Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN AKHIR

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu aktiviti yang dapat


menambahkan pengetahuan dan pengelaman baru dalam dunia pendidikan bagi
seorang guru pelatih. Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang diperolehi
hasil daripada PBS yang telah saya jalankan di SK Dewan Besar, Machang,
Kelantan.

Walau pun banyak kemudahan dan aspek yang ditekankan di sekolah ini,
namun masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki dari pelbagai
aspek tertentu supaya sekolah boleh melahirkan pelajar yang lebih baik dan
sempurna. Sudah tentu setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukannya
tersendiri tetapi sedikit perubahan dan tindakan perlu dilakukan untuk merealisasikan
misi dan visi sekolah serta matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Keadaan bilik darjah di sekolah kurang memuaskan dari aspek keselesaan


dan keselamatan yang diperlukan untuk menjadi bilik darjah yang kondusif. Cermin
pada pada tingkap-tingkap di kebanyakan bilik darjah tidak lengkap sepenuhnya di
mana hampir keseluruhan cermin pada tingkap kebanyakan pecah. Selain itu,
struktur meja di dalam bilik darjah didapati tidak kukuh dan berada dalam keadaan
baik. Jika diperhatikan laci meja tersebut kebanyakannya sudah berlubang dan
hanya terdapat ruang untuk menulis sahaja.

Di bilik darjah juga paparan maklumat, sudut pembelajaran, sudut bacaan


dan paparan bahan pembelajaran tidak diselaraskan di semua bilik darjah. Ada kelas
yang lengkap dengan kriteria-kriteria di atas namun terdapat juga kelas yang kurang
mementingkan perkara di atas ataupun tidak ada dana yang cukup untuk
melakukannya. Begitu juga dengan peraturan sekolah di mana peraturan am sekolah
tidak dilekat sepenuhnya oleh pihak pentadbiran. Saya ada mengusulkan hal ini dan
pihak sekolah menyatakan bahawa peraturan am tersebut dikatakan dalam proses
untuk melekatkan dan menampalkan di bilik darjah.

Kelemahan-kelemahan seperti di atas perlu diperbaiki supaya suasana


sekolah menjadi lebih ceria dan perkembangan minda pelajar menjadi lebih baik dan
sihat. Walaupun begitu, terdapat kekuatan yang saya lihat di sekitar sekolah ini dari
segi keceriaan sekolah, aktiviti dan program sekolah serta pencapaian sekolah tidak
kira dalam bidang akademik mahupun aktiviti kokurikulum.
1
Menurut pemerhatian saya, sekolah ini banyak menggantung kata-kata
hikmat di kawasan sekitar sekolah. Usaha seperti ini menyebabkan persekitaran
sekolah kelihatan ceria dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran dalam
kalangan murid-murid walaupun di mana mereka berada. Selain itu, minda murid
juga dapat dijana dengan baik.

Masalah disiplin di sekolah adalah di antara sekolah-sekolah yang


mempunyai peratusan masalah disiplin yang rendah. Ini dibuktikan melalui rekod
murid yang bersih daripada kes-kes berat seperti buli, merokok dan yang lain-lain.
Hal ini berlaku disebabkan oleh usaha keras pihak pentadbiran untuk mengatasi
masalah disiplin dalam kalangan murid, dan juga kerjasama daripada murid-murid di
sekolah ini untuk mematuhi semua peraturan sekolah selain menghormati guru-guru
mereka.

Terdapat banyak kelebihan dan kekuatan yang telah saya lihat di sekolah ini
termasuk usaha-usaha setiap guru dalam memastikan agar sekolah sentiasa
menjadi sekolah yang terbaik di daerah ini. SK Dewan Besar banyak mencapai
kejayaan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Antaranya ialah pasukan
kriket sekolah ini telah dinobatkan sebagai juara bawah 12 tahun peringkat
kebangsaan 3 kali berturut pada tahun 2016-2018. Pencapaian ini bukan sahaja
hanya dalam bidang kokurikulum, malah dalam bidang akademik. Perkara ini telah
saya perhatikan sejak saya masih bersekolah di sini lagi. Kerjasama antara guru-
guru dan murid-murid adalah kunci kejayaan kepada pencapaian ini.

Selain dapat melihat kekuatan dan kekurangan pada sekolah yang dapat
saya ambil iktibar, saya juga dapat mengetahui cara pengurusan sesebuah sekolah
dan rutin harian sesebuah sekolah. Secara amnya objektik utama PBS ini telah saya
capai sepenuhnya.

Kesimpulannya PBS kali ini dapat mendedahkan saya kepada budaya


sekolah. Saya dapat mempelajari daripada PBS ini mengenai pengurusan pihak
pentadbiran sekolah, sesi P & P yang berkesan dan berjaya, dan yang paling penting
sekali adalah saya dapat membina persesi dan sikap positif terhadap profesion
2
perguruan. Saya menyimpulkan bahawa PBS seharusnya diwajibkan kepada semua
guru pelatih bagi mendedahkan guru pelatih kepada budaya sekolah dan profesion
perguruan itu sendiri.

LAMPIRAN

3
Gambar 1 : Semasa proses PdPc sedang berlangsung

Gambar 4 : Saya juga mendapat bimbingan dan bantuan daripada guru kelas
K3 untuk menjalankan terapi untuk Pendidikan Khas

Anda mungkin juga menyukai