Anda di halaman 1dari 2

Faktor endogen adalah faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dalam diri individu atau dikatakan sebagai

faktor baka. Kebanyakan kelahiran anak kurang upaya dalam masyarakat sekarang adalah disebabkan oleh faktor endogen seperti baka, pemakanan, kesihatan ibu, pengambilan dadah dan alkohol, merokok, faktor Rh darah, kesan X-ray, emosi ibu, umur ibu, kehadiran teratogen dan sebagainya. Baka adalah ciri-ciri yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Oleh itu, ahli-ahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yang sama seperti warna mata dan kulit, warna rambut, bentuk muka dan telinga, kecerdasan dan penyakit seperti diabetes. Walau bagaimanapun, pernah juga terdapat perbezaan sifat di antara anak dengan ibu bapa. Sifat-sifat yang berbeza itu mungkin berasal daripada nenek moyang. Ini adalah kerana gen yang menentukan sifat-sifat yang berbeza itu mungkin telah lama terpendam. Gen ini pula akan muncul semula apabila keadaan sesuai. Ketika gen itu berpasangan dengan pasangannya, gen itu muncul lebih kuat lalu menyebabkan berkembangnya sifat yang berbeza itu. Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. Ernest R. Hilgard mengatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. W.E. Vinacke pula menyifatkan baka sebagai penentu struktur-struktur organ, arah sistem biologi yang akan berkembang serta potensi-potensi seseoarang individu. Amram Schienfeld menyatakan bahawa baka itu menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Secara langsungnya, faktor baka adalah amat mempengaruhi dalam kelahiran anak cacat. Sekiranya, ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat mengalami kecacatan dari segi fizikal mahupun mental, kemungkinan besar anak yang dilahirkan mengalami kecacatan tersebut. Menurut Bluss dan Pidmin (1997), faktor baka atau genetik dari segi fizikal akan diwarisi oleh anak yang dilahirkannya. Selain faktor baka, komplikasi-komplikasi kehamilan pada lewat usia juga adalah salah satu faktor endogen yang membawa kecacatan kepada anak. Menurut Dr. Shah Reza Johar Noor (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital USM), menyatakan bahawa ibu yang berusia 40 tahun ke atas adalah berisiko tinggi kerana kebiasaannya bayi yang dilahirkan akan mengalami Sindrom Down. Seterusnya, wanita hamil yang mengambil dadah, alkohol dan merokok akan melahirkan anak yang cacat atau terencat akal. Pakar Kesihatan K.Bathmanathan juga berpendapat bahawa sekiranya wanita yang mengandung merokok maka bayi yang dilahirkan berkemungkinan mengalami masalah berat badan serta terdedah kepada risiko penyakit paru-paru dan pertumbuhan fizikal yang lemah. Jika ibu merokok, janin akan mengalami kekurangan bekalan oksigen kerana pembuluh darah mengecut dan ini boleh menyebabkan kecacatan otak kepada anak. Kesan X-ray semasa mengandung juga menyebabkan kecacatan pada anak dalam kandungan. Kehadiran teratogen juga adalah amat bahaya kepada janin dalam kandungan kerana ia boleh membantutkan pertumbuhan organ utama.

Pengaruh baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan adalah jelas dilihat daripada ciri-ciri berikut: Ciri-ciri fizikal. Warna kulit seseorang individu sama ada hitam, putih atau coklat adalah diwarisi daripada ibu bapa atau datu nenek. Begitu juga dengan warna dan bentuk mata, sama ada mata itu biru atau hitam, berbentuk kecil, bulat atau sepet adalah ditentukan oleh gen yang diwarisi daripada ibu bapa. Warna rambut, sama ada hitam, perang atau lurus adalah juga dipengaruhi oleh gen. Jenis darah sama ada A positif, O, AB atau B juga bergantung kepada gen. Saiz tubuh badan seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh baka. Kanak-kanak daripada ibu bapa yang tinggi dan berbadan besar biasanya lebih berat dan tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain. Ciri Fisiologi Adalah didapati bahawa kanak-kanak daripada ibu bapa yang sihat juga merupakan individu-individu yang sihat. Ini bermakna sesetengah penyakit seperti diabetes, hemofilia dan kekerdilan adalah disebabkan oleh pengaruh baka. Kecacatan mental. Rencatan mentaladalah disebabkan oleh pewarisan gen yang resesif daripada keduadua ibu dan bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Penyakit fenilketonuria atau PKU juga disebabkan oleh faktor baka. Penyakit ini menyebabkan kekurangan enzim yang perlu untuk menyingkirkan fenilalanina, iaitu asid amino yang beracun yang terdapat banyak dalam makanan. Oleh itu, bayi yang mengalami PKU akan memiliki asid beracun yang kan merosakkan keadaan mentalnya. Pengaruh baka ke atas kecerdasan telah pun dikaji. Kecerdasan tinggi atau rendah seseorang individu biasanya ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Keduadua faktor baka dan persekitaran adalah penting dalam menentukan kecerdasan seseorang individu tetapi kajian-kajian menunjukkan bahawa nisbah pengaruh baka ialah 51 peratus dan persekitaran 41 peratus. Sahsiah. Walaupun sahsiah seseorang individu banyak dipengaruhi oleh persekitaran, baka juga memainkan peranan yang penting. Contohnya, perangai dan sifat introvert atau ekstrovert adalah dipengaruhi oleh faktor baka. Seseorang yang cepat marah atau selalu berasa bimbang banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Kecerdasan. Faktor baka banyak memainkan peranan dalam menentukan kecerdasan seseorang individu. Ini bermakna ibu bapa yang tinggi kecerdasannya kemungkinan besar akan melahirkan anak-anak yang juga tinggi keupayaan mentalnya. Walau bagaimanapun, faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting kerana alam sekitar yang kaya dengan kemudahan-kemudahan akademik akan merangsang perkembangan mental kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai