Kelemahan Kaedah Holistik.

(i)

Terdapat perselisihan memberikan markah antara pemeriksa dan sukar diselaraskan.

(ii)

Pemarkahan kurang objektif. Pemeriksa mudah dipengaruhi oleh faktor lain yang tidak relevan seperti bentuk tulisan dan kekemasan skrip jawapan.

(iii)

Pemeriksaan hanya sesuai dijalankan oleh orang yang menguasai bidang berkenaan dan yang berpengalaman sahaja.

(iv)

Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila pemeriksa dipengaruhi oleh pengetahuannya tentang latar belakang pelajar. Kesan halo merujuk kepada situasi pemeriksa memberikan markah tinggi untuk satu jawapan yang sederhana atau kurang baik kerana pelajar dikenalinya sebagai pelajar yang cergas. Sebaliknya kesan horn merujuk kepada keadaan satu jawapan baik diberi markah yang rendah kerana jawapan itu datangnya daripada pelajar yang dianggap kurang berkebolehan.

PEMARKAHAN DENGAN KAEDAH GABUNGAN ANALITIK DAN HOLISTIK Pemarkahan skrip jawapan boleh juga dijalankan dengan menggunakan kedau-dua kaedah analitik dan holistik. Ini bermakna pemeriksaan skrip jawapan berdasarkan point dan secara keseluruhan. Dalam menggunakan kaedah gabungan

bentuk skema jawapan yang sesuai. .ini. skema jawapan disediakan semasa membina soalan kerana ini dapat membantu menentukan sesuai atau tidak sesuainya soalan berkenaan berkaitan dengan (i) (ii) (iii) masa yang diperlukan. dan kejelasan arahan dan tugasan soalan tersebut.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful