Anda di halaman 1dari 17

TAJUK 8 PEDAGOGI RELEVAN BUDAYA

8.1. Sinopsis Kursus

Tajuk ini akan membincangkan tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan
Pedagogi Aliran Perdana, Pedagogi Kelas Bercantum, Pedagogi Pribumi dan Pedagogi
Murid-murid Berkeperluan Khas serta implikasinya dalam pengajaran dan
pembelajaran. Modul ini menjelaskan kewujudan kepelbagaian sosiobudaya yang perlu
diambilkira dalam pengajaran dan pembelajaran.

8.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir modul ini, anda dijangkakan akan dapat:

1. Menghuraikan konsep penting dalam pedagogi aliran perdana.


2. Menghuraikan kaedah pedagogi kelas bercantum
3. Menjelaskan prinsip-prinsip asas pedagogi pribumi
4. Menganalisis prinsip-prinsip asas pedagogi murid-murid berkeperluan khas
6. Menjelaskan prinsip-prinsip pedagogi relevan budaya serta implikasinya
kepada proses pembelajaran dan pengajaran.

8.3 Kerangka Tajuk

Pedagogi Relevan
Budaya

Implikasi proses
Pedagogi Aliran Pedagogi Kelas pembelajaran
Pedagogi Pribumi
Perdana Bercantum terhadap pengajaran
dan pembelajaran

Pedagogi Murid
Berkeperluan Khas

87
8.4 Kandungan

8.4.1 Konsep dan Definisi Pedagogi Releven Budaya

Sebelum definisi pedagogi releven budaya ditakrif, istilah-istilahnya perlukah


ditakrif terlebih dahulu supaya kita dapat memahami konsep ini dengan lebih
mendalam. Menurut Ibrahim, Azizah, Saidah, Aziah, Salmah, dan Rodziah (2005)
dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, pedagogi dapat didefinisikan sebagai kajian
mengenai kaedah dan prinsip pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan
formal. Dengan kata lain, ia merupakan satu jenis sains dan seni mengenai cara
mengajar di sekolah. Ibrahim et al. (2005) juga mendefinisikan istilah releven sebagai
sesuatu yang ada kaitan atau hubungannya dengan apa yang dibicarakan, apa yang
berlaku, dan sebagainya. Sementara itu, budaya dari segi sosiologi pula dapat
ditakrifkan sebagai sesuatu cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan
dari generasi ke generasi dalam sesebuah masyarakat tertentu (Syed& Ahmad, 2010).
Menurut Trumbull (2005) menerusi Oran (2009) pula mendefinisikan budaya sebagai
satu sistem nilai, kepercayaan, dan cara untuk mengetahui panduan komuniti
masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Tuntasnya, frasa ini menggambarkan
satu kajian mengenai bagaimana seseorang pendidik untuk mengajar murid-murid
sekolah dengan mengambil kira dan menyerapkan perbezaan cara-cara hidup,cara-
cara belajar, etnik, dan latar belakang murid itu sendiri.

Sebenarnya, frasa pedagogi releven budaya mula diperkenalkan oleh Gloria


Ladson-Billings pada tahun 1992. Menurut Coffey (2008), seiring dengan masa
berkembang, ahli-ahli antropologi, sosio-linguistik, dan pendidik-pendidik telah
mengembangkan pedagogi ini mengikut cara masing-masing. Kesannya,
pelbagai istilah lain telah diperkenalkan seperti culturally appropriate, caltural
congruent, culturally responsive, culturally historical, culturally compatible, dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, sebenarnya semua pedagogi ini adalah lebih
kurang sama dan berasal daripada pedagogi yang sama, iaitu pedagogi releven
budaya.

Menurut Gloria Ladson-Billings dalam jurnalnya yang bertajuk “Reading Between


the Lines and Beyond the Pages: A Culturally Relevent Approach to Literacy Teaching”
menerusi Noriati, Jamilah, Zuraidah, Lee, dan Raymond (2009), “Culturally relevent
pedagogy is a pedagogy that empowers studuents intellectually, socially, emotionally,
and politically by using cultural referents to impart knowledge, skills, and attitudes”. Ia
bermaksud, pedagogi releven budaya ialah pedagogi yang mengupayakan kekuatan
intelek, sosial, emosi, dan politik murid dengan merujuk budaya dalam mengusasi
pengetahuan, kemahiran, dan sikap menurut Noriati et al. (2011).

Selain daripada Gloria Ladson Billings, Geneva Gay dan Kris Gutierrez juga
merupakan antara pelopor dalam bidang pedagogi releven budaya ini. Gay (2002)
dalam jurnalnya yang bertajuk “Preparing for Culturally Responsive Teaching”
mengatakan bahawa:

88
“Culturally responsive teaching is defined as using the cultural characteristics,
experiences, and perspectives of ethnically diverse students as conduits for teaching
them more effectively. It is based on the assumption that when academic knowledge
and skills are situated within the lived experiences and frames of reference of students,
they are more personally meaningful, have higher interest appeal, and are learned more
easily and thoroughly (Gay, 2000).”
(Gay, 2002)

Penyataan ini membawa mesej yang amat jelas bahawa pedagogi releven
budaya merupakan satu kaedah pendekatan yang melibatkan penggunaan ciri-ciri
budaya, pengalaman, rujukan, dan perspektif budaya yang pelbagai dalam usaha
mengajar murid-murid dengan lebih sesuai dan berkesan. Gay (2010) menerusi Noriati
et al. (2011) mengatakan bahawa kepelbagaian etnik, warisan, dan budaya yang akan
mempengaruhi sikap dan tingkah laku murid wajar dimasukkan dalam kurikulum yang
sedia ada pada masa kini. Semasa proses P&P, murid-murid akan sedar dan
menghargai warisan budaya sendiri dan orang lain, dibekalkan sumber dan maklumat
yang berlainan dan pelbagai di sekolah. Malah, apa yang diajar oleh guru harus
menghubungkan pengalaman di rumah dan di sekolah kerana ia akan menggambarkan
keadaan sosiobudaya yang sebenar. Oleh itu, strategi pengajaran dan bimbingan yang
meluas dan pelbagai dikaitkan dengan perbezaan individu perlu diaplikasikan apabila
seseorang guru berhasrat untuk mengajar berasaskan pedagogi releven budaya.

Gutierrez dan Rogoff (2003) pula mencadangkan pedagogi releven budaya


sebagai satu pendekatan yang dapat mengatasi cabaran mengajar murid-murid yang
terdiri daripada pelbagai budaya dengan memberikan fokus penyelidik, pendidik, dan
peserta kepada variasi dalam latar belakang sejarah dan pengamalan budaya setiap
golongan budaya etnik. Penyelidikan Gutierre dan Rogoff adalah lebih kepada
perkembangan sejarah budaya kerana mereka percaya bahawa setiap budaya memiliki
ciri-cirinya yang tersendiri yang harus dikenalpasti oleh guru-guru dalam usaha
membantu guru menyediakan sumber-sumber pelajaran, menolong murid-murid
menentukan cara belajar mereka, meningkatkan prestasi pelajaran, dan seterusnya
berjaya dalam akademik mereka. Gutierrez dan Rogoff (2003) percaya bahawa
perkembangan seseorang mestilah berkaitan dan tidak dapat dipisahkan dengan
budaya dan sejarahnya. Dari perspektif sejarah budaya, kita akan dapat melihat dan
menilai cara seseorang membuat kerja, memahami sejarah penglibatan seseorang
dalam pelbagai komuniti, termasuklah komuniti etnik dan nasional, di samping komuniti
akademik dan keagamaan.

89
8.4.2 Tujuan dan Kepentingan Pedagogi Releven Budaya

Tujuan utama pengenalan pedagogi releven budaya adalah untuk memastikan


pendidik menyedari dan menghargai kepelbagaian budaya dan pandangan mengenai
populasi murid di sekolah dan mengelakkan diri daripada menganggap atau
mempromosikan perspektif diri-sendiri sebagai pandangan atau kepercayaan universal
(Oran, 2009). Sekiranya seseorang guru memahami pedagogi releven budaya dengan
mendalam, beliau akan dapat memahami mengapa seseorang murid di kelasnya
berkelakuan di luar norma masyarakat dan tidak akan memarahinya sekiranya
kelakuannya adalah luar biasa berbanding dengan murid lain. Lantas, prejudis guru
terhadap sesetengah golongan kaum dan etnik akan dapat dihapus, dan sikap
keterbukaan, toleransi, dan hormat-menghormati antara guru dan dengan murid akan
dapat dipupuk di sekolah. Sesungguhnya, tiada seorang murid yang harus
mengorbankan warisan budaya, identiti etnik, dan rangkaian sosialnya semata-mata
demi mendapatkan pendidikan di sekolah (Oran, 2009).

Noriati et al. (2011) mempercayai bahawa pedagogi relevan budaya merupakan


salah satu cara yang dapat membolehkan murid-murid mempertahankan identiti budaya
mereka sendiri di samping dapat mencapai kecemerlangan akademik. Malah, dengan
pengolahan P&P yang berkesan dan berintekasi secara positif dengan murid,
diharapkan semangat kebanggaan budaya akan dapat dipupuk dalam kalangan murid
dan seterusnya memangkinkan kematangan intelek. Hanya dengan memahami
pelbagai aspek perbezaan individu murid-murid seperti latar belakang dan etnik, cara
belajar dan sebagainya, guru dapat mengaplikasikan pedagogi ini untuk
memaksimumkan peluang pembelajaran murid-murid, lantas mengubah sikap murid-
murid terhadap mustahaknya pelajaran dalam kehidupan mereka.

Selain itu, pedagogi releven budaya merupakan salah sejenis pendekatan yang
paling berkesan untuk mencapai matlamat akademik dan tuntutan sosial murid-murid
yang berasal daripada pelbagai budaya. Sebagai pendidik, kita perlu memahami
kepelbagaian murid, bukan hanya sekadar mengenal dan mentafsir konsep sahaja,

90
tetapi perlu mencerakin serta mengambil kira keunikan perspektif dan budaya dan
sosial setiap murid yang terdapat di dalam bilik darjah supaya kesepaduan perolehan
ilmu, kemahiran dan sikap yang holistik yang diperoleh oleh murid-murid dapat
mencapai hasrat yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan
Rukun Negara (Noriati et al., 2009).

Di samping itu, kesedaran dan pemahaman mengenai pedagogi releven budaya


juga adalah amat penting untuk membantu guru-guru untuk merancang pengajaran dan
pembelajaran (P&P) mereka dengan berkesan. Kita sebagai guru seharusnya sedar
dan memahami hakitat bahawa di Malaysia, murid-murid kita biasanya tidak akan terdiri
daripada sejenis kaum sahaja, tetapi terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu,
metadologi dan pedagogi yang sesuai dan releven menggunakan berbagai-bagai jenis
strategi dan kaedah P&P mampu menjadikan pembelajaran kita lebih bermakna kepada
semua murid (Syed & Ahmad, 2010). Maka, guru yang memberikan perhatian kepada
aspek ini akan mengambil kira sensitiviti budaya semasa mereka menganalisis latar
belakang murid, merancang aktiviti, menyediakan bahan bantu mengajar, mengelola
aktiviti, mengurus dan melaksanakan P&P di bilik darjah, serta menetapkan prosedur
dan kaedah penilaian untuk murid-murid kelak.

Tuntasnya, sebagai seorang guru yang peka terhadap kepelbagaian


sosiobudaya dan mengajar di sebuah negara yang terdiri daripada pelbagi kaum dan
etnik, pedagogi releven budaya adalah sesuai dan penting bagi kita untuk memahami
konsep kepelbagaian murid semasa menghadapi murid-murid yang berlatarkan
pelbagai budaya demi mewujudkan suasana P&P di dalam bilik darjah yang lebih
berkesan, maksima, sempurna, dan optima bagi semua murid.

91
8.4.3 Ciri-Ciri/ Kriteria-Kriteria dalam Pedagogi Relevan Budaya

Menurut Guittierez (1994) dan Ladson-Billings (1994) menerusi Noriati et al.


(2009), antara ciri pedagogi releven budaya termasuklah pembelajaran akan menjadi
lebih berkesan apabila murid mengabungkan semua pengetahuan, konsep, prosedur,
kemahiran dan strategi yang telah dipelajari oleh mereka daripada situasi pelbagai
budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya, pedagogi releven
budaya adalah mustahak bagi murid untuk memahami latar belakang mereka yang
berlainan budaya, supaya murid dapat belajar dalam proses aktif pembelajaran
merentasi pelbagai budaya, dan selain membantu pelajar memperoleh pengetahuan,
pedagogi relevan budaya juga memberikan motivasi murid untuk belajar secara
konstektual, iaitu mengambil kira pengalaman murid yang berbeza.

Berdasarkan ciri-ciri yang disenaraikan di atas, kita dapat merumuskan bahawa


pembelajaran yang mampu menghubungkan pengalaman murid di rumah dengan
pengalaman di sekolah serta memenuhi tuntutan dan keperluan kurikulum dan
menjanjikan kecemerlangan murid dari segi semua aspek di sekolah. Pedagogi releven
budaya harus memanfaatkan latar belakang, pengetahuan dan pengalaman murid
untuk memahami pengajaran guru, serta menjadikan budaya sebagai sumber dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Untuk mengetahui ciri-ciri pedagogi releven budaya dengan lebih lanjut, Ladson
Billings (1995a, 1995b) telah mengutarakan tiga jenis kriteria untuk menjelaskan
pedagogi releven budaya. Antaranya termasuklah kejayaan akademik murid,
persaingan budaya, dan budaya mengkritik.

92
8.4.4 Pedagogi Releven Budaya dengan Kejayaan Akademik Murid

Menurut Ladson-Billings (1995a), pedagogi releven budaya memerlukan murid


untuk mengekalkan integriti budaya di samping mengekalkan kecemerlangan kejayaan.
Ramai pendidik percaya bahawa murid menjadi sebahagian daripada penyumbang
dalam menggalakkan pembelajaran dan kecemerlangan akademik apabila murid
mudah memahami sesuatu kandungan pelajaran yang dikaitkan dengan pengetahuan
sedia ada murid, iaitu pengalaman hidup mereka dalam komuniti dan budaya masing-
masing (Noriati, et al., 2011). Oleh itu, sekiranya seseorang guru mengambil kira aspek
budaya dan memasukkan cara-cara hidup murid dalam proses P&P mereka, nescaya ia
dapat meningkatkan kemajuan murid dalam bidang pembelajaran dengan memberikan
tumpuan membantu dan membimbing murid menguasai kemahiran membaca, menulis,
bertutur, malah mampu menyelesaikan masalah dan bersama-sama dengan rakan
yang lain mencari jalan untuk mengatasi masalah. Coffey (2008) mengatakan bahawa
dalam usaha memastikan murid menyertai masyarakat yang demokratik, murid perlu
membangunkan kemahiran literasi dan numerasi mereka, serta mengembangkan
kemahiran mereka dalam teklologi, keupayaan sosial dan politik. Dengan menumpukan
perhatian tentang kepentingan kejayaan akademik dalam dunia hari ini, maka guru
dapat memupuk dan merangsang murid mereka untuk mencapai kejayaan intelektual
yang diingini.

93
8.4.5 Pedagogi Releven Budaya dengan Budaya Mengkritik

8.5 Elemen-Elemen dalam Pedagogi Releven Budaya

Sememangnya terdapat banyak elemen yang dapat digunakan oleh guru dan
menerapkannya dalam pedagogi releven budaya dalam P&P beliau. Elemen-elemen ini
dikatakan dapat mencuri perhatian murid dan menarik minat mereka untuk mengikuti
P&P dalam kelas. Dengan cara sebegini, pengetahuan baharu yang kita bakal

94
mengajar juga akan dibina berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman
budaya mereka, selaras dengan teori pembelajaran konstruktivme. Kesannya, murid
akan lebih berminat, lebih dapat menyerap apa yang telah diajar dan disampaikan oleh
guru, melibatkan dengan dengan lebih aktif semasa P&P guru, dan dapat mengekalnya
pengetahuan tersebut dengan jangka masa yang lebih panjang dalam minda mereka.
Memandangkan penyerapan elemen sebegini membawa begitu banyak kebaikan
kepada murid, guru haruslah mengambil kira aspek ini dan memasukkan sedikit
sebanyak elemen-elemen yang berkaitan dengan kehidupan mereka semasa guru
mengajar. Menurut Noriati et al (2011), antara elemen yang terkandung dalam pedagogi
releven budaya termasukkan elemen adat resam, elemen kesusasteraan, elemen
pemakanan, dan elemen alam sekitar. Oleh itu, kita akan mengupas elemen-elemen
tersebut satu demi satu dan melihat bagaimana elemen tersebut dapat membantu
murid dalam konteks akademik mereka.

8.5.1 Elemen Adat Resam dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Ibrahim et al. (2005) dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah adat
dapat ditakrifkan sebagai “peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun (sejak
dahulu kala) di dalam sesuatu masyarakat (sehingga ia menjadi hukum dan peraturan
yang harus dipatuhi) atau cara yang sudah menjadi kebiasaan”. Sementara itu, istilah
resam pula dapat didefinisikan sebagai “adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi
adat, pembawaan, kebiasaan, sifat, tabiat”, dan sebagainya. Tuntasnya, frasa adat
resam dalam konteks pendidikan dapat kita rumuskan sebagai sesuatu yang menjadi
kebiasaan kepada sesuatu kaum atau etnik.

Setiap masyarakat dan kaum akan mempunyai adat resam yang tersendiri yang
akan dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Antara adat
resam yang dimiliki oleh sesebuah kaum dan etnik termasuklah kepercayaan, hari

95
perayaan, kepercayaan, pantang larang, upacara perkahwinan, ucapara menyambut
kelahiran, upacara mengendalikan kematian, dan sebagainya. Memandangkan semua
aspek adat resam ini adalah begitu sebati dan rapat dengan murid-murid, maka guru
bolehlah menggunakan elemen adat resam ini sebagai sumber dan resos P&P beliau.
Jadi, apabila seseorang guru memperkenalkan kandungan dan menyampaikan
kandungan P&Pnya bertemakan adat resam, maka murid-murid didikannya pastilah
akan tertarik akan penyampaian guru kerana pada murid-murid, semua yang
disampaikan oleh guru adalah begitu rapat dan sudah biasa dengan kehidupan mereka.
Impaknya, kita akan dapati bahawa murid-murid yang biasanya pediam dan pasif dalam
bilik darjah juga akan menjadi aktif dan giat melibatkan diri, terutamanya adat resam
yang disebut atau dinyatakan oleh guru adalah mengenai kaum atau masyarakat diri-
sendiri.
Menyedari hakitat ini, maka guru haruslah bijak mengambil peluang ini dan
mengaplikasikan elemen adat resam ini sebagai salah satu pedagogi releven budaya
merentasi kurikulum. Contohnya, dalam sebuah kelas yang terdiri daripada 40 orang
murid berbilang kaum, guru boleh membahagikan golongan heterogeneous ini mengikut
dua cara. Cara pertama yang boleh diambil oleh guru adalah dengan membahagikan
murid-murid mengikut kaum yang sama, katakanlah kumpulan Cina, Melayu, India,
Iban, Bidayuh, Bumiputera, Orang Asli, dan sebagainya. Selepas setiap kaum
membentuk kumpulan masing-masing, guru akan memberikan tugasan seperti:

“Dapatkan maklumat berkaitan dengan adat resam dan kepercayaan etnik


masing-masing, contohnya upacara perkahwinan, upacara kelahiran, upacara
kematian, dan sebagainya. Kumpulkan maklumat yang berkaitan daripada ibu bapa
atau pihak yang lebih dewasa. Kemudian, bentangkan maklumat yang diperoleh di
dalam kelas dan mengisi borang grafik banding beza untuk melihat persamaan dan
perbezaan adat resam pelbagai etnik.”
(Noriati et al., 2011)

Oleh itu, selepas setiap kumpulan mendapatkan arahan guru, setiap kumpulan
akan melaksanakan tugasan yang diamanahkan dan akhir sekali membentangkan
dapatan mereka mengikut dapatan masing-masing. Menurut Noriati et al. (2011), pada
akhir pembentangan, guru boleh membantu murid untuk merumuskan pelajaran dengan
memasukkan nilai-nilai murni dan unsur perpaduan dalam pergulungan P&Pnya.
Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti ini, murid-murid akan bergerak secara kolaborasi
untuk mengumpul maklumat, berasa bangga terhadap budaya dan adat resam mereka,
berani berkongsi maklumat budaya mereka dengan kaum etnik lain, memupuk rasa
kesefahaman, torelansi, dan hormat-menghormati dalam kalangan murid, lantas
mewujudkan suasana persekitaran bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya.

Secara implisitnya, kita sebagai guru dapat melihat bahawa penyerapan elemen
adat resam dalam pedagogi releven budaya adalah sesuatu yang wajar dan rasional
kerana ia membolehkan murid-murid menghayati kepelbagaian budaya, persamaan
dan perbezaan, serta ciri-ciri yang menarik tentang sesuatu budaya (Noriati et al.,
2011).

96
8.5.2 Elemen Kesusasteraan

Menurut Ibrahim et al. (2005) dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah
kesusasteraan dapat didefinisikan sebagai “satu seni yang menggambarkan keindahan
dengan bahasa (novel, sajak, dan lain-lain), karang-mengarang, persuratan, seni
sastera; hasil daripada mengarang (menyajak dan lain-lain); pengetahuan dalam hal
sastera; dan karya-karya yang tergolong dalam seni sastera.” Daripada definisi ini, kita
dapat melihat bahawa kesusasteraan ialah hasil seni yang disampaikan melalui bahawa
yang indah dan mengandungi isi atau maksud yang tidak ternilai (Noriati et al., 2011).
Antara genre dan bentuk hasilan sastera yang terkandung dalam kesusasteraan
termasuklah cerita rakyat, lagu rakyat, puisi (sajak), pantun, syair, gurindam, seloka,
peribahasa, simpulan bahasa, bidalan, pepatah, petitih, bahasa kiasan, lukisan,
lakaran, dan banyak lagi.

Selain itu, unsur kesusasteraan ini juga dapat diterapkan oleh seseorang guru
sekiranya beliau ingin mengajar irama, harmoni, melodi, dan ekspresi bagi mata
pelajaran muzik. Contohnya, seseorang guru muzik boleh mengguna pakai lagu-lagu
rakyat Melayu seperti “Ikan Kek-Kek”, “Jong Jong Inai”, “Puteri Santubong Puteri
Sejinjang”, dan sebagainya, lagu-lagu rakyat Cina seperti “Kang Di Qing Ge”, “Bu Yu
Ge”, dan sebagainya, serta lagu-lagu rakyat kaum lain semasa merancang dan
mengelolakan aktiviti P&Pnya.

Di samping itu, guru juga boleh meminta murid-murid untuk mencipta sajak,
puisi, pantun, soloka, syair, dan sebagainya sekiranya seseorang guru itu berhasrat
untuk menerapkan unsur kesusasteraan dalam pedagogi releven budaya bagi mata
pelajaran Bahasa Malaysia. Selepas murid mencipta hasil nukilan mereka, guru
bolehlah meminta mereka mendeklemasikan hasil karya mereka di hadapan rakan-
rakan yang lain sambil memainkan lagu-lagu rakyat sebagi latar belakang suara hasil
karya mereka. Menerusi aktiviti sebegini, murid-murid akan lebih mudah menguasai
sesuatu bahasa dan merasai bahawa mereka dapat mengekalkan identiti budaya
mereka di samping memupuk rasa kebanggaan terhadap warisan kesusasteraan
mereka.

97
Kesimpulannya, hasil kesusasteraan yang dimiliki oleh pelbagai etnik dalam
kalangan murid dapat membantu guru semasa melaksanakan pedagogi releven budaya
(Noriati et al., 2011).

8.5.3 Elemen Makanan

98
8.5.4 Elemen Alam Sekitar

8.6 Usaha-Usaha Memupuk Hubungan Etnik antara Masyarakat Malaysia

Sebagai seorang guru, kita harus sentiasa memikirkan bahawa bagaimana kita
dapat memupuk hubungan etnik antara masyarakat Malaysia supaya dapat membina
negara yang harmoni. Oran (2009) telah mencadangkan beberapa usaha untuk
memupuk hubungan etnik antara masyarakat Malaysia dari perspektif pendidikan dan
P&P seseorang guru. Antara cadangannya termasuklah mempelbagaikan kaedah dan
teknik dalam P&P, mengurus bilik darjah secara efektif dari perspektif budaya, dan
memupuk budaya penyayang, toleransi dan hormat-menghormati. Antara cara lain yang
mampu menyumbang kepada tujuan yang sama termasuklah penerimaan budaya,
mengadakan rumah-rumah terbuka ketika hari perayaan, dan menyertai program
Rukun Tetangga.

8.6.1 Mempelbagaikan Kaedah dan Teknik dalam P&P

Guru yang mengelolakan pedagogi dalam bilik darjah pelbagai budaya harus
melihat pengajaran sebagai “an art rather than a science” supaya guru-guru akan
berfikiran kreatif dan dapat menyesuaikan diri dengan murid pelbagai budaya (Noriati et
al., 2009). Dalam konteks pendidikan, terdapat pelbagai stratagi, kaedah, teknik, dan
pedagogi yang releven untuk diamalkan dalam pelbagai kelompok murid. Antaranya
termasuklah kaedah kolaboratif dan koperatif, direktif, mediatif, generatif, kontekstual,
metakognitif, konteks luar (kajian luar), kajian masa depan, penemuan, projek,
penggunaan bahan bacaan, pembelajaran berasaskan komputer, dan banyak lagi
(Noriati et al., 2009; Syed & Ahmad, 2010).

99
Contohnya dalam kaedah pembelajaran kolaboratif dan koperatif, guru akan
menggalakkan murid berbincang dan sesi buzz melibatkan ahli-ahli kumpulan pelbagai
budaya akan dijalankan. Katakanlah dalam sesuatu kumpulan perbincangan, ahli
kumpulannya terdiri daripada Ali, Bakarcandran, dan Chong. Mereka digalakkan untuk
berinteraksi dan bekerjasama dalam suasana hormat-menghormati. Sesi
pembentangan yang dijalankan oleh mereka juga mempamerkan semangat pasukan
dan setiakawan. Semasa pembentangan, guru perlu memudahcara cetusan idea ahli
kumpulan dan memberikan penghargaan secara kolektif melambangkan harmoni
sesebuah kumpulan pelbagai etnik (Noriati et al., 2009). Maka dengan cara sebegini ia
dapat memupuk hubungan etnik yang harmoni menerusi kegiatan murid-murid pelbagai
kaum etnik di sekolah dalam usaha membentuk masyarakat yang aman damai.

8.6.2 Mengurus Bilik Darjah Secara Efektif dari Perspektif Budaya

Menurut Noriati et al. (2011), pengurusan bilik darjah secara efektif dapat
dibahagikan kepada dua aspek, iaitu pengurusan sumber P&P yang mesra budaya, dan
susun atur bilik darjahnya dalam usaha memupuk hubungan etnik antara masyarakat
Malaysia. Pertama sekali, seseorang guru harus sensitif dan memberikan tumpuan
terhadap pemilihan bahan sumber untuk aktiviti P&P dalam memastikan setiap murid
pelbagai etnik dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Guru sepatutnya
meraih peluang dalam mempelbagaikan sumber P&Pnya melalui pelbagai budaya dan
etnik muridnya. Oleh tu, semasa merancang aktivti, seseorang guru haruslah memilih
bahan dan sumber pembelajaran yang menonjolkan kepentingan hubungan etnik tanpa
mengira kaum dan perbezaan etnik. Guru boleh memilih sumber yang paling sesuai
untuk memupuk perpaduan antara etnik melalui penggunaan sumber yang sesuai
seperti melalui cerita, lagu, klip, video, dan foto.

Sementara itu, susun atur bilik darjah pula akan melibatkan susunan kerusi meja
tempat duduk murid. Hubungan etnik akan wujud apabila murid ditempatkan di tempat
duduk yang dikelilingi oleh rakan-rakan daripada pelbagai etnik. Hal ini demikian kerana
murid-murid akan berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Maka daripada
perbualan dan pertuturan, hubungan etnik yang kukuh akan dapat dipupuk kerana
mereka akan mempelajari budaya dan adat resam kaum etnik lain, dan seterusnya
menerima, menghormati, dan bertoleransi dengan mereka.

8.6.3 Memupuk Budaya Penyayang, Toleransi dan Hormat-Menghormati

Dalam usaha memupuk hubungan etnik antara masyarakat Malaysia supaya


dapat membina negara yang harmoni , guru perlu berfungsi sebagai penggalak kepada
budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan murid selaras dengan agenda negara
dalam menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi
(MBE) (“Guru Penggalak Inovasi, Kreativiti”, 2011). Oleh itu, guru haruslah berupaya
untuk memupuk budaya penyayang, toleransi, dan hormat-menghormati di sekolah

100
agar hubungan etnik antara masyarakat Malaysia akan dapat diwujudkan. Menurut
Weinstein et al. (2003) menerusi Oran (2009), apabila guru dan murid berasal dari latar
belakang yang pelbagai dan berbeza, hubungan yang saling menghormati adalah amat
penting. Perkara ini perlu disedari oleh semua guru dan guru perlu mencari pendekatan
mendekatkan murid dengan budaya penyayang, toleransi, dan hormat-menghormati
dan mengamalkan Rukun Negara dengan penuh penghayatan. Guru juga perlu
menetapkan beberapa peraturan asas semasa murid-murid berada dan bergaul di
dalam bilik darjah seperti tidak boleh bergaduh, tidak boleh berlawan, tidak boleh
bertumbuk, berbincang dengan batasan tertentu, dan sebagainya. Semua peraturan
yang ditetapkan haruslah diketahui dan disetujui oleh murid-murid kelas tersebut.
Apabila guru telah berjaya mencipta sesuatu persekitaran yang mesra budaya,
penyayang, dan toleransi, setiap murid akan menghargai keadaan tersebut dan
berusaha untuk mengekalkannya. Kesannya, hubungan etnik antara masyarakat
Malaysia pasti akan dapat dibentuk dan dikekalkan.

8.6.4 Penerimaan Budaya

Keadaan penerimaan budaya dapat dirasai dan dilihat di mana-mana sahaja.


Hal ini terbukti apabila masyarakat bukan Melayu telah mula menerima budaya orang
Melayu dari segi pakaian dan makanan (Mansor, Abdul & Mohammad, 2006). Sebagai
contoh, orang bukan Melayu segak menggayakan baju kurung atau baju Melayu
terutamanya pada hari-hari perayaan dan fenomena ini merupakan seuatu yang biasa
bagi orang bukan Melayu. Bagi orang Melayu pula, mereka mula menerima masakan
Cina dan India serta pemberian duit raya telah menggunakan sampul atau angpau yang
terkenal dalam kalangan orang Cina. Dewasa ini juga telah kelihatan di taman-taman
perumahan, terdapatnya penempatan yang sama untuk semua etnik yang pastinya
keadaan ini akan menggalakkan lagi gubungan etnik dalam kalangan rakyat melalui
aktiviti setempat.

101
8.7 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pedagogi releven budaya merupakan satu kaedah


pendekatan yang amat komprehensif dan sesuai diamalkan oleh pendidik-pendidik di
sekolah. Pedagogi ini mula-mula diperkenalkan oleh Gloria Ladson-Billings pada tahun
1992 dan dikembangkan oleh pakar-pakar pendidikan yang lain. Pedagogi ini
diperkenalkan berdasarkan tujuan tertentu dan membawa kepentingan yang tidak
ternilai kepada pendidik dan murid. Terdapat tiga kriteria yang telah diutarakan
menerusi pedagogi tersebut, iaitu kejayaan akademik, persaingan budaya, dan budaya
mengkritik. Antara elemen yang terdapat dalam pedagogi releven budaya termasuklah
elemen adat resam, kesusasteraan, pemakanan, dan alam sekitar. Demi memupuk
hubungan etnik antara masyarakat Malaysia, pelbagai langkah dari perspektif
pendidikan dan P&P telah dicadangkan di samping langkah-langkah umum yang
biasanya kita akan laksanakan. Tuntasnya pedagogi releven budaya merupakan salah
satu pendekatan yang sangat releven yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam
menjamin keberkesanan P&P yang melayan pelbagai etnik.

8.0 Senarai Rujukan

Choong, L. K. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Untuk Program Perguruan


Pendidikan Rendah 4 Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Coffey, H. (2008). Culturally Relevant Teaching. Didapatkan pada Februari 27, 2013,
daripada http://www.learnnc.org/lp/pages/4474
Gay, G. (2002). Preparing For Culturally Responsive Teaching. Journal of Teacher
Education, 53(106), 106-116. Didapatkan pada Februari 27, 2013, daripada
http://mrc.spps.org/uploads/preparing_for_crt-_geneva_gay-2.pdf
Guru penggalak inovasi, kreativiti. (2011, Mac 17). Berita Harian. Didapatkan pada
Februari 27, 2013, daripada
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurupenggalakinovasi_kreativiti/Arti
cle/
Gutiérrez, K. D & Rogof, B. (2003). Cultural Ways of Learning: Individual Traits or
Repertoires of Practice. Educational Researcher, 32(5), 19-25. Didapatkan pada
Februari 27, 2013, daripada
http://www.unco.edu/cebs/diversity/pdfs/Cultural%20Ways%20of%20Learning_%
20Individual%20Traits%20or%20Repertoires%20of%20PRactice_Gutierrez_Rog
off.pdf
Ibrahim bin Hj. Ahmad, Azizah bt Surpadi, Saidah bt Kamin, Hajah Aziah bt. Tajudin,
Salmah bt. Mohd Khalid, Rodziah bt. Abdullah. (2005). Kamus Dewan Edisi
Keempat. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Bahasa.
Ladson-Billings, G. (1995a). But That's Just Good Teaching! The Case for Culturally
Relevant Pedagogy. Theory Into Practice, 34 (3), 159-165. Didapatkan pada
Februari 27, 2013, daripada

102
http://www.tolerance.org/tdsi/sites/tolerance.org.tdsi/files/assets/general/Ladson-
Billings_PDF.pdf
Ladson-Billings, G. (1995b). Toward a Theory of Calturally Relavent Pedagogy.
American Educational Research Journal, 32(3), 465-491. Didapatkan pada
Februari 27, 2013, daripada http://lmcreadinglist.pbworks.com/f/Ladson-
Billings+(1995).pdf
Mansor Mohd. Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz, & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee.
(2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia
Sdn. Bhd.
Noriati bt A. Rashid, Boon, P. Y., Jamilah Ismail, Zuraidah A. Majid, Lee, T. H. &
Raymond Mohanraj Paul. (2009). Modul Pengajian Profesional EDU3106
Budaya Dalam Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Zuraidah A. Majid.
(2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Syed Ismail Bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Maskon. (2010). Budaya dan
Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

103

Anda mungkin juga menyukai