Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

SIRI KAP 1/2022

BIDANG: PERKEMBANGAN KREATIVITI & ESTETIKA (SENI & KRAF)

NAMA : Isikan maklumat

TARIKH : Isikan maklumat

MASA : Isikan maklumat

UMUR : 3 TAHUN

BILANGAN KANAK-KANAK : 3 orang

TEMA : ALAM HIDUPAN


TAJUK : Cantiknya bunga itu!

BIDANG PEMBELAJARAN : PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA (SENI & KRAF)

PENGETAHUAN SEDIA ADA : kanak-kanak sudah boleh menyebut warna asas seperti merah
biru dan hijau

OBJEKTIF : 1. Kanak-kanak boleh menghasilkan corak pemandangan


mengikut kreativiti (perkembangan kreativiti dan estetika)
2. Kanak-kanak boleh mengecap bahan-bahan ke atas kain
putih (perkembangan fizikal) nyatakan bahan
3. Kanak-kanak boleh membezakan warna yang digunakan
(perkembangan awal matematik dan pemikiran logik)
4. Kanak-kanak boleh menceritakan tentang bunga dan
pemandangan (perkembangan Bahasa, komunikasi dan literasi
awal)

SENARAI BAHAN :  Cat air dan berus cat


 apron
 kepingan kotak yang berbentuk bulat, daun dan bunga
 alas meja
 kertas A4 / kain putih
 gambar bunga
RUANG AKTIVITI : ruang aktiviti kanak-kanak (ruang basah)
LANGKAH-LANGKAH 1) Pendidik membawa kanak-kanak ke sudut ruangan aktiviti.
PELAKSANAAN : 2) Pendidik beramah mesra dengan kanak-kanak dan
memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan sihat.
3) Pendidik bersama-sama kanak-kanak melakukan senaman
regangan diiringi lagu “We Are The World”.
4) Pendidik memberitahu dan menerangkan kepada kanak-
kanak tentang aktiviti yang ingin dilakukan.
5) Pendidik mengeluarkan dan memperkenalkan bahan yang
ingin digunakan kepada kanak-kanak.
6) Pendidik meggalakkan kanak-kanak menyebut nama
bahan-bahan yang disediakan oleh pendidik.
7) Pendidik bertanya soalan kepada kanak-kanak, “siapa
pernah tengok bunga?”
8) Pendidik menunjukkan gambar beberapa jenis bunga.
9) Pendidik menggalakkan kanak-kanak menyebut nama
bunga.
10) Pendidik memuji kanak-kanak kerana dapat melakukan
aktiviti dengan baik sekali.
11) Pendidik menjelaskan cara untuk mengecap dengan
menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh
pendidik.
12) Pendidik meminta kanak-kanak berkongsi bahan
mengecap dan cat air dengan rakan-rakan.
13) Pendidik bertanya setiap kanak-kanak warna yang dipilih,
“Ini warna apa?”, “ siapa tahu warna yang teacher pegang
ini apa?”
14) Pendidik memuji kanak-kanak kerana dapat membezakan
warna dengan baik.
15) Pendidik memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
mengecap bahan-bahan tersebut mengikut kreativiti yang
membentukkan corak pemandangan.
16) Pendidik bersoal jawab mengenai coak yang dibuat oleh
kanak-kanak.
17) Pendidik menceritakan secara ringkas tentang
pemandangan yang indah adalah anugerah daripada
Tuhan.
18) Pendidik memberitahu “kita sebagai manusia perlu
sentiasa bersyukur dengan nikmat pemandangan yang
indah ini”.
19) Pendidik memberikan pujian kepada kanak-kanak setelah
selesai melakukan aktiviti.
PERHATIAN

KESELAMATAN
 Pastikan ruang aktiviti selamat dan bebas daripada bahan
dan peralatan yang merbahaya
 Pastikan peralatan yang digunakan adalah selamat
KEBERSIHAN
 Pastikan kanak-kanak mengamalkan kebersihan yang
sepatutnya sebelum dan selepas aktiviti
 Pastikan tempat aktiviti dikemaskan selepas selesai aktiviti
KESIHATAN
 Pastikan kanak-kanak sihat semasa aktiviti dijalankan

NAMA FASILITATOR MARKS RPA : 9 /10


SIGN

Anda mungkin juga menyukai