Anda di halaman 1dari 2

RUMUSAN

Ribuan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam memberi bimbingan sepanjang
menyiapkan folio ini. Sepanjang mengikuti Kursus Asuhan PERMATA
(KAP) ini, banyak pengajaran dan manfaat yang telah saya perolehi.
Tujuan saya menyertai kursus KAP dalam talian ini adalah untuk
mendapatkan sijil disamping itu juga saya ingin menambah lebih banyak
pengetahuan dalam bidang pembelajaran awal kanak-kanak. Sepanjang
proses pembelajaran kursus dalam talian ini, saya telah didedahkan dengan
persekitaran pembelajaran yang baharu dan juga berpeluang mengenali
rakan-rakan baharu dari serata negara. Kursus dalam talian yang diadakan
pada hujung minggu ini secara tidak langsung telah memudahkan saya
yang berkerja untuk berpeluang mengikuti kursus tanpa menjejaskan
waktu berkerja saya. Bimbingan dan bantuan daripada fasilitator-fasilitator
dan pihak kakitangan Asia UBS amat saya hargai dan mengucapkan
ribuan terima kasih kerana telah banyak memberikan bantuan dan
bimbingan serta tunjuk ajar sepanjang kursus KAP ini dijalankan.
Kurikulum kursus KAP ini dilengkapi dengan latihan intensif untuk
tujuh bidang pembelajaran fokus iaitu Pemakanan Seimbang dan
Perancangan Menu, Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian,
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal, Perkembangan
Awal Matematik dan Pemikiran Logik, Perkembangan Fizikal,
Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran serta
Perkembangan Kreativiti dan Estetika. Selain itu, terdapat juga kandungan
luas yang merangkumi Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta
308), Teori Perkembangan Kanak-Kanak, Kesihatan Gigi, Akta
Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341), Kegunaan Alat Pemadam Api,
Teknik Penyusuan Bayi serta Kesihatan dan Keselamatan Kanak-Kanak.
Akhir kata, saya amat bersyukur dapat mengikuti kursus KAP dalam
talian ini kerana secara tidak langsung telah membantu saya meningkatan
serta meluaskan lagi pengetahuan saya dalam bidang Pembelajaran Awal
Kanak-Kanak. Dengan mengikuti kursus KAP ini, saya dan para pendidik
lain akan dapat meningkatkan lagi daya kerja serta dapat menjadikan kami
pendidik yang diiktiraf dan berkelayakan. Melalui kursus ini, banyak
perkara positif yang saya peroleh seperti menjalinkan hubungan dengan
ramai rakan baharu, dapat memupukkerjasama dengan ahli kumpulan
dalam menyiapkan tugasan yang diberikan, saling bertolak ansur dan
saling berkongsi idea serta akursus dalam talian ini juga telah
mendedahkan saya dengan penggunaan teknologi terkini seperti aplikasi
Google Meet untuk kelas dalam talian, aplikasi Telegram untuk
mendapatkan sebarang informasi dari fasilitator dan dari ahli kumpulan
serta sistem VLE untuk menghantar sebarang tugasan yang dikehendaki.
Saya mengharapkan dengan adanya para pendidik yang mengikuti
kursus KAP ini, maka keselamatan dan kesihatan kanak-kanak serta
perkembangan kanak-kanak akan lebih terjamin.
Sekian dan terima kasih.

NAMA: SITI HAZAR BINTI RAININ


SIRI: 6/2022
TARIKH: 24/12/2022

Anda mungkin juga menyukai