Anda di halaman 1dari 2

Refleksi lawatan Taman Botanikal Melaka Oleh : Norzulaika Binti Sabtu 910621-04-5686 PISMP PENDIDIKAN KHAS JANUARI 2011

Pada 25 Februari yang lepas, kami telah mengadakan lawatan ilmiah bagi subjek Sains dalam Pendidikan Khas ke Taman Botanikal Air Keroh, Melaka. Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan bagi mempelajari kaedah pembelajaran Sains di sekolah nanti. Dengan mengadakan lawatan, murid-murid akan lebih mudah mengingati sesuatu perkara atau benda yang dipelajarinya. Lawatan juga memberi peluang kepada murid pendidikan khas terutamanya untuk belajar mengenali hidupan flora dan fauna serta belajar berkomunikasi dengan orang di sekeliling. Lawatan sambil belajar merujuk aktiviti luar kelas yang melibatkan pelajar dan guru melawat sesuatu tempat, kawasan, bangunan atau apaapa yang memberi ilmu pengetahuan. Aktiviti ini menjadi satu aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh pelajar kerana mereka berpeluang untuk meneroka kawasan baru. Kepentingan aktiviti in turut mendapat liputan meluas dalam media massa terutama akhbar dan televisyen negara ini. Sesungghnya, ada pelbagai impak positif yang timbul menerusi aktiviti luar darjah ini terutama kepada pelajar. Melalui lawatan ilmiah ini, terdapat beberapa kekuatan yang dapat saya nyatakan. Antaranya impak positifnya ialah hubungan guru pelatih dengan pensyarah menjadi lebih rapat. Keakraban ini terjalin kerana guru pelatih dan pensyarah perlu berinteraksi apabila merancang aktiviti seperti ini untuk satu tempoh yang lama. Pada masa yang sama hubungan ini menyebabkan pensyarah lebih memahami para guru pelatih dan boleh membantu mereka untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik menerusi pemahaman sebegini. Jelaslah, aktiviti lawatan sambil belajar ini mempunyai impak seperti menyelam sambil minum air kepada semua pihak terutama pelajar. Ternyata, aktiviti seperti adalah sangat sesuai untuk dijalankan di sekolah kelak.

Manfaat kedua yang kami perolehi menerusi aktiviti ini pula ialah guru pelatih mempelajari konsep mengurus sesuatu aktiviti dengan lebih efektif. Kami menjadi lebih faham kepentingan untuk membuat pemeriksaan demi pemeriksaan tentang sesuatu seperti jadual bas bertolak, jumlah pelajar yang menyertai dan juga aspek pemakanan. Semua pengalaman ini menyebabkan guru pelatih akan berasa lebih yakin dan mampu melihat lebih awal sebarang kemungkinan yang boleh berlaku kerana sudah memiliki pengalaman lalu. Maka, pelajar akan memahami keperluan untuk mengurus dan menyelesaikan sesuatu masalah sebelum masalah itu timbul menerusi pengalaman lawatan sambil belajar ini. Bukan sahaja kami berupaya mempelajari teknik-teknik mengurus tetapi kami juga memperoleh satu pengalaman unik yang tidak boleh diperoleh di mana-mana. Pengalaman ini dikatakan unik kerana bukan semua orang berpeluang memperoleh peluang yang sama untuk melawat ke sesuatu tempat itu. Kami boleh menggunakan pengalaman ini sebagai satu peluang untuk menjadikan hidup kami lebih baik. Sesungguhnya, pengalaman sebegini hanya boleh terhasil menerusi lawatan sambil belajar. Malah, lawatan sambil belajar memudahkan proses pembelajaran kerana suasananya yang berbeza daripada suasana di kelas biasa. Kadangkala pelajar lebih mudah menerima sesuatu ilmu itu jika suasananya berbeza sedikit daripada kebiasaannya. Lawatan sambil belajar ini boleh mengatasi masalah kebosanan pelajar terutama terhadap mata pelajaran tertentu yang memerlukkan penumpuan dan perhatian yang tinggi. Oleh itu, proses belajar menjadi lebih efektif menerusi lawatan sambil belajar. Kesimpulannya, semua faedah yang dinyatakan di atas tadi berupaya membentuk satu rumpun pelajar yang berwibawa di negara ini. Kemampuan untuk mengalami sesuatu pengalaman itu menjadi satu perkara yang penting dalam kehidupan pelajar kerana itulah proses kehidupan yang sebenarya. Jika kesemua pelajar di sekolah nanti menyertai aktiviti yang positif ini, sudah pasti negara kita tidak akan mengalami pelbagai gejala sosial yang sering kita dengar di dada-dada akhbar ini.

Anda mungkin juga menyukai