Anda di halaman 1dari 25

1.

0 PENDAHULUAN

Atas tujuan bagi melahirkan pendidik sejarah yang mencakupi pembelajaran abad ke-21 serta
cakna akan kearifan tempatan, satu lawatan ke Kapal Korek Tanjung Tualang@TT5 berdasarkan
keadah Pembelajaran Berasaskan Projek Kajian Sejarah Tempatan telah diadakan bawah anjuran
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan pada 28 Oktober 2018. Peserta-peserta yang terlibat dalam
program tersebut adalah 80 orang mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil kursus Kaedah
Mengajar Sejarah I pada semester 1, sidang 2017/18. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah
lawatan ke kapal korek sambil mendapatkan maklumat tentang sejarah kapal korek TT5 dan sesi
temubual bersama responden yang terdiri daripada penduduk tempatan yang pernah melibatkan
diri dalam industri perlombongan bijih timah.
Seterusnya, terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai melalui program ini, iaitu bagi
memenuhi keperluan kursus PGT 224 Kaedah Mengajar Sejarah I, mengkaji dan mengetahui
sejarah Kapal Korek Tanjung Tualang dan sumbangannya terhadap ekonomi Malaysia melalui
aktiviti perlombongan bijih timah pada abad ke-16, mendedahkan mahasiswa kepada kaedah
penyelidikan sejarah di lokasi bersejarah sebagai persediaan untuk mejadi seorang pendidik
Sejarah, menyuburkan budaya penyelidikan dalam kalangan mahasiswa Kaedah Mengajar
Sejarah I sebagai sejarawan novis yang terlatih, melahirkan bakal pendidik Sejarah yang
kompeten dalam melestari warisan sejarah negara dan kearifan tempatan. Secara tuntasnya,
projek ini merupakan suatu kaedah pembelajaran yang bermanfaaat bagi pemupukan jati diri
dalam kalangan pendidik Sejarah supaya lebih bersifat kearifan tempatan dalam mendepani arus
globalisasi seiring dengan pembelajaran abad ke-21 seterusnya dapat membangkitkan kesedaran
tentang kepentingan patriotisme dalam kalangan masyarakat yang semakin lupa akan identiti diri
pada hari ini.
2.0 KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK-KAJIAN TEMPATAN
2.1 TAKRIFAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Selaras dengan ledakan pengetahuan berasaskan computer dan teknologi pada abad ke-
21, kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) atau Project Based Learning (PBL) telah
diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2006. Secara umumnya, kaedah
ini merupakan satu teknik pembelajaran abad ke-21 yang sangat kompresensif kerana ia
menyokong kesemua kemahiran dalam komponen-komponen 4C (Communication,
Collaboration, Critical Thinking, Creativity). Seperti yang dikatakan oleh Beddoes (2010),
Zimmerman (2010) dan Kaldi (2010) dalam artikel yang bertajuk Pembelajaran Berasaskan
Projek: Takrifan, Teori dan Perbandingannya Dengan Pembelajaran Berasaskan Masalah, PBP
merupakan satu kaedah instruksional yang membenarkan pelajar membina kemahiran dan
mendapatkan ilmu melalui projek, pembelajaran koperatif dan teknik ‘hands on’. Misalnya,
keadah ini bukan sahaja mendedahkan pelajar kepada konteks dunia sebenar, tetapi turut
menggalakkan pelajar berfikir secara mendalam seterusnya mencambahkan rasa ingin tahu
kepada mereka. Oleh itu, perlaksanaan PBP dikatakan dapat merungkaikan sistem belajar di
sekolah yang ‘rigid’ dan lebih tertumpu kepada teori sahaja.

Selain itu, Institusi Pendidikan Buck yang terletak di bahagian Utara California dan
mempunyai tenaga pengajar dan pakar dalam membuat pengkhususan dan kajian tentang PBP
dari semasa ke semasa turut mendefinikan PBP sebagai satu kaedah mengajar di mana pelajar itu
akan terlibat dalam proses inkuiri secara berterusan yang berfokuskan soalan dan masalah yang
kompleks dan sebenar, bekerja tanpa mengharapkan guru dan mempunyai pilihan dan kebebasan
untuk bersuara, mempamerkan pemahaman yang mendalam dalam pengetahuan akademik dan
kemahiran, membina kemahiran abad ke-21 seperti kerjasama, berfikir secara kritikal dan
komuniskasi dan dapat mencipta artifak dan prestasi yang berkualiti tinggi dan boleh dipamerkan
kepada masyarakat. Hal ini selaras dengan pandangan Blumenfeld (1991) dan Schneider (2002)
bahawa pembelajaran yang menggunakan PBP selalunya akan dicirikan dengan penghasilan satu
produk atau artifak pada akhir pembelajaran. Namun begitu, pelajar juga boleh menunjukkan apa
yang telah dipelajari dalam bentuk demonstrasi dan persembahan. Contohnya, pelajar
dikehendaki membuat pembentangan di akhir projek bagi mendemonstrasikan apa yang telah
dipelajari. Hal ini dikatakan demikian kerana persoalan yang perlu diselesaikan yang menjurus
kepada penghasilan artifak atau sesuatu persembahan dalam PBP akan membantu mengukuhkan
lagi kefahaman pelajar tentang sesuatu topik.

Dari sudut teori pula, adalah amat jelas bahawa PBP telah menggunakan teori yang diasaskan
oleh para konstruktif atau sosial konstruktif yang menggalakkan pelajar untuk menjadi lebih
bertanggungjawab atas pembelajarannya pada masa yang sama belajar menyelesaikan masalah
Secara ringkas, pendekatan oleh para konstruktif merupakan teori tentang persekitaran
pembelajaran yang membenarkan aktiviti berpusatkan pelajar, di mana guru hanya memainkan
peranan sebagai fasilitator atau penunjuk yang membentuk persekitaran pembelajaran yang
selamat dan kondusif, memberikan panduan perlaksanaan projek kepada pelajar dan memantau
hasil kerja pelajar pada akhir peringkat serta bertindak sebagai penyedia pengalaman yang
membantu pelajar dalam memupuk kemahiran menyelesaikan masalah, berfikir secara kreatif
serta menggunakan semua kemahiran tersebut dengan cara yang betul. Sebagai contoh, pelajar
sendiri yang memainkan peranan yang dominan dalam menjelajah pengetahuan-pengetahuan
baru, membuat pertimbangan, interprestasi serta membuat sintesis kepada semua maklumat yang
telah diperoleh secara bermakna. Antara teori yang diguna pakai untuk pendekatan ini adalah
teori ‘social constructivism’ yang dicadangkan Lev Vygotsky pada tahun 1978. Hal ini dapat
melihat melalui proses pemindahan pengetahuan yang berlaku pada diri pelajar dalam
persekitaran sosial kerana mereka yang terlibat secara aktif akan mempunyai kesan yang positif
terhadap tumpuan kognitif. Tuntasnya, perlaksanaan PBP yang menggunakan kaedah inkuiri
yang berbentuk soalan atau masalah untuk diselesaikan secara tidak langsung telah memberi
peluang kepada pelajar untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran di mana mereka
mempunyai peluang mempelajari kemahiran interpersonal dan intrapersonal di samping terdedah
kepada senario pekerjaan sebenar.

Mills & Treagust (2003) serta Siti Fatimah et al. (2006) berpendapat bahawa PBP boleh
dijalankan secara individua atau berkumpulan. Dalam hal ini, kebebasan memilih cara yang
sesuai lebih terletak pada guru yang menjalankan PBP sama ada mahu pelajarnya bekerja secara
individu, berkumpulan atau menggabungkan kedua-dua cara sekali gus bergantung pada projek
yang dibuat. Misalnya, pengkaji seperti Papanikalou & Boubouka (2010) telah menggunakan
kedua-dua tugasan projek secara individu dan berkumpulan dalam kajian mereka di mana subjek
kajian diarahkan untuk membuat projek secara individu dan apabila berada dalam kumpulan
mereka bertukar-tukar peranan mengikut tahap kesukaran yang meningkat seperti dalam kitaran
pembelajaran. Walau bagaimanapun, perlaksanaan tugasan berbentuk projek adalah sebaiknya
dilakukan secara berkumpulan. Sebagai contoh, pelajar-pelajar bekerjasama antara satu sama lain
bagi menentukan tujuan pembelajaran, mengetahui laluan pembelajaran bagi mencapainya dan
memantau proses perkembangan pembelajaran tersebut.

2.2 PROSES PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Secara ringkasnya, PBP dilaksanakan dengan berpandukan kepada enam langkah. Langkah
yang pertama adalah guru perlu mendapatkan topik penyiasatan/topik kajian. Topik ini
hendaklah diambil daripada Huraian Sukatan Pelajaran di mana topik yang dipilih pula mestilah
berkisar dengan kehidupan sebenar dan sesuai dengan tahap pelajar. Seterusnya, perancangan
aktiviti akan dibuat, di mana pada tahap ini, pelajar melakukan sumbang saran secara
berkumpulan tentang aktiviti yang akan dibuat bagi menyokong proses inkuiri. Projek dan
pelaksanaannya dibina oleh pelajar sendiri dengan pengawasan guru sebagai fasilitator. Salah
satu langkah yang penting dalam PBP adalah membuat takwim aktiviti. Bagi melaksanakan
projek, pelajar akan membuat takwim bagi pelaksanaan keseluruhan projek serta had masa untuk
setiap aktiviti yang akan dijalankan.

Semasa perlaksanaan PBP, kaedah pemerhatian dan pemantauan juga tidak dapat dielakkan.
Dalam proses ini, guru sebagai fasilitator haruslah berperanan aktif sebagai fasilitator bagi
membimbing pelajar dalam semua aspek yang memerlukan kemahiran sebelum pelajar
melakukan sebarang aktiviti. Selain itu, guru turut bertanggungjawab dalam membuat penilaian.
Penilaian atas pelajar berlaku di sepanjang proses, malah setiap aktiviti yang dilakukan oleh
pelajar akan dinilai pada peringkat akhir PBP. Proses yang terakhir dalam PBP ialah penilaian
keseluruhan. Penilaian keseluruhan akan dibuat setelah projek selesai. Refleksi boleh dibuat
secara individu ataupun berkumpulan. Perbincangan secara terbuka dalam kumpulan amat
berkesan bagi membuat penilaian projek, memperbaiki mana-mana bahagian yang kurang
lengkap serta membuat perkongsian pengalaman yang dilalui. Bagi melengkapkan kemahiran
pembelajaran abad ke-21 pelajar, guru kemudiannya boleh mengadakan sesi Presentation Of
Learning (POL) untuk membentangkan hasil kerja pelajar.
2.3 KELEBIHAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Secara umumnya, projek bawah PBP boleh dibahagikan kepada empat jenis yang terdiri
daripada:

1. Projek Berasaskan Buku (Book-based project)


Sumber utama bagi projek ini adalah buku dan penyelidikan boleh dijalankan di sekolah
atau di luar sekolah berdasarkan tempoh masa yang sesuai.
2. Projek Luar (Field-based project)
Penyelidikan dijalankan berdasarkan sesuatu tempat ataupun dikenali sebagai kajian
sejarah tempatan. Dalam projek ini, keluarga pelajar yang terlibat merupakan sumber
maklumat yang berharga di samping bahan-bahan dari sumber setempat, arkib dan
perpustakaan.
3. Projek Lawatan Berstruktur (Structural Visit)
Lawatan ke muzium tempatan atau tempat-tempat bersejarah diadakan. Jenis projek ini
perlu dirancang dan diatur dengan teliti berbanding dengan projek yang lain di mana
setiap pelajar akan diberi tugasan-tugasan tertentu sebelum lawatan. Pelajar-pelajar akan
dibahagi dan bergerak mengikut kumpulan masing-masing. Tugasan boleh dibuat secara
individu ataupun berkumpulan.
4. Projek Tugasan Jangka Pendek (Short Project Task)
Projek yang melibatkan tempoh masa yang singkat seperti sejarah keluarga atau biodata
orang yang berjaya.

Sehubungan itu, jenis projek yang dipilih dalam PGT 224-Kaedah Mengajar Sejarah I
ialah Projek Lawatan Berstruktur ke Kapal Korek Tanjung Tualang (Tanjung Tualang Dredge)
atau TT5, Batu Gajah Perak, Ipoh, Perak serta beberapa kawasan sekitarnya sebagai tapak kajian.
Melalui lawatan tersebut, pelajar dapat mengambil peluang dan ruang untuk mendapatkan
maklumat yang lebih mendalam tentang warisan bersejarah yang berkenaan dengan satu-satunya
kapal korek yang masih kekal dalam Malaysia. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa
perlaksanaan PBP mampu meluaskan pengetahuan dan memberi pengalaman kepada pelajar
dalam proses menyelidik, menganalisis serta membuat sintesis. Pembinaan pemikiran yang
berdaya kreatif dan semangat bekerjasama dapat dipupuk secara tidak langsung dalam
perlaksanaan PBP. Bukan itu sahaja, pelajar juga diberi peluang untuk melibatkan diri dalam
merancang dan mengelola sesuatu aktiviti pembelajaran secara individu atau berkumpulan.
Apabila pelajar diletakkan dalam satu kumpulan bagi menyempurnakan sesuatu tugasan, tatacara
untuk menerima dan menghormati perbezaan individu akan diterapkan dalam kalangan mereka.

Di samping itu, pelajar bawah PBP juga berupaya mengukuh dan menghubungkaitan
pengetahuan mata pelajaran sejarah dengan mata pelajaran yang lain. Hal ini dikatakan demikian
kerana kemahiran dalam pelbagai bidang diperlukan dalam kaedah pembelajaran tersebut.
Hubungan guru dengan pelajar akan lebih mesra kerana komunikasi dua hala dapat diperlihat
melalui kaedah pembelajaran tersebut di mana mereka akan selalu bertukar pendapat dan
berkongsi idea. Hal ini secara tidak langsung turut menggalakkan perkembangan kemahiran diri
dalam kalangan pelajar seperti menjana pemikiran kritikal dan inovatif, kemahiran komunikasi
oral dan bertulis. Secara ringkasnya, teknik pembelajaran ini adalah berpusatkan pelajar dan
memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum serta melibatkan kemahiran pelbagai
(multiple intelligent) seperti yang telah disebut di atas dalam berinteraksi dengan isu dan amalan
dunia sebenar.

3.0 TANJUNG TUALANG TIN DREDGE NO.5

Kapal Korek merupakan salah satu kapal yang berfungsi sebagai pelombong bijih timah.
Kapal Korek ini telah dibawa masuk dan diperkenalkan oleh pihak British dengan tujuan untuk
mengaut keuntungan hasil bijih timah. Sepertimana yang tercatat dalam sejarah sosio-ekonomi
Malaysia, sebelum kedatangan British, penduduk di Tanah Melayu hanyalah melombong bijih
timah dengan menggunakan kaedah tradisional, iaitu cara mendulang. Hasil yang didapati
melalui cara mendulang tersebut adalah dalam kuantiti yang kecil disebabkan memerlukan
tenaga manusia yang banyak dan berpengalaman. Biasanya hasil bijih timah tersebut hanya
dijual kepada pemodal tempatan sahaja. Namun begitu, seiring dengan perkembangan Revolusi
Perindustrian di Eropah pada abad ke-19 telah menyebabkan berlakunya perkembangan
imperialisme dalam kalangan kuasa besar dunia. Hal ini telah menyebabkan kuasa-kuasa besar
terutamanya British berlumba-lumba untuk mencari hasil bumi bagi menampung keperluan
perindustrian di negara mereka. Jadi, Tanah Melayu adalah merupakan antara negara yang
menjadi tumpuan British pada ketika itu. Hal ini dikatakan demikian kerana Tanah Melayu
antara kawasan yang banyak mempunyai sumber bijih timah. Untuk mengeksploitasi sumber itu,
mereka menjajah Tanah Melayu bagi mendapatkan hasil bijih timah secara keseluruhan.
Kemudiannya, mereka membawa masuk kapal korek yang mempunyai kelengkapan teknologi
untuk melombong bijih timah di Tanah Melayu. Jadi, penulisan ini akan memfokuskan mengenai
kapal korek Tanjung Tualang kelima yang dibawa masuk oleh British suatu ketika dulu yang
mana masih menjadi tumpuan hingga ke hari ini.

Di Malaysia, Kapal Korek yang pertama diperkenalkan ialah pada tahun 1913 oleh
Malayan Tin Dredging Limited di Batu Gajah, Perak. Kapal Korek yang terakhir dibina di
Malaysia pula adalah pada tahun 1985. Kapal Korek yang paling tua adalah mencecah hampir 70
tahun. Kapal korek ini bukanlah dibawa terus daripada negara Britain. Secara umumnya, ianya
pada tahap awal yang dibawa masuk hanya peralatan dan perkakasan sahaja. Semuanya dipasang
siap di Tanah Melayu telah mengambil masa hampir setahun. Menerusi sistem pengasingan bijih
timah pula dapat dilihat pada awalnya menggunakan kaedah ‘Sluice Box’, tetapi kemudiannya
ditukarkan kepada sistem yang lebih pantas iaitu ‘Circular Jigs’. Generasi awal kapal korek
beroperasi menggunakan arang batu dengan berkuasa wap. Akan tetapi, setelah zaman Perang
Dunia Kedua, kapal korek ini secara perlahan telah berubah dengan menggunakan tenaga
elektrik sepenuhnya. Kapal Korek Tanjung Tualang 5 (TT5) yang dibina merupakan contoh
kapal korek yang telah dinaiktaraf dari enjin wap dengan menggunakan arang batu ditukarkan
kepada tenaga elektrik sepenuhnya pada tahun 1963.
Ini merupakan antara bahagian yang terdapat pada Kapal Korek.

Bilangan tenaga kerja yang diperlukan bagi menggerakkan kapal korek adalah
bergantung kepada saiz kapal tersebut. Biasanya, seramai 30 orang hingga 40 orang anak kapal
diperlukan untuk setiap shif. Namun, apabila menjelang tahun sekitar 70-an hingga 80-an, kapal
korek di Tanjung Tualang hanya memerlukan sekitar 15 orang untuk setiap shif bagi
mengurangkan beban kepada syarikat pengoperasi untuk membayar gaji pekerja. Terdapat tiga
syif bekerja di atas kapal korek iaitu pagi, petang dan malam. Untuk kapal korek Tanjung
Tualang 5 atau TT5, terdapat hanya 13 orang sahaja untuk setiap syif yang terdiri daripada ketua
kapal, cassman, assistant filter, engineer dan lain – lain lagi. Namun demikian bagi kapal korek
Tanjung Tualang 7 atau TT7 pula terdapat 20 orang pekerja bagi setiap syif. Hal ini kerana kapal
korek TT7 lebih besar berbanding kapal korek TT5. Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapatnya
lif di dalam kapal korek tersebut untuk kemudahan pekerja. Kapal korek TT7 ini adalah setinggi
tiga tingkat dan terdapat cctv untuk tujuan keselamatan.

Bangsa yang bekerja di atas kapal korek terdiri daripada Melayu, Cina, India dan
Benggali. Terdapat pekerja wanita juga yang bekerja di atas kapal korek. Kebanyakan mereka
berketurunan Cina. Tugas mereka lebih ringan berbanding pekerja lelaki. Mereka lebih kepada
proses mengeringkan bijih timah atau dikenali sebagai ‘masak bijih timah’. Bijih timah yang siap
dimasak akan dihantar ke Penang menggunakan jalan darat iaitu kereta api dan dibawa balik ke
England menggunakan kapal. Kapal korek asal yang ditemui di Tanjung Tualang adalah
berjumlah 40 buah. Namun begitu, selebihnya telah banyak dijual dan yang tinggal hingga kini
yang mana menjadi bukti peninggalan sejarah kapal korek adalah Kapal Korek ke-5 Tanjung
Tualang (TT5). Bilangan timba yang digunakan untuk mengorek bijih timah itu adalah
bergantung kepada kepada saiz kapal tersebut. Jumlah timba yang paling banyak boleh mencapai
40 hingga 60 buah. Kapal korek juga mempunyai pam air yang digunakan untuk mengasingkan
bijih timah yang telah dikaut oleh timba itu. Setelah diasingkan di antara batu, pasir, amang dan
bijih, barulah bijih timah tersebut dibawa keluar dan akan ditapis lagi sebelum bijih yang sebenar
diambil.

Menurut keterangan pegawai yang bertugas, pergerakan kapal korek di sekitar lombong
bijih timah adalah menggunakan tali dari winch yang dipasang pada setiap penjuru dan hadapan
kapal korek, winch akan berpusing untuk menarik tali daripada bahagian muncung hadapan
kapal. Sekiranya tali tersebut tidak ditambat atau disauh ke dasar lombong, kapal tersebut akan
mengundur ke belakang atas tekanan yang terlalu tinggi semasa proses mengasingkan bijih timah
tersebut dijalankan. Pihak British berjaya menemui bijih timah ini melalui cara ‘boring’ iaitu
menggali atau mengorek sesuatu kawasan dengan kedalaman antara 30 hingga 40 kaki. ‘Boring’
ini juga adalah lebih kurang sama dengan skru yang berfungsi untuk menggerudi kawasan yang
disasarkan sekiranya terdapat bijih timah. Ianya bersambung sama dengan wayar paip dan
dipusing menggunakan tangan. Apabila wayar paip itu mencecah 10 hingga 15 kaki, ianya perlu
dicabut di samping pekerja akan memeriksa atas hasil kerana selalunya yang akan ditemui
terlebih dahulu ialah batu amang (batu grander).

Dari segi bentuk bijih, bijih yang dilombong tidak akan berketul dan ianya kekal dalam
bentuk pasir serta bersifat tidak melekat. Perbezaan yang dapat dikenalpasti antara pasir dengan
bijih timah adalah segi berat dan juga warna teksturnya. Sejarah turut mencatatkan kapal korek
yang berjaya mengorek bijih timah dengan kedalaman sejauh 150 kaki bawah tanah. Kapal korek
TT5 mempunyai 103 bucket yang digunakan untuk mengorek bijih timah. Menariknya di sini
mengenai bucket tersebut ialah pekerja sering kali menemui pelbagai alatan atau barang lama
ketika aktiviti melombong bijih timah dijalankan. Antara barang yang pernah ditemui ialah peti
lama, keris, keranda lama serta ketulan emas. Kapal korek akan berhenti beroperasi satu hari
dalam seminggu iaitu dari jam 7 pagi sehingga 2 petang atas kerja – kerja penyelenggaraan. Pada
hari perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri pula, terdapat hanya dua syif sahaja yang bekerja
memandangkan 80% pekerja kapal korek merupakan pekerja yang beragama Islam. Di samping
itu, kapal korek juga mempunyai ciri keselamatan yang utama iaitu dikenali sebagai boatline
yang berfungsi untuk mengimbangi kapal korek daripada condong sebelah.

Sampel bijih timah yang kami dapatkan semasa kajian.

Faktor utama kapal korek tidak akan condong atau terbalik semasa mengorek bijih timah pada
kedalaman yang maksimum adalah disebabkan satu alat seperti pelampung angin sedalam 10
hingga 12 kaki untuk menahan daya kapal.

Aktiviti mendulang yang dijalankan oleh kumpulan kami


Setiap peserta diberi peluang untuk merasai kaedah mendulang yang sebenar

Pada zaman dahulu, pelombong bijih timah dilakukan secara kecil – kecilan sahaja
melalui kaedah mendulang. Apabila British masuk ke Tanah Melayu maka aktiviti melombong
bijih timah semakin giat dijalankan dengan menggunakan kapal korek kerana hasil kuantitinya
adalah berlipat ganda berbanding dengan menggunakan kaedah tradisional. Pegawai bertugas
turut berkongsi bagaimana cara British dapat mengesan sama adanya terdapat bijih timah dalam
sesuatu kawasan. Antaranya ialah kaedah pailing tanah yang selalu digunakan oleh mereka untuk
mengetahui sama ada terdapat bijih timah di sesuatu kawasan tersebut sebelum membelinya.
Terdahulunya pipe akan dihentak ke dalam tanah mengikut kedalaman tertentu dan kemudiannya
diangkat untuk membuat pemeriksaan ke atas lapisan tanah.
Sesi gambar bersama pegawai bertugas Kapal Korek Tanjung Tualang Tin Dredge
No.5

Menurut keterangan pegawai bertugas, kegiatan lombong giat dijalankan kerana


menjamin keuntungan yang banyak seperti sekati bijih timah pada tahun 1970 an adalah bernilai
RM20 mengikut harga pasaran dan harga paling tinggi yang pernah ditawarkan ialah sebanyak
RM45 sekati. Hal ini disebabkan pekerja-pekerja perlu mengasingkan amang dengan bijih timah
terlebih dahulu bagi menentukan kualiti bijih timah yang sebenar. Manakala harga bagi bijih
timah yang mengandungi campuran amang ditawarkan dengan harga yang agak rendah, kalau
paling tinggi pun sebanyak RM30 sahaja. Menurut keterangan pegawai bertugas, hubungan
antara amang dengan bijih timah adalah saling berhubungkaitan. Hal ini dikatakan demikian
kerana sekiranya sesuatu tempat mempunyai banyak amang turut melambangkan dalam masa 10
tahun yang akan datang kawasan tersebut akan mempunyai bijih timah juga. Dari segi perubahan
landskap pula, akibat daripada kegiatan perlombongn yang berleluasa, tasik lombong terjadi
kerana dapat dilihat pada asalnya kawasan tasik lombong tersebut merupakan tanah pamah biasa
namun akibat daripada aktiviti perlombongan maka terbentuk tasik lombong buatan manusia.

Kapal korek TT5 telah berfungsi berpuluh-puluh tahun dan telah menyumbang kepada
kemajuan ekonomi Malaysia pada suatu ketika dahulu sehingga nama ‘Malaysia’ menjadi
sebutan negara-negara barat. Oleh disebabkan itu, sumbangan ‘TT5’ tidak boleh disangkal lagi
malah perkara ini perlu dipelihara dan dijaga sebaik-baiknya kerana kapal korek ini juga antara
salah satu warisan sejarah negara kita kerana seperti sedia maklum kapal korek TT5 adalah
peninggalan yang terakhir di Malaysia. Tersangatlah rugi sekiranya warisan sedemikian tidak
dijaga dengan baik. Malah, kapal korek TT5 ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri dan
penting untuk dijadikan sebagai maklumat berharga kepada anak-anak muda terutamanya para
pelajar serta pendidik. Hal ini kerana, kapal korek ini boleh dijadikan sebagai satu pembelajaran
yang boleh diterapkan kepada para pelajar kini melalui mata pelajaran Sejarah misalnya. Hal ini
sekaligus, dapat menerapkan nilai empati dalam diri pelajar terhadap pengorbanan bagi mereka
yang terlibat dalam kerja-kerja pemprosesan bijih timah dahulu yang mana mereka boleh merasai
sendiri kepayahan serta kesusahan masyarakat terdahulu yang pernah berbakti di TT5.
REFLEKSI KAJIAN LAPANGAN PGT224- KAEDAH MENGAJAR SEJARAH.
TANJUNG TUALANG TIN DREDGE NO.5

KETUA KUMPULAN: MOHAMAD HAZIZOL BIN RAZAK (127667)


Di malam gelita purnama dinanti,
Pungguk merindu di dahan tualang,
Tuntutlah ilmu ikhlaskan hati,
Kelak menjadi guru terbilang.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan
kesyukuran kehadrat Ilahi kerana Projek Kajian Lapangan di Tanjung Tualang Tin Dredge No.5
(TT5) telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Sekalung penghargaan kepada Dr.Siti Hawa yang
telah memberi peluang kepada kami semua pelajar Kaedah Mengajar Sejarah 1 (PGT224) untuk
menjalankan kajian lapangan ini. Dalam pada itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada barisan Majlis Tertinggi Kajian Lapangan TT5 ini yang diketuai oleh saudara
Mohd Izzuddin bin Hasmizi kerana telah berjaya merangka perjalanan projek ini dari awal
hinggalah ke akhir projek. Saya sebagai peserta kajian lapangan ini berasa sangat bangga dengan
kebolehan kalian dalam melaksanakan projek yang besar ini. Sepertimana yang berlaku sebelum,
semasa dan selepas kajian lapangan, saya dapat lihat semuanya berjalan dengan penuh lancar.

Proses pembentukan ahli kumpulan juga sangat memuaskan dan semua ahli kumpulan
dapat memberikan kerjasama yang sangat baik. Ahli kumpulan saya sendiri yang diketuai oleh
saya sendiri dan beberapa ahli kumpulan saya yang lain iaitu Choo, Fatasya, Syahira dan Aliya
telah memberikan komitmen masing-masing dengan melaksanakan tugasan mengikut
pembahagian. Hal ini membolehkan maklumat berkenaan Kapal Korek Tanjung Tualang ini
dapat dikumpulkan oleh kumpulan kami dengan berkesan. Jadi, ianya turut membantu kami
untuk mengetahui segala maklumat tentang Kapal Korek Ke-5, Tanjung Tualang, Perak ini.

Selain itu, repsonden yang kami dapat juga sangat membantu dalam mendapatkan
maklumat. Responden kami iaitu Encik Zol bin Ibrahim banyak berkongsi pengalaman beliau
yang mana pernah bekerja di Kapal Korek tersebut. Tambahan pula, beliau juga banyak
menceritakan pengalaman daripada bapa beliau yang sempat bekerja di Kapal Korek, Tanjung
Tualang semasa pemerintahan British. Pengalaman yang dikongsikan oleh beliau sangat
membuatkan kami teruja. Berbalik kepada objektif kajian ini yang mana ianya sangat memberi
satu input yang positif kepada saya dan semua sebagai seorang bakal guru Sejarah. Pengekalan
warisan Sejarah seperti Kapal Korek TT5 ini sangat penting kepada guru dan generasi akan
datang agar dapat merasai nilai Sejarah yang tercatat pada masa lampau. Jadi, hal ini secara tidak
langsung akan memberikan satu gambaran yang jelas terhadap sesuatu peristiwa Sejarah.

Secara keseluruhannya, saya ingin menyatakan bahawa Kajian Lapangan di Tanjung


Tualang Tin Dredge No.5 ini sangat memberi impak yang positif dari pelbagai sudut pandangan
termasuklah nilai Sejarah itu sendiri. Saya sangat berpuas hati dan merasa bangga kerana dapat
melaksanakan projek ini dengan jayanya bersama rakan-rakan seperjuangan bagi Kursus Kaedah
Mengajara Sejarah 1 (PGT224). Terima kasih kepada semua dan selamat maju jaya.

AHLI KUMPULAN: CHOO YEE CHIN (127648)

Dalam program keadah Pembelajaran Berasaskan Projek Kajian Sejarah Tempatan ini,
saya telah melibatkan diri sebagai AJK 3K yang terdiri daripada Keselamtan, Kebajikan dan
Kebersihan. Penubuhan AJK sebenarnya telah mengambil masa yang lama kerana tidak ramai
pelajar yang sanggup menawarkan diri atas kesibukan masing-masing. Oleh itu, saya melihat
peluang ini sebagai satu cabaran kepada saya untuk dijadikan sebagai suatu pengalaman dalam
kehidupan universiti. Sepanjang penyediaan program ini bersama-sama AJK yang lain, memang
tidak dapat dinafikan bahawa pada mulanya kami agak serabut dan keliru atas perubahan jadual
tentatif. Namun begitu, AJK-AJK telah memberi komitmen yang tinggi kepada pengerusi bagi
memastikan program tersebut dapat berjalan dengan lancar walaupun kadang-kala terpaksa
memanjangkan masa perjumpaan kepada pukul 12 malam lebih. Setiap tugasan yang diberi akan
saya bincang dengan AJK 3K yang lain bagi menentukan bahagian masing-masing. Melalui
program ini, banyak perkara yang telah dapat belajar, antaranya ialah semangat kerjasama yang
tinggi dalam ahli jawatankuasa tersebut. Walaupun setiap pelajar sibuk dengan kelas masing-
masing, tetapi mereka sanggup mengorbankan masa lapangnya demi menjayakan program ini,
Hal ini dikatakan demikian kerana AJK-AJK sanggup menghulurkan bantuan kepada jabatan
lain yang terdapat banyak tugasan perlu diselesaikan dalam masa tertentu, bukan hanya
mementingkan tugasan jabatan sendiri semata-mata tanpa mempedulikan jabatan yang lain. Bak
kata pepatah “bersatu-teguh, bercerai-roboh”, barulah program ini dapat dijalankan dengan
sempurna dalam masa perancangan yang singkat.

Walau bagaimanapun, apabila sampai hari kejadian, sesuatu yang di luar jangkaan telah
berlaku iaitu terdapat seorang pelajar ketinggalan bus. Hal ini berlaku kerana pelajar yang pergi
tandas tersebut tidak memaklumkan kepada ketua busnya di mana ketua bus juga tidak peka
terhadap bilangan pelajar yang sepatutnya berada dalam bus tersebut. Namun begitu, pelajar
tersebut sempat menaiki bus bawah saya yang tidak bergerak keluar dari kawasanTanjung Tuala
lagi. Apa yang berlaku seterusnya ialah pemandu bus tersebut telah meluahkan ketidakpuasan
hatinya kepada saya sebab terpaksa berhenti bagi pelajar tersebut menaiki bus padahal bus A
sudah telah lama bergerak dan dia tidak tahu jalan sebenarnya. Melalui peristiwa ini, saya dapat
iktibar bahawa sememangnya sikap bertanggungjawab perlu disuntik dalam setiap diri orang
supaya tidak membawa kesusahan dan masalah kepada orang lain. Hal seperti ini sepatutnya
tidak akan berlaku dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Justeru, atas kesilapan dan
kecuaian tersebut, saya telah minta maaf kepadanya.

Seterusnya, banyak pengetahuan tentang kapal korek yang saya dapati selain dapat
membuka mata tentang struktur dalaman kapal korek. Misalnya, pergerakan kapal korek tidak
dapat terus ke depan secara langsung disebabkan tersandung tanah tersebut. Jadi, apabila timba
berkenaan telah mengorek sedalam 100meter ke kanan dan 100meter ke kiri barulah kapal korek
ini dapat brergerak ke depan kerana adanya ruang tanah berkenaan. Bukan itu sahaja, saya turut
berpeluang merasai kaedah mendulang bijih timah sendiri, di mana pada zaman dulu, setelah
bijih berkenaan ditapis bersih dan memperolehi hasilnya, bijih berkenaan kemudiannya akan
dibawa keluar untuk dileburkan. Sebaik sahaja habis aktiviti lawatan ke kapal korek, para peserta
telah diberi masa untuk makan tengah hari.

Program diteruskan dengan aktiviti seterusnya iaitu sesi temuduga dengan responden
masing-masing. Kumpulan kami telah membahagikan tugasan sebelum ini untuk menentukan
skop tugasan setiap ahli seperti siapa yang akan bertanggungjawab untuk menanyakan soalan,
membuat rakaman dan sebagainya. Tugasan saya adalah mencatatkan apa yang responden
terangkan berkaitan dengan pengalaman beliau yang mengikut jejak pekerjaan bapanya sebagai
seorang assistance filter atas kapal korek tersebut. Melalui apa yang dicerita dan digambarkan
oleh responden tentang pengalaman ayahnya yang bekerja sebagai Cassman iaitu individu yang
bertanggungjawab terhadap penyambungan elektrik di dalam kapal korek.yang masih bawah
perintah orang Inggeris semasa beliau masih kecil lagi, saya dapat membayangkan betapa
mulianya pengorbanan seseorang ayah sehingga sanggup membahayakan diri bekerja di bawah
orang Inggeris yang memegang pistol demi menyara beliau sekeluarga kerana ditawarkan upah
yang tinggi dalam industri bijih timah. Beliau juga turut berpesan kepada kami bahawa hargailah
segala pengorbanan ibu bapa, kerana mereka hanyalah satu-satunya yang menyayangi dan
menjaga kami dengan sepenuh hati sejak kami dilahirkan. Boleh dikatakan sesi temuduga kali ini
amat bermakna bagi saya, kerana bukan sahaja dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan
industri perlombangan bijih timah, malah dapat mengajar saya tentang banyak perkara yang
tidak dapat belajar melalui buku. Antaranya ialah menghormati dan mentaati ibu bapa kita.

Tuntasnya, lawatan ini memang memanfaatkan para pelajar dari segi JERI yang terdiri
daripada jasmani, emosi, rohani dan juga intelek. Saya di sini ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Dr Siti Hawa kerana telah memberi peluang yang begitu baik kepada setiap pelajar
PGT 214 dalam menerokai kemahiran dirinya. Akhirnya, saya berharap program sebegini dapat
dianjurkan sekali lagi pada kaedah mengajar sejarah II yang akan datang kerana banyak kebaikan
dapat diperoleh melalui program tersebut.
AHLI KUMPULAN: NUR ALIYA BINTI ABDUL RAZAK (127710)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya saya berpeluang menyertai projek
Tin Dredge Heritage di Tanjung Tualang. Banyak pengalaman dan perkara baru yang saya
perolehi sepanjang berada di sini. Jujur saya katakan ini merupakan kali pertama saya berpeluang
menyentuh dan merasa sendiri bijih timah yang menjadi antimoni penting kepada British. Saya
juga berpeluang mendulang bijih timah dengan sendiri dan merasai bagaimana pelombong –
pelombong dahulu melombong menggunakan kaedah mendulang ini.

Saya berasa amat teruja apabila berpeluang meneroka seluruh kapal korek yang
digunakan untuk melombong bijih timah. Tambahan lagi besi yang digunakan untuk membina
kapal korek tersebut masih lagi berada dalam keadaan yang baik walaupun telah berusia puluhan
tahun semenjak dari zaman British lagi. Orang sumber bagi kumpulan saya ialah Encik Zol yang
merupakan bekas pekerja kapal korek pada tahun 1970 an. Beliau merupakan seorang Assistant
Filter bagi kapal korek. Saya memperoleh banyak perkara baru melalui perkongsian pengalaman
beliau ketika bekerja di atas kapal korek. Beliau sangat bersemangat ketika menceritakan
pengalaman beliau kepada kumpulan kami dan banyak memberi nasihat yang berguna untuk
masa akan datang khususnya golongan muda seperti kami.

Selain itu, saya juga dapat mempelajari perbezaan di antara amang dan bijih timah
walaupun kedua – duanya kelihatan agak sama. Selain itu, saya juga dapat mengetahui sejarah
perlombongan bijih timah di Tanah Melayu khususnya di Perak serta bagaimana kapal korek
dibawa masuk ke Tanah Melayu. Melalui projek ini saya berjaya menimba ilmu dan pengalaman
baru malah ianya berguna ketika dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti.

Tamsilannya di sini, kaedah projek merupakan salah satu pendekatan yang terbaik untuk
sesebuah Pdp di dalam kelas. Pelajar dapat merasai sendiri perkara yang dikaji dan mempeoleh
pengalaman yang baru ketika menjalankan projek tersebut. Hal ini secara tidak langsung, mereka
akan membuat perkaitan dengan perkara yang baru dipelajari dengan pengetahuan yang sedia
ada mereka. Kaedah projek ini lebih menarik dilaksanakan kerana pelajar akan bekerja secara
berkumpulan untuk mengumpul maklumat bagi menyiapkan laporan projek tersebut.

Bukan itu sahaja, kaedah projek ini juga meningkatkan kemahiran komunikasi dengan
orang lain. Pelajar harus tahu menggunakan nama panggilan yang sesuai untuk menemu bual
orang sumber. Akhirnya, ia juga akan meningkatkan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi
dengan orang lain khususnya masyarakat sekeliling.
AHLI KUMPULAN: NURUL SAHIRAH BINTI MOHD HAIROM (127737)

Pada 28 Oktober yang lalu, saya bersama rakan-rakan yang lain telah mengikuti satu
projek lapangan di bawah kursus matapelajaran Sejarah iaitu PPG 224, Kaedah mengajar sejarah
1. Projek lapangan ini dijalankan di salah satu kawasan bersejarah di Malaysia iaitu Tanjung
Tualang, Perak atau lebih spesifiknya ialah di Tanjung Tualang Tin Dredge No.5 (TT5). Idea
projek ini adalah daripada pensayarah kami iaitu Dr. Siti Hawa yang mana telah banyak
membantu serta tujuk ajar dalam projek ini. Secara jujurnya, boleh dikatakan, projek ini
membawa satu pengalaman yang sangat berharga buat saya serta rakan-rakan yang lain kerana
lawatan ini memberi peluang kepada kami untuk meneroka serta mengetahui tentang adanya baki
kapal korek di Malaysia. Kami sendiri pun tidak mengetahui tentang adanya lagi kewujudan
kapal korek di Malaysia walaupun tahu bahawa dahulu Tanah Melayu terkenal sebagai antara
pengeluar terbesar bijih timah ke pasaran dunia. Malah, berdasarkan lawatan ini, telah memberi
kesan kepada kami dari segi nilai pengorbanan mereka yang terlibat secara langsung dalam
aktiviti perlombongan bijih timah yang mana sumbangan tenaga kerja mereka dalam membantu
meningkat sektor ekonomi negara pada suatu ketika dahulu. Sebelum bermulanya projek ini,
kami telah diberikan kepada 16 kumpulan dan saya adalah kumpulan 3 serta mempunyai empat
ahli yang lain iaitu Hazizol, Choo, Alia dan Fatasya.
Projek ini telah berlangsung selama sehari sahaja iaitu daripada pagi sehinggalah ke
petang. Bagi saya, projek ini telah berjalan dengan jayanya iaitu tidak berlaku sebarang masalah
yang besar dan berdasarkan daripada pemerhatian saya, kesemua rakan-rakan seronok mengikuti
lawatan ini. Kami bertolak pada awal pagi iaitu kira-kira 8.00 pagi dan sampai ke destinasi pada
10.45 pagi. Setibanya sampai di TT5, kami disambut oleh Pak ya iaitu antara responden yang
pernah bekerja di kapal korek TT5 dan kami diarahkan masuk ke dalam pejabat TT5 untuk
berdaftar. Aktiviti pertama kami dimulakan dengan pembentangan ringkas berkenaan TT5 oleh
wakil pekerja TT5 sendiri. Pendedahan tersebut merangkumi latar belakang TT5, struktur
binaan, peralatan, mengapa perlu dilindungi dan sebagainya. Maka, pendedahan yang diberikan
sangat berinforamtif, lengkap dan mudah difahami. Malah, pekerja-pekerja di TT5 sangat
peramah dan menjadikan kami tidak kekok untuk bertanya sebarang kemusykilan berkaitan TT5.
Seterusnya, kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu kumpulan pertama akan
memasuki ke dalam kapal korek tersebut bagi membuat pemerhatian serta tinjauan sekeliling
kapak korek tersebut sambil memdengar segala input oleh pekerja TT5. Manakala, kumpulan
dua pergi melakukan aktiviti mendulang bersama Pak Ya. Pada waktu itu, kami hanya
berpeluang untuk membuat tinjauan di bahagian bawah sahaja kerana dibahagian atas tidak
digalakkan oleh pihak TT5 atas faktor-faktor keselamatan.

Selangkah sahaja ke dalam kapal korek tersebut, perasaan kagum dan terharu kerana
berpeluang untuk menjejaki di tempat bersejarah. Segala peralatan di dalamnya masih lagi dalam
keadaan yang baik kerana pihak TT5 telah membuat pemulihan keseluruhan kapal korek tersebut
supaya boleh menjadi tatapan masyarakat. Agak-agak lawatan mini di dalam kapal korek
mengambil masa 20 hingga 30 minit. Perkara yang paling tidak dilupakan apabila kami semua
termasuklah saya sendiri berpeluang untuk mencuba aktiviti mendulang sambil diajar oleh Pak
Ya. Malah, daripada aktiviti mendulang tersebut, kami telah didedahkan kepada beberapa jenis
hasil galian kapal korek iaitu Amang, dan bijih timah. Malah, kami juga diajar cara mendulang
dengan betul dan penggunaan peralatan mendulang. Boleh dikatakan, ini kali pertama buat saya
terlibat dalam aktiviti mendulang dan kali pertama juga boleh mengenali bagaimana rupa serta
tekstur bijih timah secara dekat. Maka, saya tidak berasa rugi melalui lawatan ini.

Setelah itu, kami semua berehat seketika dan yang menjadi perhatian kami semua,
apabila terdapat beberapa gerai makanan dan minuman yang dibuka disekitar TT5 yang mana
kesemua gerai tersebut adalah daripada penduduk sekitar Tanjung Tualang. Habis sahaja makan
dan juga bergambar bersama warga TT, kami terus berangkat ke Kg. Batu untuk berjumpa
dengan responden yang mana sukarela untuk ditembual oleh kami berkenaan dengan
pengalaman mereka bekerja di TT5. Kumpulan kami berpeluang untuk menemuramah En. Zol
bin Ibrahim iaitu seorang responden yang pernah bekerja di TT5 selama lapan tahun dan pernah
juga bekerja di kawasan perlombongan bijih timah terbesar di Malaysia iaitu di Kg. Gajah yang
tidak jauh dari Kg. Batu. Banyak kisah yang dikongsi oleh beliau merangkumi pengalamannya
bekerja di TT5 serta cerita-cerita yang dimiliki oleh ayah beliau sendiri. Perbualan kami agak
panjang kerana banyak maklumat yang dikongsi. Malah, beliau seorang yang peramah
membuatkan kami tidak kekok untuk berbual dengannya. Hampir dua jam sesi temubual kami
dengan responden. Kami juga berpeluang untuk melihat beberapa keping gambar respoden
semasa bekerja di TT5.

Akhirnya, kami semua menamatkan projek ini dengan mengambil gambar beramai-ramai
dengan kesemua responden da terus pulang ke USM semula. Semuanya berasa seronok apabila
projek ini dapat diakhiri dengan jayanya. Malah, kami berpuas hati kerana banyak maklumat
telah diperolehi oleh para responden. Saya mengharapkan projek seperti ini dapat dilakukan lagi
pada masa akan datang kerana bagi saya sangat penting bagi kami iaitu bakal guru sejarah
terutamanya dalam pendedahan kepada tempat-tempat yang besejarah. Maka, segala informasi
ini boleh digunakan dalam pelajaran kelak.
AHLI KUMPULAN: NUR FATASYA BINTI SAHKEEN (130971)
Berdasarkan kepada lawatan ke Tanjung Tualang Perka untuk mengkaji dengan lebih
dalam pasal kapal korek saya sangat bersyukur dan gembira kerana diberi peluang untuk kesana.
Ia merupakan pengalaman pertama saya untuk menjejaki tempat tersebut. Meskipun saya pernah
mendengarnya melalui pembacaan dan penceritaan daripada guru-guru namun saya akhirnya
dapat merasai sendiri pengalaman melihat dan mengkaji satu-satunya kapal yang tinggal di
Malaysia. Lawatan yang dilakukan oleh pensyarah adalah dalam bentuk lawatan iaitu para
pelajar dibawa ke tempat sejarah dan ditugaskan untuk menkajinya.

Perkara pertama yang menjadi kebanggan saya ialah apabila saya berada di hadapan
kapal korek tersebut Bersama rakan-rakan. Kebanggaan yang saya maksudkan ialah rupa bentuk
kapal korek tersebut. Saya tidak menyangka bahawa Gua Niah adalah antara kapal yang tertua di
Malaysia. Lawatan yang telah dijalankan ini bukan sahaja menyeronokkan malah sangat
membantu bagi mengekalkan keupayaan murid terhadap skop pelajaran dan pengajaran. Di sana
kami telah diberi peluang untuk menjejakkkan kai kedalam kapal korek tersebut. Terdapat
banyak alatan besar-besar yang terdapat disana. Antara alat tersebut ialah bucket, tin sheet dan
sebagainya.

Aktiviti lawatan kali ini bukan hanya tertumpu untuk melihat keadaan fizikal semata-mata malah
kami telah ditugaskan untuk membuat temubual Bersama responden tertentu. Saya berasa sangat
gembira kerana melalui interaksi dengan responden berhubung kapal korek ini, ia secara tidak
langsung mmeberi saya ilmu yang benar dan sahih. Pengalaman untuk bertemu dengan
masyarakat sekeliling dan menambah ilmu berhubung fakta sejarah. Ini menjadikan
pembelajaran kami berkesan kerana kami bukan hanya melihat dan melawat tetapi kita berjaya
menjayakan misi dengan baik dan diharapkan program seperti dapat dilaksanakan lagi.

Anda mungkin juga menyukai