Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Pengurusan bilik darjah adalah perlu untuk mengekalkan persekitaran


pembelajaranyang kondusif. Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pengurusan bilik
darjah yang mesra budaya adalah relevan untuk diaplikasikan oleh guru dalam
konteks pendidikan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, pengurusan bilik darjah
yang mesra budaya dapat membentuk hubungan yang baik antara murid untuk
menerima perbezaan yang wujud dalam kalangan mereka.

Oleh itu, guru perlu berperanan menyusun atur bilik darjah agar semangat
kekitaan dalam kalangan murid dapat diwujudkan. Perkara tersebut secara tidak
langsung dapat mewujudkan integrasi nasional dalam kalangan murid tersebut.
Tinjauan telah dilakukan di Prasekolah IPG Kampus Darulaman bagi membuat
penambahbaikan bilik darjah agar dapat mewujudkan bilik darjah yang mesra
budaya.

1
2.0 PENAMBAHBAIKAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

2.1 Susunan kerusi dan meja

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam bilik darjah prasekolah ini
adalah pada susunan kerusi dan meja. Susunan kerusi dan meja murid disusun
terlalu rapat sehingga kelihatan padat walaupun masih lagi terdapat banyak ruang
kosong untuk menjarakkan susunan meja murid . Hal ini menyebabkan murid sukar
bergerak sekaligus menghalang mereka untuk berinteraksi secara aktif sesama
mereka. Aktiviti berkumpulan juga susah dilaksanakan kerana kedudukan kerusi dan
meja yang terlalu padat sehinggakan terdapat murid duduk di atas meja seperti
dalam rajah 1. Hal ini adalah kerana, murid tidak selesa dengan ruang yang sempit
untuk mereka bergerak dan melakukan aktiviti. Selain itu, jarak antara meja guru
dengan meja murid juga diletakkan terlalu jauh. Hal ini boleh mengganggu pedagogi
yang guru laksanakan kerana pelajar tidak dapat dengar apa yang dikatakan guru
serta tidak dapat melihat guru dengan jelas guru dari meja mereka. Menurut Marland
(1975), suasanan fizikal dalam bilik darjah mungkin merupakan “kawan” atau
“musuh” dalam pengajaran. JIka guru menyusun atur fizikal dengan baik akan
mendatangkan keselamatan, keselesaan serta suasana yang kondusif untuk murid
belajar. Manakala, jika susun atur fizikal bilik darjah adalah tidak tersusun, maka
akan mendatangkan bahaya serta ketidakselesaan kepada pelajar untuk belajar.

Rajah 1: Terdapat murid yang duduk di atas meja

2
Penambahbaikan yang boleh dilakukan di sini adalah susun atur kerusi dan meja
murid disusun dengan jarak yang ideal kerana masih lagi terdapat ruang-ruang bagi
menjarakkan lagi kedudukan kerusi dan meja antara pelajar. Kemudian meja guru
perlu diletakkan di kedudukan yang dekat dengan meja murid dan sebaiknya meja
guru diletakkan di hadapan bilik darjah. Keadaan ini membolehkan guru untuk
memantau kelakuan murid agar tidak berlaku keadaan yang tidak diingini lebih-lebih
lagi murid pada tahap prasekolah yang kebiasaannya menimbulkan kemalangan
yang tidak diingini. Di kedudukan ini, semua murid dapat melihat guru dengan jelas
ketika proses pembelajaran supaya mereka dapat belajar dengan keadaan yang
kondusif. Semasa aktiviti berkumpulan, guru juga mudah untuk membimbing pelajar
dari meja guru.

2.2 Sumber dan bahan

Penambahbaikan yang seterusnya adalah pada sumber dan bahan


pembelajaran dalam bilik darjah. Sumber dan bahan pembelajaran yang berada di
dalam bilik darjah tersebut adalah tidak sesuai dengan tahap pelajar prasekolah.
Contohnya, terdapat ensiklopedia yang mengandungi ilmu sains pada tahap umur
yang lebih dewasa diletakkan sebagai bahan dan sumber pembelajaran di kelas
seperti dalam Rajah 2. Bahan pembelajaran sebegini menyebabkan murid tidak
faham apa yang dibaca oleh mereka seterusnya menyebabkan murid merasakan
diri mereka adalah lemah dan kurang pandai. Hal ini boleh mengganggu emosi
murid ketika belajar menyebabkan mereka tidak fokus terhadap pengajaran guru.
Konten dan isi pelajaran yang terdapat pada sumber dan bahan adalah tidak berkait
dengan pengetahuan dan pengalaman murid. Oleh itu, pembelajaran bermakna
tidak berlaku. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2003), gangguan emosi
dalam kalangan murid sering berkait rapat dengan faktor personaliti,keluarga,
sekolah, rakan sebaya dan persekitaran. Sumber dan rujukan yang tidak sesuai
dengan tahap umur murid adalah antara contoh persekitaran yang boleh
mengganggu emosi murid.Selain itu, kedudukan sumber atau bahan maklumat
diletakkan pada tempat yang tidak sesuai. Contohnya terdapat sudut bacaan yang
diletakkan pada tempat yang terlalu tinggi sehingga menyukarkan murid untuk
membacanya.

3
Rajah 2:Ensiklopedia sains yang tidak sesuai dengan tahap umur murid

Penambahbaikan yang sepatutnya dilakukan ialah guru menyediakan suatu


sudut dan ruang bacaan yang menyediakan bahan bacaan yang sesuai dengan
tahap pelajar serta mengandungi nilai-nilai perpaduan dan persefahaman antara
pelbagai kaum agar dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya. Guru juga boleh mengaplikasikan penggunaan peta I-think pada maklumat-
maklumat tersebut seperti mana yang diberi penekanan dalam pembelajaran abad
ke-21. Penggunaan peta I-think dapat memudahkan murid dalam memahami konsep
dan mesej yang terkandung dalam bahan bacaan. Hal ini secara tidak langsung
mendorong murid untuk mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh daripada
sudut khas tersebut dalam konteks kehidupan seharian untuk mewujudkan budaya
yang mesra. Kemudian, guru perlu meletakkan sudut maklumat pada tempat yang
sesuai dan mudah untuk dilihat oleh murid.Bagi tahap prasekolah guru perlu
merendahkan sedikit sudut bacaan agar dapat dibaca oleh murid kerana murid
prasekolah adalah rendah dan kecil.

2.3 Pencahayaan dan warna

Pencahayaan dan warna yang sesuai amatlah penting untuk keselesaan murid
dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan
lampu yang berfungsi dengan baik akan memberi pencahayaan yang mencukupi.

4
Namun, di dalam bilik darjah prasekolah tersebut terdapat lampu yang rosak dan
tidak berfungsi menyebabkan pencahayaan kelas menjadi agak malap seperti dalam
Rajah 3. Hal ini boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada murid untuk belajar
lebih-lebih lagi kepada murid yang rabun. Suasana pembelajaran yang kondusif
sukar untuk dicapai kerana pelajar tidak dapat memberikan fokus dan tumpuan
dengan sepenuhnya. Selain itu, terdapat juga sudut bacaan dan barang-barang
yang tidak sepatutnya digantungkan pada tingkap sehingga menyebabkan cahaya
terhalang dari masuk ke dalam kelas. Hal ini boleh menyebabkan bilik darjah
kelihatan gelap dan suram.

Rajah 3: Terdapat lampu yang tidak berfungsi

Penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah guru haruslah memastikan alat


elektrik ini berfungsi dengan baik dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab
jika terdapat kerosakan. Hal ini adalah supaya kelas kelihatan cerah dan ceria.
Menurut Diana Fransisca(2012), warna dapat memberikan kesan positif atau
negatif,menciptakan rasa optimis, meningkatkan rasa percaya kepada diri sendiri
dan menggambarkan harapan. Pencahayaan yang baik boleh mendatangkan
suasana pembelajaran yang kondusif. Susun atur alat dan bahan pembelajaran
dalam bilik darjah juga hendaklah disusun dengan baik supaya tidak menghalang
tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan.

5
Guru hendaklah mengalihkan alat dan bahan yang terdapat pada tingkap ke tempat
yang lebih sesuai agar pencahayaan kelas tersebut kondusif untuk proses
pengajaran dan pembelajaran.

2.4 Keselamatan

Aspek keselamatan merupakan antara aspek yang perlu diambil serius dalam
bilik darjah. Tanpa perlindungan keselamatan, murid akan berasa takut, bimbang
atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara
sedar atau tidak. Di dalam bilik darjah prasekolah tersebut, terdapat meja yang
berbucu tajam seperti dalam Rajah 4 yang boleh mendatangkan kecederaan yang
serius jika murid terlanggar atau jatuh ke bucu meja tersebut . Pengurusan bilik
darjah yang longgar dan cuai akan mendatangkan bahaya kepada murid. Selain itu,
terdapat alatan tajam seperti gunting yang diletakkan berhampiran dengan kerusi
dan meja murid. Hal ini boleh mendatangkan bahaya kepada murid lebih-lebih lagi
pada peringkat prasekolah yang masih kecil dan suka bermain dengan barang-
barang. Pelbagai kemungkinan kemalangan boleh berlaku jika alatan tajam sebegini
diletakkan berhampiran dengan pelajar. Masalah sebegini akan mengganggu emosi
murid kerana merasakan diri mereka terdedah dengan bahaya secara tidak
langsung akan turut memberi kesan kepada pedagogi guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 4: Terdapat buju tajam pada perabot dalam bilik darjah

6
Untuk mencegah kemalangan kita harus memahami apa itu kemalangan dan
bagaimana ia berlaku (Bahari, 2006). Guru perlu mengetahui dan cuba mengelakkan
risiko bahaya yang mungkin akan berlaku kepada murid. Penambahbaikan yang
boleh dilakukan ialah alatan dan bahan di bilik darjah perlulah selamat digunakan.
Alatan yang berada dalam bilik darjah mestilah tidak mendatangkan bahaya kepada
murid. Guru perlu memastikan meja dan kerusi adalah selamat untuk murid
gunakan. Perabot yang berbucu bulat adalah lebih selamat bagi kanak-kanak. Guru
tidak boleh menganggap kanak-kanak mengetahui tentang bahaya dan risko yang
ada. Guru perlu merancang langkah bagi mengelakkan kemalangan yang mungkin
menimpa murid-murid. Selain itu, guru perlu memastikan peralatan yang berbahaya
seperti gunting disimpan di tempat yang selamat. Hal ini adalah supaya murid dapat
menjalankan aktiviti dengan bebas dan rasa selesa dan mengelakkan daripada
kemalangan yang tidak diduga.

3.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, guru perlu mempunyai sikap yang positif untuk membuat


perubahan dalam bilik darjah supaya dapat meningkatkan lagi keselesaan kepada
murid untuk belajar. Persekitaran fizikal bilik darjah perlu diberi perhatian yang
sewajarnya dan dirancang dengan teliti kerana persekitaran fizikal bilik darjah yang
bersesuaian dapat mempengaruhi suasana pembelajaran, penjanaan idea, nilai,
sikap dan tingkah laku pelajar.

Guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik, malah mereka juga


berperanan sebagai pemudahcara, pembimbing dan perancang untuk memastikan
anak didik kita mampu mencapai kecemerlangan secara holistik dalam semua
bidang. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya adalah perlu disediakan
kepada murid-murid agar mereka boleh memaksimumkan penglibatan semasa
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru-guru perlulah proaktif untuk
memastikan konsep bilik darjah mesra budaya boleh dicapai.

Anda mungkin juga menyukai