Anda di halaman 1dari 26

KOMUNIKASI BERKESAN

DALAM BILIK DARJAH


MESRA BUDAYA
Kemahiran Komunikasi Berkesan
◦ Concise Oxford Dictionary memberikan maksud komunikasi sebagai memaklumkan atau
menyampaikan sesuatu maksud dan berita.

◦ Peranan guru berkait rapat dengan peranan komunikasi itu sendiri kerana guru perlu
menyampaikan isi pelajaran, menyediakan murid untuk menghadapi peperiksaan dan
mencakupi aspek moral, sahsiah dan personaliti murid.

◦ Sehubungan itu, guru perlu berhati-hati dan lebih teliti sewaktu berhubung dan berkomunikasi
dengan murid bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang lebih kondusif dan mesra kepada
muridnya.

◦ Guru perlu menguasai kemahiran interpersonal yang hebat dalam memastikan pengetahuan
yang hendak disampaikan kepada murid berjaya disampaikan dengan berkesan dan hasil
pembelajaran tercapai
Keupayaan kemahiran berkomunikasi
◦ Keupayaan memotivasikan murid
◦ Terutamanya murid yang mempunyai pelbagai perbezaan sama ada perbezaan dalam tahap
pencapaian penguasaan dan pemahaman pengetahuan, perbezaan latar belakang budaya,
perbezaan tahap sosial dan ekonomi keluarga juga murid yang mengalami masalah kesihatan dan
kalangan yang berkeperluan khas
◦ Guru perlu mewujudkan persekitaran yang menyeronokkan, menarik minat murid serta mampu
meredakan ketakutan, rasa malu dan rendah diri, kurang berkeyakinan dan perasaan tertekan dalam
kalangan murid

◦ Bahasa tubuh yang berkesan


◦ Membantu guru dalam melaksanakan pengajaran selain menggunakan bahasa verbal
◦ Membantu murid untuk memahami isi pelajaran dengan mudah serta mengelakkan rasa bosan murid
◦ Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, bahasa tubuh adalah antara bahasa yang memudahkan mereka
memahami sesuatu mesej daripada guru
◦ Unsur kecindan dan keceriaan watak guru
◦ Guru yang sensitif dan memahami jiwa kanak-kanak akan sentiasa berusaha menggembirakan muridnya ketika
guru itu sedang mengajar

◦ PdP yang mengandungi unsur kecindan akan membuat murid aktif, berminat dan gembira untuk terus bersama-
sama guru mereka

◦ Guru-guru yang mampu berjenaka dan membawa cerita-cerita lucu terutamanya apabila menyedari murid-
murid sudah mula bosan akan menjadi guru yang diminati dan pengajarannya juga menjadi berkesan

◦ Guru perlu bijak mencuit perasaan murid sewaktu menyampaikan pengajarannya dan mampu mengawal agar
gurau sendanya tidak keterlaluan dan menyinggung perasaan murid

◦ Memahami murid dan berjaya menarik minat murid


◦ Guru perlu memberikan ruang untuk murid menyatakan pandangan dan perasaan mereka terhadap sesuatu

◦ Guru yang mahir sentiasa tahu cara untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan murid tanpa membesar-
bearkan kelemahan dan kekurangan murid dan menjadikan murid berasa dihargai

◦ Murid juga diberi peluang untuk berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan mereka
KEMAHIRAN LISAN
◦ Keupayaan berbicara atau bekata-kata merupakan kemahiran berbahasa yang paling awal dikuasai
oleh manusia

◦ Masyarakat tradisional bergantung sepenuhnya kepada keupayaan lisan untuk menyampaikan sesuatu
mesej dan cerita

◦ Dalam interaksi sosial, seseorang kanak-kanak belajar berinteraksi melalui kemahiran lisan yang
dikuasainya terlebih dahulu melalui aktiviti bercakap dengan dirinya sendiri (self talk)

◦ Kemahiran lisan dalam kalangan kanak-kanak berkembang dalam dua cara, iaitu menerusi
percakapan dalaman dan komunikasi sosial yakni kanak-kanak mula menghubungkan dan mengawal
aktiviti melalui pemikiran dengan menggunakan unsur-unsur perlambangan yang difahami

◦ Contohnya uniform sekolah membawa pengertian yang dalam kepada murid yang mengandugi
makna disiplin, belajar, guru, buku, ujian dan apa-apa jua yang ada kaitan dengan diri murid di sekolah.
◦ Kemahiran lisan berlaku dalam pelbagai aktiviti seperti perbualan, perbincangan, pernyataan
perasaan, idea dan padangan serta paling luas kemahiran lisan ialah cara manusia berhubung
dan menjalinkan hubungan sosial

◦ Kemahiran komunikasi kanak-kanak berkembang apabila kanak-kanak menemui orang lain


sama ada dalam keluarga, kejiranan atau semasa berada di sekolah

◦ Aktiviti lisan mengutamakan kemahiran mengujarkan sesuatu ujaran dan kemahiran


mendengar.

◦ Guru perlu sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran bilik darjah yang menggalakkan kanak-
kanak memperkembangkan keupayaan lisan mereka

◦ Kemahiran lisan berlaku dalam pelbagai aktiviti seperti perbualan, perbincangan, penyataan
perasaan, idea dan pandangan serta paling luas kemahiran lisan ialah cara manusia
berhubung dan menjalinkan hubungan sosial
Penguasaan kemahiran lisan

Mesej yang
Sebutan jelas dan Intonasi
tersusun
Sebutan
◦ Sebutan guru mestilah jelas dan tepat dan hal ini tidak terbatas kepada guru yang
mengajarkan subjek Bahasa Melayu sahaja, malah semua guru tanpa mengira subjek
perlu menguasai sebutan yang tepat dan betul.
◦ Hal ini selaras dengan konsep ‘bahasa merentas kurikulum’
◦ Dalam penggunaan bahasa Melayu, penggunaan bahasa baku adalah sangat perlu
bagi mengelakkan bahasa dialek digunakan di bilik darjah
◦ Guru perlu menyebut perkataan dengan jelas dan betul untuk memastikan murid yang
mempelajari bahasa Melayu berupaya menguasai bahasa ini dengan baik
◦ Guru juga perlu mampu menjalinkan hubungan dengan golongan cacat
pendengaran dan menyebut sesuatu perkataan dengan jelas serta mendorong
mereka untuk bertutur.
Mesej yang jelas dan tersusun
◦ Sesuatu mesej dan idea perlu disampaikan dalam bentuk ayat yang jelas dan tersusun
◦ Penerangan guru perlu mengikut tahap penguasaan bahasa dan latar belakang
murid
◦ Pemilihan kata-kata yang sesuai menjadikan sesuatu mesej itu mudah difahami dan
didengari dengan penuh minat
◦ Kemahiran guru ketika menyoal, kemahiran guru menjawab dan kemahiran guru
menerangkan sesuatu dapat dilihat daripada struktur ayat dan maksud yang jelas
serta tersusun
Intonasi
◦ Guru perlu tahu menyesuaikan intonasi suara sewaktu berinterasi dengan murid-murid dan
intonasi perlu disesuaikan dengan konteks percakapan serta tujuan percakapan.

◦ Guru juga perlu tahu caranya melontarkan suaranya mengikut konteks dan keadaan, iaitu guru
perlu meninggikan suara pada masa yang tertentu dan ada masanya, guru perlu melembutkan
suara.

◦ Panduan meningkatkan keberkesanan intonasi :


a) Bersemangat dalam sesuatu yang hendak disampaikan bagi memastikan
maksud dan hajat yang hendak disampaikan kepada penerima diterima
dengan jelas
b) Elakkan menggunakan ton suara yang mendatar (monotone) yang
membosankan
c) Volum suara antara tinggi dengan rendah mampu memberikan kefahaman
kepada murid tentang perkara dan mesej yang disampaikan oleh guru
KEMAHIRAN BUKAN LISAN
◦ Kemahiran bukan lisan merupakan proses komunikasi yang melibatkan penghantaran mesej melalui
pelbagai cara tanpa menggunakan perkataan
◦ Kemahiran bukan lisan melibatkan penghantaran mesej melalui gerak badan, mimic muka,
pergerakan mata, isyarat dan unsur-unsur yang lain yang melibatkan artifak-artidak seperti bunga,
cincin, buah-buahan, sapu tangan, makanan dan lain-lain
◦ Amalan dan pemahaman perlakuan bukan lisan sangat berkait rapat dengan budaya sesuatu
masyarakat.
◦ Semakin banyak etnik menduduki sesebuah negara, semakin banyak amalan dan perlakuan bukan
lisan yang terkumpul di negara tersebut.
◦ Pemahaman guru terhadap unsur budaya sesuatu etnik sangat penting bagi membolehkan guru
memainkan peranannya dengan berkesan terutamanya guru yang ditempatkan di kawasan luar
daerah masyarakatnya sendiri.
◦ Contohnya, di kawasan masyarakat orang Asli atau di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak
◦ Bagi membolehkan guru menjalinkan hubungan yang mesra dengan murid dan masyarakat
setempat, guru perlu cuba memahami maksud dan makna sesuatu mesej yang disampaikan melalui
perlakuan bukan lisan
KEMAHIRAN BUKAN LISAN
◦ Perlakuan bukan lisan membolehkan guru mewujudkan persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya.
◦ Melalui pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki guru, mereka mampu
menerangkan kepada murid tentang kepelbagaian budaya dan bentuk komunikasi
dalam masyarakat Malaysia
◦ Kemahiran komunikasi bukan setakat melibatkan bahasa lisan semata-mata,
sebaliknya komunikasi melibatkan banyak unsur budaya yang lain
◦ Contohnya, kita ditugaskan di sebuah kawasan masyarakat Penan di pedalaman
Sarawak. Oleh sebab itu, kita tidak memahami bahasa yang mereka tuturkan tetapi
masih boleh berkomunikasi dengan mereka melalui komunikasi bukan lisan.
◦ Kita boleh menjalinkan hubungan dengan memberikan senyuman dan membawa
buah tangan pada peringkat awal penempatan di kawasan tersebut.
Bahasa
tubuh

Kemahiran
bukan
Mesej
lisan Mesej
melalui
melalui
muzik dan
lambing
bunyi-
dan artifak
bunyian
Bahasa Tubuh
◦ Bahasa tubuh boleh terdiri daripada gesture atau pergerakan tubuh badan yang memberikan
makna atau isyarat tentang sesuatu, postur atau kedudukan tubuh badan, kontak mata dan
renungan, ekspresi muka, jarak kedudukan antara penutur dengan pendengar dan juga sentuhan

◦ Sesuatu etnik mempunyai bahasa tubuh yang menyampaikan mesej yang berbeza dan juga
mempunyai nilai yang berbeza.

◦ Peranan utama bahasa tubuh :

 Membantu manusia menyampaikan mesej tanpa ujaran


 Menggantikan peranan bahasa verbal dalam menyampaikan
maksud dengan lebih berkesan
 Menyampaikan emosi dan perasaan yang ada kalanya tidak
mampu diucapkan melalui kata-kata
Bahasa Tubuh
◦ Bahasa tubuh wujud dalam semua budaya tetapi tidak semestinya mempunyai maksud yang
sama
◦ Contohnya, cara duduk bagi orang Melayu, cara duduk kaum lelaki dan kaum perempuan ada
bezanya
◦ Kaum lelaki duduk bersila manakala kaum perempuan duduk bersimpuh
◦ Tempat duduk lelaki dan perempuan pun berbeza; lelaki biasanya duduk di anjung atau di
ruang depan rumah, manakala perempuan duduk di ruang yang berhampiran dengan dapur
atau di bilik belakang.
◦ Bagi orang Timur, terdapat perbezaan status dan kedudukan antara kaum lelaki dengan
perempuan dan mesej ini menjelaskan bahawa masing-masing mempunyai tugas dan peranan
yang berbeza
Mesej Melalui Lambang dan Artifak
◦ Terdapat artifak yang memainkan peranan dalam menyampaikan mesej yang jelas
dan diterima dengan mudah oleh masyarakat
◦ Kemahiran lisan juga berkaitan dengan lambing
◦ Sesebuah masyarakat mempunyai lambing yang memberikan makna dan maksud
yang tersirat
◦ Guru perlu memahami makna lambang-lambang yang digunakan dalam sesebuah
masyarakat dan etnik muridnya atau komuniti tempat guru tersebut bertugas bagi
mengelakkan kekeliruan dan terlanggar adat dan fahaman
◦ Contohnya, dalam kalangan masyarakat India, anak gadis akan memakai bedak
yang diperbuat daripada kunyit sewaktu kedatangan haid
◦ Guru perlu memahami hal tersebut dan tidak bertanyakan sesuatu yang berkaitan
dengan hal tersebut sehingga menyentuh perasaan murid
◦ Contohnya, dalam kalangan masyarakat India, anak gadis akan memakai bedak
yang diperbuat daripada kunyit sewaktu kedatangan haid
◦ Guru perlu memahami hal tersebut dan tidak bertanyakan sesuatu yang berkaitan
dengan hal tersebut sehingga menyentuh perasaan murid
◦ Bagi orang Cina pula, upacara menghidang teh ialah lambang kemesraan dan
keakraban yang dihidangkan oleh pasangan pengantin baharu kepada ibu bapa
mereka.
◦ Cara berpakaian juga merupakan satu bentuk komunikasi bukan lisan.
◦ Contohnya, seorang guru perempuan bukan Islam yang bertugas di sebuah sekolah di
perkampungan Melayu perlu mampu memilih pakaian yang sesuai sama ada di
sekolah ataupun semasa berada dalam kelompok masyarakat tersebut
Mesej Melalui Muzik dan Bunyi-
bunyian
◦ Terdapat juga masyarakat atau etnik yang menunjukkan perasaan mereka melalui
nada atau bunyi-bunyian, sama ada bunyi-bunyian daripada suara mereka sendiri
atau bunyi-bunyian peralatan seperti gong atau gendang.
◦ Bagi masyarakat Iban, bunyi-bunyian pada waktu malam perkahwinan dipercayai
bahawa membawa maksud tertentu, sama ada petanda baik atau buruk dan
lazimnya masayrakat Iban mempercayainya.
◦ Memperdengarkan muzik tertentu pada upacara pengebumian bukan bererti acara
yang menggembirakan, sebaliknya acara tersebut merupakan amalan sesuatu
masyarakat untuk menunjukkan kasih sayang dan penghormatan
◦ Bagi orang Melayu pula, upacara pengebumian adalah ringkas dan berlaku dalam
keadaan yang tidak riuh atau bising dan berbeza pula dengan accara perkahwinan
yang diiringi dengan paluan kompang.
LARAS BAHASA
◦ Dikaitkan dengan penggunaan bahasa mengikut kesesuaian
peristiwa bahasa dan konteks pengucapan
◦ Terdapat dua bentuk laras bahasa, iaitu laras bahasa biasa dan
laras bahasa khusus
◦ Laras bahasa biasa ialah laras bahasa yang digunakan dalam keadaan
biasa, kurang penggunaan imbuhan, tiada istilah teknikal serta mudah
difahami
◦ Laras bahasa khusus ialah laras bahasa yang berkaitan dengan bidang-
bidang tertentu
◦ Guru perlu memilih laras bahasa yang bersesuaian dengan tahap murid yang diajar
◦ Guru kerap menggunakan laras bahasa yang tinggi untuk murid-murid prasekolah dan
Tahap Satu, manakala sebahagian guru yang mengajar murid tahap maju
menggunakan laras bahasa kanak-kanak
◦ Laras bahasa kanak-kanak mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut :
◦ Kosa kata yang terdiri daripada kata akar, kata nama konkrit, kata kerja dan kata adjektif
◦ Bilangan atau jumlah kosa kata yang kurang
◦ Bilangan imbuhan yang terhad
◦ Struktur ayat aktif bentuk tunggal
◦ Bahasa perlambangan dan bahasa bunga serta tersirat tidak digunakan
KESANTUNAN DALAM KOMUNIKASI
◦ Kesantunan ialah nilai yang ditetapkan atau ditentukan oleh sesuatu masyarakat dan
imej seseorang itu banyak bergantung pada nilai kesantunan yang ada di dalam diri
seseorang
◦ Seseorang yang sentiasa menjaga muka sendiri dan muka orang lain sewaktu
berkomunikasi berjaya mengelakkan gangguan dalam komunikasi dan menjadikan
proses komunikasi berlangsung dalam keadaan harmoni
Guru dan Kesantunan
◦ Keupayaan guru menggunakan bahasa yang santun melalui pemilihan kata yang
tepat dan berkesan, intonasi suara yang lembut dan tidak beremosi marah atau
membenci serta renungan mata yang ikhlas akan membolehkan guru mengatasi
masalah murid dengan lancar
◦ Guru perlu tahu gaya berbahasa dan strategi yang digunakan kepada murid-
muridnya mengikut konteks dan situasi komunikasi
◦ Apabila murid melakukan kesalahan, murid perlu ditegur dengan strategi yang betul
bagi memastikan murid menerima dan mengakui kesalahan dan tidak berdendam
dengan teguran guru tersebut sebaliknya berazam untuk berubah dan membaiki
kesalahannya
Perlakuan guru yang santun
Memberikan
Memandang ke
peluang kepada
arah muka murid Sabar melayan
kanak-kanak
yang sedang kerenah murid
bercerita atau
bercakap
bercakap

Bersikap teruka
Menegur dan
ketika mendengar Memberikan pujian
menasihati murid
apa yang atas pencapaian
dengan penuh
disampaikan oleh murid
berhemah
murid
BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI
BAHASA PERPADUAN
◦ Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan di bawah
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/1967 yang menetapkan bahawa bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan penggunaannya
sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran negara
◦ Menerusi Perkara 152 itu, bahasa Melayu telah menjadi bahasa
utama bagi masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum yang menjadi lambang jati diri masyarakat Malaysia
Bahasa Melayu dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia
◦ Salah satu anjakan dalam PPPM – memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris

◦ Dasar MBMMBI – memastikan bahasa Melayu teguh sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
perpaduan di Malaysia

◦ Antara beberapa usaha melalui Pelan Tindakan Utama :


◦ Mentransformasikan kurikulum bahasa Melayu (KSSR, KOMSAS, LINUS)
◦ Memantapkan kompetensi guru bahasa Melayu (Kursus dalam Perkhidmatan, Latihan Peningkatan
Profesionalisme)
◦ Memperluas penggunaan bahan dan TMK dalam PdP Bahasa Melayu
◦ Memperluas publisiti dan kempen pengukuhan bahasa
◦ Meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti bahasa di luar kelas
Kepentingan Kemahiran Komunikasi
Berkesan
Ejen
Pengajar Pendidik Perubahan
Pemimpin

Menjadi Berbincang
Menarik minat contoh dengan ibu bapa
Mempengaruhi
tentang
belajar teladan sikap murid
perkembangan
kepada murid murid

Meningkatkan Mendidik Mendapat


prestasi murid menjadi Berhubungan sokongan dan
pencapaian insan yang dengan ibu bapa kerjasama ibu
bapa
akademik sempurna

Anda mungkin juga menyukai