Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

Nama Pendidik : Nur Farinah Binti Burhan


Tarikh / Hari : 24 Ogos 2021 (Selasa)
Masa : 8:00 – 8:30 am
Umur Kanak – kanak : 3 tahun
Bilangan Kanak – Kanak : 4 orang
Bidang Perkembangan Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
Fokus:
Pengetahuan Sedia Ada : Kanak-kanak sudah mengenali beberapa jenis kenderaan seperti kereta,
motor dan basikal.
Objektif : Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

1. Menyebut nama jenis-jenis kenderaan yang ditunjukkan oleh guru


dengan betul.

2. Mengelaskan jenis-jenis kenderaan seperti motor di darat, kapal di laut


dan helikopter di udara.

Tema : Orang, Tempat dan Persekitaran


Tajuk : Kenderaan
Tempat / Ruang Aktiviti : Ruang aktiviti yang telah disediakan.
Bahan : Kad imbasan kenderaan, Permainan jenis-jenis kenderaan, Lukisan
pemandangan jalan raya, langit dan laut.
Langkah – Langkah 1. Guru telah menyediakan bahan dan tempat untuk melakukan aktiviti.
Pelaksanaan
2. Guru memastikan kanak-kanak tidak ada sebarang penyakit atau
masalah kesihatan, selesa dan bersedia untuk melakukan aktiviti.
3. Guru meminta kanak-kanak supaya duduk dalam bulatan.
4. Guru menunjukkan kad imbasan kenderaan dan meminta kanak-
kanak meneka atau menyebutkan nama kenderaan tersebut.
5. Guru memperkenalkan kenderaan-kenderaan darat, udara dan laut
kepada kanak-kanak serta menerangkan kegunaan kenderaan
tersebut di mana. Contohnya, kapal kegunaannya di laut.
6. Guru menunjukkan permainan jenis-jenis kenderaan, kemudian
meletakkan tiga lukisan yang menunjukkan pemandangan darat,
langit dan laut di hadapan kanak-kanak.
7. Guru memastikan agar semua kanak-kanak dapat melihat lukisan-
lukisan tersebut.
8. Guru mengarahkan kanak-kanak untuk meletakkan kenderaan
mengikut pemandangan yang berseusuaian dengan kenderaan.
Contohnya, lukisan pemndangan langit, kanak-kanak perlu
meletakkan permainan helikopter di atas lukisan tersebut.
9. Dengan bimbingan guru, kanak-kanak meletakkan permainan jenis-
jenis kenderaan mengikut pemandangan yang sesuai.
10. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak kerana telah melakukan
aktiviti dengan betul.
11. Guru meminta kanak-kanak membuat barisan dan bergerak ke
kawasan luar taska.
12. Guru memastikan kanak-kanak tidak berebut dan tidak bergaduh.
13. Guru meminta kanak-kanak menyebutkan nama-nama kenderaan
yang dilihat di kawasan persekitaran taska.
14. Murid akan menyebutkan satu persatu kenderaan yang mereka
nampak.
15. Guru meminta kanak-kanak untuk kembali duduk di tempat masing-
masing dengan tenang dan selesa sebagai tanda masa aktiviti telah
tamat.
16. Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka belajar
pada hari ini.
17. Kanak-kanak akan menjawab dan menerangkan tentang apa yang
telah mereka pelajari.
18. Kanak-kanak akan mengucapkan terima kasih kepada pendidik.

Perhatian

1) Keselamatan

Guru perlu memastikan kawasan persekitaran dan alatan yang


digunakan semasa melakukan aktiviti adalah tidak berbahaya.

2) Kebersihan
Guru mestilah memastikan pakaian dan kebersihan kanak-kanak
sentiasa terjaga.
3) Kesihatan
Guru perlu memastikan emosi dan kesihatan kanak-kanak dalam
keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.

Refleksi dan cadangan 1. Kanak-kanak dapat mencapai objektif p&p dengan jayanya.
2. Selain memberi pujian, guru juga boleh melakukan peneguhan
dengan memberi saguhati supaya kanak-kanak lebih bersemangat
dalam menjalankan aktiviti.

Anda mungkin juga menyukai