Anda di halaman 1dari 5

4/23/2018 Laman Informasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Kurikulum Permata Negara

More Next Blog» Create Blog Sign In

Laman Informasi Pendidikan


Awal Kanak-Kanak
Monday, August 24, 2015 About Me
Hayyu Mawaddah

Kurikulum Permata Negara View my complete profile

Blog Archive
▼ 2015 (5)
▼ August (5)
Pembantu
Pengurusa
n Murid
(PPM)

Panduan
Penubuhan
Tadika

Program-
Program
Berkala
Prasekolah

Kurikulum
Falsafah Kurikulum Permata Permata
"Sejak lahir kanak-kanak sudah boleh diasuh dan dididik agi mengembangkan Negara
sahsiah, potensi dan kecergasan mereka agar dapat menguasai kemahiran
Pengenalan
komunikasi, awal literasi, awal matematik, pemikiran logik dan pengetahuan asas Pendidikan
tentag dunia persekitaran, di samping kemahiran mengurus diri dan amalan nilai- Awal
nilai murni agar menjadi individu yang bersahsiah mulia,berdikari, berintelek Kanak-
Kanak
tinggi, patriotik dan dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi moden
dan persekitaran pelbagai budaya dalam negara dan antarabangsa. Usaha ini
memerlukan komitmen dan kolaborasi ibu bapa dan komuniti, kerana setiap kanak-
kanak umpama PERMATA yang tidak ternilai harganya"

Malamat Kurikulum Permata


" Matlamat kurikulum Permata Neara ialah untuk menyediakan program asuhan
dan didikan awal yang bersepadu untuk kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun.
Kurikulum ini juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat
pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti untuk melahirkan modal insan
negara yang mempunyai sahsiah mulia, kerohanian yang mantap, kecerdasan
intelek yang tinggi, menghargai kepelbagaian budaya, patriotik dan mengamalkan
gaya hidup sihat "

Latar belakang Program Permata Negara

Program Permata Negara telah diketuai oleh isteri Perdana Menteri iaitu
Datin Seri Rosmah Mansor pada tahun 2004/2005.
http://cikguayuprasekolah.blogspot.my/2015/08/kurikulum-permata-negara_24.html 1/5
4/23/2018 Laman Informasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Kurikulum Permata Negara
Program ini adalag sebagai langkah untuk menangani masalah sosial di
kalangan remaja dan belia.
Sebagai langkah permulaan, NCDRC ( Natinoal Child Development ) telah
ditubuhkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk
menguruskan pembinaan kurikulum Permata dan perlaksanaan
penyelidikan yang berkaitan.
NCDRC juga dipertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepada
pelatih dan pendidik Permata.
Jemaah Menteri pada 21Jun 2006 telah meluluskan dasar komprehensif
dan holistik berhubung dengan asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang
dikenali sebagai "Setiap Anak Permata Negara "
Pada Mei 2007, projek perintis Permata Negara telah dilaksanakan di lima
buah pusat Anak Permata Negara iaitu di Putrajaya, Chini, Subang Jaya,
Kepala Batas dan Mempaga.
Lanjutan itu, Kerajaan telah memutuskan untuk memperluaskan program
Permata Negara dan pelaksanaanya ke semua TASKA di bawah kelolaan
kerajaan seperti KEMAS, JPNIN, Taska Komuniti dan Taska Yayasan
Pembangunan Keluarga Terengganu.
Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak 20 juta dalam
rancangan ke-9 untuk perluasan Program Permata Negara.
Pada 2010, satu penyelidikan yang menyeluruh telah dijalankan oleh
jawatankuasa Teknikal Kokurikulum dan Penyelidikan untuk menentukan
keberkesanan kurikulum Permata.
Laporan penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa perlaksanaan
kurikulum Permata oleh pihak-pihak berkenaan dijalankan dengan efisyen
dan berkesan.

Objektif Kurikulum Permata Negara


Objektif Kurikulum Permata Negara adalah untuk menyediakan garis panduan kepada
pendidik melaksanakan aktiviti pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak bagi
mencapai hasil pembelajaran yan telah ditetapkan iaitu:

1. Membina emosi, akhlak dan spiritual kanak-kanak untuk melahirkan individu


yang bersahsiah muia, tenang, ceria, bersopan santun, penyayang berempati da
adil.
2. Membina kemahiran interpersonal da sosial yang baik untu membolehkan
kanak-kanak bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya.
3. Membimbing kanak-kanak menguasai kemahiran awal bahasa, berkomunikasi
dan literasi dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bhasa Ibunda

http://cikguayuprasekolah.blogspot.my/2015/08/kurikulum-permata-negara_24.html 2/5
4/23/2018 Laman Informasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Kurikulum Permata Negara
4. Melatih kanak-kanak mengurus diri sendiri sehingga mereka yakin, mampu
berdikari dan boleh membuat keputusan berdsarkan kebolehan diri
5. Membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran moto kasar dan moto
halus serta fizikal yang mampan
6. Membina kemahiran awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak serta
keupayaan merekamenumpukan perhatian
7. Mmebina hubungan positif dengan ibu bapa, komuniti dan pihak-pihak
berkenaan yang boleh menyumbang kepada pendidikan dan kesejahteraan
kanak-kanak

Model Konseptual Permata Negara


Kurikulum Permata Negara dibina berasaskan kepada konsep berikut:

1. Pendidikan secara holistik atau whole learning


2. Pembelajaran yang menyeronokkan (learning is fun)
3. Pengupayaan kanak-kanak (empowerment)
4. Penyertaan aktif ibu bapa dan komuniti
5. Asas pengasuhan yang berkualiti
6. Perkembangan embelajaran
7. Penaksiran dan penilaian

Skop Kurikulum Permata


Skop Permata Negara terbahagi kepada dua iaitu pengasuhan dan pembelajaran.

A) Aspek asas pengasuhan


Pemakanan seimbang
Keselamatan kanak-kanak
Penjagaan dan latihan urus diri bayi dan kanak-kanak
Amalan pengasuhan
B) Bidang pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak
Perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian
Perkembangan bahasa, komunikasi, dan literasi awal
Perkembangan awal matemataik dan pemikiran logik
Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
Perkembangan fizikal dan psikomotor
Perkembangan kreativiti dan estetika

Contoh

Contoh

http://cikguayuprasekolah.blogspot.my/2015/08/kurikulum-permata-negara_24.html 3/5
4/23/2018 Laman Informasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Kurikulum Permata Negara

Ciri-Ciri Pendidik Permata Negara

1. Berpengalaman dalam bidang pendidikan dan berkemahiran dakam


pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak
2. Berpengetahuan dalam bidang pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak
3. Kreatif dalam merancang aktiviti kanak-kanak
4. Memahami keperluan dan psikologi kanak-kanak
5. Berkemahiran melayan, mengendali dan mengurus kanak-kanak

Pendidik dan Pengasuh Taska Permata Negara

Keistimewaan Permata Negara

1. Ianya merupakan Kurikulum yang mengintegrasi secara bersepadu asas asuhan


lengkap dan asas didikan awal yang holistik.
2. Menekankan kepada amalan sentuhan dan belaian, mesra dan kasih sayang yang
mampu melahirkan insan yang ceria, positif dan yakin diri.
3. Menggalakkan interaksi dengan kanak-kanak yang dapat membina kemahiran
sosial dan penguasaan bahasa (bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa
Ibunda)
4. Mendedahkan kanak-kanak kepada persekitara semulajadi, tradisi dan budaya
pelbagai kaum di Malaysia yang dapat melahirkan warganegara yang toleran dan
inklusif
5. Menitikberatkan kepentingan amalan pemakanan sihat, bersih dan berkhasiat
untuk kanak-kanak
6. Mewajibkan kolaborasi ibu bapa dan Taska untuk menjadi pemangkin kepada
perkembangan kanak-kanak dan kesinambungan asuahn dan didikan awal

Untuk maklumat yang lebih terperinci anda boleh klik pautan tersebut :
http://www.permata.jpm.my/1/directory.php

Posted by Hayyu Mawaddah at 9:38 AM

No comments:

Post a Comment
http://cikguayuprasekolah.blogspot.my/2015/08/kurikulum-permata-negara_24.html 4/5
4/23/2018 Laman Informasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Kurikulum Permata Negara

Enter your comment...

Comment as: Unknown (Goo Sign out

Publish Preview Notify me

Newer Post Home Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Watermark theme. Powered by Blogger.

http://cikguayuprasekolah.blogspot.my/2015/08/kurikulum-permata-negara_24.html 5/5

Anda mungkin juga menyukai