Anda di halaman 1dari 4

JURNAL PRAKTIKUM

Nama : Ahmad Nazeem Izzat Bin Sulwadi


Kursus & Ambilan : PISMP Ambilan Jun 2017
Tempoh Praktikum : 12 Minggu
Pengkhususan : Pendidikan Khas
Nama Guru Pembimbing : En. Nik Zukarman Bin Hamat
Pn. Nik Shafiah Bt Nik Mustafa
Nama Pensyarah Pembimbing : Pn Suraya Bt Bai
En. Yusainy Bin Azizan
Catatan Minggu ke :2
Tarikh : 17 Jun hingga 21 Jun 2019

1.0 MASALAH

Tahap Penguasaan Murid Yang Lemah

Minggu ini merupakan minggu kedua saya menjalani praktikum fasa pertama di
Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal, Kepala Batas . Berdasarkan pada penulisan jurnal
saya pada minggu lalu iaitu mengenai murid sukar menerima arahan guru, saya mendapati
bahawa penetapan peraturan adalah cara yang terbaik untuk mengawal disiplin murid
terutamanya di dalam bilik darjah. Hal yang demikian kerana dengan adanya penetapan
peraturan, murid-murid akan lebih mudah untuk dikawal dan dipantau pergerakannya di dalam
bilik darjah. Penulisan jurnal pada minggu ini saya ingin fokuskan pada tahap penguasaan
murid terhadap mata pelajaran matematik. Murid-murid yang terlibat dalam masalah ini ialah
murid-murid dari Tahun 3 Pendidikan Khas. Murid-murid di dalam kelas ini sangat aktif dan
menunjukkan minat untuk belajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik
dijalankan. Malah terdapat beberapa orang murid dari kelas Bogenvilla berjaya menunjukkan
prestasi yang cemerlang semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Buktinya
apabila guru memberikan latihan berkumpulan atau latihan di dalam kelas, rata-rata murid
dari kelas tersebut berjaya menyiapkan lembaran kerja dengan baik. Walaubagaimanapun,
setiap kelebihan yang wujud pasti terselit kelemahan di sebaliknya. Setelah dua minggu
dipertanggungjawabkan untuk mengajar Matematik bagi Pendidikan Khas Tahun 3, guru
mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid tidak dapat menguasai kemahiran
mengira dengan baik.

Kelemahan segelintir murid-murid dari ini menyebabkan sesi pengajaran guru tidak
dapat dijalankan dengan lancar. Keadaan ini juga menyebabkan murid berkenaan lebih gemar
untuk bermain dengan rakan-rakannya yang lain berbanding untuk menyiapkan tugasan yang
telah disediakan oleh guru.

Menurut Francis Galton (1869), kecerdasan ialah sesuatu yang diwarisi. Mereka yang
mempunyai tahap kecerdasan rendah mempunyai sensori yang lemah berbanding dengan
mereka yang mempunyai tahap kecerdasan tinggi mempunyai sensori yang kuat. Dalam pada
itu, Alfred Binet (dalam Brody1997), turut menjelaskan perbezaan individu semakin ketara
pada peringkat tinggi proses kognitif. Sehubungan itu, pemahaman terhadap kecerdasan
dapat difahami melalui pengamatan terhadap proses berfikir yang kompleks.

2.0 ANALISIS MASALAH

Menurut Garder (1991), potensi manusia mempunyai lapan kecerdasan dalam dirinya
iaitu linguistik, logikal,ruang, muzik, kinsestetik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.
Masalah yang ditunjukkan oleh beberapa murid pendidikan khas ini telah menyebabkan saya
terpaksa menyiasat masalah yang dihadapi oleh murid berkenaan.

Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui temu bual serta pemerhatian yang
saya lakukan terhadap murid-murid ini, saya dapati bahawa terdapat beberapa faktor yang
menyumbang kepada wujudnya masalah ini. Antara faktor yang menyumbang ialah

- Kebanyakan murid belum dapat mengenal nombor dengan baik


- Murid pendidikan khas perlu sentiasa memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan.
- Murid tidak yakin untuk menjawab soalan

3.0 KAJIAN LAMPAU

Tamir (1985) telah menyenaraikan kesan pemberian kerja rumah kepada para pelajar. Antara
faedah yang ditemui dari amalan ini ialah para pelajar dapat menguasai isi pelajaran dengan
baik. Kerja rumah juga memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar dari berbagai-
bagai sumber. Dengan cara ini, para pelajar akan memperbaiki kelemahan mereka di bilik
darjah.

Cadangan

Bagi membantu murid-murid yang lemah di dalam pelajaran ini, saya telah membuat beberapa
cadangan yang boleh membantu menguasai kemahiran matematik dengan mudah. Antara
cadangan saya adalah seperti berikut:

- Memberikan kata-kata perangsang supaya murid lebih yakin


- Membimbing murid untuk menjawab soalan matematik
- Membuat latih tubi kepada murid-murid yang lemah
- Memberi kerja rumah sebagai latihan pengukuhan
- Memilih kaedah pengajaran yang lebih sesuai dengan tahap pemikiran serta tahap
umur murid.

Tempoh Penyelesaian

24 Jun hingga 28 Jun 2019

Tindakan Susulan

Sebagai guru saya bertanggungjawab untuk sentiasa memberikan dorongan serta tunjuk ajar.
Hasil daripada pembacaan serta kajian yang dibuat, bagi menangani masalah murid ini saya
telah merujuk kepada konsep kendiri positif yang perlu ada di dalam diri seseorang murid bagi
mendorongnya menjadi lebih yakin terhadap kemampuan diri.

Menurut Haliza Hamzah (2009), perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku pada


kadar yang berbeza. Maka dalam sesebuah kelas akan mempunyai tahap kemahiran yang
berbeza-beza. Ada dalam kalangan murid yang akan menghadapi kesukaran dalam mengikuti
sesuatu pelajaran jika dibandingkan dengan rakan-rakannya.

Hasil daripada kajian yang dilakukan didapati guru hendaklah memainkan peranan
yang penting dalam membantu murid-murid yang lemah terutamanya murid bekeperluan
khas. Guru seharusnya memilih kaedah serta teknik yang bersesuaian dengan tahap serta
umur murid bagi memudahkan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah.

Murid-murid yang bermasalah ini akan diajar menggunakan prinsip mudah ke susah
bagi menguasai bidang matematik. Rakan-rakan digalakkan untuk turut sama memberikan
sokongan. Sikap mementingkan diri dan memilih kawan dilarang sama sekali oleh dan semua
aktiviti yang telah dirancang oleh guru hendaklah dilaksanakan bersama-sama oleh murid-
murid.

Kesimpulan

Sebagai seorang guru kita hendaklah peka dalam memilih kaedah serta teknik pengajaran
bagi memudahkan kita untuk melaksanakannya di dalam kelas. Malah pemilihan kaedah serta
teknik yang sesuai dapat membantu guru serta murid mencapai objektif pembelajaran yang
telah ditetapkan. Guru berperanan sebagai seorang perancang serta perlu sentiasa
memberikan bimbingan dan maklum balas kepada murid agar setiap apa yang dilaksanakan
benar-benar dapat membantu perkembangan murid khususnya dalam bidang akademik.

Rujukan

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2010). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid Dan
Alam Belajar. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai