Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI PERMAINAN AIR

RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (LESSON PLAN)

Minggu/Bulan                        : Ke 1 /  Julai


Hari/ Tarikh                            : Rabu / 4.9.2014          
Masa                                       : 9.30 – 10.00 Pagi
Kumpulan Umur Anak PERMATA  : 3 – 4 Tahun
Bil. Anak PERMATA                    : 5 Orang
Tema                                      : -
Sub Tema                                : -
Tajuk Aktiviti                                  : Tenggelam atau Timbul
Objektif                                  : 1.   Membuat ujikaji dan membuat ramalan mana
satu yang timbul dan yang mana pula tenggelam  serta mengetahui objek yang tenggelam
atau timbul serta meningkatkan kemahiran berfikir
                                               2. Kanak-kanak boleh memberi perhatian
terhadap yang diberikan dan memerhati objek mana yang tenggelam dan mana yang
timbul

Komponen Perkembangan           : 1.  Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran


Logik
                                                2. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi
awal
Alat Bantu Mengajar                  : besen, daun kering, straw, botol plastic, pembalut
gula-gula, batu, butang, duit syiling, kunci.                 
Tempat                                   : Di luar kelas

Prosedur :
1.     Pendidik meminta kanak-kanak beratur dan terangkan aktiviti yang akan dibuat
sebentar lagi  melihat objek mana yang tenggelam dan timbul.
2.    Pendidik membawa kanak-kanak ke tempat aktivitvi dan meminta kanak-kanak
duduk di dalam bulatan.
3.    Pendidik meletakkan besen di tengah-tengah bulatan dan meminta kanak-kanak
menghampiri.
4.    Pendidik menyediakan beberapa objek untuk kanak-kanak membuat ujikaji sepeti
batu kecil, daun kering, straw, botol plastic, pembalut gula-gula, butang, duit syiling,
kunci.
5.    Meminta kanak-kanak memilih objek dan meletakkannya dalam air di besen.
6.    Meminta mereka memerhatikan objek  apa yang tenggelam dan objek apa yang
timbul.
7.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak
8.    Pendidik bertanya kepada kanak-kanak objek apa yang timbul>
o   kenapa daun kering timbul?
o   Kenapa straw timbul?
o   Kenapa botol plastic timbul?
o   Kenapa pembalut gula-gula timbul?
9.    Seterusnya meminta kanak-kanak memberitahu objek apa yang tenggelam dan
tanya kenapa
o   Kenapa batu tenggelam?
o   Kenapa duit syiling tenggelam?
o   Kenapa kunci tenggelam?
10.  Seterusnya pendidik bertanya kepada kanak-kanak apa yang terjadi sekiranya
objek dimasukkan ke dalam air untuk menggalakkan mereka menjawab dan pendidik
tidak perlu memberikan jawapan.
11.  Pendidik terus galakkan kanak-kanak meneroka sendiri objek-objek yang
disediakan.

Hasil pembelajaran :

Anda mungkin juga menyukai