Anda di halaman 1dari 27

OLEH : KHAYRUL SHAHIDA SHARIPPUDIN (S217866)

Falsafah berasal daripada perkataan Greek philosophia yang bermakna love of wisdom. Istilah falsafah pertama kali digunakan oleh Pythagoras yang membahagikan manusia kepada tiga jenis, iaitu:
Orang yang gemar akan keseronokan. Orang yang gemar akan aktiviti. Orang yang gemar akan kebijaksanaan (wisdom)

Socrates pernah menyatakan bahawa fungsi falsafah adalah untuk mendapatkan pengetahuan kendiri (selfknowledge) manakala Plato pula berpendapat bahawa matlamat falsafah adalah untuk memperoleh kebenaran yang mutlak. Bagi Aristotle disiplin ini berkaitan dengan penyelidikan sebab-sebab dan prinsip sesuatu benda.

Dari pandangan tokoh islam seperti Omar Al-Syaibani (1991), dalam mengehuraikan pengertian falsafah beliau menyatakan bahawa falsafah bukanlah hikmah itu sendiri, tetapi cinta akan hikmah dan berusaha untuk mendapatkannya. Seterusnya beliau berkata ...hikmah yang dicintai oleh filosof dan selalu berusaha mencapainya mengandungi lima unsur iaitu universal, pandangan yang luas cerdik, pandangan secara merenung (meditative) dan mengetahui pelaksanaan pengetahuan yang disertai dengan tindakan yang baik.

Falsafah pendidikan pula adalah satu set kepercayaan tentang bagaimana kanak-kanak berkembang dan belajar serta bagaimana meraka sepatutnya diajar. Falsafah hidup seseorang akan menentukan apa yang akan diajar kepada kanak-kanak. Morrison (2001) menyebut : Your philosophy of education is based on your philosophy of life. What you believe about yourself, about others, and about life infuses and determines your philosophy of education (hlmn. 13)

1. John Comenius 2. John Locke 3. Jean Jacques Rousseau 4. Johann Heinrich Pestalozzi 5. Friedrich Froebel 6. Maria Montessori 7. Jean Piaget 8. Lev Vygotsky 9. Howard Gardner 10. Imam al- Ghazali 11. Ibnu Khaldun

Comenius (1592 1670) mempercayai semua kanakkanak perlu menghadiri sekolah. Mereka belajar berkomunikasi melalui aktiviti lisan, menulis melalui aktiviti penulisannya dan berfikir melalui aktiviti yang membenarkan mereka berfikir dan belajar secara aktif. pendidikan haruslah berdasarkan keadaan semula jadi pembelajaran yang melibatkan penggunaan deria.

Berikut adalah antara prinsip pengajaran yang dinyatakan oleh Comenius yang boleh dijadikan panduan dalam mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran di tadika atau taska. Comenius menyatakan pendidikan akan lebih mudah jika: Bermula pada peringkat awal semasa otak masih bersih. Semasa otak bersedia untuk menerimanya. Bermula daripada umu kepada khusus. Daripada senang kepada susah. Tidak dibebankan dengan terlalu banyak matapelajaran. Proses tidak terlalu cepat. Berdasarkan umur dan kaedah yang betul. Diajar dengan menggunakan deria. Bahan pengajaran dipamerkan. Semua bahan yang diajar mengikut kaedah yang sama.

John Locke memfokuskan kepda pembinaan budi perkerti, perkembanagn moral, fizikal, dan mental. Locke menganggap proses pembelajaran lebih penting daripada hasil pembelajaran dan dengan ini proses pembelajaran dianggapnya sebagai matlamat terakhir pendidikan. individu menerima pengetahuan hasil pengalamannya yang dikaitkan dengan istilah tabula rasa atau blank slate. menekan penggunaan deria sebagai kaedah pendidikan yang berkesan untuk kanak-kanak. mengakui kepentingan permainan

Rousseau (1712 -1778), pandangannya dalam bidang pendidikan kanak-kanak disebut sebagai naturalism Rousseau melihat perkembangan kanak-kanak sebagai satu proses yang tidak boleh dipaksa ataupun dikawal. Menurut Rousseau, pendidikan kanak-kanak ada kaitan dan berasaskan cirri-ciri semula jadi kanak-kanak. Berdasarkan teori beliau, perkembangan kanak-kanak berlaku secara berperingkat, iaitu: Kanak-kanak baru lahir hingga lima tahun belajar melalui aktiviti fizikal. Kanak-kanak berusia lima tahun hingga 12 tahun belajar melalui penerokaan.

Dari segi kaedah pengajaran Rousseau menghendaki guru-guru mengalakkan kanak-kanak berkembang mengikut kebolehan semula jadi mereka. Menurut Morrison, (1995)
Parents and teachers allow children to develop according to their abilities, do not interfere with development by forcing education and tend not to overprotect them from the corrupting influences of society.

membuat pemerhatian terhadap perkembangan kanakkanak dan menyediakan pengalaman-pengalaman berdasarkan masa yang sesuai. Dalam Emile, Rousseau menyebut: All that we lack at birth and need when grown up is given bu education. This education comes to us from nature, from man, or from things. The internal development of our faculties and organs is the education of nature..it is not enough merely to keep children alive. They should learn to bear the blows of fortune; to meet either wealth or poverty, to live if need be in the frosts of iceland or on the sweltering rock of Malta (Morrison 1995:61

Pestalozzi (1746 -1827) yang terpengaruh dengan konsep semula jadi Rousseau telah mengasuh anaknya JeanJacques dengan menggunakan Emile sebagai panduan. Namun Pestalozzi menghadapi kegagalan dalam mendidik anaknya berdasarkan idea Rousseau. Salah satu sumbangan Pestalozzi yang berharga ialah pembentukan kaedah yang bersesuaian dengan keperluan individu. Mengikut Pestalozzi, kanak-kanak perlu mengambil bahagian dalam aktiviti yang bermakna dan berasaskan pengalaman hidup sebenar. Pestalozzi juga menggalakkan aktiviti yang berbentuk kumpulan dan terdiri daripada kanak-kanak yang berbeza dari segi umur. Dalam kumpulan sebegini kanak-kanak yang lebih besar dapat membantu kanak-kanak yang lebih kecil.

Sumbangan Froebel dalam pendidikan ialah dalam bidang pembelajaran, kurikulum, metodologi pengajaran dan latihan guru. Konsepnya tentang kanak-kanak dan bagaimana mereka belajar adalah berasaskan idea yang diistilahkan sebagai unfolding. Froebel menganggap kanak-kanak seperti benih yang baru ditanam kemudian bercambah dan mula mengeluarkan pucuk. Selepas tumbuh pokok itu membesar. Beliau mengumpamakan guru sebagai tukang kebun. Didalam kebunnya yang dipenuhi kanakkanak,mereka dididik dalam suasana yang tertutup, penuh dengan keharmonian dalam keadaan semula jadi.

Dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran, Froebel menekankan kaedah bermain dan belajar melalui praktikal. Beliau menyatakan bahawa bermain itu kehidupan dan merupakan tahap yang tertinggi dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui bermain kanak-kanak dapat melahirkan keunikan mereka. Bermain sesuatu strategi dalam pendidikan dianggap sumbangan Froebel yang terbesar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Menurut Morrison (1995: 65) Children unfold their uniqness in play and it is the area of unfolding and learning through play that Froebel makes one of his greatest constibutions to the early childhood curriculum

Menurut Froebel lagi, bagi mengajar kanak-kanak secara berkesan, seorang guru perlu menarik minat dan perhatian kanak-kanak. Apabila perhatian dan perasaan ingin tahu kanak-kanak terusik, secara tidak langsung mereka terdorong untuk belajar sesuatu yang baru.

Montessori percaya kanak-kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti apabila mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya. Dari kaedah pengajaran beliau menekankan kaedah yang bersesuaian dengan masalah pembelajaran kanakkanak. Alat mengajar yang disediakan perlu mempunyai cirri-ciri khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria.

Guru tidak boleh memaksa kanak-kanak menerima idea mereka. Montessori pernah menyebut: In conclusion we may say that the adult looks upon himself as the childs creator and judge the childs actiona as good or bad from the viewpoint of his own relations to the child. The adult makes himself the touch stone of what is good and evil in the child, the model upon which the child must be molded. Any deviation on the childs part from adult ways is regarded as an evil which the adult hastens to correct (Morrison, 1995:93)

Montessor mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antara konsep asas tersebut ialah:
Minda yang mudah menyerap. Persekitaran tersedia. Didikan diri. Bahan pembelajaran. Tempoh sensitif

Sumbangan Piaget dalam bidang awal kanak-kanak lebih berfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Pendekatan berasaskan teori Piaget turut menitikberatkan beberapa idea berikut: Secara semula jadi, setiap kanak-kanak terdorong untuk belajar. Pendekatan berasaskan teori Piaget turut menitikberatkan beberapa idea berikut:
Secara semula jadi, setiap kanak-kanak terdorong untuk belajar. Kanak-kanak membina pengetahuan mereka melalui penerokaan dan pengalaman berinteraksi dengan persekitarannya. Persekitaran kanak-kanak perlu dilengkapi dengan bahan dan aktiviti yang membenarkan mereka berinteraksi dengan persekitaran mereka.

Pengalaman pembelajaran adalah berasaskan aktiviti penerokaan dan penemuan. Setiap pembinaan pengetahuan adalah unik Peranan guru bukan untuk memberi jawapan. Guru hanya membantu membina pengetahuan kanak-kanak dengan menggalakkan mereka meneroka persekitaran dan membimbing mereka dalam proses pembinaan pengetahuan. Kurikulum dan pengalaman pembelajaran disusun, berasaskan minat kanakkanak dan memberi pendedahan kepada sesuatu pengalaman baru yang boleh mewujudkan rasa ingin tahu kanak-kanak. Proses mencari maklumat, menganalisis pengalaman dan membuat keputusan lebih penting daripada mempelajari fakta. Kanak-kanak akan mempelajar banyak fakta dan konsep, tetapi setiap pengetahuan ini berasaskan konteks pembelajaran yang bermakna. Dalam membentuk kurikulum pengalaman adalah penting membenarkan kanak-kanak memilih antara pelbagai jenis pengalaman yang dapat memberikan maklumat yang sama bergantung pada minat, kecenderungan dan peringkat perkembangan kanak-kanak.

Teori perkembangan Vygotsky amat berfaedah dalam memberikan gambaran tentang perkembangan mental, bahasa dan sosial kanak-kanak. Vygotsky menyebut bahawa: Learning awakens a variety of developmental processes that are able to operate only when the child is interacting with people in his environment and in collaboration with his peers.Once these process are internalized, they become part of the childs independent developmental achievement (Morrison 2001:82)

Karya Gardner banyak memberikan focus kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak dan orang dewasa. Antara sumbangan terbesar Gardner ialah teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligence). Gardner mendefinisikan kecerdasan sebagai the capacity to solve problems or to fashion product that are valued in one or more cultural setting. Gardner telah membahagikan kecerdasan kepada tujuh aspek iaitu:
bahasa logic-matematik ruang (spatial) muzik kinestatik interpersonal intrapersonal

Dalam kitab Ihya Ulumiddin anak-anak adalah amanat di tangan ibu bapa. Jika kanak-kanak dididik dengan perbuatan yang baik, ia akan membesar dalam persekitaran yang sedemikian dan akan menjadi manusia yang baik. Imam al-Ghazali mementingkan unsur ganjaran kepada kanak-kanak. Imam al-Ghazali juga sangat menekankan aspek bermain kerana katanya bermain adalah sifat semula jadi kanak-kanak, boleh menyihatkan tubuh yang kecil, menguatkan otot kanak-kanak, mendatangkan kegembiraan dan dapat merehatkan mereka selepas penat belajar.

Antara nasihat imam Al-Ghazali kepada guru adalah:


menjadi pengasuh yang kuat pegangan agama kerana ini memberikan kesan kepada kanak-kanak Perbaiki kelakuan buruk kanak-kanak dengan rahmah bukan dengan cara menempelak. Mengajar sekadar kemampuan mereka. Jangan mengajar terlalu tinggi sehingga menyusahkan mereka. Guru hendaklah beramal dengan ilmu yang diajari Guru harus mengikut jejak Rasulullah S.A.W iaitu mengajar ilmu tanpa mengharapkan balasan dan upah namun mengajar kerana Allah dan mencari keberkatan .

Ibnu Khaldun juga merupakan salah seorang ahli falsafah Islam yang turut mempengaruhi pendidikan awal kanak-kanak dengan teori yang dikemukakannya. Dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, antara nasihat Ibnu Khaldun adalah:
Kanak-kanak tidak harus diajar perkara yang susah. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah dengan berperingkat-peringkat dengan menggunakan latih tubi, dan bahan-bahan maujud sebagai alat bantu mengajar. Kanak-kanak tidak harus dibebankan dengan perkara-perkara di luar kemampuan mereka kerana hal ini akan menyebabkan mereka tidak mahu belajar, malas belajar dan mencerca pengajaran yang diberi.

Dalam buku Muqaddimah, Ibnu Khaldun menyebut: Kekerasan itu boleh menjadikan mereka malas dan mendorong mereka berbohong serta kelicikan. Yakni tindak-tanduk mereka adalah berbeza dengan apa yang difikirkan, sebabnya ialah mereka berasa takut didera sekiranya mereka menyatakan sesuatu yang benar.(Ibnu Khaldun1993:776) Dari segi masa belajar, Ibnu Khaldun menyatakan bahawa masa belajar tidak harus panjang kerana ini menjadikan kanak-kanak lupa.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai