Anda di halaman 1dari 13

SINDROM TIDUR DI DALAM BILIK KULIAH

October 29, 2012

1.0 PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kami dapat menyiapkan kajian Bahasa Malaysia IV (LKM 400) dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Safiah binti Ahmad selaku pensyarah Bahasa Malaysia kami yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara kami sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, kami tidak akan dapat menghasilkan satu tugasan yang baik. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Univesiti Sains Malaysia atas kemudahan yang telah disediakan kepada para pelajar seperti kemudahan pusat sumber bagi mendapatkan buku rujukan yang berkaitan dengan tugasan dan kemudahan wifi bagi memudahkan kami untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dangan kerja kursus ini. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan kami atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam membuat kajian tentang sindrom tidur di dalam dewan kuliah. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan kami amat menghargainya.

Sekian, terima kasih.

BAHASA MALAYSIA IV (LKM 400)

SINDROM TIDUR DI DALAM BILIK KULIAH

October 29, 2012

2.0 ISI KANDUNGAN


1.0 PENDAHULUAN ............................................................................................................... 1 2.0 ISI KANDUNGAN ............................................................................................................ 2 3.0 OBJEKTIF .......................................................................................................................... 3 4.0 PENGENALAN .................................................................................................................. 4 5.0 SINDROM TIDUR DI DALAM BILIK KULIAH ......................................................... 5 5.1 Punca ....................................................................................................................... 5 5.2 Kesan ....................................................................................................................... 6 5.3 Langkah ................................................................................................................... 7 6.0 RUMUSAN ......................................................................................................................... 8 7.0 LAMPIRAN ........................................................................................................................ 9 7.1 Soal Selidik .......................................................................................................... 9-10 7.2 Analisis Soal Selidik ......................................................................................... 11-12 8.0 RUJUKAN .........................................................................................................................13

BAHASA MALAYSIA IV (LKM 400)

SINDROM TIDUR DI DALAM BILIK KULIAH

October 29, 2012

3.0 OBJEKTIF
1. Mendefinisikan masalah tidur di dewan kuliah. 2. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan meneliti masalah tidur di dewan kuliah dalam kalangan pelajar di universiti. 3. Kajian ini dijalankan untuk menambah pengetahuan kami tentang mengapa terjadinya masalah tidur di dewan kuliah dalam kalangan pelajar Universiti. 4. Kajian ini dijalankan untuk menyatakan faktor yang menyebabkan gejala tidur di dewan kuliah. 5. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti punca pelajar sering kali tidur di dalam dewan kuliah. 6. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji bagaimana masalah tidur di dalam dewan kuliah ini dapat dibendung supaya pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. 7. Untuk mengenal pasti kesan pelajar tidur di dalam dewan kuliah. 8. Kajian ini dijalankan untuk mencadangkan langkah untuk mengatasi masalah tidur di dewan kuliah dalam kalangan pelajar di universiti.

BAHASA MALAYSIA IV (LKM 400)

SINDROM TIDUR DI DALAM BILIK KULIAH

October 29, 2012

4.0 PENGENALAN
Masalah tidur di dalam dewan kuliah sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan pelajar universiti di seluruh Malaysia. Manakala, kita kerap kali diingatkan bahawa sebahagian besar proses pembelajaran berlaku ketika berada di dalam kelas. Hal ini kerana, ketika inilah segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran pelajar diterangkan dengan sebaik-baiknya oleh guru. Andai kata kita tidak fokus ketika berada di dalam kelas, maka hilanglah sebahagian besar maklumat yang sepatutnya dipelajari oleh para pelajar. Justeru, semua pelajar berusaha dengan cara yang terbaik untuk meningkatkan fokus di dalam kelas. Tetapi jikalau kita sudah mengantuk, letih, dan bosan, bagaimana boleh kita memberikan sepenuh perhatian atau kosentrasi kita terhadap perkara yang sedang disampaikan oleh guru mahupun pensyarah. Kebanyakan pelajar tidak mencatat nota ketika sesi pembelajaran, hal ini menyebabkan pelajar tidak bergerak aktif ketika berada di dalam kuliah dan menyebabkan mereka merasa mengantuk. Kajian menunjukkan ramai dalam kalangan pelajar tidak kira di alam persekolahan atau pun ketika di alam universiti yang tidak membuat persediaan yang cukup sebelum ke kelas. Apabila mereka tidak membaca dahulu apa yang akan diajar oleh guru dan pensyarah pada hari tersebut, pelajar akan cepat hilang tumpuan. Justeru itu, apa yang diajar oleh pensyarah, tidak akan difahami dan bagaimana pelajar mahu berasa seronok ketika belajar. Apabila pelajar berasa tidak seronok untuk berada di dalam dewan kuliah itu, maka mereka akan mengambil inisiatif untuk tidur di dalam dewan kuliah tersebut. Ini adalah kerana,bagi mereka tidur lebih baik daripada mendengar pensyarah tersebut berleter di hadapan dewan kuliah. Dalam pada itu,ramai pelajar yang beranggapan bahawa tidur lewat adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Ya, benar. Ramai di antara pelajar yang berjaya dengan berbuat demikian. Tidur lewat untuk mengulangkaji pelajaran.Terdapat juga lebih ramai pelajar yang berjaya namun tidak mengamalkan kaedah sedemikian.Ini adalah kerana, Apabila tidur tidak cukup jamnya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Hal ini akan mengakibatkan mengantuk di dalam kelas. Dan apa yang diajar oleh pensyarah tidak akan dapat masuk sepenuhnya ke dalam otak pelajar kerana terlalu mengantuk di dalam kuliah. Percayakah kita bahawa lebih 50 peratus pelajar tidak memberikan sepenuh perhatian ketika pensyarah mengajar di kelas. Kelas dan dewan kuliah bukan tempat untuk anda berangan-angan atau membiarkan fikiran anda bebas menanar ke mana-mana. Pensyarah sebenarnya sedar bahawa anda sedang bermimpi di dalam kuliah tersebut. Justeru itu,

BAHASA MALAYSIA IV (LKM 400)

SINDROM TIDUR DI DALAM BILIK KULIAH

October 29, 2012

sebelum ke kelas, pelajar haruslah ikhlaskan hati dan betulkan semula niat. Dengan ini pelajar tidak akan tidur di dalam dewan kuliah lagi.

5.0 SINDROM TIDUR DI DALAM BILIK KULIAH 5.1 PUNCA

Punca-punca pelajar sering kali tertidur atau tidur di dalam bilik kuliah adalah tidak cukup tidur atau waktu tidur tidak konsisten.Ramai pelajar beranggapan bahawa tidur lewat merupakan jalan penyelesaian yang terbaik untuk menskor dalam peperiksaan. Hal ini mungkin benar sedangkan ramai orang berjaya berbuat demikian. Mereka tidur lewat kerana hendak mengulang kaji pelajaran. Namun begitu, sesetengah lagi yang tidur lewat sematamatanya untuk memain computer ataupun melayari laman web Facebook. Untuk pengetahuan anda, ramai orang yang berjaya tidak mengamalkan kaedah sedemikian. Mereka mengamalkan amalan kehidupan seharian yang sihat. Apabila anda tidur lewat, anda akan mengantuk di dalam kelas atau kuliah. Dengan itu, anda akan kurang faham dengan apa-apa yang cikgu atau pensyarah ajar. Malahan, tidak memahami pelajaran yang disampaikan merupakan antara punca pelajar sering kali tertidur di dalam kuliah.Kadang kala pensyarah menyampaikan pelajaran dengan cara yang amat membosankan. Hal ini kemungkinan pensyarah menggunakan kaedah yang kolot untuk mendidik pelajar. Kaedah tersebut tidak dapat diterima oleh pelajar-pelajar yang berfikiran moden ini. Selain itu, pelajar-pelajar juga tidak membuat persediaan sebelum kuliah. Perkara ini telah mengakibatkan pelajar berasa mengantuk atau tidur dalam kuliah karana mereka langsung tidak faham dengan apa-apa yang hendak disampaikan oleh pensyarah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebosanan boleh membawa kepada rasa mengantuk. Tambahan pula, suasana atau keadaan dewan kuliah yang sejuk ataupun panas juga menjadi puncanya.Dalam keadaan yang sejuk atau terlampau panas menyebabkan pelajar berasa tidak selesa semasa belajar. Hal ini the mengakibatkan pelajar mengambil inisiatif untuk tidur dalam kelas atau kuliah. Namun begitu, kebanyakan pensyarah tidak mengendahkan pelajar apabila melihat mereka sedang tidur. Pensyarah langsung tidak memarahi mahupun menasihati pelajar tetapi meneruskan pengajarannya. Hal ini telah menyebabkan pelajar tidak mempedulikan pensyarah dan terus tidur. Tingkah laku pelajar semakin bertambah buruk disebabkan oleh sikap pensyarah yang tidak endah.
BAHASA MALAYSIA IV (LKM 400) 5

SINDROM TIDUR DI DALAM BILIK KULIAH

October 29, 2012

5.2 KESAN

Antara kesan pelajar tidur di dalam dewan kuliah adalah pelajar akan ketinggalan pelajaran dalam mata pelajaran tersebut . Hal ini sedemikian kerana apabila pelajar tidur ketika pensyarah mengajar , pelajar tidak mendapat dan tidak memahami pelajaran yang cuba disampaikan oleh pensyarah . Justeru , pelajar tidak mengetahui perkara perkara yang penting yang bakal keluar dalam peperiksaan . Contohnya , pensyarah membincangkan dan menyelesaikan soalan soalan peperiksaan tahun lepas . Pelajar yang tidur di dalam kelas sangat rugi dan akan ketinggalan dalam mata pelajaran tersebut . Selain itu , pelajar tidak boleh menyelesaikan soalan soalan tutorial . Pensyarah akan mengajar mata pelajaran tersebut , bagi memahami pelajaran tersebut dengan lebih mendalam pelajar haruslah menyelesaikan soalan tutorial . Jika pelajar tidur di dalam dewan kuliah sekaligus tidak memahami mata pelajaran tersebut , pelajar pasti tidak boleh menyiapkan soalan tutorial . Oleh itu , pelajar akan datang ke kelas tutorial dengan kertas kosong tanpa jawapan dan mengharapkan jawapan daripada pensyarah . Hal ini tidak sepatutnya terjadi dalam kalangan pelajar . Di samping itu , keputusan peperiksaan pelajar akan merosot . Apabila pelajar tidur di dalam dewan kuliah , pelajar tidak memahami pelajaran yang disampaikan oleh pensyarah lalu pelajar akan ketinggalan pelajaran dan tidak dapat menyelesaikan soalan tutorial sekaligus tidak dapat menjawab soalan peperiksaan . Hal ini menyebabkan keputusan peperiksaan pelajar akan merosot . Perkara ini akan membimbangkan pelbagai pihak terutama sekali pihak universiti . Nama universiti akan tercemar dengan adanya pelajar yang tidur di dalam kelas . Justeru , pelajar janganlah tidur di dalam dewan kuliah agar dapat memahami mata pelajaran tersebut sekaligus meraih keputusan peperiksaan yang sangat baik .

BAHASA MALAYSIA IV (LKM 400)

SINDROM TIDUR DI DALAM BILIK KULIAH

October 29, 2012

5.3 LANGKAH
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi sindrom tidur di dalam dewan kuliah. Salah satu adalah pelajar harus mempunyai masa tidur yang mencukupi. Pelajar seharusnya mempunyai jam masa tidur 6 jam hingga 8 jam untuk menyediakan mereka dalam pembelajaran. Pelajar boleh mengaturkan jadual waktunya supaya mereka mempunyai peruntukan untuk masa rehat dan tidur. Justeru, pelajar akan mempunyai minda yang cergas untuk memahami pengajaran di dalam dewan kuliah dan tidak akan berasa letih atau cenderung tidur di dalam dewan kuliah. Selain itu, pelajar hendaklah menelaah topik- topik tertentu sebelum mengikuti kuliah. Pelajar akan lebih memahami pengajaran dan tidak akan berasa bosan ataupun tidak berminat dengan kuliah tersebut. Sekiranya pelajar membuat persiapan sebelum kuliah , pelajar akan berasa lebih senang untuk memahami topik-topik yang diajar oleh pensyarah. Pelajar tidak akan cenderung tidur di dalam dewan kuliah kerana pelajar berminat untuk mengetahui maklumat yang lebih terperinci selepas menelaah topik tersebut. Di samping itu, pelajar digalakkan untuk rajin bertanya soalan kepada pensyarah. Sekiranya pelajar sering bertanya, pelajar tidak akan berasa bosan kerana pelajar mempunyai sikap ingin tahu. Interaksi antara pelajar dan pensyarah amat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan mendapat manfaat dan ilmu pengetahuan yang lebih tinggi dan mantap sekiranya pelajar sering bertanya soalan dan saling bertukar pendapat dengan pensyarah mahupun rakan-rakan. Tambahan pula, pelajar juga boleh membawa air mineral ataupun gula-gula ke dewan kuliah. Oleh sebab terdapat sesetengah kuliah yang panjang, pelajar akan berasa letih dan bosan. Hal ini akan mendorong pelajar untuk tidur di dalam dewan kuliah. Pelajar boleh minum air ataupun makan gula-gula supaya berasa lebih segar dan tidak mudah mengantuk. Gula-gula yang berkesan dalam mengurangkan rasa mengantuk adalah gula-gula perasa pudina, gula-gula kunyah dan lain-lain. Pelajar juga digalakkan untuk mengemukakan cadangan ataupun idea kepada pensyarah untuk menyesuaikan cara pengendalian kuliah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat jadi lebih menarik. Pelajar akan berasa selesa dan aktif jika cara pengendalian kuliah sesuai dengan pelajar. Pensyarah juga akan lebih memahami cara untuk mengendalikan kuliah supaya pelajar giat melibatkan diri dalam proses pembelajaran untuk mendapatkan keputusan yang baik.
BAHASA MALAYSIA IV (LKM 400) 7

SINDROM TIDUR DI DALAM BILIK KULIAH

October 29, 2012

6.0 RUMUSAN

Melalui kajian bagi tugasan Bahasa Malaysia (LKM 400) ini, kami telah banyak mempelajari tentang langkah bagi mengelakkan sindrom tidur di dalam dewan kuliah sepanjang masa kajian ini dijalankan. Kami telah mendapat banyak bantuan daripada pelbagai pihak untuk melaksanakan kajian Bahasa Malaysia ini. Maklumat yang diperolehi telah menjadikan kami lebih bersemangat untuk menyiapkan serta melengkapkan tugasan yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Selain itu, tugasan ini juga memberikan pengajaran kepada kami bahawa budaya tidur di dalam dewan kuliah merupakan budaya yang tidak sihat, malahan merugikan kami sebagai pelajar. Oleh itu, kita sebagai pelajar haruslah sentiasa bersiap-sedia untuk menuntut ilmu serta mengamalkan cara belajar yang betul bagi mengelakkan budaya tidur di dalam kuliah berlaku lagi. Tambahan pula, kami juga dapat menghayati nilai bekerjasama dan bersatu-padu antara rakan sekelas kami semasa menjalankan dan menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Nilai ini telah membuatkan kami serta rakan-rakan yang lain berganding bahu untuk mencari maklumat dan menjalankan soal-selidik tentang sindrom tidur di dalam dewan kuliah ini. Tugasan ini juga memberi peluang kepada kami untuk menjalankan kajian dengan cara yang betul serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Nilai yang telah diperoleh oleh kami adalah keberanian untuk berkomunikasi, memupuk semangat bekerjasama, saling bantumebantu serta sikap mementingkan dan menghargai ilmu yang disampaikan kepada kami. Nilai-nilai ini akan kami jadikan satu amalan bagi mengharumkan lagi nama Universiti Sains Malaysia yang tercinta ini.

BAHASA MALAYSIA IV (LKM 400)

SINDROM TIDUR DI DALAM BILIK KULIAH

October 29, 2012

7.0 LAMPIRAN 7.1 SOAL SELIDIK SOAL SELIDIK SINDROM TIDUR DI DALAM BILIK KULIAH

Jantina :

Lelaki

Perempuan

Umur : ....................tahun

Bangsa : ........................................

Kursus Pengajian : ......................................

Tahun Pengajian : .............................

Adakah anda pernah tidur di dalam bilik kuliah? Jikalau pernah, berapa kali? ( Sekali ) ( Kadang kadang)

YA

TIDAK

>10 (Seringkali)

Bilakah waktu kelas yang biasa anda gunakan untuk tidur atau tertidur? Pagi Petang Malam

Apakah punca-punca yang menyebabkan anda sering kali tertidur di dalam bilik kuliah? ( Tandakan yang berkaitan sahaja) Tidak cukup tidur. Waktu tidur yang tidak konsisten. Tidak memahami perkara yang disampaikan oleh pensyarah. Suasana pembelajaran yang suram / membosankan.
BAHASA MALAYSIA IV (LKM 400) 9

SINDROM TIDUR DI DALAM BILIK KULIAH

October 29, 2012

Keadaan persekitaran ( bilik kuliah yang sejuk / panas ). Tidak membuat persediaan sebelum masuk ke kuliah.

Adakah anda pernah ditegur oleh pensyarah kerana tertidur? YA TIDAK

Pernakah anda mencuba atau mengawal perasaan mengantuk ketika berada di dalam bilik kuliah? YA TIDAK

Jikalau YA , nyatakan. .............................................................................................................. Adakah cara yang anda gunakan berkesan? YA TIDAK

Pada pandangan anda, adakah sindrom tidur di dalam bilik kuliah memberikan kesan negatif terhadap diri anda serta proses pembelajaran anda? ....................................................................................................................................................... .......................................................................................................................................................

BAHASA MALAYSIA IV (LKM 400)

10

SINDROM TIDUR DI DALAM BILIK KULIAH

October 29, 2012

7.2 ANALISIS SOAL SELIDIK

WAKTU YANG BIASA PELAJAR GUNAKAN UNTUK TIDUR ATAU TERTIDUR


Pagi Petang Malam

13% 34%

53%

KEKERAPAN PELAJAR TIDUR DI DALAM BILIK KULIAH


8 7 6 5 4 3 2 1 0 SEKALI JARANG SERINGKALI

BAHASA MALAYSIA IV (LKM 400)

11

SINDROM TIDUR DI DALAM BILIK KULIAH

October 29, 2012

PUNCA YANG MENYEBABKAN PELAJAR SERING KALI TERTIDUR DI DALAM KELAS


12 10 8 6 4 2 0

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAWAL PERASAAN MENGANTUK KETIKA DI DALAM KULIAH

TIDUR YANG CUKUP MEMBAWA MAKANAN DAN MINUMAN AKTIF DI DALAM KULIAH BERSEDIA SEBELUM MASUK KE KULIAH

BAHASA MALAYSIA IV (LKM 400)

12

SINDROM TIDUR DI DALAM BILIK KULIAH

October 29, 2012

8.0 RUJUKAN

Barbara J. Guenderrmann, Billie Fernsebner Buku Ajar : Keperawatan Perioperatif, Buku Kedokteran EGC,Jakarta 1996 Prof. H. Parayitno Dasar-Dasar Bimbingan Dan Konseling ,Rineka Cipta,Jakarta 2004
http://bunzut.wordpress.com/2008/11/27/sindrom-tidur-di-kelas/ http://www.liyanaa.com/2010/07/bagaimana-nak-mengelakkan-rasa-mengantuk-di-dalamkelas.html http://warkahsiber.blogspot.com/2012/05/10-cara-hebat-untuk-fokus-di-dalam.html http://www.telagabiru.net.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=253:kaedahmengatasi-kelesuan&catid=42:artikal&Itemid=367

BAHASA MALAYSIA IV (LKM 400)

13

Anda mungkin juga menyukai