Anda di halaman 1dari 35

960731-06-5464

1.0 PENGENALAN

Adat resam dan budaya masyarakat Cina Malaysia merupakan suatu amalan yang
diamalkan oleh nenek moyang masyarakat Cina pada suatu ketika dahulu dan ditinggalkan
menjadi suatu warisan secara turun temurun. Adat resam dan budaya ini dilaksanakan selaras
dengan pantang larang masyarakat Cina. Namun adat resam dan budaya ini kadang kadang
bertembung dan bercanggah dengan amalan-amalan pantang larang. Ini kerana ianya diamalkan
mengikut cara yang salah atau terlalu taasub dengan kepercayaan-kepercayaan karut atau
pantang larang tertentu. Oleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenal pasti
sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya pencemaran
terhadap amalan-amalan yang berkaitan dengan pantang larang.

Menurut Kamus Dewan budaya mendefinisikan sebagai warisan sosial sesuatu


masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, dan adat yang dikongsi
bersama oleh semua orang dalam masyarakat. Selain itu, Ahli-ahli sosiologi pula mendefinisikan
budaya sebagai satu sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, adat dan teknologi
yang dikongsi oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat. Penggunaan istilah adat resam
adalah bermaksud adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan
bertertib, bersopan santun ketika bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula
jadi yang diikuti turun-temurun. Pendapat di atas berkait pula dengan pendapat yang mengatakan
adat resam adalah kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangkan dan telah diterima
oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi.

Orang Cina merupakan satu masyarakat yang bersifat etnosentrik iaitu sangat
mengagungkan budaya dan warisannya. Mereka meletakkan adat resam dan tradisi yang
diwarisi sebagai lebih penting dan mengatasi agama serta kepercayaan yang dianutinya.
Mana-mana agama atau kepercayaan yang dianuti akan disesuaikan dengan adat resam dan
budaya mereka. Justeru itu, sebarang agama dan kepercayaan yang menghakis serta
menghilangkan budaya dan tradisi mereka akan ditolak dan ditentang oleh orang Cina. Setiap
adat itu perlu dihormati daripada adat kelahiran, perkahwinan sampailah kepada kematian.
Terdapat tatacara tertentu berhubung dengan setiap adat yang diamalkan.

Begitu juga dengan pantang larang yang perlu dipatuhi. Apa yang lebih penting ialah
setiap perbuatan dan perkara yang dilakukan mengandungi makna dan manifestasinya yang
tersendiri. Orang Cina suka bermain dengan simbol. Setiap perlambangan mempunyai

1
960731-06-5464

signifikasinya. Ada yang mempunyai hubungan dengan agama dan kepercayaan yang dianuti.
Ada yang hanya berdasarkan kepada tanggapan semata-mata. Namun apa yang dilakukan ada
rasionalnya dan mempunyai memiliki penjelasan yang memerlukan huraian yang mendalam.

Perlu diingatkan orang Cina mempunyai sejarah dan peradaban yang lama iaitu
melebihi 5000 tahun. Orang Cina kaya dengan warisan dan tradisi yang mempunyai
hubungan dengan nilai moral dan akhlak. Adat resam dan pantang larang yang diamalkan
mempunyai pertalian yang rapat dengan nilai-nilai tersebut yang berlandaskan kepada
falsafah dan ajaran etika Taoisme, Confucianisme dan Buddhisme. Ketiga-tiga kepercayaan
itu sebenarnya bukan merupakan satu agama tetapi merupakan satu ajaran falsafah moral dan
etika yang membentuk etos dan pandangan hidup orang Cina sehingga ke hari ini.

Masyarakat Cina mempunyai resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan
seharian mereka dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling, menyebabkan mereka
banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik nasib mempunyai
peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian.
Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu
dalam masyarakat Cina.

Rasional kajian dijalankan adalah kerana selalu mendengar masyarakat Cina mempunyai
keunikan pantang larang selepas kematian yang unik. Adat bagi masyarakat Cina sangat
unik. Hal ini kerana, mereka mempunyai pelbagai kepercayaan sehingga mewujudkan
pantang larang bagi sesuatu adat. Oleh itu, pengkaji turut tertarik akan keunikan pantang
larang selepas kematian bagi masyarakat Cina sehingga menyebabkan pengkaji menjalankan
kajian akan tajuk ini.

Kajian juga dilakukan bagi mengkaji faktor masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau kurang
mengamalkan amalan pantang larang selepas kematiaan. Bagi aspek membudayakan adat,
jelaslah bahawa amalan pantang larang amatlah ditegaskan. Dalam hal ini, umur bukanlah
penghalang dalam melanggar pantang larang.

Kesimpulannya, kajian dijalankan dengan penuh keperihatinan di Pekan Kuala Krau,


Temerloh Pahang. Ketika soal jawab dijalankan, responden dapat memberi pendapat yang
rasional dan maklumat yang diberikan telah melancarkan kajian pengkaji.

2
960731-06-5464

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

2.1 Mengenal pasti amalan pantang larang selepas kematian dalam kalangan masyarakat
Cina di Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang
2.2 Mengkaji faktor-faktor masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang
semakin kurang mengamalkan pantang larang selepas kematian.
2.3 Mengkaji cadangan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dan generasi muda
terhadap adat pantang larang selepas kematian masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau,
Temerloh Pahang

3
960731-06-5464

3.0 LOKASI KAJIAN

Lokasi kajian merupakan salah satu elemen yang penting dalam menjalankan sesuatu
kajian. Lokasi kajian yang dipilih ialah di Pekan Kuala Krau,Temerloh Pahang. Lokasi ini
dipilih kerana ia merupakan lokasi yang dekat dengan tempat tinggal. Ini memudahkan
pengutipan data kajian.

3.1 Negeri Pahang

Pahang terletak di Semenanjung Malaysia. Pahang dimana ia merupakan negeri yang


terbesar di Semenanjung Malaysia. Sejarah Negeri Pahang bermula sebelum Kerajaan
Melayu Melaka, Wilayah bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu semuanya termasuk
dalam kawasan kerajaan Pahang. Orang Jawa Majapahit zaman dahulu menyebut
Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang sahaja. Pada awal kurun masihi ke-16, pada
permulaan terdirinya kerajaan Melayu Johor, sempadan Negeri Pahang Darul Makmur. Di
selatan sampai ke Sedili Besar dan di utara sampai ke Terengganu. Di sempadan baratnya
pula sampai ke Rembau, Selangor dan Perak. Negeri di sebelah timurnya terbentang laut
China Selatan. Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di
Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasan 35,515 kilometer persegi. Pada masa ini
Pahang adalah negeri di Semenanjung dengan terbahagi kepada sebelas daerah iaitu Kuantan,
Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan
Bera.

Peta 1 menunjukkan lokasi Negeri Pahang dalam peta Malaysia

Peta 1: Peta Negeri Pahang

Sumber: Laman Web Google Maps

4
960731-06-5464

3.2 Daerah Temerloh

Temerloh merupakan salah satu daerah dalam negeri Pahang. Temerloh adalah sebuah
Bandar di tengah-tengah negeri Pahang, Malaysia yang terletak di persimpangan antara
Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Temerloh berada pada ketinggian 163 kaki di atas aras
laut dan kedudukan geografinya ialah 3 darjah 27 utara dan 102 darjah 26 timur. Bandar ini
bermula daripada aktiviti perdagangan yang wujud sejak dahulu kerana lokasinya yang
strategic. Bandar ini digelar “Bandar Ikan patin”. Temerloh juga merupakan nama sebuah
daerah yang terletak di Pahang . keluasannya 225,086 hektar (2251 km persegi) dengan
penduduk (2009) 164,900 orang. Daerah Temerloh diwujudkan pada 1 Julai 1889 dengan
E.A Wise dilantik sebagai ‘Pemungut dan Pengadil’ pertama. Kemudian jawatan tersebut
diubah menjadi ‘Pegawai Daerah’ dan W.L Conlay menjadi orang pertama menjadi Pegawai
Daerah Temerloh mulai 1898. Pegawai Daerah terkini, yang ke-67 adalah Dato’ Hj.Tarif Bin
Abdul Rahman. Memandangkan kedudukannya di tengah-tengah Semenanjung, gelaran
‘Titik Tengah Semenanjuang’ telah pun menjadi nama jolokan daerah ini.

Peta 2 menunjukkan lokasi Dearah Temerloh dalam peta Negeri Pahang

Peta 2: Peta Daerah Temerloh

Sumber: http:/maps.google.com

5
960731-06-5464

3.3 Pekan Kuala Krau

Pekan Kuala Krau merupakan satu kawasan yang terletak dalam daerah Temerloh.
Pekan Kuala Krau terletak di antara bandar Jerantut dan bandar Temerloh. Jarak antara Pekan
Kuala Krau dari bandar Temerloh ialah 40 km. Masa yang diambil untuk sampai ke Pekan
Kuala Krau dari bandar Temerloh ialah kira-kira 40 minit dengan menggunakan kenderaan
berkereta. Manakala, jarak antara Pekan Kuala Krau dari bandar Jerantut ialah 38 km. Masa
yang diambil untuk sampai ke Pekan Kuala Krau dari bandar Jerantut ialah kira-kira 30 minit
dengan menggunakan kenderaan bermotor. Di Pekan Kuala Krau, terdapat 400-500 buah
rumah dan kedai runcit sebanyak 50-100 buah dengan anggaran penduduk seramai 5000
orang. Penduduk Pekan Kuala Krau terdiri daripada orang Melayu, Cina, dan India. Di Pekan
Kuala Krau juga terdapat Tabika KEMAS, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah untuk
anak-anak penduduk Pekan Kuala Krau menuntut ilmu.

Peta 3 menunjukkan lokasi Bandar Kuala Krau dalam peta Daerah Temerloh

Peta 3: Peta Bandar Kuala Krau

Sumber: http:/maps.google.com

6
960731-06-5464

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Menurut Hornby (1985) dalam (Nor Hidayah binti Mohamed, 2004), metodologi
merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian
yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian,
batasan kajian, instrument kajian dan prosedur analisis data bagi menjawab persoalan-
persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal.

4.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan merupakan satu rangka rujuk
mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan analisis data.
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan pantang larang selepas kematian dalam
kalangan masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang, mengkaji faktor-faktor
masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang semakin kurang mengamalkan
pantang larang selepas kematian dan mengkaji cadangan untuk meningkatkan kefahaman
masyarakat dan generasi muda terhadap adat pantang larang selepas kematian masyarakat
Cina di Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang.

4.3 Instrument Kajian

Instrument kajian ialah proses menyediakan alat mengumpul data mengerusi konsep
yang dengan berkaitan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam
kajian ini, instrument yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan
faktor temu bual, borang soal selidik, kaedah rujukan.

Jadual 1 : Mengenal pasti amalan pantang larang selepas kematian dalam


kalangan masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang

Kaedah Instrument Kajian


Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Borang temu bual, rujukan

7
960731-06-5464

4.4 Cara mendapatkan respoden

Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang responden masyarakat Cina yang
dipilih secara rawak dari kawasan Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang. Daripada jumlah
keseluruhan responden adalah terdiri daripada 10 orang lelaki dan 20 orang perempuan dari
penduduk di kawasan Pekan Kuala Krau akan diambil sebagai responden. Responden terbatas
kepada penduduk yamg mendiami berhampiran kawasan Pekan Kuala Krau, Temerloh
Pahang dan mengisi borang soal selidik dengan lengkap pada hari kajian dijalankan. Bagi
teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah menggunakan teknik
persampelan rawak mudah di mana dengan menggunakan prosedur persampelan ini, setiap
penduduk di Pekan Kuala Krau mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai seorang
responden. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang masyarakat Cina dan 30 borang soal
selidik akan diberikan kepada mereka secara rawak mudah untuk memperoleh data yang
lebih tepat. Dalam kualitatif pula, 3 orang akan dipilih untuk ditemu bual. Selain itu, kaedah
rujukan akan dilakukan oleh pengkaji sendiri.

4.5 Cara mendapatkan maklumat / data daripada responden

Borang soal selidik yang sesuai telah pengkaji buat untuk mendapat dan mengumpul
maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah diedarkan secara
rawak kepada responden di kawasan kajian. Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian
iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A ini mengandungi empat soalan.
Soalan yang dikemukakan pada bahagian ini merupakan gabungan bentuk berstruktur dan
tertutup. Soalan diwujudkan untuk mendapatkan latar belakang demografi responden seperti
jantina, umur, status perkahwinan dan pekerjaan. Bahagian B ini mengadungi satu soalan
yang mempunyai lima pecahan soalan di mana format soalan berbentuk skala likert. Soalan
ini diwujudkan untuk menjawab objektif kedua iaitu faktor-faktor masyarakat Cina semakin
kurang mengamalkan pantang larang selepas kematian. Bahagian C pula mengandungi satu
yang mempunyai lima pecahan soalan di mana format soalan berbentuk skala likert. Soalan
ini diwujudkan untuk menjawab objektif ketiga iaitu cadangan untuk meningkatkan
kefahaman masyarakat / generasi muda terhadap adat pantang larang selepas kematian
masyarakat Cina. Kajian ini menggunakan skala pemarkahan likert empat mata yang
mengandungi empat aras, iaitu 1 = tidak setuju, 2 = kurang setuju, 3 = setuju dan 4 = sangat
setuju.

8
960731-06-5464

Jadual 2 : Faktor-faktor masyarakat Cina semakin kurang mengamalkan pantang


larang selepas kematian di Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang

Tidak Setuju 1
Kurang Setuju 2
Setuju 3
Sangat Setuju 4

Selain itu, kaedah temu bual juga digunakan. Dalam pada itu, pengkaji akan menemu
bual 3 orang yang tinggal di kawasan Pekan Kuala Krau. Tujuan utama temu bual ini adalah
untuk mengenal pasti amalan pantang larang masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau,
Temerloh Pahang. Di samping itu, pengkaji akan meminta pendapat daripada responden
tentang temu bual.

Selain itu, kaedah ketiga yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui kaedah
rujukan. Pengkaji telah merujuk internet, borang soal selidik, buku ilmiah dan Kamus Dewan
Edisi ke-14 daripada Perpustakaan SMK Abu Bakar dan Perpustakaan Awam Temerloh.
Pengkaji telah mencari banyak perkataan dengan maknanya daripada Kamus Dewan sebagai
sokongan hasil kerja.

4.6 Memproses dan mempersembahkan data

Kajian faktor deskriptif digunakan dalam menganalisis data yang berbentuk skala
likert. Untuk memudahkan penganalisisan data, skala likert akan dikategorikan seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 4.6.1.

Jadual 3 : Cadangan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dan generasi muda


Cina di Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang

Kategori Tidak Setuju Setuju


1 2 3 4
Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju

9
960731-06-5464

Selain itu, dalam aspek penganalisisian data, pengiraan manual akan diguna pakai.
Oleh sebab itu, kekerapan dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk analisis. Data yang
dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk grafik iaitu graf bar dan jadual.

4.7 Rumusan

Metodologi yang digunakan diharap akan menjamin kebolehpercayaan dan kesahan


dapatan kajian. Sehubungan dengan itu, pengkaji akan mengikut tatacara kajian yang ketat
dengan menepati prosedur kutipan data dan instrument yang telah dikenal pasti.

10
960731-06-5464

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden
terhadap mengkaji faktor-faktor masyarakat Cina semakin kurang mengamalkan pantang
larang selepas kematian di Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang dan mengenal pasti
cadangan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dan generasi muda terhadap adat
pantang larang selepas kematian masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang.

5.1 Demografi Responden

Jadual 4 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan masyarakat Cina di kawasan


Pekan Kuala Krau,Temerloh Pahang berdasarkan jantina, umur, status perkahwinan dan
pekerjaan.

Jadual 4 : Latar Belakang Responden

Bil Faktor Kategori kekerapan Peratusan


1 Jantina Lelaki 10 33.33%
Perempuan 20 66.67%
2 Umur 20-29 Tahun 6 20.00%
30-39 Tahun 5 16.67%
40-49 Tahun 12 40.00%
50 tahun ke atas 7 23.33%
3 Status Bujang 6 20.00%
perkahwinan Berkahwin 15 50.00%
Janda / Duda 9 30.00%
4 Pekerjaan Penjawat Awam 4 13.33%
Penjawat Swasta 8 26.67%
Bekerja Sendiri 11 36.67%
Lain-lain 7 23.33%

Sumber : Kerja Lapangan 2015

11
960731-06-5464

Berdasarkan Jadual 4 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina


dalam kalangan penduduk di kawasan Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang. Daripada 30
orang yang telah disoal selidik, seramai 10 orang responden adalah jantina lelaki bersamaan
dengan 33.33%. sementara itu, bagi jantina perempuan adalah lebih seramai 20 orang
responden bersamaan dengan 66.67%. Responden berbeza jantina dipilih supaya pandangan
tidak berpihak kepada satu gender sahaja. Jantina perempuan lebih ramai daripada jantina
lelaki disebabkan jantina perempuan lebih mudah untuk bekerjasama dengan pengkaji kerana
pengkaji juga berjantina perempuan.

Selain itu, menunjukkan demografi responden berdasarkan umur 20-29 tahun, 30-39
tahun, 40-49 tahun dan 50 tahun ke atas di Pekan Kuala Krau. Daripada 30 orang responden
yang telah disoal selidik, seramai 6 orang responden berumur 20 hingga 29 tahun bersamaan
dengan 20.00%. Sementara itu, bagi yang berumur 30 hingga 39 tahun adalah seramai 5
orang responden bersamaan 16.67%. Manakala, bagi yang berumur 40 hingga 49 adalah
seramai 12 orang responden bersamaan dengan 40.00%. Akhir sekali, seramai 7 orang
responden bersamaan 23.33% bagi yang berumur antara 50 tahun ke atas.

Seterusnya, pula menunjukkan demografi responden berdasarkan status perkahwinan


dalam kalangan masyarakat Cina di kawasan Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang. Daripada
30 orang yang telah disoal selidik, seramai 6 orang responden adalah berstatus bujang
bersamaan dengan 20.00%. Sementara itu, bagi yang sudah berkahwin adalah lebih seramai
15 orang responden bersamaan dengan 50.00%. Manakala, bagi yang berstatus janda / duda
pula adalah seramai 9 orang responden bersamaan dengan 30.00%.

Akhir sekali, menunjukkan demografi responden berdasarkan pekerjaan di sektor


awam, pekerjaan di sektor swasta, bekerja sendiri dan lain-lain pekerjaan di kawasan Pekan
Kuala Krau, Temerloh Pahang. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik,
seramai 4 orang responden bekerja di sektor awam bersamaan dengan 13.33%. Sementara itu,
bagi yang bekerja di sektor swasta adalah seramai 8 orang responden bersamaan 26.67%.
Manakala, bagi yang bekerja sendiri adalah seramai 11 orang responden bersamaan dengan
36.67%. Akhir sekali, seramai 7 orang responden bersamaan 23.33% bagi yang bekerja lain-
lain. Responden berbeza pekerjaan dipilih supaya pandangan tidak berpihak kepada satu
pekerjaan sahaja.

12
960731-06-5464

5.2 Analisis amalan pantang larang selepas kematian dalam masyarakat Cina di Pekan
Kuala Krau, Temerloh Pahang.

Hasil melakukan kajian dengan menemu bual dengan orang sumber adalah untuk
mengetahui mengenai amalan pantang larang selepas kematian dalam masyarakat Cina di
Pekan Kuala Krau. Pengkaji telah melakukan perbincangan dengan orang sumber yang
pertama untuk mengenal pasti mengenai amalan pantang larang selepas kematian dalam
masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau iaitu Encik Tan Ti Yoa yang berumur 40 tahun pada
tarikh 22 Mac 2015. Beliau menyatakan selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat
berkabung. Baju hitam dipakai beberapa hari sehinggalah hari perkabungan tamat. Setelah itu
barulah pakaian warna lain boleh dipakai. Bagaimanapun bagi isteri yang kematian suami
atau suami yang kematian isteri akan terus memakai baju tersebut lebih lama sebagai
berkabung.

Foto 1 : Keranda

Sumber : Google Maps

Beliau menyatakan terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi berhubung
dengan kematian orang Cina. Di antaranya si mati tidak boleh dipakaikan pakaian berwarna
merah. Ahli keluarga tidak boleh memakai barang kemas. Selain itu, semua cermin dalam
rumah perlu ditutup dengan kain atau kertas. Keranda untuk menyimpan mayat tidak boleh
dibuat main. Seterusnya, kucing dilarang mendekati keranda si mati. Para tetamu dan ahli
keluarga tidak dibenarkan memakai pakaian berwarna merah. Selanjutnya, perarakan perlu
dielakkan daripada melalui rumah yang melangsungkan perkahwinan. Selepas pengebumian,
masyarakat cina akan mandi dengan air yang dicampur daun limau bali untuk menolak bala.
Oleh itu, masyarakat Cina tidak dibenarkan melakukan tarian singa dan pembakaran mercun.

13
960731-06-5464

Masyarakat Cina juga tidak dibenarkan menyambut Tahun Baru Cina, pesta dan keramaian
selepas upacara pengebumian.

Seterusnya, beliau juga menyatakan upacara kematian yang melibatkan penziarahan


dan penjagaan mayat biasanya berlangsung dari tiga hingga tujuh hari. Ini untuk
membolehkan sanak saudara dan rakan taulan memberi penghormatan terakhir, selain
menghadiri upaca pengebumian. Sumbangan wang dalam sampul putih biasanya disampaikan
kepada keluarga si mati oleh mereka yang datang menziarahi. Jumlahnya pula perlu berupa
wang dalam bentuk angka yang ganjil.

Selain itu, pengkaji juga telah menemu bual orang sumber yang kedua iaitu Puan Oh
Feng Yi yang berumur 35 tahun pada tarikh 22 Mac 2015 untuk mengetahui tentang amalan
pantang larang selepas kematian dalam masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau. Beliau
menerangkan lazimnya pada hari kematian, ahli keluarga si mati akan memakai baju
berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan
mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara
kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap
dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau
sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan
menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang
sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk
memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.

Foto 2 : Upacara Sembahyang


Sumber : Google Maps

14
960731-06-5464

Beliau turut menyatakan apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah
membawa sepasang lilin putih “duit kertas” dan lain-lain alat sembahyang untuk diberikan
kepada keluarga si mati yang kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma
atau menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau
sesuatu persatuan menyediakan panji-panji yang ditulis dengan kata-kata pujian kepada si
mati.

Akhir sekali, pengkaji telah menemu bual orang sumber yang ketiga iaitu Encik Lee
Feng Teng yang berumur 52 tahun pada tarikh 23 Mac 2015 untuk mengenal pasti tentang
amalan pantang larang selepas kematian masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau. Beliau
menyatakan dalam kebudayaan Cina, kematian selain melibatkan perbelanjaan wang yang
besar jumlahnya, dianggap sebagai sesuatu yang “kotor dan mencemarkan”, malah amat
kotor dan mencemarkan sekali. Justeru itu, terdapat dua pihak yang terpaksa ‘bergelumang’
dengan kekotoran dan pencemaran yang membawa sial ini. Pertama ialah keluarga si mati,
kedua ialah rakan taulan yang menziarah.

Beliau menyatakan sehubungan dengan kekotoran ini, mayat Cina diuruskan dengan
penuh berhemat dan penuh teliti. Oleh itu, masyarakat Cina mengambil langkah berhati-hati
semasa berhadapan dengan hal kematian dan lebih-lebih lagi dengan mayat si mati. Untuk
ini, ramai masyarakat Cina yang berada pada jarak yang jauh daripada mayat dan
sesetengahnya tidak pun mahu melihat mayat dalam keranda dari jarak yang dekat semasa
memberi penghormatan terakhir takut-takut terlekat sial. Dalam hal ini, seboleh-bolehnya
mayat dan keranda tidak boleh disentuh oleh masyarakat cina yang menziarahi. Ini kerana
penyentuhan itu dianggap terlalu berbahaya, apatah lagi untuk diusung pada hari
pengkebumian.

Akhir sekali, beliau juga menyatakan ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat
biasanya diberikan seutas benang merah atau gula-gula berikat benang merah sebagai tanda
terima kasih. Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu
syaitan yang cuba mengacau. Gula-gula yang diberi itu boleh dimakan.

15
960731-06-5464

5.3 Analisis faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau,
Temerloh Pahang semakin kurang mengamalkan pantang larang selepas kematian.

Dalam bahagian ini, pengkaji telah melakukan analisis tentang faktor-faktor yang
menyebabkan masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang semakin kurang
mengamalkan pantang larang selepas kematian. Antara faktornya ialah perubahan zaman,
sukar/leceh untuk diamalkan, waris tiada pengetahuan tentang amalan pantang larang selepas
kematian, pantang larang ini menganggu kehidupan harian dan faktor masalah kewangan
menyebabkan masyarakat Cina semakin kurang amalkan pantang larang selepas kematian.

5.3.1 Jadual 5 : Analisis faktor yang menyebabkan masyarakat Cina di Kuala Krau,
Temerloh Pahang semakin kurang mengamalkan pantang larang selepas kematian.

Skala Likert
Bil Faktor masyarakat Tidak setuju Kurang Setuju Sangat setuju
Cina semakin kurang Setuju
mengamalkan pantang [1] [2] [3] [4]
larang selepas
kematian f % f % f % f %

1 Perubahan Zaman 0 0 7 23.33 8 26.67 15 50

2 Sukar/leceh untuk 0 0 3 10 21 70 6 20
diamalkan
3 Waris tiada
pengetahuan tentang
amalan pantang larang 1 3.33 10 33.33 14 46.67 5 16.67
selepas kematian
4 Pantang larang ini
menganggu kehidupan 5 16.67 6 20 10 33.33 9 30
harian
5 Faktor masalah
kewangan
11 36.67 10 33.33 6 20 3 10

Sumber : Kajian Lapangan 2015

16
960731-06-5464

5.3.2 Rajah 5 : Peratusan Responden Terhadap Faktor Masyarakat Cina semakin


kurang mengamalkan pantang larang selepas kematian.

80%

70%

60%

50%
Tidak Setuju
40%
Kurang Setuju
30% Setuju
20% Sangat setuju

10%

0%
Perubahan Sukar/leceh Waris tiada Menggangu Faktor
Zaman untuk pengetahuan kehidupan masalah
diamalkan harian kewangan

Sumber : Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan Rajah 5 di atas menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan


masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang semakin kurang mengamalkan
pantang larang selepas kematian. Faktor yang pertama ialah perubahan zaman yang
menyebabkan masyarakat Cina semakin kurang mengamalkan pantang larang selepas
kematian ini, dapatan kajian menunjukkan seramai 15 orang responden bersamaan 50% yang
sangat setuju dengan faktor ini. Bilangan setuju pula seramai 8 orang responden bersamaan
26.67% dengan faktor ini. Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa perubahan zaman
menjadi faktor utama masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau semakin kurang mengamalkan
amalan pantang larang selepas kematian. Hal ini kerana, zaman yang semakin moden
menyebabkan masyarakat Cina tidak mahu mengamalkan pantang larang ini lagi. Bagi
menyatakan responden yang kurang setuju dengan faktor ini, mencatatkan seramai 7 orang
responden iaitu bersamaan 23.33%. tiada responden yang tidak setuju dengan faktor ini.
Perkara ini membuktikan bahawa, terdapat juga sebilangan masyarakat Cina di Pekan Kuala
Krau yang mempertahankan bahawa bukan faktor perubahan zaman yang menyebabkan
mereka tidak meninggalkan amalan pantang larang selepas kematian. Mereka berpendapat
masa bukanlah penghalang bagi mereka untuk melakukan pantang larang selepas kematian.
Hal ini disebabkan oleh mereka mempunyai keinginan untuk terus mengamalkan amalan

17
960731-06-5464

pantang larang ini walaupun dilihat seperti sudah ketinggalan zaman. Mereka tidak terdedah
kepada persekitaran luar yang telah dipengaruhi oleh masa yang semakin ke moden.

Seterusnya, faktor masyarakat Cina semakin kurang mengamalkan pantang larang


selepas kematian kerana amalan pantang larang ini sukar / leceh untuk diamalkan, seramai 6
orang responden mengatakan sangat setuju bersamaan 20%. Bilangan setuju pula
mencatatkan seramai 21 orang responden bersamaan 70% dengan faktor ini. Setelah dilihat,
gabungan responden yang mengatakan sangat setuju dan setuju dengan faktor ini adalah
ramai. Mereka mengatakan faktor amalan pantang larang selepas kematian ini memang sukar
/ leceh untuk diamalkan sehingga menyebabkan sebilangan masyarakat Cina di Pekan Kuala
Krau sanggup melanggar pantang larang ini. Ada juga yang mengatakan banyak perkara yang
terbatas untuk mereka lakukan dalam melaksanakan pantang larang selepas kematian ini
seperti mereka tidak dibenarkan memakai barang perhiasan terutamanya emas. Inilah yang
menyebabkan mereka semakin kurang mengamalkan pantang larang tersebut. Bilangan
kurang setuju pula mencatatkan sebanyak 3 orang responden bersamaan 10% dengan faktor
ini. Bilangan tidak setuju dengan faktor ini pula tidak mencatatkan sebarang peratusan.
Hanya sedikit sahaja bilangan daripada responden yang terdiri daripada masyarakat Cina di
Pekan Kuala Krau yang mengatakan pantang larang selepas kematian ini tidak sukar / leceh
untuk diamalkan. Pantang larang selepas kematian bagi masyarakat Cina ini tidak sukar /
leceh untuk diamalkan sekiranya generasi muda Cina mengamalkan pantang larang ini sejak
dari bangku sekolah lagi. Justeru, perkara ini akan menjadi satu kebiasaan untuk
meninggalkan perkara-perkara yang tidak patut dilakukan selepas kematian.

Faktor yang menyebabkan masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau semakin kurang
mengamalkan pantang larang selepas kematian ialah waris tiada pengetahuan tentang amalan
pantang larang selepas kematian dalam kalangan masyarakat Cina. Bilangan responden yang
menyatakan sangat setuju dengan faktor ini seramai 5 orang bersamaan 16.67%. Bilangan
setuju pula mencatatkan seramai 14 orang responden bersamaan 46.67% dengan faktor ini.
Perkara ini menjelaskan sebanyak setengah daripada bilangan responden mencatatkan faktor
waris tiada pengetahuan tentang amalan pantang larang selepas kematian. Hal ini disebabkan
oleh waris tidak didedahkan dengan pantang larang selepas kematian ini. Pantang larang
selepas kematian ini sepatutnya dijelaskan kepada waris sendiri supaya waris dapat terus
mengekalkan amalan pantang larang ini, kerana waris merupakan orang yang paling dekat
dengan si mati. Bilangan kurang setuju dengan faktor ini mencatatkan seramai 10 orang
responden bersamaan 33.33%. Bilangan tidak setuju pula mencatatkan seramai 1 orang

18
960731-06-5464

responden bersamaan 3.33% dengan faktor ini. Sesetengah daripada jumlah responden pula
mengatakan bukan faktor waris tiada pengetahuan tentang amalan pantang larang selepas
kematian yang menyebabkan masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau semakin kurang
mengamalkan amalan pantang larang tersebut. Hal ini disebabkan oleh pantang larang selepas
kematian merupakan adat dalam masyarakat Cina untuk meninggalkannya atas perkaitan
kepercayaan kepada agama. Oleh itu, tidak wajar bagi waris si mati melanggar pantang
larang ini.

Selain itu, faktor yang menyebabkan masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau semakin
kurang mengamalkan pantang larang selepas kematian ialah ramai menganggap pantang
larang selepas kematian ini menggangu kehidupan harian. Seramai 9 orang responden
mencatatkan sangat setuju dengan faktor ini bersamaan 30%. Bilangan responden yang setuju
pula mencatatkan seramai 10 orang responden bersamaan 33.33% dengan faktor ini. Hal ini
disebabkan, amalan pantang larang ini menggangu kehidupan harian mereka seperti keluarga
si mati tidak dibenarkan mengunjungi rumah orang lain dan orang lain tidak dibenarkan
datang ke rumah si mati. Memang benar, pantang larang selepas kematian bagi masyarakat
Cina ini amat penting, namun ianya hanya satu adat. Ini telah membuatkan sebilangan
masyarakat Cina yang terdiri daripada responden mengemukakan sekiranya melanggar
pantang larang, tidak akan menjejaskan kehidupan mereka. Bilangan responden yang kurang
setuju dengan faktor ini pula mencatatkan seramai 6 orang bersamaan 20%. Bilangan
responden yang tidak setuju pula mencatatkan seramai 5 orang bersamaan 16.67% dengan
faktor ini. Bagi responden yang mengatakan faktor pantang larang ini menggangu kehidupan
harian mereka adalah wajar. Hal ini disebabkan oleh, responden yang terdiri daripada
kelompok ini mempercayai sekiranya melanggar pantang larang selepas kematian ini tidak
akan menjejaskan kehidupan mereka pada masa akan datang. Oleh itu, mereka berpegang
teguh kepada prinsip,sekiranya tidak mengamalkan pantang larang selepas kematian, tidak
akan menjejaskan kehidupan harian mereka.

Akhir sekali, yang merupakan faktor terakhir masyarakat Cina semakin kurang
mengamalkan pantang larang iaitu faktor masalah kewangan. Bilangan responden yang
sangat setuju dengan faktor ini ialah seramai 3 orang bersamaan 10%. Bilangan responden
yang setuju ialah seramai 6 orang bersamaan 20% dengan faktor ini. Jumlah ini menunjukkan
faktor masalah kewangan bukanlah merupakan faktor utama masyarakat Cina di Pekan
Kuala Krau semakin kurang mengamalkan amalan pantang larang selepas kematian ini. Hal
ini kerana kebanyakan masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau mempunyai perniagaan sendiri

19
960731-06-5464

dan hidup dalam keadaan yang mewah. Bilangan responden yang kurang setuju dengan
faktor ini pula mencatatkan 10 orang bersamaan 33.33%. Bilangan responden yang tidak
setuju pula seramai 11 orang bersamaan 36.67% dengan faktor ini. Hal ini demikian kerana,
responden merasakan faktor masalah kewangan bukanlan yang menyebabkan mereka
semakin kurang mengamalkan amalan pantang larang selepas kematian ini. Ini kerana
barang untuk digunakan sewaktu pantang larang ini tidaklah begitu mahal sehingga mereka
tidak mampu untuk menyediakannya.

20
960731-06-5464

5.4 Analisis cadangan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dan generasi muda
Cina terhadap adat pantang larang selepas kematian masyarakat Cina di Pekan Kuala
Krau, Temerloh Pahang

Dalam bahagian ini, pengkaji telah melakukan analisis tentang cadangan untuk meningkatkan
kefahaman masyarakat Cina dan generasi muda Cina terhadap adat pantang larang selepas
kematian masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang. Antara cadangannya
ialah pelaksanaan pendidikan amalan pantang larang selepas kematian yang berterusan.
Seterusnya, menambah bahan-bahan bacaan dan cetakan tentang amalan pantang larang
selepas kematian. Selanjutnya, mengadakan program kesedaran tentang pantang larang
selepas kematian. Selain itu, peranan ibu bapa dan keluarga menerangkan amalan pantang
larang selepas kematian kepada anak-anak. Akhir sekali, peranan media massa merupakan
cadangan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dan generasi muda Cina terhadap
pantang larang selepas kematian di Pekan Kuala Krau. Cadangan ini dikemukakan untuk
meningkatkan kefahaman masyarakat dan generasi muda Cina terhadap adat pantang larang
selepas kematian masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang.

5.4.1 Jadual 6 : Analisis cadangan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dan


generasi muda Cina terhadap adat pantang larang selepas kematian masyarakat Cina
di Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang

Skala Likert
Bil Cadangan Tidak setuju Kurang Setuju Sangat setuju
meningkatkan Setuju
kefahaman generasi [1] [2] [3] [4]
muda Cina terhadap
adat selepas kematian
masyarakat cina f % f % f % f %
1 Pelaksanaan
pendidikan amalan
2 6.67 2 6.67 16 53.33 10 33.33
pantang larang selepas
kematian yang
berterusan
2 Menambah bahan2
bacaan & cetakan
1 3.33 4 13.33 12 40 13 43.33
tentang amalan pntang
larang slepas kematian
3 Mengadakan program

21
960731-06-5464

kesedaran tentang
pantang larang selepas 2 6.67 12 40 11 36.67 5 16.67
kematian.
4 Peranan Ibu Bapa /
Keluarga menerangkan
amalan pantang larang 1 3.33 2 6.67 13 43.33 14 46.67
selepas kematian
kepada anak2
5 Peranan media massa 3 10 15 50 10 33.33 2 6.67

Sumber : Kajian Lapangan 2015

22
960731-06-5464

5.4.2 Rajah 6 : Peratusan Responden Terhadap cadangan untuk meningkatkan


kefahaman masyarakat dan generasi muda Cina terhadap adat pantang larang selepas
kematian masyarakat Cina.

60.00%

50.00%

40.00%

30.00% Tidak Setuju


Kurang Setuju
20.00% Setuju
Sangat Setuju
10.00%

0.00%
Pelaksanaan Menambah Mengadakan Peranan ibu Peranan
pendidikan bahan2 program bapa/keluarga media massa
yang bacaan & kesedaran
berterusan cetakan

Sumber : Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan Jadual 6 di atas menunjukkan cadangan untuk meningkatkan kefahaman


masyarakat dan generasi muda Cina terhadap adat pantang larang selepas kematian
masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang. Cadangan yang pertama ialah
pelaksanaan pendidikan amalan pantang larang selepas kematian yang berterusan. Dapatan
kajian menunjukkan seramai 10 orang responden bersamaan 33.33% sangat setuju dengan
cadangan ini. Bilangan setuju dengan cadangan ini pula seramai 16 orang responden
bersamaan 53.33%. Peratusan ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan pendidikan yang
berterusan haruslah diberi kepada generasi muda masyarakat Cina tentang amalan pantang
larang selepas kematian ini. Hal ini kerana pelaksanan pendidikan tentang amalan pantang
larang ini tidak diterapkan dalam diri generasi muda masyarakat Cina menyebabkan amalan
pantang larang selepas kematian ini semakin kurang diamalkan. Bagi menyatakan responden
yang kurang setuju dengan cadangan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dan
generasi muda Cina terhadap pantang larang selepas kematian, mencatatkan seramai 2 orang
responden iaitu bersamaan 6.67%. Tiada responden yang tidak setuju dengan cadangan ini.
Perkara ini membuktikan bahawa, pelaksanaan pendidikan amalan pantang selepas kematian

23
960731-06-5464

haruslah dijalankan secara berterusan agar generasi muda masyarakat Cina dapat mengetahui
tentang amalan pantang larang selepas kematian ini.

Seterusnya, cadangan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dan generasi muda


Cina terhadap adat pantang larang selepas kematian masyarakat Cina ialah menambah bahan-
bahan bacaan dan cetakan tantang amalan pantang larang selepas kematian, seramai 13 orang
responden mengatakan sangat setuju dengan cadangan ini bersamaan 43.33%. Bilangan
setuju pula mencatatkan seramai 12 orang responden bersamaan 40% dengan cadangan ini.
Setelah dikaji, gabungan responden yang mengatakan sangat setuju dan setuju adalah ramai.
Mereka mengatakan bahan-bahan bacaan dan cetakan tentang amalan pantang larang selepas
kematian ini sangat kurang. Hal ini dapat dilihat, walaupun di perpustakaan-perpustakaan
awam dan di kedai-kedai buku tiada bahan bacaan dan cetakan tentang amalan pantang
larang selepas kematian bagi masyarakat Cina ini. Hal ini menyebabkan generasi muda
masyarakat Cina tiada pengetahuan tentang amalan pantang larang selepas kematian ini.
Bilangan kurang setuju dengan cadangan ini pula mencatatkan sebanyak 4 orang responden
bersamaan 13.33%. Bilangan tidak setuju mencatatkan sebanyak 1 orang responden
bersamaan 3.33% dengan cadangan ini . Hanya sedikit sahaja bilangan daripada responden
yang terdiri daripada masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau yang mengatakan cadangan
untuk menigkatkan kefahaman masyarakat dan generasi muda Cina dengan menambah bahan
bacaan dan cetakan tentang amalan pantang larang selepas kematian. Kebanyakan
masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau sangat bersetuju dengan cadangan ini supaya
menambah lebih banyak bahan bacaan dan cetakan tentang amalan pantang larang selepas
kematian terutamanya di perpustakaan dan di kedai-kedai buku supaya amalan pantang
larang ini dapat dibaca oleh generasi muda pada zaman sekarang dan dapat meningkatkan
kefahaman.

Cadangan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dan generasi muda Cina


terhadap adat pantang larang selepas kematian masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau,
Temerloh Pahang yang selanjutnya iaitu mengadakan program kesedaran tentang amalan
pantang larang selepas kematian. Bilangan responden yang menyatakan sangat setuju dengan
cadangan ini seramai 5 orang bersamaan 16.67%. Bilangan setuju pula mencatatkan seramai
11 orang responden bersamaan 36.67% dengan cadangan ini. Perkara ini menjelaskan
sesetengah responden tidak menggalakkan mengadakan program kesedaran kepada generasi
muda kerana mereka merasakan program kesedaran tidak berapa sesuai untuk diadakan.
Bilangan kurang setuju dengan cadangan ini mencatatkan seramai 12 orang responden

24
960731-06-5464

bersamaan 40%. Bilangan tidak setuju pula mencatatkan seramai 2 orang responden
bersamaan 6.67% dengan cadangan ini. Hal ini kerana, ramai responden mengatakan kurang
setuju dengan cadangan untuk mengadakan program kesedaran ini kerana generasi muda
masyarakat Cina pada zaman sekarang kurang berminat untuk menyertai program kesederan
ini terutamanya berkaitan dengan amalan pantang larang selepas kematian. Mereka
merasakan generasi muda masyarakat Cina tidak berminat untuk mengetahui tentang amalan
pantang larang selepas kematian ini kerana generasi muda menganggap amalan pantang
larang ini tidak memberi kesan kepada mereka sekiranya mereka tidak mengamalkannya.

Selain itu, cadangan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dan generasi muda
Cina terhadap adat pantang larang selepas kematian iaitu peranan ibu bapa dan keluarga
sangat penting untuk menerangkan tentang amalan pantang larang selepas kematian kepada
anak-anak. Seramai 14 orang responden mencatatkan sangat setuju dengan cadangan ini
bersamaan 46.67%. Bilangan responden yang setuju pula mencatatkan seramai 13 orang
responden bersamaan 43.44% dengan cadangan ini. Hal ini disebabkan, ibu bapa memainkan
peranan yang sangat penting dalam membentuk keperibadian dan pengetahuan anak-anak.
Ibu bapa haruslah menerangkan amalan pantang larang selepas kematian kepada anak-anak
sejak mereka masih kecil lagi. Melalui cara ini, anak-anak dapat mengetahui dan mempelajari
tentang amalan pantang larang ini dan anak-anak dapat terus mengamalkan amalan pantang
larang selepas kematian sehingga mereka sudah tua. Bilangan responden yang kurang setuju
dengan cadangan ini pula mencatatkan seramai 2 orang bersamaan 6.67%. Bilangan
responden yang tidak setuju pula mencatatkan seramai 1 orang bersamaan 3.33% dengan
cadangan ini. Hal ini dapat dilihat bahawa peranan ibu bapa dan keluarga sangat penting
untuk menerangkan amalan pantang larang selepas kematian kepada anak-anak. Ibu bapa dan
keluarga haruslah sentiasa menerangkan kepada anak-anak supaya terus mengekalkan adat
amalan pantang larang selepas kematian ini yang sudah diwarisi semenjak turun-temurun lagi
oleh nenek moyang mereka. Oleh itu, mereka mestilah berpegang teguh kepada prinsip,
supaya terus mengamalkan amalan pantang larang selepas kematian bagi masyarakat Cina.

Akhir sekali, cadangan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dan generasi


muda Cina terhadap adat pantang larang selepas kematian masyarakat Cina di Pekan Kuala
Krau ialah peranan media massa. Bilangan responden yang sangat setuju dengan cadangan ini
ialah seramai 2 orang bersamaan 6.67%. Bilangan responden yang setuju ialah seramai 10
orang bersamaan 33.33% dengan cadangan ini. Jumlah ini menunjukkan peranan media
massa bukanlah merupakan cadangan utama masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau untuk

25
960731-06-5464

meningkatkan kefahaman masyarakat dan generasi muda tentang amalan pantang larang
selepas kematian bagi masyarakat Cina. Bilangan responden yang kurang setuju dengan
cadangan ini pula mencatatkan 15 orang bersamaan 50%. Bilangan responden yang tidak
setuju pula seramai 3 orang bersamaan 10% dengan cadangan ini. Masyarakat Cina di Pekan
Kuala Krau merasakan tidak sesuai untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dan generasi
muda Cina melalui media massa kerana media massa merupakan sebuah saluran teknologi
yang sangat canggih untuk menerangkan amalan pantang larang selepas kematian yang
mereka merasakan tidak penting untuk diamalkan dan diperbesarkan di media massa.

26
960731-06-5464

6.0 RUMUSAN

Secara kesimpulannnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui adat selepas
kematian bagi masyarakat Cina di kawasan Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang. Objektif
kajian adalah untuk mengenal pasti amalan pantang larang selepas kematian dalam kalangan
masyarakat Cina, mengkaji faktor masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau semakin kurang
mengamalkan pantang larang selepas kematian dan mengkaji cadangan untuk meningkatkan
kefahaman masyarakat dan generasi muda Cina terhadap adat pantang larang selepas
kematian bagi masyarakat Cina di kawasan Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang.

Untuk mencapai objektif kajian tersebut, sebanyak 30 orang masyarakat Cina yang
tinggal di kawasan tempat kajian telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini.

Selanjutnya, terdapat 3 kaedah kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian ini iaitu
kaedah soal selidik, kaedah temu bual dan kaedah rujukan. Dalam menjalankan kaedah soal
selidik, responden telah dipilih secara rawak daripada populasi tempat kajian. Responden
telah dipilih untuk menjawab set soal selidik yang telah disediakan oleh pengkaji. Manakala
pengkaji juga telah menemu bual 3 orang sumber iaitu Encik Tan Ti Yoa, Puan Oh Feng Yi
dan Encik Lee Feng Teng untuk mengenal pasti amalan pantang larang selepas kematian
dalam kalangan masyarakat Cina yang tinggal di kawasan tempat kajian untuk mendapatkan
pandangan dan pendapat mereka berkenaan objektif kajian iaitu mengenal pasti amalan
pantang larang selepas kematian dalam kalangan masyarakat Cina yang ingin dikaji.

Setelah mengumpulkan data daripada responden dan temubual, dalam aspek


penganalisisan data, pengiraan manual akan diguna pakai. Oleh sebab itu, kekerapan dan
peratus sahaja akan dijadikan data untuk dianalisis.

Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati faktor yang menyebabkan masyarakat
Cina semakin kurang mengamalkan pantang larang selepas kematian di kawasan Pekan
Kuala Krau, Temerloh Pahang ialah faktor perubahan zaman, faktor sukar dan leceh untuk
diamalkan, faktor waris tiada pengetahuan tentang pantang larang selepas kematian, faktor
pantang larang ini menganggu kehidupan harian dan faktor masalah kewangan. Daripada
kelima-lima faktor tersebut, didapati faktor perubahan zaman merupakan faktor paling ramai
responden bersetuju menyebabkan masyarakat Cina semakin kurang mengamalkan pantang
larang selepas kematian di kawasan Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang. Manakala, faktor
masalah kewangan merupakan faktor yang responden tidak bersetuju menyebabkan

27
960731-06-5464

masyarakat Cina semakin kurang mengamalkan pantang larang selepas kematian di kawasan
Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang.

Selain daripada itu, didapati cadangan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat


dan generasi muda Cina terhadap adat pantang larang selepas kematian masyarakat Cina di
Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang ialah pelaksanaan pendidikan amalan pantang larang
selepas kematian yang berterusan, menambah bahan-bahan bacaan dan cetakan tentang
amalan pantang larang selepas kematian, mengadakan program kesedaran tentang amalan
pantang larang selepas kematian kepada masyarakat Cina, peranan ibu bapa dan keluarga
menerangkan tentang amalan pantang larang selepas kematian kepada anak-anak dan peranan
media massa. Daripada kelima-lima cadangan tersebut, didapati cadangan peranan ibu bapa
dan keluarga menerangkan tentang amalan pantang larang selepas kematian kepada anak-
anak merupakan cadangan paling ramai responden bersetuju untuk meningkatkan kefahaman
masyarakat dan generasi muda Cina terhadap adat pantang larang selepas kematian
masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang. Manakala, cadangan yang
responden tidak bersetuju untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dan generasi muda
Cina terhadap adat pantang larang selepas kematian masyarakat Cina ialah cadangan peranan
media massa. Cadangan ini dikemukakan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dan
generasi muda Cina terhadap adat pantang larang selepas kematian masyarakat Cina di Pekan
Kuala Krau, Temerloh Pahang.

Akhir sekali, upacara kematian dan adat istiadat pengebumian orang Cina mempunyai
kepentingan untuk melanjutkan institusi kekeluargaan dan menjamin keutuhan sistem
kemasyarakatan. Kematian menyatu-padukan orang Cina dan menimbulkan keinsafan kepada
orang Cina bahawa kematian merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam
kehidupan. Yang akan tinggal ialah institusi keluarga yang perlu dipertahankan. Dalam
masyarakat Cina, kematian membawa erti perpaduan dan melanjutkan keseimbangan sistem
sosial supaya terus berkekalan walau di mana sahaja mereka berada. Oleh itu, masyarakat
Cina di Pekan Kuala Krau haruslah menetapkan amalan pantang larang selepas kematian
dalam diri masing-masing bagi memenuhi adat kepercayaan bagi kepercayaan agama mereka

28
960731-06-5464

7.0 RUJUKAN

Hornby (1985) dalam Nor Hidayah binti Mohamed, 2004, www.google.com.

http:// maps. Google.com, Google Maps.

http://www.slideshare.net/NorhanimBtZainudinHanim/adat-resam-dan-pantang-larang-
cina.html.

Kamus Dewan, 2007. Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammed Azam Noor. (2011, Jun 23). ‘Adat Resam dan Pantang Larang’ . Berita
Harian:30

R.Kuberan.Foo Kok Man,S.Malar Arasi, Y.Ponnusamy, Zainul Alifah Mohamed, Teks


Efektif STPM Pengajian AM (Penggal 2) 900/2, Petaling Jaya Penerbit Ilmu Bakti Sdn.Bhd.

29
960731-06-5464

LAMPIRAN

Upacara selepas kematian

Keranda yang digunakan untuk menyimpan mayat

30
960731-06-5464

Temu Bual

Bil Amalan pantang larang Informan 1 Informan 2 Informan 3


selepas kematian dalam
kalangan masyarakat
Cina di Pekan Kuala
Krau
1 Adakah penting Masyarakat cina Ada juga Sesetengah
mengamalkan pantang berpendapat berpendapat tidak berpendapat
larang selepas kematian penting begitu penting sangat penting
dalam kalangan mengamalkan mengamalkan mengamalkan
masyarakat Cina ? pantang larang ini pantang larang ini pantang larang ini
2 Apakah amalan pantang Si mati tidak Ahli keluarga si Semua cermin
larang yang perlu boleh dipakaikan mati mesti dalam rumah perlu
dilakukan oleh pakaian berwarna memakai baju ditutup dengan
masyarakat Cina selepas merah berwarna hitam kain atau kertas
berlakunya kematian ?
3 Mengapakah masyarakat Disebabkan Sesetengah Sesetengah waris
Cina di Pekan Kuala perubahan zaman berpendapat tiada pengetahuan
Krau semakin kurang yang semakin amalan selepas tentang amalan
mengamalkan amalan moden kematian ini pantang larang
pantang larang selepas sukar dan leceh selepas kematian
kematian untuk diamalkan
4 Apakah yang akan Berpendapat Sesetengah Sesetengah
berlaku kepada pantang larang ini masyarakat cina keluarga cina
masyarakat Cina tidak menjejaskan berpendapat merasakan mereka
sekiranya tidak kehidupan harian keluarga mereka akan mendapat
mengamalkan pantang akan menjadi bala jika tidak
larang selepas kematian ? miskin mengamalkan
pantang larang ini

31
960731-06-5464

Borang soal selidik

Amalan Pantang Larang Selepas Kematian bagi Masyarakat Cina

di Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang

Bahagian A : Ciri-ciri Demografi

Di dalam bahagian ini, anda dikehendaki untuk memberi maklumat mengenai latar belakang
anda. Anda dikehendaki untuk menandakan ( / ) pada ruang yang telah disediakan.

1. Jantina
a) Lelaki
b) Perempuan

2. Umur
a) 20-29 Tahun
b) 30-39 Tahun
c) 40-49 Tahun
d) 50 Tahun ke atas

3. Status Perkahwinan
a) Bujang
b) Berkhawin
c) Janda/duda

4. Pekerjaan
a) Penjawat Awam
b) Penjawat Swasta
c) Bekerja sendiri
d) Lain-lain

32
960731-06-5464

Bahagian B : Faktor-faktor masyarakat Cina semakin kurang mengamalkan pantang larang


selepas kematian di Pekan Kuala Krau, Temerloh Pahang.

Arahan :

Bagi setiap item sila ( / ) pada ruang yang menyatakan pendapat anda. Pilih satu jawapan
dalam ruang berkenaan berdasarkan skala berikut.

Skala 1 2 3 4

Kenyataan Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju

No Perkara 1 2 3 4
1. Perubahan Zaman.

2. Sukar/leceh untuk diamalkan.

3. Waris tiada pengetahuan tentang amalan


pantang larang selepas kematian.
4. Pantang larang ini menganggu kehidupan
harian.
5. Faktor masalah kewangan.

33
960731-06-5464

Bahagian C : Cadangan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dan generasi muda Cina
terhadap adat pantang larang selepas kematian masyarakat Cina di Pekan Kuala Krau,
Temerloh Pahang.

Arahan :

Bagi setiap item sila ( / ) pada ruang yang menyatakan pendapat anda. Pilih satu jawapan
dalam ruang berkenaan berdasarkan skala berikut.

Skala 1 2 3 4

Kenyataan Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju

No Perkara 1 2 3 4
1. Pelaksanaan pendidikan amalan pantang larang selepas
kematian yang berterusan.
2. Menambah bahan2 bacaan & cetakan tentang amalan
pntang larang slepas kematian.
3. Mengadakan program kesedaran tentang amalan pantang
larang selepas kematian kepada masyarakat cina.
4. Peranan Ibu Bapa / Keluarga menerangkan tentang
amalan pantang larang selepas kematian kepada anak2.
5. Peranan media massa.

34
960731-06-5464

35

Anda mungkin juga menyukai