Alhamdulillah, solawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallAllahu alaihi wasallam yang dengan nikmat utusan ALLAH melalui Baginda, dapat kita nikmati nikmat Iman dan Islam pada hari ini. InsyaALLAH, di sini saya cuba ringkaskan beberapa maklumat berkenaan kelahiran dan kehidupan insan mulia yang kita semua sama-sama sayangi dan kasihi sepenuh hati kita. Saya petik dari kitab al-Rahiq al-Makhtum, tulisan Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri. Mudah-mudah2an bermanfaat buat kita semua, insyaALLAH. Abdullah dan Aminah
Abd al-Muttalib telah memilih Aminah binti Wahb bin Abd manaf bin Zuhrah bin Kilab menjadi isteri anaknya, Abdullah. Aminah dianggap wanita yang paling mulia ketika itu dari sudut keturunan dan kedudukan. Bapanya ialah ketua Bani Zuhrah. Abd al-Muttalib telah mengutus Abdullah ke Yathrib untuk mengambil bekalan dagangan untuk didagangkan di Syam. Abdullah telah meninggal dunia di Yathrib dan dikebumikan di Dar al-Nabighah alJadi. Ketika itu, Abdullah berusia 25 tahun.
Dilahirkan di penempatan Bani Hashim di Mekah sebagai anak yatim. Dilahirkan pada hari Isnin, 9 Rabiul Awwal tahun pertama peristiwa gajah, bersamaan 20 atau 22 April 571 Masehi. Peristiwa luar biasa (irhas) yang berlaku ketika dilahirkan: o 14 lengkungan gerbang Istana Kisra gugur o Api sembahan orang Majusi terpadam o Gereja-gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh Apabila Abd al-Muttalib mendapat tahu berita kelahiran cucunya itu, dia terus ke Kabah lalu berdoa dan bersyukur. Lantas diberi nama MUHAMMAD, nama yang cukup asing bagi masyarakat Arab ketika itu. Orang yang pertama menyusukan Nabi, selepas ibunya ialah Thuwaybah, iaitu seorang hamba kepada Abu Lahab.
Menurut adat masyarakat Arab setempat, bayi yang baru lahir akan disusukan oleh perempuan yang berada di luar dari masyarakat setempat, supaya bebas dari dijangkiti
penyakit masyarakat setempat, menguatkan fizikal kanak-kanak, mengukuhkan urat saraf serta memahirkan anak terebut dengan bahasa Arab jati sejak kecil lagi. Abd al-Muttalib telah menyerahkan bayi bernama Muhammad untuk dipelihara oleh Bani Saad dan disusukan oleh Halimah al-Sadiyyah. Selepas 4 atau 5 tahun kelahiran, telah berlaku peristiwa pembelahan dada Baginda sallAllahu alaihi wasallam oleh Jibril.
Selepas peristiwa pembelahan dada itu, Halimah risau akan keselamatan Muhammad sallAllahu alaihi wasallam, lalu memulangkan Baginda kepada ibunya, Aminah. Aminah dan anak yatimnya itu telah membuat keputusan untuk menziarahi kubur suaminya di Yathrib, dengan ditemani oleh Abd al-Muttalib dan Ummu Ayman (pembantu wanita). Mereka menetap di Yathrib (Madinah) selama sebulan. Dalam perjalanan pulan ke Makkah, Aminah jatuh sakit lalu meninggal dunia di Abwa, iaitu kawasan di antara Makkah dan Yathrib (Madinah). Anak kecil bernama Muhammad sallAllahu alaihi wasallam itu terpaksa menjadi anak yatim piatu pada umur 6 tahun.
Abd al-Muttalib sayu dan sedih dengan kejadian yang berlaku. Peristiwa lama iaitu kematian anaknya Abdullah kembali datang menerjah ke dalam memorinya. Beliau membawa pulang anak kecil itu ke Makkah dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Apabila umur Muhammad sallAllahu alaihi wasallam mencecah 8 tahun, 2 bulan dan 10 hari, datuknya Abd al-Muttalib pula meninggal dunia di Makkah. Abd al-Muttalib sempat berwasiat agar Muhammad sallAllahu alaihi wassalam dijaga oleh Abu Talib, bapa saudaranya iaitu saudara kandung bapanya.
Abu Talib telah menjalankan amanah menjaga Muhammad sallAllahu alaihi wasallam dengan sesempurna mungkin. Muhammad sallAllahu alaihi wasallam telah mendapat perlindungan dan penjagaan dari Abu Talib sehingga akhir hayat Abu Talib. Antara peristiwa penting yang berlaku sepanjang bersama Abu Talib ialah: o Hujan turun dengan berkat peribadi anak kecil bernama Muhammad sallAllahu alaihi wasallam. Yang mana ketika itu Makkah dilanda kemarau. o Pada umur Baginda 12 tahun, Abu Talib yang ketika itu membawa Baginda berdagang ke Syam telah ditegur oleh seorang Rahib bernama Jarjis, atau lebih dikenali sebagai Bahira. Setelah melihat ciri-ciri yang ada pada Baginda, Bahira telah memberitahu kepada Abu Talib, Inilah ketua seluruh alam, budak ini diutuskan oleh ALLAH sebagai rahmat untuk sekalian alam. Bahira menasihatkan agar budak tersebut tidak dibawa ke Syam, kerana ditakuti akan
o o
dilakukan sesuatu yang buruk kepadanya. Lalu Muhammad sallAllahu alaihi wasallam dibawa pulang ke Makkah semula. Pada umur 15 tahun, Baginda telah ikut membantu dalam peperangan yang dipanggil Peperangan Fijar. Peperangan tersebut adalah di antara orang Quraisy dan sekutu2 mereka dari Bani Kinanah dengan Qays bin Aylan. Pada zaman remaja, Baginda tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Banyak riwayat mengatakan Baginda mengembala kambing. Pada usia 25 tahun, Muhammad sallAllahu alaihi wasallam telah dikenali sebagai seorang yang amanah. Atas sifat amanahnya itu, Khadijah binti Khuwaylid iaitu pedagang dan hartawan telah memilih Baginda untuk membawa dagangannya ke Syam. Baginda dibantu oleh hamba Khadijah yang bernama Maysarah untuk berniaga di Syam. Kembali dari urusan perdagangan, Khadijah tertarik dengan kebolehan Baginda yang telah meraih keuntungan yang banyak dari perniagaan tersebut. Malah yang lebih penting ialah perwatakan Baginda yang berakhlaq mulia, berfikiran tajam, tutur kata yang benar dan bersifat amanah. Maklumat ini diperolehi dari Maysarah. Khadijah yang sebelum ini selalu gagal dilamar oleh para pembesar Quraisy, telah tertarik dengan Muhammad sallAllahu alaihi wasallam. Khadijah ketika itu berumur 40 telah menyatakan hasrat untuk mengahwini Baginda, dan Baginda setuju. Lamaran telah dibuat oleh bapa-bapa saudara Baginda. Pada usia 35 tahun, Baginda membawa peranan yang besar dalam pembinaan semula Kabah dan Isu Tahkim. Pada usia 40 tahun, Baginda telah menerima wahyu dari ALLAH. Pada saat inilah, kehidupan Baginda sallAllahu alaihi wasallam mula menerima pelbagai tentangan dan halangan yang besar. Dan Abu Talib telah banyak bertindak melindungi Baginda sehinggalah Abu Talib meninggal dunia
Menurut pengiraan, peristiwa ini berlaku pada hari Isnin, 21 Ramadhan di waktu malam, bersamaan 10 Ogos 610M. Ketika itu umur Baginda sallAllahu `alaihi wasallam adalah 40 tahun qamariyyah (perkiraan bulan), 6 bulan dan 12 hari. Iaitu kira-kira 39 tahun shamsiyyah (perkiraan matahari), 3 bulan dan 12 hari. Selepas beberapa hari selepas peristiwa tersebut berlaku, turun pula wahyu yang kedua kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam. Wahyu tersebut ialah ayat 1-5 dari surah Al-Muddaththtir.
ramai lagi. Golongan yang terawal memeluk Islam ini digelar sebagai al-Sabiqun al-Awwalun. Dikatakan bilangan mereka melebihi 40 orang. Walau bagaimanapun, bilangan mereka dipersilihi di kalangan para ulama. Antara perintah awal yang diturunkan ialah perintah mendirikan solat. Pada permulaan Islam, ALLAH mewajibkan solat 2 rakaat pada waktu pagi dan 2 rakaat pada waktu petang. Sepanjang tempoh rahsia ini, terbentuk persaudaraan akrab di kalangan orang yang memeluk Islam. Setelah hampir 3 tahun, orang-orang Quraisy Makkah mula mengetahui dakwah sulit itu. Walaupun pada awalnya mereka tidak mempedulikan, namun mereka tetap menghantar orang untuk mengintip untuk mengetahui hasil dakwah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.
1. Menghantar rombongan untuk bertemu dengan Abu Talib untuk meminta kebenaran agar mereka boleh mengenakan tindakan terhadap Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. Namun, Abu Talib telah menjawab permintaan mereka dengan lemah-lembut dan menolak permintaan mereka. 2. Musyrikin Makkah risau yang dakwah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam akan tersebar kepada jemaah haji yang akan datang beramai-ramai ke Makkah. Mereka berbincang bagaimana untuk menyekat dakwah Baginda agar tidak sampai kepada jemaah haji. Mereka menuduh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam sebagai ahli sihir. Abu Lahab mengikut Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam ke mana sahaja Baginda pergi. Dia mengatakan kepada jemaah haji yang mendengar dakwah Baginda bahawa Baginda adalah orang yang telah keluar agama dan pembohong. Perbuatan ini tersebar hingga ke seluruh tanah Arab apabila jemaah haji pulang ke tempat masing-masing. 3. Mengejek, memperleceh, memperolok-olok, mendusta dan mentertawakan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam serta pengikut-pengikut Baginda. Ini bertujuan untuk membuatkan pengikut-pengikut Baginda berasa lemah semangat dan tertekan. Rujuk ayat 6 dari surah Al-Hjir, ayat 4 dari surah Sad, ayat 51 dari surah al-Qalam, ayat 53 dari surah al-An`am dan ayat 2933 dari surah Al-Mutaffifin. 4. Mengganggu ajaran-ajaran Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, menimbulkan syak serta memperbanyakkan dakyah palsu supaya orang awam tidak mendapat ruang fikir untuk berfikir tentang dakwah Baginda. Rujuk ayat 5 dari surah al-Furqan. 5. Membandingkan al-Quran dengan cerita-cerita dongeng dahulu kala. Al-Nadr bin al-Harith yang mahir tentang cerita-cerita Raja Parsi, Rustam dan Aspandiar selalu menyusuli dakwah Baginda sallAllahu `alaihi wasallam dengan cerita beliau untuk menunjukkan bahawa dia juga pandai bercerita jika dibandingkan dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. 6. Menghantar penyanyi wanita kepada lelaki yang cenderung kepada dakwah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. Ini supaya hilang kecenderungan lelaki tersebut untuk mengikuti dakwah Baginda. 7. Tawar-menawar dengan mempertemukan Islam dan Jahiliyyah. Antaranya ialah bergilir-gilir sembah tuhan mereka setahun, dan sembah Tuhan Muhammad selama setahun. Dan ada juga yang tawaran mengajak samasama menyembah tuhan di antara satu sama lain untuk melihat tuhan manakah yang lebih baik. Tawar-menawar ini telah disuruh ALLAH Taala berkata dengan tegas bahawa tiada tawar-menawar di dalam agama. Perkara ini dirakam di dalam surah al-Kafirun. 8. Dilakukan penindasan, penghinaan dan penyeksaan terhadap orang-orang yang miskin dan lemah yang mengikuti dakwah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.
Disebabkan oleh penindasan yang dahsyat yang dikenakan oleh musyrikin Makkah ke atas orang-orang Islam, maka sebahagian besar terpaksa menyembunyikan keIslaman mereka. Kerana jika dizahirkan, maka akan berlaku pertumpahan darah dan penghapusan ummat Islam. Oleh itu, adalah lebih hikmah jika semua aktiviti dan ibadah mereka dilakukan secara tersembunyi.
Rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam al-Makhzumi yang terletak di atas Bukit Safa yang kedudukannya agak terpencil telah dijadikan sebagai pusat dakwah dan tempat berkumpul ummat Islam pada tahun ke-5 kenabian. Walau bagaimanapun, berbeza dengan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda tetap melakukan dakwah secara terangterangan dan beribadah berhampiran dengan kaum musyrikin tanpa ada yang dapat menghalang. Antara faktornya ialah Baginda telah mendapat perlindungan dan jaminan daripada Bani Hashim dan Bani `Abd al-Muttalib, khususnya oleh Abu Talib yang merupakan orang penting dan ternama di kalangan Quraisy. Begitulah sedikit ringkasan kisah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pada awal tempoh Baginda menerima wahyu. Betapa peritnya halangan yang terpaksa Baginda tempuhi dalam membawa risalah agung dari ALLAH Subhanahu wa Taala ini. Bukanlah mudah untuk Baginda membawa mesej mulia ini ke tengah-tengah masyarakat, apatah lagi mendapat tentangan yang sangat kuat dari segenap lapisan masyarakat, terutamanya dari golongan pembesar-pembesar dan hartawan. Justeru, hendaklah kita bersyukur dan mengambil pengajaran dari kisah ini. Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas dan lebih menyentuh perasaan, kajilah kisah insan mulia ini iaitu Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. Nescaya akan terbit rasa cinta dan sayang kepada Baginda lantaran pengorbanan yang telah Baginda lakukan demi menyebarkan dakwah. Antara cara yang mudah ialah dengan mendapatkan buku sirah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam yang berada di pasaran seperti buku Ar-Rahiq Al-Makhtum susunan Sheikh Safiyyu ar-Rahman al-Mubarakfuri. Tulisan di atas diringkaskan dari apa yang terkandung di dalam buku tersebut.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah mengetahui tentang kisah seorang raja Habsyi yang adil bernama Ashamah al-Najashi. Tidak ada seorang pun yang dizalimi olehnya. Lalu Baginda sallAllahu `alaihi wasallam telah menyuruh sebahagian ummat Islam agar melarikan diri ke Habsyah untuk menyelamatkan diri. Peristiwa ini berlaku pada bulan Rejab tahun ke-5 kenabian. Kumpulan ini terdiri daripada 12 orang lelaki dan 4 orang wanita. Mereka diketuai oleh `Uthman bin `Affan. Ruqayyah, puteri Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam turut bersama di dalam kumpulan ini. Di Habsyah, mereka mendapat tempat kediaman yang lebih baik. Penindasan yang semakin berat oleh musyrikin Makkah telah membuat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam mencadangkan agar sebahagian ummat Islam berhijrah ke Habsyah seperti kumpulan pertama. Hijrah kali ini lebih sukar kerana musyrikin Makkah telah bersiap sedia lebih awal untuk menggagalkannya. Namun, dengan izin ALLAH Taala, mereka dapat juga meloloskan diri berhijrah ke Habsyah. Kumpulan ke-2 ini lebih ramai, iaitu seramai 83 orang lelaki dan 28 orang wanita.
`Abdullah bin Abi Rabiah terpaksa balik dengan kecewa, malah dipulangkan balik hadiahhadiah yang mereka bawa sebagai tanda ketidaksudian Raja Najashi.
Manakala `Umar al-Khattab radhiAllahu `anhu telah memeluk Islam 3 hari selepas Hamzah radhiAllahu `anhu memeluk Islam. Dengan keIslaman 2 individu ini, maka Islam telah dikuatkan. Ummat Islam semakin berani untuk beribadah secara terang-terangan dan malah beribadah di sisi Ka`bah. Mereka tidak takut lagi untuk berkumpul dan duduk berhalaqah di sekitar masjid dan untuk bertawaf di Ka`bah. KeIslaman 2 individu ini memberikan keuntungan yang besar kepada perjuangan dakwah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.
Setelah 3 tahun berlalu, akhirnya perjanjian pemulauan itu dibatalkan pada bulan Muharram tahun ke-10 kenabian. Hal ini terjadi lantaran terdapat di kalangan orang-orang Quraisy sendiri yang tidak setuju dengan pemulauan itu. Mereka telah menjalankan usaha untuk membatalkannya. Usaha tersebut telah dimulakan oleh Hisham bin `Amru dari Bani `Amir bin Luay, iaitu seorang yang sering membekalkan makanan secara sembunyi kepada bani Hashim pada waktu malam. Ketika Hisham bin `Amru dan beberapa orang lain yang setuju dengan beliau berdebat dengan Abu Jahal tentang perjanjian pemulauan itu, datanglah Abu Talib menghampiri mereka. Abu Talib membawa berita dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang mengatakan bahawa kandungan perjanjian itu telah dimakan oleh anai-anai kecuali tulisan nama ALLAH sahaja yang tidak dimakan. Apabila diperiksa, memang betul apa yang dikatakan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. Walaupun penduduk Makkah telah melihat suatu peristiwa aneh yang merupakan mu`jizat Nabi, namun mereka tetap berdegil untuk menerima da`wah Baginda.
Tahun Dukacita
Sakit Abu Talib semakin berat. Pada bulan Rejab tahun ke-10 kenabian, Abu Talib yang selama ini membela dan melindungi Baginda akhirnya meninggal dunia. Datanglah kesedihan kepada Nabi Muhammad kerana Abu Talib tidak masuk Islam. Hatta, di akhir hayat Abu Talib, Nabi telah cuba mengIslamkannya, namun disebabkan ketika itu Abu Jahal ada di sisi Abu Talib dan mempengaruhinya, maka Abu Talib telah mati dalam keadaan tidak beragama Islam.
Pada tahun yang sama, Khadijah Ummul Mukminin radhiAllahu `anha pula meninggal dunia. Beliau meninggal dunia pada bulan Ramadhan ketika usianya 65 tahun dan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam ketika itu berusia 50 tahun. Sesungguhnya Khadijah adalah antara satu nikmat terbesar yang ALLAH kurniakan buat Baginda. Khadijah telah hidup bersama Baginda selama 25 tahun merasai saat-saat mencemaskan, membantu Baginda berdakwah dan menemankan Baginda tatkala suasana sukar dan getir. Beliau telah banyak mengorbankan kepentingan dirinya dan hartanya untuk Islam. Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda: Dia (Khadijah) beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketiak orang ramai menghalangku dan ALLAH mengurniakan kepadaku anaknya dan menghalangku mendapat anak daripada selainnya. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya) Kematian dua insan penting dalam kehidupan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam ini betulbetul menyedihkan Baginda. Apatah lagi ia berlaku secara berturut-turut pada tahun yang sama. Setelah kematian Abu Talib dan Khadijah, kaum Quraisy Makkah semakin berani dan terbuka mengganggu dan menyakiti Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. Disebabkan oleh tindakan yang melampau dilakukan oleh kaum Musyrikin, Nabi membuat keputusan untuk cuba untuk berdakwah di Taif pula. Nabi ke sana dengan ditemani oleh Zaid bin Harithah. Sampai di sana, layanan mereka lebih teruk lagi ke atas Nabi. Nabi bukan sahaja diejek dan dihina, malah penduduk-penduduk Taif telah berbaris melemparkan batu kepada Nabi.
Kedudukan Ta'if dari Makkah Semua ummat Islam telah dicengkam dengan dahsyat sekali. Sehingga Abu Bakr pun terpaksa berhijrah ke Habsyah, tetapi dalam perjalanan beliau ke sana, beliau telah dibawa ke Makkah oleh Ibn al-Daghinah dengan berjanji untuk melindunginya. Tahun ke-10 kenabian telah digelar sebagai Tahun Kesedihan lantaran bertubi-tubi kesedihan dan cabaran getir yang menimpa Rasulullah dan ummatnya.
jin untuk mendengar ayat-ayat al-Quran ketika Baginda sampai di Lembah Nakhlah, telah menaikkan semangat Baginda sallAllahu `alaihi wasallam untuk meneruskan da`wah dan merancang strategi baru.
Isra Mi`raj
Pada saat dakwah Nabi kelihatan seperti samar masa depan, ALLAH telah menghadiahkan Nabi dengan suatu peristiwa agung iaitu Isra Mi`raj. Ada beberapa pandangan tentang bila berlakunya Isra Mi`raj. Sheikh Safiyyu ar-Rahman al-Mubarakfuri iaitu penulis ar-Rahiq alMakhtum memilih samada ia berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-12 kenabian, atau bulan Muharram tahun ke-13 kenabian, atau bulan Rabi`ul Awwal tahun ke-13 kenabian. Di dalam peristiwa yang agung ini, Nabi telah diperjalankan secara dari Makkah ke Masjid alAqsa di Baitul Maqdis, lalu diangkat ke Sidratul Muntaha untuk mengadap ALLAH. Setelah menerima pensyariatan solat fardhu sebanyak 5 kali sehari semalam, Nabi pun pulang semula ke Makkah. Peristiwa ini berlaku pada satu malam dan ia benar-benar menguji keimanan orangorang Islam pada ketika itu. Ada yang setelah mendengar peristiwa ini tetap beriman malah semakin teguh iman mereka, ada yang ragu-ragu dan ada yang terus murtad. Abu Bakr digelar as-Siddiq kerana beliau adalah orang pertama yang membenarkan kata-kata Nabi tanpa ragu.
Bai`ah Pertama
Pada musim haji tahun ke-12 kenabian, Nabi telah membuat pertemuan dengan 12 orang lelaki dari Yathrib, lanjutan dari pertemuan pertama di `Aqabah, Mina pada tahun ke-11 kenabian.
Kesemua 12 orang lelaki itu telah bersetuju masuk Islam dan berbai`ah dengan Nabi. Nabi telah menghantar seorang pemuda bernama Mus`ab bin `Umair untuk mengikut rombongan 12 orang tersebut pulang ke Yathrib. Tujuannya ialah supaya Mus`ab bin `Umair dapat mengajar orangorang yang masuk Islam di Yathrib tentang syari`at-syari`at Islam. Sebelum tiba musim haji tahun ke-13 kenabian, Mus`ab pulang ke Makkah bertemu Nabi dengan membawa berita yang menggembirakan. Banyak penduduk Yathrib dari pelbagai perkampungan menerima ajaran Islam.
Bai`ah Kedua
Pada musim ke-13 kenabian, seramai 70 orang lelaki dan 2 orang wanita beragama Islam dari Yathrib datang ke Makkah untuk mengerjakan haji. Mereka datang bersama jemaah haji lain yang masih syirik. Kali ini telah berlaku bai`ah kedua dengan kandungan perjanjian yang lebih tegas dan serius iaitu dalam hal taat setia atas segala suruhan Nabi dan sanggup melindungi Nabi walau dalam keadaan apa sekali pun. Seramai 12 orang naqib telah dilantik bagi memikul tanggungjawab memimpin kaum mereka ketika Yathrib. Daripada 12 orang itu, 9 orang dilantik dari kabilah Khazraj dan 3 dari kabilah Aus.
Permulaan Hijrah
Setelah Bai`ah `Aqabah kedua, Islam mula mendapat tapak yang kukuh untuk disebarkan di tanah Arab, iaitu di Yathrib. Walaupun belum pasti dengan masa depan berhijrah ke Yathrib, namun atas keimanan yang sangat tinggi, penduduk Makkah yang beragama Islam sedikit demi sedikit telah berhijrah ke Yathrib. Risikonya terlalu tinggi. Nyawa, keluarga dan harta terpaksa dikorbankan demi penghijrahan ini. Banyak sekatan telah berlaku terhadap ummat Islam ketika hendak melakukan hijrah. Sekatan dilakukan kerana Musyrikin Makkah khuatir dengan dengan perkembangan Islam yang mula diterima oleh penduduk Yathrib. Antara yang masyhur diceritakan ialah bagaimana kisah Abu Salamah, Ummu Salamah dan anaknya yang dipisahkan oleh kabilah dan keluarga mereka. Iaitu Abu Salamah dilepaskan ke Yathrib, manakala Ummu Salamah ditahan oleh keluarganya, dan anaknya ditahan oleh keluarga Abu Salamah. Selepas setahun barulah Ummu Salamah dibebaskan oleh keluarganya. Ummu Salamah lalu pergi mengambil anaknya yang ditahan oleh keluarga suaminya dan terus ke Yathrib yang jauhnya 500 km dengan berjalan kaki tanpa ada orang pun yang menemani mereka. Kisah Suhaib yang ditahan oleh kafir Quraisy lalu dilepaskan Suhaib kerana Suhaib sanggup memberikan kesemua hartanya untuk melepaskannya. Dan kisah `Iyash yang ditipu mengatakan bahawa ibunya mengugut untuk berjemur di tengah panas, apabila beliau pergi untuk menemui ibunya, lalu `Iyash ditangkap serta diikat lalu diarak di kota Makkah menunjukkan cara menghukum orang yang hendak ke Yathrib. Begitulah besarnya pengorbanan para sahabat Nabi untuk menjaga aqidah mereka.
Seorang lelaki yang melihat dari jauh kemudiannya menegur penjenayah-penjenayah itu kenapa tidak dilakukan seperti yang dirancang, kerana dia melihat Nabi Muhammad sudah pun keluar meninggalkan rumahnya. Penjenayah-penjenayah itu mengatakan bahawa mereka tidak nampak langsung Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam seperti didakwa lelaki tersebut. Setelah mendengar penjelasan lelaki tersebut, penjenayah-penjenayah itu pun mengintai ke dalam rumah Nabi dan melihat ada orang yang sedang tidur berselimut. Mereka pun yakin bahawa lelaki yang mendakwa bahawa Nabi sudah keluar itu, tersilap. Mereka lalu terus menunggu-nunggu sehingga menjelang pagi. Kecewalah mereka rupa-rupanya yang di dalam selimut itu ialah Ali bin Abi Talib, bukannya Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.
Lokasi Bukit Thur Sebaliknya, Baginda menuju selatan Makkah sebagai jalan keluar Nabi dari Makkah. Setelah 5 batu berjalan, Nabi sampai di Bukit Thur. Ketika melalui di atas bukit ini, kaki Nabi yang mulia melecet kerana bukitnya berbatu bata dan sangat sukar untuk didaki. Abu Bakar terpaksa memapah Baginda dengan bersusah payah hingga menemui sebuah gua di puncak bukit tersebut. Mereka berdua tidak terus masuk ke dalam gua kerana khuatir ada bahaya di dalamnya. Abu Bakar menawarkan diri untuk masuk terlebih dahulu untuk memeriksa dengan katanya:
Demi ALLAH, jangan engkau masuk ke dalamnya melainkan aku masuk terlebih dahulu. Kalau ada apa-apa bahaya, maka biar aku yang kena, asalkan jangan kamu. Abu Bakar menguis-nguis kakinya dan didapatinya ada 1 lubang. Beliau pun mengoyakkan kainnya lalu menutup lubang tersebut. Kemudian didapati pula ada 2 lubang lagi di dalamnya, lalu ditutup 2 lubang tersebut dengan menekapkan 2 kakinya ke lubang tersebut. Setelah keadaan dirasakan agak selamat, barulah Abu Bakar memanggil Nabi Muhammad masuk ke dalam gua. Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam pun masuk dan meletakkan kepalanya di atas pangkuan Abu Bakar lalu tertidur. Tiba-tiba kaki Abu Bakar disengat binatang berbisa dari salah satu lubang itu, namun ditahannya kesakitan itu sehingga menitis air matanya di atas wajah mulia Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam. Nabi tersedar dan bertanyakan apa yang telah terjadi. Setelah Abu bakar menceritakan bahawa beliau telah disengat, Baginda pun meludah ke tempat sengatan itu, lantas hilanglah rasa sakit akibat sengatan binatang berbisa itu. Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dan Abu Bakar berada di dalam gua tersebut selama 3 hari iaitu malam Jumaat, malam Sabtu dan malam Ahad. Selama 3 hari tersebut, ada 2 insan yang terlibat sama, iaitu `Abdullah bin Abu Bakar (anak lelaki Abu Bakar) dan `Amir bin Fuhayrah (hamba Abu Bakar). `Abdullah bin Abu Bakar bermalam berdekatan Bukit Thur. Apabila waktu sahur, beliau akan ke Makkah seolah-olah dia tidur di Makkah. Siangnya, beliau akan mengintip-ngintip perbualan orang-orang musyrikin Makkah terutama yang berkaitan dengan usaha pembunuhan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam. Semua berita akan disampaikan kepada Baginda pada malamnya apabila `Abdullah bin Abu Bakar berjumpa Nabi. `Amir bin Fuhayrah pula mengembala kambing-kambing milik Abu Bakar di kawasan tersebut. Apabila waktu malam, beliau akan menghalau ternakan-ternakannya ke kawasan tempat Nabi dan Abu Bakar bermalam dan membekalkan susu kepada mereka. Apabila malam sudah larut, kambing-kambing itu akan dibawa ke Makkah mengikut jalan yang dilalui `Abdullah bin Abu Bakar supaya jejak kakinya terpadam. Begitulah yang terjadi sepanjang 3 hari itu. Dalam pada itu, orang-orang kafir Makkah berasa sangat marah kerana tidak menjumpai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Ali bin Abi Talib telah dipukul dan diseret ke ke Ka`bah dan Asma bin Abu Bakar pula telah ditempeleng dengan sangat kuat dalam usaha mereka untuk mendapatkan maklumat di manakah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam. Bengang dengan kegagalan mereka untuk mengesan Nabi, mereka lalu menyekat semua jalan keluar Makkah dengan meletakkan lelaki-lelaki bersenjata dan tawaran 100 ekor unta kepada sesiapa yang dapat menawan Nabi samada hidup atau mati turut diwar-warkan. Dengan tawaran itu, maka ramailah orang yang berusaha mencari Nabi yang terdiri dari orang biasa, para penjejak jalan dan pahlawan-pahlawan Makkah.
membawa bersamanya kenderaan untuk mereka berdua, sebagaimana dijanji sebelum itu. Mereka bertolak pada bulan Rabi`ul Awwal tahun 14 kenabian. Selain Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam dan Abu Bakar, `Amir bin Fuhayrah dan `Abdullah bin Urayqit turut sama dalam perjalanan tersebut. Sebelum bertolak, Asma bin Abu Bakar telah menemui mereka untuk memberikan bekalan bagi menempuh perjalanan yang jauh dan mencabar itu. Mereka berempat menggunakan jalan selatan ke arah Yaman, kemudian menuju ke arah barat iaitu pesisiran pantai. Sampai di kawasan yang agak terpencil, mereka berdua menuju ke arah utara berhampiran Laut Merah menuju ke Yathrib dengan menggunakan jalan yang jarang digunakan orang. ALLAH Subhanahu wa Ta`ala telah memelihara sepanjang perjalanan kekasihNYA dan rombongannya itu. Bukan itu sahaja, malah terdapat beberapa peristiwa menarik berlaku di mana beberapa individu dan kaum telah memeluk Islam apabila bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dalam perjalanan.
keluarga pihak bapa-bapa saudara sebelah ibu Baginda, di mana rumah Abu Ayyub merupakan rumah yang paling hampir tempat unta tersebut berhenti. Tapak unta itu berhenti dijadikan tapak Masjid Nabawi. Beberapa hari selepas itu, Sawdah iaitu isteri Baginda sampai bersama 2 puteri Baginda iaitu Fatimah dan Ummu Kalthum. Bersama mereka juga Usamah bin Zaid dan Ummu Aiman. Mereka ini keluar dengan ditemani oleh `Abdullah bin Abu Bakar dan `Aishah. Puteri Baginda yang bernama Zainab masih tinggal di Makkah bersama Abu al-`As kerana tidak mendapat peluang keluar dari Makkah sehinggalah setelah peperangan Badar. Allahu A`lam. Begitulah serba ringkas kisah hijrah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dari Makkah ke Yathrib. Selepas peristiwa besar itu, Yathrib digelar sebagai Madinah ar-Rasul sallAllahu `alaihi wa sallam atau lebih dikenali dengan nama Madinah sahaja sehingga kini. Peristiwa hijrah ini telah memulakan era baru dakwah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dengan peluang yang lebih besar dan cabaran yang lebih hebat.