Anda di halaman 1dari 5

SISTEM pendidikan negara ini telah banyak berubah terutamanya dalam proses

memberikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak kita untuk mempelajari dan


menguasai pelbagai disiplin ilmu. Penguasaan pelbagai disiplin ilmu ini akan
membangunkan pandangan dunia yang lebih luas dan terbuka daripada
terkongkong dengan hanya melihatnya secara bersendiri.

Secara umumnya sejak dahulu lagi, masyarakat dengan mudah memahami wujudnya
dua cabang ilmu yang dilihat secara terpisah, iaitu sains dengan sastera. Pengajian
sains meliputi apa sahaja subjek berkaitan dengannya termasuk matematik, fizik,
kimia, sains kajihayat atau biologi dan sains kimia. Yang lain-lainnya dianggap
sebagai sastera yang termasuk di dalamnya pengajian seni dan juga pengajian
pengurusan.

Kerana itulah juga, satu ketika dahulu, Universiti Sains Malaysia (USM) dilabelkan
sebagai universiti yang menawarkan hanya program pengajian dalam bidang sains
dan teknologi walaupun sejak penubuhannya telah ditekankan terhadap penawaran
pengajian ilmu kemanusiaan yang di dalamnya terdapat juga pengajian komunikasi,
seni dan juga pengajian sains kemasyarakatan.

Akibatnya, USM terpaksa membuat kempen besar-besaran untuk menarik pelajar


aliran sastera mengikuti pengajian di sini manakala kenyataan seorang Timbalan
Naib Canselor dalam syarahannya di Batu Gajah, Perak bahawa jika pelajar sains tidak
berminat mengikuti pengajian dalam bidang-bidang berkaitan akan menyebabkan
USM mungkin ditutup membawa perdebatan panjang dalam kalangan masyarakat
ketika itu, sekitar akhir 1980-an apabila dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana
pada muka hadapannya.

Hakikatnya kedua-duanya saling berganding bahu, malah sejak awal penubuhannya


pada 1969, para perancang pendidikan tinggi ketika itu telah menetapkan bahawa
USM akan menawarkan program yang bercorak multidisiplin sebagai satu
keunikannya yang membolehkan pelajar-pelajar sains sama ada sains tulen mahu
pun sains gunaan serta pengajian teknologi boleh juga mengikuti pengajian minor
dalam bidang bukan sains.

Penegasan oleh Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dalam Upacara

Konvokesyen USM ke-54 baru-baru ini tentang perkara tersebut bahawa di dalam
sains ada sastera dan di dalam sastera ada sains serta perlunya untuk melihat bukan
sahaja kepada sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) tetapi juga
STEAM dengan A mewakili sastera menunjukkan pentingnya kedua-duanya
disepadukan dan bergerak secara bersama.

Hal ini boleh dilakukan dalam seluruh proses pendidikan sama ada formal mahu pun
tidak formal serta perlu digabungkan secara bersama agar dapat mewujudkan jiwa
yang seimbang. Penyertaan pelajar pelbagai disiplin ilmu dalam persembahan teater,
seni persembahan, muzikal malah karya sastera misalnya yang digembleng bersama
memberikan dimensi yang menarik dalam proses pendidikan sedia ada. Seni
persembahan yang menggabungkan pelbagai teknologi, kepelbagaian media malah
mengaplikasikan konsep sains yang mampu meningkatkan kualiti dan tarikan kepada
persembahan yang dibuat.

Kita juga sedar betapa banyak hal-hal berkaitan dunia STEM yang boleh
diperjelaskan melalui karya dan seni persembahan yang ada dengan menggabung
jalin semua elemen yang dapat meningkatkan minat dan kefahaman terhadap
sesuatu subjek.

Kombinasi pelbagai bidang ilmu juga akan berupaya mewujudkan ketenangan dan
pilihan untuk anak-anak menyuburkan jiwa seninya, menikmati ilmu secara lebih
santai dan menjadikannya sebagai satu tarikan dan cara hidup yang dapat
dimanfaatkan sepanjang kehidupannya.

Sekali gus membuka ruang kreativiti dan inovasi kepada pelajar dan pendidik untuk
menerokai dunia ilmu yang luas terbentang. Apatah lagi kita tahu dan sedar
bagaimana ilmuwan zaman tamadun Andalusia adalah mereka yang mahir dalam
pelbagai disiplin ilmu tanpa pemisah yang kemudiannya membuka kepada
penerokaan ilmu secara lebih luas dalam zaman pembaharuan berikutnya.

Ini juga dapat memberi nilai tambah kepada mereka terutamanya bagi yang berada
di universiti. Jika pun secara formal, penguasaan bidang ilmu merentas bidang ini
tidak membenarkan dilakukan, mereka mungkin boleh berbuat demikian dengan
mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum atau di luar kuliah dan makmal bagi
menguasai sesuatu ilmu baharu yang dapat membantu mereka dalam kehidupan
sebenar.

Menguasai berbagai-bagai disiplin ilmu juga akan membolehkan anak-anak kita


lebih menghargai kepelbagaian yang ada dan melihatnya sebagai sesuatu yang
dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan menyesuaikan dalam
persekitaran sebenar yang ada.
Lihat sahaja bagaimana seorang yang melakukan sesuatu inovasi dalam sains dan
teknologi perlu juga memahami sedikit sebanyak prinsip perniagaan dan budaya
persekitaran untuk memberikan nilai tambah kepada rekaciptanya untuk memasuki
pasaran dan diterima dalam ruang budaya yang ada.

Saintis terkemuka Profesor Dr. Jackie Y. Ying dari Institute of Bioengineering and
Nanotechnology (IBN), Singapura yang mengunjungi USM baru-baru ini, misalnya
menasihatkan ahli-ahli sains, pelajar dan penyelidik yang ingin berjaya agar
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan seperti ilmu perniagaan
dengan jaringan kukuh dengan dunia korporat.

Hal ini perlu dididik seawal mungkin, difahami dan dihayati agar ilmu pengetahuan
tidak sekadar satu idealisme tetapi bersikap realistik dan dapat digunakan dengan
sewajarnya apabila tamat pengajian sebagai aset untuk kejayaan masa hadapan.

MOHAMAD ABDULLAH ialah Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam


Universiti Sains Malaysia.

Pendidikan STEM adalah berasal daripada singkatan SMET iaitu Sains, Matematik, Kejuruteraan
dan Teknologi.

Kemudian, National Science Foundation (NSF) meringkaskan pula kepada STEM (Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) bagi memudahkan penyebutan dan memantapkan
maknanya bagi setiap elemen.

Dalam konteks Malaysia, STEM merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah
untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar.

Ini termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025)
yang menekankan pendidikan STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan
kokurikulum dengan sokongan menerusi pelbagai pihak berkepentingan. Pensyarah Kanan,
Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dr
Shahiron Shahidan berkata, pendidikan STEM menjadi keutamaan kepada pihak sekolah dan
universiti ke arah memartabat serta memperkukuhkan bidang terbabit kepada generasi muda.

Katanya, pendidikan STEM juga menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu
komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di dalam
pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Pembangunan komponen ini dilihat dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai
kemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah kompleks.
“Dalam mendepani cabaran Industri 4.0, generasi muda khususnya perlu menguasai bidang
STEM. Ini adalah bagi melahirkan modal insan yang mahir di dalam bidang teknologi masa
hadapan yang menjadi teras dalam Industri 4.0.

“Dunia kini berdepan Industri 4.0 yang memerlukan generasi berpengetahuan tinggi dan
berkeupayaan menghadapi cabaran teknologi baharu lebih kompleks. Dunia VUCA juga
memerlukan generasi yang berdaya tahan dan bukan saja menjadi pengguna teknologi, malah
memulakan atau mencetuskan teknologi,” katanya.

Katanya, jika STEM bukan menjadi aspirasi, negara akan berterusan menjadi pengguna
teknologi dan keadaan ini sangat merugikan.

STEM juga mesti dilihat dari sudut positif untuk memudahkan kehidupan masyarakat. Pelbagai
penciptaan baharu dapat dihasilkan menerusi penerokaan STEM, tanpa melupakan aspek akal
budi yang juga teras ketamadunan bangsa.

Menurutnya, hari ini pelaksanaan STEM dilihat berada pada gelombang kedua apabila kerajaan,
badan berkanun, persatuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi luar bekerjasama dalam
mempromosikan STEM kepada komuniti.

“Melalui kerjasama ditunjukkan, pendidikan STEM ini dilihat bakal melahirkan generasi muda
yang memiliki intelektual tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Sekali gus berupaya memacu
ekonomi negara dan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

“Sebagai contoh, kewujudan pelbagai saluran misalnya menerusi Young Scientists Network -
Akademi Sains Malaysia (YSN - ASM) sebagai medium dalam menyalurkan suara generasi
muda dengan pelbagai idea baharu ke arah menjayakan agenda STEM negara.

“Pelbagai kegiatan berimpak tinggi dilaksanakan seperti ‘Science Cafe,’ ‘National Science
Challenge,’ ‘Science Education’ dan banyak lagi bagi memberikan lebih peluang untuk STEM
sentiasa dekat di hati komuniti, khususnya golongan muda,” katanya.

Usaha memperkasa budaya STEM dalam kalangan generasi muda, media dan teknologi mesti
dimanfaatkan sepenuhnya. Lebih-lebih lagi kini generasi muda begitu rapat dengan teknologi.

Katanya, sejarah yang meletakkan sempadan minda bahawa STEM ini pembelajaran sukar perlu
dikikis bagi mengelakkan mereka terus menjauhi bidang ini.

“Filem dan dokumentari berkisar STEM khususnya dalam bahasa Malaysia perlu
diperbanyakkan bagi membolehkan semua peringkat generasi muda di pelbagai kedudukan
geografi di Malaysia mendapat manfaatnya.

“Badan korporat dan individu berkepentingan juga boleh memainkan peranan membantu hal ini
dengan menjadikan STEM sebagai agenda berdasarkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
(DUN) masing-masing. Menerusi kaedah ini, skop akan menjadi lebih tertumpu dan ramai
generasi muda dapat dibantu,” katanya

Pelaksanaan STEM tidak hanya kepada golongan muda, tetapi institusi pendidikan seperti
sekolah dan universiti perlu memainkan peranan.

“Berdasarkan buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik


(STEM) di dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P), elemen STEM dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) sudah termaktub dengan jelas.

“Kini, lebih utama ialah pelaksanaannya mesti lebih menyeluruh, tersusun dan ‘dicerap’ hasilnya
supaya keberkesanannya dapat dibuat selain tindakan penambahbaikan berterusan,” katanya.

Malah beliau berkata, pihak universiti seharusnya memainkan peranan ke arah pembudayaan
STEM.

“Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) misalnya, pelbagai aktiviti STEM kepada
komuniti dan generasi muda khususnya pelajar sekolah menengah serta rendah dianjurkan,”
katanya.

Pada masa sama, Dr Shahiron turut menekankan aspek tenaga pengajar yang dilihat penting
kerana menjadi pendokong utama dalam menjayakan agenda pemerkasaan STEM.

“Berdasarkan buku panduan STEM berkaitan pengajaran dan pembelajaran (P&P)


menggariskan ciri 7M bagi membimbing tenaga pengajar dalam pelaksanaan STEM.

“Antara cirinya ialah meningkatkan kepekaan pelajar kepada isu global sebenar, membabitkan
pelajar dalam inkuiri dan penerokaan terbuka, pelajar bergerak serta bekerja secara berpasukan
dalam penyelesaian masalah, mengaplikasikan pemahaman STEM dalam kehidupan seharian
dan memberi peluang menambah baik kerja dan produk yang dihasilkan,” katanya.

Anda mungkin juga menyukai