Anda di halaman 1dari 4

Tajuk Kajian Kes : IBU BAPA MENGHANTAR ANAK AUTISME KE

TASKA DENGAN MENIPU ISU KESIHATAN ANAK

Nama kanak-kanak : MUHAMMAD ADAM BIN MOHAMED IZZUDDIN

Umur Kanak-kanak : 4 TAHUN

Jantina : LELAKI

Kajian kes ini bertajuk Ibu Bapa Menghantar Anak Autisme ke Taska dengan Menipu

Isu Kesihatan Anak. Kajian ini tertumpu kepada ibu bapa yang bersikap tidak jujur

dengan menyembunyikan isu kesihatan anak mereka daripada pihak taska.

MASALAH/ PERISTIWA

Seorang anak asuhan taska, Adam yang berusia 4 tahun dilihat sebagai satu

cabaran bagi pengasuh-pengasuh di taska. Adam menunjukkan tingkah laku yang

berbeza dengan anak-anak asuhan yang lain. Adam merupakan anak asuhan yang

sangat tersusun dan suka mengulangi rutin yang sama. Sekiranya Adam bermain

blok mainan dia akan pastikan dia menyusun mengikut warna, saiz dan ketinggian

dengan tersusun. Adam juga mudah merasa sedih dengan perubahan yang kecil.

Adam mempunyai satu sudut kegemarannya di dalam bilik permainan. Pada satu

hari, seorang pengasuh telah mengubah kedudukan kerusi di sudut itu. Adam berasa

sedih dan mengamuk kerana telah berlaku perubahan di sudut kegemarannya.

Namun begitu, itu bukanlah perkara yang mencabar para pengasuh di taska.

Adam sering mengamuk, panas baran dan terlebih aktif sehingga menganggu anak-

anak asuhan yang lain. Dia juga pernah beberapa kali bertindak memukul anak-anak

asuhan lain dan juga pengasuh-pengasuh disitu. Dia juga mempunyai mood yang
tidak stabil ada masa gembira ada masa dia akan sedih dan marah secara tiba-tiba.

Tiada sesiapa di taska itu mampu menebak apa yang berada di dalam fikirannya.

Dan tiada siapa juga mampu mengawal dan menenangkannya. Adam juga selalu

memaparkan reaksi keterlaluan atau tidak sesuai dengan situasi. Ada satu ketika,

ketika ada sedang menyusun blok-blok mainan salah seorang anak asuhan telah

tersenggol salah sebuah blok mainan itu namun tidaklah terlalu menjejaskan

susunan yang dilakukan Adam. Malang sekali Adam mengamuk lalu memukul anak

asuhan itu berkali-kali.

Adam menunjukkan simptom-simptom yang cenderung ke arah kanak-kanak

autisme. Pihak pengusaha dan pengasuh taska ada berbincang dengan ibu bapa

Adam namun ibu bapa Adam menafikan isu kesihatan Adam dan mengatakan Adam

tidak mengalami sebarang isu kesihatan. Menurut mereka, tindakan Adam adalah

normal dalam proses tumbesaran. Setelah pihak pengusaha taska memaklumkan

ada seorang kenalan doktor kanak-kanak sudi memeriksa Adam, barulah ibu bapa

Adam mengaku yang Adam merupakan seorang kanak-kanak autisme. Mereka tidak

mahu memberitahu perkara sebenar kerana risau pihak taska tidak mahu menerima

Adam seperti taska-taska yang lain.

ANALISIS

Ibu bapa kepada anak asuhan bernama Adam itu bersikap tidak

bertanggungjawab kerana merahsiakan dan menipu mengenai tahap kesihatan anak

mereka. Tindakan itu akan mendatangkan mudarat kepada pengasuh-pengasuh dan

anak-anak asuhan yang lain kerana tidak mengetahui keadaan sebenar dan

keupayaan Adam yang boleh bersikap ganas di luar kawalan. Pengasuh-pengasuh

taska itu juga tidak dilatih untuk menguruskan kanak-kanak autisme. Kanak-kanak

autisme memerlukan penjagaan yang khas bersesuaian dengan keadaan mereka.


Jika tersilap langkah akan menyebabkan kanak-kanak autisme ini bertindak ganas

dan berupaya mencederaka orang lain tanpa mereka sedari.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu mengeluarkan garis panduan baharu

dengan mewajibkan setiap ibu bapa menghantar rekod kesihatan terperinci kepada

pihak taska tanpa menyembunyikan sebarang maklumat bagi memastikan

keselamatan dan kesejahteraan anak-anak asuhan dan warga taska.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu mempopular dan memperbanyak taska

khas untuk kanak-kanak autisme kerana kewujudan taska-taska ini masih belum

diketahui umum secara meluas serta kewujudan taska yang tidak banyak, hanya

dibina dikawasan tertentu menyebabkan segelintir ibu bapa sukar untuk menghantar

anak-anak autisme mereka ke taska ini.

TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN/ (RAWATAN)

Garis panduan yang mewajibkan setiap ibu bapa menghantar rekod kesihatan

terperinci kepada pihak taska perlu dikuatkuasakan secepat mungkin. Tindakan

memperluaskan lagi pendedahan mengenai kewujudan taska khas kanak-kanak

autisme dan memperbanyak taska autismeini perlu dilakukan secara berperingkat

dalam masa sekurang-kurangnya setahun kerana pembinaan-pembinaan ini akan

mengambil tempoh masa tertentu.

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :
...............................

Nama

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai