Anda di halaman 1dari 19

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Pengenalan Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam setiap sesi pengajaran. Kemahiran ini dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan. Ia juga sebagai persediaan murid menghadapi senario dunia global yang sebenar. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terdapat tujuh cadangan kemahiran bernilai tambah untuk guru melaksanakan dalam bilik darjah. Setiap kemahiran bernilai tambah itu boleh dilaksanakan secara solo mahupun secara bergabungan. Jenis-Jenis Kemahiran Bernilai Tambah (a) Kemahiran Berfikir Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan pendapat Mayer (1977 dan 1991) dan Fraenkel (1980) merumuskan Kemahiran Berfikir sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses asas berfikir ialah apabila anda mengemukakan pertanyaan. Hal ini kerana untuk mengemukakan pertanyaan anda perlu memikirkan aspek yang ingin ditanya. Proses berfikir itu akan melibatkan satu set pertanyaan yang dimulai pertanyaan rasa ingin tahu, seperti; a) Apakah objek itu? b) Bagaimanakah bentuk objek itu? c) Apakah kegunaan objek itu? d) Bagaimanakah menggunakan objek itu? e) Di manakah dapat memperoleh objek itu? Apabila ada pertanyaan maka diperlukan jawapan. Untuk menjawab pertanyaan itu, anda akan menggerakkan minda secara lebih aktif. Ia akan melibatkan proses mencari dan menilai kerana tidak semua maklumat yang diperoleh itu sesuai untuk dijadikan jawapan. Dalam proses mencari dan menilai jawapan akan melibatkan beberapa kemahiran seperti berfikiran kreatif, berfikiran kritis, menaakul dan strategi berfikir. Ia dinamakan jenis-jenis kemahiran berfikir. Maklumat yang berikut ialah contoh aktiviti yang boleh dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran. (a) Kemahiran Berfikir Kreatif ialah kemahiran mencerna dan menghasilkan idea baharu yang mementingkan keindahan. Lazimnya ia melibatkan penghasilan bentuk baharu, pengolahan bahasa yang indah, teknik penyampaian yang menarik, dan sudut pandangan yang tidak berlandaskan kebiasaan. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002) dalam Kemahiran Berfikir Kreatif akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti; i. menjana idea antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengemukakan idea, mencadangkan alternatif, mencadangkan sebab, menyenaraikan idea, menyatakan cara lain, menyumbangkan pendapat atau pandangan,

menyatakan kemungkinan, menghasilkan atau mencetus idea baharu, dan sebagainya. ii. Membuat inferens antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan awal atau hipotesis berdasarkan pemerhatian, membuat rumusan awal berdasarkan data-data yang diperoleh, membuat kesimpulan awal daripada maklumat yang diperoleh, membuat tanggapan awal, membuat penyataan awal, menyatakan pendidirian awal, menyatakan ketetapan awal dan sebagainya. iii. Menghubung kait antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menerangkan sebab dan akibat, menyatakan perkaitan, menyatakan sebabmusabab, menyatakan implikasi, mengkaji perkaitan, mencari perkaitan, mengaitkan idea, menyatakan pertalian, membuat perhubungan dan sebagainya. iv. Meramal antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan apa yang akan berlaku, membuat jangkaan, mengganggarkan apa yang akan berlaku, membuat perlunjuran, menyatakan kemungkinan yang akan berlaku, dan sebagainya. v. Membuat hipotesis antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya, membuat andaian yang perlu dibuktikan kebenarannya, membuat penyataan yang perlu diuji ketepatannya, menyatakan kesimpulan sementara yang perlu diuji dan sebagainya. vi. Mensintesis antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menggabungkan idea, menggubalkan semula, menyatukan idea-idea, menyepadukan idea-idea, dan sebagainya. vii. Mengitlak antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat penyataan umum berdasarkan pola, membuat generalisasi, membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea, dan sebagainya. viii. Menganalogi antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah memetaforakan, membuat sindiran, membuat kiasan, membuat perlambangan, membuat simulasi, membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan, dan sebagainya. ix. Membuat gambaran mental antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengimaginasikan, menggambarkan dalam bentuk lain, membayangkan dalam minda, melakarkan peta minda, menceritakan gambaran mental, dan sebagainya. x. Reka cipta antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah cadangan idea, asli, menghasilkan guahan asli, membuat rekaan bentuk, menciptakan sesuatu, membuat pengubahsuaian, menghasilkan idea kreatif, dan sebagainya. (b) Kemahiran Berfikir Kritis ialah membuat analisis, membuat penilaian, membuat sintesis, membuat kritikan dan menilai kemunasabahan sesuatu idea. Dalam proses membuat penilaian itu akan melibatkan penyesuaian dengan beberapa aspek atau elemen. Mengkritik karya kesusasteraan akan melibat penggunaan teori kajian sastera sebagai kayu pengukurnya. Menilai tingkah-laku manusia akan melibatkan aspek sosio-budaya bangsa berkenaan sebagai kayu pengukurannya. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002a) dalam Kemahiran Berfikir Kritis akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti; i. Mencirikan antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan atau menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur sesuatu, mengenal

pasti dan menyatakan kualiti sesuatu, dan sebagainya. ii. Membandingbezakan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari persamaan dan perbezaan ciri, bentuk, sifat, warna, fungsi, dan sebagainya. iii. Mengumpul dan mengkelaskan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat pengkelasan berasakan ciri, kategori, fungsi, bentuk, warna, kriteria, dan sebagainya. iv. Membuat urutan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyusun mengikut urutan, kepentingan, nilai, abjad, nombor, kriteria tertentu, dan sebagainya. v. Menganalisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencerakin maklumat, mengolah idea, mengesan sebab, menghuraikan faktor, ciri-ciri, akibat, mencari punca atau bukti berasaskan maklumat atau data, dan sebagainya. vi. Menilai -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mentaksir maklumat, mempertimbangkan pendapat atau cadangan, membuat pilihan, menentukan nilai atau kepentingan, mencari sebab dan kesan, dan sebagainya. vii. Membuat kesimpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah merumuskan maklumat atau data, membuat hipotesis atau tesis, kesimpulan dan sebagainya. (c) Kemahiran Berfikir Menaakul ialah kemahiran membuat pertimbangan secara logik dan rasional terhadap beberapa contoh sebelum membuat kesimpulan. Terdapat penaakulan secara induktif (berasaskan beberapa contoh kemudian membuat kesimpulan) dan penaakulan deduktif (mengemukakan rumusan dan kemudian memberi beberapa contoh untuk membuktikan kebenaran rumusan tersebut). Aktiviti menaakul melibatkan; i. Hipotesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat untuk membuktikan hipotesis seperti memberi contohcontoh sesuai. ii. Pengumpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengumpulkan maklumat atau data yang sama ciri, sifat atau kriteria untuk membuat kesimpulan atau rumusan. (d) Strategi Berfikir atau sering juga disebut Kemahiran Berfikir Kreatif dan kritis. Gabungan pemikiran itu bertujuan untuk membuat konsepsi, keputusan dan menyelesaikan masalah. Petunjuk strategi berfikir ialah; i. Mengkonsepsikan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti ciri-ciri, fungsi, rupa, persamaan untuk membuat rumusan dan membina konsep. ii. Menyelesaikan masalah -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti masalah, punca masalah, kesan masalah, sasaran masalah dan sebagainya untuk diselesaikan. iii. Membuat keputusan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti matlamat, sasaran, kepentingan, alternatif, punca dan kesan dan

sebagainya untuk buat penentuan. (b) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bermaksud kebolehan, keupayaan menggunakan alat-alat ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berfikrah, terancang, kesesuaian, dan berkesan. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengajaran dan keberkesanan pembelajaran. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003) penggunaan ICT untuk tujuan komunikasi seprti menghantar dan menerima emel, menggunakan aplikasi perisian untuk menyempurnakan tugasan dan mengakses maklumat. Kemahiran ICT perlu diaplikasikan supaya murid dapat menggunakannya untuk tujuan mendapatkan maklumat, memproses maklumat, dan menghantar maklumat. Kemahiran ICT bukan sahaja kemampuan aplikasi komputer atau internet, malahan juga radio kaset, televisyen dan sebagainya yang bersifat teknologi. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a) penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dari aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pengajaran, ICT digunakan sebagai; i. Persembahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menayangkan power points, petikan, gambar, gambar rajah, gambar visual dan sebagainya. ii. Demonstrasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah gambar visual berkenaan tunjuk cara, rajah contoh pelaksanaan, dan sebagainya. Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dalam beberapa kategori seperti; i. Tutorial -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat dalam internet, menyelesaikan atau melengkapkan tugasan, menghantar maklumat menggunakan email, menonton demostrasi contoh tugasan, dan sebagainya. ii. Penerokaan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal; mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi, melihat demonstrasi sesuatu untuk dilaporkan. iii. Pengaplikasian -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis dan mengedit karangan dalam perisian, mencari dan melengkapkan maklumat yang diusahakan, mengaplikasi graf, carta dan sebagainya untuk tujuan melengkapkan maklumat, menyisih dan mengkelas data-data yang diperoleh dengan menggunakan perisianperisian yang sesuai seperti SPSS, dan sebagainya. iv. Komunikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghantar, menerima dan berkongsi maklumat sama ada antara individu mahupun dengan ramai individu. Antara mod atau bahan yang memboleh (c) Kemahiran Belajar Cara Belajar Pusat Perkembangan kurikulum (2001b) menegaskan Belajar Cara Belajar (BCB) sebagai satu proses teknik belajar sama ada belajar bersama guru mahupun belajar tanpa bersama guru. Pendapat Sherina yang dipetik oleh Abdul Hamid Mahmood (2007) pula berpendapat BCB

merupakan kaedah belajar atau menelaah pelajaran yang boleh berlaku dalam kelas bersama guru ataupun secara berseorangan membaca buku di perpustakaan. Bagi Abdul Hamid Mahmood sendiri BCB merupakan usaha mengembangkan tabiat belajar. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003) menegaskan tujuan pelaksanaan BCB agar murid peka terhadap teknik-teknik pembelajaran yang berkesan bagi membolehkan murid meningkat pengetahuan, cekap bertindak dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa, dan sebagai amalan pembelajaran sepanjang hayat. Dengan terbentuk sikap peka diharapkan sistem pendidikan akan menghasilkan pelajar yang aktif, bersikap ingin tahu, rajin berusaha mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber dan matang merumuskan maklumat. Antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat sumbang saran, aktif menyoal, mengenal pasti idea dan menyusun idea, mencari sumber maklumat, memilih dan menilai maklumat, membuat pemerhatian, mendengar secara aktif, mencatat nota atau maklumat atau data, membuat inferensi atau generalisasi, menyusun data, membuat rujukan silang, berkongsi maklumat, menepati masa. Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Hj. Nik Basri (2007), BCB melibatkan aspek; i. Kemahiran pengurusan kendiri -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyediakan peralatan belajar, pengurusan masa, pilihan kerjaya masa depan, menepati masa, mengurus tekanan belajar dan menggalakkan perbincangan. ii. Kemahiran mendengar, participating dan mengambil nota -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghayati, memahami dan menilai maklumat didengari, mencatat maklumat didengari, rajin bertanya, memberi pendapat atau pandangan, bersikap ingin tahu dan mencuba, berkongsi maklumat dan sebagainya. iii. Kemahiran membaca -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membaca secara luncuran (skimming) seperti membaca tajuk, subtajuk, pendahuluan, ringkasan atau rumusan; membaca secara imbasan (scanning) seperti membaca pantas pendahuluan atau rumusan; bacaan intensif secara terperinci dan tekun; dan bacaan laju dengan cara menambahkan bahan bacaan. iv. Kemahiran menulis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis atau mencatat cepat, membuat ringkasan, membuat peta minda, mencatat isi penting dan sebagainya. v. Kemahiran mengingat -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyenaraikan kembali fakta atau isi, menceritakan kembali maklumat yang dibaca, dan sebagainya. (d) Kemahiran Kajian Masa Depan Pusat Perkembangan Kurikulum (2002b) Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu cara menyusun pemikiran atau cara kita mengkonsepsikan kehidupan. KMD diperkenalkan agar generasi baharu bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Hal ini disebabkan masa depan setiap manusia pasti berubah, penuh dengan cabaran, dan dugaan yang tidak sama dengan masa sekarang. Dengan adanya kesedaran KMD diharapkan dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik dan matang. Betapapun kita tidak tahun kejadian masa depan, namun masa depan dapat diramalkan. Misalnya, seseorang yang terlibat sebagai pengedar najis dadah pasti akan ditangkap dan dihukum pada suatu masa nanti. Antara aspek pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ialah;

i. Membuat ramalan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menganalisis maklumat atau data dan kemudian membuat ramalan, membayangkan berlaku sesuatu (imaginasi), membuat persediaan untuk menghadapi hasil ramalan, dan sebagainya. ii. Menjangka akibat -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menganalisis sebab dan menjangka akibatnya, menganalisis kejadian dan menjangka akibatnya, mengatur strategi mengatasi kebimbangan, membuat persediaan menghadapi sesuatu yang bakal berlaku, dan sebagainya. iii. Mengendalikan perubahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membincangkan cara-cara mengatasi sesuatu daripada berlaku, membuat persediaan untuk menghadapi sesuatu, menyesuaikan kebiasaan diri, dan sebagainya. (e) Kemahiran Kecerdasan Pelbagai Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KKP) merujuk kebolehan murid menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Dengan adanya kepelbagaian kemahiran murid mampu menjana idea untuk memajukan lapangan diceburi. KKP mampu melahirkan murid aktif kerana dengan adanya kepelbagaian kemahiran menyebabkan murid berani menawarkan khidmat bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Pusat perkembangan Kurikulum (2001c) mencadangkan lapan jenis kecerdasan pelbagai yang sesui diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran murid, iaitu; i. Kecerdasan Verbal-Linguistik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melafazkan kata-kata secara santun, melafazkan kata-kata dengan nada dan intonasi yang betul, memilih dan menggunakan perkataan yang tepat menggambarkan idea dalam setiap penulisan, kebolehan menggunakan ungkapan dan bahasa badan yang sesuai berdasarkan situasi, persekitaran, status sosial dan isu yang diperkatakan, dan sebagainya. ii. Kecerdasan Logik-Matematik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, memahami fungsi nombor, simbol atau tanda dan kegunaannya, kebolehan menjangka, dan sebagainya. iii. Kecerdasan Visual-Ruang -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuk kemampuan membuat persembahan idea, grafik, hasil seni secara berkesan dalam ruang ditetapkan. iv. Kecerdasan Kinestetik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan badan, anggota badan dan ekspresi badan untuk menyatakan idea, kepelbagaian perasaan, fikiran, menyelesaikan masalah, menyampaaikan hasrat dan sebagainya. v. Kecerdasan Muzik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan irama, rentak, tempo, dan melodi lagu. Juga termasuk mengenali rentak pengerakan yang sesuai dengan melodi atau irama. vi. Kecerdasan Interpersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain, serta kebolehan menarik minat orang lain untuk turut sama melakukan sesuatu yang dianjurkan. Misalnya, menarik minat murid menjawab soalan atau melakonkan tugasan yang diberikan.

vii. Kecerdasan Intrapersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami diri sendiri dari segi kelemahan, kekuatan, hasrat dan kehendak. Dengan memahami diri sendiri akan memboleh individu berkenaan menangani kelemahan, menjanakan kekuatan, mengawal kemarahan atau kekecewaan, dan memilih aspek yang mampu dilaksanakan. viii. Kecerdasan Naturalis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan dari aspek umum seperti mengenali dan memahami alam persekitaran dan makhluknya, sosio-budaya masyarakat kaum sendiri dan orang lain dan mengamalkannya, dan sebagainya. (f) Kemahiran Pembelajaran Kontekstual Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001d) Pembelajaran Kontekstual (PK) merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan atau menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran, dan alam pekerjaan. PK menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (mengamalkan) dan minds-on (memikirkan) dalam persekitaran pelbagai. Pembelajaran berlaku apabila murid dapat memproses maklumat dengan cara menggabungkan atau menghubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan pengetahuan baharu secara bermakna. Ia berlaku dalam minda dan kemudian diterjemahkan secara nyata sama melalui kata-kata, perlakuan atau hasilan. Pengalaman sedia ada murid itu melibatkan peraturan bahasa, adat budaya, persekitaran sosial, psikologi, alam fizikal, amalan kehidupan, sekolah, tempat kerja atau tempat tinggal, pelbagai bidang ilmu, dan sebagainya. Guru boleh melaksanakan Kemahiran Pembelajaran Kontekstual dalam bilik darjah dalam pelbagai bentuk pembelajaran seperti; i. Menghubung kait -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyambungkan cerita, mencipta objek atau mengemukakan idea alternatif, mengubah suai sesuatu atau cara agar sesuai dengan keperluan semasa, dan sebagainya. ii. Mengalami -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melakukan penerokaan idea, penemuan idea baharu berdasarkan maklumat atau idea sedia ada, reka cipta seperti mencipta kereta luncur yang menggabungkan ciri-ciri kenderaan darat dengan kenderaan air dan kenderaan udara, dan sebagainya. iii. Mengaplikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencipta objek pelbagai guna, menulis karangan yang mempunyai pelbagai teknik atau laras bahasa, dan sebagainya. iv. Bekerjasama -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah memberi reaksi terhadap permasalahan dalam pembelajaran, aktif menjana pembelajaran bersama, berkongsi idea atau maklumat, dan sebagainya. v. Memindahkan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menganalisis maklumat sedia ada dan kemudian memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah, menggunakan ilmu-ilmu dari bidang lain seperti menggunakan objek bersudut (Matematik) untuk melukis mural (Seni Visual), mengarang cerita Sains, memilih corak dan warna yang sesuai untuk pakaian harian, dan sebagainya. (g) Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme Menurut McBrien & Brandt, dan M. Briner yang dipetik oleh Pusat Perkembangan kurikulum (2001e) Konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan dengan

membina pengetahuan baharu atau konsep baharu secara aktif. Murid membina sesuatu atau pengetahuan mereka dengan menguji idea baharu dan idea sedia ada. Mereka boleh mencipta satu makna baharu atau objek baharu. Tentunya untuk membina sesuatu yang baharu akan memerlukan sesuatu yang sedia ada. Jepun mencipta kereta Toyota adalah berdasarkan kereta Ford yang dicipta oleh Britain. Yang menjadi inti fokus dalam konstruktivisme ialah membina sesuatu yang baharu sama ada yang dibina itu objek, konsep, penulisan dan sebagainya. Muhd. Nasrudin Dasuki mencipta Mapen dengan menggabungkan bentuk drama dengan cerpen. Murid boleh membina sesuatu berdasarkan pengetahuan atau pengalaman sedia ada mahupun idea baharu. Hal ini berbeza dengan PK yang menekankan penggabungan idea atau hubung kait idea. Konstruktivisme dapat membina pemahaman dan pengetahuan baharu. Aspek pengajaran dan pembelajaran yang boleh melaksanakan Pembelajaran Konstruktivisme ialah; i. Mengkonsepsikan idea -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membina takrif atau definisi sesuatu. ii. Analisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membina rumusan maklumat atau data-data, mengkategorikan maklumat atau data berdasarkan kriteria tertentu, dan sebagainya. iii. Penghasilan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membina objek-objek seperti kenderaan atau rumah masa depan, dan sebagainya. iv. Hipotesis atau tesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan karangan atau idea perbincangan, membina hipotesis atau ramalan berdasarkan maklumat diperoleh, membina tesis berdasarkan maklumat dan data yang sahih, dan sebagainya. Kesimpulan Berdasarkan penerangan di atas dapat disimpulkan bahawa Kemahiran Bernilai Tambah memberi idea alternatif kepada guru dan murid menjanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih ceria, bermakna dan berkesan. KBT dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan memberi peluang kepada murid melaksanakan KBT dan seterusnya menjadikan pembelajarannya berkesan. Hal ini sesuai dengan tujuan KBT diperkenalkan, iaitu agar dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global. Rujukan Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001a. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001b.

Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001c. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001d. Pembelajaran Secara Kontekstual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001e. Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002a. Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002b. Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2003. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hamid Mahmood, Abdul, dan Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, Kemahiran Belajar Cara Belajar dlm. Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris. tercampak oleh gassi kekcok pada 9:51 AM Labels: jom blaja bahasa 0 comments: Post a Comment

Pelbagai Kecerdasan Dan Kemahiran Berfikir

1. Apakah Tujuan Unit Ini? Dalam unit ini anda akan memahami lapan kecerdasan dan kemahiran berfikir yang perlu diperkembangkan di kalangan pelajar anda dalam p&p untuk pembelajaran masteri. 2. Mengapa Lapan Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir Perlu Diperkembangkan? 1. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu diperkembangkan

2. Kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup. 3. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, pelajar anda haruslah mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 3. Bagaimanakah Lapan Kecerdasan Diperkembangkan? 1. Menurut Howard Gardner, seorang mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan berikut: Bahasa Logik-matematik Ruang (spatial) Muzik Kinestetik Interpersonal Intrapersonal Naturalistik 1. Ciri-ciri setiap kecerdasan itu diberi dalam Jadual 1. 2. Guru harus mengenal pasti pelajar yang pintar cerdas atau berbakat dan membantu mereka memperkembangkan lagi dalam kecerdasan itu dengan aktiviti pengayaan. 3. Lapan kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai atu topik yang berasingan tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa p&p.

Jadual 1: Ciri-ciri Lapan Kecerdasan Kecerdasan Cerdas dalam Pekerjaan

Bahasa Logik Matematik Ruang Muzik

Menulis karangan, sajak, puisi, pnatun dan memberi ucapan Menaakul, kiraan, membuat analisis Mencorak, melukis, mengukir Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memain alat

Penulis, penyajak, penceramah Saintis, jurutera, akauntan Pelukis, pengukur Pencipta lagu, penyanyi, pemain

muzik Gerakan, tarian, lakonan, sukan, memain permainan Perhubungan manusia

alat muzik, peminat muzik Atlit, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon Diplomat, ahli politik, peniaga Pengarang, penyajak, ahli falsafah Pemburu, petani, ahli sains semulajadi

Kinestetik

Interpersonal

Intrapersonal

Nilai murni, pendirian, falsafah

Naturalistik

Mengecam sifat semula jadi, memburu dan pertanian

4. Ini bermakna, selain daripada penguasaan isi kandungan atau kemahiran dalam mata pelajaran itu, guru harus juga mengembangkan kelapan-lapan kecerdasan tersebut di kalangan pelajar. 5. Misalnya, dalam mata pelajaran bahasa guru harus:

Memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan bahasa seperti penulisan karangan, sajak atau puisi, memberi ucapan, dan perbahasan. Kecerdasan interpersonal boleh juga dikembangkan apabila pelajar anda membuat pendirian atau pegangan atau memberi pendapatnya. Mengembangkan kecerdasan lain dengan kaedah atau aktiviti berikut: Pembelajaran koperatif: mengembangkan kecerdasan interpersonal Lakonan, permainan, simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep: mengembangkan kecerdasan ruang

Menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu: mengembangkan kecerdasan muzik.
1. Dalam mata pelajaran Sains, anda harus: 1. Memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik seperti kemahiran:

Menaakul secara logik Membuat kiraan Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir Membuat sistesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan Membuat keputusan Menyelesaikan masalah
2. Mengembangkan kecerdasan yang lain seperti bahasa, ruang, kinestetik, muzik, interpersonal dan intrapersonal dengan aktiviti yang sesuai seperti tersebut di atas 3. Apakah Kemahiran Berfikir? 1. Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek. 2. Terdapat beberapa istilah berikut yang biasa digunakan untuk mengkelaskan kemahiran berfikir: 1. Kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi: 1. Kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat. 2. Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: kemahiran menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjanakan idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang. 3. Perkataan kemahrian berfikir yang biasa digunakan bermaksud kemahiran berfikir aras tinggi. 2. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK): 1. KBKK adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat itu seperti membanding, membeza, menyusun atur, mengkelas, dan mengenal pasti sebab dan akibat. 2. KBKK adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak, pelbagai dan baru.

3. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah kemahiran berfikir secara kreatif. 3. Pemikiran Vertical dan Lateral: 1. Pemikiran vertical bermakna pemikiran secara logik dan kritis. Contoh: Ali cedera di lututnya. Basikalnya kemek. Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku? 2. Pemikiran lateral bermakna mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik; pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif. Contoh: Bagaimanakah kita boleh ukur tinggi sesuatu pokok? 4. Pemikiran bertumpu dan bercapah: 1. Dalam pemikiran bertumpu, tumpuan pemikiran diberi dalam menganalisis sesuatu data atau maklumat. Contoh: Ali deman. Dia tidur di bilik darjah. Mengapa Ali tidak faham apa yang cikgu mengajar? 2. Dalam pemikiran bercapah, kita hendak mengeluarkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru. Contoh: Apakah kegunaan kotak buangan? 3. Kemahiran berfikir berikut yang tidak dikelaskan melalui mana-mana istilah tersebut di atas harus dikuasai oleh pelajar anda: 1. Membuat kaitan: Pelajar anda harus boleh mengaitkan dengan cepat dan luas mengenai sesuatu. Contoh: Apakah boleh dikaitkan dengan BUKU? 2. Membanding dan membeza: Pelajar anda harus boleh membanding dan membezakan dua atau lebih benda, cerita, atau cara dengan mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan serta membuat huraian atau kesimpulan. Contoh: Banding dan bezakan dua cerita: "Sang Kancil dan Buaya" dengan "Anjing dengan Bayang-bayang". 3. Mengkelaskan: 1. Pelajar anda harus boleh mengkelaskan pelbagai benda, cerita dan cara di dalam kelas-kelas yang sesuai. 2. Kemahiran ini melibatkan kemahiran membanding dan membezakanciri-cirinya serta mengkelaskannya di dalam kelas-kelas yang sesuai. Contoh: Kumpulkan yang berikut ke dalam kelas-kels yang sesuai: buku, anjing, pokok bunga raya, harimau, Ahmah. 4. Menilai: Pelajar anda harus boleh menilai sesuatu benda, tindakan, watak, cerita, atau cara untuk menentukan sama ada baik, menarik, kelebihannya, akan berjaya,

atau kreatif. Contoh: Ali terlupa bawa pensel ke sekolah. Ahmad meminjamkan penselnya kepada Ali. Nilaikan perbuatan Ali dan Ahmad. 5. Menyusun atur: Pelajar anda harus boleh menyusun atur perkataan, ayat, idea, tugas, tindakan, atau cara mengikut sesuatu urutan, ploa, hierarki atau keutamaan yang dikehendaki. Contoh: Susunkan tugas berikut mengikut keutamaan: 1. Siram pokok bunga. 2. Baiki tayar basikal yang bocor. 3. Buat latihan matematik. 1. Mengenal pasti pernyataan benar dan palsu:

Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataanbenar dan palsu dengan menggunakan pengetahuannya atau dengan menaakul secara logik. Contoh: Yang manakah pernyataan benar? 1. Matahari terbit di Barat. 2. Lembu makan rumput. 1. Mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat: 1. Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat 2. Pernyataan berasaskan fakta senang dibuktikan sama ada benar atau salah 3. Pernyataan berasaskan pendapat adalah pandangan seseorang dan pernyataan itu susah dibuktikan sama ada benar atau salah. Contoh: 1. Sekolah Ali mendapat 75% kelulusan dalam Peperiksaan PMR pada tahun ini. (Pernyataan berasaskan fakta; faktanya ialah 75% kelulusan dalam Peperiksaan PMR pada tahun ini) 2. Pelajar akan belajar dengan lebih berkesan sekiranya mereka belajar dengan muzik. (Pernyataan berasaskan pendapat; pendapat ialah sekiranya mereka belajar dengan muzik.) 2. Mengenal pasti pernyataan berat sebelah: Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataan yang berat sebelah. Contoh: Kenal pasti sama ada pernyataan berikut adalah berat sebelah: 1. Lebih daripada 90% pengguna termasuk Awie menggunakan sabun X berbanding dengan sabun Y.

2. Makanan kesihatan X mengandungi lebih banyak Vitamin A tetapi harganya lebih tinggi berbanding dengan makanan kesihatan Y. 1. Mengenal pasti sebab dan menyatakan pelbagai sebab: 1. Pelajar harus boleh mengenal pasti sebab bagi sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh: Kenal pasti sebab daripada dua pernyataan berikut: Ali terlanggar kereta. Kakinya patah. 2. Pelajar harus juga boleh menyatakan pelbagai sebab mengapa sesuatu tindakan atau kejadian berlaku. Contoh: Aminah menangis. Mengapa? 2. Mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat: 1. Pelajar harus boleh mengenal pasti akibat sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh: Kenal pasti akibat daripada dua pernyataan berikut: Ali tidak membuat kerja rumah yang diberi oleh gurunya. Bapa Ali menasihatinya. 2. Pelajar anda harus juga boleh meramal pelbagai akibat bagi sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh: Ahmad membandu keretanya dengan laju. Apakah yang mungkin akan terjadi? 3. Membuat inferens atau kesimpulan awal: Pelajar anda harus boleh membuat generalisasi atau hipotesis dengan mendapatkan satu pola dan membuat satu pernyataan umum atau hipotesis. Contoh: Aminah boleh menjahit baju. Siti juga boleh menjahit baju. Apakah generalisasi atau pernyataan umum yang boleh dibuat? 4. Mentafsir: Pelajar harus boleh mentafsir perkataan, ayat, gambar, atau graf. Contoh: Mentafsirkan ayat berikut: 1. Orang itu panjang tangan. 2. Air tenang jangan disangka tiada buaya. 1. Mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci: 1. Pelajar harus boleh mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci untuk pemahaman yang lebih jelas. 2. Idea utama dalam sesuatu perenggan menggambarkan isi kandungan di dalam perenggan itu. 3. Idea sokongan menerangkan idea utama. 4. Butir-butir terperinci menghuraikan dengan lebih mendalam tentang idea utama atau idea sokongan. Contoh: Kenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci di dalam maklumat berikut: Ali suka bermain bole sepak. Dia bermain dengan kawan-kawannya. Mereka bermain di padang kampung mereka. Padang itu kecil. 2. Merujus atau meringkas: 1. Pelajar harus boleh merumus atau meringkaskan sesuatu maklumat.

2. Kemahiran merumus melibatkan kemahiran mengenal pasti dan menyusun idea utama dan idea sokongan yang penting dan kemudian menyatakannya secara ringkas. Contoh: Ringkaskan perenggan yang diberi di atas. 3. Membuat keputusan: Pelajar anda harus boleh membuat keputusan mengikut langkah-langkah berikut: 1. Janakan pelbagai pilihan. 2. Ramalkan akibat untuk sesuatu pilihan. 3. Tentukan kriteria seperti keselamatan, kos, masa, minat, atau kriteria lain tuk membuat pilihan. 4. Pilih pilihan terbaik berasaskan kriteria. Contoh: Anda ingin membeli kasuk sukan. Apakah yang harus diambilkira untuk memilih jenis kasut sukan? 1. Menyelesaikan masalah: 1. Pelajar harus boleh menyelesaikan dua jenis masalah iaitu yang memerlukan idea baru dan memerlukan analisis. 2. Pelajar boleh menyelesaikan masalah yang memerlukan idea baru dengan mengikut langkah berikut:

1. 2. 3. 4.

Janakan cara atau idea untuk menyelesaikan masalah itu. Pilih cara yang difikirkan baik. Laksanakan cara yang telah dipilih itu. Nilai sama ada cara itu berkesan.

Contoh: Persatuan Pengakap bercadang membersihkah satu kawasan pantai yang tercemar tetapi menghadapi masalah kewangan. Bagaimanakah persatuan itu boleh mendapat wang? 1. Pelajar boleh menyelesaikan masalah yang memerlukan analisis dengan mengikut langkah berikut:

1. 2. 3. 4. 5.

Tentukan faktor yang mungkin menyebabkan masalah itu berlaku. Janakan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah itu. Pilih cara yang terbaik Laksanakan cara yang telah dipilih itu. Nilai sama ada cara itu berkesan.

Contoh: Kebanyakan pelajar di sekolah X lemah dalam mata pelajaran Matematik. Bagaimanakah masalah itu boleh diselesaikan? 4. Bagaimanakah Kemahiran Berfikir Boleh Dikembangkan? 1. Guru harus mengembangkan kemahiran berfikir tersebut di atas dengan pendekatan penyerapan.

2. Dalam pendekatan penyerapan, kemahiran berfikir yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran dikembangkan. 3. Pelajar perlu juga tahu akan jenis kemahiran berfikir yang digunakan serta langkahlangkah dalam proses berfikir. 4. Dalam perkembangan kemahian berfikir, guru harus juga menegaskan proses berfikir iaitu langkah-langkah dalam kemahiran berfikir itu. 5. Contoh: Dalam topik "Benda-benda Hidup", mata pelajaran Sains sekolah rendah, guru boleh mengembankan kemahiran membanding dan membeza sera mengkelaskan benda hidup selain daripada mengenal pasti pelbagai benda hidup. 6. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah berhubung dengan kemahiran membuat ayat yang mudah, anda boleh mengembangkan kemahiran menyusun atur dengan memberi perkataan dan meminta pelajar menyusunnya untuk mendapatkan ayat yang bermakna. Contoh: Susun perkataan berikut supaya menjadi ayat yang bermakna: Badminton dengan bermain Ali kawan-kawannya 7. Apabila pelajar telah tahu tentang setiap kemahiran berfikir tersebut di atas, anda harus memperkukuhkan penguasaannya dengan menggunakan pelbagai aktiviti. 8. Lihat contoh di bawah ini: Ali dan Ahmad nampak seorang tua sedang berdiri di tepi jalan. Orang tua itu hendak melintas jalan tetapi tidak berbuat demikian kerana rasa takut dan kereta terlalu banyak. Ahmad sendiri melintas jalan. Ali membantu orang tua itu melintas jalan. 1. Guru boleh mengembankan kemahiran berfikir aras rendahdgn soalan berikut:

a. Siapa yang nampak orang tua di tepi jalan? b. Apakah yang hendak dibuat oleh orang tua itu? c. Siapakah dibantu oleh Ali untuk melintas jalan? 2. Guru boleh memperkembangkan kemahian berfikir aras tinggi dengan soalan atau aktiviti berikut: a. b. c. d. e. f. Mengapakah orang tua itu tidak melintas jalan? Apakah akan terjadi sekiranya Ali tidak membantu orang tua itu? Apakah pendapat anda tentang tindakan Ali dan Ahmad? Bandingkan watak Ali dengan watak Ahmad? Bagaimanakah orang tua itu boleh melintas jalan sekiranya tiada Ali? Tuliskan sepucuk surat kepada Majlis Bandaraya untuk memberi cadangan bagi orang awam melintas jalan yang sesak. g. Perbahasan: dua kumpulan akan bahaskan yang berikut: "Kereta persendirian harus tidak dibenarkan dibandar". h. Projek: Buat satu kajain tentang jalan raya yang sangat sesak dn menyusahkan orang awam melintas jalan raya berhampiran rumahanda. i. Melukis jejantas untuk orang tua melintas jalan. 2. Aktiviti yang boleh digunakan tuk mengembangkan kemahiran berfikir termasuk:

a. b. c. d. e. f. g. h.

soal jawab sumbang saran permainan pertandingan kuiz teka teki perbahasan projek:

mereka bentuk mereka cipta mengkaji menyelidik membuat eksperimen menghasilkan sesuatu produk menyelesaikan sesuatu masalah
1. Aktiviti untuk mengembangkan kemahiran berfikir yang tersebut di atas boleh dilakukan secara kelas, kumpulan atau perseorangan.

5. Rumusan 1. Dalam p&p untuk pembelajaran masteri, guru harus megembangkan lapan kecerdasan dan kbkk di kalangan pelajar. 2. Lapan kecerdasan yang dikemukakan oleh H. Gardner ialah bahasa, logik-matematik, ruang, muzik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan naturalistik. 3. Anda harus tahu pelbagai istilah yang digunakan untuk mengkelaskan kemahiran berfikir seperti: a. b. c. d. Kemahiran berfikir aras rendah dan tinggi Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif Pemikiran vertical dan lateral Pemikiran bertumpu dan bercapah a. b. c. d. e. f. Kemahiran berfikir yang harus dikuasi oleh pelajar adalah:

membuat kaitan membanding dan membeza mengkelaskan menilai menyusun atur mengenal pasti pernyataan benar atau salah

g. h. i. j. k. l. m. n. o. p. q.

mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat. mengenal pasti pernyataan berat sebelah mengenal pasti sebab dan menyatakan pelbagai sebab mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat membuat inferens atau kesimpulanan awal membuat generalisasi atau hipotesis mentafsir mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci merumus atau meringkas membuat keputusan menyelesaikan masalah 5. Guru harus menggunakan pelbagai aktiviti untuk mengembangkan lapan kecerdasan dan kemahiran berfikir yang tersebut di atas. 6. Dalam perkembangan kemahiran berfikir, guru harus memberi penegasan terhadap proses berfikir.

Kembali ke Atas

Anda mungkin juga menyukai