Anda di halaman 1dari 4

Pendahuluan

Memang tidak dapat dinafikan bahawa psikologi dan sosiologi adalah


bidang yang tidak dapat dipisahkan dari proses pendidikan. Proses
pendidikan tidak dapat berjalan dengan lancar tanpa dibarengi (ditemani)
dengan ilmu pengetahuan psikologi dan sosiologi. Itulah sebabnya kami
siswa guru wajib mempelajari dua bidang ini.

IMPLIKASI pertama pendidikan PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI DALAM


PENDIDIKAN NEGARA KITA iaitu ia dapat

Membantu guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang


sesuai dengan pelajar

Guru perlu mengaplikasikan ilmu psikologi dan sosiologi semasa


menyusun jadual waktu. Guru-guru juga perlu membuat penilaian terhadap
permintaan setiap mata pelajaran supaya pelajar dapat menerima info
dengan baik. Contohnya, mata pelajaran yang memerlukan daya fikiran
yang biasanya dianggap lebih susah seperti mata pelajaran matematik
perlu diletakkan pada waktu awal kerana pelajar pada masa itu masih
bertenaga dan bersemangat untuk memikirkannya dan dapat menerima
maklumat dengan baik. Manakala , bagi mata pelajaran yang lebih senang
dan menarik seperti mata pelajaran seni atau muzik boleh ditempatkan
pada akhir masa waktu sebagai tanda noktah pembelajaran harian.
Perkara ini sudah pasti boleh menjadikan pelajar sentiasa ingin datang ke
sekolah kerana mereka telah mempunyai kenangan manis di sekolah

Kedua ,

Perancangan pengajaran dan pembelajaran(iaitu PdP) yang sesuai dengan


perkembangan pelajar juga dapat dihasilkan.hal ini demikian kerana

Manusia adalah unik. Dan Tiadapun dua orang yang serupa seratus
peratus dalam dunia ini. Manusia sebagai makhluk yang unik juga memiliki
perwatakan , kemampuan , gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh itu,
guru perlulah mengatur cara pengajaran atau pedagoginya supaya anak
murid dapat menerima maklumat yang disampaikan pada tahap
maksimum. Guru boleh menggunakan kaedah kreatif untuk menyampaikan
maklumat selain hanya bergantung pada buku teks. Contohnya, guru yang
mengajar mata pelajaran sains boleh meminta anak murid untuk
mengumpulkan daun yang pelbagai jenis bentuk sebagai bahan PdP.
Teknik ini dapat menarik minat pelajar terhadap subjek tersebut dan
menjadikan proses pengajian lebih menarik.

Seterusnya ,pendidikan psikologi dan sosiologi pun membolehkan


seseorang guru

Mengetahui pengaruh lingkungan dan pengaruh masyarakat terhadap


perkembangan pelajar

Kita sedang hidup dalam dunia yang penuh dengan perubahan ini. Sebagai
pendidik, kita perlu sentiasa peka terhadap isu-isu atau perkara-perkara
yang berlaku di alam sekeliling kita supaya tidak diketinggalan zaman.
Oleh itu, Infromasi ini amat penting kerana perkara yang berlaku ini senang
untuk mempengaruhi minda anak murid yang baru berumur setahun
jagung dan darah setampuk pinang. Dengan itu, guru berperanan untuk
memberikan panduan kepada anak murid supaya mereka tidak selewang
dari tatartetib dan moral.

Di samping itu, pendidikan tersebut akan membolehkan seseorang guru

Memahami ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta


menghubungkaitkan dengan proses pdp dalam bilik darjah

Kurikulum pendidikan seyogianya mampu menyediakan peluang kepada


setiap individu untuk menggembangkan potensi mereka .Sebagai seorang
pendidik, kita perlu menyedar potensi setiap anak murid supaya dapat
membantu mereka untuk menerokai potensi yang ada pada diri mereka.
Kini, kerajaan juga mula meninikberatkan markah kokurikulum kerana
mereka tahu bahawa potensi yang ada pada setiap orang bukan sahaja
terhad dalam bidang akademik tetapi juga boleh dalam bidang lain.
Sebagai Contoh, walaupun Dato Lee Chong Wei bukanlah seorang
professor atau Dr, tetapi beliau juga amat dihormati oleh orang ramai dan
turut digelar sebagai wira negara. Hal ini kerana potensinya dalam bidang
sukan telah dicungkil oleh gurunya ,Teh Peng Huat .Gurunya turutlah
memberikan sokongan kepada beliau sehinggalah beliau boleh menjadi
pemain badminton yang terkenal di dunia.

Melalui pendidikan tersebut,

Guru boleh menganalisis proses sosialisasi pelajar.

Secara umunnya, Sekolah merupakan suatu tempat bagi pelajar untuk


bergaul dan berinteraksi selain sebagai satu tempat untuk menambahkan
ilmu pengetahuan. Sekolah pun merupakan satu tempat bagi pelajar untuk
belajar cara berkomunikasi sebelum mereka menjejak langkah ke dalam
masyarakat sebenar. Oleh itu, guru perlulah menganalisi proses sosialisasi
pelajar dan mengajar cara bertutur yang betul kepada mereka.Contohnya,
guru boleh memberikan tugasan dan meminta murid menyiapkannya
dalam bentuk kumpulan. Perkara ini telah memberikan peluang kepada
murid untuk bersosial dengan orang lain.

Dengan pendidikan tersebut, guru juga dapat

Merancang peneguhan yang sesuai untuk mengawal tingkah laku atau


memotivasikan pelajar

Ilmu pengetahuan ini turut memberi bantuan yang besar bagi guru
memberikan nasihat, teguran dan motivasi kepada anak muridnya. Jiwa
anak murid amat sensitif. Oleh itu, guru perlu sentiasa berhati-hati dalam
percakapan supaya tidak menyindirkan perasaan anak murid. Kata-kata
yang baik boleh menjadikan seseorang individu lebih bersemangat tetapi
kata-kata yang negatif akan mendatangkan kesan yang berlawan. Sebagai
seorang pendidik, kita perlu sentiasa memberikan pujian kepada anak
murid jika mereka melakukan sesuatu yang baik supaya mereka berasa
diiktiraf dan mereka akan meneruskan perbuatan tersebut. Sebaliknya,
teguran turut hendaklah diberi jika murid melakukan sesuatu yang tidak
bermoral.

Sebagai rumusan,

Sekarang kita sedang hidup dalam dunia VUCA, iaitu dunia yang penuh
perubahan dan tidak pastian. Perkataan VUCA merujuk kepada ,
Kemeruapan (Volatility), Ketidakpastian (Uncertainty), Kerumitan
(Complexity) dan Kekaburan (Ambiguility). Guru dan pendidik hendaklah
bersiap sedia untuk menghadapi cabaran-cabaran ini . Perubahan sosial
yang berlaku sudah pasti akan mempengaruhi pendidikan negara kita.
Itulah sebabnya John Dewey (1859-1952) menganggap bahawa hubungan
antara institusi pendidikan dan masyarakat adalah mustahak. Beliau
berpendapat bahawa pendidikan berkembang dalam masyarakat dan
masyarakat berkembang kerana pendidikan. Jadi, guru sebagai pendidik
perlulah menguasai ilmu psikologi dan sosiologi supaya dapat melahiran
golongan alaf langit yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai