Anda di halaman 1dari 13

Tugasan 1 : Penulisan Akademik

1.0 Pengenalan

Sebagai seorang manusia di atas bumi ini, kita tidak dapat elakkan daripada
menggunakan bahasa dalam kehidupan seharian kita. Bahasa merupakan suatu
anugerah istimewa atau kurniaan Tuhan yang ada pada setiap diri individu. Dalam
konteks ini, Gorys Keraf (1997:1, dalam Dwipayana, I. K. A., Sudiana, I. N., & Sutama,
I. M. (2014)), telah mendefinisikan bahasa sebagai suatu alat komunikasi sesama ahli
masyarakat dan ia juga dikatakan sebagai simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap
manusia. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula telah mentakrifkan bahasa
sebagai satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan
dalam lingkungan satu kelompok manusia iaitu antara seorang individu dengan
individu yang lain. Secara amnya, kita boleh mendefinisikan bahasa itu adalah satu
sistem bunyi, perkataan dan bentuk atau struktur ayat yang digunakan oleh manusia
untuk berkomunikasi, bersosial, berinteraksi antara satu dengan yang lain serta
bekerjasama di samping membolehkan kita untuk meluahkan pengalaman dan
perasaan kita.

Dengan ini, jelaslah bahawa bahasa telah memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan kita, tidak mengira orang dewasa ataupun kanak-kanak yang
berumur kecil lagi. Oleh sebab itu, kemahiran berbahasa ini perlulah dan mestilah
dikembangkan sejak kecil lagi. Dengan kata lain, perkembangan bahasa adalah amat
mustahak dalam kalangan kanak-kanak semasa mereka kecil lagi. Dalam konteks ini,
perkataan berkembang dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) telah diberi
makna iaitu menjadi makin sempurna, luas, maju dan sebagainya, ataupun bermaksud
menjadi makin tersebar, dan meluas. Manakala bagi perkataan perkembangan ialah
perihal atau proses berkembang. Secara ringkas, perkembangan bahasa adalah
sesuatu usaha atau proses untuk mengembangkan bahasa seseorang untuk menjadi
penguasaannya dalam bahasa lebih mantap, kukuh dan sempurna.

Dalam hal ini, antara kepentingan perkembangan bahasa kanak-kanak adalah


sebagai pemangkin perkembangan kanak-kanak (Halizah Hamzah & Joy N. Samuel,
2009, p.64). Kanak-kanak akan membina kefahaman dan idea tentang hal-hal
sekelilingi mereka semasa berinteraksi dengan orang orang lain. Selain itu,
perkembangan bahasa dijalankan juga memudahkan proses pengajaran orang
dewasa terutamanya guru terhadap kanak-kanak (Berk, 2001, dalam Halizah Hamzah
& Joy N. Samuel, 2009) kerana kanak-kanak dapat membina konsep-konsep abstrak
melalui kemahiran-kemahiran yang dikembangkan dalam konteks bahasa (Santrock,
2007) Seterusnya, perkembangan kendiri dan sosial kanak-kanak juga dapat
dirangsang menerusi perkembangan bahasanya.

Dengan ini, kita akan membincangkan dan menganalisiskan teori-teori yang


berkaitan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak dan faktor-faktor yang
mempengaruhinya. Sehubungan itu, Teori Perkembangan Bahasa yang ditegaskan
oleh Noam Chomsky pada tahun 1957 serta aplikasinya dalam bilik darjah bagi
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid
sekolah juga dihuraikan dalam penulisan ini.

2.0 Teori-teori Perkembangan Bahasa Dan Faktor Mempengaruhinya

Dalam usaha mengkaji tentang perkembangan bahasa kanak-kanak, adalah amat


amat penting untuk kita, terutamanya sebagai seorang guru atau warga pendidik,
memahami teori-teori pemerolehan bahasa terlebih dahulu. Hal ini supaya kita
mengetahui ciri-ciri kanak-kanak belajar bahasa dan faktor mempengaruhinya agar
dapat mengembangkan kanak-kanak ke tahap yang maksimum.

. Secara amnya, terdapat tiga perspektif atau teori dalam konteks


perkembangan dan pemerolehan bahasa kanak-kanak, iaitu Teori Behavioris, Teori
Interaksionalis dan Teori Navitis (Wong K.W., Khairuddin M., Maridah Hj. A., et al.,
2013, p.76).

Teori Behavioris merupakan teori belajar bahasa yang dipelopori oleh Skinner.
Bagi beliau, ganjaran (reward) dan pengukuhan (reinforcement) adalah elemen yang
paling utama dan penting dalam proses kanak-kanak mempelajari bahasa. Dengan ini,
terdapat juga beberapa tokoh yang bersetuju dengan perspektif behavioris ini,
antaranya termasuklah Thorndike, Watson, Clark Hull, dan Edwin Gurthrie. (Hariyanto,
S.Pd, 2010) Merujuk kepada buku Perkembangan Kanak-kanak Siri Pendidikan Guru
(Wong K.W., Khairuddin M., Maridah Hj. A., et al., 2013), tokoh-tokoh aliran behavioris
telah memberi takrifan bahawa pembelajaran adalah sebagai penukaran tingkah laku
yang muncul kesan atau hasil daripada amalan dan latihan yang dilakukan berulang-
ulang kali sehingga menjadi sesuatu tabiat atau sehingga seseorang itu biasa
dengannya. Pembentukan kebiasaan ini selalu dilazimkan dengan memberi pelbagai
rangsangan dan gerak balas kepada tindakan dan hal atau fenomena ini boleh
diperkukuhkan melalui peneguhan iaitu memberi kepastian dan pengesahan kepada
kanak-kanak. Pendek kata, peneguhan memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut mazhab behavioris.
Skinner (1957, dalam Owens, 2008) telah memberi pendapatnya iaitu
pembelajaran bahasa itu sebagai suatu tindakan verbal. Tindakan atau tingkah laku
verbal ini perlulah diamalkan dan dilakukan selalu dan diulang-ulang sehingga
seseorang itu biasa dengannya. Tingkah laku verbal ini dapat dikukuhkan melalui
rangsangan yang diberi dan gerak balas dihasilkan secara mekanis tanpa operasi
kognitif yang nyata. Selanjutan ini, Skinner (1957) kemudian mengeluarkan ideanya
bahawa ibu bapa mempunyai peranan yang tidak kurang penting dalam memberi,
mengajar dan melengkapi perbendaharaan kata yang tepat dan betul kepada anak-
anak mereka. Kanak-kanak yang masih kecil lagi sangat suka mendampingi ibu bapa
mereka. Mereka yang berjiwa muda ini selalunya menganggap ibu bapa mereka
sangat hebat. Oleh itu, ibu bapa akan sentiasa dijadikan sebagai suri teldan atau Role
Model oleh anak-anak mereka.

Selain ibu bapa, orang dewasa seperti guru dan penjaga juga turut
mempengaruhi pembelajaran dan pemerolehan bahasa kanak-kanak. Hal ini juga
bermaksud, persekitaran sekeliling kanak-kanak ialah faktor yang mempengaruhi
perkembangan bahasa mereka. Dengan ini juga memberi makna bahawa faktor
persekitaran dianggap sebagai perangsang sama ada dorongan, galakan ataupun
penolakan seseorang kanak-kanak dan tindak balas kanak-kanak itu pada
rangsangan tersebut disebut sebagai gerak balas (Wong K.W., Khairuddin M.,
Maridah Hj. A., et al., 2013). Sebagai contoh, kanak-kanak itu berkata, Saya nak
minum susu. Orang dewasa boleh memberi peneguhan kepadanya dengan memberi
segelas susu kepada kanak-kanak tersebut. Susu dalam situasi ini akan dijadikan
sebagai ganjaran ke atas percakapan kanak-kanak yang betul. Tindakan ini akan
membawa kesan yang baik kerana kanak-kanak akan lebih suka bercakap apabila
mereka dipuji atau diberi kepastian oleh orang dewasa. Mereka akan sentiasa
melakukannya dan secara tidak langsung, bahasanya dapat dikembangkan dan
dikukuhkan penggunaannya.

Jika diperhatikan secara terperinci dan dibuat banding beza, teori atau
perspektif behavioris ini mempunyai hubung kait dengan teori perkembangan bahasa
yang seterusnya, iaitu Teori Pemerolehan Bahasa Interaksionalis. Hal ini disebabkan
teori ini memperlihatkan pembelajaran bahasa merupakan satu wadah untuk
berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain yang berada di sekeliling kita
seperti guru, rakan dan sebagainya. Seperti Teori Behavioris, teori ini menitikberatkan
faktor persekitaran sebagai salah satu pengaruh kepada pembelajaran dan
perkembangan bahasa kanak-kanak. (Faridah, N., Norhiza, M. S. & Zairinah, M.S.,
2014, p.113)
Tokoh yang memperkenalkan Teori Interkasionalis ini ialah Halliday
berdasarkan kajian-kajian linguistik yang dilakukan oleh beliau bersama ahli-ahli yang
lain seperti Searle dan Dore. (Faridah, N., Norhiza, M. S. & Zairinah, M.S., 2014, p.113)
Menurut teori beliau, tujuan kanak-kanak mempelajari bahasa adalah untuk memenuhi
kehendak dan keperluan ataupun tujuan mereka untuk berhubung dengan orang-
orang masyarakat. Berdasarkan teori ini, penguasaan bahasa melibatkan kemahiran
kognitif dan linguistik. Oleh itu, kanak-kanak haruslah banyak didedahkan kepada
interaksi yang melibatkan bahasa verbal agar mereka dapat cepat menguasai cara
untuk menerangkan maksud-maksud kognitif dalam bentuk percakapan betul.

Menurut buku Perkembangan Kanak-kanak (Wong K.W., Khairuddin M.,


Maridah Hj. A., et al., 2013, p.79), pendekatan perspektif interaksionalis ini
merangkumi tiga kajia bidang utama iaitu Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget,
Model Komunikasi Kompetens Dell Hymes serta Model Interaksi Sosial Lev Vygotsky.
Konsep kognitif dalam hal ini sebenarnya merupakan proses pemodelan kanak-kanak
daripada interaksi sosialnya. Sebagai contoh, kanak-kanak meniru pertuturan, gaya
bahasa dan gerak balas orang dewasa di sekelilingnya semasa berkomunikasi dengan
mereka. Selain itu, konsep ZPD (Zon Proximal Development) yang dikemukakan oleh
Vygotsky merupakan ciri terpenting dalam teori ini. Beliau berpendapat bahasa kanak-
kanak dapat berkembang dengan baik dan berupaya mencapai tahap optimum jika
mereka diberikan peluang untuk berinteraksi dan dibimbing oleh orang berkemahiran
berbanding dengan hanya belajar sendiri tanpa bantuan dan ajaran. Sehubungan ini,
suatu hasil kajian telah membuktikan bahawa orang dewasa berupaya mengubah suai
gaya dan intonasi bahasa, mempermudah struktur ayat serta memperlahankan kadar
percakapan mereka semasa berkomunikasi dengan kanak-kanak kecil. (Wong K.W.,
Khairuddin M., Maridah Hj. A., et al., 2013, p.79)

Oleh itu, faktor persekitaran merupakan faktor yang terpenting untuk


mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Perspektif ini telah disokong oleh
termasuklah tokoh-tokoh seperti Bloom (1979), Bowennan (1973-1976) dan juga
Grommer (1976).

Jika dikaji dan diperhatikan balik, Teori Behavioris telah menekankan bahawa
kanak-kanak tidak membawa atau tidak ada sebarang stuktur linguistik sejak lahir.
Kanak-kanak yang baru lahir dianggap kosng dari segi bahasa. Sebagai bukti untuk
mengukuhkan hujah ini, Brown(1980) dalam Principles of Language Learning and
Teaching telah memberi pendapat bahawa kanak-kanak lahir ke dunia ini umpama
sehelai kain putih dan tidak ada sebarang corakan padanya. Teori Interaksionalis pula
menyatakan bahawa penguasaan sesuatu bahasa merupakan hasil daripada interaksi
individu dengan persekitarannya. (Wong K.W., Khairuddin M., Maridah Hj. A., et al.,
2013).

Walau bagaimanapun, terdapat sesuatu teori atau pandangan dan perspektif


yang berbeza daripada kedua-dua idea di atas, terutamanya bertentangan dengan
perspektif behaviorisme, iaitu Teori Nativitis yang dipelopori oleh Naom Chomsky pada
tahun 1957.

Bagi Chomsky, bahasa itu sudah ada dalam diri kanak-kanak secara semula
jadi sejak lahir. Seterusnya, beliau telah mengatakan bahawa kita manusia iaitu kanak-
kanak dilahirkan dengan satu alat diwarisi yang menyebabkan kita sudah mempunyai
kemahiran dan keupyaan untuk menguasai bahasa dan berbahasa. Alat ini adalah
dikenali sebagai Language Acquisition Device (LAD) atau Peranti Pemerolehan
Bahasa dalam konteks Bahasa Melayu. Oleh sebab ini, Chomsky (1957) telah
menyatakan bahawa pembelajaran dan pemerolehan bahasa kanak-kanak tidak
hanya bergantung pada permodelan daripada orang dewasa di sekelilingnya sahaja.
Oleh sebab memiliki alat pemerolehan bahasa yang diwarisi secara semula jadi, maka
kanak-kanak ini dipercayai mempunyai kebolehan atau kemampuan dari segi genetik
untuk belajar dan menguasai bahasa sejak mereka dilahirkan.

Sebenarnya, Teori Nativist juga dikenali sebagai Teori Mentalis. Oleh itu,
jelaslah bahawa teori ini juga menghubungkaitkan kognitif iaitu pemikiran seseorang
manusia dengan proses mengembangkan kemahiran berbahasanya. Dalam konteks
ini, Siti Hajar Abdul Aziz (2009:392) telah mengatakan bahawa dari segi bidang
psikologi, kognitif ialah kaedah atau cara kita berfikir dan mentafsirkan akal fikiran kita.
Manakala fungsi mental mengikut pandangan beliau boleh dikatakan sebagai sesuatu
yang berciri dalaman dalam diri seseorang manusia. Idea ini amat selaras dengan
hujah Chomsky bahawa proses perkembangan bahasa seseorang manusia ialah
proses dalaman. Ia dipengaruhi oleh diri seseorang individu sendiri.

Di samping itu, Chomsky juga telah mengkalsifikasikan atau membahagikan


perkembangan kanak-kanak dalam pemikiran atau fungsi mental kepada beberapa
peringkat, iaitu dari peringkat deria motor, kemudian kepada pra-operasi, seterusnya
operasi konkrit dan akhirnya operasi formal. Contohnya, kanak-kanak dipercayai akan
menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar untur
bercakap dan bertutur dalam konteks pembelajaran bahasa. Berdasarkan konsep
nativisme, pendidikan tidak membawa perubahan besar atau pengaruh mendalam
dalam perkembangan seseorang kanak-kanak. Ilmu pendidikan teori ini dikenali
sebagai teori Biologisme. Hal ini disebabkan perspektif teori ini lebih menekankan
kehidupan seseorang inidividu sahaja, dan kurang menitikberatkan pengaruh luar.

Dengan ini dinyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh


faktor-faktor seperti faktor baka (keturunan), faktor kemampuan (bakat) seseorang
kanak-kanak tersebut dan faktor pertumbuhan kanak-kanak itu. Faktor baka
(keturunan) adalah berkaitan dengan gen-gen atau ciri-ciri biologi yang diwairisi oleh
ibu bapa kepada anak tersebut. Trait yang terkandung dalam baka gentik ini dipercayai
akan menguasai perkembangan kanak-kanak tersebut. Bakat menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat (2005) bermaksud kebolehan semula jadi. Dengan ini juga membawa
makna bahawa kemampuan semula jadi seseorang kanak-kanak itu yang akan
mempengaruhi kecekapan kanak-kanak tersebut menguasai bahasa. Potensi yang
terdapat dalam diri kanak-kanak adalah penting dalam mengembangkan kemahiran
bahasanya. Selanjutannya, Woolfolk dan Margetts (2007) telah mendefiniskan
pertumbuhan sebagai perubahan dalam saiz dan kematangan dari segi fizikal
contohnya ketinggian dan saraf-saraf otak. Dengan ini, tidak dapat dinafikanlah
bahawa pertumbuhan otak yang sihat merupakan faktor yang mempengaruhi proses
pembelajaran bahasa kanak-kanak sedangkan kanak-kanak dipercayai banyak
menggunakan kognitif dalaman sendirinya yang diwarisi untuk menguasai bahasa.
(Chaer & Abdul, 2009)

Seterusnya, beliau telah mengeluarkan lagi pendapat konsepnya iaitu


Tatabahasa Universal (Universal Grammar). Idea ini diutarakan beliau setelah beliau
mendapati bahawa terdapat satu ikatan peraturan am yang diguna pakai oleh manusia
tidak mengira apa-apa jenis bahasa di dalam dunia ini. Menurut Chomsky, tatabahasa
universal ini adalah bersifat global dan ialah asas kepada pembelajaran semua
bahasa, Bahasa Cina mahupun Bahasa Inggeris dan sebagainya. Sifat atau ciri
universal ini juga dimiliki oleh setiap orang individu, termasuklah kanak-kanak. Unsur
ini adalah penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak dan dianggap sebagai
harta untuk memperoleh dan menguasai bahasa.

Untuk menyimpulkan semua, Teori Behavioris merupakan perspektif yang


menitikberatkan peneguhan dan ganjaran, Teori Interaksionalis pula menerangkan
lebih lanjutnya daripada Teori Behavioris. Teori ini telah mengemukakan bahawa
interaksi sosial juga tidak kurang penting dalam mengembangkan bahasa kanak-
kanak selain diberi latihan pengulangan. Sebaliknya, Chomsky yang memelopori Teori
Nativis berpendapat kemahiran berbahasa sebenarnya sudah ada dalam diri kanak-
kanak sejak lahir dengan alat perantinya yang dinamai Language Acquisition Device
(LAD).

3.0 Aplikasi Teori Perkembangan Bahasa Chomsky

Setelah mengkaji tentang kesemua-semua teori pembelajaran bahasa dalam proses


perkembangan kanak-kanak di atas, dapatlah kita menyimpul bahawa perkembangan
bahasa kanak-kanak perlulah bergantung kepada kemampuan semula jadinya terlebih
dahulu sebelum dia terdedah kepada persekitaran. Kanak-kanak sendiri perlulah
kognitif dan alat untuk mempelajari bahasa barulah dia dapat memperoleh bahasa
daripada sekelilingnya. Idea ini amat selaras dengan Teori Nativis yang dipelopori oleh
tokoh Noam Chomsky yang menegaskan bahawa setiap individu telah diprogramkan
secara genetik untuk menguasai bahasa dengan menggunakan alat yang diketuruni
kepadanya iaitu LAD ( Language Acquisition Device) yang membolehkan kanak-kanak
mengesan ciri-ciri dan peraturan dalam penggunaan bahasa yang dilihat serta
didengari di persekitran mereka. (Halizah Hamzah & Joy N. Samuel, 2009)

Teori Nativis ini juga dikatakan membawa pelbagai kebaikan atau mempunyai
banyak kelebihan dalam membantu perkembangan bahasa seseorang individu. Oleh
sebab ini, Teori Chomsky ini sering diguna pakai atau diaplikasikan oleh para guru
dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran bahasa kepada kanak-kanak.

3.1 Penggunaan Alat Bantu Mengajar

Bagi Chomsky, beliau juga bersetuju dengan pandangan Jean Piaget yang
membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada peringkat-peringkat berbeza
mengikut tahap umur, iaitu peringkat deia motor, praoperasi, oeprasi konkrit dan
operasi formal. Dengan ini, guru-guru digalakkan untuk menggunakan bahan-bahan
atau objek-objek yang berbentuk 3D ketika menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran berkaitan kemahiran bahasa. Benda-benda bersifat authentik ini
merupakan benda-benda yang boleh dirasai dan disentuhi kanak-kanak dan bukan
sekadar bahan imaginasi sahaja. Dengan maksud yang lain, alat bahan mengajar
(ABM) yang maujud adalah penting dalam proes pembelajaran bahasa kanak-kanak
terutamanya pada peringkat deria-motor shingga ke operasi konkrit. Hal ini
disebabkan fungsi mental kanak-kanak atau pelajar pada tahap umur ini lebih bersifat
konkrit dan tak dapat faham dengan baik jika menggunakan konsep abstrak sahaja.
Usaha ini dilakukan juga untuk memastikan kanak-kanak boleh melihat dan
memahami dengan jelas apa yang hendak guru cuba sampaikan kepada dan ajar
mereka.

3.2 Sistem Bahasa

Teori Chomsky ini amat menekankan kepada proses perkembangan pemikiran


kanak-kanak. Dengan ini, pembelajaran bahasa kanak-kanak akan diajar secara tahap
demi tahap dan berperingkat-peringkat berdasarkan kematangan murid berkenaan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan matang ditakrifkan sebagai
mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna fikirannya seseorang, dan
menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran manakala kematangan
ialah perihal matang dan kesempuranaaan fikiran, pengalaman dan lain-lain. Hal ini
dapat dilihat dalam pengaplikasian semasa mengajar murid-murid kemahiran
membaca. Katakan perkembangan bahasa, mestilah dikaitkan dengan proses
pemerolehan bahasa. Secara umunya, seseorang kanak-kanak akan melalui tiga
proses pemerolehan bahasa iaitu proses pemerolehan kompenen fonologi (bunyi),
sintaksis (ayat) dan semantik (makna). Oleh itu, guru dalam kelas bacaan mengajar
murid-murid itu kemahiran membaca daripada yang mudah sehingga ke tahap sukar
sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, daripada mulanya belajar mengenal suku kata,
kemudian mengetahui perkataan, memahami makna perkataan, membaca ayat serta
menghayatinya dan akhirnya berupaya membaca seluruh buku atau penulisan itu
sehingga habis. Selain itu, guru juga boleh mengajar murid-murid mengenal fonem
satu demi satu sehingga dapat membina suatu suku kata. Misalnya, konsonanb dan
vokala jika digabungkan ba dibaca sebagai ba manakala fonem c dan a
dibaca sebagai ca dan tercantumlah menjadi perkataan baca, membaca dan
sebagainya. Berdasarkan kajian, kawasan Brocoa dan Kawasan Wernicke merupakan
kawasan yang terletak di sebelah hemisfera kiri otak yang berfungsi dalam mengawal
keupayaan seseorang berbahasa. Kawasan Brocoa ialah bahagian dalam yang
mengawal pergerakan otot untuk menghasilkan pertuturan manakala kawasan
Wernicke adalah terlibat dalam fungsi memproses kefahaman berbahasa. (Santrock,
2007) Oleh itu, perluln seseorang cikgu mengaplikasikan Teori Chomsky dengan baik
dengan merancang pengajarannya dengan sistematik untuk megembangkan saraf-
saraf dan bahagian berkenaan otak murid-murid dalam konteks menguasai bahasa.

3.3 Peluang Berbahasa

Selain itu, aplikasi yang seterusnya dalam proses pengajaran dan


pembelajaran bilik darjah adalah dengan menekankan kepada pembelajaran mengikut
kadar kendiri. Hal ini bermaksud, kanak-kanak diberi peluang untuk belajar sesuatu
pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif
mereka sendiri. Kanak-kanak sering belajar cepat atas perkara yang diminati mereka.
Dengan ini, guru perlulah banyak memberikaln peluang kepada murid-murid untuk
menggunakan bahasa. Contohnya, kanak-kanak diberi peluang untuk berucap dan
meceritakan hasil kerja mereka masing-masing di dalam kelas. Hal ini disebabkan
kanak-kanak yang masih kecil selalunya cuba untuk menunjukkan keupayaan diri
sendiri mereka untuk menarik perhatian orang dewasa serta mempunyai inisaitif untuk
melakukan sesuatu dengan berdikari untuk membuktikan kemampuan sendri supaya
mereka ada kepercayaan dan keyakinan daripada orang lain mahupun diri. Hal ini
telah dinyatakan oleh Erik Erikson dalam lapan peirngkat perkembangan kanak-kanak
Teori Perkembangan Psikososialnya iaitu dalam tahap keempat (enam hingga 11
tahun), Industri lawan dengan Rasa Rendah Diri. Dalam tahap ini, istilah industri
bermaksud membawa kejayaan dalam melaksanakan sesuatu kemahiran dan
menghasilkan sesuatu yang memuaskan hati kanak-kanak. Kanak-kanak dalam
lingkungan tahap umur ini selalunya cukba melakukan tugasan atau kerja yang
diamanahkannya denga penuh minat dan dedikasi. Harapan mereka adalah untuk
menyiapkannya dengan baik untuk menimbulkan keyakinan diri dan elakkan daripada
rasa merendah diri. Dengan mengetahui semua ini, guru perlulah banyak
menggalakkan pembentangan dalam kelas atau banyak memupuk kanak-kanak untuk
menceritakan peristiwa yang dilalui oleh mereka dalam kehidupan. Selain itu, guru
juga boleh banyak menggalakkan murid-murid bercakap dalam perbincangan
berkumpulan untuk mengembangkan dan menambaikkan penggunaan bahasa
mereka dengan alat semula jadi mereka, iaitu LAD. Banyak bercakap dapat membantu
mereka mengesan peraturan berbahasa dalam masyarakat dan kemudian menguasai
sesuatu bahasa.

3.4 Strategi Pelbagai

Seterusnya, dengan mengaplikasikan Teori Perkembangan Bahasa Chomsky,


guru boleh sentiasa berubah-ubah strategi pengajaran mereka dengan merancang
dan menyediakan rancangan pengajaran yang pelbagai. Misalnya, pasangkan kanak-
kanak dengan rakan sebaya yang lebih mahir berbahasa dalam pengajaran. Sebagai
contoh, aktiviti seperti bercerita, simulasi, sumbangsaran, dan pembelajaran koperatif
dapat menonjolkan dan mengembangkan kemahiran berbahasa kanak-kanak antara
satu sama lain Hal ini disebabkan kanak-kanak dapat menggunakan LAD mereka
untuk mempelajari ciri-ciri bahasa dan tatabahasa daripada rakan sebaya mereka.
Dengan ini, dapat diperlihatkan bahawa suatu kajian tentang Language Acquisition
juga telah mengatakan bahawa lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan
dengan perkembangan bahasa kanak-kanak. Strategi ini amat selaras dengan idea
yang diutarakan oleh Chomsky dalam teorinya yang menekankan kaedah
pengajajaran yang berpusatkan pelajar. Kaedah berpusatkan pelajar ialah pengajaran
yang melibatkan murid-murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan
penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Sebagai penerangan yang
lebih lanjut, pelajar-pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti lakonan dalam kelas
adalah salah satu cara pengajaran berpusatkan pelajar kerana kanak-kanak
merupakan keutamaan dalam seluruh sesi proese pengajaran dan pembelajaran
berbanding kaedah lama yang hanya guru mengajar murid mendengar. Kaedah
berpusatkan pelajar ini adalah amat bermakna kepada pembelajaran dan
pemerolehan mahupun penguasaan bahasa kanak-kanak kerana dapat
mengembangkan bahasa kanak-kanak menerusi perangsangan terhadap fungsi
mental dan kognitifnya.

Dalam usaha mengaplikasikan Teori Perkembangan Bahasa Chomsky yang


menyatakan bahawa setiap murid berupaya untuk belajar bahasa dengan sempurna
dengan alat pemerolehan bahasa mereka yang dinamai LAD, guru haruslah mengajar
bahasa secara deduktif iaitu memberi pengajaran secara umum terlebih dahulu
sebelum membekalkan contoh-contoh yang khusus. Bagi peraturan yang digunakan
dalam tatabahasa , murid-murid lebih sesuai untuk belajarnya secara terus menerus
dan dengan cara yang berstruktur. Dalam hal ini, murid-murid juga perlu diajar dan
dilatih untuk merumuskan tatabahasa yang telah dipelajari dengan kreatif untuk
memastikan mereka telah menguasai peraturan dan ciri undang-undnag penggunana
tatabahasa sesuatu bahasa itu. Dengan kata lain, guru di dalam bilik darjah boleh
meminta para murid untuk menghasilkan atau mencipta ayat-ayat baharu sendiri
daripada pengetahuan yang baru didapati untuk mengukuhkan penguasaan mereka
menerusi LAD yang ada dalam diri mereka.

Teori Nativis yang dikemukankan oleh Chomsky telah banyak menekankan


pemikiran dan kognitif kanak-kanak. Menurut Bowen dalam Jurnal Pemerolehan
Bahasa Kanak-kanak (Guat, T. M., 2006), beliau telah berpendapat bahawa
pembelajaran bahasa telah bermula sejak seseorang bayi itu dilahirkan. Menurut
beliau lagi, bayi-bayi sebenarnya sudah berkebolehan untuk membezakan suara-
suara di persekitarannya. Kemudian, bahasa seseorang bayi itu akan terus
berkembang dan akan lebih mantap, kukuh dan menyempurnakan mengikut
perkembangan usianya. Oleh itu, guru digalakkan banyak menyediakan atau mencipta
peluang kepada murid-murid di dalam kelas untuk berfikir ketika pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Hal ini amat penting dan bermakna kerana mereka diyakin
bahawa dapat membentuk konsep, idea dan tafsiran sendiri menerusi pertimbangan
dan pemikiran yang banyak dengan menggunakan otak mental mereka.

3.5 Aplikasi Keseluruhan Ikut Peringkat Umur

Sebagai kesimpulan, perkembangan kanak-kanak juga dapat dibahagikan


kepda peringkat awal dan peingkat pertengahan.

i. Pada peringkat awal kanak-kanak pula, guru memainkan peranan atau


tanggungjawab yang penting dalam membantu mereka mempelajari bahasa yang
banyak. Hal ini disebakan bahawa proses atau kemampuan kanak-kanak untuk
mempelajari dan memperolehi bahasa-bahasa atau paling aktif dan cepat dalam
lingkungan umur dua hingga 6 tahun mengikut pandangan Mangantar
Simanjuntak pada tahun 1982. Usaha ini dapat dibuat dengan guru-guru selalu
menggunakan perkataan-perkataan yang luas dan pelbagai jenis seberapa
mungkin yang boleh semasa pengajaran di dalam blik darjah. Pendedahan awal
ini adalah penting agar murid-murid biasa dengan vocabulari ini sejak awal-awal
kerana perkembangan kanak-kanak untuk mempelajari bahasa adalah sangat
pesat ketika peringkat awal ini. Selain itu, teori Chomsky juga dapat diaplikasi
dengan usaha guru boleh menggunakan flash card untuk menunjukkan
perkataan-perkataan baharu kepada para pelajar. Walau bagaimanapun, perkara
ini perlulah dilakukan secara kerap agar kanak-kanak mempunyai ingatan yang
mendalam ke atas perkataan-perkataan yang didedahkan kepada mereka. Untuk
memperkukuh dan memantapkan lagi pembelajaran bahasa kanak-kanak, guru
perlulah menyoal kembali perkataan-perkataan yang sudah diajar kepada mereka.
Hal ini bukan sahaja dapat memberangsang pemikiran mereka tetapi juga
membantu mereka menyimpan perkataan-perkataan yang sudah diketahui oleh
mereka ke dalam memori yang berjangka masa panjang.
ii. Peringkat pertengahan kanak-kanak pula, iaitu selepas kanak-kanak memasuki
sekolah rendah, peranan guru bertukar kepada penggalak dan pembimbing
kanak-kanak dalam penggunaan dan pengaplikasian bahasa yang pernah
dipelajari mereka. Contohnya, seseorang cikgu seharusnya bersikap proaktif
dalam membantu murid-murid memahami setiap perkataan dan ayat yang dituturi
mereka dan bukan sekadar bercakap sahaja tanpa kefahaman. Dengan adanya
kefahaman yang secukupnya, dapatlah kanak-kanak mengembangkan bahasa
mereka dengan cepat, cekap dan efektif. Dalam hal ini, para guru boleh cuba
mengajar dengan cara bercerita kepada kanak-kanak. Ketika proses
menceritakan, guru juga boleh melimpahi para murid soalan-soalan untuk
menggalakkan mereka banyak berfikir. Sementara itu, guru juga perlu mengambil
perhatian terhadap setiap jawapan mereka agar dapat mengesan kesilapan dan
dapat terus membetulkan mereka.

4.0 Rumusan

Pengajaran merupakan sesuatu aktiviti yang melibatkan guru dna murid-murid dalam
satu bilik darjah manakala guru dianggap sebagai penyampai ilmu dan kanak-kanak
adalah penyerap ilmu. (Ena Wasli, 2016) Menurut Nurazmi Kuntum (1997:2 dalam Ena
Wasli, 2016), pengajaran ialah satu kaedah atau cara memberi dan menyebarkan
pengetahuan atau mesej daripada antara satu sama lain manakala pembelajaran ialah
perlakuan seseorang untuk belajar yang kekal sifatnya dari segi kemampuan dan
pengalamannya. Dalam hal ini, sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang
efektif dan berjaya merupaka sesi pertukaran atau penyampaian ilmu yang banyak
dalam masa yang singkat, misalnya kanak-kanak dapat menguasai perkataan yang
banyak dan dapat menguasai penggunaannya dengan tepat dalam masa yang pendek.

Sebagai seorang guru prasekolah dan pendidikan awal kanak-kanak,


mengetahui dan memahami kelebihan teori Chomsky ini adalah penting agar
aplikasinya dalam bilik darjah adalah maksimum dan dapat berjaya meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid dalam usaha
mengembangkan kemahiran bahasa mereka. Di samping itu, guru-guru juga perlu
jelas tentang faktor-faktor yang berkemungkinan mempengaruhi kadar pembelajaran
bahasa kanak-kanak seperti faktor persekitaran yang dititikberatkan dalam Teori
Behavioris, faktor komunikasi dalam Teori Interaksionalis, serta Teori Baka dan
Kemampuan dalam Teori Nativist. Jika dilihat dari sudut yang lain, faktor keberhasilan
yang mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak juga dibahagikan kepada
umur, kesihatan, jantina, kecerdasan, keadaan keluarga dan persekitaran. (Felicia, H.,
2012)

Sebenarnya, perkembangan bahasa kanak-kanak semasa proses pengajaran


dan pembelajaran dijalankan akan memberikan implikasi dari aspek perkembangan
kognitif dan sosioemosi kanak-kanak. (Faridah, N., Norhiza, M. S. & Zairinah, M.S.,
2014) Oleh itu, untuk memastikan kognitif seseorang kanak-kanak itu berkembang
dengan sihat dan pesat, bahasalah menjadi penentu yang amat penting. Dengan
mempunyai penguasaan bahasa yang secukup mantap dan kukuh, kanak-kanak itu
dapat dan berupaya untuk menginterpretasi sesuatu di samping pengetahuan dapat
ditambah dan sesuatu budaya itu dapat dipindahkan dari satu pihak ke satu pihak yang
lain menerusi komunikasi bahasa verbal. Selain itu, dengan adanya bahasa yang baik
atau dikembangkan dengan baik, pemikiran kanak-kanak dapat dirangsang dan
seterusnya menggalakkan kemahiran penaakulan dipupuk dan kanak-kanak itu dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan rasional.

Dengan ini, guru hendaklah mengajar kanak-kanak untuk mengembangkan


kemahiran berbahasa mereka peringkat demi peringkat daripada yang mudah kepada
yang sukar seperti empat peringkat perkembangan yang diutarakan oleh Piaget iaitu
tahap sensori motor, pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Zon
perkembangan proksimal atau Zone of Proximal Developmnet (ZPD) Vygotsky yang
disokong oleh Chomsky adalah pembahagian antara perkembangan sebenar (actual
development) dan perkembangan yang diharapkan (potential development) yang
menekankan kepentingan kerjasama dan interaksi sosial dalam membantu
perkembangan bahasa kanak-kanak. Dengan ini, bantuan perancah iaitu scaffolding
boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah yang efektif untuk meningkatkan prestasi
pemerolehan bahasa kanak-kanak sehingga tahap optimum. Dell Hymes Speaking
Model juga merupakan satu model atau kajian yang boleh dirujuk oleh para guru
semas mengaplikasikan teori-teori pembelajaran bahasa dalam kelas untuk
mempertimbangkan cara pengajaran mereka. (Hymes, Dell., 1974).

Kesimpulannya, guru perlulah sentiasa kreatif dan inovatif dalam mengajar dan
mengembangkan bahasa kanak-kanak dengan menggunakan strategi yang
bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak seperti mana prinsip Amalan
Bersesuaian dengan Perkembangan (ABP) yang sering ditegaskan guru prasekolah
ramai. Dengan ini, keberkesanan proses P&P dalam bilik darjah dapat dicapai dan
ditingkatkan dalam konteks mengembangkan bahasa kanak-kanak. Oleh itu, kanak-
kanak dapat dibesarkan dengan sihat dan sejahtera serta seimbang dari segi emosi,
jasmani, intelek, rohani dan sosial atas perkembangan bahasa yang baik.

Anda mungkin juga menyukai