Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih saudari moderator yang cantik molek pekertinya membawa rasional persoalan.

Soalan yang amat menarik daripada moderator kita pada hari ini. Kita sudah tahu apa itu
ciri, faktor dan kesan. Jadi kita perlu tahu jugak bagaimana atau langkah untuk mengatasi
masalah perbomohan di kalangan masyarakat kita.

Hadirin sekalian,

Langkah untuk mengatasi perbomohan :

1. Memperkenalkan Islam yang syumul.


Islam yang syumul ni ia merangkumi segala aspek kehidupan manusia di samping kita
mempraktikkannya. Contohnya, beriman dengan rukun Islam dan rukun Iman serta
melakukan amalan-amalan sunat.

2. Peka dengan kehidupan masyarakat.


Seseorang perlu sentiasa mengenal pasti penyelewengan akidah yang berlaku di
dalam masyarakat kemudian bertindak dengan secepat mungkin sebelum ia berakar
umbi.

3. Memanfaatkan media massa.


Mempergunakan media massa seluas-luasnya dalam usaha pengajaran Islam yang
benar-benar bersih dan tulen kepada masyarakat. Media massa seperti media cetak
dan media elektronik juga seharusnya menjadi salah satu platform yang
mengiklankan dan mewar-warkan tentang isu ini. Lebih banyak program atau liputan
yang berfokuskan tentang pemantapan akidah boleh dilaksanakan di rancangan
television tempatan memandangkan isu akidah merupakan perkara yang sangat
kritikal pada akhir zaman ini.
4. Penggunaan internet untuk sedarkan masyarakat.
Zaman yang moden dengan pelbagai peralatan eletronik, sepatutnya digunakan
sebaik mungkin untuk menyedarkan masyarakat tentang bahayanya amalan-amalan
yang boleh merosakkan akidah. Pelbagai media social digunakan bagi tujuan
komunikasi. Golongan agama seharusnya menggunakan pendekatan menyebarkan
ilmu tentang implikasi amalan perbomohan mensyirikkan Allah melalui media sosial
kerana boleh dikatakan hampir semua lapisan masyarakat menggunakan laman
social. Di situ juga, masyarakat dapat berkomunikasi terus dan mengutarakan
persoalan-persoalan yang menjadi kemusykilan.

5. Menambahkan ilmu agama.


Punca berterusan pengamalan amalan perbomohan menyesatkan ini adalah kerana
kekurangan ilmu agama. Masyarakat tidak mengetahui bahawa dengan melakukan
perbuatan tersebut, mereka sebenarnya sedang membahayakan akidah masing-
masing. Adat yang diwarisi dari turun temurun ini terus dilakukan tanpa usul periksa.
Jadi, kerajaan sepatutnya mengadakan kempen-kempen kesedaran tentang bahana
amalan syirik terhadap diri, masyarakat, agama dan negara. Jadi apabila kempen
seperti ini diadakan, masyarakat mendapat input yang seterusnya dapat membantu
membimbing diri dan keluarga ke jalan yang benar.

6. Kerajaan dedahkan tentang keburukan amalan perbomohan.


Dalam usaha menjaga akidah anak-anak kita, kerajaan disyorkan untuk turut
mendedahkan tentang amalan-amalan perbomohan yang dapat mengganggu=gugat
kesejahteraan iman individu di dalam silibus pendidikan dalam buku-buku agama
yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan
menjauhi amalan sesat ini. Sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah
tidakmengira sekolah agama ataupun tidak, sepatutnya diisi dengan sesi
pembelajaran yang memberi penerangan lengkap tentang Islam yang sebenar dan
menerapkan konsep iman secara mendalam dalam diri pelajar.

7. Menguatkuasakan undang-undang.
Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang dengan mengadakan peruntukan
undang-undang yang mencukupi untuk membendung dan menghalang ajaran-ajaran
yang sesat ini. Seperti yang berlaku sekarang, peruntukan undang-undang yang
diperuntukkan tidak mendatangkan rasa takut kepada pihak yang berusaha
merosakkan akidah masyarkat Malaysia. Ekoran itu, semakin ramai pihak yang berani
untuk menghina Islam secara langsung seperti memijak Al-Quran ataupun secara
tidak langsung, mempraktikkan amalan-amalan yang menyekutukan Allah.

Anda mungkin juga menyukai