Anda di halaman 1dari 13

BUDAYA KEMATIAN MASYARAKAT CINA DI SUNGAI PETANI, KEDAH ANTARA

TAHUN 1990 HINGGA 2015

Kematian merupakan suatu hal yang pasti dialami oleh semua orang, tanpa terkecuali.

Setiap manusia tidak akan mengetahui kapan seseorang akan meninggal, dan setiap

kelompok masyarakat memiliki tradisi yang berbeza dalam melaksanakan ritual-ritual

kematian. Oleh itu, untuk menghormati seseorang yang telah meninggal dunia, sudah tentu

ada ritual yang harus dijalankan, biasanya ritual itu adalah berdasarkan kepercayaan yang

dianuti oleh masing-masng orang. Kaum Cina merupakan satu masyarakat yang bersifat

etnosentrik iaitu sangat mengagung-agungkan budaya dan warisannya. Sama seperti etnik

asli yang berada di Sumatra Utara, kaum cina juga memiliki kebudayaan tradisi yang masih

dijalankan sampai hari ini dan sangat dihormati oleh masyarakat Cina, salah satunya ialah

tradisi dalam upacara kematian.

Dalam masyarakat Cina, urusan mengembumikan orang mati tidak boleh dilakukan

sewenang-wenangnya dan dipandang mudah. Cara dan peraturan yang tidak betul sewaktu

mengebumikan orang mati akan mendatangkan kecelakaan dan bencana kepada keluarga si

mati. Orang Cina sangat mengambil berat untuk mengembumikan mayat dengan sebaik

mungkin dan perlu dilakukan mengikut adat serta tradisi yang diperturunkan daripada satu

generasi kepada generasi yang lain. Upacara pengebumian masyarakat Cina dapat

dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu peringkat sebelum pengebumian, peringkat

pengebumian dan peringkat selepas pengebumian.1

PERINGKAT SEBELUM PENGEBUMIAN


Song Zhong iaitu menemani seseorang sehingga mati merupakan perkara penting bagi

anak cucu seseorang orang tua yang akan meninggal dunia. Sebelum seseorang menghembus

nafas terakhir, anak cucu yang berada di tempat lain akan cuba sedaya upaya untuk balik ke

rumah bagi memandang wajah orang tua itu buat kali terakhir. Hal ini kerana bagi orang tua,

perkara ini merupakan satu kebahagiaan. Selalunya apabila diketahui kematian akan berlaku,

misalnya seorang bapa sedang nazak, ahli keluarga tersebut akan pergi ke kedai keranda

untuk menempah long (keranda). Terdapat juga orang tua yang mahu ahli keluarga mereka

tempah awal mengikut ikut citra rasanya sebagai persediaan untuk masa yang akan datang.

Sekiranya seseorang itu meninggal dunia di luar rumah seperti di hospital, kemalangan

jalan raya, mayatnya tidak akan diletakkan dalam rumah. Dalam keadaan ini, kebanyakan

orang akan membawa mayat ke Balai Mayat, iaitu tempat sewa khas untuk mengurus mayat. 2

Seandainya mayat hendak diletakkan dalam rumah juga, maka anak si mati hendak

mendukungnya masuk ke ruang tamu, kemudian memaparkan duduk di atas kerusi. Anak

cucunya akan menuangkan teh untuk dia minum bagi menandakan dia telah balik ke rumah

Berdasarkan pandangan Rev. Hui Hai, hal ini untuk memastikan roh kepada si mati akan

mengikut badannya untuk balik ke rumah daripada merayau-rayau di tempat kematiannya

seperti di hospital atau di tempat kejadian jalan raya.3 Setelah selesai upacara ini, barulah

mayat boleh diletakkan di dalam rumah.

Seterusnya, upacara memandi mayat dengan air gaharu akan dilakukan Contohnya,

seluruh anggota badan mayat dilap dengan tuala basah dan dipakaikan dengan pakaian yang

cantik sebelum dimasukkan ke dalam long. Tujuan memandi mayat adalah untuk

menghapuskan dosa atau kesalahan si mati dan memastikannya berkeadaan bersih agar dapat

diterima oleh nenek moyang di alam dunia yang lain. 4 Dewa-dewa yang terdapat di dalam
rumah akan dibaluti dan ditutupi dengan kertas merah supaya tidak terdedah kepada long dan

mayat. Bukan itu sahaja, sebarang cermin yang terdapat mesti disimpan. Berdasarkan Rev.

Hui Hai, hal ini kerana dikhuatiri cermin itu akan terkena long dan memantulkan imej yang

pada pandangan orang Cina boleh menimbulkan kematian ahli keluarga lain di samping

cermin juga dikhuatiri akan membalikkan cahaya kepada mayat. 5 Tindakan seperti ini adalah

untuk melindungi roh kepada si mati daripada lenyap kerana terdedahnya kepada dewa-dewa

dan cahaya dari cermin berupaya menyebabkan roh tersebut tidak dapat dilahirkan semula.

PERINGKAT PENGEBUMIAN

Setelah seseorang meninggal dunia, anak cucu dan saudara-mara yang rapat dengan si

mati akan mula berkabung. Berkabung merupakan sesuatu amalan di mana semua ahli

keluarga akan berkumpul di sekeliling long mengikut tertib dan kedudukan seseorang dengan

memakai pakaian khas.6 Sebagai contoh, anggota keluarga kepada si mati akan memakai baju

yang berwarna putih dan seluar hitam, di bahagian lengan pula akan dipinkan dengan perca

jerami selebar dua inci. Lazimnya, anak lelaki diberi tempat di barisan pertama diikuti

dengan anak perempuan, menantu, cucu lelaki dan cucu perempuan. Hal ini dikatakan

demikian kerana mengikut penerangan daripada Choo Siak Leong, masyarakat Cina amat

mementingkan penurunan kuasa sebelah bapa, iaitu lelaki dititikberatkan berbanding dengan

perempuan.7

Satu meja sembahyang dengan dinyalakan colok dan lilin putih akan diletakkan di

bahagian kaki keranda. Pembakaran lilin diperlukan kerana dilihat sebagai tambang

perjalanan ke dunia yang lain dan disediakan bagi tujuan penyalaan sepanjang perjalanan si

mati ke dunia yang lain.8 Pembakaran lilin tidak boleh diputuskan kerana dipercayai ahli
keluarga akan ditimpa kemalangan sepanjang hidupnya sekiranya pembakaran lilin terhenti

atau tidak diteruskan. Jadi, sepanjang tempoh masa berkabung, anak cucu si mati akan

bergilir-bergilir duduk di tepi long dan menjaganya tanpa kira siang atau malam. Di atas

meja sembahyang tersebut akan diletakkan gambar si mati dan makanan yang dihidangi

kepada si mati tiga kali sehari. Dalam masa yang sama, kertas-kertas ming (kertas yang

dilambangkan wang) dibakar terus-menerus untuk si mati bagi memastikan si mati

mempunyai bekalan wang yang mencukupi di dunia akhirat.9

Selalunya mayat akan diletakkan sekurang-kurangnya dalam tempoh empat sehingga

lima hari. Hal ini adalah untuk memberi peluang kepada sahabat handai atau saudara-mara

untuk menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Apabila seseorang

hendak memasuki rumah si mati, dia hendaklah membongkokkan badannya ke arah long

sebagai tanda hormat.10 Mereka yang datang juga diminta membakar colok untuk si mati dan

menunduk hormat kepada ke arah keluarganya. Biasanya, mereka akan memberi derma yang

dikenali sebagai bai jin (wang putih) dalam satu peti yang telah disediakan sebagai luahan

perasaan simpati. Derma tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga si

mati yang terpaksa berbelanja habis-habisan demi martabat dan status si mati. 11 Bukan sehaja

menderma, terdapat juga yang menghantar kalungan bunga, ataupun menyediakan panji-

panji yang ditulis dengan kata-kata pujian kepada si mati. Makanan seperti mihun dan bubur

disediakan kepada tetamu yang datang berkunjung. Semasa mereka meminta diri untuk

pulang, mereka akan diberi dua biji gula-gula yang diikat dengan benang merah.12 Kedua-dua

ini sebenarnya mempunyai mempunyai makna yang tersendiri. Benang merah

melambangkan kerestuan ahli keluarga si mati terhadap tetamu yang sanggup hadir diri bagi

menziarahi mereka. Menurut Lim Mei Yin, pemberian gula-gula pula membawa erti bahawa
setelah makan gula-gula tersebut, seseorang akan berasa manis, mempunyai kehidupan yang

bahagia dan panjang umur.13

Selama mayat itu diletakkan dalam rumah, upacara membaca mantera dan doa agar roh si

mati dapat ke syurga akan berlangsung pada setiap malam. Hal ini dikatakan demikian

kerana mengikut kepercayaan orang Cina, sekiranya seseorang melakukan dosa semasa

masih hidup, rohnya akan masuk ke neraka dan akan menderita di sana. 14 Oleh itu, upacara

membaca mantera diadakan supaya dapat meringankan dosanya supaya dia dapat hidup

dengan bahagia pada hayat akan datang. Sami akan diupah untuk mengetuai upacara

sembahyang kerana dalam kalangan masyarakat cina, setiap urusan yang berkaitan dengan

kematian harus dipandang berat tidak boleh dilakukan dengan sesuka hati untuk

mengelakkan diri daripada malapetaka. Menurut Lim Mei Yin, sami akan membaca ayat-ayat

daripada kitab Buddha supaya dapat memimpin dan memudahkan roh si mati melalui

halangan-halangan perbicaraan ke atas dosa yang dilakukan semasa hidup.15 Sami dipercayai

mempunyai kemampuan untuk memohon kepada dewa-dewa supaya si mati tidak akan

diseksa dengan teruk. Doa-doa berbentuk nyanyian dengan iringan muzik dibuat untuk

menimbulkan suasana yang meriah dan untuk menarik perhatian para tetamu bertandang ke

rumah si mati. Sepanjang berlangsungnya upacara sembahyang dan pemujaan, long akan

dibiarkan terbuka supaya sesiapa sahaja dapat menatap wajah si mati.16

Selepas segala upacara sembahyang dan pemujaan selesai dilakukan, long akan ditutup

dan dipakukan. Penutupan long melambangkan perpisahan si mati dengan mereka yang

masih hidup di mana mereka tidak berpeluang lagi melihat wajah si mati. Kertas-kertas

azimat putih dan kuning akan ditampal oleh sami pada long tersebut dengan tujuannya untuk

menghindari mayat itu daripada diganggu dan diresapi oleh roh-roh jahat. 17 Sewaktu long
hendak ditutup dan dipaku, semua orang termasuk para tetamu dilarang daripada memandang

long demi mengelakkan diri daripada kemalangan atau malapetaka. Upacara xing ji (upacara

perpisahan) dan upacara membaca ji wen (ucapan takziah) diadakan. Dalam upacara xing ji,

sanak saudara si mati akan memberi bahan persembahan kepada si mati manakala ji wen

menyatakan pencapaian dan sumbangan si mati dan juga kesedihan anak cucunya. Anak cucu

perlu bersujud kepada mereka yang terlibat dalam kedua-dua upacara tersebut sebagai tanda

terima kasih.18

Seterusnya upacara cu bin atau dikenali sebagai perarakan jenazah akan dilakukan di

mana long akan diangkat dan diletakkan di dalam kereta mayat dan bergerak secara perlahan-

lahan sejauh satu batu dari rumah kediaman si mati diikuti oleh anak cucu dan sanak saudara

yang berjalan kaki. Anak sulung akan berjalan di hadapan barisan perarakan dengan

memegang potret si mati manakala anak cucu yang lain pula memegang colok. Kertas ming

ditaburkan di sepanjang jalan dengan tujuan untuk menghalau hantu yang menghalang jalan

si mati.19 Selesai berarak, semua orang akan menaiki kenderaan seperti bas dan kereta

mengiringi si mati ke tanah perkuburan. Anak sulung diwajibkan duduk di sebelah long

dalam perjalanan ke kubur. Sebenarnya cara pengembumian sama ada cara ditanam atau

dibakar adalah bergantung pada pesanan si mati sebelum meninggal dunia. Namun begitu,

banyak dalam kalangan mereka akan mengikut tradisi Cina iaitu melalui cara ditanam.

Sehubungan itu, menurut Choo Siak Leong, selalunya orang Cina akan memilih tapak

perkuburan terlebih dahulu berdasarkan sistem feng shui (angin, air, lokasi) supaya dapat

memanfaatkan kehidupan anak cucuknya pada masa yang akan datang. 20 Sebagai contoh,

lokasi kubur di bahagian atas bukit selalunya dilihat lebih tinggi martabatnya berbanding di

kaki bukit.
Apabila sampainya di tapak perkuburan, penurunan long daripada kereta mayat dibuat

sementara semua hadirin beralih pandangan ke arah yang bertentangan. Selepas upacara

pemujaan dan sembahyang, anggota keluarga si mati diminta melemparkan segenggam tanah

ke dalam lubang kubur sebelum upacara menimbus dilakukan. Anak sulung juga dikendaki

mengambil sikit tanah dari kubur orang tuanya untuk dijadikan abu tempat meletakkan

colok.21 Hal ini dikatakan demikian kerana pemujaan dan upacara sembahyang perlu

dilakukan oleh anak cucu kepada orang tuanya di rumah dengan menyediakan sebuah papan

nenek moyang yang dikenali sebagai shen zhu pai.

PERINGKAT SELEPAS PENGEBUMIAN

Selepas upacara pengebumian, sebuah shen zhu pai, iaitu sekeping papan yang berukir

dengan nama si mati disediakan dan diletak di atas meja pemujaan di rumah. Boleh dikatakan

upacara pengebumian sudah selesai pada peringkat ini, namun demikian anggota keluarga

mestilah berkabung selama seratus hari. Dalam tempoh seratus hari ini, anggota keluarga si

mati tidak dibenarkan memakai pakaian yang berwarna merah dan dilarang untuk menyertai

majlis-majlis yang menggembirakan seperti sambutan hari lahir, majlis perkahwinan kerana

dianggap bercanggah dengan amalan berkabung. Sehubungan itu, sekeping potert si mati

perlu diletakkan di atas meja untuk disembah dengan diiringi pembakaran lilin, colok, dan

penyediaan teh dan makanan pada waktu pagi dan malam selama 49 hari atau 100 hari.22

Upacara zuo qi diadakan pada hari ketujuh selepas kematian di mana roh si mati akan

kembali ke rumahnya. Anggota keluarga yang tinggal di rumah si mati perlu

menyembunyikan diri di dalam bilik pada waktu malam selepas shen zhu pai

disembahyangkan. Bedak dan tepung akan ditaburkan di lantai muka pintu untuk menjejaki
kedatangan si mati. Hal ini disebabkan seseorang yang telah mati dipercayai akan kembali

semula ke rumah untuk melihat ahli keluarganya seperti isteri, anak atau cucu kerana tidak

sampai hati meninggalkan mereka di dunia. Untuk membuktikan sama ada si mati benar-

benar pulang atau tidak, anggota keluarga akan memeriksa kesan tapak kaki di atas lantai

yang berbedak menurut Lim Mei Yin.23

PANTANG LARANG DALAM UPACARA KEMATIAN

Orang Cina dilarang memakai pakaian berwarna merah dan barang emas apabila

melibatkan diri dalam hal-hal yang berkaitan dengan kematian. Menurut pandangan Choo

Siak Leong, warna merah dan barang emas yang melambangkan keriangan, kegembiraan dan

kesejahteraan dalam perspektif kalangan masyarakat Cina padahal kematian bukan suatu

suasana yang menggembirakan ataupun boleh memberi keseronokan tetapi suasana yang

merasa sedih atas kepergian seseorang.24 Oleh itu, anggota keluarga yang memakai pakaian

merah dan barang emas akan diumpat keji oleh saudara-mara. Bukan sahaja anggota

keluarga, begitu juga dengan tetamu yang datang untuk melawat si mati yang berpakaian

merah dan memakai barang emas juga dilihat kurang bersesuaian kerana perbuatan tersebut

dianggap sebagai tidak menghormati seseorang yang telah meninggal dunia. Berdasarkan

tradisi Cina, emas merupakan sesuatu yang berupaya membalikkan cahaya dan sinar yang

dihasilkan seterusnya terkena jenazah si mati. Hal ini kerana jenazah pantang sekali terkena

cahaya matahari kerana dipercayai akan mengalami penderitaan dan seksaan di akhirat.25

Long kosong tidak boleh buat main dalam kalangan masyarakat Cina. Misalnya bagi

orang Cina, adalah pantang long digunakan sebagai tempat tidur walaupun dalam lakonan.

Hal ini telah jelas memaparkan bahawa long tidak boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain
kecuali untuk si mati bersemadi sahaja. Bukan itu sahaja, long yang perlu dihantar ke rumah

pun perlu mengikut jalan yang betul. Sekiranya kereta yang membawa long terlajak dan

berpatah balik ke belakang untuk sampai ke rumah si mati, maka rumah-rumah yang

berhampiran dipercayai akan ditimpa bencana dan malapetaka seperti kerugian, kemalangan

dan pergaduhan rumah tangga.26 Begitu juga sewaktu jenazah dibawa ke kubur di mana

sewaktu perarakan dilakukan, adalah dilarang melalui rumah orang yang berkahwin kerana

akan menyebabkan rumah tangga yang baru dibina itu tidak kekal lama. Berdasarkan

perspektif orang Cina, seperti yang dilihat oleh Lim Mei Yin, mereka sedapat-dapatnya

mengelakkan diri daripada berkunjung ke rumah yang ada kematian atau sebarang perkara

yang berkaitan dengan kematian di mana mereka melihat kematian bukanlah suatu perkara

yang baik dan dibimbangi akan mendatangkan sial pada diri mereka.27 Hal ini dapat

dibuktikan selepas menghadiri upacara pengebumian, sesiapa yang terlibat dengan perarakan

jenazah diwajibkan mandi dengan menggunakan daun limau bali untuk menolak bala.

Dari semasa ke semasa, roh si mati akan balik ke rumah dalam bentuk serangga seperti

kupu-kupu, belalang dan burung.28 Orang Cina melarang serangga-serangga ini dibunuh

kerana dipercayai serangga tersebut merupakan jelmaan nenek moyang yang telah meninggal

dunia. Kedatangan kupu-kupu dan belalang yang bersaiz besar akan tertumpu di beberapa

bahagian rumah seperti ruang tamu, bilik tidur dan ruang dapur. Selalunya orang Cina

mempercayai bahawa serangga tersebut tidak akan singgah sejekap tetapi akan berada dalam

rumah untuk satu tempoh yang tidak tetap. Oleh sebab itu, amalan membunuh serangga

tersebut dilihat oleh Choo Siak Leong sebagai satu perbuatan yang ditegah kerana

menunjukkan sikap yang tidak sopan seolah-olah tidak mengalu-alukan kepulangan roh si

mati manakala menghalau keluar serangga ini bermakna mengusir roh orang mati. 29 Jadi,
segala serangga dan burung akan dibiarkan untuk berkeliaran dalam kawasan rumah.

Berdasarkan pandangan orang Cina, fenomena yang berlaku ini melambangkan keberatan

roh si mati yang tidak sanggup meninggalkan keluarga yang disayanginya.

PERBEZAAN BUDAYA KEMATIAN YANG DIAMALKAN PADA ZAMAN DAHULU

BERBANDING DENGAN ZAMAN KINI

Boleh dikatakan masyarakat Cina amat mengambil berat tentang pengebumian jenazah

yang perlu dilakukan mengikut budaya serta tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang.

Namun demikian, didapati bahawa terdapat beberapa amalan yang dilihat kurang mendapat

tempat dalam kalangan orang Cina selaras dengan perubahan zaman. Amalan-amalan

tersebut dapat dikesan seperti melalui pemakaian si mati. Pada zaman dahulu, mayat wajib

dipakaikan dengan baju yang tidak berbutang. Menurut Lim Mei Yin, baju yang tidak

berbutang dipercayai akan membuat si mati berasa “bebas” kerana tiada lagi terikat dengan

tanggungjawab terhadap ahli keluarganya yang masih hidup supaya dapat dilahirkan

semula.30 Namun begitu, amalan seperti ini jarang dipraktikkan dalam kalangan masyarakat

Cina pada zaman kini di mana mayat hanya perlu berpakaian lengkap seperti dengan pakaian

samfu dan kakinya akan dipakaikan stoking dan kasut. Perubahan ini berlaku adalah seiring

dengan trend masa kerana baju yang tidak berbutang semakin sukar dicari dalam pasaran dan

jarang dijumpai kecuali tempahan sendiri. Walau bagaimanapun, tempahan baju yang tidak

berbutang tersebut kurang mendapat sambutan dilihat oleh beliau dalam kalangan orang Cina

kerana melibatkan perbelanjaan yang besar padahal keluarga si mati sudah berbelanja habis-

habisan atas urusan yang lain seperti menempah long, mengupah sami dan sebagainya.31
Dari segi pemakaian oleh ahli anggota yang berkabung pula, sudah jarang dapat dilihat di

mana masing-masing akan memakai pakaian khas yang berbeza dari segi warna. Sebagai

contoh, anak dan menantu perempuan memakai pakaian berwarna hitam sebagai

menandakan merekalah golongan yang paling sedih manakala cucu pula memakai pakaian

berwarna biru. Warna yang lebih terang seperti putih dipakai oleh menantu lelaki yang

dianggap sebagai orang luar manakala cicit pula memakai pakaian berwarna hijau. Dikatakan

bahawa penyusunan warna ini mempunyai fungsi untuk menunjukkan status, kedudukan

seseorang dalam kekeluargaan serta kesedihannya.32 Pada zaman kini, sudah menjadi

kebiasaan kepada orang Cina untuk memakai pakaian putih dengan seluar hitam sahaja tanpa

mengira status seseorang dalam sebuah kekeluargan tersebut. Hal ini dikatakan demikian

kerana dengan pemakaian yang selaras lebih memudahkan para tetamu yang datang

menziarahi si mati untuk mengenali siapakah anggota keluarganya. Perkara ini turut

disokong oleh Choo Siak Leong di mana beliau melihat bahawa dengan keselarasan dalam

pemakaian dapat mengelakkan kekeliruan seseorang untuk membezakan ahli keluarga yang

berkabung dengan tetamu yang lain.33 Satu lagi perbezaan yang dapat dilihat adalah pada

baju anak dan menantu perempuan, akan diletakkan sejenis pakaian jerami di atas kepala dan

ditudung dengan kain. Berbeza dengan zaman kini, pemakaian jerami tersebut telah

digantikan dengan perca jerami selebar dua inci dan dipinkan pada lengan.

Perbezaan seterusnya ialah cara yang digunakan untuk mengembumikan mayat di mana

pada zaman dahulu, mayat sedapat mungkin tidak dibakar dan hendak ditanam. Hal ini

kerana amalan mayat dipercayai hanya akan menambahkan penderitaan si mati berdasarkan

pandangan Choo Siak Leong.34 Namun demikian, pada zaman kini, pemakaman kremasi

semakin mendapat tempat dalam kalangan orang Cina disebabkan perbelanjaan bagi kremasi
relatifnya lebih murah dibandingkan dengan sistem perkuburan. Sebagai contoh, beliau

menyatakan bahawa anggaran harga bagi satu tapak perkuburan yang dikatakan mempunyai

sistem feng shui yang bagus adalah sebanyak beberapa juta berbanding dengan ritual kremasi

yang hanya memerlukan beberapa ribu.35 Satu lagi alasan kremasi diterima ramai adalah

disebabkan atas faktor kebersihan di mana wabak-wabak penyakit dapat dielakkan sekiranya

kebersihan dan sanitasi tanah terjaga.

Selama 49 hari, bermula dari hari kematian, anak lelaki dan cucu-cicit si mati tidak

dibenarkan menggunting rambut tetapi adat ini hanya berpengaruh di kalangan generasi tua

sahaja tetapi tidak lagi kepada orang muda pada zaman kini yang mengganggapnya tidak

sesuai dengan perkembangan zaman sekarang.36 Pada zaman dahulu, orang Cina akan

memandikan mayat dengan menggunakan air azimat yang diperoleh dari perigi yang

dipercayai berpenunggu. Namun demikian, amalan ini kurang dipraktikkan kerana bukan

setiap keluarga mempunyai perigi terutamanya bagi mereka yang tinggal di desa. Oleh itu,

air perigi telah diganti dengan air gaharu dalam memandikan mayat.

Kesimpulannya, budaya kematian dalam masyarakat Cina tidak dapat dinafikan

sememangnya mempunyai kepentingan dalam melanjutkan institusi kekeluargaan seterusnya

menjamin keutuhan sistem kemasyarakatan. Melalui upacara-upacara yang diadakan,

kematian secara tidak langsung telah menyatupadukan orang Cina dan menimbulkan

keinsafan dalam kalangan mereka di mana kematian merupakan satu perkara yang tidak

dapat dielakkan dalam kehidupan supaya sentiasa menghargai orang yang masih berada di

sisi mereka. Sehubungan itu, keseimbangan sistem sosial akan berjaya dilanjutkan supaya

terus berkekelan walau di mana sahaja mereka berada. Tuntasnya, setiap budaya dan amalan

dalam masyarakat Cina ini mempunyai pengertian dan signifikan yang tersendiri bukan
sahaja melambangkan norma-norma yang wujud di dalam kalangan masyarakat Cina bahkan

merupakan manifestasi terhadap beberapa nilai moral yang menjadi pegangan orang Cina

keseluruhannya di mana nilai-nilai etika ini penting dalam mempertahankan kelangsungan

hidup dan keharmonian sesama anggota masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai