Anda di halaman 1dari 8

BENGKEL PENGUCAPAN AWAM

1. PENDAHULUAN

Program bengkel pengucapan awam ini amat diperlukan untuk melahirkan


murid yang mempunyai keyakinan yang tinggi serta keberanian dan petah
bercakap dalam memberi ucapan atau berpidato dengan lebih baik. Dengan
adanya pendedahan ini dapat membina keyakinan murid untuk berhadapan
dengan sesebuah majlis seperti pengacaraan, menjadi penceramah dan
menjadi fasilitator yang memerlukan kemahiran berkomunikasi yang tinggi.

2. RASIONAL

Bengkel pengucapan awam ini adalah satu program yang dirangka untuk
memberi pendedahan awal kepada murid terutamanya pengawas sekolah
tentang betapa pentingnya menguasai teknik dan cara pengucapan yang
baik. Sebagai pengawas dan ketua mereka menjadi contoh kepada murid-
murid yang lain.Oleh itu mereka perlu mengetahui tatacara dan teknik
penyampaian ucapan yang baik dan berkesan supaya dapat membina
keyakinan diri dan keberanian yang tinggi dengan harapan dapat menjadi
pelapis kepada pemimpin di masa akan datang. Dengan adanya maklumat
dan pengetahuan dalam bidang ini, mereka dapat membina keyakinan diri
untuk lebih berani dalam melahirkan pandangan dan pendapat sendiri serta
dapat menyampaikan sesuatu ucapan dan ceramah dengan baik apabila
diberi tugas sebagai pengacara majlis, penceramah atau pemidato.

3. MATLAMAT

Program ini bermatlamat untuk memberi informasi,pengetahuan dan


maklumat serta pendedahan mengenai teknik pengucapan awam kepada
murid supaya dapat menimbulkan minat, keyakinan dan keberanian yang

Page 1
BENGKEL PENGUCAPAN AWAM

tinggi untuk berucap di khalayak ramai dengan ucapan yang baik dan
berkesan.

4. OBJEKTIF

i) Untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai keterampilan


diri dan sahsiah yang tinggi, berdisplin, rajin, kreatif, kritis dan
berinovatif.
ii) Membimbing murid untuk mengenali bakat dan potensi diri
yang ada pada diri mereka bagi menjana minda dalam
mencapai wawasan kecemerlangan.
iii) Membentuk sikap dan nilai positif murid dan bermatlamat tinggi
ke arah penonjolan imej kendiri yang bersesuaian .
iv) Memberi kesedaran kepada murid bahawa mereka berpotensi
untuk menjadi individu dan pemimpin yang cemerlang, gemilang
dan terbilang di masa hadapan.

5. TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 12 SEPTEMBER 2013


Hari : Khamis
Masa : Jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang

6. TEMPAT PROGRAM

Bilik Media, SK Desa Tasik, Kuala Lumpur

7. YURAN PENYERTAAN

Tiada

Page 2
BENGKEL PENGUCAPAN AWAM

.8.KUMPULAN SASARAN

Bengkel Pengucapan awam ini mensasarkan seramai 30 orang murid tahun 5


SK Desa tasik.

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. Makan dan minum ( RM 3 x 30 peserta + 7
orang guru ) RM 111.00
2. Sumbangan untuk Penceramah RM 60.00
3. Lain-lain RM 30.00
JUMLAH RM 210.00

9. ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA JUMLAH

1. Sumbangan Guru ( RM 30 x 7 peserta ) RM 210.00

JUMLAH RM 210.00

10. AJK PROGRAM

PENASIHAT
PN HAZINAH BINTI IBRAHIM (GURU BESAR)

PENGERUSI
EN . SYUKLI NOOR AZMIN B. MIOR YAHYA (GPK KURIKULUM)

NAIB PENGERUSI
PN SALAMAH BT SULAIMAN (GPK KO-KURIKULUM )

Page 3
BENGKEL PENGUCAPAN AWAM

SETIAUSAHA PROJEK

PN NORAINI BT MAHADI
NAIB SETIAUSAHA
PN MARIA BTE ABDRASHID

BENDAHARI
PN SURAYA BTE ADAM

JAWATANKUASA KERJA

JURUACARA
PN NORAINI BTE MAHADI

AJK BUKU PROGRAM


PN SURAYA BTE ADAM

BACAAN DOA
EN. MUHAMMAD SAFRY BIN ABDULLAH

AJK PERSIAPAN TEMPAT DAN PERALATAN


PN NURUL FADHLINA BT MOHAMAD

AJK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN


PN WAN HAZIFAH BT WAN HAMAT
PN NORAZIZAH BT. ZAKARIA
PN NURUL FADHLINA BT MOHAMAD

AJK PENDAFTARAN
PN MARIA BT ABD RASHID

AJK MAKANAN
PN NORAINI BT MAHADI
PN SURAYA BT ADAM
PN MARIA BT ABD RASHID

DOKUMENTASI
PN SURAYA BT ADAM

FOTOGRAFI
EN MOHD ARIFFIN BIN KAMAL

Page 4
BENGKEL PENGUCAPAN AWAM

RAKAMAN VIDEO
PN WAN HAZIFAH BT WAN HAMAT

CENDRAHATI PENCERAMAH
PN NORAZIZAH BT. ZAKARIA

11. SENARAI TUGAS

1. Pengacara Majlis
- Bertanggungjawab mengacara majlis dari mula hingga akhir
dengan lancar.
2. Bacaan Doa
- Membaca doa pembukaan majlis.

3. AJK Buku Program


- Menyediakan buku program

4. AJK Makanan
- Bertanggungjawab dalam penyediaan makanan di akhir program.
5. AJK /Persiapan Tempat/Peralatan
- Bertanggungjawab dalam menyediakan tempat aktiviti yang ingin
dijalankan, susunan kerusi meja termasuklah alat tulis, , keperluan
aktiviti, dan lain-lain lagi.
- Menyediakan peralatan LCD dan OHP dan memastikan ia dapat
berfungsi dengan baik.
- Bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjaga dan memastikan
keselamatan semua peralatan
-
6. AJK Kebersihan

Page 5
BENGKEL PENGUCAPAN AWAM

- Memastikan kebersihan bilik media dikawal dengan rapi.


memastikan kebersihan memuaskan di sepanjang program
dijalankan.
- Memastikan sampah dibuang dan dimusnahkan dengan cara yang
betul

7. AJK Keselamatan dan Kecemasan


- Memastikan apakah tindakan untuk semua urusan kecemasan
- Menyediakan kotak pertolongan cemas
- Memantau keselamatan dan disiplin peserta sepanjang program
dijalankan.

8. AJK Pendaftaran
- Menyenaraikan nama peserta program

9. AJK Fotografi dan Rakaman Video


- Merakam dan mengambil gambar aktiviti yang dijalankan dari mula
hingga akhir.

12. JADUAL PROGRAM

12/09/2013 (Khamis)

9.00 pagi Pendaftaran peserta dan taklimat di ( Dataran


Ilmu SKDT )

Page 6
BENGKEL PENGUCAPAN AWAM

10.00 pagi Ucapan perasmian oleh( GPK T &K) SK Desa Tasik


- En. Syukli Noor Azmin b. Mior Yahya
-Ice breaking
-Nyanyian Lagu Negaraku
-Senamrobik
10.15 pagi Slot 1: –CERAMAH TEKNIK PENGUCAPAN AWAM
Penceramah: Pn Rosinah bt Mohd Noor
12.00 tengahari Slot 2: - BENGKEL TEKNIK PENGUCAPAN AWAM
-aktiviti kumpulan
1.00 petang Jamuan/Bersurai

13. MENU
Meehoon Goreng + Air mineral

14. PENUTUP

Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan mencapai


objektif seperti yang disasarkan. Kerjasama dan komitmen setiap ahli dan
guru-guru adalah disanjung tinggi dan semoga apa sahaja sumbangan dan
idea yang dicurahkan akan memberi kebaikan kepada semua.

Disediakan oleh,

……………………………….
(PN NORAINI BTE MAHADI)
Setiausaha Projek
Bengkel Pengucapan Awam
Sk Desa Tasik 2013

Page 7
BENGKEL PENGUCAPAN AWAM

Disemak oleh,

…………………………………

Disahkan oleh,

………………………………….

Page 8

Anda mungkin juga menyukai