Anda di halaman 1dari 4

TUJUAN PELAPORAN

• Matlamat utama data pentaksiran adalah untuk memperbaiki proses pengajaran dan
pembelajaran serta memberi manfaat besar kepada guru, pelajar, ibu bapa, pihak
sekolah dan Kementerian Pendidikan.
• Khususnya dalam pendidikan, maklumat berkaitan pentaksiran dapat menentukan
kesediaan pelajar untuk mempelajari kemahiran yang baharu.
• Input kepada guru pula, mampu memberi maklumbalas terhadap keberkesanan
pengajaran dan pencapaian pelajar.
• Manakala pihak ibu bapa, mereka amat memerlukan maklumat pentaksiran bagi
melihat perkembangan dan penguasaan kemahiran yang telah dicapai oleh anak
mereka.
ORANG BERKEPENTINGAN UNTUK DATA PENTAKSIRAN
1. GURU
Maklumat tentang pencapaian dan penguasaan pelajar dapat membantu dalam
pengajarannya. Antara maklumat yang diperolehi seperti pencapaian lepas, pengetahuan
asas kemahiran, kemajuan akademik dan pencapaian akhir.
Maklumat keseluruhan data pentaksiran dapat membantu guru-guru untuk membuat
perancangan, penyusunan dan keputusan berkaitan pemilihan kaedah dan teknik
pengajaran yang berkesan serta sesuai dengan tahap pengetahuan sedia ada pelajar.
Guru-guru juga dapat merancang aktiviti-aktivti pembelajaran seperti latihan ulangkaji,
latih-tubi dan praktikal yang sesuai mengikut kawasan kelemahan dan kekuatan pelajar
supaya mereka dapat meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar dalam proses
pembelajaran.

2. PELAJAR

Pelajar merupakan orang yang menerima proses pembelajaran secara langsung. Justeru itu,
maklumat dan tujuan pelaporan dapat memberi gambaran dan motivasi terhadap tahap
pencapaian , penguasaan dan kebolehannya dalam memajukan diri sendiri.

Mereka juga boleh memberi tumpuan untuk membuat ulangkaji terhadap tajuk atau kemahiran
yang belum dikuasai.

Oleh yang demikian, mereka dapat memilih atau mengubah gaya pembelajaran yang bersesuaian
untuk peningkatan diri.

Maka, ukuran pentaksiran digunakan untuk mengukur tahap kejayaan atau kelemahan mereka
mengikut bidang mata pelajaran pada setiap semester pengajian.

Perbincangan dan maklumbalas yang diperolehi oleh pelajar dapat membantu mereka
memperbaiki pencapaian dan meningkatkan motivasinya
3. IBUBAPA

Sokongan kuat dalam pembelajaran pelajar datangnya daripada ibu bapa yang berperanan
sebagai pendorong, motivator dan pembimbing di luar waktu sekolah.

Ibu bapa juga dapat mengadakan pelbagai kegiatan dan aktiviti yang dapat meningkatkan sahsiah
dan perkembangan pembelajaran anak-anak dengan adanya petunjuk prestasi yang khusus dan
tepat.

Maklumat-maklumat pentaksiran dapat memberi gambaran tentang halangan atau pencapaian


pembelajaran, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah anak-anak mereka.

Perlakuan pembelajaran di rumah juga dapat dilakukan seperti menghantar ke pusat tuisyen atau
membimbing sendiri anak mereka mengikut bidang kelemahan yang di alami

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling

Maklumat-maklumat perkembangan pembelajaran dan sahsiah amat diperlukan oleh guru


bimbingan dan kaunseling.

Melalui maklumat pentaksiran, guru bimbingan dan kaunseling dapat membantu pelajar
menggunakan pendekatan kaunseling dengan lebih tepat dan mudah.

Pendekatan perkembangan, kerjaya, peribadi dan pencegahan dapat membantu perkembangan


pelajar dalam dunia pendidikan masa kini melalui proses mengumpul, memproses dan
menganlisis data daripada pencapaian pelajar.

Program peningkatan sahsiah dan motivasi berfokus dapat dijalankan mengikut kumpulan sasar
serta bimbingan berterusan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.

Guru bimbingan dan kaunseling juga ada membuat pengujian dan pentaksiran seperti ujian
psikometrik, ujian minat kerjaya dan sebagainya untuk membantu perkembangan kendiri serta
personaliti pelajar.

5. Pengurus sekolah

Pengurus sekolah seperti pengetua atau guru besar amat memerlukan maklumat pentaksiran.

Hal ini, berkaitan analisis data pentaksiran yang tepat dapat memberi gambaran pencapaian
secara keseluruhan untuk organisasi sekolah.

Maklumat pencapaian lepas, sahsiah, minat dan motivasi pelajar dapat membantu pengurus
sekolah untuk merancang dan melaksana program yang bersesuaian dalam proses
penambahbaikan pencapaian sekolah amnya.

Justeru itu, laporan prestasi dan pencapaian biasanya dibincangkan di dalam mesyuarat
kakitangan sekolah dan ada program susulan secara bersama dilaksanakan.

Penglibatan persatuan ibu bapa dan guru ( PIBG ) sentiasa mendokong kejayaan sekolah dengan
memberi bantuan kewangan, dan program bagi membantu pelajar yang lemah. Mana kala majlis
anugerah kecemerlangan bagi mengiktiraf kejayaan pelajar.
6. Pejabat Pelajaran dan Kementerian Pendidikan

Pengurusan sekolah terdapat diperingkat daerah, negeri dan pusat.

Masing-masing mempunyai bidang tugas yang tertentu. Sudah pasti ada mekanisme yang
digunakan untuk mengukur dan menilai pencapaian sesuatu perkembangan pendidikan,
khususnya pencapaian akademik dan sahsiah pelajar.

Maklumat-maklumat daripada ujian sumatif dan formatif digunakan untuk membantu mereka
merancang dan melaksanakan program-program yang bermakna seperi kunjungbantu,
penyeliaan, dan bimbingan ke semua peringkat sekolah yang memerlukan.

Dengan adanya maklumat pentaksiran, semua peringkat pengurusan dapat memberi fokus dalam
aspek penambahbaikan berterusan termasuklah perubahan kurikulum, jika diperlukan.

KAEDAH PELAPORAN

• Bidang pelaporan pentaksiran seperti pencapaian lepas, pencapaian akademik, kemahiran


asas, masalah pembelajaran, motivasi, sikap dan sahsiah, serta perkembangan psikomotor
perlu disampaikan kepada orang-orang yang berkepentingan.

• Proses pelaporan pentaksiran kepada mereka disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti
peratus, gred, lulus-gagal, senarai semak, perjumpaan ibu bapa dan secara di atas talian.

1. Peratus

Peratus memberi gambaran pencapaian pelajar dalam bentuk nombor, iaitu per seratus bagi
setiap jawapan betul yang diperolehi. Umumnya, ini menunjukkan berapa peratus seseorang itu
dapat menguasai kandungan pengajaran tertentu. Nilai yang besar menunjukkan pencapaian yang
tinggi. Kaedah sebegini lebih mudah ditafsirkan kerana nilainya masih dalam bentuk nombor.
Kebanyakkan guru menggunakan keadah ini sewaktu proses pentaksiran pembelajaran terhadap
pelajar seperti dalam ujian semester dan tugasan projek.

2.Abjad

Abjad menjelaskan kategori pencapaian pelajar berdasarkan kadar peratus pencapaian yang
dikuasai oleh calon. Sebagai contoh, markah 90%-100% akan diberi gred "A" dan seterusnya.
Biasanya terdapat lima kategori yang menjelaskan maksudnya, A, cemerlang, B baik, C, sederhana,
D rendah dan F untuk gred gagal. Kebanyakkan institusi pendidikan menggunakan sistem gred ini
dalam penilaian sumatif seperti ujian akhir tahun dan peperiksaan UPSR, dan SPM.
Kesimpulannya, markah asal yang diperolehi calon telah ditukarkan kepada gred abjad.

3. Lulus gagal

Kaedah ini membahagikan pencapaian pelajar kepada dua kategori sebagai alat ukuran
pentaksiran. Kategori tersebut ialah sama ada lulus atau gagal, memuaskan atau tidak
memuaskan, menguasai atau tidak mengusai dan sebagainya. Skor mentah atau nilai pencapaian
pelajar ditetapkan oleh guru sebagai penentu pencapaian yang harus dikuasai oleh pelajar.
Sebagai contoh, markah lulus ditetapkan melepasi 50% dan keatas, jika dibawah 49% dianggap
gagal. Terdapat juga keadah pelaporan gred A, B, C, dan D diubah kepada gred lulus, dan gagal
dikelompokkan dalam gred F. Kaedah ini biasanya digunakan untuk menilai tahap penguasaan
pelajar yang melibatkan kemahiran seperti ujian kecergasan, kemahiran membaca, amali dan
ujikaji.

4.Senarai semak

Senarai semak menunjukkan pencapaian yang sepatutnya dicapai oleh pelajar mengikut kriteria-
kriteria, hasil pembelajaran, kemahiran dan sebagainya yang telah ditetapkan sebagai standard
pencapaian.

Kaedah ini banyak digunakan di dalam ujian rujukan kriteria (URK ) seperti ujian diagnosis,
kemahiran membaca, dan yang meliputi domain kognitif, psikomotor serta afektif.

Semua kriteria dan standard pembelajaran telah ditentukan lebih awal dan diuji mengikut urutan
penguasaan pelajar.

Hal ini memudahkan guru mentafsir penguasaan pelajar secara terperinci dan boleh merancang
dan melaksanakan program yang bersesuaian mengikut tahap penguasaan pelajar. Laporan
kepada ibubapa dan pelajar menjadi lebih khusus kepada tahap penguasaan dan kawasan
kelemahan yang perlu diberi perhatian.

5.Pertemuan ibu bapa

Setelah laopran pentaksiran disediakan, ibu bapa memerlukan maklumat lanjut dan maklimbalas
daripada guru.

Majlis atau program pertemuan dengan ibu bapa biasanya diaturkan oleh pihak sekolah, di mana
satu hari ditetapkan dengan lain-lain program berkaitan termasuklah laporan disiplin.

Pada hari tersebut, ibu bapa dapat melihat dan berbincang lebih lanjut tentang laporan lain
seperti disiplin, contoh hasil kerja pelajar, contoh rangsangan jawapan dan ujian profail.

Laporan pentaksiran ini banyak memberi ruang kepada ibu bapa untuk berbincang dengan guru
tentang masalah yang dihadapi dan pencapaian anak mereka. Kerjasama guru dan ibu bapa
banyak

memberi impak positif dalam perkembangan pembelajaran pelajar.

Terdapat juga pihak institusi pendidikan sekarang telah menggunakan keadah di atas talian
(Online ) untuk menyampaikan makluman pencapaian kemajuan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai