Anda di halaman 1dari 53

Sila gunakan modul ini untuk rujukan anda.

Anda dibenarkan mencetak modul ini hanya


untuk kegunaan sendiri sahaja bagi memudahkan rujukan. Anda TIDAK DIBENARKAN
mengedarkan mana-mana bahagian modul ini dalam apa bentuk dan cara sekalipun
sama ada elektronik, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat dalam
bentuk softcopy melalui CD, disket dan bahan-bahan lain.

Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya semula kerana ia
tergolong di dalam kesalahan harta intelek (cetak rompak). Hak Cipta Terpelihara 2021
© Aza Solution.

Sekiranya anda telah menerima modul ini secara percuma atau berbayar dari sumber
selain daripada Aza Solution, sila laporkan kepada azasolution20@gmail.com.
Kerjasama anda amat dihargai dalam menangani kesalahan harta intelek. Pihak Aza
Solution amat mengambil berat isu ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2021

LEGAL DISCLAIMER

Penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang masalah berhubung


kesilapan atau kesalahan maklumat, apa-apa risiko, sama ada secara peribadi atau tidak,
yang berlaku atas penggunaan dan aplikasi e-book ini secara langsung atau tidak
langsung. Hasil kandungan e-book ini adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan
buah fikiran penulis sendiri.
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

KANDUNGAN E-BOOK
Prakata 2
Pengenalan 3

Sub Tema: Tempat Riadah 4


Tempat-tempat Riadah 5
Mari Mengundi Tempat Riadah Pilihan 6
SeeSaw Paper Craft! 8
Peta Taman Permainan 10
Tempat Riadah Dan Aktiviti 12
I Spy The Uppercase Alphabet A-Z 14
Surih Angka 1-10 16
Latihan Menulis: Surih Garisan Putus-Putus 18
Main Permainan Luar 20
Jaga Kebersihan Tempat Riadah 21

Sub Tema: Aktiviti Semasa Bercuti 22


Aktiviti Semasa Bercuti 23
Main Peranan: Berkemah 25
Fire Flame Camping 26
Keselamatan Semasa Berkelah Di Pantai 27
Mari Berkelah Bersama 28
Sticky Letter 29
Surih Angka 1-10 30
Bagasi Saya 32
Bantu Ayah Cuci Kereta 34
Melawat Atuk Dan Nenek 35

Sub Tema: Tarian Tradisional 35


Jelajah Tarian Tradisional Di Malaysia 37
Tarian Zapin Masyarakat Melayu 39
Kipas Tangan Untuk Tarian Kipas 40
Tarian Bharathanatyam 41
Tarian Sumazau 42
Abjad A-Z 43
Angka 1-10 45
Stik Naga Untuk Tarian Naga 47
Lompat Buluh Dalam Tarian Buluh/ Magunatip 48
Tarian Tradisional Khazanah Negara 49

Penutup 50

RODZIHA BINTI KATMON 1


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

PRA KATA

Segala puji ke hadrat Allah yang telah mencetuskan ilham dan idea kepada saya untuk
menulis eBook ini.

Secebis kasih buat suami, anak-anak dan ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan
dan dorongan terhadap minatku ini.

Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guru yang pernah mengajarku tentang pelbagai


ilmu dan membentuk peribadiku pada hari ini.

Tidak dilupakan buat rakan-rakan nyata dan rakan-rakan alam maya yang tidak lokek
berkongsi idea dan pendapat.

Buat pembaca blogku, jutaan terima kasih buat kalian kerana sudi dan tidak pernah jemu
melawat dan membaca tulisan-tulisanku. Semoga Allah membalas segala jasa kalian dan
merahmati kehidupan kita semua.

RODZIHA BINTI KATMON 2


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

PENGENALAN

Sebagai seorang pendidik, perancangan awal dalam aktiviti pembelajaran amat diambil
berat dan suatu tanggungjawab besar yang perlu digalas. Kekangan masa serta
lambakan idea dari pelbagai sumber sedikit sebanyak mempengaruhi rancangan
pengajaran pendidik sekiranya tidak dirancang dengan lebih awal. Tambahannya lagi,
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlulah mematuhi kurikulum yang telah
ditetapkan mengikut peringkat pendidikan yang diajar. Di peringkat pendidikan TASKA,
pendidik terikat dengan Kurikulum PERMATA dimana kurikulum ini digunapakai sama
ada di institusi kerajaan mahu pun swasta.

Bertitik tolak dari permasalahan ini, maka terdetik untuk saya menghasilkan eBook ini
bagi memberi cadangan-cadangan aktiviti yang boleh dijalankan di kelas anda. Kreativiti
adalah suatu yang subjektif dan ia bergantung kepada daya pemikiran seseorang
individu. Oleh itu, rancangan pelaksanaan aktiviti ini dibuat setelah meneliti milestone
perkembangan kanak-kanak serta merangkumi kesemua 6 perkembangan kanak-kanak
sebelum dikaitkan dengan idea-idea kreatif yang difikirkan sesuai dilaksanakan di
TASKA.

Penulis juga amat mengambil berat aspek-aspek penyediaan bahan mengajar,


kesediaan ruang serta kos pelaksanaan aktiviti sebelum merancang sesuatu aktiviti.
Setiap rancangan aktiviti disusun mengikut subtema yang sesuai bagi setiap tema
pembelajaran. Di harap, penulisan eBook ini dapat membantu pendidik-pendidik TASKA
dalam rancangan pelaksanaan aktiviti di TASKA masing-masing.

RODZIHA BINTI KATMON 3


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

RODZIHA BINTI KATMON 4


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

TEMPAT-TEMPAT RIADAH

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal (BKLA)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh menjawab soalan mudah.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh bercerita tentang tempat riadah berdasarkan kad gambar atau
pengalaman (BKLA) NCDC BKLA NO.7
2. Kanak-kanak boleh menceritakan pengalaman berada di sesuatu tempat riadah
melalui soal jawab (DPDP)

Bahan-bahan:
 Video lagu ‘Oh Didi- Didi&Friends’
 Kad gambar tempat riadah (dibawa oleh kanak-kanak)
- taman permainan, kolam mandi, taman bunga, taman burung, laut/sungai dll)

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan menyanyi lagu ‘Oh Didi’ bagi memberi gambaran tentang
topik ‘Tempat Riadah’.
2. Minta kanak-kanak keluarkan kad gambar tempat riadah masing-masing.
3. Mulakan dengan pendidik bercerita tentang kad gambar tempat riadah.
4. Kemudian, pilih seorang kanak-kanak dan beri peluang kanak-kanak bercerita
tentang tempat riadah.
5. Sentiasa galak kanak-kanak untuk bercerita tentang kad gambar yang ditunjukkan.
6. Dorong kanak-kanak untuk bercerita tentang pengalaman berada di tempat riadah
yang ditunjukkan.
7. Ulang aktiviti sehingga selesai semua kanak-kanak berpeluang bercerita.

Perhatian:
Minta ibu bapa sediakan kad gambar tempat riadah untuk anak masing-masing.

RODZIHA BINTI KATMON 5


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

MARI MENGUNDI TEMPAT RIADAH PILIHAN


Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian (SSEK)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh mengenali perasaan sendiri dan dapat mengawal emosi.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh memahami kehendak diri sendiri melalui membuat pilihan tempat
riadah (SSEK)
2. Kanak-kanak boleh mengira kad undi untuk menentukan undian tempat riadah
(AMPL)

Bahan-bahan:
 Lembaran kerja
 Kotak undian (DIY)
 Pensil warna
 Alat memotong kertas (gunting/pembaris dll)

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan mengulangkaji tempat-tempat riadah yang telah dipelajari.
2. Keluarkan lembaran kerja dan soal jawab dengan kanak-kanak tentang tempat-
tempat riadah dalam lembaran kerja.
i. Apa yang seronok di taman permainan?
ii. Apa yang ada di zoo?
3. Terangkan tentang aktiviti membuat undian tempat riadah pilihan ramai.
4. Minta kanak-kanak pilih dan warnakan satu tempat riadah yang paling disukai/diidami.
5. Beri peluang kanak-kanak membuat pilihan mengikut kehendak diri sendiri.
6. Selepas buat pilihan, bimbing kanak-kanak memotong gambar yang telah diwarnakan
dan masukkan ke dalam kotak undian.
7. Selepas semua selesai mengundi, ajak kanak-kanak kira semua undian.

Perhatian:
Tambah pilihan undian sekiranya kanak-kanak terlalu mudah buat pilihan.

RODZIHA BINTI KATMON 6


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

TEMPAT RIADAH PILIHAN SAYA


PILIH DAN WARNA

TAMAN PERMAINAN TAMAN TEMA AIR

ZOO PANTAI

RODZIHA BINTI KATMON 7


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

SEESAW PAPER CRAFT!

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Kreativiti dan Estetika (KE)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh mencipta/ menghasilkan rekaan baru.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menghasilkan kraf papan jongkang-jongket
menggunakan template (KE)
2. Kanak-kanak boleh menggunakan koordinasi mata-tangan untuk
mewarna, menggunting dan melipat dalam proses menghasilkan kraf jongkang-
jongket (F)

Bahan-bahan:
 Lembaran kerja/template (sumber: pinterest)
 Pensil warna
 Gunting

Ruang Aktiviti:
Sudut kreativiti

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan menunjukkan kraf yang telah dihasilkan bagi memberi
memberi gambaran tentang aktiviti.
2. Edarkan bahan-bahan dan tunjukkan cara menghasilkan kraf.
i. Warnakan gambar.
ii. Gunting mengikut garisan bulat besar
iii. Lipat kepada 2 bahagian mengikut garisan tengah.
3. Beri peluang kanak-kanak hasilkan kraf masing-masing.
4. Galak kanak-kanak menggunakan koordinasi mata-tangan dalam menghasilkan kraf.
5. Setelah selesai, beri peluang kanak-kanak bermain dengan kraf yang dihasilkan.
6. Pamerkan dan ajak kanak-kanak kemas ruang aktiviti.

Perhatian:
Awasi penggunaan gunting semasa aktiviti.

RODZIHA BINTI KATMON 8


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

SEESAW PAPER CRAFT!


**Cetak atas kertas keras

RODZIHA BINTI KATMON 9


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

PETA TAMAN PERMAINAN


Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik (AMPL)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh menunjukkan pemikiran asas ‘awal-logik’.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menyelesaikan soalan matematik asas ‘Reading A Map’
(AMPL)
2. Kanak-kanak boleh memahami arahan soalan yang dibacakan BKLA)
Bahan-bahan:
 Lembaran kerja
 Alat tulis (pensil dan pemadam)
 Pensil warna

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Tunjukkan lembaran kerja dan terangkan tentang aktiviti membaca peta.
2. Edarkan lembaran kerja kepada kanak-kanak dan bacakan arahan soalan.
3. Minta kanak-kanak selesaikan soalan satu persatu dengan membacakan soalan
kepada kanak-kanak.
4. Dorong kanak-kanak berfikir menyelesaikan masalah matematik ‘Reading A Map’
sehingga selesai.
5. Bimbing kanak-kanak memahami arahan soalan yang dibacakan sebelum
memikirkan jalan penyelesaian masalah.
6. Akhiri aktiviti dengan melakar laluan peta dan kumpul hasil kerja kanak-kanak.

Perhatian:
Pastikan soalan dibacakan dengan jelas dan perlahan.

RODZIHA BINTI KATMON 10


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

NAMA: …………………………………… TARIKH: ……………………

PETA TAMAN PERMAINAN


SELESAIKAN SOALAN DAN LAKAR LALUAN PETA TAMAN PERMAINAN

1. Ada berapa meja di taman permainan? Warnakan jawapan yang betul.

1 3 4 6

2. Warnakan tong sampah dengan warna KUNING.


3. Bulatkan buaian di taman permainan.
4. Lakar laluan peta dalam taman permainan.

RODZIHA BINTI KATMON 11


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

TEMPAT RIADAH DAN AKTIVITI


Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran (DPDP)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh mengaitkan sesuatu objek dengan situasi.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh mengaitkan sekurang-kurangnya satu tempat riadah
dengan aktiviti yang sesuai dengan betul (DPDP) NCDC DPDP NO.7
2. Kanak-kanak boleh menggunakan pensil untuk membuat lakaran/garisan dari
satu titik ke titik padanan seterusnya (F).

Bahan-bahan:
 Video lagu ‘Oh Didi- Didi&Friends’
 Lembaran kerja
 Alat tulis (pensil dan pemadam)

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan menyanyi lagu ‘Oh Didi’ bagi memberi gambaran tentang
aktiviti.
2. Edarkan lembaran kerja kepada kanak-kanak dan bacakan arahan soalan.
3. Minta kanak-kanak cari padanan tempat riadah dengan aktiviti yang sesuai.
4. Galak kanak-kanak mengenalpasti kaitan tempat riadah dengan aktiviti yang sesuai.
5. Bimbing kanak-kanak menggunakan pensil untuk membuat garisan padanan dari satu
titik ke titik padanan yang lain.
6. Setelah selesai, bincangkan tentang kaitan tempat riadah dengan aktiviti yang
dipadankan.
7. Kumpul hasil kerja kanak-kanak.

Perhatian:
Tingkatkan pemahaman kanak-kanak dengan membuat refleksi dari padanan yang
dibuat.
RODZIHA BINTI KATMON 12
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

NAMA: ……………………………….. TARIKH: ……………………


PADANKAN TEMPAT RIADAH DENGAN AKTIVITI YANG SESUAI

RODZIHA BINTI KATMON 13


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

I SPY THE UPPERCASE ALPHABET A-Z

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal (BKLA)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh kenal dan tahu beberapa abjad.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh mengecam abjad yang sama dalam lembaran kerja (BKLA) NCDC
BKLA NO.13
2. Kanak-kanak boleh menggunakan pensil warna untuk mewarna abjad dalam
lembaran kerja (F)

Bahan-bahan:
 Abjad (mainan kayu/foam)
 Lembaran kerja
 Pensil warna

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan menyanyi lagu ABC bagi menarik minat kanak-kanak.
2. Ulangkaji abjad A hingga Z menggunakan mainan abjad.
3. Edarkan bahan dan terangkan tentang cara permainan.
i. Pilih 1 mainan abjad
ii. Cam abjad dan cari abjad dalam lembaran kerja
iii. Warnakan abjad
4. Semasa permainan, galak kanak-kanak mengecam abjad.
5. Beri peluang kanak-kanak mewarna abjad dalam lembaran kerja.
6. Ulang aktiviti sehingga semua abjad berjaya diwarnakan.
7. Setelah selesai, kumpul hasil kerja kanak-kanak.

Perhatian:
Boleh variasikan aktiviti menggunakan huruf kecil (lowercase).

RODZIHA BINTI KATMON 14


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

NAMA: …………………………….…… TARIKH: ………………

I SPY THE UPPERCASE ALPHABET A-Z

RODZIHA BINTI KATMON 15


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

SURIH ANGKA 1-10

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik (AMPL)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh kenal angka dan menulis angka.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh kenal angka 1-10 dan menyurih angka 1-10 sekurangnya-
kurangnya satu angka dengan betul (AMPL)
2. Kanak-kanak boleh menggunakan koordinasi mata-tangan untuk menggunakan
pensil menyurih angka dan mewarna objek (F)

Bahan-bahan:
 Kad angka
 Lembaran kerja
 Pensil dan pemadam
 Pensil warna

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan mengulang kaji angka 1-10 menggunakan kad angka.
2. Edarkan lembaran kerja kepada kanak-kanak.
3. Soal jawab dengan kanak-kanak tentang angka 1-10 satu persatu.
4. Minta kanak-kanak menyurih angka 1-10 dan warnakan objek.
5. Galak kanak-kanak untuk kenal setiap angka yang disurih melalui soal jawab.
6. Bimbing kanak-kanak mengira objek mengikut turutan yang betul.
7. Dorong kanak-kanak menggunakan pensil dengan betul untuk menyurih angka dan
mewarna gambar.
8. Setelah selesai, kumpul dan pamerkan hasil kerja kanak-kanak.

Perhatian:
Variasikan lembaran kerja bagi meningkatkan lagi pemahaman kanak-kanak.

RODZIHA BINTI KATMON 16


NAMA: ……………………………………… TARIKH: ……………………

SURIH ANGKA 1-10. KIRA OBJEK DAN


WARNAKAN OBJEK.

satu sepuluh

dua sembilan
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

RODZIHA BINTI KATMON


17
lima enam tujuh lapan
tiga empat
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

LATIHAN MENULIS: SURIH GARISAN PUTUS-PUTUS

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Fizikal (F-motor halus)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh menunjukkan peningkatan dalam penguasaan kemahiran koordinasi mata-tangan.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menggunakan pensil untuk menyurih garisan putus-putus dalam
lembaran kerja (F)
2. Kanak-kanak boleh mengaitkan dua gambar objek/perbuatan/tempat yang berbeza
berdasarkan gambar dalam lembaran kerja (DPDP)

Bahan-bahan:
 Video lagu ‘Oh Didi-  Pensil dan pemadam
Didi&Friends’  Pensil warna
 Lembaran kerja

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti menyanyi lagu ‘Oh Didi’ bagi menarik minat kanak-kanak.
2. Edarkan lembaran kerja kepada kanak-kanak.
3. Minta kanak-kanak surih garisan putus-putus dalam lembaran kerja.
4. Dorong kanak-kanak menggunakan pensil untuk menyurih dengan betul.
5. Selepas selesai menyurih, minta kanak-kanak warnakan gambar.
6. Bimbing kanak-kanak mengaitkan dua gambar yang dihubungkan dengan surihan melalui
soal jawab.
i. Budak lelaki ini menaiki basikal pergi ke mana?
ii. Kenapa pakai pelampung untuk mandi kolam?
7. Setelah selesai, kumpul hasil kerja kanak-kanak.

Perhatian:
Variasikan lembaran kerja bagi meningkatkan lagi kemahiran kanak-kanak.
RODZIHA BINTI KATMON 18
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

NAMA: …………………………………… TARIKH: ……………………

LATIHAN PENULIS
SURIH GARISAN PUTUS-PUTUS

RODZIHA BINTI KATMON 19


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

MAIN PERMAINAN LUAR

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Fizikal (F-motor kasar)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh menguasai pergerakan motor kasar yang mudah.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menggunakan kemahiran fizikal (berlari, melompat, memanjat dll)
semasa bermain permainan luar (F) NCDC F NO.8
2. Kanak-kanak boleh menunjukkan pemahaman untuk menjaga keselamatan diri
semasa bermain (SSEK)

Bahan-bahan:
 -

Ruang Aktiviti:
Taman permainan luar

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan menerangkan tentang aktiviti bermain di taman permainan/
permainan luar.
2. Beri peluang kanak-kanak bermain dengan pelbagai permainan luar.
i. Jongkang-jongket
ii. Buaian dll
3. Galak kanak-kanak untuk menggunakan kemahiran fizikal semasa bermain.
4. Bimbing kanak-kanak untuk menjaga keselamatan diri semasa bermain.
5. Awasi kanak-kanak supaya tidak bermain hingga boleh membahayakan diri sendiri
atau rakan sebaya.
6. Sebelum masa tamat, ajak kanak-kanak cuci tangan dan masuk semula ke taska.

Perhatian:
Awasi pergerakan kanak-kanak semasa bermain.

RODZIHA BINTI KATMON 20


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

JAGA KEBERSIHAN TEMPAT RIADAH

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian (SSEK)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan tugas yang
diberikan.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menunjukkan sikap bertanggungjawab menjaga kebersihan
tempat riadah dengan melakukan aktiviti pembersihan seperti mengutip sampah
(SSEK)
2. Kanak-kanak boleh menunjukkan pemahaman untuk menjaga kebersihan tempat
riadah melalui tindakan membersihkan taman permainan/ permainan luar (DPDP)

Bahan-bahan:
 Peralatan membersih (plastik sampah, sarung tangan getah dll)

Ruang Aktiviti:
Taman permainan/ permainan luar

Langkah Pelaksanaan:
1. Terangkan tentang aktiviti membersihkan taman permainan/ permainan luar.
2. Keluarkan peralatan pembersihan yang diperlukan dan ajak kanak-kanak
membersihkan taman permainan/ permainan luar.
3. Dorong kanak-kanak mengutip sampah yang kelihatan dan buang ke dalam tong
sampah.
4. Galak kanak-kanak menunjukkan sikap tanggungjawab menjaga kebersihan tempat
riadah dengan mengutip sampah dan sebagainya.
5. Tingkatkan juga pemahaman kanak-kanak menjaga kebersihan tempat riadah melalui
aktiviti pembersihan.
6. Akhiri aktiviti dengan membersihkan diri dan masuk semula ke taska.

Perhatian:
Tingkatkan pemahaman kanak-kanak dengan soal jawab semasa aktiviti.

RODZIHA BINTI KATMON 21


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

AKTIVITI
SEMASA
BERCUTI

RODZIHA BINTI KATMON 22


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

AKTIVITI SEMASA BERCUTI

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal (BKLA)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh menjawab soalan mudah.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menjawab soalan berkaitan aktiviti semasa bercuti berdasarkan
gambar dalam lembaran kerja (BKLA) NCDC BKLA NO.7
2. Kanak-kanak boleh menggambarkan pengalaman melakukan aktiviti semasa bercuti
melalui cerita dengan bimbingan (DPDP).

Bahan-bahan:
 Video lagu ‘Happy Holiday’-Fun Song For Kids
 Lembaran kerja
 Pensil warna

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan menyanyi lagu ‘Happy Holiday’ bagi memberi gambaran
tentang topik ‘Aktiviti Semasa Bercuti’.
2. Edarkan lembaran kerja kepada kanak-kanak.
3. Berdasarkan gambar dalam lembaran kerja, soal jawab dengan kanak-kanak tentang
aktiviti semasa bercuti.
i. Apa boleh dilakukan semasa bercuti?
ii. Siapa pernah lakukan aktiviti ……………?
4. Galak kanak-kanak untuk menceritakan tentang pengalaman mereka melakukan
aktiviti semasa bercuti melalui soal jawab.
5. Akhiri aktiviti dengan mewarna gambar dalam lembaran kerja.

Perhatian:
Boleh juga gunakan kad bergambar bagi meningkatkan lagi pemahaman kanak-kanak.

RODZIHA BINTI KATMON 23


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

BERKHEMAH MELAWAT ATUK DAN NENEK

AKTIVITI
SEMASA
BERCUTI

TOLONG IBU DAN BERKELAH DENGAN


AYAH DI RUMAH
KELUARGA

BERCUTI DENGAN
KELUARGA

RODZIHA BINTI KATMON 24


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

MAIN PERANAN: BERKHEMAH

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
(SSEK)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh menyesuaikan diri dalam situasi baru.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menyesuaikan diri dalam main peranan situasi sedang
berkhemah (SSEK) NCDC SSEK NO.5
2. Kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam main peranan situasi sedang
berkhemah (BKLA)

Bahan-bahan:
 Peralatan berkhemah (khemah, makanan dll)

Ruang Aktiviti:
Sudut Main Peranan

Langkah Pelaksanaan:
1. Ajak kanak-kanak ke ruang aktiviti dan terangkan tentang aktiviti main peranan situasi
sedang berkhemah.
2. Beri peluang kanak-kanak main peranan dengan rakan sebaya.
3. Semasa bermain, dorong kanak-kanak supaya menyesuaikan diri dalam situasi
sedang berkhemah.
4. Galak kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam main peranan.
5. Beri peluang kanak-kanak main peranan sehingga masa tamat.
6. Ajak kanak-kanak kemas ruang aktiviti yang telah digunakan.

Perhatian:
Pastikan persediaan tempat dilakukan sebelum memulakan kelas.

RODZIHA BINTI KATMON 25


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

FIRE FLAME CAMPING

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Kreativiti Dan Estetika (KE)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh mencipta/ menghasilkan rekaan baru.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menghasilkan kraf ‘Fire Flame Camping’ menggunakan teknik
capan tapak tangan (KE)
2. Kanak-kanak boleh menggunakan koordinasi mata-tangan untuk membuat capan
tangan dan menampal dalam proses menghasilkan kraf ‘Fire Flame Camping’ (F)

Bahan-bahan:
 Kertas lukisan
 Warna air dan bekas bancuhan
 Ranting kayu
 Gam latex

Ruang Aktiviti:
Sudut kreativiti

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan bercerita tentang ‘camping’ atau perkhemahan.
2. Tunjukkan kraf yang telah dihasilkan bagi memberi gambaran tentang aktiviti.
3. Keluarkan bahan dan edarkan kepada kanak-kanak.
4. Minta kanak-kanak hasilkan kraf ‘Fire Flame Camping’ masing-masing.
5. Bimbing kanak-kanak untuk menghasilkan kraf masing-masing sehingga selesai.
6. Galak kanak-kanak untuk meningkatkan koordinasi mata-tangan dalam proses
membuat capan tangan dan menampal ranting kayu.
7. Setelah selesai, kumpul hasil kerja kanak-kanak dan keringkan sebelum dipamerkan.
8. Ajak kanak-kanak mengemas ruang aktiviti.

Perhatian:
Awasi penggunaan ranting kayu semasa aktiviti bagi mengelak sebarang kemalangan.

RODZIHA BINTI KATMON 26


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

KESELAMATAN SEMASA BERKELAH DI PANTAI


Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik (AMPL)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh memberi sebab dan akibat.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh memberi sebab kenapa perlu mengutamakan keselamatan
berkelah di pantai melalui soal jawab (AMPL) NCDC AMPL NO.5
2. Kanak-kanak boleh menjawab soalan berkaitan keselamatan berkelah di pantai
melalui soal jawab (BKLA)

Bahan-bahan:
 Video cerita ‘Istimewa Cuti Sekolah’-Omar&Hana

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan menonton video ‘Istimewa Cuti Sekolah’ bagi memberi
gambaran tentang aktiviti.
2. Berdasarkan video, terangkan tentang langkah keselamatan semasa berkelah.
i. Pakai pakaian mandi dan pelampung yang sesuai.
ii. Ditemani oleh ibu bapa.
iii. Tidak mandi pantai sekiranya cuaca buruk.
3. Soal jawab dengan kanak-kanak tentang kepentingan mengutamakan keselamatan
semasa berkelah.
i. Kenapa perlu pakai pelampung?
ii. Kenapa perlu ditemani ibu dan ayah?
iii. Kenapa tidak boleh mandi pantai semasa cuaca buruk?
4. Galak kanak-kanak menjawab soalan dengan memberi sebab yang sewajarnya.
5. Dorong kanak-kanak menjawab soalan dan menggunakan bahasa yang boleh
difahami.
6. Ulang aktiviti soal jawab dengan semua kanak-kanak.

Perhatian:
Pastikan video cerita ditayangkan dengan jelas. Boleh gunakan bahan maujud atau
lembaran kerja sebagai sokongan pembelajaran.

RODZIHA BINTI KATMON 27


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

MARI BERKELAH BERSAMA

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran (DPDP)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh menguasai kemahiran memperhatikan dengan penggunaan semua deria.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh merasai pengalaman berkelah dengan rakan sebaya di hadapan
taska (DPDP) NCDC DPDP NO.1
2. Kanak-kanak boleh berkongsi permainan dan makanan semasa berkelah SSEK)

Bahan-bahan:
 Peralatan berkelah (tikar, mainan, khemah dll)
 Makanan (potluck)

Ruang Aktiviti:
Luar taska

Langkah Pelaksanaan:
1. Terangkan tentang aktiviti berkelah sebagai aktiviti semasa bercuti.
2. Ajak kanak-kanak berkelah bersama-sama di luar taska.
3. Dorong kanak-kanak untuk membuat persiapan berkelah bersama-sama.
i. Bentang tikar. Pasang khemah (sekiranya ada).
ii. Hidang makanan atau sediakan keperluan untuk makan.
4. Beri peluang kanak-kanak berkelah bersama-sama dan merasai pengalaman
berkelah.
5. Semasa berkelah, galak kanak-kanak supaya saling berkongsi makanan, mainan dan
melakukan aktiviti bersama-sama.
6. Sebelum masa tamat, ajak kanak-kanak kemas peralatan yang telah digunakan.

Perhatian:
Pastikan ibu bapa telah dimaklumkan terlebih awal untuk potluck makanan bagi sesi
aktiviti ini.

RODZIHA BINTI KATMON 28


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

STICKY LETTERS

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
(BKLA)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh kenal dan tahu beberapa abjad.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh memadan huruf kecil dan huruf besar A-Z (BKLA) NCDC BKLA
NO.13
2. Kanak-kanak boleh mengecam abjad A-Z semasa melaksanakan aktiviti Sticky Letter
(DPDP)

Bahan-bahan:
 Kad abjad
 Papan berhuruf (DIY menggunakan plastik atau kertas lukisan)
 Sticky noted berhuruf

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Ulangkaji a-z sambil menyanyi lagu ABC.
2. Keluarkan bahan dan terangkan tentang aktiviti.
3. Galak kanak-kanak membuat padanan huruf satu persatu.
4. Dorong kanak-kanak mengecam huruf a-z semasa melaksanakan aktiviti.
5. Beri peluang sehingga tugasan selesai dan semua kanak-kanak berjaya
melaksanakan aktiviti.
6. Akhiri aktiviti dengan menyanyi semula lagu ABC.

Perhatian:
Mulakan aktiviti dengan memadan abjad yang sama (huruf kecil-huruf kecik/huruf besar-
huruf besar). Boleh juga membuat padanan huruf kecil-huruf besar atau sebaliknya.

RODZIHA BINTI KATMON 29


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

SURIH ANGKA 1-10

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik (AMPL)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh kenal angka dan menulis angka.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh mengira dan kenal angka 1-10 mengikut turutan yang betul
(AMPL)
2. Kanak-kanak boleh menggunakan pensil untuk menyurih angka 1-10 dalam lembaran
kerja (F)

Bahan-bahan:
 Lembaran kerja
 Kad angka
 Pensil dan pemadam

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan mengulang kaji angka 1-10 menggunakan kad angka.
2. Edarkan lembaran kerja kepada setiap orang kanak-kanak.
3. Bacakan soalan dan minta kanak-kanak selesaikan tugasan dalam lembaran kerja.
4. Galak kanak-kanak kenal angka 1-10 mengikut turutan yang betul.
5. Bimbing kanak-kanak menggunakan koordinasi mata-tangan memegang pensil untuk
menyurih angka 1-10 mengikut turutan yang betul.
6. Setelah selesai, kumpul hasil kerja kanak-kanak.

Perhatian:
Galak kanak-kanak untuk kenal angka dan dapat menulis angka mengikut turutan yang
betul.

RODZIHA BINTI KATMON 30


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

NAMA: ………………………………………… TARIKH: ……………

Surih angka 1-10

RODZIHA BINTI KATMON 31


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

BAGASI SAYA

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Fizikal (F-motor halus)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh menguasai kemahiran motor halus yang mudah.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menggunakan koordinasi mata-tangan untuk menggunting dan
menampal gambar dalam Bagasi Saya (F) NCDC F NO.9
2. Kanak-kanak boleh memikirkan keperluan yang perlu dibawa ketika bercuti melalui
soal jawab (AMPL)

Bahan-bahan:
 Lembaran kerja
 Gunting
 Gam cair
 Pensil warna

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan bercerita tentang keperluan untuk bercuti.
2. Edarkan lembaran kerja kepada kanak-kanak dan bacakan soalan/arahan.
3. Soal jawab tentang keperlan yang perlu dibawa ketika bercuti.
i. Kenapa perlu bawa jaket ketika bercuti?
ii. Berapa helai baju perlu dibawa?
4. Galak kanak-kanak memikirkan keperluan yang dibawa semasa bercuti berdasarkan
soalan yang ditanya.
5. Beri peluang kanak-kanak menggunting dan menampal gambar dalam lembaran
kerja.
6. Setelah siap, kumpul dan pamerkan hasil kerja kanak-kanak.
7. Ajak kanak-kanak kemas ruang aktiviti.

Perhatian:
Awasi penggunaan gunting semasa aktiviti bagi mengelak sebarang kemalangan.
RODZIHA BINTI KATMON 32
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

NAMA: …………………………....…….. TARIKH: ……………………

BAGASI SAYA
Apa yang saya perlu bawa untuk bercuti?

RODZIHA BINTI KATMON 33


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

BANTU AYAH CUCI KERETA


Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Fizikal (F-motor kasar)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh menguasai kemahiran motor kasar yang mudah.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menggunakan kemahiran fizikal semasa mencuci kereta (F)
2. Kanak-kanak boleh menunjukkan pemahaman tentang aktiviti membantu ibu dan
ayah perkara yang baik melalui aktiviti mencuci kereta (SSEK)

Bahan-bahan:
 Kereta yang sebenar
 Bahan cucian kereta (sabun)
 Peralatan mencuci kereta (baldi, span dll)

Ruang Aktiviti:
Luar taska

Langkah Pelaksanaan:
1. Terangkan tentang aktiviti membantu ibu ayah semasa cuti sekolah.
i. Bantu ibu masak/kemas rumah
ii. Bantu ayah cuci kereta
2. Ajak kanak-kanak ke luar taska, tunjukkan sebuah kereta dan terangkan tentang
aktiviti mencuci kereta.
3. Keluarkan bahan cucian dan beri peluang kanak-kanak mencuci kereta.
4. Sentiasa galak kanak-kanak menggunakan kemahiran fizikal semasa mencuci kereta
seperti menggosok kotoran, mengelap dll.
5. Dorong kanak-kanak supaya memahami amalan membantu ibu dan ayah sebagai
aktiviti yang baik.
6. Sebelum masa tamat, ajak kanak-kanak bersihkan diri sebelum masuk semula ke
taska.

Perhatian:
Pastikan pakaian kanak-kanak bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan.
Maklumkan ibu bapa berkaitan aktiviti ini bagi mengelak sebarang salah faham.

RODZIHA BINTI KATMON 34


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

MELAWAT ATUK DAN NENEK

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian (SSEK)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh menunjukkan nilai diri dan keperibadian yang ditiru daripada orang dewasa.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menunjukkan pemahaman untuk menjaga hati atuk dan nenek
berdasarkan tauladan dari cerita ‘Kisah Atuk Nenek’ (SSEK)
2. Kanak-kanak boleh menceritakan semula cerita/tauladan yang diperolehi dari
tontonan cerita ‘Kisah Atuk Nenek’ melalui soal jawab (BKLA)

Bahan-bahan:
 Video cerita ‘Kisah Nak Atuk Nenek’-
Omar&Hana

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan soal jawab tentang aktiviti ‘Melawat Atuk Dan Nenek’.
i. Kenapa perlu lawat atuk dan nenek?
ii. Di mana rumah atuk dan nenek/ kampung awak?
2. Mainkan video dan beri peluang kanak-kanak menonton tayangan video cerita.
3. Selepas menonton, terangkan tentang tauladan cerita melalui soal jawab.
i. Apa yang atuk dan nenek lakukan/ masak untuk Omar dan Hana?
ii. Apa yang berlaku pada nenek?
4. Galak kanak-kanak untuk memahami keperluan melawat atuk dan nenek/menjaga
hati atuk dan nenek melalui cerita yang ditonton.
5. Dorong kanak-kanak menceritakan semula cerita/tauladan yang diperolehi dari
tontonan cerita.

Perhatian:
Pastikan video cerita ditayangkan dengan jelas.

RODZIHA BINTI KATMON 35


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

TARIAN

TRADISIONAL

RODZIHA BINTI KATMON 36


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

JELAJAH TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA


Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal (BKLA)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh mengambil bahagian dalam perbualan dengan aktif.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam perbualan tentang pelbagai tarian
tradisional berdasarkan video tariaan (BKLA) NCDC BKLA NO.10
2. Kanak-kanak boleh menari dengan iringan muzik tarian tradisional mengikut kreativiti
sendiri (KE)

Bahan-bahan:
 Video lagu ‘Menari Bersama’-Didi&Friends
 Video pendek pelbagai tarian tradisional / kad gambar

Ruang Aktiviti:
Sudut teknologi

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan mengajak kanak-kanak menari lagu ‘Menari Bersama’ bagi
memberi gambaran tentang topik ‘Tarian Tradisional’.
2. Terangkan kepada kanak-kanak tentang pelbagai tarian tradisional di Malaysia
menggunakan video pendek tarian atau kad bergambar.
i. Tarian Zapin (Melayu) v. Tarian Kipas (Cina)
ii. Tarian Mak Yong (Melayu) vi. Tarian Sumazau (Sabah)
iii. Tarian Bharathanatyam (India) vii. Tarian Ngajat (Sarawak)
iv. Tarian Naga (Cina)
3. Galak kanak-kanak untuk berbual tentang tarian-tarian tradisional di Malaysia
menggunakan video pendek/kad gambar.
4. Akhiri aktiviti dengan memberi peluang kanak-kanak menari bebas mengikut muzik
tarian tradisional.

Perhatian:
Sediakan tambahan rakaman video/kad gambar bagi meningkatkan lagi pemahaman
kanak-kanak berkaitan tarian-tarian tradisional di Malaysia.

RODZIHA BINTI KATMON 37


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

TARIAN ZAPIN TARIAN BHARATHANATYAM

TARIAN NAGA TARIAN KIPAS

TARIAN SUMAZAU TARIAN BULUH

RODZIHA BINTI KATMON 38


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

TARIAN ZAPIN MASYARAKAT MELAYU

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian (SSEK)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh menghormati harta benda/barang mainan.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menunjukkan sikap menghormati Tarian Zapin sebagai tarian
tradisional masyarakat Melayu melalui soal jawab (SSEK)
2. Kanak-kanak boleh meniru menari tarian zapin mengikut tayangan video (KE)

Bahan-bahan:
 Video lagu ‘Tarian Zapin-Usik Mengusik’

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan tayangan video ‘Tarian Zapin’ bagi memberi gambaran
tentang Tarian Zapin.
2. Terangkan dan soal jawab tentang Tarian Zapin.
i. Tarian tradisional masyarakat Melayu.
ii. Terkenal di negeri Johor.
iii. Penari pada kebiasaannya berpasangan lelaki dan perempuan.
3. Galak kanak-kanak menunjukkan sikap menghormati tarian tradisional masyarakat
Melayu melalui soal jawab.
4. Tentukan kedudukan kanak-kanak dan mainkan video lagu sebelum mengajak kanak-
kanak menari zapin mengikut lagu yang dimainkan.
5. Tunjuk tarian zapin langkah demi langkah.
6. Beri peluang kanak-kanak menari zapin bersama-sama.

Perhatian:
Pastikan video lagu dimainkan dan ditayangkan dengan jelas.

RODZIHA BINTI KATMON 39


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3-4 TAHUN

KIPAS TANGAN UNTUK TARIAN KIPAS

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Kreativiti dan Estetika (KE)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh mencipta/ menghasilkan rekaan baru.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menghasilkan kipas tangan menggunakan pinggan kertas
mengikut kreativiti sendiri (KE)
2. Kanak-kanak boleh menggunakan koordinasi mata-tangan untuk menampal dalam
proses menghasilkan kipas tangan (F)

Bahan-bahan:
 Pinggan kertas  Hiasan (pom pom, kertas warna
 Batang aiskrim dll)
 Peralatan (gunting, marker dll)  Gam cair

Ruang Aktiviti:
Sudut kreativiti

Langkah Pelaksanaan:
1. Tayangkan video pendek tarian kipas bagi memberi gambaran tentang aktiviti.
2. Terangkan tentang aktiviti menghasilkan kipas tangan menggunakan pinggan kertas.
3. Keluarkan bahan dan tunjuk cara hasilkan kipas tangan.
4. Beri peluang kanak-kanak hasilkan kipas tangan masing-masing.
5. Galak kanak-kanak untuk hasilkan kipas tangan sehingga selesai.
6. Sentiasa bimbing kanak-kanak menggunakan koordinasi mata-tangan dalam proses
menghasilkan kipas.
7. Setelah siap, beri peluang kanak-kanak menari tarian kipas menggunakan kipas
tangan yang telah dihasilkan.

Perhatian:
Pastikan peralatan tajam seperti gunting dikendali dengan baik bagi mengelak sebarang
kemalangan.

RODZIHA BINTI KATMON 40


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

TARIAN BHARATHANATYAM

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik (AMPL)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh menunjukkan rasa ingin tahu yang semakin mendalam, diikuti dengan minat untuk
mencuba perkara baru.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menunjukkan rasa ingin tahu tentang Tarian Bharathanatyam
melalui soal jawab (AMPL)
2. Kanak-kanak boleh meniru Tarian Bharathanatyam mengikut tayangan video (KE)

Bahan-bahan:
 Video ‘Tarian Bharathanatyam’
 Pakaian perempaun India (Sari) beserta hiasan diri

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Masuk ke kelas dengan memakai Sari beserta hiasan perempuan India.
2. Soal jawab dengan kanak-kanak tentang pakaian yang dipakai.
i. Masyarakat apa yang memakai pakaian Sari?
ii. Masyarakat India terkenal dengan tarian apa?
iii. Bagaimana Tarian Bharathanatyam?
3. Galak kanak-kanak untuk menunjukkan rasa ingin tahu tentang Tarian
Bharathanatyam melalui soal jawab.
4. Mainkan video dan beri peluang kanak-kanak menonton Tarian Bharathanatyam.
5. Ajak kanak-kanak menari Tarian Bharathanatyam berdasarkan video yang dimainkan.

Perhatian:
Pastikan video ditayangkan dengan jelas.

RODZIHA BINTI KATMON 41


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

TARIAN SUMAZAU

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran (DPDP)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh menunjukkan penghayatan yang lebih baik terhadap alam sekitar.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menunjukkan penghayatan terhadap Tarian Sumazau melalui
tindakan (DPDP)
2. Kanak-kanak boleh meniru Tarian Sumazau mengikut tayangan video (KE)

Bahan-bahan:
 Video ‘Tarian Sumazau’
 Video lagu ‘Gunung Kinabalu’

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan mengulangkaji tarian-tarian tradisional yang telah dipelajari.
2. Mainkan video Tarian Sumazau dan soal jawab tentang tarian.
i. Tarian Sumazau terkenal di mana?
ii. Bagaimana langkah Tarian Sumazau?
3. Mainkan video lagu dan ajak kanak-kanak menari bersama.
4. Tunjuk langkah tarian satu persatu.
5. Dorong kanak-kanak menunjukkan penghayatan terhadap Tarian Sumazau melalui
langkah tarian yang dibuat.
6. Beri peluang kanak-kanak menari tarian ini sehingga masa tamat.

Perhatian:
Tunjuk langkah asas tarian yang sebenar.

RODZIHA BINTI KATMON 42


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

ABJAD A-Z

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal (BKLA)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh kenal dan tahu beberapa abjad.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menyebut A-Z mengikut turutan yang betul dan mengecam huruf
yang hilang dalam lembaran kerja (BKLA) NCDC BKLA NO.13
2. Kanak-kanak boleh menggunakan pensil untuk menulis abjad A-Z dalam lembaran
kerja (F)

Bahan-bahan:
 Kad abjad A-Z
 Lembaran kerja
 Alatan menulls (pensil dan pemadam)

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan menyanyi lagu ABC bagi menarik minat kanak-kanak.
2. Ulangkaji huruf A-Z menggunakan kad abjad.
3. Edarkan lembaran kerja kepada setiap orang kanak-kanak.
4. Bacakan soalan dan minta kanak-kanak tulis abjad yang tertinggal dalam kotak
kosong.
5. Bimbing kanak-kanak untuk menulis abjad yang tertinggaal mengikut turutan A-Z.
8. Dorong kanak memegang pensil dengan betul untuk menulis abjad A-Z.
9. Setelah siap, ulang kaji semula abjad A-Z.
10. Kumpul hasil kerja kanak-kanak dan pamerkan.

Perhatian:
1. Gunakan carta abjad atau kad abjad sebagai rujukan kepada kanak-kanak sekiranya
perlu.

RODZIHA BINTI KATMON 43


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

NAMA: ………………………………… TARIKH: …………………

Arahan: Tulis abjad yang tertinggal.

RODZIHA BINTI KATMON 44


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

ANGKA 1-10

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik (AMPL)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh kenal angka dan menulis angka.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh mengira gambar dan menulis angka dalam lembaran kerja
(AMPL)
2. Kanak-kanak boleh menggunakan koodinasi mata-tangan memegang pensil untuk
menulis angka (F)

Bahan-bahan:
 Lembaran kerja
 Kad angka
 Pensil dan pemadam

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan mengulang kaji angka menggunakan kad angka.
2. Edarkan lembaran kerja kepada setiap orang kanak-kanak.
3. Bacakan soalan dan minta kanak-kanak tulis angka yang tertinggal.
4. Galak kanak-kanak untuk mengira objek di atas kotak gondola sebelum menulis
angka pada badan gondola.
5. Bimbing kanak-kanak menulis angka dengan betul.
6. Setelah selesai, kumpul hasil kerja kanak-kanak.

Perhatian:
Jika terlalu sukar, gunakan kad angka sebagai panduan untuk kanak-kanak meniru
tulisan angka.

RODZIHA BINTI KATMON 45


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

NAMA: ………………………………………… TARIKH: ……………


Arahan: Tulis angka yang tertinggal.

RODZIHA BINTI KATMON 46


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

STIK NAGA UNTUK TARIAN NAGA

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Fizikal (F-motor halus)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh menguasai koordinasi mata-tangan yang mudah.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menggunakan koordinasi mata-tangan menggunting dan
menampal dalam proses menghasilkan stik naga (F)
2. Kanak-kanak boleh menari tarian naga menggunakan stik naga dengan iringan
muzik (KE)

Bahan-bahan:
 Video ‘Tarian Naga’  Peralatan (gunting, gam,pensil dll)
 Kertas warna  Batang aiskrim

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan menayangkan video ‘Tarian Naga’ dan terangkan
tentang tarian.
i. Tarian masyarakat Cina
2. Terangkan tentang aktiviti menghasilkan stik naga bagi Tarian Naga.
3. Keluarkan bahan-bahan dan beri peluang kanak-kanak menghasilkan stik
naga.
4. Galak kanak-kanak menggunakan koordinasi mata-tangan menggunting dan
menampal untuk menghasilkan stik naga.
5. Setelah siap, mainkan video lagu dan ajak kanak-kanak membuat Tarian Naga
menggunakan stik naga yang telah dihasilkan.

Perhatian:
Awasi penggunaan gunting semasa aktiviti bagi mengelak kemalangan

RODZIHA BINTI KATMON 47


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

LOMPAT BULUH DALAM TARIAN BULUH/ MAGUNATIP

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Fizikal (F-motor kasar)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh membuat pelbagai pergerakan fizikal mudah.

Objektif Pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh melompat merentasi buluh dalam tarian buluh (F) NCDC F NO.8
2. Kanak-kanak boleh menari asas Tarian Buluh mengikut tayangan video (KE)

Bahan-bahan:
 Video ‘Tarian Buluh’
 Buluh (2 batang)

Ruang Aktiviti:
Ruang fizikal

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan tayangan video Tarian Buluh dan soal jawab tentang video.
i. Tarian Buluh gunakan apa dalam tarian?
ii. Berapa orang pemain/pemegang buluh?
iii. Bagaimana tarian buluh?
2. Keluarkan bahan dan tunjuk cara Tarian Buluh (lompat melepas buluh).
3. Beri peluang kanak-kanak melompat melepasi buluh yang dibaringkan pada lantai
seorang demi seorang.
4. Ulang latihan melompat melepasi buluh beberapa kali.
5. Akhiri aktiviti dengan memainkan video lagu dan membuat Tarian Buluh bersama-
sama.

Perhatian:
Minta bantuan PPMS dalam pelaksanaan aktiviti ini untuk memainkan rentak buluh.

RODZIHA BINTI KATMON 48


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

TARIAN TRADISIONAL KHAZANAH NEGARA

Bidang Pembelajaran:
Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian (SSEK)

Pengetahuan Sedia Ada:


Boleh menghormati harta benda/barang permainan.

Objektif Pembelajaran
1. Kanak-kanak boleh menunjukkan pemahaman menghargai pelbagai tarian tradisional
melalui soal jawab (SSEK)
2. Kanak-kanak boleh mengecam sekurang-kurangnya satu tarian tradisonal dengan
betul berdasarkan pembelajaran lepas (DPDP)

Bahan-bahan:
 Video pelbagai tarian tradisional/ kad gambar

Ruang Aktiviti:
Bilik aktiviti

Langkah Pelaksanaan:
1. Mulakan aktiviti dengan mengulangkaji tarian-tarian tradisional yang telah dipelajari.
2. Teraangkan kepada kanak-kanak tentang tarian sebagai khazanah Negara yang
perlu dijaga/dipelihara.
i. Tarian perlu tahu dan belajar.
ii. Jangan terlalu gemar dengan tarian semasa hingga lupa tarian tradisional.
iii. Tarian tradisional lambang kenegaraan.
iv. Tarian tidak boleh dilupakan.
3. Galak kanak-kanak supaya menghargai pelbagai tarian tradisional melalui soal jawab.
4. Mainkan 1 video tarian dan soal jawab tentang tarian tersebut.
5. Dorong kanak-kanak mengingat kembali tarian yang telah dipelajari.
6. Ulang tayang video tarian yang lain pula hingga selesai.

Perhatian:
Pastikan video klip ditayangkan dengan jelas.

RODZIHA BINTI KATMON 49


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

PENUTUP

Tahniah, anda telah pun berjaya merancang pelbagai aktiviti menarik mengikut tema
bulanan untuk TASKA anda. Rancangan RPA yang terkandung dalam e-book ini
berfokus kepada aktiviti bertema dan bukan bertema.

Terpulang kepada anda untuk mengolah RPA ini mengikut persekitaran, bilangan
kanak-kanak serta bahan-bahan yang anda perolehi. Namun begitu, anda adalah
dilarang sama sekali berkongsi kandungan RPA ini dengan individu yang lain dalam
pelbagai bentuk.

Moga penulisan RPA ini memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa dapatkan koleksi
e-book yang lain dengan tema-tema yang lebih menarik.

RODZIHA BINTI KATMON 50


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

HAK CIPTA TERPELIHARA

RODZIHA BINTI KATMON 51

Anda mungkin juga menyukai