Anda di halaman 1dari 6

http://cgtyouth2010.blogspot.com/2010/02/pendahuluan-pada-masa-kini-perkembangan.

html Pertama, penggunaan teknologi dalam pendidikan sememangnya boleh mendapat perhatian daripada pelajar dan memudahkan mereka menyerap ilmu yang disampaikan oleh seseorang pengajar. Pada masa kini, boleh dikatakan peralatan teknologi seperti komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan generasi muda. Oleh itu, penggunaannya dalam bidang pendidikan dapat menjamin hasil yang memuaskan. Hal ini kerana penyampaian dapat dipersembahkan dalam bentuk visual yang menarik, animasi, 3D dengan suara yang dapat menarik perhatian pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah. Ia juga dapat meringankan beban pelajar yang terpaksa mengalas beg yang penuh dengan buku ke sekolah sekiranya dapat digantikan dengan hanya beberapa keping CD-ROM pada masa hadapan. Dari segi penjimatan kos pula, kos untuk mencetak buku dapat dijimatkan. Untuk memenuhi keperluan pelajar supaya setiap daripada mereka mendapat pinjaman buku teks, kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk mencetak buku teks tersebut. Dengan adanya teknologi, kerajaan dapat menjimatkan banyak kos sebab proses pembelajaran dapat dijalankan tanpa buku. Hal ini juga dapat mengurangkan penebangan pokok-pokok untuk membuat kertas. Dengan perlaksanaan pendidikan jarak jauh, ia dapat menjimatkan kos pembinaan universiti dan infrastrukturnya. Program ini memanfaatkan infrastruktur sedia ada di tempat yang lengkap dengan keperluan asas seperti kemudahan komputer dan internet. Pelajar hanya perlu pergi ke pusat tersebut pada hujung minggu untuk berbincang dengan pensyarah tentang khusus yang diikuti. Oleh itu, pelajar tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk kos pengangkutan dan tempat kediaman kerana mereka tidak perlu menghadiri kuliah di universiti. Penggunaan teknologi dalam pendidikan juga dapat menjimatkan masa pelajar dan memupuk sikap suka membaca dalam kalangan pelajar. Dengan adanya teknologi, apa-apa maklumat dapat diperoleh dengan mudah hanya dengan satu klik pada tetikus. Berbanding dengan pelajar pada masa lalu yang terpaksa mencari maklumat dengan cara manual dan bahan bercetak hanyalah satusatunya harapan untuk mereka memperoleh maklumat yang diingini, pelajar sekarang mempunyai kelebihan dengan adanya kemudahan internet. Hal ini kerana selain daripada bahan bercetak, pelajar juga dapat memperoleh maklumat yang diingini melalui internet dengan cepat. Penggunaan media elektronik juga dapat meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar. Sebagai bukti, untuk membolehkan kita mengikuti perkembangan semasa dan menimba ilmu pengetahuan melalui internet, kita perlu membaca. Segala maklumat yang dipaparkan melalui laman web adalah dalam bentuk tulisan dan untuk mengetahui maklumat tersebut, kita perlu mahir membaca. Secara tidak langsung, ia dapat memupuk sikap membaca dalam kalangan mereka. Dengan adanya teknologi yang canggih, segala tugas dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Sebagai contoh, proses mencari maklumat, menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pengajar dan lain-lain lagi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ini merupakan kebaikan daripada perkembangan teknologi. Adanya teknologi multimedia menjadi semakin menarik kerana teknologi ini baru diperkenalkan pada tahun 1990-an walaupun sebelumnya sistem CAL (Computer Aided Learning) dan hiperteks masih terbatas dalam media yang terpisah-pisah belum digabungkan seperti multimedia yang memiliki makna gabungan pelbagai media; teks, suara imej, animasi dan video dalam satu perisian (Jacobs, 1992).

Menurut Evans dan Nation (2000), penggunaan inovasi teknologi baru termasuk internet telah banyak memberi sumbangan dalam pendidikan dan diantaranya adalah menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan (Oliver and Short, 1997), menyokong untuk memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan (Kennedy and McNaught,1997) dan menyediakan peluang untuk belajar dengan lebih luas dalam konteks sumber asli (Laffley, Tupper, and Musser, 1998). Menurut Lowe (2002) pula, pelajar mendapat pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan pembelajaran mereka. Melalui pembelajaran ini, pelajar boleh belajar di mana sahaja dan pada masa yang dipilih oleh pelajar itu sendiri. Hal ini membolehkan pelajar tersebut dapat menguruskan masanya dengan lebih efektif dan pada masa yang sama ia melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara interaktif melalui talian membolehkan pelajar menerokai maklumat baru menerusi perpustakaan digital ataupun di laman web. Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa suatu perkara memang terdapat pro dan kontra. Begitu juga hubungannya antara penggunaan teknologi komunikasi dalam bidang pendidikan. perkembangan teknologi banyak membantu dalam dunia pendidikan dewasa ini, namun perkembangan teknologi ini juga mendatangkan beberapa keburukan. Terdapat pelbagai isu dan masalah yang timbul berhubung dengan penggunaan teknologi komunikasi seperti internet dikalangan pelajar dan guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya kepada pelajar, yang menjadi antara golongan pelayar internet teramai di Malaysia . Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai seperti maklumat seks, hasutan, khabar angin, diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan penderaan, perjudian dan sebagainya. Ini dapat dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan di Amerika yang mendapati 48% guru sukar mencari laman web yang bersesuaian untuk proses pengajaran dalam kelas.

Disamping itu, kebanyakan isi kandungan yang dipaparkan di internet tidak dapat dipastikan kesahihannya. Ini adalah kerana, seperti yang kita tahu, medium teknologi komunikasi seperti internet tidak dikawal oleh sesiapa dan semua orang mempunyai hak untuk menulis dan menyiarkan sebarang maklumat di internet. Maklumat ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya pelajar tidak dapat membezakan antara maklumat yang betul dan yang salah. Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui internet. Oleh sebab itu, guru perlu berupaya menilai maklumat yang diperolehi daripada pelbagai media dan sumber serta berupaya membezakan ketepatannya supaya dapat membimbing pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul. Kemudahan yang disajikan oleh teknologi komunikasi dalam dunia pendidikan memberi keburukan kepada pelajar.

Dewasa ini, para pelajar tidak lagi kreatif dalam memberikan idea-idea sendiri dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Sebagai contoh, teknologi komputer telah menjadikan kerja-kerja penyalinan maklumat dengan begitu senang dengan hanya menggunakan arahan file dan hanya dengan menekan copy and paste, semua kerja sudah siap tanpa perlu bersusah payah memerah otak. Walaupun teknologi membawa kemudahan dalam sistem pendidikan hari ini, namun ada juga keburukannya dimana pelajar yang selalu mengakses internet, sebagai contoh lebih tertarik untuk duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial samada dalam keluarga atau masyarakat. Senario ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi antara satu sama lain sedangkan untuk menjadi seorang yang berdaya saing mereka pelu berupaya untuk memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapan dan pembangunan kejayaan mereka.

Masalah plagiarisme juga boleh berlaku tanpa disedari oleh seseorang pelajar. Pelajar sekarang suka copy-paste maklumat yang dicari dari internet tanpa menyedari sama ada ia telah melanggari hakhak pengeluar maklumat tersebut. Masalah ini diburukkan dengan wujudnya maklumat yang berlambak dalam internet yang senang diperoleh oleh seseorang pelajar hanya dengan satu klik tanpa diketahui oleh pengeluar maklumat tersebut

Selain itu teknologi yang digunakan untuk tujuan pendidikan ini juga memupuk sikap malas dalam kalangan pelajar. Dengan adanya teknologi yang canggih, kebanyakan tugas yang memerlukan kemahiran seperti melukis, mengira, menulis telah diselesaikan oleh komputer. Pelajar sekarang akan menjadi lebih malas dan kehilangan kemahiran-kemahiran tertentu dengan meningkatnya kebergantungan kepada komputer. Sebagai contoh, menaip dan mengira dengan menggunakan komputer dan mesin kira akan menyebabkan kemahiran menulis dan mengira pelajar merosot.

Masalah komunikasi dan plagiarisme juga boleh berlaku dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Dari segi komunikasi, terutamanya mereka yang mengikuti program pendidikan jarak jauh, masalah komunikasi antara pelajar dan pensyarah mungkin wujud kerana mereka dijarakkan dengan sebuah komputer. Ia boleh menggalakkan komunikasi yang pasif antara pelajar dan pensyarah mereka. Fikirkan seorang pensyarah yang terpaksa berhadapan dengan banyak pelajar dalam satu masa melalui komputer,tidak mungkin dia boleh memberi perhatian yang sepenuhnya kepada seseorang pelajar dan menjawab persoalan yang dikemukakan dalam masa yang sama.

Daripada pandangan pesimis,isu kos yang dibincangkan oleh golongan optimis memberi penjimatan terhadap pengguna. Menurut pandangan golongan pesimis penjimatan kos juga tidak akan berlaku sekiranya pelajar menggunakan kemudahan komputer, internet secara berleluasa. Contohnya penggunaan komputer dan internet digunakan terlalu lama sehingga menaikkan bil elektrik selain harus membayar kemudahan internet yang digunakan.

First, the use of technology in education can certainly get the attention of the students and help them absorb knowledge delivered by an instructor. At present, it can be said equipment such as computer technology has become an integral part of the lives of young people. Therefore, its use in education can ensure a satisfactory outcome. This is because the delivery can be presented in a visually attractive design, animation, 3D sound to attract the attention of students, especially elementary school students. It also can reduce the burden of students who had to lay a bag full of books to school if you can be replaced with just a few pieces of CD-ROM in the future.

In terms of cost savings, the cost to print the book can be saved. To meet the needs of students so that each of them got a loan of textbooks, the government had to produce a relatively high cost for the print textbook. With the advent of technology, the government could save a lot of costs because the learning process can be carried out without the book. It can also reduce the felling of trees to make paper. With the implementation of distance education, it can save the cost of university construction and infrastructure. These programs utilize the existing infrastructure in place complete with basic needs such as access to computers and the internet. Students only need to go to the center over the weekend to talk about specific lectures that followed. Therefore, students do not need to spend that much to the cost of transport and residence because they do not have to attend lectures at the university.

The use of technology in education can also save you time students and foster reading among students. With the advent of technology, such information can be obtained easily with just one click of a mouse. Compared with students in the past who had to seek information by way of manual and printed material but the only hope for them to obtain the desired information, students now have the advantage with the availability of internet facilities. This is because apart from printed materials, students will be able to obtain the desired information quickly via the internet. The use of electronic media can also increase students' interest in reading. As evidence, to enable us to keep abreast of and gain knowledge through the internet, we need to read. All information is displayed through a web site is in writing and to find out that information, we need to read. Indirectly, it can foster reading among them.

With this advanced technology, the job gets done quickly and correctly. For example, the process of finding information, complete assignments given by teachers and others. There is no doubt that this is the advantage of technological developments. Availability of multimedia technology is becoming increasingly attractive as a new technology introduced in the 1990s even before the system CAL (Computer Aided Learning) and hypertext still limited in fragmented media not combined as meaning a combination of multimedia has a variety of media: text, voice, images , animation and video in one software (Jacobs, 1992).

According to Evans and Nation (2000), the use of new technological innovations, including the Internet has contributed to education and among them is to provide an opportunity for improving

the quality of education (Oliver and Short, 1997), support to meet the individual requirements of the educational program (Kennedy and McNaught, 1997) and provides the opportunity to learn with the broader context of natural resources (Laffley, Tupper, and Musser, 1998).

According to Lowe (2002), students get learning online is a convenient way of learning. Through this learning, students can study anywhere and at a time chosen by the students themselves. This allows the student to manage time more effectively and at the same time it involves the use of costeffective. Interactive online learning allows students to explore new information through the digital library or on the website. As more and more technology introduced in education, distance education provides a means to disseminate information and knowledge on a global basis. Now, a variety of the latest knowledge can be channeled through the internet. Internet is a treasure trove of knowledge that help millions of students to get information on the process of learning and research. Is no doubt that there is indeed a matter of pros and cons. Similarly, the link between the use of communication technology in education. developments in the world of technology have helped adult education, but the development of this technology also brings some disadvantages. There are a variety of issues and problems that arise in connection with the use of communication technologies such as the Internet among students and teachers for the purpose of teaching and learning. Information on the internet is not filtered will be a danger and harm especially to the students, which was among the highest number of Internet surfers in Malaysia. There is a lot of information that does not fit like sex information, agitation, rumors, discrimination, drugs, promotion of violence and abuse, gambling and so on. It is proven by a study conducted in the U.S. found that 48% of teachers are difficult to find a website that is suitable for teaching in the classroom.

In addition, most of the content displayed on the internet is uncertain validity. This is because, as we know, a medium of communication technologies such as the Internet is not controlled by anyone and everyone has the right to write and publish any information on the internet. This information can be dangerous if the student is not able to distinguish between correct and incorrect. This will affect the goals of teaching and learning through the internet. Therefore, teachers should be able to evaluate the information obtained from a variety of media and resources to be able to distinguish accuracy to guide the students get the right information and the right. Facilities served by communication technology in education give harm to students.

Today, students are no longer creative in giving their own ideas to solve certain tasks. For example, computer technology has made the work so easy copying of information by simply using the command file and simply by pressing the "copy" and "paste", all work has been completed without the hassles of brains. Although the technology brings convenience in today's education system, but there are also disadvantages which students often access the internet, for example more interested in sitting in front of a computer without thinking about social life either in the family or community. This scenario will cause students to be less passive and communicate with each other while to

become a competitive they are also the opportunity to be able to give a thoughtful ideas and quality for memantapan and development success.

Plagiarism problems can also occur without being noticed by the student. Students now prefer to 'copy-paste' information sought from the internet without realizing whether it has violated the rights of producers of such information. The problem is compounded by the existence of information galore on the Internet that can be easily obtained by a student with just one click without the knowledge of the information producer

In addition to the technology used for educational purposes also promotes laziness among students. With this advanced technology, most tasks that require skills such as drawing, counting, writing has been solved by a computer. Students will now be more lazy and lose certain skills with the increasing dependence on computers. For example, typing and computing with computers and calculators will lead to student writing and arithmetic skills deteriorate.

Communication and plagiarism problem can also occur with the use of technology in education. In terms of communication, especially those pursuing distance education programs, the problem of communication between students and lecturers may exist because they are spaced by a computer. It can promote the passive communication between students and their lecturers. Think of a lecturer who had to deal with many students at one time through a computer, it is unlikely he can give full attention to a student and to answer questions raised in the same time.

From a pessimistic view, the issue of costs covered by the optimistic provide savings to consumers. According to the pessimistic view of the cost savings will not occur if students use the computer, the internet is rampant. For example, the use of computer and Internet use is too long to raise electricity bills to pay besides the use of internet facilities.

Anda mungkin juga menyukai