Anda di halaman 1dari 62

Sejarah dan Falsafah PAKK

Mazlina Che Mustafa


Sejarah PAKK
• Sekitar tahun 1960-an, pendidikan awal kanak-kanak mula
mendapat kesedaran dalam kalangan ibu bapa terutamanya
mereka yang berasal daripada keluarga kurang
berkemampuan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Sebuah revolusi telah berlaku pada tahun 1969 iaitu


Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia telah menerima wang
daripada Yayasan Asia untuk membina tadika yang mirip
dengan projek 'Head Start' di Amerika Syarikat.
Sejarah PAKK

Perkembangan Prasekolah Luar Negara- Head Start

Prasekolah pertama di Amerika Syarikat telah didirikan pada tahun 1850


tetapi hanya kanak-kanak dari golongan berada sahaja yang diberikan
tumpuan.

Kanak-kanak dari golongan miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan.

Untuk membantu kanak-kanak yang datang dari keluarga yang miskin dan
mundur, program Head Start telah dirancang dan dikelolakan. Mereka
ditempatkan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran.
Sejarah PAKK di Malaysia
Falsafah
• Yunani = philo (cinta) sophic (wisdom)
“Love for wisdom”
• Fungsi = menimba ilmu kendiri (Socrates)
Falsafah
• Matlamat = mendapatkan kebenaran mutlak.
Plato
Falsafah
• Kajian mengenai sebab dan prinsip sesuatu
perkara.
Aristotle
Falsafah
• ‘kebijaksanaan’ = kerja keras untuk
mendapatkan rahmat.
Imam Al Ghazali
Falsafah
• sudut pandang,
• cara hidup,
• prinsip yang dipegang seseorang dalam
hidupnya yang digunakan sebagai garis
panduan dalam setiap:
– tindakan, pilihan, dan keputusannya (Omar Al-
Syaibani 1992).
Falsafah pendidikan
• Usaha mencari satu kebenaran atau keyakinan
berkenaan sesuatu perkara dengan
menggunakan akal fikiran.

• Satu usaha berfikir secara kritis dan rasional


tentang isu-isu penting pendidikan.
Komponen Falsafah Pendidikan

Pendidik Pelajar

Kurikulum Persekitara
/Subjek n
Fungsi Falsafah Pendidikan

Mencari
Menilai Menganalisa
penyelesaian
pendidikan permasalahan
permasalahan
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

• Kepercayaan mengenai bagaimana kanak-


kanak berkembang dan belajar serta
bagaimana mereka seharusnya diajar.

• Falsafah hidup seseorang menentukan apa


yang perlu diajar pada kanak-kanak.
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

• Falsafah pendidikan yang dihayati guru akan


membantunya menentukan arah tuju dan
matlamat pengajarannya.
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

• Keyakinan seseorang guru tentang bagaimana


kanak-kanak belajar (cara terbaik)
menentukan:

– pilihan strategi pengajarannya, sama ada untuk


menggunakan kaedah berpandukan individu atau
menggunakan kaedah yang sama ke atas semua
pelajar.
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

• Falsafah guru itu turut menentukan sama ada


guru membantu kanak-kanak dalam
melaksanakan aktiviti untuk dirinya sendiri
atau guru membantu kanak-kanak untuk
kanak-kanak tersebut.
Mengapa Guru Perlu Tahu Mengenai Falsafah
PAKK?
• Penting bagi guru mengetahui tentang falsafah
pendidikan kerana guru mempunyai matlamat
dalam setiap tindakan yang diambil.
• Pengetahuan mengenai idea-idea ahli falsafah
membantu guru memilih program yang sesuai
untuk kanak-kanak jagaannya.
• Ini memberikan keyakinan kepada guru dalam
melaksanakan tugasnya sebagai guru.
Mengapa Guru Perlu Tahu Mengenai Falsafah
PAKK?
• Idea-idea ahli falsafah boleh membantu guru
memahami cara-cara melaksanakan strategi
pengajaran.

• Dengan meneroka, menganalisis, dan menyedari


idea-idea ahli falsafah, pendidik awal kanak-kanak
akan mendapat inspirasi bagi menilai semula
pandangan mereka dan memotivasikan mereka
supaya sentiasa melakukan yang terbaik.
Mengapa Guru Perlu Tahu Mengenai Falsafah
PAKK?
• White dan Coleman (2000) menyatakan
bahawa falsafah pendidikan yang dihayati guru
bukan sahaja membantunya dalam interaksi
dengan kanak-kanak, malahan turut
membantunya memahami dengan lebih
mendalam mengenai amalan-amalan
pengajaran.
Mengapa Guru Perlu Tahu Mengenai Falsafah
PAKK?
• Walau bagaimanapun, falsafah yang dihayati
guru akan berubah apabila dia belajar:

– lebih pelbagai teori pendidikan awal kanak-kanak,


– memperoleh ilmu berkaitan perkembangan kanak-
kanak dan amalan pengajaran,
– mendapat pengalaman mengajar dalam kelas.
Mengapa Guru Perlu Tahu Mengenai Falsafah
PAKK?
•  Penting bagi guru mengetahui tentang falsafah pendidikan kerana guru
mempunyai matlamat dalam setiap tindakan yang diambil. Pengetahuan mengenai
idea-idea ahli falsafah membantu guru memilih program yang sesuai untuk kanak-
kanak jagaannya. Ini memberikan keyakinan kepada guru dalam melaksanakan
tugasnya sebagai guru.  Idea-idea ahli falsafah boleh membantu guru memahami
cara-cara melaksanakan strategi pengajaran.  Dengan meneroka, menganalisis,
dan menyedari idea-idea ahli falsafah, pendidik awal kanak-kanak akan mendapat
inspirasi bagi menilai semula pandangan mereka dan memotivasikan mereka
supaya sentiasa melakukan yang terbaik.  White dan Coleman (2000) menyatakan
bahawa falsafah pendidikan yang dihayati guru bukan sahaja membantunya dalam
interaksi dengan kanak-kanak, malahan turut membantunya memahami dengan
lebih mendalam mengenai amalan-amalan pengajaran.  Walau bagaimanapun,
falsafah yang dihayati guru akan berubah apabila dia belajar lebih banyak teori
pendidikan awal kanak-kanak, memperoleh ilmu berkaitan perkembangan kanak-
kanak dan amalan pengajaran, serta mendapat pengalaman mengajar dalam kelas.
Perbincangan 1
• Apa falsafah rakan sebelah anda tentang
pendidikan awal kanak-kanak?
Bagaimana untuk Membina Falsafah
Pendidikan Sendiri?
• Berbincang dengan rakan sekerja.
• Melawat pusat-pusat pendidikan awal kanak-
kanak lain.
• Membaca artikel berkaitan dalam jurnal atau
buku.
• Menyertai masyarakat berkaitan dengan
pendidikan awal kanak-kanak.
• Menghadiri bengkel-bengkel berkaitan.
Bagaimana untuk Menjadi Pendidik PAKK
Profesional?
• Bina falsafah pendidikan dan pengajaran
• Nilai keperluan anda untuk menjadi guru yang
berdedikasi dalam profesion.
• Biasakan diri dengan aktiviti yang berkaitan dengan
pengajaran
• Terokai pelbagai program berkaitan dengan pendidikan
awal kanak-kanak.
• Berbincang dengan ahli profesional dalam bidang ini
bagi lebih mengetahui tentang pengajaran.
• Tanya diri sendiri sama ada anda sanggup bekerja keras
Nilai sikap dan perasaan anda terhadap
kanak-kanak dan keluarga mereka
• Adakah anda boleh bersabar dan bertolak ansur
dengan pelbagai gelagat ibu bapa?
• Adakah anda sukakan kanak-kanak dan boleh
bersabar dengan gelagatnya yang bermacam-
macam?
• Anda perlu yakin bahawa semua kanak-kanak
berupaya untuk belajar
• Tahukah anda kanak-kanak mempunyai pelbagai
kecerdasan yang perlu dipupuk?
Tambah baik kemahiran anda dan tingkatkan
pengetahuan anda
• Mendaftar dalam kelas pendidikan
• Menghadiri perjumpaan dan persidangan
• Membaca buku dan jurnal
• Mengemas kini pengetahuan anda mengenai
isu semasa, kanak-kanak, dan pengetahuan
asas yang lain yang sering berubah
Tambah baik kemahiran anda dan tingkatkan
pengetahuan anda
• Cuba perkara baru ?Kaedah terbaru ? Strategi
terbaru ?
• Ambil peluang untuk mengalami atau bergaul
dengan kanak-kanak dari pelbagai latar
belakang
• Pergi ke pelbagai tempat yang menyediakan
peluang untuk anda
Pandangan ahli-ahli falsafah
PAKK
Terkenal
Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)
Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)
• Beliau dikenalidengan bukunya Emile yang
membincangkan hal penjagaan dan pendidikan kanak-
kanak.
• Emile, dibesarkan di kepulauan yang bebas daripada
pengaruh persekitaran yang dipenuhi niat jahat.
• Emile belajar daripada alam semula jadi menggunakan
derianya seperti yang diajar oleh ibu bapanya dalam
suasana yang menyenangkan.
• Rousseau menggambarkan Emile sebagai seorang kanak-
kanak yang berkebolehan, dilahirkan dan membesar dalam
persekitaran yang tidak dicemari anasir-anasir luar.
Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)
• Beliau dikenalidengan bukunya Emile yang
membincangkan hal penjagaan dan pendidikan kanak-
kanak.
• Emile, dibesarkan di kepulauan yang bebas daripada
pengaruh persekitaran yang dipenuhi niat jahat.
• Emile belajar daripada alam semula jadi menggunakan
derianya seperti yang diajar oleh ibu bapanya dalam
suasana yang menyenangkan.
• Rousseau menggambarkan Emile sebagai seorang kanak-
kanak yang berkebolehan, dilahirkan dan membesar dalam
persekitaran yang tidak dicemari anasir-anasir luar.
Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)
• Pendidikan sepatutnya bermula sewaktu lahir sehingga seseorang
individu itu mencapai usia 25 tahun.

• keperluan untuk menyokong perkembangan semula jadi kanak-kanak,


di sebalik menggunakan arahan untuk mensosialisasikan kanak-kanak
dan menyediakan mereka untuk kehidupan.

• “Kebebasan, bukannya kuasa, adalah yang paling baik. Seseorang


manusia itu benar-benar bebas apabiladia menginginkan apa yang
mampu dia kecapi, dan melakukan apa yang diingini. Inilah moto asas
saya. Terapkannya pada zaman kanak-kanak dan semua peraturan
pendidikan akan terbit daripadanya” (Rousseau, 1762 ms. 48).
Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)

• Naturalisme bermaksud meninggalkan


pengaruh masyarakat yang palsu dan tidak
benar.

• Pendidikan naturalisme membenarkan


perkembangan individu tanpa sebarang
halangan atau gangguan.
Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)
• Kanak-kanak baik sewaktu lahir.
• Mereka perlu diberipeluang untuk
mengungkapkan kebolehan dan perasaan
mereka dengan bebas.
• Setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang
perlu dibina sepenuhnya.
• Keseimbangan sosial dan emosi perlu
diutamakan berbanding pengumpulan maklumat
dan kemahiran.
Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)

• Sumbangan terbesarnya ialah huraian ciri-ciri


semula jadi kanak-kanak berdasarkan umur
yang berbeza.

• Pandangan Rousseau terhadap pendidikan


tersebut telah membentuk kurikulum yang
disusun mengikut umur, serta minat dan
aktiviti kanak-kanak yang berbeza.
Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)

• Sumbangan terbesarnya ialah huraian ciri-ciri


semula jadi kanak-kanak berdasarkan umur
yang berbeza.

• Pandangan Rousseau terhadap pendidikan


tersebut telah membentuk kurikulum yang
disusun mengikut umur, serta minat dan
aktiviti kanak-kanak yang berbeza.
Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)
• Mencadangkan teori pendidikan yang menyatakan pembelajaran
berlaku menerusi pemerhatian langsung ke atas bahan maujud .

• Tidak guna buku teks.

• Kanak-kanak perlu didedahkan kepada penggunaan pelbagai objek


yang boleh digunakan untuk mengira, mengukur, menyukat,dan
membanding.

• Dengan membenarkan kanak-kanak menggunakan kebolehan semua


jadi mereka semasa meneroka objek-objek, mereka akan memahami
ciri- ciri objek tersebut seperti panas, sejuk, keras, saiz, dan bentuk.
Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)
• Mencadangkan teori pendidikan yang menyatakan pembelajaran
berlaku menerusi pemerhatian langsung ke atas bahan maujud .

• Tidak guna buku teks.

• Kanak-kanak perlu didedahkan kepada penggunaan pelbagai objek


yang boleh digunakan untuk mengira, mengukur, menyukat,dan
membanding.

• Dengan membenarkan kanak-kanak menggunakan kebolehan semua


jadi mereka semasa meneroka objek-objek, mereka akan memahami
ciri- ciri objek tersebut seperti panas, sejuk, keras, saiz, dan bentuk.
Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)
Keadaan
semulajad
i

Pendidika
n berlaku
melalui
sumber

Manusi Baha
a n
Johann Heinrich Pestalozzi
(1746-1827)
Johann Heinrich Pestalozzi
(1746-1827)
• Lahir di Zurich, Switzerland.
• Sangat dipengaruhi pemikiran Rousseau dan
bukunya Emile yang berkaitan dengan konsep
alam semula jadi.
• Beliau membeli sebuah ladang bagi menguji
kaedah pertanian.
• Minat yang mendalam terhadap pendidikan
muncul secara tiba-tiba dalam dirinya sewaktu
bekerja di ladangnya.
Johann Heinrich Pestalozzi
(1746-1827)
• Pada 1774, beliau membuka sebuah sekolah untuk
kanak-kanak miskin di ladangnya yang dinamakan
Neuhof.
• Pestalozzi membentuk pemikirannya yang
menyepadukan kehidupan di rumah, pendidikan
vokasional, dan pendidikan bagi membaca dan
menulis.
• Di sekolahnya, beliau menggunakan pandangan
Rousseau yang menjadikan keupayaan semula jadi
kanak-kanak sebagai asas pengajaran.
Johann Heinrich Pestalozzi
(1746-1827)
• Disebabkan pengaruh konsep semula jadi Rousseau yang
kuat, beliau mengajar anaknya Jean-Jacques berpandukan
Emile.
• Beliau gagal dalam mendidik anaknya menggunakan
pemikiran Rousseau kerana anaknya masih belum dapat
membaca dan menulis pada usia 12 tahun.
• Keadaan ini mungkin disebabkan oleh masalah fizikal
anaknya (anaknya menghidap epilepsi) atau juga mungkin
disebabkan oleh kegagalan beliau mentafsir pemikiran
Rousseau yang abstrak dan seterusnya kegagalan beliau
mengamalkan pemikiran tersebut.
Johann Heinrich Pestalozzi
(1746-1827)
• Hasil kerja beliau dibina di atas asas falsafah kanak-
kanak yang dijelaskan oleh Plato di mana zaman kanak-
kanak dilihat sebagai zaman keplastikan dan
pengungkapan kebaikan azali.
• Falsafah Pestalozzi: kanak-kanak belajar melalui
pemerhatian deria dan persepsi.
• Ia dipengaruhi oleh fokus Rousseau ke atas alam
semula jadi sebagai alat untuk kebebasan jiwa kanak-
kanak.
• Beliau mencipta kurikulum berpusatkan kanak-kanak
Johann Heinrich Pestalozzi
(1746-1827)
• Persekitaran sangat penting.
• Penyediaan persekitaran yang menyerupai rumah adalah
perkara terpenting dalam menyiapkan ruang bagi
pembelajaran kanak-kanak berasaskan pengalaman.
• Beliau percaya bahawa persekitaran yang menyerupai
rumah membentuk ketenteraman emosi, prinsip pertama
pendidikan.
• Berdasarkan pandangannya mengenai perkembangan
semula jadi, beliau mereka kurikulum berturutan di mana
bahan dan arahan selaras dengan tahap perkembangan
kanak-kanak.
Johann Heinrich Pestalozzi
(1746-1827)
Peranan guru
• Hubungan antara guru dan pelajar merupakan
hubungan antara ibu dengan anak
• Kesediaan kanak-kanak
• Kanak-kanak menyenangkan guru, bukannya
takutkan guru
• Tiada ganjaran—motivasi intrinsik
• Rumah dan sekolah sebagai berterusan
• Sikap guru yang memupuk
Johann Heinrich Pestalozzi
(1746-1827)
Peranan ibu bapa
• Ibu adalah guru terbaik dalam mendidik
kanak-kanak
Falsafah Pestalozzi
• Teknik pengajaran mengingat dan menghafal tidak
berkesan.
• Menekankan penggunaan bahan maujud dan
penerokaan kendiri dalam mengajar kanak-kanak.
• Sumbangan berharga Pestalozzi ialah pembentukan
kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan
keperluan individu.
• Beliau percaya kanak-kanak perlu terlibat dalam aktiviti
yang bermakna bagi mereka, iaitu yang berasaskan
minat dan pengalaman mereka.
Falsafah Pestalozzi
• Beliau turut mencadangkan agar kanak-kanak diajar
berdasarkan tahap keupayaan dan usaha mereka.
• Pestalozzi percaya bahawa pendidikan berasaskan
pengalaman deria.
• Kanak-kanak mampu mencapai potensi semula jadi mereka
melalui pengalaman deria yang bersesuaian.
• Teknik pengajaran berasaskan objek, yang berasal daripada
kepercayaan ini.
• Cara terbaik dalam konsep pembelajaran ialah menerusi
manipulatif seperti mengira, mengukur, merasa, dan
menyentuh.
Falsafah Pestalozzi
• Pengelompokan berbilang usia.

• Dalam kelompok sebegitu, kanak-kanak yang


lebih tua boleh membantu yang lebih muda.
Sumbangan Pestalozzi
• Bincangkan sumbangan Pestalozzi terhadap
pengajaran dan pembelajaran PAKK?
Al Ghazali
Al Ghazali
• Anak-anak ialah tanggungjawab ibu bapa. Jiwa
mereka adalah suci seperti mutiara, sangat
bernilai,murni, dan bebas daripada sebarang
kerosakan.
• Jika kanak-kanak dibesarkan dalam tingkah laku yang
baik, mereka akan membesar dalam persekitaran
yang baikdan menjadi manusia yang baik.
• Ibu bapa, guru, penjaga, dan orang lain yang terlibat
dalam mendidik kanak-kanak ini akan mendapat
ganjaran daripada Tuhan.
Al Ghazali
• Menekankan pemberian ganjaran kepada kanak-
kanak.
• Apabila kanak-kanak memperlihatkan tingkah laku
baik, mereka perlu diberi ganjaran dan dipuji untuk
menggembirakan hati mereka.
• Bagaimanapun, jika mereka secara tidak sengaja
telah melakukan kesalahan, ibu bapa perlu berpura-
pura tidak perasan kesalahan tersebut dilakukan dan
tidak memalukan mereka dengan menceritakan
kesalahan tersebut kepada orang lain.
Al Ghazali
• Mendidik kanak-kanak dengan amalan agama
yang bersesuaian seperti amalan khusus dan
amalan umum seperti sembahyang.

• Kaedah pengajaran ialah berperingkat dari


segi tingkah laku dan bacaan.
Imam Al-Ghazali
• menekankan aspek bermain kerana:
– tabiat kanak-kanak.
– membina tubuh yang kecil dan menguatkan otot.
– membuatkan kanak-kanak gembira.
– Bermain membolehkan kanak-kanak bersantai
setelah penat belajar.
Ibnu Khaldun
Ibnu Khaldun (1332-1406)

• Kanak-kanak tidak seharusnya diajar perkara yang


rumit.
• Belajar daripada yang paling senang kepada yang
paling susah secara berperingkat menggunakan
kaedah latih tubi dan bahan konkrit sebagai alat
bantu mengajar.
• Jangan bebankan kanak-kanak dengan perkara yang
melampaui kebolehannya kerana ia boleh
menyebabkan mereka tidak mahu belajar dan
bencikan apa yang diajar.
Ibnu Khaldun (1332-1406)

Kemahuan Motivasi

Pengukuhan Pemerhatian

Perbezaan
Ibnu Khaldun (1332-1406)

Cara mengajar kanak-kanak:


• menegah guru dan ibu bapa daripada
mengajar dengan cara kekejaman kerana ia
boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi
malas, penipu, dan berpura-pura demi
menyorokkan kebenaran.
• Sikap begitu akan menjadi kebiasaan dan
kanak-kanak boleh hilang sifat kemanusiaan.
Ibnu Khaldun (1332-1406)

Cara belajar
• Dari segi tempoh belajar, ia tidak sepatutnya terlalu
lama kerana kanak-kanak mungkin akan lupa.
• Mengajar dalam tempoh yang singkat
menggunakan kaedah yang betul akan menghasilkan
pembelajaran yang lebih bermakna.
• Darisegi bahasa, beliau menyatakan
bahawabahasaialah asas kepada ilmu pengetahuan.

Anda mungkin juga menyukai