Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PULAU PINANG

MEMBINA HUBUNGAN YANG


POSITIF DALAM BILIK
DARJAH

En. Zaili Bin Idris


Pensyarah Akademik
Jabatan Ilmu Pendidikan
MEMBINA HUBUNGAN GURU DAN MURID
Hubungan personal yang lebih bermakna harus diusahakan oleh
guru kerana ini akan banyak meningkatkan peluang muridnya untuk
mencapai lebih kejayaan dalam akadamik.
Hubungan guru yang positif adalah dicirikan dengan komunikasi yang
lebih terbuka (Jones, 1981). Komunikasi yang lebih terbuka
membantu kedua-dua pihak guru dan murid. Guru akan lebih
memahami muridnya terutamanya perkara yang berkaitan dengan
pembelajaran
Hubungan guru-murid juga bertindak sebagai satu bentuk sokongan
emosi dan sokongan akademik. Hubungan yang baik akan memberi
keyakinan kepada murid dalam menghadapi masalah-masalah
dalam pembelajaran
Hubungan yang mesra dan saling menghormati antara guru dan
murid akan menjadikan suasana bilik darjah lebih kondusif. Segala
keputusan berkenaan aktiviti bilik darjah dapat dibuat bersama-sama.
Ini dapat menanamkan rasa kebertanggungjawaban di kalangan
murid-murid
KEPENTINGAN MEMBINA HUBUNGAN GURU DAN MURID
Ianya penting kerana merupakan cara paling berkesan untuk
memaksimumkan potensi pembelajaran pelajar. Hubungan yang
baik juga akan membantu membentuk tahap motivasi, pencapaian
dan sikap pelajar di dalam bilik darjah (Jones,1995).
Seseorang guru yang mempunyai hubungan yang rapat dengan
pelajarnya akan mendapati pelajar tersebut tidak mengelak sekolah,
lebih terarah, lebih membantu dan lebih terlibat dalam pembelajaran
di dalam bilik darjah. (Birch & Ladd, 1997; Klem & Connell, 2004).
Menurut Jones (1995) semakin banyak guru berkomunikasi dengan
muridnya semakin besar peluang guru dapat membantu muridnya
meningkatkan prestasi mereka.
Kelebihan yang utama ialah dapat mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang konduksif yang akan mendorong murid-murid
menglibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian
dalam pembelajaran. Hubungan yang positif ini merupakan alat
penting untuk meningkatkan keupayaan murid, merangsang minat
dan semangat murid-murid untuk terus belajar.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HUBUNGAN GURU
DAN MURID
Guru harus memainkan peranan yang penting dan berusaha
mendapatkan perhatian muridnya terutamanya dari segi kepercayaan
dari muridnya. Ini hanya dapat dicapai bila adanya perasaan saling
hormat menghormati.
Tingkah laku ini memudahkan murid mendekati guru dan guru
berkesempatan untuk mengenali serta memahami muridnya. Hal ini
juga akan membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi hubungan guru dan
murid;
a. Bahasa Badan (Body Language) -
Guru yang berkesan menggunakan bahasa badan untuk
berkomunikasi dan membina hubungan dengan muridnya. Guru
yang berjaya menggabungkan kedua-dua kemahiran komunikasi
verbal dan bukan verbal dapat membentuk hubungan yang lebih baik
dengan murid
b. Penampilan -
Murid menilai dan akan membuat gambaran awal tentang
seseorang guru. Penampilan guru bukan sahaja fizikalnya seperti
bentuk badan, cara berjalan, rupa tetapi cara guru menampilkan
imej profesionalnya. Guru wajib mengikuti etika pemakaian yang
telah ditetapkan kerana guru menjadi tumpuan pemerhatian murid-
murid dan masyarakat.
c. Tingkah Laku Guru -
Guru yang berkesan ialah pendidik yang baik dan dapat
memberikan kesan dari segi personiliti dan membawa perubahan
tingkah laku kepada pelajarnya (Abdul 2008). Guru merupakan
contoh dan model kepada pelajar. Sebagai contoh, jika seseorang
guru menggunakan kata kesat terhadap pelajar sudah tentu ianya
memberi implikasi terhadap kelakuan murid-murid.
d. Komunikasi yang berkesan -
Cara dan bahasa yang digunakan oleh guru dalam berkomunikasi
dengan murid adalah amat penting. Ia memberi kesan terhadap
hubungan guru dengan muridnya dan keberkesanan pengajaran
mereka. Penggunaan bahasa yang tidak jelas akan memberi
masalah terhadap kefahaman kepada pelajar
e. Contoh Teladan Positif -
Segala perlakuan dan pertuturan guru tidak terlepas dari
pemerhatian murid-muridnya. Mereka akan meniru guru. Sebagai
role model seseorang guru mesti sedar akan tingkah laku dan tutur
kata yang dipilih kerana akan memberi kesan pada murid-muridnya.
Mereka menganggap guru sebagai adiwira mereka bahkan kepada
rakan-rakan sejawatnya yang lain
f. Persekitaran pembelajaran di dalam Bilik Darjah -
Keadaan bilik darjah yang kondusif membenarkan aktiviti
pengajaran dan pembelajarn berjalan dengan lancar. Dari satu segi
ia juga menggalakkan hubungan yang baik antara guru dan murid.
Apabila murid berada di dalam bilik darjah yang kondusif dari segi
fizikal akan menyebabkan murid merasa selesa dan selamat.
Kondusif bukan sahaja berkisar tentang susun atur bilik darjah
bahkan kepada persekitaran psikososial. Psikososial merujuk
kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan
persekitaran sosialnya.
Susun atur ruang kerja dan belajar yang selesa tanpa gangguan
membolehkan peningkatan hubungan guru-murid. Komunikasi
guru-murid lebih terbuka dan murid-murid tidak rasa takut untuk
menyuarakan pandangan dan pendapat.
STRATEGI MEMBINA HUBUNGAN POSITIF GURU DAN MURID
Guru perlu menyediakan suasana yang harmonis supaya murid
merasa selesa, aman, seronok, dan dihargai. Ini dapatkan dilakukan
melalui tingkah laku guru dan sikap guru terhadap murid-murid
(Myint, 2005).
Berikut adalah strategi-strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk
membina hubungan dengan murid-murid;
a. Ingat Nama Murid -
Keupayaan guru mengingati nama murid-muridnya akan menjadikan
suasana perhubungan lebih mesra. Dalam proses mengingati nama
muridnya sudah tentu guru terpaksa menjalinkan hubungan dengan
muridnya terlebih dahulu dan secara tidak langsung hubungan dapat
dibina. Guru akan lebih dihormati oleh muridnya.
b. Kenali murid anda (keindividualan) -
Adalah tidak adil bagi guru membuat generalisasi untuk mengatakan
semua murid adalah sama. Guru akan bersikap tidak adil terhadap
murid-murid. Guru boleh mengenali dan memahami murid dengan
mengumpul maklumat tentang murid dengan menggunakan borang
profil. Maklumat seperti minat, hobi, keluarga dan sebagainya.
dikumpul.
c. Memperakui murid anda -
Sepertimana golongon professional yang merasa seronok
mendapat pengiktirafan dan pujian atas usaha keras mereka , ianya
juga sama dengan murid-murid. Bila kelas anda mendapat
keputusan yang baik, iktiraf dan puji keseluruhan kelas walaupun
terdapat beberapa orang murid mendapat markah yang rendah.
d. Hormati murid anda -
Ini boleh dicapai dengan melayan murid sebagaimana mereka mahu
dilayani. Kenyataan yang paling mudah ialah mereka mahu
dihormati. Memperlekehkan murid atau bercakap tentang
kekurangan murid akan menyebabkan murid kecewa dan kurang
bermotivasi.
e. Menanam Semangat Cinta terhadap Bilik darjah (Kepunyaan) -
Keinginan untuk berada dalam sesuatu kumpulan adalah merupakan
sumber motivasi bagi murid-murid. Belajar bekerja dalam satu
kumpulan adalah penting untuk mematangkan diri. Guru boleh
membantu dengan menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang
seronok bagi pelajar dan dalam waktu yang sama mendapat
pengiktirafan, penghargaan dan penghormatan dari rakan dan juga
guru.
DINAMIKA BILIK DARJAH
Dinamika bilik darjah yang baik adalah bilik darjah di mana
terdapatnya interaksi menyeluruh yang melibatkan kesemua
kumpulan ahli di dalamnya. Ini bukan merupakan keadaan yang
semulajadi didalam bilik darjah biasa kerana ia perlu dibina
berdasarkan perancangan.
Kumpulan merujuk kepada dua atau lebih orang yang berkongsi ciri
dan nilai diri yang sama untuk mencapai matlamat yang sama .
Dalam erti kata lain, satu kumpulan adalah kumpulan orang-orang
yang berinteraksi antara satu sama lain ; menerima hak dan
tanggungjawab sebagai ahli dan yang berkongsi satu identiti
bersama
Sementara dinamika bermaksud perubahan dan dinamika kumpulan
pula bermaksud perubahan tingkah laku yang berlaku melalui
interaksi di dalam sesebuah kumpulan. Sepertimana kita ketahui
murid-murid sering duduk dalam kumpulan-kumpulan seperti bilik
darjah, kumpulan rakan sepermainan, kelab, minat dan sebagainya.
Di dalam bilik darjah, kumpulan-kumpulan dinamika wujud
berdasarkan minat, ciri, tingkah laku yang sama. Mereka bergerak
sebagai satu kumpulan dalam apa jua tindakan atau keputusan
berdasarkan matlamat kumpulan. Guru boleh mengenali kumpulan
ini melalui kajian sosiometri.

Kajian ini adalah untuk mengesan pola interaksi di dalam bilik darjah.
Melalui soalan-soalan sosiometeri ini guru boleh mendapat maklumat
seperti murid yang paling popular dan diterima oleh semua murid
lain, murid yang kerap menjadi pilihan murid lain untuk dijadikan
rakan kerja dalam membuat tugasan dan murid yang paling tidak
disukai.
Di dalam dinamika kumpulan sesebuah kumpulan diidentitikan
dengan ciri-ciri dan sifat-sifat yang diikuti dan dipatuhi oleh semua
ahli kumpulan. Penerimaan sebagai ahli bergantung kepada
keupayaan seseorang murid dapat mematuhi ciri-ciri tersebut dan
sebaliknya penyingkiran kepada yang tidak dapat/enggan mematuhi
syarat ini. Ahli-ahli kumpulan sering berubah-ubah berdasarkan
kepada keupayaan ahli mematuhi syarat-syarat atau ciri-ciri
kumpulan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBENTUK DINAMIKA KUMPULAN:
Terdapat beberapa faktor penting yang mempengaruhi pembentukan
dinamika kumpulan di dalam bilik darjah. Antaranya adalah:
• Jantina – dianggotai oleh ahli dari jantina yang sama
• Agama/bangsa – kumpulan dibentuk berdasarkan agama yang dianuti.
Agama juga membawa maksud bangsa.
• Status sosioekonomi – kumpulan dibentuk berdasarkan status
sosioekonomi. Sebagai contoh murid berstatus sosioekonomi tinggi akan
menganggotai kumpulan yang berlatar belakangkan sosioekonomi
berstatus tinggi. Begitu juga sebaliknya.
• Pencapaian akademik – kumpulan yang dianggotai murid yang tahap
akademiknya tinggi.
• Minat – Kumpulan yang mana ahli-ahlinya mempunyai minat yang sama.
PERANAN GURU DALAM MENANGANI DINAMIKA KUMPULAN
Dinamika kumpulan kalau diurus dengan baik akan menjadikan bilik
darjah tempat yang kondusif bagi pelajar untuk belajar, berinteraksi
dan mengembangkan potensi mereka. Ia juga merupa satu cara
dapat membina hubungan yang sihat antara pelajar dan juga guru.
Antara perkara yang harus dilakukan oleh guru ialah:
 Mengenalpasti murid yang popular (melalui soalan sosiometrik)
untuk dijadikan sebagai pemimpin kerana personalitinya. Murid ini
dapat memimpin murid yang lain kerana murid ini diterima oleh
murid-murid yang lain. Secara langsung membantu guru dalam
mengatasi masalah-masalah murid-murid yang sukar dihampiri
olh guru.
 Memahami bentuk kumpulan-kumpulan yang wujud supaya ianya
tidak menjejaskan perpaduan di dalam bilik darjah. Sebagai
contoh kumpulan yang dibentuk berdasarkan agama/bangsa jika
tidak awasi dengan baik akan menimbulkan masalah.
 Membimbing kumpulan-kumpulan ini dalam mencari identiti
sendiri yang boleh membantu kumpulan tersebut dan menarik
murid-murid lain menganggotai kumpulan itu.
 Pastikan tiada seorangpun murid yang tersisih (tidak popular oleh
sebab-sebab tertentu). Bantu murid tersebut dan membimbing
murid lain membantu murid ini.
 Memantau dinamika kumpulan bilik darjah. Adakan perbincangan
dari masa ke semasa, membimbing mereka dengan memastikan
tiadanya elemen-elemen yang boleh dinamika bilik darjah
keseluruhannya seperti tidak bekerjasama, konflik di dalam
kumpulan dan kumpulan-kumpulan yang lain. Guru seharusnya
menunjukkan kewibawaannya sebagai ketua dan juga melalui
contoh teladan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai