Anda di halaman 1dari 91

AWAL MATEMATIK DAN

PEMIKIRAN LOGIK (AMPL)

PUAN ROSNAH AHMAD/MAK LONG


013-9308873/ rentis.blogspot.com
MARI MENYANYI- “Potatoes”

• One pototo
• Two potatoes
• Three potatoes
• Four
• Five potatoes
• Six potatoes
• Seven potatoes
• More…
“CHILDREN ARE BORN GENIUSES
BUT THE PARENTS SPEND THE NEXT 6
YEARS “ DE-GENIUSING’ THEM “

Richard Buckminster Fuller


ADA APA PADA
ALAM?
Kaitkan dengan AMPL
PERKEMBANGAN
KOGNITIF
meliputi :
• Memahami Dunia Persekitaran Melalui Deria,
• Perkembangan Kemahiran Awal Matematik dan
• Pemikiran Logik
Matematik

• Satu bidang ilmu mengenai sifat kuantitatif yang


terdapat pada benda-benda yang diciptakan Tuhan atau
yang dicipta manusia.

• Termasuk berkaitan kuantiti, anggaran, persamaan,


perbezaan, susunan, padanan, sukatan, bentuk, corak,
ruang, masa dan kedudukan

• Pengetahuan matematik menjadikan manusia lebih


mampu untuk mengurus kehidupannya dengan lebih
bijak.
Pemikiran
logik
• Apakah itu logik?

• Logik - sesuatu yang diterima oleh aqal.

• Proses berfikir yang berasaskan penaakulan (reasoning)

• Berfikir tentang kesan dan akibat sesuatu perkara.


MAKSUD PEMIKIRAN LOGIK
• Pemikiran yang berasaskan penaakulan atau bukti
konkrit yang boleh dilihat atau boleh diterima akal
(make sense).
Contoh:
(i) kasut basah kerana terpijak air;
(ii) kita boleh melihat apabila ada cahaya;
(iii) daun-daun bergoyang sebab ada angin; dan sebagainya.

• Logik dikaitkan dengan perhubungan ‘sebab dan


akibat’, ‘sebab dan kesan’, dan perkara-perkara yang
boleh dibuktikan.
8

SUKA BERTANYA
9

MENGAPA BURUNG
TERBANG?
MENGAPA BURUNG TERBANG
Nukilan: Rosnah Ahmad

Ibu… Wah! Ibu…


Ibu… Hebat sekali
Mungkin juga burung terbang
Mengapa burung terbang ya? Pencipta burung ya
Untuk melarikan diri dari musuh
Atau mencari kawan untuk Mencipta burung dengan sayap
Sayang… Boleh terbang tinggi…
bermain…
Fikirkan
Umpama mengapa manusia Ya Sayang…
Tapi Bu…
berjalan… Berfikir tentang kejadian alam itu
Jika burung berjalan
Pasti ia keletihan Ibarat menyemai benih iman
Ooo Ibu… Berfikir lah wahai anakku
Hebat sungguh burung
Mungkin burung mencari makan Kau pasti percaya pada Yang
Ya ibu….
Atau mencari ranting Satu…
Untuk membuat sarang di atas
Dan Ibu…
pohon… O begitu ya Ibu…
Siapa jadikan burung ya???
Terima kasih
Bagus Sayang… Sayang Ibu…
Benar sekali anakku
Fikirkan lagi
Mana mungkin burung terbang
Mengapa burung terbang anakku?
Jika tiada yang Maha Pencipta… Sama-sama anakku…
Sayang anak ibu juga
Selamanya…
11 Zulhijah 1434H
Berikan peluang anak-anak
meneroka, memerhati, memperolehi
jawapan serta kaitan dengan ciptaan
Allah.

Alam juga ilham untuk manusia


mencipta ciptaan untuk manfaat
orang lain. Contoh-mencipta
kapalterbang ilham dari melihat
burung terbang
Surah An-Nahl, Ayat 79
• ُ ‫ت فِى َج ِّو ٱل َّس َمٓا ِء َما يُ ْم ِس ُكه َُّن إِاَّل ٱهَّلل‬ ٍ ‫لَ ْم يَ َر ْو ۟ا إِلَى ٱلطَّي ِْر ُم َس َّخ ٰ َر‬
َ ُ‫ت لِّقَ ْو ٍم ي ُْؤ ِمن‬
•‫ون‬ ٰ ‫ا‬‫ء‬ ‫ل‬ ‫ك‬
َ ‫ل‬ َ
ٍ َ َ َ ِ ‫إِ َّن فِى‬
‫ي‬ ‫ذ‬ ٰ

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung


yang dimudahkan terbang diangkasa bebas. Tidak
ada yang menahannya selain daripada Allah.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-
orang yang beriman.
MEMBINA KEMAHIRAN PEMIKIRAN LOGIK
KANAK-KANAK

Pemikiran Logik boleh dibina melalui latihan


mudah atau permainan.

Contoh: Tanya kanak-kanak,


“Apakah yang kita boleh buat dengan kertas?”
“Apakah yang bulat?”
“Apakah gunanya telinga?”
MEMBINA KEMAHIRAN PEMIKIRAN LOGIK
KANAK-KANAK

• Contoh, permainan “apa yang hilang?”

Tunjukkan sudu, pensil dan pembaris. Minta kanak-kanak pejam mata.


Sembunyikan satu benda dan tanya kanak-kanak apa yang hilang.
TEORI KONSTRUKTIVISME
PIAGET
• Kanak-kanak belajar membina pengetahuan
dunia persekitarannya melalui aktiviti
penerokaan, eksperimen dan belajar
melalui bermain

• Kanak-kanak membina kefahaman atau


struktur mindanya (skemata) melalui
pengalaman pembelajaran yang AKTIF
PIAGET-3 jenis ilmu pengetahuan
berkaitan awal matematik

• 1. Pengetahuan fizikal-berkaitan ciri objek seperti

 warna
 berat,
 saiz,
 tekstur,
 Bentuk
 Benda yang terdapat dipersekitaran yang boleh dilihat
dan disentuh
PIAGET-3 jenis ilmu pengetahuan
berkaitan awal matematik
2. Pengetahuan logik matematik-perkaitan antara objek

 banyak-sedikit,
 besar-kecil,
 nombor,
 pengelasan
 Digunakan untuk mempelajari sesuatu yang
bermakna untuk membina, mengorganisasi dan
menyusun maklumat/objek mengikut ciri tertentu.
PIAGET-3 jenis ilmu pengetahuan berkaitan
awal matematik

3. Pengetahuan sosial

• pengetahuan untuk menentukan cara bertingkahlaku


dalam pelbagai situasi sosial
Pembelajaran Awal Matematik mengikut
Teori Konstruktivisme Piaget

Menurut Piaget, kanak-kanak membina penaakulan


dalam mindanya melalui dua peringkat:

1. Peringkat Sensorimotor ( 0 – 2 tahun)-bayi belajar


tentang dunia persekitaran menggunakan 5 deria
serta motor kasar/motor halus
 Suka meneroka pelbagai bentuk, warna, saiz yang
terdapat dalam persekitaran menggunakan deria
Pembelajaran Awal Matematik mengikut Teori
Konstruktivisme Piaget

2. Peringkat Pra Operasi ( 2 – 7 tahun)-boleh memahami


penggunaan simbol dan bahasa.

Main olok-olok
Main peranan
Merekacipta struktur seperti membuat kereta daripada kotak
Membina menara dan lain-lain
TEORI SOSIO BUDAYA VYGOTSKY

Jika kanak-kanak dapat berinteraksi dengan orang


Lain (proses sosiolisasi), kanak-kanak akan dapat:
• Membina ilmu pengetahuan dan konsep
dengan lebih cepat.

 Ianya juga dipengaruhi oleh budaya.

• Pendidik bertindak sebagai


PEMUDAHCARA/FASILITATOR
TEORI
VYGOTSKY
Kanak-kanak

mempelajari tentang
dunia persekitaran
melalui bimbingan
scaffolding dari
orang lain yang
sesuai dengan
kawasan
perkembangan
terdekat zone of
proximal
development(zpd).
22

KAWASAN PERKEMBANGAN TERDEKAT


Zone of Proximal Development (ZPD)

• Kemampuan mental semasa (0 – 10)

• Perkara yang tidak boleh dilakukan sendiri, tetapi boleh


disempurnakan dengan bantuan orang dewasa/ rakan
sebaya yang lebih mahir.

• Scafollding juga dapat meningkatkan pencapaian


kanak-
kanak secara lebih berkesan dan kukuh.
BAGAIMANA KANAK- KANAK
BELAJAR MATEMATIK?
24

BELAJAR MELALUI
BERMAIN
Kanak-kanak membina konsep matematik melalui
bermain dan dalam aktiviti harian seperti menyusun
kasut, mengasingkan pingan dan cawan selepas
makan serta membezakan kecil dan besar.
26

PESAN SAIDINA
ALI
“ Bermain-mainlah dengan anakmu
sehingga mencapai 7 tahun.
Kemudian disiplinkan mereka
selama
7 tahun,
kemudian berkawan dengan mereka
selama 7 tahun
dan selepas itu anggaplah mereka
seorang dewasa.”
TEMA-Untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas
1. DIRI SAYA 5. TUMBUH-TUMBUHAN 8. PENGANGKUTAN
Nama Nama-nama tumbuhan Fungsi
Anggota badan Jenis-jenis Darat
Minat Bahagian tumbuhan Air
  Ciri-ciri Udara
2. KELUARGA SAYA    
Ibu bapa 6. HAIWAN 9.DUNIA SAYA
Adik-beradik Peliharaan/kesayangan Negeri / bendera
Rumah saya Ternakkan Negara/ bendera
Liar / buas Cuaca
3. TASKA SAYA Hidupan lautan / sungai Lautan
Kawan-kawan Purba / pupus Hutan
Pendidik Burung Bukit
Kawasan sekitar Reptilia / amfibia
Peralatan/perabot   10. CAKERAWALA
  7. PEKERJAAN Matahari
4. MAKANAN Ayah dan ibu Bintang
Makanan ruji Beruniform Bulan
Buah-buahan Malam/siang
Sayur-sayuran Sistem solar
Sumber protein Nama
Makanan seimbang
TAHAP-TAHAP
PERKEMBANGAN AWAL
MATEMATIK DAN
PEMIKIRAN LOGIK
TAHAP 1: LAHIR - 1 BULAN
TINDAKAN PANTULAN (REFLEKSES)

• Kebolehan bayi bertindak balas secara automatik terhadap sesetengah


rangsangan.
TAHAP 2 : 1 - 4 BULAN
Pengulangan tindakan yang mudah .

• Kelentung diketuk dan mengeluarkan bunyi.

• Bayi akan mengulangi tindakan.

• Fokus kepada diri.

• Boleh mengikut arah objek yang bergerak

• Menumpukan perhatian kepada objek pelbagai warna dan cuba


mencapainya

35
TAHAP 3 : 4 - 8 BULAN-Pengulangan tindakan yang hasilnya menarik

Perlakuannya berdasarkan pengalaman dari persekitaran


kerana sudah merangkak.

Mula menyelaras dua jenis pengetahuan menerusi


deria dan membentuk konsep.
Contoh : Botol boleh diguling atau diketuk.

Mula menyedari tindakbalasnya mempunyai pengaruh


dari luar dan ia dapat membezakan objek
36
• Mula memahami konsep ruang, contoh ruang yang besar, sempit.

• Memahami konsep kedalaman dengan menunjukkan rasa takut jatuh


dari tempat yang tinggi.

• Mengenali saiz, warna dan bentuk dalam persekitaran, contoh


mengenal botol susu dan mainan sendiri.
TAHAP 4 : 8 - 12 BULAN
MULA MENYELESAIKAN MASALAH
Pengetahuan dan pengalaman bayi yang luas.

Boleh memahami konsep pengekalan objek (object permenance)

dengan mencari objek yang hilang dari pandangan.


Tindak balas bayi lebih terkawal, bermatlamat dan menyelesaikan masalah :-

- objek yang biasa digunakan dengan berpatutan.

- Contoh: cawan untuk diminum bukannya untuk diketuk

• Cuba memadankan bentuk dengan acuan semasa bermain dengan kotak puzzle
TAHAP 5 : 12 - 18 BULAN
PENGUJIAN (TRY & ERROR)
• Menunjukkan sifat ingin tahu dengan memanipulasi mainan. Objek-
objek sengaja dijatuhkan untuk memerhatikan ia jatuh.

• Ia menggunakan berbagai-bagai cara untuk mencapai tujuannya atau


mendapatkan objek yang diminati.
TAHAP 6 : 18 - 24 BULAN
MENYELESAIKAN MASALAH
DALAM INGATAN
Dapat menyelesaikan masalah dalam ingatan

Contoh :-
- mengulang cara orang dewasa menyuap makanan padanya
dengan anak patung.
- boleh mencari objek yang telah dipindahkan

 Gambaran mental apa akan berlaku apabila mereka melakukan


sesuatu
- contoh- bola dilepaskan, ia akan jatuh ke bawah.

Memahami hubungan antara dua objek, contoh, sikat untuk rambut


(fungsi), apabila diberi sudu akan menyuap ke mulutnya

42
TAHAP 6 : 18 - 24 BULAN
MENYELESAIKAN MASALAH
DALAM INGATAN (sambungan)
• Boleh memahami rutin harian
• Boleh mengingat apa yang telah berlaku seperti naik kereta, pergi
taman.
• Boleh membezakan kuantiti, banyak-sedikit, penuh-kosong/separuh,
besar-kecil, satu/sedikit-banyak, ada-tiada, ada-habis
• Boleh berfikir pra logik
TAHAP 2-3 TAHUN
• Selalu bertanya, 'apa tu? mengapa?' kerana ingin tahu
• Selalu meminta dicerita perkara-perkara yang dia ingin tahu
• Bertanya berulang kali.
• Lebih mahir membuat representasi nombor: misalnya 3 buah epal
dipadankan dengan kuantiti 3.
• Lebih cepat dapat membuat aktiviti padanan satu dengan satu.
TAHAP 2-3 TAHUN (sambungan)

• Boleh faham kuantiti, banyak-sedikit, ada-tiada, sama banyak, dan


sebagainya.
• Boleh mengenali bentuk-bentuk lazim: bulat (circle/round), empat
segi tepat (square), tiga segi (triangle), empat segi (rectangle).
• Baru mula memahami saiz dan perbezaan bentuk.
• Boleh memberi sebab-sebab mudah kepada sesuatu kejadian atau
perkara yang berlaku (sebab yang diberi kadangkadang betul dan
kadang-kadang tidak betul).
• Mula menunjukkan pemikiran asas ‘awal logik’
• Suka bermain dengan blok dan membina pelbagai bentuk.
TAHAP 3-4 TAHUN

• Mula memahami dan menggunakan idea abstrak atau simbolik.


• Rasa ingin tahu semakin mendalam, diikuti dengan minat untuk
mencuba perkara baru.
• Boleh mengenali persamaan, perbezaan dan corak.
• Boleh memahami kuantiti dan membanding bilangan, saiz dan
isipadu (contoh lebih besar, lebih banyak).
• Boleh buat seriasi (susunan/urutan).
• Boleh buat representasi nombor yang lebih besar.
• Boleh membilang/ mengira 1 hingga 10 dalam Bahasa Melayu dan
Inggeris.
TAHAP 3-4 TAHUN (sambungan)

• Boleh mengira jari dan objek, sekurang-kurangnya 1 hingga 5 atau 10.


• Boleh kenal angka dan menulis angka.
• Boleh memahami lebih banyak bentuk dan saiz.
• Faham konsep kuantiti – banyak- sedikit,tinggi-rendah, jauh-dekat,
lambat cepat dan lain-lain
• Boleh berfikir secara logik Misalnya, air jika dituang akan mengalir ke
dalam bekas dan memenuhi bekas; pasir basah jika dipadatkan
dalam bekas boleh mengambil bentuk bekas tersebut.
• Boleh membuat operasi mudah mencampur nombornombor kecil.
• Boleh memberi sebab dan akibat, misalnya kuman boleh
menyebabkan penyakit dan lain-lain.
TAHAP 4+ TAHUN
Pra-nombor

• Dapat menggabungkan pelbagai strategi, cara dan teknik untuk


menyelesaikan masalah.
• Boleh berfikir dan menggambarkan ciriciri persamaan dan perbezaan
objek yang berlainan.
• Boleh mengenal unsur persamaan, perbezaan, corak dan pola.
• Boleh memadan dan mengelas objek.
• Memahami dan menggunakan idea abstrak atau simbolik.
• Boleh membuat pilihan dan keputusan
TAHAP 4+ TAHUN (sambungan)

Awal Nombor
• Boleh membilang nombor 1 hingga 20.
• Boleh membuat rumusan dari pemerhatian.
• Boleh membuat pengecaman dan menyenaraikan ciriciri.
• Boleh memahami kuantiti dan membanding bilangan, saiz, berat
ringan dan isipadu.

Membilang
 Boleh mengira objek dan faham banyak-sedikit
 Boleh berfikir secara logik
 Boleh faham tambah
TAHAP 4+ TAHUN (sambungan)

Kemahiran Berfikir Logik

 Boleh memberi sebab dan akibat yang lebih jelas


 Boleh menaakul sesuatu kejadian denagn lebih baik
 Telah mencapai peringkat awal-logik yang baik.
 Boleh membuat keputusan yang mudah dengan alas an.
Aktiviti mestilah melalui
bermain dan bermakna dalam
kehidupan kanak-kanak.
Berikan 1 CONTOH aktiviti
Perkembangan Awal Matematik
mestilah melalui bermain dan
bermakna dalam kehidupan
kanak-kanak .
PEMBENTUKAN KONSEP

• KONSEP-IDEA ASAS DALAM PEMIKIRAN LOGIK

• RANGSANGAN YANG MENARIK PERHATIAN DITENTUKAN MENURUT


PENGALAMAN SEDIA ADA

• PENYUSUNAN BENDA DAN IDEA YANG SAMA MEMBENTUK KONSEP DAN


KEFAHAMAN

• KANAK-KANAK MEMBENTUK KONSEP MELALUI


PERMAINAN
Bentuk dan
Saiz

Seriasi dan
Padanan satu
Pola
dengan satu

Bilangan dan Ruang dan


Nombor
Kedudukan
KONSEP

Per bandingan Konsep Masa


dan
Pengelasan

Pengukuran
Parts and dan Sukatan
Wholes
PERBINCANGAN KUMPULAN
• Bincangkan pengetahuan sedia ada, objektif (objektif focus-AMPL
dan 2 objektif gabung jalin dan 1 aktiviti boleh dilakukan
berdasarkan konsep Awal Metamatik berikut.

Kumpulan 1: Bentuk
Kumpulan 2: Saiz
Kumpuan 3: Ruang dan kedudukan
Kumpulan 4: Perbandingan dan pengelasan
Kumpulan 5: Padanan satu dengan satu
Kumpulan 6: Seriasi dan pola
Kumpulan 7: Pengukuran dan sukatan
Kumpulan 8: Parts and whole
Kumpulan 9: Konsep masa
Kumpulan 10: Membilang dan awal nombor
• Kemudian menamakan
Bentuk bentuk dan
 Kemahiran - bermula menggunakan utk
apabila kanak-kanak menyelesaikan masalah
boleh mengenal, dan mengaitkan fungsi
mengecam, bentuk di persekitaran.
membina, • Cth bulat, segiempat,
membanding dan segitiga
mengasingkan antara
bentuk dua dan tiga
dimensi dalam
persekitaran.
Contoh aktiviti -bentuk

• Mengenal bentuk melalui permainan membuat kuih/bermain doh


• Membezakan bentuk- bulat, segitiga, segiempat dan bintang
• Masukkan bentuk ke dalam lubang yang sama bentuk.
• Memadan bentuk objek dan benda di persekitaran
Contoh RPA- Kanak-kanak -3 tahun
Konsep bentuk
• PSA-kanak2 sudah boleh memadankan bentuk bulat, segitiga dan segiempat

• Objektif- kanak2 boleh mengasingkan bentuk bulat, segitiga dan segiempat

• Tajuk aktiviti-

• 1. Mari mengemas blok


• 2. Mari mengemas pinggan di dapur
• 3. Mari menyusun butang
• 4. Jom menyusun bekas makanan
• 5. Jom mengisi kuih raya

• Cth kontigensi untuk aktiviti no. 5


Sekiranya mudah, tambah kuih berbentuk bintang dan galakkan kanak2 mengasingkan
bulat, segitiga, segiempat dan bintang.
SAI
Z
Mengenal dan membezakan pelbagai saiz
• besar,
• kecil,
• tinggi,
• rendah,
• sangat besar,
• sangat kecil dan sebagainya
Contoh RPA Kanak-kanak-4 tahun
saiz
• PSA-Kanak2 sudah boleh membezakan panjang dan pendek

• Objektif- kanak2 boleh melengkapkan puzzle binatang berekor panjang dan


pendek

• Tajuk Aktiviti:
• 1. jom memasak kacang Panjang
• 2. ini ekor siapa? –melengkapkan puzzle kucing/kambing/lembu
• 3. ini stokin siapa
• 4. rambut siapa Panjang/rambut siapa pendek
• 5. jari saya-Panjang/pendek
• 6. seluar Panjang/pendek

• Kontigensi untuk aktiviti no2 - sekiranya mudah, tambah gambar binatang-


ekor kontot-contoh arnab
• Dan galakkan kanak2 melengkapkan puzzle kucing, kambing, lembu dan arnab
Ruang dan Kedudukan
• Kanak-kanak mengenal kedudukan dan arah
sesuatu objek di ruang tertentu.

•Dalam, luar, atas, bawah, jauh,dekat, kiri, kanan

•Cth: Permainan lompat keluar dan masuk gelung,


merangkak melalui terowong
CONTOH

• Melompat keluar dan masuk gelung


• Merangkak melalui terowong
• Susun barang atas rak-Atas dan bawah
• Lagu senaman si tommy-kiri dan kanan/depan dan belakang
• Main baling kapalterbang-Jauh dan dekat
• Bermain puzzle ( 3/4/5 keping)
Contoh RPA- Kanak-kanak -4 tahun
Bilangan 3 orang
• PSA-kanak-kanak sudah boleh membezakan jauh dan dekat

• Objektif- kanak-kanak boleh mengenal mana yang jauh, mana yang


dekat

• Aktititi-Main kapalterbang kertas

• Kontigensi-sekiranya mudah, tambah bilangan kanak-kanak yang


membaling kapalterbang dan galakkan kanak-kanak mengenal jauh,
dekat dan paling/lebih jauh, paling/lebih dekat
Perbandingan dan Pengelasan
• Kebolehan untuk memilih, mengumpul, mengelas
dan menyusun objek mengikut saiz, bentuk dan
warna.
CONTOH

Main pergi ke pasar-kelaskan ikut jenis-sayur dalam bakul lain, buah


dalam bakul lain
Berbaris ikut ketinggian
Mari menyusun pinggan atas rak -menyusun ikut kecil ke besar
Mengisi kuih dalam bekas-mengelas ikut bentuk
Melipat baju-kelas ikut jenis, seluar, baju
Menyimpan semula mainan mengikut jenis
Meletakkan peralatan makan seperti cawan, pimggan, sudu dan
garfu ke dalam bekas selepas makan.
PADANAN SATU DENGAN SATU
 Komponen
asas konsep
nombor
 Mengaitkan nama
nombor untuk setiap
objek yang dikira.
 Menyusun ikut
persamaaan
Contoh RPA-Kanak-kanak 4 tahun

• PSA-kanak2 sudah boleh membilang 1-4

• Objektif- kanak2 boleh membilang 1-5 melalui permainan congkak

• Tajuk-Jom main congkak 5 lubang

• Bahan- bekas- (12)

• Kontigensi- sekiranya mudah, galakkan kanak-kanak membilang


rumah yang menang (bilang 5-10)
CONTOH

• Memadan apabila mencari kasut yang hendak dipakai


• Memadankan stokin
• Padanan sudu dan garfu,
• Membilang objek dengan bilangan ( 5 pokok dengan bilangan 5)
• Congkak
• Menyediakan cawan dan piring yang cukup untuk sekumpulan
orang.
Seriasi dan Pola
• Menyusun mengikut urutan tertentu
• Kemahiran membanding lebih daripada 2
objek atau 2 kumpulan objek.
• Seriasi adalah kemahiran asas dalam
menyusun pola (patterning)
CONTOH
• Menyusun kecil ke besar
• Menyusun rendah ke tinggi
• Menyusun pendek ke panjang
• Menyusun warna dari warna pudar ke warna
lebih gelap
• Membuat pola AB AB AB
• Membuat pola ABC ABC ABC
• MEMBUAT POLA AABB AABB AABB
PENGUKURAN DAN SUKATAN
• Mengukur menggunakan sesuatu secara kasar atau alat ukur
tertentu
• Mengenali ciri panjang, isipadu, berat, masa dan suhu.
• Juga merangkumi kebolehan membanding dan
menyusun objek mengikut ciri tersebut
• Main pasir , main air, memasak, membuat doh,
membandingkan ketinggian kanak-kanak
CONTOH

1. Ukur panjang dengan perbandingan


2. Sukat air dalam botol (isipadu-sikit dan banyak)
3. Mengukur berat 2 barang (berat dan ringan)
4. Sejuk dan panas ( perbandingan suhu)
PARTS AND WHOLES
• Kanak-kanak meneroka dengan mengeluarkan, memecahkan dan
mengasingkan bahagian permainan.
• Membahagi sesuatu sama rata. Cth 5 keping biskut kepada 5 orang
kanak-kanak
• Kemahiran ini digunakan untuk memahami pecahan
pada peringkat sekolah rendah pada masa hadapan.
Sebuah, separuh, sebiji, setengah, suku, secebis,
semua
CONTOH

1) Biskut bahagi dua


2) Kereta dan tayar
3) Roti bahagi tiga
4) Memotong donut kepada empat bahagian
KONSEP MASA
• Pembelajaran tentang masa seperti sebelum dan
selepas, siang dan malam, kalendar dan masa
rutin di TASKA.
• Mengaitkan peristiwa dengan hari dan bulan
CONTOH

1) Siang dan malam


2) Pagi dan petang
3) Sebelum dan selepas
4) Lama dan sekejap
MEMBILANG DAN AWAL NOMBOR
• Mengaitkan kuantiti dan membilang,
konsep banyak sedikit, kaitan antara ruang dan
kuantiti
• Mengira nombor 1-5
• Main teng-teng, nyanyi lagu membilang, teka ada
berapa biskut
CONTOH

• Apa yang dua


• Buku cerita- one gorilla
• Membilang buah
• Membilang guna jari
• Lagu one little finger
KOSA KATA MATEMATIK
1. Nombor – 0 hingga 9
2. Ruang dan kedudukan – bawah,
atas, di tepi
3. Arah – jauh, dekat
4. Perbandingan – kurang daripada,
lebih daripada, lebih tinggi, paling kecil
5. Perkataan berlawanan – ringan dan
berat, penuh dan kosong
6. Masa – sebelum, selepas, kemudian
dan sekarang
7. Saiz dan ukuran – besar, tinggi,
banyak, pendek
PERANAN PENDIDIK
• Bermain bersama kanak-kanak untuk membimbing/
membantu kanak-kanak memahami konsep awal
matematik

• Peka dan sentiasa berinteraksi untuk merangsang


perkembanganAMPL.

• Sediakan pembelajaran yang bermakna dan semula jadi


dengan menggunakan bahan alam dan bahan disekeliling
mereka.

• Galakkan kanak-kanak bertanya, berfikir, meneroka dan


mencuba.
Peringatan
:
• Apa jua yang hendak dilakukan hendaklah mengambilkira
peringkat umur kanak-kanak,

• DAP-Developmentally Appropriate Practice/ Amalan


Bersesuaian Perkembangan

• Tentukan kesediaan mereka untuk melakukan perkara


yang dikehendaki,

• Guna pendekatan psikologi apabila berinterkasi dengan


kanak-kanak.
UTAMAKAN KESELAMA
T AN
KERJA KUMPULAN
KECIL
• Rancang RPA untuk perkembangan awal matematik dan
pemikiran logik (AMPL) dan mengikut tahap.

1. Bayi 3 bulan
2. Bayi 6 bulan
3. Bayi 9 bulan
4. Kanak-kanak 1 tahun
5. Kanak-kanak 1 tahun setengah
6. Kanak-kanak 2 tahun
7. Kanak-kanak 3 tahun-TEMA –TUMBUH-TUMBUHAN
8. Kanak-kanak 3 tahun-PEMIKIRAN LOGIK
9. Kanak-kanak 4 tahun-TEMA-KENDERAAN
10. Kanak-kanak 4 tahun- PEMIKIRAN LOGIK
KERJA KUMPULAN
AMALI
• Rancang RPA untuk perkembangan awal matematik dan
pemikiran logic (AMPL) dan mengikut tahap. Setiap
kumpulan mesti ada:-

1. Bayi bawah setahun


2. Kanak-kanak1 tahun
3. Kanak-kanak 1 tahun setengah
4. 2 tahun
5. 2 tahun setengah
6. 3 tahun
7. 3 tahun setengah
8. 4 tahun
9. 4 tahun ke atas
10. Pemikiran logik
PENULISAN KERTAS RPA

Anda mungkin juga menyukai