Anda di halaman 1dari 4

9 Kesan Ketagihan Gajet dalam Kalangan Kanak-Kanak

1. Gangguan Perkembangan Otak


Kajian menunjukkan bahawa kekerapan menggunakan gajet boleh memberi kesan negatif pada
kefungsian otak kanak-kanak. Mereka akan menghadapi masala seperti defisit perhatian,
masalah kognitif, gangguan pembelajaran, peningkatan impulsif, dan kawalan kendiri diri. Oleh
itu  ibu bapa dinasihatkan untuk melakukan aktiviti seperti bermain, membaca, dan bercakap
dengan anak-anak mereka daripada membiarkan mereka bersama gajet.
2. Masalah Penglihatan
Kanak-kanak tidak digalakkan terdedah dengan  alat elektronik selama lebih dari dua jam
seminggu untuk mengelakkan implikasi serius pada mata mereka. Ini bermaksud,  kanak-kanak
hanya dibenarkan bermain atau menonton alat tersebut kira-kira 17 minit setiap hari.
Kajian menunjukkan bahawa ketergantungan yang tinggi pada alat boleh menyebabkan
jangkitan mata, seperti mata merah atau berair dan daya penglihatan yang semakin merosot.
Ibu bapa dinasihati mengawal penggunaan gajet supaya masalah ini dapat diatasi
3. Obesiti
Terlalu lama masa dihabiskan dengan gajet menyebabkan pembakaran kalori tidak berlaku.
Kanak-kanak obesity mempunyai komplikasi seperti diabetes, serangan jantung, dan strok. Ibu
bapa perlu mendorong anak-anak mereka untuk bermain dan melakukan aktiviti seperti
berjalan, berlari, melompat dan  aktiviti fizikal yang lain bagi mengurangkan masalah obesiti dan
melambatkan perkembangan fizikal mereka
4. Hilang Fokus
Tahukah anda bahawa kanak-kanak yang sering menggunakan gajet akan menyebabkan
pembelajarannya terganggu. Kanak-kanak tidak boleh memberi tumpuan yang lama terhadap
apa yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Kadar masa fokus juga menjadi singkat iaitu
lebih kurang 4 saat berbanding dengan kanak-kanak yang tidak bermain gajet di dalam kelas
iaitu 13 minit. Masalah hilang fokus ini merisaukan guru kerana akan berlaku masalah kawalan
kelas. Murid yang tidak memberi fokus akan mengganggu kawan dan sebagainya.
5. Kurang Bersosial
Kanak-kanak memerlukan kawan untuk bermain dan berkomunikasi. Apabila anak anda dan
gajet tidak dapat dipisahkan adalah sukar baginya untuk berkawan dan bersosial. Kehidupan
sehariannya akan ditemani oleh gajet, Oleh itu bawa anak ke taman permainan untuk dia
bermain dengan rakan-rakan sebayanya dan menjauhkannya daripada dunia elektronik
6. Tantrum
Kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa anak-anak mereka belajar menjadi agresif kerana
berjam-jam mengadap gajet. Tantrum adalah bentuk agresif yang paling biasa di kalangan
kanak-kanak, terutama apabila mereka dihalang untuk menggunakannya. Jika tidak dibendung
daripada awal, isu tantrum akan terus berlaku dan sukar dikawal.
7. Kurang Tidur
Kanak-kanak yang ketagihan bermain gajet akan  kehilangan rehat yang diperlukan. Gajet
dijadikan sebagai alat bantu untuk menidurkan mereka oleh sesetengah ibu bapa. Ada kanak-
kanak akan memberontak jika tidak diberi gajet sebelum tidur. Melayan video atau permaian
dalam gajet boleh membuat mereka terlelap dan ibu bapa boleh melakukan kerja-kerja rumah
tanpa gangguan. Amalan ini harus diberhentikan demi kesihatan anak-anak anda.
8. Masalah Postur Badan
Perhatikan postur badan kanak-kanak yang sering menggunakan gajet. Penggunaan yang
berterusan dengan gajet menyebabkan sakit belakang dan masalah lain yang berkaitan dengan
otot pada kanak-kanak. Postur duduk yang salah akan menyebabkan sakit leher.  Sakit leher
dan punggung pada usia kanak-kanak akan memberi kesan sehingga mereka dewasa.
9. Kurang Menikmati Alam Semula Jadi
Kanak-kanak yang ketagih dengan gajet lebih suka menghabiskan masa di dalam
rumah.Sebilangan ibu bapa yang terlalu melindungi menganggap teknologi sangat berguna
kerana mereka mengetahui bahawa keselamatan anak di rumah terjamin.
Namun, mereka tidak menyedari bahawa anak itu terasing dari dunia semula jadi dan kurang
mendapat sumber vitamin D yang boleh diperoleh daripada cahaya matahari. Vitamin D
merupakan salah satu vitamin yang penting dalam tumbesaran kanak-kanak untuk
pertumbuhan tulang dengan baik serta memastikan tulang kanak-kanak dalam keadaan kuat.

Kesimpulan
Kanak-kanak harus dididik mengenai tanggungjawab mereka  terhadap penggunaan gajet.
Disiplin diri sangat penting dan perlu disemai pada kanak-kanak seawal mungkin.. Ibu bapa
perlu menetapkan peraturan dan sentiasa memantau  penggunaannya bagi  memastikan
peraturan dipatuhi. Jangan jadikan anak anda sebagai mangsa kepada perkembangan
teknologi terkini.
1) Masalah kekurangan tidur

Berdasarkan kajian, hampir 80 peratus remaja tidur dengan telefon pintar mereka di sisi dan
menggunakannya sebagai jam loceng. Secara purata, mereka menghantar 34 mesej selepas berbaring di
atas katil untuk tidur.

Sesetengah pakar tidur memberi amaran bahawa waktu tidur remaja boleh terganggu dengan lampu
daripada skrin telefon yang menghalang mereka mencapai tidur nyenyak. Cahaya tersebut boleh
mengelirukan otak menyebabkan masalah tidur.

Penggunaan gajet menyebabkan 45 peratus remaja mendapat tidur kurang daripada lapan jam yang
mereka perlukan. Kekurangan tidur memberi kesan psikologi kepada remaja termasuklah mudah marah,
kemahiran sosial terjejas dan memori lemah yang boleh memberi kesan kepada pencapaian akademik
mereka.

Risiko diabetes, tekanan darah tinggi, penambahan berat badan dan kemurungan juga dilaporkan
meningkat dengan kekurangan tidur.

2) Kemurungan Facebook

Kemurungan Facebook merujuk kepada fenomena akibat menghabiskan masa secara berlebihan pada
laman media sosial.

Dalam remaja yang sihat bersosial, penggunaan media sosial dikaitkan dengan peningkatan hubungan
sosial tetapi sebaliknya dalam remaja yang berisiko mengalami kemurungan.

Namun, remaja dan orang dewasa yang normal pun berisiko mengalami masalah mood dan kepuasan
hidup jika menghabiskan terlalu banyak masa di media sosial.

3) Sindrom Swafoto gadget

Dalam sebuah kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, hampir 91 peratus remaja mempamerkan
gambar mereka di sosial media.

Kaji selidik tentang imej diri oleh AOL.com dan TODAY Show mendapati 65 peratus remaja perempuan
berasa selfie atau swafoto menambah keyakinan diri mereka.

Namun 53 peratus merasakan foto mereka yang dimuat naik oleh orang lain membuatkan mereka
berasa buruk.

Disebabkan itu remaja terus berusaha mempamerkan imej diri mereka yang terbaik melalui swafoto,
menambahkan lagi masalah narsisisme. Narsisisme mencerminkan imej diri yang diperbesarkan yang
sebenarnya menyembunyikan masalah tidak yakin diri.

Di samping keinginan untuk swafoto ‘sempurna’, remaja juga boleh terjebak dalam menghantar swafoto
bogel atau secara seksual kepada seseorang atau menerima foto seksual daripada seseorang.
Ini mendedahkan mereka kepada pemangsa seperti pedofilia.

4) Komunikasi dan Tumpuan

Penyelidik dalam neurobiologi menyatakan bahawa remaja yang memanfaatkan teknologi mungkin
dapat melakukan pelbagai tugas pada masa yang sama, tetapi kemasukan maklumat baru yang
berterusan sebenarnya boleh mengakibatkan ketidakupayaan menumpukan dan menapis maklumat,
serta meningkatkan tekanan perasaan.

Antara risiko lain yang turut meningkat adalah kesusahan sesetengah remaja memahami nuansa
komunikasi dan emosi dalam interaksi sebenar.

Disebabkan mereka banyak menghabiskan masa dengan telefon pintar, mereka lebih menggemari
komunikasi dengan respon laju dan pantas.

Satu kajian melaporkan bahawa pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja rumah mereka
untuk lebih daripada dua minit tanpa perhatian mereka dialihkan oleh gajet mereka.

Apa yang perlu dirisaukan adalah kemungkinan generasi remaja masa kini akan belajar bukan secara
mendalam seperti generasi sebelumnya kerana ketidakmampuan mereka memproses maklumat secara
mendalam disebabkan gangguan-gangguan sewaktu belajar.

Peranan ibu bapa: kawalan dan didikan

Sesetengah pakar melihat cabaran utama dalam dunia keibubapaan masa kini bukanlah teknologi itu
sendiri, sebaliknya lebih tentang bagaimana remaja menggunakan teknologi.

Menetapkan had penggunaan teknologi adalah penting untuk keseluruhan keluarga-bukan hanya untuk
anak-anak.

Kebanyakan pakar bersetuju bahawa penggunaan teknologi secara bersederhana adalah penting untuk
semua peringkat umur dan ibu bapa mesti mengawasi tabiat penggunaan gajet mereka sendiri sebagai
contoh ikutan yang sihat kepada anak-anak.

Berikan galakkan kepada anak anda untuk terlibat dengan aktiviti luar dan aktiviti keluarga. Tetapkan
had kepada anak anda seperti penetapan menutup telefon pada waktu tidur, atau mengecas telefon
semalaman di bilik lain.

Ibu bapa juga wajar mendidik anak mereka bahawa tentang penggunaan telefon pintar secara sihat.

Anda mungkin juga menyukai