Anda di halaman 1dari 10

1

TAJUK KAJIAN : PERANAN SURAU DAN KEBERKESANANNYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM : KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI SEMBILAN. 1.1 PENDAHULUAN

Pengajaran dan pembelajaran ilmu-ilmu Islam di masjid telah wujud sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat lagi. Masjid al-Nabawi di Madinah al-Munawwarah merupakan masjid yang pertama menjadi institusi Pendidikan Islam. Pada zaman kecemerlangan Islam, masjid terus menjadi pusat pengajian ilmu-ilmu Islam dan pendidikan Islam. Kejayaan Rasulullah SAW meletakkan asas akidah yang kukuh serta melahirkan insan muslih dalam kalangan sahabat adalah petunjuk terhadap keberhasilan institusi tarbiyyah yang dibangunkan oleh baginda di masjid. Ini menunjukkan bahawa fungsi awal masjid pada zaman Rasulullah SAW bukan sahaja dikhususkan untuk beribadat semata-mata bahkan dianggap sebagai pusat kemasyarakatan bagi semua maslahah ummah. Antaranya termasuklah pusat kegiatan kesusasteraan dan perseratan Islam, pusat kegiatan sosial, pusat pengurusan baitulmal, pusat pemerintahan, pusat kehakiman, pusat persidangan tentera, tempat persinggahan musafir serta diiktiraf sebagai pusat utama dalam penyebaran ilmu (Mohd Mokhtar Shafii 2003). Peranan masjid sebagai pusat penyebaran ilmu masih kekal sehingga hari ini. Terdapat pelbagai aktiviti kerohanian berbentuk forum, ceramah, kelas agama serta bimbingan fardhu ain dianjurkan di institusi tersebut untuk memberi kefahaman yang menyeluruh kepada masyarakat tentang ajaran Islam (Jasmi Amin 2011). Malah tidak cukup dengan itu, surau-surau telah dibina hampir di setiap kariah, kawasan perumahan serta institusi-institusi pendidikan termasuklah sekolah untuk mendukung peranan masjid sebagai pusat ibadat dan penyebaran ilmu pengetahuan. Walaupun suarau-surau yang dibina tidak menyamai peranan masjid,

2 namun kewujudan institusi tersebut telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan pendidikan Islam di Malaysia (Bani Hidayat et al. 2010).

1.2

PERNYATAAN MASALAH secara optimum dalam pengajaran dan pembelajaran

Kajian ini ingin melihat sejauhmana surau-surau di sekolah menengah digunakan Pendidikan Islam. Setelah hampir dua dekad perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah menengah (KBSM) yang menekankan antara lain konsep kesepaduan dan keseimbangan antara teori dan praktis, tidak ada lagi kajian mendalam yang dijalankan untuk meninjau keberkesanan penggunaan surau dalam Pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah di Negeri Sembilan. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (1998) telah mengeluarkan garis panduan tentang pembinaan surau di sekolah rendah dan menengah supaya sesuai dengan keperluan pengajaran Pendidikan Islam. Walaupun tidak ada peruntukan khas pembiayaan surau di sekolah, namun inisiatif dan kerjasama yang erat antara pihak sekolah, Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru (PIBG) serta masyarakat setempat telah berjaya membina surau atau musolla di sekolah masing-masing. Persoalannya kini ialah sejauhmanakah pihak sekolah dan guru-guru Pendidikan Islam khususnya mengetahui secara jelas tentang penggunaan surau secara efektif dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Adakah surau hanya digunakan untuk aktiviti amali solat semata-mata dan adakah wujud permasalahan lain dalam memaksimakan penggunaan surau ini di sekolah? Adakah surau-surau ini dapat memberikan sumbangan kepada penghayatan ajaran Islam dalam kehidupan seharian seperti solat berjemaah, solat pada waktunya, pembinaan akhlak dan adab? Apakah kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sistem pengurusan surau sekolah dan adakah keperluan fizikal surau-surau tersebut sesuai dengan keperluan pengajaran dan

3 pembelajaran Pendidikan Islam? soalan ini ? 1.3 TUJUAN KAJIAN Kajian ini adalah Adakah awak nak menjawab soalan

Ringkaskan kepada matlamat keseluruhan kajian.

bertujuan untuk mengkaji fungsi surau di sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Secara khususnya, kajian ini adalah untuk meninjau tahap penggunaan surau-surau sekolah berdasarkan persepsi pelajar-pelajar dan guru-guru ; mengkaji tahap keperluan fizikal dan kemudahan prasarana surau-surau sama ada wujud perbezaan penggunaan surau dari aspek jantina, jenis sekolah, aliran akademik pelajar, tahap dan latar belakang pendidikan serta lokasi sekolah; serta untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan penggunaan surau sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini akan melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan guru-guru Pendidikan Islam dari sekolah-sekolah menengah di Negeri Sembilan. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini adalah untuk mengkaji kedudukan dan peranan surau-surau di sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini adalah berbentuk exploratory research yang bertujuan untuk mencari maklumat tentang keadaan dan penggunaan surau-surau sekolah. Di samping itu, kajian ini juga untuk melihat sama ada matlamat murni bagi menjadikan surau atau musolla di sekolah sebagai satu pusat pengajaran dan pembinaan sahsiah yang efektif dalam pembangunan pelajar yang berasaskan paradigma tauhid dan akidah dapat dicapai (Shahrin, Tajul dan rakan-rakan 2001). Kenapa nak quote penulis lain? Kenapa para ini sama dengan dalam matlamat kajian? Matlamat lebih umum, manakala objektif lebih berfokus Sehubungan itu, beberapa objektif telah ditetapkan iaitu : 1) Mengkaji mengenal pasti tahap keperluan fizikal dan kemudahan

prasarana surau-surau di sekolah. Apa maksud tahap keperluan .

4 2) Meninjau mengenal pasti tahap penggunaan surau-surau sekolah pelajar dan guru-guru 3) 4) Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di surau-surau Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan penggunaan surau dari sekolah, aliran akademik pelajar, tahap dan latar belakang pendidikan serta lokasi sekolah. Relevan kah soalan ini? 5) Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan surau sekolah dan pembelajaran Pendidikan Islam. Tak jelas 1.5 PERSOALAN KAJIAN dalam pengajaran sekolah. aspek jantina, jenis

berdasarkan kepada persepsi pelajar-

Beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti bagi kajian ini iaitu : 1) Bagaimanakah tahap keperluan fizikal dan kemudahan prasarana surau-surau sekolah? 2) Apakah tahap penggunaan surau-surau sekolah berdasarkan persepsi guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah? 3) Apakah aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di surau-surau sekolah? 4) Adakah wujud perbezaan penggunaan surau dari aspek jantina, jenis sekolah, aliran akademik pelajar dan lokasi sekolah? 5) Apakah kekuatan dan kelemahan penggunaan surau sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam?

1.6

HIPOTESIS KAJIAN

Berdasarkan persoalan kajian, lima hipotesis nul telah dibina untuk diuji sebagai menjawab persoalan kajian. Hipotesis-hipotesis tersebut ialah : Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap keperluan fizikal dan kemudahan prasarana surau-surau sekolah.

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap penggunaan surau-surau sekolah berdasarkan persepsi guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah. Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di surau-surau sekolah. Ho4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbezaan penggunaan surau dari aspek jantina, jenis sekolah, aliran akademik pelajar dan lokasi sekolah. Ho5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kekuatan dan kelemahan penggunaan surau sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. 1.7 DEFINISI OPERASIONAL

Istilah utama yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah berasaskan kepada beberapa definisi operasional seperti berikut : 1.7.1 Surau sekolah Menurut Kamus Dewan (2005) surau didefinisikan sebagai tempat khusus untuk beribadat sama ada solat mahupun belajar ilmu agama termasuklah aktiviti-aktiviti kerohanian yang lain. Musolla pula menurut Tajuddin (1998) merujuk kepada sebuah bilik di dalam sesebuah bangunan yang digunakan secara khusus menunaikan ibadat solat sahaja serta tidak mempunyai kariah tersendiri. Manakala Samsu (2006) mentakrifkan surau sebagai masjid kecil yang tidak digunakan untuk menunaikan solat Jumaat. Kementerian Pelajaran Malaysia (1989) mendefinisikan surau

sekolah sebagai suatu tempat beribadat khususnya untuk solat serta pusat kegiatan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti amali yang berkaitan

6 dengan Pendidikan Islam. Namun pendefinisian surau sekolah telah diperinci dan dikemukakan semula oleh KPM (1998) sebagai satu bangunan yang terpisah daripada bilik darjah dan terletak dalam kawasan sekolah, digunakan untuk bersembahyang dan menjalankan kegiatan Pendidikan Islam oleh seluruh warga sekolah. Hal ini berbeza dengan bilik sembahyang atau dikenali sebagai musolla yang dibina bersambung dengan bangunan sekolah. Perbezaan antara kedua-duanya merujuk kepada struktur pembinaan sahaja sedangkan fungsinya tetap sama. Apakah definisi SURAU untuk kajian ini? 1.7.2 Pengajaran dan pembelajaran Pengajaran merujuk kepada perihal mengajar atau segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar manakala pembelajaran merupakan proses belajar (Kamus Dewan 2005). Menurut Ab. Halim et al. (2003) pengajaran adalah proses penyampaian ilmu pengetahuan, latihan kemahiran, pembentukan sikap dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri seseorang individu. Manakala pembelajaran merujuk kepada proses pembentukan tingkah laku dan perkembangan diri menerusi pengalaman atau latihan yang diperolehi daripada pengajaran yang disampaikan oleh guru. Secara umumnya, pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan interaksi di antara dua pihak iaitu guru dan pelajar. Proses pengajaran bersandar terus kepada aktiviti yang dilaksanakan oleh guru manakala pembelajaran pula merujuk kepada tindak balas pelajar terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Apa maksud p&p untuk kajian ini? 1.7.3 Pendidikan Islam Pendidikan Islam pada pendapat Tajul (1993) membawa maksud segala bentuk bimbingan rohani dan jasmani berdasarkan hukum-hukum agama Islam yang mengarah kepada terbentuknya keperibadian utama mengikut ukuran-ukuran Islam. Lebih dari itu Pendidikan Islam merupakan proses

7 yang dilalui oleh pelajar yang dididik dengan bimbingan secara sedar untuk mencapai matlamat pembentukan insan yang mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan. Istilah Pendidikan Islam dalam kajian ini merujuk kepada mata pelajaran Pendidikan Islam (Teras) berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang wajib diambil oleh pelajar Islam di semua sekolah menengah di Malaysia. Ianya tidak termasuk tiga mata pelajaran elektif agama yang lain iaitu Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan AlQuran dan As-Sunnah dan Tasawwur Islam. 1.8 METODOLOGI KAJIAN Rekabentuk Kajian Kajian ini berbentuk tinjuan (Survey) yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk mengkaji peranan surau dan keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah di Negeri Sembilan. Populasi Dan Sampel kajian Kajian ini akan melibatkan sebilangan kenapa sebilangan? pelajar tingkatan 4 dan guru-guru Pendidikan Islam dari beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan. Pemilihan sekolah dan sampel kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah two-stage random sampling yang menggabungkan cluster sampling dan stratified random sampling. Chua (2006) menyatakan bahawa jika kajian dilakukan ke atas bilangan subjek yang ramai dalam populasi maka persampelan kelompok (cluster sampling) sesuai digunakan. Di peringkat awal, daerah-daerah di Negeri Sembilan akan

dibahagikan kepada tiga zon iaitu zon 1 (Seremban, Port Dickson), zon 2 (Kuala Pilah, Jempol, Jelebu) dan zon 3 (Tampin, Rembau). Setiap sekolah dari zon tersebut pula akan dikelaskan kepada

8 beberapa kumpulan utama iaitu sekolah berasrama penuh, sekolah menengah memberi kebangsaan tumpuan agama, sekolah menengah menengah teknik/ yang vokasional dan sekolah menengah kebangsaan. Kajian ini hanya kepada sekolah-sekolah mempunyai pelajar beragama Islam dan mempunyai kemudahan surau atau musolla. Instrumen Kajian Tiga bentuk instrumen akan dibina dan digunakan untuk kajian ini : (a) Borang Soal Selidik : Satu set borang soal selidik akan dibina untuk kajian iaitu soal selidik untuk pelajar-pelajar. (b) Protokol Temubual : Satu set protokol temu bual berstruktur akan dibina untuk guru-guru Pendidikan Islam. ( c) Senarai Semak : Satu set borang laporan pemerhatian akan dibina untuk menilai dan merekod data-data keadaan fizikal surau atau musolla sekolah. Penggunaan ketiga-tiga instrumen ini juga adalah sebagai salah satu cara untuk memenuhi aspek triangulasi sesebuah kajian yang mengumpulkan penyelidikan. Prosedur Pengumpulan Data Penyelidik akan mengemukakan permohonan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan sebelum proses dijalankan. Setelah mendapat kebenaran daripada kedua-dua pihak tersebut, penyelidik akan menulis surat dan menghubungi melalui telefon pihak sekolah yang terpilih dan memaklumkan tentang kajian yang akan dijalankan kepada mereka. Penyelidik juga akan mengadakan temujanji dengan pihak pentadbir sekolah untuk mengadakan perbincangan bagi menerangkan tujuan, objektif dan kepentingan kajian ini dijalankan. data dengan menggunakan pelbagai alat

Setelah mendapat kebenaran, penyelidik akan mengedarkan borang soal selidik kepada respoden dengan bantuan guru Pendidikan Islam sekolah berkenaan untuk proses pengumpulan data. Selain itu, penyelidik akan mengadakan temujanji dengan guru-guru Pendidikan Islam untuk mengisi borang soal selidik sebelum ditemu bual dijalankan. Analisis Data Data-data yang diperolehi melalui kajian ini akan dianalisis dengan menggunakan program SPSS. Data-data dari borang soal selidik dan pemerhatian akan dianalisa dengan menggunakan statistik diskriptif seperti peratus dan frenkuensi terutama yang berkaitan dengan latar belakang sampel dan juga persepsi sampel terhadap item-item atau pemboleh-pembolehubah kajian. Data temu bual? Data pemerhatian? 1.9 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan mengkaji fungsi surau dan keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang memberi tumpuan kepada surau-surau sekolah menengah di Negeri Sembilan. Secara lebih terperinci kajian ini akan memperolehi dapatan-dapatan yang boleh dijadikan asas untuk menjalankan kajian yang lebih besar dan mendalam. Dapatan kajian ini merangkumi tahap penggunaan surausurau sekolah berdasarkan persepsi pelajar-pelajar dan guru-guru, tahap keperluan fizikal dan kemudahan prasarana surau-surau di sekolah, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di surau-surau sekolah, perbezaan penggunaan surau dari aspek jantina, jenis sekolah, aliran akademik pelajar, tahap dan latar belakang pendidikan serta lokasi sekolah dan juga kekuatan serta kelemahan penggunaan surau sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

10 Secara keseluruhannya, oleh diharapkan pihak surau kepentingan untuk sekolah, kajian ini aktiviti dapat dan

dimanfaatkan

semua

sama-sama merancang

bekerjasama

membangunkan

prasarana

memperkasakan peranan surau sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan Islam di sekolah-sekolah. 1.10 BATASAN KAJIAN Kajian ini berasaskan kepada beberapa batasan . i) Kajian akan mengkaji persepsi pelajar-pelajar tingkatan 4 dan guru-guru Pendidikan Islam terhadap fungsi dan keberkesanan surau di sekolah mereka dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. ii) Kajian ini hanya akan memberikan tumpuan kepada surau di sekolah-sekolah menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja. Ianya tidak akan mengkaji fungsi surau-surau sekolah rendah, sekolah-sekolah swasta, sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan sekolah menengah agama di bawah kelolaan kerajaan negeri. iii) Kajian ini hanya akan dijalankan di beberapa buah sekolah menengah di Negeri Sembilan yang akan dipilih secara rawak dan keputusan yang diperolehi tidak boleh digeneralisasikan ke negeri-negeri lain. iv) Kajian ini tidak akan mengkaji surau-surau masyarakat awam yang diurus dan ditadbir oleh masyarakat setempat. v) Peranan masjid-masjid awam juga tidak akan diberi

tumpuan dalam kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai