Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Dasawarsa ini, dalam dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi yang
semakin pesat telah membawa banyak perubahan kepada ketamadunan manusia dalam
semua aspek. Jika kita lihat pada zaman dahulu, aspek pendidikan adalah sangat tidak
dititikberatkan jika dibandingkan dengan masa kini. Hal ini demikian kerana, sekiranya
seseorang manusia pada hari ini tanpa ilmu pengetahuan melalui pendidikan, maka manusia
tersebut tidak akan dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan sesebuah negara
tersebut akan rugi dari aspek modal insan. Untuk melahirkan murid yang cemerlang pada hari
ini, tanggungjawabnya sememangnya terletak pada diri seseorang guru. Seseorang guru di
sekolah ibarat ibu dan bapa kepada murid-murid. Oleh itu, mereka perlulah menunjukkan
teladan yang baik ketika mengajar di dalam kelas untuk mewujudkan suasana kelas yang
mesra budaya.

Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2012), persekitaran pembelajaran yang mesra
budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang
harmonis dan aman di peringkat nasional dan global. Bagi negara kita yang terdiri daripada
masyarakat yang pelbagai bangsa dan agama, penerapan nilai-nilai sivik dalam diri setiap
individu adalah sangat penting untuk memelihara keamanan dan keharmonian negara kita.
Antara nilai-nilai sivik tersebut ialah seperti hormat-menghormati, kasih sayang, toleransi dan
sebagainya. Oleh itu, guru-guru di sekolah bermula dari prasekolah perlu menerapkan elemen
mesra budaya di dalam kelas semasa berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran
(PdP) untuk mewujudkan suasana yang kondusif dan positif dalam kalangan murid-murid.

2.0 ISU YANG DIHADAPI DI BILIK DARJAH PRASEKOLAH IPGKDA

2.1 PERSEKITARAN FIZIKAL

Dalam usaha menjadikan suasana bilik darjah yang mesra budaya, pelbagai cara boleh
diadaptasikan oleh guru yang bertindak sebagai pihak yang menguruskan bilik darjah. Oleh
itu perkara seperti susun atur meja harus dititikberatkan.Menurut pemerhatian
saya,Kekurangan ruang antara meja murid dan susun atur perabot menyebabkan
ketidakselesaan bagi murid seterusnya menyebabkan murid kurang fokus kerana
keterbatasan ruang.Hal ini juga akan mendorong kepada kecederaaan jika tidak diberi
perhatian.

1
2.2 KAWALAN EMOSI MURID

Kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun masih lagi cenderung untuk bermain.Pengajaran


yang terlalu membebankan dan guru yang sangat tegas akan mempengaruhi emosi murid
tersebut.Guru yang terlalu garang menyebabkan murid tidak seronok untuk belajar dan terlalu
takut kepada guru.Seterusnya perkara ini akan menyebabkan murid tersebut akan mencari
alasan untuk tidak hadir ke sekolah.Maka murid itu akan ketinggalan dalam pelajaran.

2.3 PENGURUSAN SOSIAL MURID DALAM BILIK DARJAH

Pengawalan disiplin murid perlu diberi perhatian bagi memastikan PdP berjalan dengan
lancar.Murid yang mempunyai masalah disiplin akan menganggu rakan yang lain untuk
belajar.Hal ini menyebabkan PdP terganggu.Seterusnya,guru yang tiidak melibatkan
keseluruhan murid secara aktif semasa PdP menyebabkan Sebahagian lagi murid yang pasif
tidak dapat mempelajari isi pelajaran yang ingin disampaikan.

2.4 PERATURAN BILIK DARJAH YANG TERLALU LONGGAR

Peraturan yang tidak jelas menyebabkan tingkah laku murid tidak terkawal.Hal ini kerana
mereka tidak mempunyai garis panduan yang jelas tentang bagaimana perlakuan yang
sepatutnya mereka lakukan.Oleh demikan hal ini menyebabkan mereka telah terbawa dengan
budaya di rumah yang ingin sentiasa bermain.Oleh itu,jika guru tidak mengambil tindakan
yang sewajarnya,perlakuan tersebut akan semakin sukar untuk diubah.

3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN BILIK DARJAH PRASEKOLAH YANG MESRA


BUDAYA

3.1 PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah merupakan salah satu aspek yang sangat
penting untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya untuk
membantu perkembangan murid dalam pembelajaran. Oleh itu, persekitaran fizikal bilik darjah
seperti keluasan ruang dan susun atur perabut perlu sesuai dengan kapasiti pelajar kerana
bilangan pelajar yang melebihi kapasiti yang sepatutnya sehingga boleh menyebabkan
suasana dalam bilik darjah kurang selesa dan akhirnya menimbulkan masalah disiplin seperti

2
bergaduh, tidak memberi perhatian semasa guru mengajar, mendatangkan kecederaan dan
sebagainya (Mok dalam Hasfarina Abas, 2012).

Oleh hal yang demikian, seseorang guru harus mengawal kelas dengan bijak dengan
menyusun atur tempat duduk dengan mempelbagaikan murid yang terdiri daripada pelbagai
kaum supaya mereka boleh menerima dan bekerjasama antara satu sama lain. Di samping
itu, guru juga perlu memastikan suasana bilik darjah adalah ceria dan bersih.Aspek keceriaan
kelas adalah sangat penting kerana sesebuah kelas yang ceria mampu meningkat semangat
dan motivasi murid untuk belajar dan seterusnya boleh meningkatkan prestasi murid (Haliza
Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2016). Antara usaha yang boleh dilakukan oleh guru untuk
menceriakan kelas ialah seperti menghias bilik kelas, memastikan cahaya di dalam kelas
adalah mencukupi, mengemaskini papan kenyataan dan sebagainya.

3.2 PENGURUSAN SOSIO-EMOSI MURID

Aspek sosio emosi murid juga sangat penting untuk menjamin persekitaran sesebuah bilik
darjah yang mesra budaya. Menurut Noor Azima dalam Rizalina Mat Radzi (2014),
perkembangan sosio emosi kanak-kanak khususnya adalah keupayaan kanak-kanak untuk
berinteraksi serta memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi atau keadaan yang
dapat dilihat melalui kelakuan kanak-kanak.Sekiranya sosio emosi seseorang murid di dalam
kelas adalah positif, maka ianya secara tidak langsung akan menjadi perangsang untuk
membangkitkan semangat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti PdP.

Buktinya, menurut Woolfook dalam Syed Ismail dan Ahmad Subki (2012), motivasi atau
kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid.
Oleh itu, semasa melaksanakan aktiviti PdP, seseorang guru boleh memberi galakan ataupun
pujian kepada murid sekiranya murid menjawab dengan betul latihan ataupun soalan yang
diberikan. Hal ini secara tidak langsung boleh memberi semangat dan motivasi kepada murid
untuk terus aktif dalam aktiviti bilik darjah. Selain itu, seseorang guru juga perlu mengelakkan
dirinya mengeluarkan kata-kata yang negatif seperti ‘kamu memang bodoh la…’, ‘pemalas
betul kamu ni…’ dan sebagainya (Anita et.al, 2015). Hal ini demikian kerana situasi sebegini
akan memberi impak negatif terhadap emosi murid-murid dan akhirnya mereka akan
berkelakuan pasif pada kelas yang akan datang.

3.3 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah juga merupakan salah
satu aspek yang penting untuk menjamin suasana pembelajaran yang mesra budaya. Guru
perlu meneliti setiap aspek di dalam bilik darjah untuk memastikan bahawa aktiviti PdP yang

3
dijalankan boleh berjalan dengan lancar. Antara contoh aspek yang perlu diberi perhatian oleh
guru ialah seperti pengawalan disiplin murid, perancangan kurikulum, iklim bilik darjah yang
memberangsangkan dan sebagainya.Sekiranya aspek-aspek yang telah dinyatakan tersebut
tidak di diambil berat oleh guru, maka ianya akan menjejaskan proses PdP di dalam bilik
darjah.

Sebagai contoh, sekiranya seseorang guru tidak mengawal disiplin murid dengan baik
di dalam bilik darjah, maka ianya akan menghasilkan gangguan kepada murid-murid lain dan
akhirnya objektif pengajaran guru tidak akan tercapai. Dalam pengurusan pengajaran dan
pembelajaran juga, seseorang guru perlu adil dan saksama ketika menjalankan aktiviti
PdP.Seseorang guru tidak boleh mengamalkan sikap pilih kasih dan mendiskriminasikan
murid-murid yang bukan sama agama, kaum dan sebagainya (Haliza Hamzah & Joy
Nesamalar Samuel, 2016). Sekiranya hal ini berlaku, maka ianya akan menyebabkan murid-
murid benci kepada guru tersebut dan tidak akan melibatkan diri dalam PdP dengan aktif.

3.4 PENGUATKUASAAN PERATURAN DI DALAM BILIK DARJAH

Peraturan di dalam bilik darjah merupakan suatu aspek yang sangat penting untuk
memastikan tingkah laku murid-murid di dalam kelas senantiasa terkawal. Menurut Mohd
Hasani dan Mohamad Johdi (2009), peraturan bilik darjah merupakan satu garis panduan
yang disediakan oleh guru bersesuaian dengan kelompok pelajar dalam sesuatu bilik darjah
dengan harapan mampu mengubah tingkah laku pelajar ke arah yang positif.Prosedur
menetapkan peraturan di bilik darjah sangat penting sebagai garis panduan kepada tingkah
laku murid di bilik darjah yang diharapkan oleh seseorang guru.

Oleh itu, seseorang guru perlulah menetapkan peraturan di bilik darjah dan peraturan
tersebut perlulah dipersetujui bersama oleh murid-murid sebagai satu kontrak yang dapat
mengawal tingkah laku mereka. Antara contoh peraturan yang perlu diwujudkan ialah seperti
peraturan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh murid ketika guru mengambil kedatangan
murid, prosedur menjawab pertanyaan guru dan juga peraturan khusus apabila aktiviti
kumpulan dijalankan (Mok Soon Sung,2001).Sekiranya peraturan-peraturan seperti itu
diwujudkan di dalam bilik darjah, maka suasana bilik darjah yang mesra budaya mampu
diwujudkan dan murid akan menjadi lebih aktif untuk mengikuti PdP.

4
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlu memahami keadaan dan cara yang
terbaik untuk mewujudkan iklim yang boleh memupuk semangat murid untuk melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti PdP. Kita sebagai guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik,
malah kita juga berperanan sebagai pemudahcara, pembimbing dan perancang untuk
memastikan anak didik kita mampu mencapai kecemerlangan secara holistik dalam semua
bidang. Suasana bilik darjah yang mesra budaya sememangnya merupakan suatu medium
yang terbaik yang perlu disediakan kepada murid-murid agar mereka boleh memaksimumkan
penglibatan semasa PdP. Oleh itu, guru-guru perlulah proaktif untuk memastikan konsep bilik
darjah mesra budaya boleh dicapai dan seterusnya mampu melahirkan modal insan minda
kelas pertama.

5.0 RUJUKAN

Ahmad Subki & Syed Ismail. (2012). Asas Kepimpinan Dan Perkembangan. Selangor:
Penerbitan Multimedia SDN. BHD.
Anita Abu Hasan, Mohd Isa Hamzah & Mohd Mahzan Awang. (2015). Inculcating nobel
values for pre-service teachers. International Education Studies, 7,11,111-119.
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku.
Subang Jaya: Oxford Fajar.
Hasfarina Abas. (2019, March 3). Tahap, Amalan Dan Masalah Pengurusan Bilik Darjah.
Retrieved from http://eprints.utm.my/id/eprint/31564/5/HasfarinaAbasMFP2012.pdf
Mohd Hasani dan Mohamad Johdi . (2009). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
McGraw Hill.
Mok Soon Sung. (2001). Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi Pendidikan. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Razalina Mat Radzi. (2019, March 3). Peranan guru dan ibu bapa merangsang
perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain. Retrieved from
http://ir.upsi.edu.my/2407/

5
6.0 LAMPIRAN

Gambar rajah 1.1 menunjukkan susun atur meja murid yang dinamik tetapi ruang terlalu
sempit

Gambar rajah 1.2 menunjukkan murid sedang bergurau di belakang kelas semasa guru
sedang mengajar

6
Gambar rajah 1.3 menunjukkan situasi PdP di Prasekolah IPGKDA

Gambar rajah 1.4 menunjukkan papan maklumat di bahagian belakang kelas

Anda mungkin juga menyukai