Anda di halaman 1dari 4

5.

0 STRATEGI MENGATASI ISLAMOFOBIA

Isu Islamofobia semakin hangat dibahaskan disebabkan pelbagai kejadian


malang yang telah menimpa beberapa negara. Kejadian-kejadian tersebut
sering diperkaitkan dengan islam oleh pelbagai pihak tanpa usul periksa.
Hal ini telah mempengaruhi pandangan masyarakat secara umumnya
terhadap agama islam seperti mana yang telah diperbincangkan sebelum
ini. Oleh itu, semua pihak hendaklah mengorak langkah mencari cara dan
strategi terbaik bagi menghalang atau menangani masalah islamofobia
yang semakin merisaukan mahupun di Malaysia atau di seluruh dunia.
John L Espesito juga mengatakan bahawa “Ancaman Islamofobia bukan
sesuatu yang mengejutkan jika jumlah umat anti-islam terus bertambah,
kita perlu bertindak kerana tanggapan sebegitu jadi ancaman kepada
demokrasi”.1 Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan dari pelbagai
aspek, antaranya dari aspek media, pendidikan, persatuan dan
masyarakat.

m
er as
5.1 MEDIA

co
eH w
Media digunakan untuk menyampaikan informasi atau pesanan. Pada

o.
zaman teknologi moden kini, penggunaan media sebagai sumber
rs e
maklumat semakin meluas disebabkan kemudahan internet, sosial media
ou urc
dan sebagainya. Oleh itu, pihak media perlulah lebih berhati-hati dan
bertanggungjawab sebelum mengeluarkan sebarang bentuk informasi
o

kerana ini akan mempengaruhi orang ramai. Media seharusnya


menerbitkan program atau rancangan seperti dokumentari mengenai
aC s
v i y re

Islamofobia. Dokumentari seperti ini dapat menyampaikan informasi yang


benar kepada masyarakat yang masih tidak memahami ajaran agama
Islam yang sebenar. Contoh dokumentari mengenai Islamofobia yang telah
diterbitkan adalah seperti ‘The Muslim Next Door’ oleh Katherine Anne
ed d

Couric. Selain itu, media juga perlu melaksanakan penapisan kendiri atau
ar stu

‘self-censorship’ dengan lebih berhati-hati bagi mengelakkan salah faham


di kalangan masyarakat.
sh is

Di samping itu, masyarakat juga seharusnya menggunakan media


dengan bijak. Contohnya, masyarakat perlu menyelidik sesuatu maklumat
Th

yang mereka perolehi sebelum menyebarkan perkara tersebut kepada


orang lain bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu. Maklumat-
maklumat tersebut seringkali disampaikan dalam bentuk pesanan ringkas
dan sebagainya, hal ni menyebabkan maklumat tersebut lebih mudah dan
cepat disampaikan kepada orang lain. Selain itu, orang ramai terutamanya
orang Islam boleh menyampaikan sesuatu maklumat melalui sosial media
kerana penggunaan sosial media pada zaman kini adalah lebih luas
berbanding media yang lain.

_____________________________________________________________________

This study source was downloaded by 100000808149489 from CourseHero.com on 03-25-2021 11:00:35 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/58882985/esei-cara-mengatasidocx/
1 dipetik dari https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/04/417024/sebar-
kebenaran-tangkis-islamofobia, tarikh capaian 9 Oktober 2019

5.2 PENDIDIKAN

Antara faktor utama Islamofobia adalah disebabkan kekurangan


pengetahuan umum mengenai ajaran Islam. Pembelajaran secara formal
atau tidak formal perlu diberi perhatian agar masyarakat tidak tercicir.
Seperti yang boleh dilihat dari aspek pembelajaran secara formal, subjek
pendidikan islam di sekolah rendah dan sekolah menengah boleh
membantu pelajar terutamanya pelajar muslim memahami dengan lebih
mendalam tentang ajaran agama Islam yang sebenar untuk melahirkan
umat Islam yang benar-benar memahami ajaran agama mereka sendiri
bagi mengelakkan sebarang isu-isu agama di kemudian hari. Selain itu,
dengan ilmu pengetahuan yang diperolehi di sekolah, pelajar-pelajar ini

m
boleh menilai perkara yang baik dan yang buruk untung mengelakkan diri

er as
mereka terjebak dalam sebarang gejala sosial yang boleh mendatangkan

co
imej buruk terhadap Islam.

eH w
o.
Di samping itu, dari aspek pembelajaran tidak formal, banyak
rs e
program-program yang telah dijalankan oleh pihak yang
ou urc
bertanggungjawab. Contohnya, program ceramah banyak dijalankan di
masjid-masjid tempatan dan sebagainya. Walaubagaimanapun,
masyarakat bukan Islam juga perlu diberi pendedahan mengenai ajaran
o

Islam agar mereka tidak terjebak dalam penipuan dan permainan media
pro-barat yang semakin aktif menyebarkan maklumat-maklumat yang
aC s

tidak sahih seterusnya mencemarkan imej agama Islam. Selain itu, proses
v i y re

sosialisasi juga dapat dijalankan sebagai salah satu langkah dakwah yang
sesuai dengan masyarakat bukan Islam. Misalnya, hari terbuka masjid
boleh diadakan oleh institusi masjid di seluruh negara dengan menjemput
masyarakat bukan Islam datang mengunjungi masjid dan menghadiri
ed d

ceramah pendedahan terhadap konsep sebenar ajaran Islam.”Menerusi


ar stu

sosialisasi ini, interaksi sesama masyarakat akan lebih akrab dan


penjelasan terhadap kekeliruan serta sensitiviti agama dapat diatasi.
Proses sosialisasi adalah sebahagian penterjemahan konsep dialog antara
agama yang kini menjadi satu budaya dakwah yang digalakkan di
sh is

kalangan umat Islam”.2 Nilai-nilai murni perlulah ditekankan untuk


Th

menunjukkan keindahan agama islam kepada masyarakat bukan Islam.

5.3 PERSATUAN

Insiden-insiden yang berlaku menyebabkan isu Islamofobia semakin


membimbangkan di seluruh dunia. Oleh itu, satu badan khas telah
ditubuhkan oleh Pertubuhan Negara-Negara Islam untuk memantau dan
menangani isu Islamofobia. “OIC Islamofobia Observatory” ditubuhkan
pada 2007 dipersetujui oleh negara-negara Islam. “Ia ditugaskan
memantau Islamofobia, mengambil langkah perlu dan memulakan dialog
bagi menonjolkan nilai Islam sebenar serta memperkasakan negara Islam
bagi berdepan cabaran fenomena itu”.3

This study source was downloaded by 100000808149489 from CourseHero.com on 03-25-2021 11:00:35 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/58882985/esei-cara-mengatasidocx/
_____________________________________________________________________
2 diperik dari https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/03/545791/dakwah-tangani-
gejala-islamofobia,
tarikh capaian 10 Oktober 2019

3 dipetik dari http://www.astroawani.com/berita-dunia/mesyuarat-kumpulan-pakar-oic-nilai-


peranan-pemerhati-islamaphobia-138163, tarikh capaian 10 Oktober 2019
Pada tahun 2001, semasa ‘Durban World Conference on Racism, Racial
Discrimination, Xenophobia, and Related Intolerance’, Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu telah memulakan insiatif dalam isu diskriminasi atas
faktor agama. Selain itu, ‘United Nation Human Rights Council’ juga
emnyokong usaha-usaha menangani isu Islamofobia. Contohnya, pada
tahun 2007 ‘UN General assembly’ sesi ke-62 bertempat di New York yang
membincangkan topik ‘the High-Level Dialogue on Inter-religious and
Intercultural Understanding and Cooperation for Peace’ telah
mengeluarkan resolusi ‘the UN Resolution on Combating Defamation of
Religions: Human Rights Council Resolution 7/19. Pertubuhan Bangsa-

m
er as
bangsa Bersatu juga telah melantik ‘Special Rapporteur on contemporary

co
forms of racism, racial discrimination, xenophobia and related intolerance’

eH w
yang bertanggungjawab secara khusus menangani isu diskriminasi etnik
termasuk Islamofobia.4 Malaysia juga terlibat sama dalam membanteras

o.
rs e
Islamofobia dengan menyokong Deklarasi dan Mesyuarat Penyelerasan
ou urc
Tahunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Bagi Negara Anggota OIC
Yang Menentang Islamofobia di Ibu Pejabat PBB, New York pada 24
September 2010.5 Di samping itu, ‘Global Movement of the Moderates’
o

juga telah dilancarkan.


aC s
v i y re

Pada peringkat sivil, organisasi seperti ‘Allied Coordinating Committee


of Islamic NGO’s’ ditubuhkan. Ianya merupakan gabungan badan bukan
kerajaan Islam sebagai pemantau Islamofobia berfokus di Malaysia. Selain
itu, ‘OIC Islamofobia Observatory’ dan ‘United Nation Islamofobia
ed d

Observatory’ adalah di dalam perancangan untuk diselaraskan dengan


ar stu

‘Malaysia Islamofobia Observatory’ oleh Jabatan Agama Islam Wilayah


Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Gerakan ini akan
memainkan peranan dalam memantau isu Islamofobia seperti mana telah
sh is

dilaksanakan oleh ‘OIC Islamofobia Obeservatory’.


Th

5.4 MASYARAKAT

Pihak-pihak yang bertanggungjawab dan pelbagai institusi telah


mengadakan banyak program ceramah, forum kempen dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, tanpa kerjasama masyarakat, program-program ini
tidak akan membuahkan hasil yang diinginkan. Oleh itu, semua lapisan
masyarakat hedaklah berkerjasama antara satu sama lain bagi menjamin
kesejahteraan mahupun di Malaysia atau di peringkat dunia. Contohnya,
masyarakat terutamanya orang Islam perlulah berkelakuan murni agar
dapat melahirkan imej baik yang mencerminkan keindahan ajaran agama
Islam dan seterusnya menjadi contoh teladan kepada orang ramai.

This study source was downloaded by 100000808149489 from CourseHero.com on 03-25-2021 11:00:35 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/58882985/esei-cara-mengatasidocx/
Masyarakat juga perlu cuba memahami konsep agama sesama sendiri
agar salah faham dan isu sensitiviti dapat dielakkan.

4 dipetik dari http://www.zulkiflihasan.com/2019/03/16/memahami-isu-islamofobia-antara-


persepsi-dan-realiti-3/, tarikh capaian 11 Oktober 2019

5 dipetik dari http://www.zulkiflihasan.com/2019/03/16/memahami-isu-islamofobia-antara-


persepsi-dan-realiti-3/, tarikh capaian 11 Oktober 2019

m
er as
co
eH w
o.
rs e
ou urc
o
aC s
v i y re
ed d
ar stu
sh is
Th

This study source was downloaded by 100000808149489 from CourseHero.com on 03-25-2021 11:00:35 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/58882985/esei-cara-mengatasidocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai