Anda di halaman 1dari 20

GGGB 6293 TEORI DAN PERKEMBANGAN KANAK-

KANAK DENGAN KEPERLUAN KHAS

PERKEMBANGAN FIZIKAL &


FISIOLOGIKAL
(PERKEMBANGAN MOTOR)

OLEH:
NOR FIDA BINTI ABDUL HAMID
GP 02647
Konsep dan Prinsip Pertumbuhan &
Perkembangan

Pertumbuhan
• Pertumbuhan saiz, berat, gigi, organ deria, anggota
• Berlaku secara menyeluruh diikuti secara khusus
• Berlaku sehingga satu tahap
Perkembangan
• Kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti
berjalan, melihat, mendengar dan membuat kerja.
• Berlaku secara berterusan hingga akhir hayat.
Peringkat Pertumbuhan & Perkembangan
Bayi – 0 hingga 2 Tahun

Kanak-kanak – 2 hingga 12 tahun

Remaja – 12 hingga 21 tahun

Dewasa – 21 hingga 60 tahun

Tua – 60 tahun ke atas


Teori Kematangan Biologi:
Arnold Gesell (1880 -1961)
Pertama (0 – 1 tahun)
Kematangan fizikal mula berlaku pada umur 4 bulan melalui pergerakan mata

Kedua (1 – 2 tahun)
Kematangan fizikal berkembang lebih cepat dengan mula berjalan diikuti berlari

Ketiga (2 -3 tahun)
Mula bentuk sikap berdikari semasa makan, minum dan lain-lain.

Keempat (3 – 4 tahun)
Kematangan fizikal berkembang dalam aktiviti permainan

Kelima (4 – 5 tahun)
Kematangan emosi dan sosial ditunjukkan dalam interaksi sosial
Perkembangan Motor Bayi
& Kanak-Kanak

 Merujuk kepada perkembangan kawalan ke atas pergerakan


badan melalui koordinasi aktiviti saraf pusat, saraf kederiaan dan
otot-otot tertentu.
 Bayi tidak akan mampu bergerak sehingga kematangan
perkembangan motor berlaku ke atas dirinya.
 Pada usia 4-5 tahun kanak-kanak dapat mengawal kebanyakan
pergerakan seperti berjalan, berlari dan melompat.
 Selepas umur 5 tahun berlaku kawalan yang lebih kompleks dan
melibatkan kumpulan otot yang lebih kecil.
 Sekiranya berlaku halangan persekitaran, fizikal dan mental
akan menghalang perkembangan motor seorang kanak-kanak.
Prinsip –Prinsip Perkembangan Motor
1. Perkembangan aktiviti motor adalah sejajar dengan
perkembangan sistem saraf dan otot-otot.
 Semasa bayi dilahirkan saraf pusat bawahan lebih
berkembang dari saraf pusat di otak, jadi gerakan pantulan
(mass activity) seperti menghisap, menelan dan kerdipan
mata lebih dahulu berkembang berbanding aktiviti sukarela
(voluntary).
 Mass activity yang wujud sewaktu
dilahirkan akan berkembang kepada
pola-pola aktiviti ‘voluntary’ yang akan
menjadi asas kemahiran tertentu.
 Pergerakan asas tidak dapat dikuasai
sehingga mekanisma otot-otot berfungsi
dengan baik.
2. Pembelajaran kemahiran tidak akan berlaku sehingga
kanak-kanak bersedia dari segi kematangannya.
3. Perkembangan motor mengikut suatu pola (pattern).
 Turutan perkembangan cephalocaudal (kepala ke kaki)
dan proximodistal (tengah ke tepi @ bersambungan)
 Pola perkembangan adalah jelas dalam aktiviti yang
tidak teratur kepada aktiviti yang tersusun.
 Contohnya kemahiran tangan
 4 bulan : lihat tapi tidak boleh sentuh
 5 bulan: ‘palmer scoop’
 8 bulan : pegang menggunakan 2 tangan.
 9 bulan: kemahiran pincer telah disempurnakan.
4. Menetapkan kelaziman (norma) dalam
perkembangan motor.
 Ditetapkan berdasarkan umur minimum
untuk membentuk aktiviti motor yang
berlainan.
 Sebagai panduan untuk menjangka apa dan
bila aktiviti berlaku seperti kebolehan
untuk duduk, berdiri dan berjalan.
5. Terdapat perbezaan individu dalam kadar
perkembangan motor.
 Merujuk kepada tahap umur, dimana
beberapa keadaan mempercepatkan
perkembangan motor dan ada keadaan
yang menghalang perkembangan motor.
Kemahiran motor
 Koordinasi yang rumit di mana otot-otot kecil memainkan
peranan utama. Selepas bayi dapat mengawal pergerakan
badannya, ia akan mula mempelajari kemahiran seperti:
Kemahiran tangan.
Makan dengan sendiri
Kemahiran kaki
Memanjat
 Fungsi kemahiran motor boleh dibahagikan kepada
4 kategori iaitu:
Kemahiran membantu diri sendiri
Kemahiran pembantuan sosial
Kemahiran dalam permainan
Kemahiran di sekolah
• Memegang • Merangkak • Merayap

Makan dengan sendiri

Memanjat
Kemahiran kaki
• Guna satu
Kemahiran tangan

tangan botol (9 bulan) (5-8 bulan)


‘ambidextrous (8 bulan)
’ (bayi) • Berdiri • Merangkak
• Mengangka (11 bulan) (9 bulan)
• Cenderung t botol
guna tangan (9 bulan) • Berjalan • Memanjat
kanan (12-14 bulan) (11 bulan)
(8 bulan) • Memegang
gelas • Berjalan
• Pemindaan (1 tahun) mengundur /
guna tangan mengiring
kanan ke kiri • Guna sudu (18–24 bulan)
(2 tahun) & garfu
(2 tahun)
Carta Perkembangan Bayi & Kanak- kanak

SUMBER: BUKU REKOD KESIHATAN BAYI & KANAK-KANAK, KKM


Faktor yang mempengaruhi kadar
perkembangan motor
 Genetik
 Janin aktif
 Keadaan pranatal yang baik
 Kelahiran
 Kecerdasan mental
 Stimulasi, galakan dan peluang
 ‘Over protectiveness’
 Bayi pramatang
 Kecacatan fizikal
PERKEMBANGAN DERIA ASAS
 Deria merupakan keadaan untuk menerima, memilih,
modifikasi dan menyesuaikan dengan keadaan persekitaran.

 Ia merupakan asas kepada proses yang lebih kompleks.

 Setiap manusia mempunyai mempunyai pelbagai jenis organ


deria dimana setiap organ adalah unik dengan fungsi yang
tertentu.

 Sistem deria memainkan peranan utama dalam permulaan


kehidupan seawal usia bayi.
Bau, Rasa, Sentuhan
 Bayi mempunyai deria bau, rasa dan sensitif
terhadap sentuhan.

 Bayi akan memberi tindak balas yang positif


terhadap bau dan rasa yang menyenangkan dan
tindak balas sebaliknya kepada bau dan rasa yang
kurang menyenangkan.

 Selain bau dan rasa, bayi juga sensitif terhadap


tindak balas sentuhan. Tubuh badan bayi akan
memberikan tindak balas apabila disentuh.

 Bayi juga sensitif terhadap rangsangan kesakitan


contohnya semasa menerima suntikan imunisasi.
Pendengaran
 Bayi yang baru lahir memberi tindak balas kepada bunyi di dalam
persekitaran. Contohnya apabila ibu bapa terbatuk, bayi akan
tersentak, mengerlipkan mata dan menggerakkan tangan dan kaki.

 ’Auditory threshold’ merujuk kepada bunyi yang paling perlahan


manusia mampu dengar.

 Bayi juga dapat membezakan perbezaan bunyi sama ada dalam


aspek bahasa dan muzik. Contohnya dalam aspek bunyi muzik
pula, bayi boleh membezakan perbezaan melodi yang lebih
cenderung dengan melodi yang wujud dalam persekitaran mereka
(Trainor & Heinmiller, 1998).
Penglihatan
 Sejak lahir bayi akan memberi tindak balas kepada cahaya dan mampu
mengesan objek yang bergerak menggunakan mata secara semula jadi.

 Ketajaman penglihatan pula merujuk kepada kemampuan untuk


membezakan corak paling kecil.

 Pada usia satu tahun bayi mampu melihat warna. Gelombang cahaya
merupakan sumber kepada persepsi warna.

 Ini membantu dalam meningkatkan ketajaman penglihatan dan


meningkatkan kemahiran deria melalui pengalaman visual.
Integrasi Sistem Maklumat Deria
 Seawal usia bayi lagi boleh mengintegrasi
maklumat deria seperti pandangan dan bunyi,
pandangan dan sentuhan.

 Kebiasaannya bayi akan lebih memberi perhatian


kepada maklumat yang diterima oleh pelbagai
deria.

 Contohnya bayi akan dapat mengenal secara


visual dengan lebih baik jika pernah
menyentuh objek tersebut sebelum ini.
RUJUKAN
 Asmah Bee Mohd Nor. 2000. Psikologi Perkembangan. Pusat
Pengajian Jarak Jauh, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 Kementerian Kesihatan Malaysia, Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-


Kanak (0-6 Tahun).

 Mok Soon Sang. 2009. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI : Psikologi


Pendidikan & Pedagogi. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

dafieck-GP02647

Anda mungkin juga menyukai