaran
untuk kelawar.

Persepsi auditori atau pendengaran yang merujuk kepada kemampuan untuk


mengenali suara. Ini dilakukan terutama oleh sistem pendengaran yang terdiri dari
telinga, saraf dan otak. Tidak semua suara dapat dikenali oleh pelajar. Beberapa
spesies dapat mengenali amplitud dan frekuensi tertentu. Manusia dapat mendengar
dari 20 Hz sampai 20.000 Hz. Bila dipaksa mendengar frekuensi yang terlalu tinggi
terus menerus, sistem pendengaran dapat menjadi rosak.

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika


kerosakan penglihatan tersebut tidak dapt diperbetulkan dan mengganggu
pembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan mempunyai penglihatan
yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan
kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa.

Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja. Kanak-kanak
yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan
psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas
dari segi neurologi tapi dipengaruhi pergerakan meraka yang terhad. Mereka tidak
boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh
memberi kesan ke atas perkembangan personaliti.

Kanak-kanak ini mempunyai konsep kendiri yang lemah dan perhatian lebih yang
diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru dan rakan
untuk sentiasa membimbing mereka. Di samping itu, pengalaman mereka yang
terhad dalam dunia visual memberi kesan pada perkembangan bahasa. Misalnya,
seorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan bulat
dan menghuraikannya dengan jelas jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang
mempunyai masalah penglihatan.

2.2.2 Memori

Ingatan atau memori adalah sebuah fungsi dari kepercayaan seseorang tentang
sesuatu yang didapatkan dari proses berfikir tentang seseorang atau sesuatu yang
melibatkan otak dalam pengambilan informasi.

Ingatan adalah proses manusia mempertahankan dan menggambarkan pengalaman


masa lalunya dan menggunakan hal tersebut sebagai sumber informasi saat ini.
Proses dari mengingat adalah menyimpan suatu informasi, mempertahankan dan

21
memanggil kembali informasi tersebut. Ingatan terbagi dua menjadi ingatan implisit
dan eksplisit. Proses tradisional dari mengingat melalui ingatan jangka pendek dan
ingatan jangka panjang.

2.2.3 Bahasa

Definisi bahasa menyatakan bahawa bahasa adalah merupakan alat untuk manusia
berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan keberkesanan
komunikasi seseorang. Bahasa adalah menggunakan pemahaman terhadap
kombinasi kata dengan tujuan untuk berkomunikasi. Adanya bahasa membantu
manusia untuk berkomunikasi dan menggunakan simbol untuk berfikir hal-hal yang
abstrak dan tidak diperoleh melalui pancaindera. Dalam mempelajari interaksi
pemikiran manusia dan bahasa dikembangkanlah cabang ilmu psikolinguistik.

Bahasa adalah perantara untuk berkomukasi sesama mereka. Manusia perlu


berkomunikasi kerana itulah lumrah kehidupan manusia yang saling memerlukan di
antara satu sama lain dalam setiap aspek kehidupan. Tanpa keupayaan berbahasa,
adalah sukar seseorang itu hendak meluahkan perasaannya, menyampaikan
ideanya kepada orang lain, dan sebagainya. Bab ini akan membincangkan tentang
masalah bahasa dan komunikasi yang meliputi masalah bahasa, masalah
pertuturan, dan masalah kefasihan. Perbincangan akan tertumpu kepada jenis
masalah, punca masalah dan cara membantu kanak-kanak yang menghadapai
masalah tersebut.

Di antara ciri masalah bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya


yang kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang
kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak upaya mengikut arahan.”
“Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman yang
menyimpang atau kandungan bahasa atau penggunaan dalam pertuturan, tulisan
(atau kedua-duanya), atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin
melibatkan satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk
bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan bahasa ( sistem
semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem pragmatik).”

Antara punca masalah bahasa adalah:

Kelewatan bahasa

Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya.


Sesetengah kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat
daripada yang lain, tetapi terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan
perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya.

22
Aphasia

Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk


membentuk, atau memperoleh semula, dan memberi makna kepada simbol-simbol
arbitrari bahasa (Holland & Reinmuth, 1982). Aphasia berpunca daripada kerosakan
otak. Bagi kanak-kanak kerosakan otak berpunca akibat kecederaan otak semasa
lahir atau ketumbuhan (tumor) otak. Manakala bagi orang dewasa pula mungkin
akibat daripada strok atau kecederaan akibat kemalangan.

Gangguan proses auditori pusat (Central auditory processing disorders /CAPD)

Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan menerima maklumat auditori


(pendengaran) dan menterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai CAPD tidak
mengalami masalah pendengaran (pekak), tetapi atas sebab tertentu otak tidak
dapat menterjemah maklumat auditori yang diterima daripada telinga dengan baik.

Setakat ini anda diharap sudah dapat memahami tentang masalah bahasa secara
am. Anda perlu membuat bacaan tambahan untuk menambahkan lagi maklumat dan
pengetahuan anda tentang tajuk ini.

Apakah masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran?

Kanak-kanak masalah pembelajaran kebiasaannya menghadapi masalah bahasa


yang serius. Masalah bahasa yang mereka hadapi lebih tertumpu kepada
ketidakupayaan memperoleh dan menguasai bahasa penerimaan yang tepat,
ketidakupayaan memproses bahasa dengan tepat, dan ketidakupayaan menguasai
serta melahirkan bahasa pelahiran.

Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran secara


khusus adalah seperti berikut:

i. mengingat kembali perkataan


ii. menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak
iii. memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna
iv. menggunakan ayat yang betul dan lengkap
v. meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami
vi. menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis
vii. memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain
viii. mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan
pendengar yang berbeza

23
2.2.4 Penaakulan abstrak

Oleh kerana pelajar pendidikan khas mempunyai tahap kognitif yang lebih rendah
daripada pelajar biasa, memang dijangkakan mereka tidak dapat membuat
penaakulan abstrak yang memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Ada
kemungkinan mereka mengenalpasti simbol dan dapat melakukan proses pemikiran
untuk menguasai konsep yang mudah.

2.2.5 Metakognitif

Metakognitif adalah kemampuan untuk membuat refleksi analitik kendiri tentang apa
yang difikirkan dan ini merupakan juga proses kognitif yang tinggi. Tidak
menghairankan untuk menjangka bahawa kanak-kanak istimewa yang sering
dikaitkan dengan ketakupayaan pembelajaran tidak dapat mempunyai metakognitif
yang tinggi. Sebenarnya, ketakupayaan pembelajaran bukanlah bermaksud bodoh,
lembab, malas, atau tahap kecerdasan yang rendah. Dan ini juga bukanlah berlaku
akibat daripada perbezaan budaya, status sosial, kekangan ekonomi, dan pengaruh
persekitaran. Ketakupayaan pembelajaran bermaksud masalah khusus di dalam otak
kanak-kanak ini, yang menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindak
balas terhadap sesuatu maklumat.

Kebanyakkan dari kanak-kanak istimewa ini sememangnya menghadapi masalah


dalam pembelajaran. Dimana mereka selalunya lambat untuk menerima dan
memahami sesi pembelajaran.Murid istimewa ini selalunya tidak dapat bergaul dan
mengikuti kelas seperti murid yang normal. Mereka ini perlu diberi tahap
pemerhatian serta pembelajaran yang lebih istimewa sesuai dengan kemampuan
mereka.

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah


neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan,
penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik.

Mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti
murid-murid lain. Justeru, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk maju secara
normal di sekolah. Prestasi mereka menunjukkan mereka tidak ada kebolehan
bergerak secara normal dalam kerja-kerja sekolah. Mereka tidak dapat membantu
kerja-kerja kelas yang sesuai dengan umur mereka. Jika dibandingkan dengan murid
lain dalam lingkungan umur yang sama, mereka menunjukkan kelemahan yang
nyata dalam pelajaran.

Ramai pendidik percaya yang ramai pelajar yang gagal uttuk menguasai konsep,
kemahiran dan strategi penyelesaian masalah dalam matematik (Cawley &
Miller,1989; Schid,1990). Mengikut perspektif metakognitif, pelajar yang mempunyai
masalah pembelajaran dikenalpasti mempunyai kesukaran dalam

a)kebolehan menyelesaikan masalah


b)mengenalpasti dan memilih strategi yang sesuai
c)menyusun maklumat yang telah dipelajari
d)menjalankan proses penyelesaian masalah

24
e) menghuraikan masalah untuk ketepatan dan
f) membuat kesimpulan strategi untuk situasi yang sesuai
(Charles-Julkowski,1985 ; Goldman,1989).

Metakognitif merujuk kepada pengetahuan pelajar tentang kemahiran, strategi-


strategi dan sumber-sumber yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan dan
kebolehan untuk digunakan semasa menjalankan tugas ( Baker & Broen,1984).
Berdasarkan kajian, kesalahan kecuaian pengiraan dan kelemahan dalam mengingat
kembali fakta penambahan dan pendaraban dalam semua tahap kebolehan.
Algoritma termasuk langkah-langkah yang spesifik untuk menyelesaikan masalah
matematik (Roberts,1968).

Majoriti kesalahan yang dilakukan oleh pelajar kerana mereka gagal untuk
memahami konsep pendaraban dan bahagi (Cox,1975). Dalam kajian yang
dijalankan ke atas 213 pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, majoriti
kesalahan yang dilakukan adalah disebabkan kesilapan pada kemahiran terdahulu
(prerequisite skills). Kesilapan dalam pendaraban pula disebabkan kurang
pengetahuan fakta darab dan kemahiran menambah. Kesilapan yang biasa
dilakukan dalam bahagi termasuk kesilapan dalam menolak dan mendarab.(Miller &
Milan, 1987)

2.2.6 Sosial dan emosi

Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang


membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh
diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan sosial
melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah
laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau
lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa
aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti
bermain, perkembangan kongnisi sosial, persahabatan dan perhubungan dengan
rakan sebaya.

The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi sebagai


perasaan yang kuat dari dalaman terutamanya daripada aspek mental atau naluri,
seperti kasih sayang ataupun takut. Justeru itu, bolehlah disimpulkan emosi sebagai
salah satu daripada ciri jiwa manusia yang boleh mempamerkan perasaan yang kuat
yang berpunca daripada psikologi atau menta seseorang dan emosi boleh berlaku
secara naluri bergantung pada sesuatu situasi. Ibrahim Mamat (1997), menyatakan
emosi ialah perasaan jiwa yang kuat yang dialami oleh seseorang dalam tidak
balasnya terhadap sesuatu ransangan.

2.2.7 Pembacaan

Kata orang bijak pandai, "Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada
pembacaan dan penulisan." Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan
menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan
kebanggaan kepada keluarga. Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat
dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh
membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti
membaca sebagai satu hobi yang menarik.

25
Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat
dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan
mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, "Ni apa?" atau "Apa tu?" Ujian
menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80
peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan
telah berkurangan sehingga 40 peratus.

Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak

Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan
lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di
sekolah.

Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan


memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah
belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata
pelajaran yang berasingan.

Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat
membaca dengan lancar dan cepat.

Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang
disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan
membaca.

Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan


kanak-kanak dan para pelajar ialah :

 Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan


sebutan huruf yang dilihat.
 Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.

 Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi


suku kata dan perkataan.

 Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun


rapi.

 Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak
berkaitan langsung dengan sebutan.

 Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.

 Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.

 Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk


mengetahui tujuan dan maksud.

Walau bagaimana pun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca


biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak
memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.

Membantu kanak-kanak membaca

Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting.

26
Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.

1. Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda


setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami
setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.
2. Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari
perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan
diceritakan kepada rakan-rakannya pula.

3. Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa
kali.Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan
nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi
perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.

4. Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan


perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang
kamu fikir akan tinggal di istana?

Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.

Masalah pembelajaran

Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan


dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap
normal. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai
malas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat. Mereka mungkin menunjukkan
sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana
mereka menunjukkan cirri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah
mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir.

Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses,


menganalisis dan menyimpan maklumat. Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau
lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan
bahasa, sama ada lisan atau bertuis.Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan
mendengar, berfikir,bertutur, membaca, menulis,megeja ataupun mengira. Selain itu,
masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar
pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah
tersebut. Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan
emosi.

Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah


pembelajaran akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor
dan koordinasi, metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.

27
2.2.8 Psikomotor

Domain psikomotor melibatkan pergerakan tubuh atau apa sahaja pergerakan aktiviti
dalam bentuk tingkahlaku. Menurut Selmes (1987), latihan dalam mengaplikasikan
strategi belajar adalah perlu. Pembelajaran yang melibatkan pergerakan dan aktiviti
akan menimbulkan keseronokan seterusnya meningkatkan keupayaan untuk
mengingat sesuatu maklumat. Pendekatan belajar yang melibatkan perbincangan
dengan rakan, melibatkan aktiviti, menyelesai masalah dan seumpamanya
melibatkan domain psikomotor.

Kemp, Morrison dan Ross (1998) merujuk pembelajaran psikomotor kepada


penggunaan kemahiran dan koordinasi otot sebagai aktiviti fizikal seperti
pergerakkan, memanipulasi dan mengkonstruk. Antara contoh yang terdapat dalam
kemahiran dalam pembelajaran psikomotor ialah pergerakan tubuh; bercakap;
koordinasi halus otot dan komunikasi non-verbal. Pembelajaran psikomotor dilihat
melalui kemahiran fizikal iaitu bagaimana keupayaan mengkoordinasikan
pergerakkan dari segi kekuatan atau kederasan. Tindakan ini menampakkan
kemahiran yang tinggi. Contoh penari dan seorang atlit. Menurut Model
Pembangunan Kemahiran (Model Development Skill) oleh Dave (1975) dan
Reynolds (1965) ada menyimpulkan bahawa pembelajaran psikomotor melibatkan
pergerakkan fizikal (motor) dan mental (Psiko).

28
Masalah Pembelajaran kemahiran/ motor/ psikomotor/ sensory - motor/ perceptual -
motor/ movement behavior.
1. Stamina
2. Ketepatan
3. Halaju/kederasan
4. Kebiasaan/habit
5. Penmanship (gaya penulisan abjad atau huruf yang jelas)

2.3 Gaya Pembelajaran Matematik

2.3.1 Pengertian

Gaya bermaksud cara. Maka gaya pembelajaran bermaksud cara


pembelajarannya. Dalam konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran
ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk
memproses dan memperoleh maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru.
Azizi;Asmah;Zurihanmi;Fawziah(2005),mengatakan gaya kognitif atau gaya
pembelajaran dirujuk sebagai cara individu memproses maklumat. Gaya
dihuraikan sebagai mod tipikal pemikiran, mengingat ataupun menyelesaikan
masalah seorang individu.

(Bincangkan dalam kumpulan sekurang-kurangnya EMPAT pendapat dan


takrif/definisi ‘Gaya Pembelajaran’, setiap petikan perlu dinyatakan
sumbernya dengan jelas seperti berikut:
Dunn R.(2000). Learning styles: Theory, research and practice. National
Forum of Applied Educational Research Journal, 13(1), 3-22 )

2.3.2 Jenis-Jenis Gaya Pembelajaran

Mengikut Dunn(2000), kebanyakan orang mempunyai cara yang unik untuk


menguasai sesuatu bahan pembelajaran yang sukar. Terdapat gaya-gaya
pembelajaran yang berbeza seperti visual,audio,taktil/ kinestatik, aktivis,
reflector, teoris dan pragmatis.

Murid yang menggunakan gaya pembelajaran visual(pandang) belajar


dengan cepat dan berkesan dengan melihat carta, graf, isyarat badan , imej-
imej dan gambar rajah serta gemar membaca pada diri sendiri.

Terdapat juga gaya pembelajaran seperti murid audio. Murid-murid seperti ini
suka mendengar dengan cara membaca, menyebut, mendengar kuliah dan
perbincangan.

Murid-murid yang menggunakan gaya pembelajaran taktil/kinestik pula


menggunakan sentuhan,merasa dan meraba secara aktif persekitarannya.
Pelajar aktivis mengambil bahagian yang aktif dalam proses pembelajaran

29
dan menganggap pengetahuan baru sebagai milik peribadinya. Gaya
pembelajaran reflector pula berfikir dan mengkaji semula maklumat atau
pengetahuan supaya dapat disesuaikan dengan skema-skema yang wujud.
Murid yang teoris pula menganalisis dan mencari bukti-bukti supaya dapat
membuat generalisasi hokum atau teori.

Pragmatis pula adalah gaya pembelajaran yang mana murid-murid membina


semula pengalaman dan mengambil bahagian yang aktif dalam
menyelesaikan masalah. Selain dari itu terdapat juga gaya pembelajaran
yang mana murid lebih gemar belajar denagn cara konvergen dan divergen.
Murid yang suka belajar dengan cara konvergen dapat memberikan
penyelesaian kepada satu soalan tertutup dengan cepat dan tepat. Murid
yang suka belajar dengan cara divergen pula dapat memberikan pelbagai
jawapan atau alternative kepada satu soalan terbuka.

2.3.3 Model Dunn & Dunn

Mengikut Dunn & Dunn, gaya pembelajaran adalah cara bagaimana seorang
murid memberikan focus, memproses dan mengekalkan maklumat yang baru
dan mengekalkan maklumat yang baru dan susah. Ia terdiri daripada cirri-ciri
peribadi yang menyebabkan kaedah pengajaran guru sesuai untuk setengah
murid dan bukan untuk murid-murid yang lain. Mengikut Dunn&Dunn,
terdapat 21 elemen yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran murid.
Ada elemen yang biological dan ada juga yang bercorak perkembangan.

Model ini berdasarkan beberapa prinsip-prinsip yang asas iaitu;

(i) Setiap murid ada kekuatan mereka

(ii) Kebanyakan individu boleh belajar

(iii) Guru boleh membuat pengajaran secara individu

(iv) Guru harus mengajar mengikut gaya pembelajaran murid-muridnya

(v) Kebanyakan murid boleh memperkukuhkan gaya pembelajaran


masing-masing

Mengikut Dunn & Dunn, gaya pembelajaran murid boleh berubah mengikut
masa. Beberapa elemen dan stimuli yang berkaitan dalam Model Dunn &
Dunn adalah seperti berikut:

(i) Persekitaran- Elemen persekitaran terdiri daripads lampu, bunyi,


suh dan tempat duduk. Elemen ini merujuk kepada aspek bahawa
ada murid yang memerlukan bilik berhawa dingin untuk belajar dan

30
ada murid pula yang perlu mendengar muzik apablia mereka
belajar.

(ii) Emosi- Elemen emosi terdiri daripada motivasi, tanggungjawab,


daya ketahanan dan struktur

Elemen ini merujuk kepada aspek bahwa ada murid yang


mempunyai daya ketahanan, motivasi dan tanggungjawab yang
tinggi tetapi ada pula yang mempunyai daya ketahanan yang
rendah. Sebagai contoh, ada murid yang mesti menghabiskan satu
projek sebelum memulakan yang baru. Ada murid pula dapat
membuat beberapa buah projek pada masa yang sama.

(iii) Fisiologi-Elemen yang terdiri daripada gaya pembelajaran ini ialah


persepsi(audiotori, visual dan kinestetik). Ada murid yang lebih
gemar belajar pada waktu malam dan ada yang suka belajar pada
waktu pagi atau yang lebih suka dengan ransangan audio.

(iv) Sosiologi-Elemen ini merujuk bagaimana murid-murid belajar


dalam konteks social. Guru harus meneliti murid-muridnya dan
melihat corak pembelajaran mereka adakah mereka suka belajar
secara bersendirian, suka belajar dengan orang dewasa atau rakan
sebaya.

(v) Psikologi-Elemen ini terdiri daripada empat jenis murid iaitu reflektif,
impulsive, global dan analitik.

Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif suka


membuat satu tugasan secara perlahantetapi mereka yang
mempunyai gaya pembelajaran impulsive dapat membuat sesuatu
tugasan pembelajaran dengan cepat. Murid yang mempunyai gaya
pembelajaran global ialah murid-murid yang suka belajar dalam
satu persekitaran di mana terdapat lampu malap dan tempat duduk
informal. Sebaliknya murid yang mempunyai gaya pembelajaran
analitik suka duduk dalam satu persekitaran yang mempunyai
lampu terang dan tempat duduk yang formal.

PERBINCANGAN; Bincangkan dalam kumpulan apakah


. implikasi gaya pembelajaran ke atas proses
pengajaran dan pembelajaran matematik?

punca masalah yang berbeza itu.

31
2.3.4 Peringkat-Peringkat Perkembangan Kognitif

Sekitar umur 2-4 tahun, anak-anak cenderung menunjukkan banyak


kebingungan antara simbol dengan objek yang mereka hadirkan. Pada tingkat
perkembangan kognitif, mereka tidak mau mengakui bahwa kata-kata
merupakan simbol yang berubah-ubah pada objek dan kejadian, dan bahwa
orang dapat berkumpul serta memutuskan untuk menggunakan kata-kata
yang berbeda untuk benda-benda. Bahkan mereka cenderung untuk berpikir
tentang kata-kata sebagai milik yang melekat pada objek dan kejadian.

Jean Piaget, ahli psikologi dari Swiss, memandang banyak persoalan


perkembangan kognitif termasuk cara anak-anak memahami hubungan
antara simbol dan objek, bagaimana anak-anak berusaha untuk memecahkan
masalah, pengetahuan anak-anak tentang sebab akibat, dan kemampuan
mereka untuk mengelompokkan objek dan mengikutsertakan pemikiran yang
pasti.

Perkembangan kognitif berpusat pada perkembangan cara penerimaan dan


mental anak. Menurut Piaget, anak-anak mencoba berusaha memahami hal-
hal baru untuk mengembangkan pola pikir anak dan jika pemahaman anak
tidak tercapai, maka anak akan berusaha untuk menyesuaikannya dengan
cara membatasinya.

Piaget mengidentifikasi 4 (empat) tahapan utama perkembangan kognitif yaitu


sensorimotor, pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal.

Peringkat-peringkat dalam Perkembangan Kognitif mengikut Piaget terdiri


daripada empat peringkat iaitu:
1. Peringkat Sensorimotor (lahir – 2 tahun)

2. Peringkat Pra-Operasi (2 – 7 tahun)

3. Peringkat Operasi Konkrit (7 – 11 tahun)


4. Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)

Peringkat Sensorimotor (lahir – 2 tahun)

Ketika peringkat ini, anak-anak mula mempelajari bahawa setiap tindakan


yang dilakukan akan menghasilkan kesan. Hal ini dikenali sebagai kesan dan
faktor (cause and effect). Sebagai contoh, mereka mempelajari bahawa
pengoncangan loceng menggunakan tangan akan menghasilkan bunyi.
Justeru, kita dapat memerhatikan sikap ingin mencuba terhasil dimana anak-
anak akan bermain dengan setiap objek yang dilihat olehnya. Pada peringkat
ini, tahap kognitif anak-anak belum lagi berkembang. Biasanya, anak-anak

32
lebih menggunakan deria-deria mereka. Selain itu, anak-anak mempunyai
tanggapan bahawa sesuatu objek yang hilang dari penglihatannya, hilang
selama-lamanya. Mereka tidak tahu bahawa, objek-objek yang hilang dari
penglihatan mereka masih berada di persekitaran. Walau bagaimanapun,
anak-anak juga akan sedar fenomena ini ketika berumur satu tahun dan ke
atas.

Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan
persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke
semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat,
menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan
untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian
(observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan
sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat
perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)

Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk


menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-
kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya
itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat.Mereka menganggap
pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka
mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh
mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian
bilangan.

Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun)

Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses


kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan.

Di samping itu, kanak kanaksudah boleh mempelajari lebih daripada satu


perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif
atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan.
Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada
konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir
secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang
kompleks. Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang
bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara
langsung.

33
Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)

Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah
yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif,
dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik
serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik.
Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk
menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan
konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah
matematik.

PERBINCANGAN: Bincangkan simtom /tingkahlaku spesifik pelajar


. yang menghadapi masalah mengikut kategori punca masalah yang
berbeza itu.

LATIHAN: Lukiskan satu peta minda untuk menunjukkan pelbagai


faktor kegagalan dan masalah pembelajaran matematik

Bacaan/ Rujukan

Jalongo. M.R., (1992). Early childhood language arts. Boston: Allyn and Bacon.

Kirk, Gallgher, & Annastasiow, (1993). Educating exceptional children 7th . ed. Boston:
Houghton Mifflin Company.

Reed. V.R., (1994). An introduction to children with language dsorders. New York:
Macmillan College Publishing Company

34
35

Anda mungkin juga menyukai