Anda di halaman 1dari 30

MODUL 1

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SINOPSIS
Tajuk 1 mengandungi

tujuh topik. Topik ini membincangkan tentang konsep

pendidikan awal kanak-kanak dan matlamat serta objektif pendidikan prasekolah. Di


dalam

tajuk ini juga diterangkan tentang falsafah dan pandangan tokoh-tokoh

pengasas pendidikan awal kanak-kanak,

perkembangan pendidikan prasekolah

sama ada di luar negara dan di Malaysia.

Seterusnya, tajuk ini membincangkan

mengenai hak asasi kanak-kanak dan Akta Pendidikan 1996.

OBJEKTIF
Pada akhir tajuk ini, para pelajar akan dapat:
1.

Menghuraikan konsep pendidikan awal kanak-kanak, matlamat dan objektif


pendidikan prasekolah.

2.

Menjelaskan falsafah dan pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan


awal kanak-kanak serta perkembangan pendidikan prasekolah di luar
negara dan di Malaysia.

3.

Menghuraikan hak asasi kanak-kanak dan Akta Pendidikan 1996 (fasal 15,
20, 21, 22, 23 dan 24)

PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL


Sila jawab soalan-soalan ujian pra dan seterusnya membaca unit serta menjawab
latihan yang diberi.

Ujian Pra
1. Apakah yang anda faham dengan istilah pendidikan awal kanak-kanak?
2. Nyatakan dengan ringkas mengenai istilah pendidikan prasekolah di Malaysia?
3. Senaraikan tiga tokoh pendidikan awal kanak-kanak dan nyatakan secara ringkas
pandangan mereka.
4. Jelaskan secara ringkas perkembangan pendidikan prasekolah di zaman
sebelum merdeka dan selepas merdeka.
5. Terangkan secara ringkas mengenai pendidikan prasekolah yang terkandung
dalam Akta Pendidikan 1996.

1.1.1. Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Apakah yang anda faham dengan pendidikan awal kanak-kanak? Pendidikan
prasekolah di negara kita Malaysia merupakan program pendidikan yang memberi
layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga
enam tahun. Mengikut The National Association for The Education of Young Chidren
(NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda,
pendidikan awal kanak-kanak adalah seperti berikut:
The term early childhood refers to the period from birth to age eight,Early
chilhood program provide services for children from birth through age eight in part
day and full day group programs in centers, home and institution kindergartens and
primary school and recreational program. (Morrison, m.s. 24)

1.1.2. Konsep Pendidikan Prasekolah Di Malaysia


Pernahkah

anda

mendengar

tentang

pendidikan

prasekolah

di

Malaysia?

Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman


pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu
tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.

Unit 1.2.: Matlamat Pendidikan Prasekolah


Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua
aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

1.2.1. Objektif Pendidikan Prasekolah


Pendidikan Prasekolah membolehkan murid:
1. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif untuk
menjadi warganegara yang patriotik.
2. Menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul dan memperkembangkan
kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi.
3. Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk
berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina
dan Bahasa Tamil.
4. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan
kedudukan sebagai bahasa kedua.
5. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid
beragama Islam.
6.

Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

7.

Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran


menyelesaikan masalah.

8. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.


9. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan
kesihatan dan keselamatan yang baik.
10. Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan
warisan budaya.

Latihan 1.2:
1. Jelaskan matlamat pendidikan prasekolah di Malaysia?
2.

Senaraikan lima objektif pendidikan prasekolah.

Unit 1.3.: Falsafah dan Pandangan Tokoh-Tokoh Pengasas Pendidikan Awal


Kanak- kanak
Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh

bagi mengendalikan

pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pada pandangan


anda, adakah pandangan ahli falsafah mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk
kanak-kanak pada peringkat awal?
Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada;
1. Imam Al-Ghazali
2. Ibnu Khaldun
3. Johann Heinrich Pestalozzi
4. Friedrich Froebel
5. Maria Montessori
6. John Dewey
1.3.1 IMAM Al-GHAZALI
Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung
bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah
Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun 484 hijrah
beliau dilantik sebagai Naib Censelor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian
Tinggi Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria
dan ke Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.

Pandangan / Idea-idea beliau

Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan
kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia
tingkah lakunya.

Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum,
mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.

Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah


diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan
orang jahat dan tidak berbangga.

Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenangsenang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan
mereka.

Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan


menimbulkan kebencian mereka.

Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.

Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:


-

Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.

Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.

Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas


penat belajar.

Nasihat beliau kepada guru supaya:


-

Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.

Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak


mereka.

Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan


model tingkah laku yang baik.

1.3.2 IBNU KHALDUN

Beliau

banyak

memperkatakan

mengenai

persediaan

untuk

belajar,

pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan.


Pendapat beliau pada peringkat permulaan:

Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.

Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:

Berperingkat-peringkat

Mengadakan latih tubi

Menggunakan benda-benda maujud

Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar

Kanak-kanak jangan dibebankan

dengan

perkara-perkara

yang

diluar

kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka:

Tidak mahu belajar

Mencerca pengajaran yang diberi

Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi


contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.

Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum


menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya
pemikiran barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.

Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat


memahami apa yang disampaikan.

Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan
bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh
menyebabkan

mereka

menyembunyikan

yang

menjadi

pemalas,

sebenar,

pembohong,

membuat

tipu

berlagak

helah

dan

untuk
tidak

berperikemanusiaan.

Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa,


sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat
hasil pembelajaran yang baik.

Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran.

Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.

Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam


membentuk peribadi kanak-kanak.

1.3.3 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 1827)


Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. Beliau membuka sebuah sekolah di
ladangnya dikenali dengan nama Neohof pada tahun 1774. Di sekolah itu
diintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk
bacaan dan tulisan.
Idea-idea beliau mengenai pendidikan

Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang


ada padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada
idea yang abstrak.

Percaya

bahawa

pendidikan

adalah

diasaskan

kepada

pengalaman-

pengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai


potensi mereka yang semulajadi.

Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu,


pembelajaran

konsep

hendaklah

dengan

melalui

manipulatif

seperti

membilang, mengukur, merasa dan menyentuh.

Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata
pelajaran.

Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping).

Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.

1.3.4 FRIEDRICH FROEBEL (1782 1852)

Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai Bapa Tadika.
Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan
Kindergarten. Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap
manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan
manifestasi terhadap Tuhan.
Menurut beliau kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik
umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu
kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak
berkembang melalui main
Antara idea-idea Froebel ialah:
1. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik
perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang
terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan
taman-taman, binatang dan gambar-gambar.
2. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik
janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.
3. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan
objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan
warna.
4. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak
daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam
semulajadi.
5. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan
sosial kanak-kanak.

6. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanakkanak.


7. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah
berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak.
8. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu
diberi kebebasan.
9. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui
membuat.
10. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek
supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya.
11. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman
adalah penting bagi kanak-kanak.
12. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara
satu sama lain.
1.3.5 MARIA MONTESSORI (1870 1952)
Merupakan tokoh pendidikan di Rome. Berpengalaman mendidik kanak-kanak
yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat
di Rome. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanakkanak belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya
penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanakkanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Beliau
berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan
haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan

arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau,


pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu
perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani. Montessori mengemukakan
beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat
awal. Antaranya adalh konsep berikut;
a. Minda yang mudah menyerap
Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat
yang diterima

melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia

konsep tersebut.

untuk diajarkan

Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku

disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.


b. Persekitaran yang tersedia
Persekitaran

yang

menggalakkan

perkembangan

kanak-kanak

adalah

persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong


pembentukan

konsep

dan

pengetahuan

kanak-kanak

apabila

kanak-kanak

memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan


pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.
c. Didikan diri
Kanak-kanak

mampu

menjelaskan

persepsi

mereka

dan

menyusun

pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara
lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak
berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu
aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru
hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya
menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.

d. Bahan pembelajaran
Guru hanya menunjuk ajar cara yang betul bagaimana menggunakan bahan
tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan

sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi
memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran
mmerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan
pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep matematik;
kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif;
pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan
sains social; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui
pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.
e. Tempoh sensitif
Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak
menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak
menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan
sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh
sesuatu bahan pembelajaran.
Menurut falsafah Montessori;
1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara
menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.
2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanakkanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitive ini berbeza
mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak.
3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum
daripada orang dewasa.
4. Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus
belajar secara demikian apabila dewasa kelak.
5. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua
jenis pembelajaran.
6. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanakkanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman

sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan betul diri.


7. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan
kanak-kanak.
8. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun
dan bersaiz kanak-kanak.
9. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanakkanak belajar secara bebas.
10. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun
menentu arah pembelajaran mereka.
Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah
Montessori iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanakkanak. Antaranya ialah:
-

Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.

Konsep kebebasan

Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar

Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh

Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.

Pentingnya disiplin diri

Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak

Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya.


Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri.

Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang


disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara
sendiri.

1.3.6 JOHN DEWEY


Tokoh falsafah yang terkenal di Amerika. Beliau berpendapat bahawa

pendidikan adalah penghidupan tidak semata-mata persediaan untuk hidup tetapi


pendidikan adalah satu proses sosial yang mempunyai segala ilmu, pengalaman,
teori, pemikiran dan kenyataan kepada kanak-kanak. Beliau memperkenalkan kaedah
projek kepada kanak-kanak kerana kaedah ini berkait rapat dengan aktiviti dan gerak
kerja kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak haruslah berusaha ke arah
mencapai kejayaan. Pada pandangan beliau, dalam menyampaikan pelajaran kepada
kanak-kanak, guru perlu memulakan dengan kumpulan kecil, kemudian seorang demi
seorang. Menurut beliau, pendidikan yang sebenar adalah satu proses yang aktif
kepada kanak-kanak berdasarkan keadaan semulajadi mereka. Pendidikan perlu
disepadukan

dengan

kehidupan

kanak-kanak.

Kanak-kanak

perlu

dihormati.

Pembelajaran perlu dilaksanakan melalui pengalaman dan eksperimen.


Latihan 1.3:
1. Jelaskan perbezaan pandangan antara dua tokoh Psikologi Islam iaitu Imam
Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun mengenai pendidikan awal kanak-kanak.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep Taman Kanak-kanak yang
dinyatakan oleh Friedrich Froebel?
3. Jelaskan konsep asas dalam pembentukan kurikulum awal kanak-kanak oleh
Maria Montessori.

Unit 1.4 : Hak Asasi Kanak-Kanak

Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas Ia juga


meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan tanggungjawab
perlindungan oleh keluarga. Ia juga sekali lagi mengesahkan keperluan bagi
perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. Ia
meliputi hak sebelum dan selepas lahir, kepentingan hormat kepada nilai-nilai
kebudayaan komuniti kanak-kanak. Merupakan satu peranan yang amat penting bagi
kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-kanak.
Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan pendidikan yang
sesuai untuk kanak-kanak?
Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh
Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989
mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Di antara perkara yang berkaitan dengan
hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6, Perkara
18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.
1.4.1 PERKARA 6
1.

Negara-Negara

Pihak

mengiktirafkan

bahawa

tiap-tiap

kanak-kanak

mempunyai hak sedia ada untuk hidup.


2.

Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyak mungkin


boleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.

Kewujudan dan perkembangan


Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan Negara

mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak


itu.

1.4.2 PERKARA 18
1.

Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka


untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa
mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan
kanak-kanak. Ibu bapa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan,
penjaga di sisi undang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi
didikan dan perkembangan kanak-kanak. Kepentingan terbaik kanak-kanak
akan menjadi perhatian asas.

Tanggungjawab ibu bapa


Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak, dan
Negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah memberikan
bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak.
2.

Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam


Konvensyen ini, Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang
sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalam
melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah
memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi
jagaan kanak-kanak.

3.

Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk


memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak
mendapat faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang
mereka layak.

1.4.2 PERKARA 27
1.

Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup


yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan
dan sosial kanak-kanak itu.

Taraf hidup
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi
perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu
bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak
mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan
bahawa tanggungjawab ini boleh dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh
termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan anak-anak mereka.
2.

Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi
kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin, mengikut
kebolehan dan keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu bagi
perkembangan kanak-kanak itu.

3.

Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan


mereka, hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk
membantu ibu bapa dan orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak
itu

untuk

melaksanakan

hak

ini

dan

hendaklah,

jika

diperlukan,

memperuntukkan bantuan material dan program sokongan, terutamanya


berhubungan dengan pemakanan, pakaian dan perumahan.

4.

Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya


untuk menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak
daripada ibu bapa atau orang lain yang mempunyai tanggungjawab kewangan
terhadap kanak-kanak itu, baik dalam Negara Pihak dan dari luar negeri.
Secara khususnya, jika orang yang mempunyai tanggungjawab kewangan
terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainan daripada
negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklah menggalakkan
kesertaan

dalam

perjanjian

atarabangsa

atau

pembuatan

perjanjian

sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya.

1.4.4 PERKARA 28
1.

Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan, dan


dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas
dasar peluang yang sama, mereka hendaklah, secara khususnya:
(a)

Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara


percuma kepada semua;

(b)

Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai


bentuk,

termasuk

pendidikan

am

dan

vokasional, mengadakan

pendidikan itu dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan


mengambil

langkah

yang

sewajarnya

pendidikan

percuma

dan

menawarkan

seperti
bantuan

memperkenalkan
kewangan

jika

diperlukan;
(c)

Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan


melalui tiap-tiap cara yang sewajarnya;

(d)

Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan


diadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak;

(e)

Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara

tetap di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.


Pendidikan
Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk
memastikan bahawa

pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan

pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap
kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas
dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan
kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa
untuk melaksanakan hak ini.
2.

Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya


untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang
selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini.

3.

Negara-Negara

Pihak

hendaklah

kerjasama

antarabangsa

pendidikan,

khususnya

dalam
dengan

mempromosikan
perkara
tujuan

dan

menggalakkan

yang

berhubungan

dengan

untuk

menyumbang

kepada

pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh dunia dan memudahkan


akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran yang
moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepada
keperluan negara-negara membangun.

1.4.5 PERKARA 29
1.

Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah

dihalatujukan kepada:
Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanakkanak pada tahap potensi yang paling tinggi;
Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan
bagi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu;
Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan,
bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh
kanak-kanak itu, negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang
berbeza daripada tamadunnya sendiri;
Penyediaan

kanak-kanak

bagi

hidup

yang

bertanggungjawab

dalam

masyarakat yang bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi,


kesamaan jantina, dan persahabatan di kalangan semua orang, kumpulan
etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya penduduk asli;
Perkembangan rasa hormat bagi alam sekitar semula jadi.

Matlamat pendidikan
Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan personaliti,
bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling
tinggi. Pendidikan hendaklah menyediakan kanak-kanak itu untuk kehidupan dewasa
yang aktif dalam masyarakat yang bebas dan memupuk rasa hormat bagi ibu bapa
kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, dan bagi latar
belakang kebudayaan dan nilai orang lain.
2.

Tiada bahagian dalam perkara ini atau perkara 28 boleh ditafsirkan sebagai
mengganggu kebebasan individu dan badan untuk mewujudkan dan
mengarahkan institusi pendidikan tertakluk sentiasa kepada pematuhan
prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam perenggan 1 perkara ini dan kepada

keperluan bahawa pendidikan diberikan di institusi sedemikian hendaklah


mematuhi standard minimum yang ditetapkan oleh Negara.
Soalan latihan:
1. Apakah yang anda faham hak asasi ke atas kanak-kanak yang terkandung
dalam perkara 18?
2. Perkara 27 menitikberatkan perkembangan fizikal, mental, kerohanian,
kemoralan

dan sosial kanak-kanak, huraikan apa yang dimaksudkan?

3. Perkara 28 dan Perkara 29 mempunyai persamaan dari segi penekanan yang


lebih pada hak-hak pendidikan, apakah perbezaan antara keduanya?

Unit 1.5 : Perkembangan Pendidikan Prasekolah


1.5.1: Perkembangan Pendidikan Prasekolah Di Luar Negara.
Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika
pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich
Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori.Froebel adalah orang pertama
mendirikan tadika di dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan
tadika itu Kindergarten yang bermaksud Garden of Children.Prasekolah pertama di
dirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah
Scotland dan diberi nama The Infant School.
Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun1850 oleh Carl Schruz

dan seterusnya pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston.
Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanakkanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar
dan tidak mendapat pendidikan awal.
Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua.
Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand
sahaja. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada
tahun 1940 an.
1.5.2: Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia
1.5.2.1. Zaman Sebelum Merdeka

Pada tahun 1940 an prasekolah mula dibuka oleh missionari Kristian dengan
pendidikan

berpengaruhkan British dengan mengenakan yuran yang sangat mahal

dan anak-anak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu. Guru-guru prasekolah
pula terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan
pengalaman mengajar di prasekolah.
Zaman Selepas Merdeka
Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan
Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek
Head Start di Amerika Sharikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu
di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri
daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.
Pada tahun 1970,
KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali

Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar .Diikuti dengan penubuhan
prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976).
Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan
Pendidikan

Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah

percubaan di

seluruh Malaysia.Tahun 1972 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Ceras

telah melatih

seramai 137 orang guru-guru

sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam

pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah.


KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras
dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi
perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi
golongan berpendapatan rendah dan miskin.
Tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat
Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti
Malaya. Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk
membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari
1992, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat untuk
membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat di atas,
maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah
dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah,
maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program
peluasan prasekolah.

Di bawah ini disertakan bilangan kelas perluasan prasekolah Kementerian Pendidikan


bermula tahun 2002 hingga 2007.

TAHUN
2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007

BILANGAN KELAS
1131 ( sedia ada )
100
1500
1500
1500
1500
1600

Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun, bilangan


peluasan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri
juga bertambah dari setahun ke setahun. Di bawah ini disertakan pertambahan
tersebut.
Bilangan Kelas Prasekolah Peluasan 2004 Berdasarkan Negeri:

NEGERI

BILANGAN

Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
W.P. Labuan
W.P. Kuala Lumpur
Negeri Sembilan
Melaka
Perlis
Johor
Pahang
Sarawak
Terengganu
Kelantan
Sabah
Pendidikan Khas

KELAS
97
46
196
171
3
20
79
60
15
196
128
146
101
67
148
28

UNIT 1.6: TRANSISI RUMAH KE PRASEKOLAH

Konsep:
Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan
kepada satu keadaan yang lain.
Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2:
* Transisi rumah ke prasekolah
* Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu)
Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak
menghadapi perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak
formal dari keluarga ke tadika atau prasekolah.
Tujuan program Transisi:

Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan


kawan baru serta pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.

Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan


jasmani kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun Satu.

Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah


tanpa banyak masalah.

Peranan guru prasekolah


a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu bapa
akan merasa yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah.
b) Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik,pembimbing dan pengasuh
kanak-kanak .Guru prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa

dan sebagai model yang baik kepada kanak-kanak.Dengan ini, kanak-kanak


merasa suasana di prasekolah seperti di rumah mereka.

c) Guru prasekolah berperanan membantu kanak-kanak menyesuaikan diri


dengan rakan dan persekitaran yang baru di prasekolah.
d) Guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan
pengalaman yang berbeza dengan memberi layanan yang sesuai.
e) Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang berbeza
dengan amalan yang berlaku di rumah mereka.

Peranan pembantu prasekolah


a) Melayan kanak-kanak dengan mesra supaya kanak-kanak merasa
mereka tidak berada di tempat yang asing. Contoh membawa kanakkanak ke tandas.
b) Membantu kanak-kanak menguruskan diri di prasekolah seperti
sewaktu makan, rehat dan bermain.
c) Mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di
prasekolah.
d) Membantu guru dalam pengurusan kanak-kanak di prasekolah.
Soalan Latihan
1. Jelaskan konsep transisi dari rumah ke sekolah.
2.

Pada pendapat anda, mengapakah program transisi perlu.

3. Bincangkan peranan guru dan pembantu prasekolah bagi menjayakan

program transisi dari rumah ke prasekolah.

UNIT 1.7: AKTA PENDIDIKAN 1996


Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagi
mengadakan peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Sejauhmanakah Akta Pendidikan 1996, mempengaruhi penubuhan dan perlaksanaan
prasekolah di Malaysia?
Pendidikan Prasekolah ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari
empat hingga enam tahun.
1.7.1 FASA 15 SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Sistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada;
(a)

Pendidikan prasekolah

(b)

Pendidikan rendah

(c)

Pendidikan menengah

(d)

Pendidikan lepas menengah

(e)

Pendidikan tinggi

Tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa.


1.7.2 FASA 20 LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN, PENGENDALIAN ATAU
PENGURUSAN TADIKA
(1)

Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan


melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah akta ini.

(2)

Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan


suatu kesalahan.

1.7.3 FASA 21 KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA.


Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan dan
menyenggarakan tadika.

1.7.4 FASA 22 KURIKULUM PRASEKOLAH

KEBANGSAAN

HENDAKLAH

DIGUNAKAN OLEH SEMUA TADIKA


(1)

Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai


Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh
semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

(2)

Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1)


hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka
akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh Pendidikan
Prasekolah masing-masing.

(3)

Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa


kurikulum

sebagai

tambahan

kepada

Kurikulum

Prasekolah

Kebangsaan hendaklah, sebelum melaksanakan kurikulum tambahan


sedemikian, memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itu
mengikut cara yang ditetapkan.
(4)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah melakukan


suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
satu tahun atau kedua-duanya.

1.7.5 FASA 23 BAHASA PENGANTAR DI TADIKA


Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa
kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu
tadika

menggunakan

bahasa

selain

daripada

bahasa

kebangsaan, bahasa

kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.

1.7.6 FASA 24 KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN


DENGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan bab ini.
Soalan latihan
1.

Apakah yang terkandung dalam fasa 20, iaitu larangan terhadap


penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika?

2.

Siapakah yang berhak menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai


Kurikulum Prasekolah Kebangsaan? Apakah denda yang patut dikenakan
apabila melanggar kurikulum yang ditetapkan?

Rujukan:
1.

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan Terpilih dan Education Act 1996
(Act 550) & Selected Regulations. Lembaga Penyelidikan Undang-undang,
International Law Book Services, Kuala Lumpur 1998.

Arahan
Anda dikehendaki menjawab soalan-soalan ujian post
Ujian Post

1. Apakah yang anda faham dengan istilah pendidikan awal kanak-kanak?


2. Nyatakan dengan ringkas mengenai istilah pendidikan prasekolah di Malaysia?
3. Senaraikan tiga tokoh pendidikan awal kanak-kanak dan nyatakan secara ringkas
pandangan mereka.
4. Jelaskan secara ringkas perkembangan pendidikan prasekolah di zaman
sebelum merdeka dan selepas merdeka.
5. Terangkan secara ringkas mengenai pendidikan prasekolah yang terkandung
dalam Akta Pendidikan 1996.

BIBLIOGRAFI
Barbara J.Taylor ( 2004 ), A Child Goes Forth, A curriculum Guide For Preschool
Children, New Jersey : Pearson Parentice Hall.
Morrison G.S ( 2001 ), Early Childhood Education Today ( 8th Edition ), New Jersey :
Merill Printice Hall.
Brewer, J.A ( 1992 ) Introduction to Early Childhood Education Preschool Through
Primary Grade, Boston : Ally and Bacon.

Essa,E (2002 ), Introduction to Early Childhood Education ( 3rd Education ), Albany


Delmar Publishers.
Mohamad Bin Aman dan Kasim Bin Abd. Majid (2003). Asuhan dan Pendidikan Awal
Kanak-kanak, Kajang; Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Mohd. Sharani Ahmad (2004). Psikologi Kanak-Kanak. Bentong; PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah,
Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Spodek B & Sarach O.N, ( 1994 ), Right From The Start, Teaching Children Ages Three
to Eight, Massachessetts : Ally and Bacon.

PANEL
1. Pn. Normah binti Mat Daut
Maktab Perguruan Batu Pahat
2. Pn. Haslina binti Hanafi
Maktab Perguruan Tuanku Bainun
3. Pn. Hjh. Fatimah binti Adam
Maktab Perguruan Batu Rakit
4. Pn. Norizam binti Shariat
Institut LAtihan KEMAS Seri Iskandar
5. Pn. Hjh Hasnah binti Abu Hassan
KEMAS Negeri Pahang

Anda mungkin juga menyukai