Anda di halaman 1dari 38

i.

TEKNIK-TEKNIK MEREKOD DATA Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh

pemerhati bagi merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah event/ frequency recording, duration recording, interval recording, time sampling ,senarai semak dan rekod anekdot . i. Perekodan Peristiwa Perekodan peristiwa atau perekodan kekerapan bermaksud jumlah sesuatu tingkah laku diperhatikan dalam tempoh masa yang telah diberikan direkod. Contohnya jumlah berapa kali seorang murid bercakap-cakap dengan kawan semasa waktu mata pelajaran Bahasa Malaysia selama 30 minit. Kita boleh merekod tingkah laku murid berasaskan kekerapan sebenar, kadar kejadian atau kejadian tersebut dalam peratus peluang sedia ada. Contohnya, Alimah telah mengangkat tangan sebelum menjawab soalan guru hanya sekali dalam waktu mata pelajaran Bahasa Malaysia selama 30 minit atau kita boleh merekod sebagai Alimah mengangkat tangannya 0.5 per 15 minit atau Alimah mengangkat tangannya sebanyak 5% daripada peluang sedia ada untuk menjawab soalan guru (sekiranya guru telah menyoal sejumlah 20 soalan dalam kelas itu dan murid semua termasuk Alimah boleh sukarela mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru). i) Lembaran data yang ringkas Lembaran Data Perekodan Peristiwa atau Kekerapan (Event / Frequency Recording Data Sheet) Tarikh : 20 Oktober 2009 Nama Murid : Nur Alimah Samad Kelas : 3 Usaha Pemerhatian Tingkah Laku Kekerapan Jumlah
1

Penilai: Pn. Siti Rokiah Hamid

Masa

Ulasan

Murid Mengangkat tangan untuk menjawab soalan Bercakap sewaktu guru mengajar

Kejadian //// 4 30 minit

Tambahan kelas pada waktu pagi ( 9.00 pagi9.30 pagi)

///

semasa sesi bercerita Si Kaduk

ii) Lembaran data kekerapan untuk merekod tingkah laku sasaran Lembaran Data Perekodan Peristiwa atau Kekerapan (Event / Frequency Recording Data Sheet) Nama Murid : Aina binti Mohamad Nazri Kelas Penilai : 3 Usaha : En. Nabil bin Noordin Tarikh Lahir : 17.09.1999

Definisi Tingkah Laku yang Direkod: Bertanya soalan Tarikh :............................ Jumlah:.................... 1 Harian 2 3 4 5 6 7 8 9 Kekerapan:...........

ii)

Duration recording

Merekodkan jangka masa mengenai tingkah laku dapat dibuat dengan mencatatkan masa mula dan masa tamat tingkah laku itu terjadi. Teknik ini selalunya digunakan bagi memerhatikan tingkah laku yang kurang terjadi dan diteruskan bagi tempoh yang tertentu. Contoh merekodkan jangka masa adalah
2

apabila seorang pelajar kerap menangis di dalam kelas. Setiap kali pelajar itu menangis, anda mencatat masa mula dan masa tamat serta membuat pengiraan jangka masa episod menangis tadi. Contoh-contoh lain merekod jangka masa adalah berapa lama yang diperlukan oleh seorang pelajar menyiapkan kerja rumah matematiknya, tempoh masa yang diambil membersihkan kelas ataupun berapa lama yang dihabiskan bagi pelajar berkenaan mengetuk penselnya di atas meja secara berterusan. Jadual dibawah menunjukkan borang jangka masa yang boleh digunakan dalam teknik ini.

Lembaran Data Perekodan Masa (Duration Recording Data Sheet) Nama Murid : Anom Salmah Tarikh Lahir : 12.08.1999

Kelas

: 3 Sinar

Penilai: Pn.Siti Rokiah Hamid

Definisi Tingkah Laku yang Direkod : Menangis di dalam kelas

Tarikh

Waktu mula

Waktu tamat 9.05

Durasi

Ulasan

11.01.2010

9.00

5 minit

12.01.10

9.20

9.23

3 minit

13.01.2010

9.30

9.37

7 minit

iii. Interval recording

Interval recording ataupun merekod jarak masa adalah teknik yang mengukur samada tingkah laku itu diperhatikan dalam masa .Contohnya Ali akan berjalan keliling kelas semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung setiap 5 atau 10 minit. Saiz sela masa pemerhatian bergantung kepada berapa kerap tingkah laku itu berlaku. Lebih kerap tingkah laku itu terjadi maka lebih pendek sela masa pemerhatian. Kazdin (1989)nmencadangkan pemerhatian dibuat dalam tempoh 10 hingga 15 minit. Cooper , Heron dan Heward (1987) pemerhatian dibuat antara 6 hingga 15 minit. Jenis Perekodan Interval 1. Perekodan sepenuh interval Tingkah laku yang direkodkan hanya jika ia ditunjukkan sepanjang keseluruhan sela masa pemerhatian tersebut yang digunakan antaranya untuk tingkah laku memberikan tumpuan.

2. Perekodan separa interval Membawa maksud tingkah laku itu direkodkan jika ia terjadi semasa sela masa pemerhatian tersebut dan ianya digunakan untuk tingkah laku yang sementara dan dalam tempoh yang pendek seperti pujian guru.

Lembaran Data Perekodan Interval (Interval Recording Data Sheet) Nama Murid : Alisa Ali Kelas :3 Usaha Tarikh Lahir: 22Oktober 09

Penilai

:Pn . Siti Rokiah hamid

Definisi Tingkah Laku yang direkod (TL sasaran) : bergerak keliling kelas semasa guru mengajar.

Tarikh 1 01.02. 10 02.02. 10 3 Minit pemerhatian dilakukan 2 / 3 4 /

Sela Masa 5 6 7 / 8 catatan 3

iv.

Persampelan masa

Rekod persampelan masa ini digunakan bagi mencatat pemerhatian ke atas tingkah laku kanak-kanak dalam satu jangka masa. Guru mengenal pasti kanak-kanak yang akan diperhatikan dalam satu tempoh masa. Pemerhatian akan dibahagikan kepada beberapa segmen masa dan kekerapan berlakunya tingkah laku itu dicatat secara berterusan dan ambil tindakan. Tingkah laku yang hendak direkod ini perlu nyata dan kerap dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa 15 minit.
5

Kebaikan rekod persampelan masa: Menjimatkan masa. Memberi maklumat berkenaan jangka masa tingkah laku itu berlaku. Maklumat kualitatif ini sesuai bagi analisis menggunakan statistik. Lebih objektif dan terkawal kerana tingkah laku adalah nyata dan terhad. Pemerhati dapat mengumpul data berkenaan beberapa orang kanakkanak ataupun beberapa jenis tingkah laku secara serentak.

Keburukan rekod persampelan masa: Ia merekod tingkah laku yang sudah ditetapkan sahaja dan mungkin akan tertinggal tingkah laku yang berguna. Ia hanya merekod bila dan kekerapan tingkah laku itu berlaku sahaja. Catatan berkenaan tingkah laku, sebab-sebab dan keputusan ia dilakukan tidak dinyatakan. Ini menyebabkan penilaian menjadi berat sebelah.

Lembaran Data Persampelan Masa Nama Murid : Malek bin Kamaruddin Lili Syakira binti Yasin Puspha Dewi a/p Balakrishnan Persekitaran : Bahasa Melayu Tingkah Laku Sasaran : Mengangkat tangan Masa Mula : 8.00 pagi

Masa Tamat : 9.00 pagi


6

Tarikh : 20 Ogos 2009 8.00 8.05 8.10 8.15 8.20 8.25 8.30 8.35 8.40 8.45 8.50 8.55 9.00 Sela Masa 1 Nama murid Malek Lili Puspha + + + + + + + + + + + + + + + 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Petunjuk : + (Tingkah laku sasaran ditunjukkan) - (Tingkah laku sasaran tidak ditunjukkan) v. Senarai semak

Walaubagaimanapun pemerhatian adalah lebih bermakna apabila guru dapat mengaitkan perubahan tingkah laku kanak-kanak dengan hasil

pembelajaran seperti yang telah ditetapkan. Oleh itu, guru boleh menyediakan satu senarai hasil pembelajaran dan digunakan sebagai alat atau instrumen semakan semasa membuat pemerhatian untuk setiap murid. Senarai hasil pembelajaran hendaklah mengambil kira domain kognitif, afektif dan psikomotor. Senarai semak ini dapat menyatakan samada murid boleh atau tidak boleh, mencapai atau tidak mencapai hasil pembelajaran yang diingini. Gambaran yang diperoleh ini tidak jelas bagi menggambarkan pencapaian murid itu. Ada juga dalam kalangan guru menggunakan skala pengelasan iaitu belum menguasai, baik, cemerlang bagi memberi gambaran yang lebih jelas berkenaan pencapaian murid itu.

Lembaran Data Senarai Semak (Check List Data Sheet) BUTIR-BUTIR DIRI MURID Nama Murid : . Umur : .................Tarikh Lahir: .................. No. Surat Beranak :................ Kelas: ................. No Pendaftaran JKM: .................................................. Jenis Kecacatan/ Tahap : ............................................................................ Jantina : L / P Kaum : .......................... Agama: ..................................... Anak ke- : ....................................

Bil. Adik Beradik: ..............................

PENGESAHAN IBU BAPA/ PENJAGA Nama : ............................................................................. No K/P : ...........................................................................


Agresif ( ) ( ( ( ( ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) ) ) ) ) PERLAKUAN YANG KETARA

Alamat : .......................................................................... ........................................................................... ........................................................................... Tandatangan: ....................... Tarikh: ..........................

Pasif Kognitif Emosi Negatif Sosial Motor Kasar Motor Halus Pertuturan Pengurusan Diri Tertib Makan

Bil

Keterangan Tingkah Laku Ya

Tunjuk Tidak

Ulasan

1.

Perlakuan Agresif 1.1 Merosakkan harta sendiri/ orang lain 1.2 Selalu berkelahi/ bertindak

2.

Perlakuan Pasif 2.1 Memencilkan diri 2.2 Sugul

3.

Perlakuan Negatif Sosial 3.1 Mengusik 3.2 Bercakap bohong

4.

Pemasalahan Emosi 4.1 Gelisah 4.2 Menggerakkan bahagian anggota badan tanpa dapat dikawal

vi.

Rekod anekdot

Rekod anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan perubahan yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar. Oleh itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan di tempat yang mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru dan tindakan guru. Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi membantu murid itu.
9

Kegunaan rekod anekdot: Bagi merekod tingkah laku kanak-kanak yang khusus bagi tujuan perancangan aktiviti individu dan bagi kes konferensi. Kebaikan rekod anekdot: Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod ini. Pemerhatian ini terbuka(tiada penutup). Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang beliau dapat saksikan dan tidak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan. Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira di mana ia berlaku kerana pemerhati hanya perlu mencatatkannya kemudian. Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang diperlukan sahaj dan melupakan perkara atau tingkah laku lain.

Keburukan rekod anekdot: Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia hanya merekodkan kejadian yang diperlukan oleh pemerhati sahaja. Ketetapan rekod ini sangat bergantung pada ingatan pemerhati kerana rekod ini dibuat selepas kejadian itu berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah kurang mendalam. Kejadian mungkin berlaku diluar konteks dan ini menyebabkan interpretasi kurang tepat ataupun digunakan secara berat sebelah. Sukar direkod atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam kajian saintifik.

10

Sekolah Kebangsaan Seri Duyong Emas Borang Rekod Anekdot Pemerhati: .................................................................................................... Tarikh pemerhatian :..................................................................................... Masa pemerhatian : ..................................................................................... Nama pelajar : ............................................................................................. Penerangan tentang kejadian: ...................................................................................................................... ...................................................................................................................... Penerangan tentang lokasi/ latar belakang kejadian : ...................................................................................................................... ...................................................................................................................... Nota, cadangan dan langkah: ...................................................................................................................... ...................................................................................................................... Tandatangan: .........................................

11

ii.

Mengenal

pasti

seorang

murid

bermasalah

pembelajaran

dan

melakukan pemerhatian serta merekodkan satu tingkah laku kanakkanak tersebut yang hendak diubahsuai. Biodata Murid . Nama: Chan Siew Fong Tarikh Lahir:- 08.08.2000 Bangsa :- Cina Agama :- Buddha Masalah Pembelajaran:- Terencat Akal (sederhana) Masalah tingkah laku :- suka menganggu rakan. Rekod yang dipilih Lembaran Data Perekodan Masa (Duration Recording Data Sheet) Nama Murid : Chan Siew Fong Tarikh Lahir : 08.08.2000

Kelas

: 4 Merah

Penilai: Pn.Siti Rokiah Hamid

Definisi Tingkah Laku yang Direkod : Megganggu di dalam kelas semasa p&p

Tarikh

Waktu mula

Waktu tamat 9.05

Durasi

Ulasan

11.01.2010 (Isnin) 12.01.2010 (Selasa)

9.00

5 minit

9.00

9.05

3 minit

12

13.01.2010 (Rabu) 14.01.2010 (Khamis) 15.01.2010 (Jumaat)

9.00

9.05

4 minit

9.00

9.05

3 minit

9.00

9.05

1minit

Rumusan dari Lembaran Data Perekodan Masa (Duration Recording Data Sheet) mendapati bahawa Siew Fong seorang yang suka bergerak dalam kelas dan mengganggu rakan dengan menyentuh , mengambil barang dan mengusik. Perkara yang sama akan diulang setiap hari walaupun ditegur oleh gurunya. Dia akan menangis sekiranya kehendaknya dihalang secara paksa. iii. PERANCANGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU TINGKAH LAKU UMUM

Pada minggu pertama dan kedua dalam bulan Januari, Siew Fong menunjukkan tingkah laku pasif iaitu tidak mahu bercakap. Apabila guru bertanya, dia hanya mendiamkan diri tanpa sebarang respon. Begitu juga semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, beliau tidak melibatkan diri secara aktif. Ketika aktiviti menulis, didapati Nur Maisara dapat menyalin dengan baik tetapi kurang berminat dalam aktiviti mewarna. Apabila masuk minggu ketiga, saya melihat Nur Maisara sudah dapat bergaul dan berkomunikasi dengan rakan sekelasnya tetapi masih tidak mahu bercakap apabila guru bertanya. Selain itu dia juga sering memeluk rakan sehingga mereka menangis.Siew Fong hanya bersikap selamba tanpa menunjukkan rasa bersalah.

SASARAN TINGKAH LAKU

13

Pemilihan murid ini dalam kajian kes pengurusan tingkah laku kerana saya dapati sikapnya yang suka memelukt rakan dalam kelasnya telah mengganggu perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran. Walaupun

tingkah laku itu hanya berlaku tiga atau empat kali dalam sehari tetapi ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa ada pencegahan.

HASIL PEMERHATIAN

Selama seminggu saya membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid tersebut, saya dapati Siew Fong sering mencubit rakan-rakannya itu semasa berada di kelas Harapan Gemilang dan Harapan Cemerlang di mana dalam kelas tersebut murid-murid menggunakan meja panjang disebabkan ruang kelas itu yang sempit. Kedudukan murid yang agak rapat memudahkan Siew Fong memeluk rakan di sebelahnya. Kadang kala tindakannya itu tidak disedari oleh guru mahu pun PPM. Selain itu ada sesekali Siew Fong memeluk rakannya semasa berada di ruang menonton selepas selesai makan di kantin.

DATA AWAL (PRAINTERVENSI)

Dalam tempoh seminggu pemerhatian, didapati setiap hari Nur Maisara mencubit rakannya samada semasa berada di dalam kelas mahu pun di luar kelas. Dalam sehari hanya sekali atau dua kali sahaja Nur Maisara melakukannya tetapi oleh kerana setiap kali dia mencubit, pasti rakannya itu akan menangis. Maka menjadi tanggungjawab guru untuk menangani masalah tersebut. Jadual di bawah menunjukkan tingkah laku murid tersebut dalam tempoh seminggu.

TARIKH

JUMLAH TINGKAH LAKU (MENCUBIT)

14

25.01.2010 26.01.2010 27.01.2010 28.01.2010 29..01.2010 01.02.2010 02.02.2010

2 1 1 1 1 1 1

CADANGAN INTERVENSI

Bagi mengubahsuai tingkah laku murid ini, ada beberapa cara yang boleh digunakan semasa program intervensi dijalankan. Antaranya ialah

menggunakan :

i. kaedah observational time-out - iaitu satu prosedur di mana murid akan diasingkan daripada situasi yang mempunyai peneguhan di mana murid boleh mendengar dan melihat aktiviti yang dijalankan tetapi tidak dapat melibatkan diri. ii. amaran (reprimand) - salah satu bentuk denda. Guru akan beri amaran secara lisan dan gerak geri secara verbal dan non-verbal jika murid menunjukkan tingkah laku yang tidak bersesuaian. iii. kehilangan hak

- merupakan satu intervensi tingkah laku yang negatif walau pun hasilnya mungkin positif. Intervensi ini berkesan apabila hak yang hilang secara natural akibat daripada tingkah laku yang tidak sesuai. iv. ganjaran (reinforcer) - merupakan sesuatu objek/situasi yang dapat mengukuhkan atau mengekalkan tindak balas (perlakuan) masa kini atau memungkinkan
15

peningkatan (tindak balas perlakuan masa akan datang).

SEMASA INTERVENSI

Setelah selesai pemerhatian dan merekod tingkah laku selama seminggu, saya jalankan intervensi dalam tempoh tiga minggu. Langkah pertama ialah menjarakkan tempat duduk Nur Maisara dengan kawan-kawannya terutama ketika berada di kelas Teratai dan Mawar. Namun begitu apabila guru tiada di dalam kelas ia memberi peluang kepadanya untuk mencubit. Sebagai permulaan beliau diberi amaran supaya tidak mengulanginya. Beliau

bersikap biasa sahaja tanpa rasa takut atau bersalah, tetapi saya tahu yang dia faham apa yang saya katakan kepadanya.

Apabila saya perhatikan Nur Maisara masih lagi melakukan perkara yang sama, saya dan guru yang lain menggunakan cara observational time-out kepadanya pada waktu pendidikan jasmani. Nur Maisara telah menangis apabila dia tidak dapat turut serta dalam aktiviti tersebut. Sebanyak dua kali kaedah ini dijalankan kepada Nur Maisara. Dalam masa yang sama juga, saya memberikan ganjaran tactile reinforcers dan social reinforcers

sekiranya Nur Maisara tidak mencubit atau mengganggu rakannya sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Contohnya, guru memuji, memeluk bahu atau mengusap-usap kepalanya.

Selain itu semasa pengajaran dan pembelajaran di kelas, Nur Maisara diletakkan bersebelahan dengan guru bagi memudahkan guru memantau dan berkomunikasi dengannya agar dia mahu bercakap dengan guru. Apabila saya mengajar di kelas PPKI Mawar, saya akan cuba bercakap dengan Nur Maisara walau pun pada awalnya dia tidak memberi sebarang respon. Lama kelamaan dia pasti akan mahu bercakap. Namun begitu Nur Maisara dapat menyiapkan latihan yang diberikan kepadanya dalam waktu yang ditetapkan.
16

Pada minggu kedua saya dapat lihat perubahan kerana selama dua hari Nur Maisara tidak mengganggu kawan-kawannya. Apabila Nur Maisara mencubit lagi sehingga menangis, saya gunakan kaedah kehilangan hak sementara di mana Nur Maisara tidak dibenarkan keluar makan pada waktu rehat dalam tempoh lima belas minit. Dia telah menangis dan berjanji tidak akan mencubit lagi. Saya juga tidak membenarkan Nur Maisara balik apabila ayahnya datang pada jam 12.30 tengah hari dalam tempoh lima minit. Saya maklumkan kepada ayah Nur Maisara dan ayahnya mengizinkan. Nur Maisara telah menangis-nangis mahu balik ke rumah. Saya berharap Nur Maisara akan ingat dan tidak akan melakukannya lagi.

Dalam tempoh tiga minggu tersebut , saya gunakan keempat-empat intervensi tersebut dan saya dapat lihat tingkah laku mencubit itu semakin berkurangan selepas tempoh itu. Pada minggu ketiga hanya dua kali sahaja Nur Maisara mencubit rakannya tetapi mereka tidak menangis. Yang paling menggembirakan saya apabila saya bertanya kepada Nur Maisara kenapa dia mencubit rakan disebelahnya, dia menjawab pertanyaan saya. Dia juga mahu bercerita dengan saya walau pun agak malu-malu. Itu adalah satu kemajuan untuk diri Nur Maisara. Apa yang saya dan guru-guru lain buat bukan hanya untuk Nur Maisara sahaja tetapi diharapkan murid-murid lain mendapat ikhtibar daripada peristiwa itu.

MINGGU 1 2 3

JUMLAH TINGKAH LAKU 3 3 2

* Jadual kekerapan tingkah laku murid dalam tempoh intervensi

17

SELEPAS INTERVENSI Tempoh intervensi yang dijalankan sehingga akhir bulan Februari telah menampakkan hasilnya apabila tingkah laku Nur Maisara yang suka mencubit rakan semakin berkurangan. Untuk tempoh jangka masa panjang diharapkan Nur Maisara tidak lagi mencubit orang lain. Pada minggu

pertama bulan Mac hanya sekali sahaja rakan Nur Maisara memberitahu saya yang Nur Maisara mencubitnya. Nur Maisara juga semakin selesa berkawan dengan rakan-rakan yang lain dan rajin membantu. Saya akan terus memantau perkembangan tingkah laku Nur Maisara dan melaksanakan apa yang terkandung dalam Rancangan Pengajaran Individu (RPI) yang telah dirancang untuknya

Rumusan

Dengan penerangan di atas saya memilih proses modeling dan Token Economies.Token Economies merupakan modifikasi tingkah laku yang dirancang untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini dan pengurangan tingkah laku yang tidak diingini dengan pengunaan tokens (tanda-tanda). Individu menerima token setelah menunjukan tingkah laku yang diingini. Token dikumpulkan dan ditukarkan dengan suatu objek atau penghargaan.

Secara ringkasnya,Token Ekonomi adalah system reinforcement untuk tingkah laku yang diuruskan dan diubah, seseorang mesti diberi hadiah atau diberikan penguatan untuk meningkatkan atau mengurangkan perilaku yang diingini . Strategi ini digunakan bagi mengubah tingkah laku Siew Fong . . Setiap perubahan tingkah laku akan mendapatkan kepuasan, ganjaran, peneguhan apabila tingkah laku itu selesai dilakukan. Ini dilakukan dengan memberikan Siew Fong sebuah teddy bear . Apabila beliau berhasrat untuk memeluk rakan, guru akan menggunakan teddy bear dan mengarahkan Siew Fong memeluk teddy bear tersebut. Apabila Siew Fong berjaya memeluk teddy bear tersebut beliau akan diberikan token ekonomi. Apabila sejumlah token dikumpul beliau
18

akan dibenarkan membawa teddy bear tersebut semasa waktu rehat. Sekiranya beliau gagal melaksanakan arahan token akan ditarik balik dan teddy bear akan disorok oleh guru dan Siew Fong tidak akan dapat berjumpa dengan teddy bear tersebut . Saya akan melakukan peneguhan positif ialah satu proses di mana guru akan cuba mengawal tingkah laku murid dengan motivasi, hadiah, ganjaran, dan sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat membaiki, mengubah tingkah laku Siew Fong. Selain daripada itu guru perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang menarik perhatian murid agar mereka tidak bosan dan mengganggu rakan lain.

19

20

iv. RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Nama :

Tarikh Lahir :

Tarikh Mula :

Tarikh Semak :

Komponen :

Umur :

Pengetahuan Sedia Ada

Matlamat Jangka Panjang

Kekuatan / Minat

Kelemahan / Masalah Yang Dikenal Pasti

Objektif Jangka Pendek

Pendekatan

Penilaian / Tarikh / Tanggungjawab

21

Tandatangan ibu bapa /penjaga :

Tarikh Bersidang Awal :

Tandatangan ibu bapa /penjaga :

Tarikh Bersidang Akhir :

. (Nama :...

. (Nama :...

Tandatangan Guru :

Tandatangan Guru :

. (Nama :...

22

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU


NAMA :Chan Siew Fong Tarikh Lahir : 08/08/2000 Tarikh Mula : 01.03.2010 Umur : 7 tahun Tarikh Semak : 30.04.2010

Komponen : Pengurusan Tingkah Laku Pengetahuan Sedia Ada :

Murid ini boleh memahami arahan.

Matlamat Jangka Panjang : Kekuatan / Minat : Kelemahan / Masalah : Objektif Jangka Pendek Murid dapat : 1. kurangkan aktiviti memeluk rakan . - jika mencubit, kawannya tidak menangis.

Tidak lagi memeluk rakan. Menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus. Sering memeluk rakan sehingga menangis dan tidak mahu bercakap dengan guru. Pendekatan 1. Memberi nasihat. 2. Tempatkan murid bersebelahan dengan guru setiap kali waktu p & p. 3.Menyediakan sebuah anak patung seperti teddy bear . 4. Mewujudkan kemesraan antara guru dengan murid serta murid dengan rakan sekelas. Penilaian / Tarikh / Tanggungjawab

23

- Berbual dengan murid. - Membimbing murid supaya rajin membantu rakan. Contohnya, rakan sekelasnya yang menggunakan tongkat. 3. Memberikan ganjaran peneguhan positif atau negatif apabila murid menunjukkan tingkah laku yang baik atau sebaliknya sepanjang sesi p & p.

24

BORANG PENDIDIKAN INDIVIDU KELAS PENDIDIKAN KHAS

ANALISA TUGASAN

NAMA MURID

: Chan Siew Fong

MATLAMAT

: MURID TIDAK LAGI MEMELUK RAKAN SEHINGGA MENANGIS GURU

TARIKH 01/3 NO MATLAMAT 02/3 03/3 04/3 05/3 08/3 09/3 10/3 11/3 12/3

1.

Berdiri dan bergerak kepada rakan sekelas.

2.

Duduk dikerusi selama 5 minit

Senyap/ 3. Tidak mengganggu rakan X X X X X X X / X x

25

4.

Faham arahan guru

5.

Mendengar/mengikuti p&p dengan tekun

6.

Membuat/melakukan aktiviti yang diberikan

7.

Menyiapkan tugasan dengan lengkap

CATATAN

: Chan Siew Fong tidak dapat mengikut arahan guru dan masih tidak boleh

menyiapkan tugasan yang diberikan . Beliau memerlukan perhatian yang lebih ketika p&p dan memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang kerap. Beliau juga memerlukan perhatian dan pemantauan yang berterusan ketika dalam bergaul bersama rakan-rakan.

DISEDIAKAN OLEH :

( SITI ROKIAH HAMID)

26

i) Data Awal- Tingkah Laku Sasaran (meganggu rakan) Masa Hari Isnin (1/3/10) Selasa (2/3/10) Rabu (3/3/10) Khamis (04/3/10) Jumaat (05/3/10) 2 0 3 1 5 2 1 0 1 4 3 2 0 3 8 4 2 3 2 11 8.30-9.30 pagi 3 9.30-10.30 pagi 1 10.30-11.30 pagi 2 11.30-12.30 tengah hari 2 8 Jumlah

27

Graf Kekerapan

12 10
Kekerapan

0 0 0 0 0

8 6 4 2 0

1-Mar

2-Mar

3-Mar
Tarikh

4-Mar

5-Mar

Penilaian : Pemerhatian telah dibuat berdasarkan tugasan yang diberikan Maklumat diperolehi daripada guru dan pembantu guru Temubual guru dan ibu bapa Hukuman, teguran, ganjaran, peneguhan

Hasil penilaian: Daripada hasil pemerhatian, Siew Fong akan berhenti melakukan perbuatan tersebut jika guru menegur dan diminta meminta maaf. Tingkah laku berkurangan setiap kali menjelang tengah hari. Guru perlu memantau tingkah laku tersebut dari semasa ke semasa.

28

ii) Semasa menjalankan intervensi Masa Hari Isnin (08/3/10) Selasa (09/3/10) Rabu (10/3/10) Khamis (11/3/10) Jumaat (12/3/10) Isnin (22/3/10) Selasa (23/3/10) Rabu (24/3/10) Khamis (25/3/10) Jumaat (26/3/10) 1 0 0 0 1 1 1 0 0 2 0 1 1 0 2 1 1 1 0 3 2 1 1 0 4 1 2 1 0 4 0 2 2 1 5 1 2 2 0 5 2 2 1 1 6 8.30-9.30 pagi 2 9.30-10.30 pagi 1 10.30-11.30 pagi 2 11.30-12.30 tengah hari 2 7 Jumlah

29

Graf Kekerapan
8 7 6 5 4 3 2 1 0 8/3

0 0 0 0

Kekerapan

0
0 0 0 0

9/3

10/3

11/3

12/3

22/3

23/3

24/3

25/3

26/3

Tarikh

Penilaian : Pemerhatian telah dibuat berdasarkan tugasan yang diberikan Maklumat diperolehi daripada guru dan pembantu guru Temubual guru dan ibu bapa Hukuman, teguran, ganjaran, peneguhan

Hasil penilaian: Guru memberi teguran kepada Siew Fong secara baik dan lembut. Guru membuat aktiviti yang diminati Siew Fong seperti puzzle untuk menarik minatnya. Guru memberikan peneguhan negatif terhadap perlakuan tersebut.

30

iii) Selepas menjalankan intervensi

Masa Hari Isnin (22/3/10) Selasa (23/3/10) Rabu (24/3/10) Khamis (25/03/10) Jumaat (26/3/10)

8.30-9.30 pagi 0

9.30-10.30 pagi 1

10.30-11.30 pagi 1

11.30-12.30 tengah hari 0

Jumlah

31

Graf Kekerapan
2.5 2
Kekerapan

1.5 1 0.5 0 22/3 23/3 24/3


Tarikh

25/3

0 26/3

Penilaian : Pemerhatian telah dibuat berdasarkan tugasan yang diberikan Maklumat diperolehi daripada guru dan pembantu guru Temubual guru dan ibu bapa Hukuman, teguran, ganjaran, peneguhan

Hasil penilaian: Tingkah laku yang ditunjukkan berkurangan setelah intervensi dilakukan Siew Fong dan rakan-rakan telah dapat bermain bersama dengan selesa serta dapat menumpukan perhatian di dalam kelas
Siew Fong tidak berani memukul rakan-rakannya

32

v.

Kesimpulan

Tujuan

pengurusan

tingkah

laku

adalah

untuk

membantu

murid

mempamerkan tingkah laku yang positif dalam pembelajaran. Aktiviti yang terlibat menjurus kepada pengajaran dan pembelajaran akademik dan tingkah laku sosial.Pengaruh ibu bapa terhadap tingkah laku kanak-kanak sangat besar (Sebastian & Osman Hashim, 2005). Mereka berperanan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk kanak-kanak seperti kasih sayang,

keselamatan, keperluan hidup yang cukup, pendidikan dan sebagainya. Mereka juga boleh menjalankan intervensi awal tingkah laku dengan baik sekali. Mereka mempunyai banyak maklumat peribadi yang boleh membantu guru dan sekolah dalam pengurusan tingkah laku. Kita perlu mengamalkan strategi pengajaran dan pembelajaran positif dan proaktif. Ini termasuklah menyediakan bilik darjah yang kondusif dan

perancangan intervensi yang menarik bagi menambah minat murid. Kita juga mesti menggunakan pelbagai kaedah dan teknik mengajar. Kita boleh bercerita, menyanyi, menunjukkan tayangan video, berlakon, bermain dan sebagainya. Kita juga perlu menyediakan rutin bagi tingkah laku bersesuaian dengan muridmurid. Ganjaran juga perlu selalu diberikan untuk tingkah laku yang betul. Di samping sentiasa memberi inspirasi dan motivasi kepada murid-murid kita. Sebagai guru mestilah selalu memotivasikan murid dengan memberi kata perangsang, pujian, hadiah, senyuman dan sebagainya. Sesungguhnya guru perlu jadi role model kepada murid-murid supaya tingkah laku yang baik dapat dicontohi.

vi.

Cadangan Pengurusan tingkah laku amat penting dijalankan kepada murid yang bermasalah bagi membantu murid mempamerkan tingkah laku yang elok untuk
33

belajar. Guru kelas dan pihak sekolah bertanggungjawab memajukan pelan pengurusan tingkah laku di sekolah. Kerjasama dari semua pihak amat diperlukan terutama ibu bapa dalam membantu membentuk tingkah laku positif.

vii.

Refleksi

Tugasan yang diberi pada saya kali ini amat berat sekali untuk dilaksanakan kerana tiada pengalaman mengenai pengurusan tingkah laku sebelum ini. Saya telah mengambil inisiatif melayari internet untuk lebih memahami bagaimanakah pengurusan tingkah laku ini hendak dijalankan. Di samping itu saya berasa amat bertuah kerana di sekolah saya ada menjalankan program Integrasi Pendidikan Khas. Di sinilah saya mendapatkan bantuan dan pandangan yang lebih mendalam cara-cara rancangan pendidikan individu dijalankan. Kerjasama daripada Pn. Noradhaniza iaitu Guru Pendidikan Khas dan Pn. Faeza Fuandi iaitu Penyelaras Program Pendidikan Khas amat saya hargai. Penerangan dan contoh yang diberikan amat jelas dan telah memberi keyakinan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Panduan yang diberikan oleh pensyarah Tuan Haji Mustafa Hj. Jantan juga membantu saya mennyiapkan tugasan ini. Bermula dari proses pencarian dan pemerhatian murid telah menimbulkan kekeliruan kepada saya apakah tingkah laku spesifik yang hendak saya tumpu. Pada awalnya saya membuat pemerhatian kepada empat orang murid. Tetapi selepas diteliti dan melalui perbincangan dengan guru yang mengajar, saya memilih Siew Fong. Tingkah laku Siew Fong memang mendatangkan masalah kepada guru kelas dan guru mata pelajaran yang lain. Sehingga Siew Fong menjadi bahan cerita dan bualan kepada guru lain kerana sikapya itu. Beliau sering membuat gangguan di dalam kelas apabila dia suka menyorokkan barang kawan-kawannya, tidak menyiapkan kerja yang guru beri dan mengusik kawankawan yang sedang belajar.
34

Saya telah bertemu dengan Siew Fong dan menerangkan kepadanya tentang sikapnya itu. Saya terangkan kepadanya saya akan mengajar dia selama 2 minggu secara individu untuk melihat apakah akan berlaku perubahan. Beliau faham dan berjanji akan memberi kerjasama kepada saya. Sepanjang dua minggu saya telah merancang intervensi dan Alhamdulillah beliau memberi kerjasama sepenuhnya kepada saya. Setiap kali saya hendak memulakan pengajaran beliau kelihatan teruja apakah yang akan dilakukannya hari ini. Setiap hari saya akan mempelbagaikan aktiviti. Beliau tekun membuat kerja yang saya beri seperti menulis, mewarna, melipat kertas, bermain, teka-teki, silang kata dan sebagainya. Setiap hari saya akan memberikan ganjaran yang berbeza. Apabila saya meminta pandangan beliau apakah bentuk ganjaran yang paling disukai, beliau menyatakan dia lebih suka saya menambah tokennya setiap hari. Melalui Rancangan Pendidikan Individu (RPI) saya dapati terdapat perubahan tingkah laku kepada apabila beliau boleh menyiapkan kerja yang guru beri sekiranya dia mendapat perhatian sepenuhnya daripada guru. Siew Fong mahu berbincang, bertanya sekiranya dia tidak tahu dan berani mencuba sekiranya dia diberi peluang. Contohnya melipat kertas menjadi bentuk kapal beliau mencuba beberapa kali begitu juga membuat teknik kolaj pada gambar ikan. Siew Fong begitu sabar dan tekun untuk menebuk kertas warna dan menampalnya. Secara peribadi Rancangan Pendidikan Individu memberi kesan positif untuk dilaksanakan ke atas murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Apabila saya melihat adanya perubahan pada Siew Fong saya yakin sekiranya RPI ini diteruskan ianya boleh membendung tingkah laku negatif. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ada kalanya kita terlupa dan tidak melakukan kepelbagaian kaedah dan teknik sehingga ianya menjadai stereotaip dan menjemukan. Apabila saya membuat KKBI ini saya telah disedarkan tentang betapa pentingnya kepelbagaian kaedah dan teknik kerana ianya berupaya menarik minat murid untuk lebih tertarik dengan isi pengajaran yang diajar.

35

viii.

BIBLIOGRAFI 1) http://blogsearch.google.com.my/blogsearch?hl=en&client=firefoxa&hs=ks&rls=org.mozilla:enUS:official&channel=s&resnum=0&q=pengubahsuaian%20pengurusan%2 0tingkah%20laku%20pk&um=1&ie=UTF-8&sa=N&tab=wb 2) http://www.slideboom.com/presentations/93881/PengubahsuaianTingkahlaku 3) http://www.scribd.com/doc/21195044/Pengurusan-Tingkah-Laku-PBS 4) http://www.scribd.com/doc/3991270/IP-tingkah-laku-teknik-modifikasi 5) http://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/tingkah-lakubermasalah.html 6) http://www.powerpoint-search.com/modifikasi-tingkah-laku-bermasaalahppt.html 7) http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/05/pengurusan-tingkah-laku2.html 8) http://www.pdfqueen.com/pdf/ju/jurnal-pengurusan-tingkahlaku-kanakkhas/9/ 9) http://ppdlms.edu.my/pk/?p=396 10) http://cikguhaidi.wordpress.com/2009/07/30/pengurusan-tingkah-laku-part1/

36

37

38

Anda mungkin juga menyukai