Anda di halaman 1dari 2

Apa Itu Kemahiran Motor Halus Pada Kanak-Kanak?

Apa Itu Kemahiran Motor Halus Pada Kanak-Kanak? | Bosan juga asyik topik sama je yang banyak
aku kupaskan. Kali ini aku nak kongsikan pula apa itu kemahiran motor halus. Buat ko yang ada anak
bawah 6 tahun, boleh teruskan baca artikel ini dan aku harap ia dapat membantu perkembangan
anak korang.

Pernah tak ibu ibu di luar sana, ambil tahu tentang kemahiran motor halus anak?

Apa Itu Kemahiran Motor Halus?

Kemahiran motor halus dalam bahasa inggerisnya ialah "Fine Motor Skills". Ia adalah aktiviti atau
kemahiran yang melibatkan penggunaan otot-otot kecil. Kebiasaannya melibatkan koordinasi jejari
dan penglihatan.

Maksudnya di sini, kemahiran yang menggunakan jari, tangan, mata, bibir, lidah, pergelangan kaki
dan tangan. Jadi bila anak dah mahir dengan kemahiran motor halus ni, anak akan mudah untuk
melakukan tugas-tugas penting seperti menulis, makan sendiri, memasukkan butang pada baju.

Antara contoh aktiviti yang dapat membantu melatih kemahiran motor halus:

>mengambil makanan dengan jari (finger feeding)

>finger painting

>bermain dengan playdoh

>mengikat tali kasut

>memasang butang baju

>menggunakan penyepit baju

>aktiviti menggunting kertas

>mewarna

Antara contoh permainan yang dapat membantu kemahiran motor halus:

>lacing beads

>blocks

>puzzle (knob puzzle, jigsaw puzzles)

>bead maze

>play doh
>modeling sand

>permainan memasak

>construction toys

Kenapa kemahiran motor halus ini penting?

Tangan kecil perlu dilatih bagi membina ketangkasan dan kekuatan. Kita sebagai ibu bapa ataupun
pengasuh, boleh membantu proses ini dengan menggalakkan anak-anak untuk meneroka dan
berinteraksi dengan pelbagai jenis benda.

Permainan, pengepit baju, gunting dan play dough merupakan contoh peralatan yang dapat
membantu membentuk kemahiran motor halus. Malah membantu kerja-kerja didapur (yang
bersesuaian dengan umur) juga merupakan cara yang baik untuk membina kemahiran ini.

Aktiviti seperti ini serta kemahiran memanipulasi membantu menyiapkan anak-anak untuk
memegang dan menggunakan pensil. Ini merupakan langkah pertama dalam mempelajari
bagaimana untuk mewarna, melukis dan akhirnya menulis.

Kesimpulannya

Untuk melakukan aktiviti motor halus ni tidak memerlukan wang ringgit dan tenaga yang banyak.
Cuma ia memerlukan kerajinan ibu untuk melatih anak sejak dari kecil. Supaya mereka ini lebih
bersedia sebelum ke sekolah.

Anda mungkin juga menyukai