Anda di halaman 1dari 38

PENGENALAN Setiap anak yang lahir adalah ibarat kain putih tetapi lengkap dengan jasad, roh dan

akal untuk meneroka pelbagai tahap pembesaran bagi membentuk potensi diri. Insan yang dipanggil anak ini dilahirkan sebagai satu lambang dan anugerah Tuhan kepada setiap pasangan ibu bapa. Namun yang demikian, setiap anak yang dilahirkan tersebut mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza. Sebagai contohnya mereka mungkin berbeza dari segi fizikal, kecerdasan mental, tingkah laku, fikiran mahupun perasaannya. Menurut Syed Abu bakar ( 1977 ), kekurangan daripada segi keupayaan kanak-kanak ini telah menyebabkan mereka dilabelkan oleh masyarakat sehingga dianggap sebagai ganjil dan diasingkan. Kebiasaanya, cara melabelkan dan mengkategorikan manusia mengikut sifat-sifat zahir dengan berasaskan dengan pelbagai criteria dan artibut manusia normal yang biasanya terlalu subjektif, telah menimbulkan sigma yang kesannya sangat-sangat dirasai. Perkembangan pendidikan pada masa kini telah membawa kepada penggubalan Falsafah Pendidikan Khas pata tahun 1986 yang telah menegaskan tentang kepentingan setiap kanak-kanak yang mempunyai perbezaan dalam diri dan antara individu. Dengan wujudnya pelbagai perbezaan ini, maka ia memerlukan pelbagai skop pendekatan yang berbeza dalam proses pengajaran dan

pembelajaran supaya kanak-kanak ini dapat berfungsi sedaya upaya mereka.

1.0 DEFINISI DAN KONSEP MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Komunikasi Pertuturan Bahasa

Rajah 1 : Konsep Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi

Terdapat berbagai-bagai definisi yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh dan sumber-sumber yang boleh dipercayai. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Manakala menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Kedua Cetakan Kesepuluh pula, bahasa merupakan satu sistem lambang bunyi yang arbitrari yang dipergunakan oleh para anggota suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan diri. Tokoh-tokoh tempatan dan Barat juga mempunyai pendapat dan pandangan mereka yang tersendiri tentang definisi bahasa. Menurut Lufti Abas ( 1975 : 4 ), bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik. Menurut definisi linguistik bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari oelh sekelompok manusia itu berkomunikasi. Selain itu, Raja Mukhtaruddin ( 1980 : 25 ), berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambanglambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat untuk bergotong-royong. Mengantar Simanjuntak ( 1982: 5)

mendefiniskan bahasa sebagai satu sistem kognitif manusia yang unik yang dapat dimanipulasi oleh manusia untuk menghasilkan sejumlah ayat yang tidak terbatas untuk dipakai oleh manusia sebagai alat komunikasi dan mengakumulasi ilmu pengetahuan.
2

Menurut Asmah Omar ( 1983 : 376 ) pula, bahasa ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia. Dalam memberikan definisi ini, menurut Abdullah Hassan ( 1984: 14 ), pentinglah kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya

menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi kegunaannya dan sifatnya sebagai alat perhubungan. Bukan itu sahaja, Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam ( 1985 : 42 ) telah mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambang yang terdiri daripada leretan bunyi yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan atau alat artikulasi manusia yang terdiri daripada alat-alat seperti lidah, anak tekak, lelangit, bibir, gusi dan sebagainya. Seperti yang telah diperkatakan di atas, tokoh Barat juga mempunyai pandapat dan pandangan mereka sendiri tentang pengertian bahasa. Menurut Edward Sapir, bahasa ialah suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrary untuk meyampaikan fikiran dan perasaan. Seterusnya, menurut seorang sarjana linguistik Jerman ( abad ke-19 ) iaitu Wilhelm von Humboldt, bahasa ialah suatu sintesis daripada bunyi yang dibentuk oleh bentuk luaran dan fikiran yang dibentuk oleh bentuk dalaman. Manakala menurut Ferdinand de Saussure, bahasa ialah sistem isyarat yang memiliki bahagian terpenting berupa gabungan daripada makna dengan imej bunyi dan kedua-duanya itu dalam rantaian ucapan menurut tatabahasa yang bersifat psikologi. Sarjana linguistik Amerika iaitu Charles F. Hockett mendefinisikan bahasa dari sudut psikologi behaviorisme iaitu sebagai satu sistem tabiat yang sangat rumit. Akhir sekali, bagi John B. Caroll, bahasa ialah satu sistem berstruktur daripada bunyi-bunyi vokal dan urutan bunyi yang sewenang-wenang dipakai atau digunakan dalam komunikasi antara perseorangan. Secara kesimpulannya, bolehlah dikatakan bahasa ialah medium dan lambang bunyi yang dipertuturan oleh manusia untuk berhubung dengan orang lain, menghubungkan seseorang dengan insan lain sama ada berjarak jauh atau sebaliknya sebagainya. dan menyampaikan maklumat, idea, perasaan, kehendak dan

Seterusnya pula ialah definisi komunikasi. Secara umumnya, komunikasi ialah sejenis analogi perpindahan maklumat menerusi deretan simbol yang sama kepada individual atau sekelompok insan yang lain. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, komunikasi ialah suatu perhubungan ( secara langsung) atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan sebagainya. Komunikasi dapat dibahagikan kepada lima jenis iaitu komunikasi haiwan, komunikasi interpersonal, komunikasi intrapersonal, komunikasi tanpa lisan dan telekomunikasi. Komunikasi haiwan ialah satu komunikasi yang berlaku di antara haiwan dan hanya dapat difahami oleh sekumpulan haiwan sahaja. Sebagai contohnya anjing menyalak sebagai simbol bahaya. Manakala komunikasi interpersonal pula berarah dua hala iaitu di antara penutur dan audiens. Komunikasi ini berbeza dengan komunikasi intrapersonal yang hanya berarah sehala. Seterusnya, komunikasi tanpa lisan pula ialah komunikasi yang dilakukan dengan menghantar maklumat tanpa bersuara. Contohnya simbol persetujuan ialah mengangguk. Jenis yang terakhir ialah telekomunikasi. Komunikasi ini ialah sejenis komunikasi yang dilakukan bagi perantaraan jarak jauh. Sebagai contohnya ialah dengan menggunakan telefon, komputer dan sebagainya. Ringkas kata, bolehlah disimpulkan bahawa komunikasi ialah satu

perhubungan yang dilakukan secarasama ada

langsung atau pun secara tidak

langsung yang melibatkan individu lain atau pun tidak. Masalah bahasa ialah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami atau menggunakan perkataan mengikut konteks sama ada secara verbal atau non verbal. Masalah komunikasi ialah gangguan semasa proses perpindahan maklumat, idea atau fikiran sama ada individu kepada individu atau secara berkumpulan. Masalah bahasa dan komunikasi ialah kesukaran atau kelemahan dalam menggunakan perkataan semasa proses pemindahan maklumat.

Selain itu, menurut The national Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA masalah bahasa ialah: an impairment in the ability to understand and/or use words in Context, both verbally and nonverbally. Some chacracteristisc of language disorders include improper use of words and their meanings,inability toexpress ideas,inappropriate grammatical patterns, reduced vocabulary, and an inability to follow directions.

Masalah bahasa biasanya berkaitan dengan sistem saraf. Menurut Myklebust ( 1971 ) masalah ini mengganggu kefahaman atau penggunaan perkataan. Istilah yang digunakan ialah aphasia. Hal ini bermakna seseorang menghadapi masalah dan kesukaran dalam mentafsir bahasa dalam sesuatu perbualan. Ia juga melibatkan kesukaran dalam menggunakan perkataan yang sesuai semasa komunikasi.

2.0 KANAK KANAK KURANG UPAYA 2.1 DEFINISI Kanak-kanak kurang upaya dapat ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang mempunyai masalah, kesukaran atau ketidakupayaan fizikal. Selain kanak-kanak kurang upaya ini juga merupakan satu kumpulan kanak-kanak yang mengalami pelbagai masalah. Mereka terdiri daripada kanak-kanak sindrom down, terencat akal, perkembangan lewat, autisme, bermasalah penglihatan, bermasalah

pendengaran dan bermasalah emosi dan tingkah laku. Bukan itu sahaja, kanak-kanak kurang upaya ini juga mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan kaum keluarga, rakan sebaya, guru dan komuniti setempat. Oleh sebab itu, maka tidak hairanlah ada di antara mereka menggunakan keadah-keadah dan cara-cara yang tertentu untuk berkomunikasi dan untuk menyampaikan maksud dan kehendak mereka kepada orang lain. 2.2 KATEGORI DAN CIRI-CIRI Terdapat beberapa kategori kanak-kanak kurang upaya. Kategori-kategori ini dapat dibahagikan mengikut masalah yang dialami oleh kanak-kanak tersebut. Antara masalah yang diperkatakan tersebut ialah masalah kecacatan fizikal dan masalah tingkah laku. Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti pendakap ( braces ) atau kerusi roda. Antara contohnya ialah cerebral palsy, bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran, bermasalah pertuturan,

bermasalah pembelajaran, dan Attention Deficit / Hyperactivity ADD / ADHD. Manakala masalah tingkah laku pula menunjukkan tingkah laku kanak-kanak yang kurang sesuai pada tahap serius dan berterusan akan mengakibatkan konflik sosial, tidak bahagia dan mengalami kegagalan di sekolah. Tingkah laku yang agresif, kesukaran membentuk

dikaitkan dengan masalah ini termasuklah

perhubungan sosial, menunjukkan tingkah laku sosial yang tidak boleh diterima oleh masyarakat, hiperaktif, menipu, mencuri, dan masalah pembelajaran dan

kebimbangan. Antara contoh kanak-kanak bermasalah tingkah laku ini ialah lembam, terencat akal ringan, sindrom down, autisme,dan pintar cerdas.

Attention Deficit / Hyperactivity ADD / ADHD

Bermasalah penglihatan

Bermasalah pendengaran

Bermasalah pertuturan

Bermasalah pendengaran

Celebral palsy

Rajah 1 : Masalah kecacatan fizikal

Kanak- kanak Attention Deficit / Hyperactivity ADD / ADHD ialah kanak-kanak yang tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan sesuatu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan. Kanakkanak ini juga bersifat impulsif dan sering menggangu perbualan, aktiviti, atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir. Punca masalah ADHD ialah kekurangan neurotransmitter yang spesifik iaitu noreprinephrine dan dopa atau dopamine dalam set litar otak. Rawatan melibatkan peningkatan arus neurotransmitter. Pada hari ini ADHD boleh dikawal dengan pengaruh dadah tetapi tahap penumpuan mereka masih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai ADHD. Kanak-kanak yang dikatakan mempunyai masalah penglihatan ialah kanakkanak yang mempunyai kerosakan penglihatan yang tidak dapat diperbetulkan dan menggangu pembelajaran. Kanak-kanak ini mungkin buta atau mempunyai tahap penglihatan yang terbatas iaitu tahap penglihatan kanak-kanak ini berada dalam lingkungan di antara 20/70 dan 20/200 dengan menggunakan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini juga terhad kepada objek-objek yang dekat sahaja. Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu pekak dan separa pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanakkanak ini menerima pendidikan secara audio. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengara antara 20 hingga 60 decibel. Manakala kanak-kanak yang pekak ialah mereka yang kehilangan tahap pendengaran lebih daripada 70 decibel.
7

Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suara dan masalah bahasa. Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan misalnya perkataan saya menjadi caya. Gagap merupakan gangguan terhad ap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, memberhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan. Manakala masalah suara berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau rendah atau nada yang sama dan tidak berubah. Masalah bahasa adalah berkaitan dengan sistem saraf pusat. Dengan adanya masalah ini, seseorang individu tersebut akan menghadapi masalah dan kesukaran dalam mentafsir bahasa dalam sesuatu perbualan. Masalah pertuturan seperti yang dinyatakan di atas boleh menimbulkan rasa malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsirkan sebagai malas, tidak memberi perhatian atau kurang berminat dalam pembelajaran. Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa. Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisa dan menyimpan maklumat. Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah pembelajaran akademik, masalah bahasa, ingatan, kematangan sosio-emosi, kemahitan motor dan koordinasi, persepsi, kognitif, metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti. Celebral palsy merupakan kesukaran bergerak kerana tidak dapat

mengkoordinasikan badan. Ia disebabkan oleh neurologi motor yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kecederaan di bahagian otak. Kecederaan ini mungkin berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Pada umumnya kanak-kanak ini juga akan mempunyai kecacatan lain seperti masalah penglihatan, pertuturan atau terencat akal.

Lembam

Pintar cerdas Masalah tingkah laku

Sindrom down

Autisme

Terencat akal ringan

Rajah 2 : Masalah tingkah laku Kanak-kanak lembam biasanya mempunyai perkembangan yang agak lambat sejak peringkat bayi lagi di mana bayi ini lambat senyum , lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tindak balas menggenggam masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan. Kanak-kanak lembam ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru menggunakan keadah biasa. Hal ini adalah kerana mereka tidak dapat memberikan tumpuan dan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Persatuan Kerencatan Akal Amerika ( AAMR ), terncat akal ialah satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang amat terhad. Kanak-kanak terencat akal ringan akan menunjukkan ciri-ciri seperti kurang koordinasi motor, sukar menumpukan perhatian, kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta berada pada tahap yang rendah daripada mereka yang sebaya, sukar mengaplikasikan sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru dan mempunyai kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan.

Definisi

kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan.

Punca

masih tidak dikenalpasti namun umumnya berpunca daripada maslah genetik, kefungsian otak dan lain-lain.

Perkembangan komunikasi

susah untuk berkomunikasi sukar untuk mendapatkan perhatian mereka kerap memberikan respon yang tidak relevan

Ekpresi tingkah laku

penghindaran sosial bersikap tidak peduli kekok atau jangal tatkala berinteraksi

Rajah 3 : Autisme

Autisme adalah ketidakupayaan yang rencam yang pada kebiasaannya kelihatan pada masa kanak-kanak itu belum meningkat umur tiga tahun. Keadaan ini adalah kesan daripada kecelaruan neurologikal yang menganggu fungsi otak. Autisme dan tingkah laku yang berkaitan dengannya dianggarkan terdapat dalam 1 daripada 500 individu. Manakala menurut Persatuan Autisme Amerika Syarikat telah menyatakan bahawa kanak-kanak mengalami autisme adalah empat kali ganda daripada kanak-kanak perempuan.

10

faktor penghalang proses pembelajaran # masalah pertuturan dan bahasa # kelewatan kemahiran motor halus dan kasar # daya tumpuan yang singkat

# merupakan kecelaruan genetik yang terkenal yang mengimpak kerencatan akal kepada kanak-kanak # berpunca daripada lebihan kromosom pada pasangan kromosom ke-21

Sindrom down ciri-ciri # mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat # mata sentiasa berair dan merah # mata sepet dan bentuk muka yang kecil # berbedan gempal dan pendek

perkembangan Kognitif / Gestalt # lambat dan anggaran ukuran IQ di sekitar 70 pada tahun pertama # faktor persekitaran turut menyokong perkembangan intelek

Rajah 4 : Sindrom down Kanak-kanak sindrom down juga selalunya mengalami kataraks mata, bermasalah jantung dan kecacatan usus. Oleh sebab itulah kanak-kanak ini memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Disebabkan oleh keadaan fizikal muka mereka yang rata, mereka cenderung mengalami masalah pernafasan dan sukar untuk makan. Walau bagaimanapun dengan sokongan ibu bapa dan penjaga mereka boleh dibimbing dan diasuh untuk berdikari dan menguasi kemahiran. Kanak-kanak yang pintar cerdas berbekat dan berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih daripada sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk memebantu mereka dalam merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka. Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri seperti kemahiran berbahasa, membaca dan perbendaharaan kata yang luas, kebolehan untuk memimpin, menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang lebih jika dibanding dengan rakan sebaya dan kemampuan memberi pandangan atau idea yang asli.

11

3.0 ANALISA KANAK KANAK KURANG UPAYA ( AUTISME )

Nama : Nik Mohd Azizul Amri Bin Nik Mohd Faizal Umur : 8 tahun Bilangan adik beradik: 5 orang Anak ke berapa: anak ke-3 Pekerjaan bapa: Peniaga Pekerjaan ibu: Jururawat Taraf hidup: Sederhana

12

3.1 DEFINISI AUTISME Perkataan autisme sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani atau autos yang bermakna diri atau seseorang yang merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak autisme memahami perkara-perkara di sekelilingnya selain daripada dirinya sendiri. Autisme juga membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menuju ke arah perkembangan yang tidak menentu. Manakala menurut Persatuan Autisme Amerika Syarikat, autisme adalah ketidakupayaan yang rencam yang pada kebiasaannya kelihatan pada masa kanakkanak itu belum meningkat umur tiga tahun. Keadaan ini adalah kesan daripada kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. Autisme dan tingkah laku yang berkaitan dengannya dianggarkan terdapat dalam 1 daripada 500 individu. Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autisme adalah empat kali ganda daripada kanak-kanak perempuan. Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia ( NASOM ) pula mendefinisikan kanak-kanak autisme sebagai kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap sekali, mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal, ataupun dalam seni muzik, rote memory dan sebagainya. Selain itu, Kanner menggunakan istilah autistic yang bermakna lari dari reality untuk menjelaskan keadaan ini. Perkataan autistic dipinjam darip ada iatilah yang digunakan untuk menjelaskan schizophrenia yang bermakna mengelak daripada perhubungan. Namun Kanner membezakan autisme daripada

schizophrenia dalam tiga aspek iaitu mengasingkan diri secara melampau sejak dari kecil, terlalu sayang kepada sesuatu objek tertentu, dan keinginan yang sangat kuat untuk bersendirian. Seterusnya menurut Trevarthen, Aitken, Papoudi & Robarts ( 1988 ) perkataan autism merupakan gabungan dua huruf Greek iaitu aut yang bermakna diri dan ism yang membawa makna orientasi atau keadaan. Untuk itu, autisme boleh
13

didefinisikan sebagai keadaan seseorang yang tidak biasa dalam dirinya. Ini menunjukkan minat terhadap orang lain tetapi tidak mempunyai beberapa ciri tingkah laku yang lain. Blackburn ( 1997 ) pula menyatakan autisme merupakan kecelaruan dalam perkembangan otak tetapi sama seperti disleksia, mental retardasi tetapi ia bukanlah satu kerencatan akal walaupun ramai individu autisme menunjukkan fungsi seperti mengalami kerencatan tetapi biasanya mereka lebih pintar. Menurut Hallahan & Kaufman ( 1997 ) autisme merupakan satu kecelaruan yang bercirikan pengasingan diri, tingkah laku mencederakan diri, masalah kognitif, masalah bahasa dan kelihatan sebelum berumur 30 bulan. Berdasarkan kepada definisi di atas, maka autisme boleh dikatakan sebagai ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan bukannya akibat masalah perkembangan emosi. Autisme juga merupakan satu fenomena yang serius dan tetap wujud pada mereka yang autisme sehingga akhir hayat walaupun perubahan tingkah laku yang positif boleh berlaku.

14

3.2 CIRI CIRI AUTISME

pasif

ketinggalan dalam bidang komunikasi, kemahiran sosial dan kognitif

perkembangan lewat

mengkehendaki kepada kesamaan

ingatan yang baik

Rajah 5 : ciri-ciri autisme Setiap bayi autisme yang dilahirkan adalah berbeza. Dua ciri biasa yang sering ditunjukkan termasuk mengelakkan fizikal kontek daripada penjaga dan melengkungkan belakang agar tiada sentuhan fizikal dengan penjaga dan melembikkan badan jika menjangka untuk diangkat. Ketika bayi, mereka sering dianggap sama ada sebagai pasif atau overly agitated baby. Bayi yang pasif merujuk kepada tingkah laku mereka yang diam pada kebanyakan masa dan kurang memerlukan perhatian atau membuat karenah daripada ibu bapa. Manakala overly agitated baby pula merujuk kepada bayi yang menangis kadang-kadang tanpa henti sepanjang masa dia berjaga. Semasa bayi juga, menurut Edelson ( 1999 ) mereka mula berayun atau menghantukkan kepala ke katil bayi namun perkara ini tidaklah berlaku sepanjang masa. Pada tahun pertama kehidupannya, kebanyakkan kanak-kanak autisme ini mencapai tahap perkembangan motor seperti bercakap, merangkak dan berjalan lebih awal daripada kanak-kanak biasa. Manakala sebahagian pula mempunyai perkembangan yang lewat. Hampir sebahagian daripada kanak-kanak autisme berkembang secara normal sehingga 11/2 hingga 3 tahun barulah simpton autisme mula kelihatan. Individu ini sering dianggap sebagai menghidapi regressive autisme.
15

Selain itu, kanak-kanak autisme juga sering ketinggalan ke belakang daripada rakan sebaya dalam bidang komunikasi, kemahiran sosial dan kognitif pada zaman kanak-kanak. Sebagai tambahan, ketidakfungsian tingkah laku mula timbul seperti self-stimulatory behavior iaitu pengulangan, tingkah laku tidak bermatlamat seperti menggoyang-goyang badan, mengoyang tangan, mencederakan diri seperti menggigit tangan, menghantuk kepala, masalah tidur dan makan, eye contact yang lemah, tidak sensitive kepada sakit, hiper atau hipoaktif dan kurang menumpukan perhatian ( Hallahan & Kauffman, 1997 ). Bukan itu sahaja, satu ciri yang hampir sama antara kanak-kanak autisme adalah mereka menghendaki kepada kesamaan dan tidak suka kepada perubahan serta mengekalkan tingkah laku yang perseverative. Mereka cuba mengekalkan rutin harian di mana satu perubahan walaupun kecil menyebabkan mereka sedih dan tantrum. Sebagai contohnya ialah hanya makan dan minum makanan yang sama pada setiap masa makan, memakai pakaian yang sama atau mendesak dan meminta orang lain memakai pakaian yang sama dan pergi ke sekolah menggunakan jalan yang sama. Menurut Edelson ( 1999 ), satu sebab yang mungkin menyebabkan mereka menghendaki kepada kesamaan kerana mereka tidak mempunyai keupayaan untuk memahami dan menangani situasi yang berbeza. Kanak-kanak autisme juga mneghadapi masalah semasa perubahan kea lam baligh. Lebih kurang 25 % menghadapi sawan untuk kali pertama ketika baligh yang mungkin disebabkan oleh perubahan hormon. Ada seketikanya banyak masalah tingkah laku menjadi lebih kerap dan lebih teruk pada masa ini.

Walaubagaimanapun, menurut Edelson ( 1999 ) tidak semua kanak-kanak autisme mengalami masalah yang sama. Berdasarkan kepada satu kajain yang telah dijalankan oleh Cemberwell telah mendapati tiga ciri yang paling jelas menunjukkan autisme ialah: i. Masalah sosial yang teruk iaitu tiada kebolehan untuk terlibat dalam interaksi dua hala terutama dengan rakan sebaya. ii. iii. Masalah komunikasi yang teruk sama ada secara verbal dan non-verbal Kurang daya imaginasi termasuk dalam permainan pura-pura yang sering diganti dengan tingkah laku pengulangan.

16

Kanak-kanak autisme dikatakan mempunyai daya ingatan yang baik untuk menghafal sesuatu seperti jadual perjalanan keretapi walaupun mereka tidak memerlukan maklumat tersebut. Walaupun ini satu pencapaian namun ia lebih merupakan ciri ketidakfungsian berbanding kebolehan yang sempurna kerana ia tidak membawa makna jika mereka tidak dapat mengunakannya. Sewaktu dewasa, ada di antara mereka yang hidup dengan keluarga, ramai yang tinggal di kemudahan asrama atau dalam group home ( sebahagian berdikari ) malah ada yang berdikari sepenuhnya.

DAPATAN ANALISA Menurut ibu Amri, Amri dilahirkan dalam keadaan yang normal dan baik. Ketika lahir berat badannya 3.5kg dan mempunyai tahap perkembangan yang sama dengan kanak-kanak biasa yang lain. Akan tetapi pada ketika umurnya lebih kurang 2 tahun dia didapati suka bersendirian dan tidak mahu tengok ke arah muka orang apabila berkomunikasi. Bahkan dia juga berkelakuan seperti kanak-kanak yang pekak kerana apabila kita berkomunikasi dengannya dia tidak menghiraukan atau seolah-olah tidak mendengar percakapan kita itu. Selain itu, hampir setiap waktu Amri akan duduk bersendirian bermain-main dengan alat mainannya. Menurut ibunya dia akan leka dengan permainannya sehingga berjam-jam lamanya.

Gambar 1 : Amri leka bermain alat permainannya

17

Bukan itu sahaja, Amri juga mempunyai ciri-ciri seperti kanak-kanak autisme yang lain iaitu tidak suka dipegang, dipeluk dan dicium. Apabila Amri lapar dia sendiri akan mengambil makanan yang diingininya. Hal ini berlaku kerana dia tidak suka dibantu. Ibu Amri juga ada menyatakan yang Amri suka bersendirian dan tidak bergaul dengan kanak-kanak lain apabila mengikut pembelajaran di sekolah Semasa belajar juga Amir tidak menerima atau menumpukan perhatian pada arahan guru-guru atau orang lain. Dia akan keluar dari kelas dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah pada bila-bila masa yang disukainya. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, Amri juga mempunyai masalah komunikasi. Dia tidak menunjukkan tahap perkembangan bahasa seperti kanakkanak lain. Tahap kefahaman bahasanya rendah dan penggunaan bahasanya terbantut. Sebagai contohnya apabila ditanya sudah makan dia akan menjawab dah sahaja. Amri juga mempunyai tingkah laku yang pelik. Menurut ibunya, Amri suka menepuk-nepuk tangan, memutar-mutar benda seperti tudung botol dan suka mengumpulkan batu-batu, bermain sius lampu dan sebagainya.

18

3.3 PEMEROLEHAN BAHASA KANAK KANAK AUTISME TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Teori nativis

Teori kognitif

Teori behavioris

Rajah 6 : teori pemerolehan bahasa

Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dibahagikan kepada tiga teori iaitu teori bahavioris, teori kognitif dan teori nativis. Mengikut mazhab behavioris, peneguhan penting dalam perkembangan bahasa. Skinner ( 1957 ) telah menyatakan ibu bapa yang memainkan peranan yang penting dalam menyediakan perbendaharaan kata yang betul kepada anak-anaknya. Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak boleh membantu perkembangan bahasa mereka dengan memberikan peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan atau ayat dengan mudah dan difahami. Sebagai contohnya ibu bapa bolehlah meneguhkan perkataan-perkataan yang hampir dengan sebutan yang betul oleh kanak-kanak. contohnya Nak cucu dan ibu meneguhkan Oh, Amri nak susu ya? lalu memberikan susu kepada Amri. Kemudian secara berperingkat-peringkat ibu bapa perlu meneguhkan kepada perkataan-perkataan yang disebut dengan betul oleh kanak-kanak sehinggalah kanak-kanak dapat menyebutnya dengan baik.

19

Mengikut teori ini, setiap tindak balas dan tingkah laku yang menggunakan bahasa diteguhkan. Sebagai contohnya apabila seorang kanak-kanak berkata Saya dahaga, nak minum. Jika ibunya bertindak balas dengan memberikan minuman kepada kanak-kanak tersebut maka perkataan yang digunakan oleh anaknya itu adalah betul. Teori yang seterusnya pula ialah teori kognitif. Teori sosio kognitif pula menekankan tentang peranan pemodelan. Sebagai contohnya kanak-kanak meniru percakapan, maklum balas dan gaya bahasa orang dewasa. Kanak-kanak mungkin mempelajari beberapa aspek dalam kemahiran bahasa apabila melihat dan mendengar percakapan orang lain. Mereka seterusnya akan meniru dan akan mengulangi apabila diteguhkan. Mengikut teori ini juga, Vygotsky telah melihat bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial, permindahan budaya dan menjana pemikiran individu. Kanakkanak mempelajari bahasa secara berinteraksi setiap hari dengan orang-orang di persekitaran. Orang-orang dewasa akan mengubahsuai pertuturan mereka supaya sesuai dengan kefahaman kanak-kanak. Pada kebiasaannya kanak-kanak akan menggunakan bahasa untuk meluahkan kehendak dan keperluan mereka. Teori perkembangan kanak-kanak yang terakhir ialah teori nativis. Teori ini berasaskan kepada teori perkembangan otak yang lebih cenderung melihat perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan diwarisi. Teori ini dipelopori oleh Naom Chomsky yang menyatakan proses perkembangan bahasa seseorang individu lebih kompleks daripada peneguhan kepda gerak balas yang betul oleh perspektif behavioris ( Teori behavioris ) atau mempelajari daripada orang dewasa melalui peniruan seperti yang ditegaskan oleh perspektif sosio kognitif ( Teori Kognitif ). Chomsky telah mencadangkan perkembangan bahasa seseorang individu adalah merupakan proses dalaman dan dipengaruhi oleh individu itu sendiri. Hal ini bermaksud individu dilahirkan dengan keupayaan berbahasa yang tersendiri yang mana Chomsky melabelkannya sebagai Tatabahasa Universal. Tatabahasa universal ini merupakan asas kepada semua bahasa yang ada.
20

Kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan menggunakan tatabahasa universal ini. Mereka akan memerhati dan memadankan cara-cara penyusunan ayat dengan bahasa yang digunakan di persekitaran mereka. Akhirnya mereka akan menyesuaikan pembentukan ayat tadi dengan gaya bahasa yang terdapat di persekitaran mereka. Kemahiran ini tidak dipelajari secara langsung daripada orangorang dewasa di sekitar kanak-kanak ini tetapi dikuasai secara tidak langsung oleh kanak-kanak itu sendiri. Chomsky telah menyifatkan kemahiran ini sebagai satu alat pembelajaran bahasa yang ada pada setiap individu semenjak dilahirkan. Ia adalah bersifat semulajadi dan diwarisi. Alat yang dimaksudkan ini dikenali sebagai Alat Penguasaan Bahasa ( Language Acquisition Device ). Pemerolehan bahasa kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat Peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu peringkat bayi, peringkat kanak-kanak dan peringkat bayi. Semenjak lahir bayi akan sentiasa mengeluarkan bunyi-bunyian untuk menarik perhatian ibu bapa, penjaga dan orang-orang yang berada di sekitarnya. Bunyi dan isyarat pergerakan yang dilakukan oleh bayi berlaku melalui turutan yang tertentu pada tahun pertama. Bayi akan mula menangis ketika dilahirkan. Kemudian bayi akan melakukan Cooing iaitu dengan mengeluarkan bunyi oooo. Proses ini biasanya akan berlaku ketika bayi berumur antara 1 2 bulan. Selepas itu bayi akan melakukan babbling iaitu mengeluarkan bunyi berulang seperti ba,ba,ba,ba atau pun ma,ma,ma,ma. Pada usia 8- 12 bulan pula, bayi akan mula menunjukkan isyarat seperti menunding jari, anggukan kepala dan sebagainya. Bayi akan mula menyebut perkataan pertama pada usia 10 -15 bulan. Sebelum perkataan pertama disebut, bayi selalunya telah berinteraksi dengan ibu bapa, penjaga melalui isyarat dan bunyi-bunyi mereka yang tersendiri. Perkataan pertama adalah bayi adalah kesinambungan daripada proses ini. Pada kebiasaanya perkataan pertama bayi adalah perkataan yang penting dan dekat dengan mereka seperti orang-orang yang terdekat iaitu papa dan mama, kenderaan iaitu kereta, makanan iaitu susu dan sebagainya.

21

Selain itu, kadang-kadang satu patah perkataan mereka boleh membawa pelbagai makna. Perbendaharaan kata bagi bayi akan meningkat dengan cepat setelah mereka dapat menyebut perkataan yang pertama. Dalam usia 18 bulan mereka akan dapat menyebut dalam lingkungan 50 patah perkataan. Kemudian bilangan ini akan meningkat sehingga 200 patah perkataan pada usia 24 bulan. Pada usia 18-24 bulan, bayi sudah mula menggunakan 2 patah perkataan yang akan disertai dengan pelbagai isyarat badan dan intonasi suara. Sebagai contohnya mereka sudah boleh menyebut Itu kucing, Abang punya dan sebagainya. Pada peringkat kanak-kanak iaitu dalam lingkungan 2 hingga 6 tahun, mereka sudah dapat menguasai 3 -5 patah perkataan. Peralihan daripada ayat mudah kepada ayat-ayat kompleks bermula antara dua dan tiga tahun dan meningkat sehingga ke alam persekolahan. Pada peringkat pra sekolah ( 4 hingga 6 tahun ), kanak-kanak akan mula lebih sensitif kepada penggunaan bahasa. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah mula menggunakan peraturan-peraturan tatabahasa yang mudah seperti kata ganti nama diri ( saya,awak, dia ), kata arah (luar, dalam ) dan sebagainya. Mereka juga menguasai lebih banyak perbendaharaan kata. Dianggarkan perbendaharaan kata untuk percakapan lisan bagi kanak-kanak 6 tahun memcecah antara 8000 hingga 14000 patah perkataan. Bukan itu sahaja, kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh menggunakan ayat tanya. Sesuai dengan peningkatan perbendaharaan kata dan penguasaan gaya bahasa, kanak-kanak seawall usia tiga tahun berupaya bercakap atau bercerita tentang perkara atau objek yang tidak kelihatan. Bahkan mereka juga boleh bercerita perkara-perkara yang telah mereka lakukan atau merancang untuk melakukan sesuatu. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah mula melakar atau menconteng iaitu pada usia 2-3 tahun. Kebanyakkan kanak-kanak 4 tahun boleh menulis nama sendiri, kanak-kanak 5 tahun boleh menulis semula perkataan yang diberikan. Mereka juga boleh membezakan cara menulis sesuatu perkataan.Pada peringkat ini juga kesalahan dalam menulis adalah biasa bagi kanak-kanak. Kesilapan membezakan huruf yang terbalik seperti b dan d, p dan q selalu terjadi pada kanak-kanak pra sekolah.
22

Pada peringkat kanak-kanak yang berumur 6- 11 tahun, mereka sudah menunjukkan pengetahuan yang lebih baik tentang nahu, tatabahasa dan perbendaharaan kata. Kanak-kanak pada peringkat ini juga kurang bergantung kepada isyarat fizikal semasa bercakap tetapi sudah boleh menggunakan bahasa untuk menterjemahkan kehendak dan keperluan mereka. Pada peringkat ini juga percakapan mereka mula kurang dipengaruhi oleh pergerakan fizikal. Gaya bahasa kanak-kanak pada peringkat ini juga akan menjadi lebih kompleks. Hal ini adalah kerana mereka mula memahami frasa-frasa yang kompleks dan mempunyai perkaitan. Selain daripada mahir bercakap, kanak-kanak pada peringkat ini juga sudah dapat menguasai kemahiran membaca. Peringkat perkembangan bahasa yang ketiga pula ialah peringkat remaja. Kemahiran bahasa bagi remaja meningkat dengan penggunaan ayat-ayat yang lebih kompleks. Remaja juga dapat memanipulasikan bahasa kepada bentuk peribahasa, perumpamaan, sajak, puisi dan sebagainya. bukan itu sahaja, kemahiran menulis remaja juga berkembang.

23

DAPATAN ANALISA Berdasarkan kepada kajian yang telah saya lakukan ke atas Amri, saya telah mendapati bahawa perkembangan bahasanya adalah tidak sama dan tidak selaras dengan apa yang terdapat dalam teori yang telah dikemukan. Pada peringkat umur 8 tahun, sepatutnya Amri sudah dapat menunjukkan pengetahuan yang lebih baik daripada tentang nahu, tatabahasa dan

perbendaharaan kata. Tetapi sebaliknya telah berlaku. Hal ini adalah kerana Amri hanya tahu menyebut perkataan-perkataan yang pendek dan tertentu sahaja. Bukan itu sahaja, Amri juga tidak dapat menggunakan peraturan-peraturan tatabahasa yang mudah seperti kata ganti nama diri iaitu saya, awak, dia dan kata arah iaitu sana, sini, bawah, atas dan sebagainya yang sepatutnya dia telah menguasainya . Hal ini berlaku adalah kerana kanak-kanak autisme sering kali mengalami kekeliruan jantina dan mereka sukar untuk memahami dan

menggunakan perkataan yang maknanya berubah mengikut konteks komunikasi. Pada peringkat umur 8 tahun ini, sepatutnya Amri sudah kurang bergantung kepada isyarat fizikal semasa bercakap dan sudah boleh menggunakan bahasa untuk menterjemahkan kehendak dan keperluan mereka. Tetapi sebaliknya telah berlaku. Hal ini adalah kerana Amri masih bergantung kepada isyarat fizikal semasa bercakap dan tidak menggunakan bahasa untuk menterjemahkan kehendak dan keperluannya. Kebiasaannya dia akan memimpin tangan ibu atau ayahnya dan kemudian membawa mereka ke arah sesuatu yang dikehendakinya. Selain itu, Amri juga tidak dapat berfikir tentang bahasa yang dia gunakan dan tidak boleh memberi maksud kepada perkataan yang dia gunakan. Hal ini

adalah bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan dalam peringkat pemerolehan bahasa kanak-kanak. Sepatutnya pada peringkat ini Amri sudah dapat berfikir tentang bahasa yang dia gunakan dan dapat memberikan maksud kepada perkataan yang digunakan.

24

3.4 MASALAH BAHASA KANAK-KANAK AUTISME Masalah bahasa kanak-kanak autisme dapat dibahagiakan kepada aspekaspek yang berikut:

ekolalia

kurang komunikasi berfungsi masalah bahasa

nonsegmen tal fonologi

masalah kata ganti nama

bahasa idiosinkratik

Rajah 7 : masalah bahasa kanak-kanak autisme

Kanak-kanak

autisme

biasanya

menunjukkan

kekurangan

dalam

menghasilkan pertuturan yang nonsegmental yang juga disebut prosody atau bentuk-bentuk sajak dan puisi ( Reed, 1994 ). Namun bentuk ini berbeza antara satu sama lain dan mereka kerap menunjukkan perbezaan seperti kekerapan yang berlebihan dalam konteks yang tidak bersesuaian, pengeluaran vokal yang berubahubah turun naiknya tidak seperti biasa, mempunyai nada suara yang berbeza dan tidak konsisten dengan makna ditekankan secara lisan dan sebagainya. Pada kebiasaannya kanak-kanak autisme tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi yang digunakan dalam perbualan biasa. Kanak-kanak juga sering menggunakan bahasa idiosinkratik iaitu bahasa yang tersendiri. Kanak-kanak autisme ini adalah unik dalam perkataan atau frasa tertentu yang dikeluarkan dan dalam konteks yang dinyatakan. Semua bentuk

25

bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam fahaman. Kanak-kanak autisme ini juga mempunyai kecenderungan untuk mengingati perkataan atau frasa dalam konteks di mana mereka pertama pelajari, tanpa dapat generalisasi untuk menggunakan perkataan tersebut kepada perkara yang sama seperti kasut yang sama dipakai oleh orang lain atau pada gambar kasut. Bukan itu sahaja, kekeliruan kerap timbul dalam pertuturan kanak-kanak autisme ketika penggunaan kata ganti nama. Hal ini berlaku adalah kerana kanakkanak autisme tidak menumpukan perhatian untuk melihat penggunaan kata ganti nama yang digunakan oleh orang biasa. Satu ciri yang paling menonjol adalah kekerapan di mana mereka mengulangulang apa yang diucapkan kepada mereka. Ekolalia akan berlaku apabila kanakkanak autisme mengulang tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Ekolalia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu: a) Immediate ekolalia iaitu pengulangan yang tepat dan serta merta apabila perkataan disebut. b) Delayed ekolalia iaitu diucapkan agak lama selepas perkataan asal disebut c) Mitigated ekolalia iaitu pengulangan yang segera tetapi megandungi perubahan kepada apa yang dipertuturkan. Walaupun terdapat kanak-kanak lain yang menunjukkan bentuk pertuturan ekolalia namun ia amatlah ketara kepada kanak-kanak autisme kerana pada kanakkanak autisme ia merupakan seperti salinan sebenar apa yang mereka dengar berbanding kanak-kanak biasa meniru pertuturan untuk membentuk perkembangan perkataan dan susunan kata. Ekolalia wujud pada kanak-kanak autisme kerana kanak-kanak ini kurang mempunyai daya kefahaman. Kanak-kanak autisme biasanya kurang cekap dalam menarik perhatian rakan perbualannya. Hal ini mungkin kerana mereka tiada kontak mata ketika berkomunikasi dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain. Bahkan ada juga di antara mereka yang tidak mempunyai sebarang niat dan keinginan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka tidak akan memberitahu atau menunjuk

26

kepada barang yang dikehendaki sebaliknya akan memegang tangan bapa atau ibu dan membawanya ke tempat barang itu. Selain itu, sangat sukar untuk mendapat perhatian kanak-kanak autisme ketika bercakap dan mereka juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang orang lain sedang lakukan. Kanak-kanak autisme juga sukar memahami bahasa badan dan ekspresi orang lain. Oleh sebab inilah mereka tidak dapat mentafsirkan dengan tepat perasaan orang lain dan kerap memberi tindak balas yang tidak sesuai atau salah.

DAPATAN ANALISA Berdasarkan analisa yang telah dilakukan ke atas Amri, saya telah mendapati bahawa Amri telah menghasilkan pertuturan dengan pitch suara yang terhad dan pengeluaran vokal yang berubah-ubah turun naiknya tidak seperti biasa. Sebagai contohnya apabila diberikan salam Assalamualaikum dia menjawab Waalaikummussalam Warahmatullahi Wabarakatuh dengan rentak biasa seperti murid-murid menjawab salam seorang guru di dalam kelas. Bukan itu sahaja, semasa berkomunikasi Amri sering menggunakan ayatnya yang tersendiri. Semua bentuk bahasa yang dikeluarkannya itu menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam fahaman. Sebagai contohnya dia sering menyebut perkataan-perkataan yang didengarnya tanpa mengetahui makna sebenar perkataan tersebut. Sama seperti kanak-kanak autisme yang lain, Amri juga mempunyai kekeliruan dalam penggunaan kata ganti nama. Sebagai contohnya Amri tidak dapat menggunakan kata rujukan jantina seperti he atau she dan perkataan yang maknanya berubah mengikut konteks komunikasi seperti I, you dan me. Keadaan ini berlaku kerana kanak-kanak autisme menghadapi masalah kesukaran untuk memahami dan menggunakan perkataan yang berubah maknanya mengikut konteks.

27

Selain itu, Amri juga sering mengulang-ulang apa yang dicakapkan tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Sebagai contohnya dia sering mengikuti dan mengulang-ulang perkataan yang didengarinya dalam televisyen. Antara perkataan-perkataan yang sering diulanginya ialah apa yang penting kerjasama dan betul,betul,betul dan sebagainya.

28

3.5 PUNCA-PUNCA GANGGUAN MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

virus pengambilan pil Thalidomide Punca-punca gangguan masalah bahasa dan komunikasi ketidakfungsian sistem imunisasi phenylket onuria ( PKU ) demam campak kesilapan genetik dalam otak

Rajah 8 : punca-punca gangguan masalah bahasa dan komunikasi

Walaupun tidak diketahui punca tertentu yang menyebabkan autisme, terdapat bukti yang semakin banyak bahawa ia disebabkan oleh pelbagai masalah. Antara punca-punca yang boleh menyebabkan autisme ialah pengambilan pil Thalidomide. Pil ini biasanya diambil oleh ibu-ibu mengandung untuk mengurangkan morning sickness yang dialaminya. Rodier ( 2000 ) telah membuktikan bahawa dalam satu kajian yang dijalankan oleh Miller dan Stromland telah mendapati bahawa 5 % daripada mangsa Thalidomide adalah autisme dan daripada segi peratus ianya 30 % lebih berbanding populasi umum. Kehadiran virus juga menjadi punca kepada autisme. Rubella yang dijangkiti semasa tiga bulan pertama kandungan meningkatkan risiko untuk mendapat anak autisme. Virus Cytolomegalo juga dikaitkan dengan autisme sehingga meningkatkan kebimbingan bahawa suntikan imunisasi boleh menyebabkan autisme.
29

Selain itu, ada juga pendapat yang mengatakan bahawa autisme disebabkan oleh kesilapan dalam gen yang menyebabkan perubahan dalam otak seperti Down Sindrom namun tiada sebab untuk menjangka bahawa perubahan gen boleh menyebabkan satu gen boleh menyebabkan kecelaruan yang kompleks dalam pembentukan otak dan fungsinya. Jika ia disebabkan oleh faktor keturunan, terdapat kemungkinan beberapa gen yang bertanggungjawab. Gen tertentu yang tidak normal dikaitkan dengan kimia serotonin di otak mempunyai peranan dalam menyusun emosi dalam komunikasi dan pembelajaran kini didapati dalam kanakkanak autisme. Bahkan Phenylketonuria (PKU ) juga boleh menyebabkan berlakunya autisme. PKU merupakan kecelaruan genetik hasil daripada kurang satu gen yang berbentuk enzim yang diperlukan oleh badan untuk memproses phenylalanine iaitu sejenis asid amino yang terdapat dalam makanan. Kecelaruan ini berlaku hasil daripada pengumpulan yang tidak normal bahan kimia phenylalaline dan asid phenylpyruvic dalam air kencing dan ini berkait dengan kerosakan mental yang teruk. PKU yang tidak diubati menjadi penyebab autisme namun kini ia semakin kurang berlaku. Bukan itu sahaja, jika ibu mendapat campak ketika mengandung ia akan meningkatkan kamungkinan mendapat autisme. Tujuh belas daripada lapan belas kanak-kanak yang dinyatakan sebagai autistik juga turut mempunyai masalah sensori yang menyumbang kepada simpton autistik. Ketidakfungsian sistem imunisasi atau sistem pertahanan badan juga dikaitkan dengan autisme. Hal ini berlaku kerana terdapat jangkitan virus atau toxin daripada persekitaran yang bertanggungjawab untuk memusnahkan sistem pertahanan badan mereka. terdapat juga bukti bahawa terdapat perkaitan genetik dalam sistem pertahanan badan mereka. Pengkaji telah mendapati bahawa ramai individu autistik telah mengalami bilangan cellt yang kurang membantu sistem pertahanan badan melawan jangkitan.

30

DAPATAN ANALISA Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, saya mendapati terdapat beberapa punca yang menyebabkan Amri menghidapi autisme. Antara punca tersebut ialah pengambilan pil Thalidomide oleh ibu Amri ketika mengandung. Pengambilan pil ini adalah untuk mengatasi masalah ketika morning sickness. Menurut ibu Amri, dia mengambil pil ini sebelum pergi ke tempat kerja bagi mengelakan gejala morning sickness yang nanti akan menggangu pekerjaan sebagai seorang jururawat . Bukan itu sahaja, menurut ibu Amri pada bulan ketiga mengandungkan Amri, dia telah diserang penyakit campak. Ini juga mungkin yang boleh menyebabkan Amri menghidapi autisme. Punca lain yang menyebabkan Amri menghidapi autisme ialah

ketidakfungsiaan sistem imunisasi atau sistem pertahanan badan ibunya. Hal ini mungkin adalah kerana terdapat jangkitan virus atau toksin daripada persekitaran yang bertanggungjawab untuk memusnahkan sistem pertahanan mereka. Sebagai seorang jururawat, mungkin ibunya terdedah kepada persekitaran-persekitaran dan virus-virus yang tertentu. Terdapat juga bukti bahawa terdapat perkaitan genetik dalam sistem pertahanan badan mereka. Pengkaji telah mendapati ramai individu autistik telah mengalami bilangan celt yang kurang membantu sistem pertahanan badan melawan jangkitan.

31

ELEMEN-ELEMEN BAHASA YANG TERDAPAT DALAM PERTUTURAN

semantik

morfologi

elemenelemen bahasa dalam pertuturan

fonologi

pragmatik

sintaksis

Rajah 9 : elemen-elemen bahasa yang terdapat dalam pertuturan

Kanak-kanak yang dilabelkan sebagai kanak-kanak kurang upaya dan mempunyai masalah bahasa apabila gagal menguasai satu atau lebih elemeneleman bahasa. Antara elemen yang dimaksudkan tersebut ialah fonologi. Apabila membicarakan topik fonologi atau pun fonetik, sebenarnya perkara yang dibicarakan itu adalah mengenai ilmu linguistik. Linguistik ialah bidang kajian tentang bahasa secara saintifik. Fonologi ialah satu kajian tentang sistem bunyi bahasa. Bahasa itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas dan mempunyai berbagai-bagai teori bahasa. Bidang ini sukar dikaji secara umum kerana memerlukan pengetahuan khusus tentang aspek-aspek yang diliputinya. Selain itu, fonologi juga dapat didefinisikan seperti berikut: i. Fonologi ialah kajian tentang sistem bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain.

32

ii.

Fonologi mengkaji bunyi bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada fonetik iaitu struktur bunyi bahasa yang diujarkan. Walau

bagaimanapun, kajian fonologi sering didahului oleh fonetik kerana bidang fonetik membekalkan maklumat yang diperlukannya untuk dianalisis, iaitu lambang-lambang huruf vokal dan konsonan. iii. Fonologi mengkaji bentuk-bentuk bunyi yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Fonologi turut melihat cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dideskripsikan serta mendapatkan satu cara yang tepat untuk meyebut bunyi bahasa.

Dalam erti kata yang lebih luas, fonologi berhubung dengan anatomi dan fisiologi yang berkaitan denagn organ-organ ujaran dan bagaimana manusia menggunakan organ-organ tersebut. Bahkan ada juga yang mengaitkan fonologi dengan bidang sosiolinguistik, iaitu yang berhubung dengan tingkah laku sosial dan kaitannya dengan ciri-ciri bunyi yang digunakan untuk berhubung atau

berkomunikasi dalam masyarakat. Bidang kajian fonologi juga termasuklah cara standard untuk merakamkan suara dan kemudiannya menggambarkannya semula menggunakan simbol-simbol khusus. Morfologi mengkaji struktur gramatikal perkataan iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan bentuk kata. Selain itu, morfologi juga dapat didefinisikan sebagai bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukkannya. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Manakala golongan kata ialah proses mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Maka dengan ringkasnya dapatlah didefinisikan morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dalam bahasa Melayu. Unit terkecil dalam morfologi ialah morfem. Morfem berperanan untuk membentuk perkataan. Sesuatu perkataan itu mungkin terdiri daripada satu, dua,

33

tiga atau lebih morfem. Misalnya perkataan jatuh merupakan satu morfem tetapi perkataan terjatuh terdiri daripada dua morfem. Semua perkataan ialah morfem, tetapi tidak semua morfem ialah perkataan. Perkataan ialah unit bebas yang mengandungi makna dan dapat berdiri sendiri. Misalnya ayat Ini kereta bapa saya, terdiri daripada empat perkataan. Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Manakala morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersamasama morfem lain. Misalnya perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan an- dalam lautan ialah morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar. Elemen bahasa dalam pertuturan yang seterusnya pula ialah sintaksis. Penelitian terhadap korpus sesuatu bahasa tidak lengkap jika kita tidak meneliti sintaksis. Sintaksis meruapakan satu bidang kajian tentang tatacara binaan dan cara frasa, klausa dan ayat dibentuk. Bidang kajian sintaksis ini teleh dipelopori oelh Noem Chomsky seperti yang dibicarakan oleh beliau dalam buku Syntactic Structure yang akhirnya melahirkan pengajian am tatabahasa trasnformasi generatif oleh Frank Parker ( 1994 ). Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga merupakan kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan dan kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Bidang sintaksis bukan sahaja melihat kehadiran jenis dan ragam ayat, tetapi juga rumus pembinaan unsur subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu ayat. Selain itu, terdapat juga ciri-ciri lain yang dipertimbangkan dalam pembinaan ayat, iaitu penanda tatabahasa. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam pembinaan ayat termasuklah penanda kasus, penanda kala, dan unsur keserasian. Bukan itu sahaja, pragmatik juga merupakan salah satu elemen bahasa yang terdapat dalam pertuturan. Pragmatik merupakan penggunaan kemahiran

komunikasi dalam konteks sosial dan cara bahasa digunakan. Dalam komunikasi, pragmatik membawa makna satu maksud atau satu fungsi dapat diungkapkan

dengan berbagai bentuk atau struktur.

34

Elemen yang terakhir ialah semantik. Semantik berasal daripada perkataan Greek iaitu semantikos yang bermaksud memberikan tanda, sesuatu gejala atau tanda atau sesuatu yang bermakna. Semantik bermula daripada perkataan sema yang merujuk kepada aspek makna, iaitu makna seperti yang diungkapkan dalam sesuatu bahasa atau sistem tanda yang lain. Dalam bahasa Inggeris, meaning, mean, meant dan means kesemuanya merujuk kepada makna atau maksud yang dapat digunakan dalam pelbagai keadaan. Perkataan semantic yang digunakan pada hari ini berasal daripada bahasa Perancis, iaitu semantique. Perkataan ini telah digunakan oleh Michel Breal sejak abad ke-19 lagi. Semantik berbeza daripada sintaksis kerana semantik mengkaji makna, manakala sintaksis mengkaji struktur bagi sesuatu sistem tanda. Dengan kata lain, sintaksis berfokus kepada bentuk dan bukan makna. Sebaliknya semantik ada kaitan dengan bidang pragmatik. Bukan itu sahaja, semantik juga dapat ditakrifkan sebagai kajian tentang aspek makna dalam bidang ilmu linguistik. Semantik sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus, iaitu merujuk kepada kajian yang melibatkan struktur dalam sesuatu bahasa seperti juga aspek kajian fonologi, morfologi dan sintaksis. Akmajian et. al ( 1995:222 ) pula menyatakan dalam bidang linguistik, semantik ialah kajian tentang makna dalam bahasa. Semantik berkaitan dengan kajian tentang unit linguistik dan prinsip gabungannya. Dalam bidang logik semantik dianggap sebagai kajian tentang rujukan linguistik atau denotasi dan syarat kebenaran. Kajian semantik boelh dimulakan pada aras kata atau pada aras yang lebih tinggi, iaitu kalimat yang terbina daripada frasa dan ayat. Manakala menurut Sperber dan Wilson ( 1980 ) pula mendefinisiakn semantik sebagai kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makana ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik. Kesimpulannya bolehlah dirumuskan bahawa semantik ialah satu bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa.

35

DAPATAN ANALISA

Amri secara fonologinya menghadapi kekeliruan di antara huruf-huruf yang sama bentuknya namun berbeza pengujarannya. Sebagai contohnya ialah antara huruf d dan b, w dan m, u dan n, p dan b dan sebagainya. Hal sebegini berlaku kerana kurangnya kefahaman dan praktikal dalam sanubari Amri. Bukan itu sahaja, Amri juga didapati mahir berbahasa namun pengamalan dan kefahaman berkenaan bahasa kurang dipraktikkan. Bahkan dari segi fonoligi juga, Amri lemah dalam penggunaan digraf atau vokal berangkap. Ejaan buaya dieja buwaya oleh Amri. Amri bermasalah dalam bidang morfologi daripada variasi prosedur. Menurut rekod ujian diagnostik yang dilaluinya adalah di tahap yang sungguh

membimbangkan. Amri juga menghadapi masalah dalam menyebut semula perkataan yang telah diejanya. Misalnya perkataan katak dieja dengan barisan pengujaran yang betul namun penyebutan semula gabungan fonem disebut sebagai kakak. Dia juga bermasalah dalam mengenalpasti nombor dan sentiasa bergerak secara tertib. Selain itu, berdasarkan kajian yang telah jalani ke atas Amri, saya mendapati dia lebih gemar mendiamkan diri dan hanya berbahasa atau berkomunikasi tatkala perlu sahaja. Dia sering menggunakan ayat yang pendek dan mudah difahami oleh pelbagai pihak. Perkaitan dua makna ke dalam penggunaan penggantian Amri adalah pada tahap sederhana. Sebagai contohnya apabila ditanya Amri nie kaki bola ke? Dan dia menjawab bola ada kaki ke?. Secara umumnya, dari segi pragmatik, Amri tidak mengalami sebarang masalah.

36

RUMUSAN DAN BANDING BEZA Autisme merupakan satu kecelaruan yang kompleks dan keperluan individu ini adalah pelbagai. Individu autisme mungkin tidak banyak beza berbanding dengan kanak-kanak yang normal dari segi penampilan fizikal. Namun begitu, apabila pemerhatian yang berfokus dibuat maka ternyata pemerhati akan nampak kelainan yang ada pada kanak-kanak ini. Teknik pengajaran yang betul dan sesuai dengan kanak-kanak autisme akan membolehkan kanak-kanak istemewa ini memperolehi ilmu pengetahuan tanpa halangan dengan sempurna. Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalakan, saya telah mendapati bahawa kanak-kanak autisme mempunyai perkembangan bahasa yang agak lewat berbanding dengan kanak-kanak yang normal. Hal ini berlaku mungkin kerana sikap kanak-kanak autisme yang suka bersendirian dan tidak gemar bermain dengan rakan sebaya dan sering menolak ajakan rakan. Bukan itu sahaja, kanak-kanak autisme juga suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain. Berbeza dengan kanak-kanak normal, kanak-kanak autisme biasanya tiadk suka dipegang ataupun dipeluk. Kanak-kanak autisme juga sensitif akan sentuhan dan bunyi yang kuat. Oleh sebab inilah mereka tidak suka bergaul dan sentiasa bersendirian. Kanak-kanak autisme amat berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain. Hal ini adalah kerana kanak-kanak autisme dapat duduk dengan lama tanpa melakukan sesuatu dan tanpa sebarang reaksi. Bahkan kanak-kanak autisme ini juga tidak suka akan sebarang perubahan. Sebagai contohnya meraka akan menggunakan jalan yang sama ketika pergi dan pulang ke sekolah. Mereka juga sering memakai pakaian yang sama ketika ke sekolah. Emosi kanak-kanak autisme berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain. Pada kebiasaannya kanak-kanak autisme sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab. Selain itu mereka juga akan mengamuk tanpa terkawal jika kemahuannya tidak dituruti ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya.
37

Dari segi komunikasi, perkembangan bahasa kanak-kanak autisme lambat ataupun tiada langsung. Kanak-kanak autisme ini kelihatan seperti bermasalah

pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain. Selain itu, kanak-kanak autisme juga menuturkan sesuatu yang tidak sesuai dengan pertanyaan. Sebagai contohnya apabila ditanya Amri ada alat permainan apa? dan dia menjawab ayah. Ketika berkomunikasi kanak-kanak sering mengeluarkan bahasa yang tidak dapat difahami dan suka meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengetahui makna perkataan tersebut. Berbeza dengan kanak-kanak normal, kanak-kanak autisme suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu yang diperlukan atau dikehendakinya.

38

Anda mungkin juga menyukai