Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

KURSUS ASUHAN PERMATA SIRI 1/2023 ATAS TALIAN

Nama Agensi Latihan : PERSATUAN PENGASUH KANAK-KANAK BERDAFTAR MIRI

Bidang : PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN_

Nama Peserta Irancethia Anak Seli

No. K/P : 021020-13-0324

Tarikh : (tulis masa praktikum)


Hari
Masa : (tulis masa praktikum)

Umur: 3 tahun

Bil Kanak-kanak. 1 orang

Tema: Alam kehidupan

Tajuk Mari hidu bau tumbuhan

Bidang Perkembangan Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran_


Pembelajaran
fokus
Pengetahuan Sedia Kanak-kanak sudah boleh meneroka persekitaran di halaman taska.
Ada :
Objektif 1. Membolehkan kanak-kanak mencium bau pelbagai tumbuhan
yang berbeza di halaman taska dengan menggunakan
hidungnya. (Perkembangan Deria Dan Pemahaman Dunia
Persekitaran)
2. Membolehkan kanak-kanak menyebut warna pada tumbuhan
yang diambil. (Perkembangan Bahasa Komunikasi Dan
Literasi Awal )
3. Membolehkan kanak-kanak memetik pelbagai tumbuhan di
halaman taska. (Perkembangan Fizikal)
Senarai bahan/alat 1. Pelbagai tumbuhan di persekitaran
2. 1 Helai plastik kecil (11” x 13”) ( 28cm x 33cm)
3. 1 Potongan kadbod (gambar hidung)
4. 1 Tikar kecil bersaiz (45cm x 23cm)
5. 1 Paket kecil tisu basah
6. 2 Helai pelitup muka ( 1 untuk kanak-kanak dan 1 untuk
pendidik)
Tempat / (tulis masa praktikum)
Ruang aktiviti

Langkah-langkah PERMULAAN
Perlaksanaan
1. Pendidik membawa kanak-kanak ke tempat aktiviti yang akan
dijalankan.
2. Pendidik membawa kanak-kanak mengucapkan selamat pagi
kepada facilitator.
3. Pendidik memastikan kanak-kanak duduk dengan selesa
semasa duduk di atas kerusi.
4. Pendidik akan membawa kanak-kanak membuat bulatan kecil
bersama sambil bernyanyi supaya kanak-kanak akan berasa
seronok.
Lirik lagu
Oh cantiknya taman bunga ini
Penuh bunga-bunga yang harum baunya
Ada bunga raya dan bunga kertas
Ada orkid dan kekwa
Oh harumnya

Oh cantiknya taman bunga ini


Penuh bunga-bunga yang harum baunya
Ada bunga raya dan bunga kertas
Ada orkid dan kekwa
Oh harumnya
5. Pendidik bermesra terlebih dahulu dengan kanak-kanak sambil
meminta kanak-kanak membuat senaman ringan.
6. Pendidik memberitahu kanak-kanak di halaman taska terdapat
pelbagai tumbuhan seperti bunga, ranting kayu, rumput, dan
daun.

PELAKSANAAN
7. Pendidik berikan kanak-kanak satu plastik kecil dan meminta
kanak-kanak untuk memetik tumbuhan dan masukkan dalam
plastik. (Perkembangan Fizikal)
8. Pendidik bentangkan tikar kecil di halaman dan minta kanak-
kanak duduk di atas tikar.
9. Pendidik mengeluarkan satu potongan kadbod gambar hidung
dan mula bercerita kepada kanak-kanak mengenai hidung
manusia dan fungsinya.
10. Pendidik meminta kanak-kanak untuk memegang hidung
sendiri dan memberitahu fungsi hidung.
11. Pendidik akan bertanya kepada kanak-kanak :
i) Apakah fungsi hidung kita?
ii) Apakah bau yang boleh kita hidu menggunakan hidung
selain tumbuhan?
12. Pendidik meminta kanak-kanak keluarkan pelbagai tumbuhan
yang dipetik tadi dari plastik dan taburkan di atas tikar yang
disediakan.
13. Seterusnya, pendidik minta kanak-kanak untuk menghidu bau
tumbuhan yang dipetik dan memberitahu sama ada baunya
wangi, busuk atau tiada bau. (Perkembangan Deria Dan
Pemahaman Dunia Persekitaran)
14. Kanak-kanak akan memberitahu pendidik apa yang dihidu.
15. Kemudian, kanak-kanak menyebut warna yang terdapat pada
tumbuhan yang telah dikumpul itu dan minta kanak-kanak
untuk menyebut satu persatu. (Perkembangan Bahasa
Komunikasi Dan Literasi Awal )
16. Kontigensi
a) Jika kanak-kanak sudah boleh cuba menghidu bau tumbuh-
tumbuhan tersebut pendidik akan memberi pujian kepada
kanak-kanak.
b) Jika kanak-kanak tidak berjaya memetik dan menghidu
tumbuhan, pendidik akan memberikan bimbingan kepada
kanak-kanak ketika tidak dapat memetik dan menghidu bau
tumbuhan.
PENUTUPAN

17. Selesai aktiviti, pendidik meminta kanak-kanak untuk


menolong mengemas bahan aktiviti yang digunakan dan
membawa kanak-kanak mengucapkan terima kasih kepada
fasilitator.
18. Pendidik membawa kanak-kanak mencuci tangan
menggunakan tisu basah dan kembalikan kanak-kanak kepada
pengasuh taska.
19. Akhir sekali, pendidik mengucapkan terima kasih kepada
pengasuh taska.

5. Perhatian
1. Keselamatan:
Pastikan tempat aktiviti selamat dan tidak licin dan SOP Taska di
patuhi.
2. Kebersihan:
Pastikan bahan aktiviti selamat dan sesuai mengikut peringkat umur
kanak-kanak
3. Kesihatan:
Pastikan kanak-kanak dalam keadaan sihat sebelum, semasa dan
selepas aktiviti di jalankan.

Nama Jurulatih :

Tandatangan Jurulatih : Markah RPA: /30 markah

Reflexi Pendidik mengimbas semula pelaksanan aktiviti :


( ditulis selepas aktiviti dijalankan)
( Apa-apa isu yang
timbul semasa
pelaksanaan aktiviti )
Cadangan :

Cadangan
penyelesaian
terhadap apa-apa isu
yang timbu lsemasa
pelaksanaan aktiviti

Markah reflexi: ______/ 15markah

Nama Fasilitator :_______________________________

Tandatangan : _______________________________

Markah keseluruhan: ________/100%

Aktiviti Straw ikan


-Anak2 dapat fokus mata dan tangan
-Deria melihat
-Dapat mengawal pergerakan tangan

ktiviti : Menggoncang botol

Umur : 1-2 tahun

Perkembangan : Perkembangan Deria & Fizikal

Objektif :

✅Kanak-kanak boleh memegang dan menggoncang botol mengikut kreativiti mereka

✅Merangsang deria pendengaran kanak-kanak

Anda mungkin juga menyukai