Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK BERSEMPENA HARI INTEGRITI KPM PERINGKAT

KEBANGSAAN TAHUN 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui unit integriti telah menganjurkan


Pertandingan Video Pendek dan Sajak bersempena sambutan Hari Integriti KPM.
Pertandingan ini dilaksanakan selaras dengan objektif penganjuran iaitu untuk
membudayakan integriti, memupuk nilai-nilai murni sejagat serta memperteguh tadbir urus
yang berkualiti dalam kalangan masyarakat. Dalam pertandingan mencipta video pendek,
peserta dari Kolej Vokasional Batu Lanchang telah merangkul johan dan tempat ketiga
bawah kategori C – Warga KPM. Para pemenang turut dijemput untuk hadir ke Majlis
Sambutan Hari Integriti KPM pada 24 November 2022 bertempat di Auditorium KPM,
Putrajaya bagi penerimaan hadiah dan sijil.

PEMENANG TEMPAT KETIGA


“AKU JANJI”
(Hafiz Bin Abdullah Sima, Ganesan A/L
Kanadasamy, Choo Yee Chin)

PEMENANG JOHAN
“AYUH! MALAYSIA KITA “
(Adib Bin Mahsuri, Cisile A/P Sagadavan, Choo
Yee Chin, Firdhaus Al- Husaini Bin Md Zahari)
LAPORAN PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO PENDEK BERSEMPENA SAMBUTAN HARI
PENJAJA TAHUN 2022

Pertandingan Video Pendek Kempen Kesedaran Sivik telah dianjurkan oleh Majlis Bandaraya
Pulau Pinang dengan tema "Penjaja Sejahtera” bersempena dengan Sambutan Hari Penjaja
& Komuniti Peniaga 2022. Dalam pertandingan tersebut, peserta dari Kolej Vokasional Batu
Lanchang telah merangkul naib johan dengan video bertajuk Bring Your Own Container. Para
pemenang turut dijemput untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Penjaja pada 3 December
2022 bertempat di Kompleks Batu Lanchang.

PEMENANG NAIB JOHAN


“BRING YOUR OWN CONTAINER “
(Hafiz Bin Abdullah Sima, Choo Yee Chin, Nur
Syazani, Nur Fariza)

Anda mungkin juga menyukai